If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal." [75] Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301, di mana YA Augustine Paul JCA telah menyatakan, antara lain, seperti yang berikut: "Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s. 182A (1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt". [75] Maksud ‘reasonable doubt’ telah ditakrifkan dengan jelas oleh YA Sharma dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115; [1971] MLJ 16 seperti berikut: "A reasonable doubt must be doubt arising from the evidence or want of evidence and can not be imaginary doubt or conjecture unrelated to the evidence". FAKTA KES PEMBELAAN [76] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, OKT telah membela diri dengan memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi dan telah memanggil SD2 dan SD3 untuk menyokong keterangan OKT. [77] Fakta kes pembelaan adalah seperti berikut. OKT telah pada 24.10.2019, jam lebih kurang 5.30 petang berada di tempat ternakan kambing dan lembu milik kawannya yang bernama Jegan bagi perayaan Deepavali. OKT telah berada di kandang tersebut sehingga jam pukul 7.30petang dan kemudiannya ingin pergi ke bandar untuk beli barang. [78] Pada masa itu, Jegan menyuruh OKT untuk pergi ke bilik no. 302 di Hotel Merloon dan mengambil duit sebanyak RM500.00 daripada seorang perempuan bernama Lily. [79] OKT kemudiannya telah pergi ke hotel tersebut bersama dengan seorang kawan bernama Sharma dengan menaiki motosikal dan setelah sampai di hotel, hanya OKT yang masuk ke dalam hotel manakala Sharma menunggu di luar. [80] Sebaik memasuki hotel tersebut, OKT nampak seorang uncle Cina duduk di kaunter pertanyaan dan 2 orang warganegara Melayu tengah membaca surat khabar. Apabila OKT menanyakan dengan uncle Cina tersebut di manakah bilik no. 302, orang Melayu yang sedang membaca surat khabar di situ telah memijaknya di belakang. Kemudian, datang seorang lagi polis yang menunjukkan kad kuasa dan kenalkan diri sebagai polis. [81] Seterusnya, anggota polis tersebut membuat pemeriksaan fizikal terhadap OKT di hadapan kaunter hotel tersebut, namun tidak menjumpai apa-apa barang yang salah. Selepas itu, OKT telah dibawa ke tandas dan dibuat pemeriksaan semula, sekali lagi tiada barang salah yang dijumpai oleh pihak polis. [82] Selepas itu, pihak polis meminta OKT untuk duduk di depan sebuah kedai judi yang berada di hadapan Hotel Merloon dan pihak polis menggarinya. OKT telah duduk di situ selama lebih kurang 1 setengah jam. [83] Selepas itu, polis membawa OKT ke rumah OKT pada jam lebih kurang 9.00malam untuk membuat pemeriksaan di rumahnya dan hasil pemeriksaan di rumah OKT tidak menjumpai apa-apa barang salah. [84] Kemudian, pada jam lebih kurang 10-10.30malam, pihak polis telah membawa OKT ke kandang ternakan lembu milik kawan OKT. Sampai di sana, OKT menunggu di dalam kereta sementara pihak polis membuat pemeriksaan. [85] Seterusnya, OKT menyatakan telah nampak dari dalam kereta pihak polis telah menangkap abang kepada Jegan iaitu Mohan dan mengarahkannya naik ke kereta lain iaitu Hilux. [86] Kemudian, OKT dan Mohan telah dibawa ke IPK, Perak. Selepas 30 minit, pihak polis mengarahkan Mohan balik ke rumah dan hanya OKT dibawa ke dalam IPK. [87] Pada masa itulah, pihak polis menunjukkan 1 beg plastik yang berada di meja dan menanyakan kepada OKT tentang barang tersebut. Selepas itu, pihak polis telah memasukkan OKT ke dalam lokap dan pihak polis juga mengisi beberapa borang. [88] OKT secara ringkasnya, menyatakan dia tidak pernah sentuh atau memiliki barang kes tersebut. DAPATAN MAHKAMAH [89] Mahkamah setelah meneliti keseluruhan keterangan OKT, mendapati keterangan OKT adalah rekaan dan fikiran terkemudian serta bersifat penafian kosong. Selanjutnya, anggapan seksyen 37(d) Akta 234 juga gagal dipatahkan oleh pembelaan. [90] OKT semasa memberikan keterangan telah menyatakan bahawa OKT telah pergi ke Hotel Merloon dengan kawannya bernama Sharma atas permintaan kawannya, Jegan untuk berjumpa dengan seorang perempuan bernama