Notwithstanding the repeal of the Goods and Services Act 2014, sections 178, 181 and 191 of the repealed Act shall continue to remain in operation after the appointed date.”. Maka cukai barang dan perkhidmatan boleh dituntut. Fakta ini tidak dipertikaikan. 6 [9] Saya tidak bersetuju dengan hujah peguam pemohon terpelajar bahawa RTK tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes pemohon. Beliau menghujahkan tiada apa-apa yang masih belum selesai sama ada di peringkat semakan oleh responden atau rayuan kepada TRCBP. [10] Pemohon telah kemukakan rayuan kepada RTK pada 28.5.2020 dan ini selaras dengan peruntukan seksyen 141M AK memandangkan Akta CBP sudah dimansuhkan. Di bawah Akta CBP pemohon boleh di bawah seksyen 124 memohon responden untuk satu semakan dan jika terkilan dengan keputusan tersebut, pemohon selanjutnya boleh merayu kepada TRCBP di bawah seksyen 126. Andainya semakan keputusan responden belum diperolehi selepas Akta CBP dimansuhkan, subseksyen 5(1) ACBPP memperuntukkan responden boleh memberi keputusan seolah-olah Akta CBP masih berkuatkuasa. Manakala jika keputusan telah diberikan sebelum atau selepas tarikh Akta CBP dimansuhkan dan pemohon membuat rayuan maka selepas Akta CBP dimansuhkan, rayuan tersebut dibuat kepada RTK sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen 5(2) ACBPP. Subseksyen 5(3) ACBPP pula memperuntukkan mana-mana rayuan yang masih belum diselesaikan oleh TRCBP akan diselesaikan oleh RTK. [11] Adalah jelas bahawa pengauditan ke atas pemohon dilakukan selepas Akta CBP dimansuhkan berkenaan dengan cukai barang dan perkhidmatan sebelum Akta CBP dimansuhkan. Keputusan dibuat oleh responden berkaitan dengan perkara tersebut bertarikh 30.4.2020 dan 4.5.2020. Oleh yang demikian remedi bagi pemohon ialah merayu kepada RTK sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 5(2) ACBPP: “(1) … 7