Lily. [91] Jika dibandingkan keterangan di peringkat kes pendakwaan, didapati watak bernama Sharma, Jegan, Mohan dan Lily langsung tidak dicadangkan oleh pihak pembelaan. Di peringkat pembelaan pula, individu-individu ini tidak dipanggil untuk memberi keterangan secara bersumpah bagi mengesahkan cerita pembelaan. [92] Alasan yang diberikan adalah Sharma bekerja di Singapura, namun tiada apa-apa bukti dikemukakan bagi menyokong perkara ini oleh pihak pembelaan. Manakala, bagi Jegan dan Mohan, OKT mengatakan tidak lagi berhubungan dengan mereka kerana pergaduhan yang berpunca daripada kes ini. [93] Mahkamah berpendapat alasan-alasan ini tidak munasabah dan tidak dapat diterima kerana, jika benar semua individu ini dapat mengesahkan cerita versi pembelaan, sepatutnya mereka dikemukakan untuk menyokong cerita pembelaan. [94] Tambahan pula, disebabkan watak-watak ini tidak pernah dicadangkan di peringkat kes pendakwaan dan tidak juga dibawa ke Mahkamah semasa kes pembelaan, Mahkamah beranggapan bahawa kewujudan semua individu dan cerita mengenai mereka adalah sekadar fiksyen dan rekaan OKT semata-mata. [95] Bagi isu ini, didapati pihak pembelaan sendiri telah mengakui bahawa terdapat fakta baru yang dikemukakan dan alasannya adalah penukaran peguam dan Mahkamah tidak membenarkan permohonan peguam untuk memeriksa balas SP2, SP3 dan SP4 yang dipanggil semula selepas permohonan untuk meminda pertuduhan telah dibenarkan oleh Mahkamah. [96] Mahkamah mendapati pada setiap masa, OKT dalam kes ini telah diwakili oleh peguam dan peguam sebelumnya telahpun diberi peluang untuk memeriksa balas SP2, SP3 dan SP4. Jadi, Mahkamah berpendapat adalah tidak adil jika setiap kali terdapat penukaran peguam, kesemua saksi yang telahpun diperiksa balas dipanggil semula oleh peguam baru untuk kemukakan fakta baru. Mahkamah berpendapat memandangkan OKT dalam kes ini telah diwakili oleh peguam dari awal lagi, sepatutnya versi pembelaan dikemukakan sejak awal kes pendakwaan dan pembelaan OKT pada setiap masa hendaklah sama dari awal hingga ke akhir kes. Maka, Mahkamah tidak dapat menerima hujahan peguam alasan wujudnya fakta pembelaan yang baru adalah disebabkan penukaran peguam mewakili OKT. [97] Seterusnya, jika diteliti dalam kes ini, Mahkamah berpendapat pembelaan OKT juga berbentuk penafian semata-mata. OKT telah menafikan bahawa dadah yang dijumpai bukan miliknya, tidak bersetuju semasa polis menangkapnya polis menjumpai dadah dalam milikannya, tidak bersetuju polis menjumpai dadah tersebut diselit di celah seluar bahagian hadapan yang dipakainya dan tidak bersetuju gambar seluar yang ditunjukkan adalah seluar yang dipakainya semasa kejadian. Mahkamah juga telah perhatikan OKT dalam kes ini telah mengubah keterangannya mengikut keadaan apabila peguam telah memanggil semula OKT untuk pengesahan siapakah yang berada di kaunter Hotel Merloon selepas SD2 memberikan keterangan. Jelas bahawa OKT yang pada awalnya menyatakan dia berjumpa dengan seorang uncle Cina telah menukar keterangan dan memberitahu bahawa terdapat 2 orang Cina di kaunter semasa kejadian. Mahkamah berpendapat OKT memberikan keterangan untuk menyelamatkan dirinya daripada sabitan kes ini. Justeru itu, Mahkamah berpandangan pembelaan yang telah dikemukakan oleh OKT adalah penafian kosong semata-mata tanpa penjelasan munasabah terhadap pertuduhan terhadapnya. [98] Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Mr Losali V PP [2011] 4 MLJ 694 berkenaan ‘bare denial’ yang menyatakan seperti berikut: “[54] The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amount to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to undertake. [55] The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges. Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (as His Majesty then was) in DA Duncan v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, had this to say in regard to the defence of simple denial: The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.” [99] Berbanding saksi pendakwaan, terutamanya SP2 dan SP3 dalam kes ini, Mahkamah tiada sebab untuk meragui keterangan mereka yang menjalankan tugas pada hari kejadian tersebut. Mahkamah telah merujuk kepada kes Mohamed Ali v PP [1962] MLJ 257 yang memutuskan bahawa: “When a police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is of course not to be believed if he says he saw a cow wandering along the streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we see every day in our lives there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his experience is contradicted by other evidence or is shaken by cross examination then it becomes the business of the magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether police or not who gives evidence of affirmation should normally be accepted.” Keterangan SD2 dan SD3 tidak dapat membantu kes pembelaan [100] Mahkamah seterusnya telah meneliti keterangan SD2, di mana SD2 telah menyatakan pada tarikh kejadian telah masuk kerja pada jam 7.10malam dan semasa masuk ke Hotel Merloon telah nampak sekumpulan polis di hotel tersebut, namun tidak nampak mana-mana orang ditangkap pada masa itu dan tidak pernah jumpa OKT dalam kes ini. Keterangan SD2 semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut: : Kamu tahu apa polis buat masa kamu masuk kerja? : Masa saya masuk kerja saya nampak polis berdiri di situ sahaja, mereka tak buat apa-apa. : Kamu ada nampak polis tangkap mana-mana orang? : Saya tidak nampak. : Pernah nampak orang yang ada di kandang ini? : Tak pernah nampak. : Bila kamu pertama kali nampak dia? : Saya tidak pernah jumpa dia.” [101] Semasa pemeriksaan balas pula, SD2 seterusnya mengakui bahawa pada masa kejadian iaitu jam 8.30malam, SD2 berada di Hotel Merloon dan hanya dia seorang berada di kaunter receptionist, sibuk di kaunter receptionist dan tidak perasan apa yang berlaku di sana. Keterangan SD2 secara ringkasnya membawa maksud SD2 tidak mengetahui apa yang berlaku di tempat kejadian seperti berikut: : Pada tarikh 24.10.2019, jam lebih kurang 8.30 malam encik bukan tak nampak apa yang berlaku tapi encik tak tahu pun apa yang berlaku sebenarnya? : Setuju, saya tidak tahu apa yang berlaku.” [102] Berdasarkan kepada keterangan SD2, Mahkamah berpendapat jika kejadian penangkapan OKT berlaku di hotel tersebut pada waktu 8.30malam sekalipun, SD2 tidak dapat memberikan keterangan berkenaan perkara tersebut kerana pada setiap masa SD2 menyatakan tidak nampak penangkapan mana-mana orang di tempat kejadian dan tidak tahu apa yang berlaku di sana. [103] Keterangan SD2 adalah juga selari dengan keterangan SP2 dan SP3 semasa kes pendakwaan yang telahpun menyatakan walaupun ada seorang penjaga kaunter di situ, tidak pasti sama ada orang tersebut nampak apa yang berlaku di situ dan tangkapan yang dibuat. Semasa pemeriksaan utama, SP2 menyatakan: : Inspektor tadi kata ada seorang penjaga kaunter, penjaga kaunter itu pada masa itu sedang buat apa? : Dia sedang berdiri di kaunter. : Adakah dia dapat lihat pemeriksaan dan rampasan? : Tak pasti. : Kenapa Inspektor kata tak pasti? : Sebab pada masa tersebut kedua-dua anggota operasi berada di antara saya dan lelaki India tersebut dengan penjaga kaunter. : Semasa buat pemeriksaan dan rampasan ini berapa jauh daripada kaunter? : Anggaran 1-3 meter.” [104] Keterangan ini disokong dengan keterangan semasa pemeriksaan balas, di mana SP3 menyatakan: : Di bahagian kaunter tersebut ada tak sesiapa yang ada di situ? : Dalam kaunter ada, penjaga kaunter. : Penjaga kaunter? : Ya. : Apa bangsa dia, Cina, India atau Melayu? : Cina. : Lelaki atau perempuan? : Lelaki. : Umur? : Saya tak ingat umur dia. : Adakah penjaga kaunter ini nampak semasa barang kes dirampas semasa serbuan? : Saya tak pasti sama ada dia nampak atau tidak, tapi dia ada di situ.” [105] Selanjutnya, Mahkamah telah meneliti keterangan SD3. Mengikut keterangan SD3, SD3 setuju bahawa SD3 tiada di tempat kejadian atau menyaksikan keseluruhan proses pemeriksaan yang dibuat terhadap OKT di Hotel Merloon. Cebisan nota keterangan SD3 semasa pemeriksaan balas adalah seperti berikut: : Setuju dengan saya pada 24.10.2019, sepanjang hari tersebut tiada pada bila-bila masa kamu berada di Hotel Merloon? : Setuju. : Setuju pada 24.10.2019, jam lebih kurang 8.30malam kamu tak ada juga di Hotel Merloon? : Setuju. : Setuju dengan saya kamu tak nampak semasa abang kamu ditangkap dan diperiksa di Hotel Merloon? : Setuju. : Setuju dengan saya memandangkan kamu tak nampak abang kamu ditangkap dan diperiksa di Hotel Merloon, kamu tak tahu apa yang berlaku di Hotel Merloon? : Setuju.” [106] Melihat kepada keterangan OKT, SD2 dan SD3 secara keseluruhannya, Mahkamah mendapati pihak pembelaan tidak dapat menyangkal fakta dan keterangan yang dikemukakan semasa kes pendakwaan bahawa dadah dijumpai dalam milikan OKT di tempat kejadian pada masa kejadian. Isu lain yang dibangkitkan oleh pembelaan [107] Di akhir kes pembelaan, pembelaan telah menghujahkan bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil Stephen (individu yang dinyatakan oleh SD2) untuk memberikan keterangan menimbulkan keraguan dan seksyen 114(g) Akta Keterangan hendaklah terpakai. [108] Jika diteliti, mengikut keterangan SD2 sendiri, Stephen telah balik ke rumah selepas kerja pada 7.10malam dan hanya SD2 seorang yang berada di kaunter receptionist pada jam 8.30malam. Memandangkan OKT sendiri menyatakan dia ditangkap pada jam 8.30malam, Mahkamah berpendapat tiada keperluan untuk Stephen dipanggil untuk memberikan keterangan dan dengan itu anggapan seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah tidak terpakai. [109] Jadi, selepas menimbangkan kesemua keterangan di peringkat pendakwaan semula dan pembelaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan di akhir kes pembelaan. Jadi, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan munasabah dan dengan itu, OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan sepertimana pertuduhan pindaan di bawah seksyen 39A(1) Akta 234. MITIGASI DAN HUKUMAN [110] Setelah OKT didapati bersalah dan disabitkan, Mahkamah telah mendengar rayuan daripada peguambela yang mewakili OKT. Rayuan OKT adalah seperti berikut: “OKT berumur 31, sedang direman di penjara Sungai Buloh, sebelum ditangkap bekerja sebagai pelayan, gaji tidak tentu, bujang, tanggung ibu bapa dan pohon penjara yang minima.” [111] Pihak pendakwaan pula berhujah supaya beberapa faktor pemberatan diambilkira sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Hujahan pihak pendakwaan adalah seperti berikut: “Pendakwaan mohon 1 hukuman yang berat atas faktor kepentingan awam, kesalahan yang melibatkan dadah ini boleh menjadi punca kesalahan jenayah yang lain, kepentingan awam faktor hukuman dan kepentingan awam mengatasi kepentingan diri. Kesalahan dadah makin berleluasa, Mahkamah ada judicial notice berkenaan bilangan kes daftar dadah adalah tinggi, kesalahan bawah seksyen 39A ADB adalah kesalahan yang serius dan tidak patut dipandang enteng. Keseriusan kesalahan ini dapat dilihat melalui hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 39A ADB itu sendiri. Hukuman ringan tidak dapat menepati prinsip hukuman. Hukuman adalah peringatan kepada OKT dan orang awam, pohon hukuman berbentuk deterrance. Pihak pendakwaan tiada makluman berkenaan dengan rekod jenayah lampau OKT.” [112] Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah telah merujuk kepada kes PP V Sim Joo Liong [2014] 1 LNS 402 di mana telah dinyatakan seperti berikut: “Our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe”. [113] Kemudian, Mahkamah merujuk kepada petikan keputusan YA Augustine Paul JC (pada ketika itu) dalam kes Zaidon Shariff V PP [1996] 4 CLJ 441: “The right to determine the quantum of punishment on a guilty party is absolutely in the discretion of the trial Court. It will exercise that power judicially and will not tolerate any encroachment or even semblance of encroachment by either the prosecution or the defence in respect of that right (see New Tuck Shen v. PP [1982] 1 MLJ 27).” [114] Dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah telah mengambil kira beberapa faktor seperti berikut: