to apply for, obtain and maintain and cause to be obtained and maintained at the Tenant’s own expense and to submit to the Sub-Lessor copies of all licenses, permits, approvals, registration and other consents required by the appropriate authority for the carrying on or conduct of the Tenant’s business in the Demised Premises. The Sub-Lessor does not warrant or undertake to the Tenant that the Tenant shall be able to use the Demised Premises for the purpose intended or contemplated by the Tenant and the failure of the Tenant to obtain permission from the appropriate authority, if required, for such use of the Demised Premises as intended or contemplated by the Tenant shall not be a ground to vitiate, impair or frustrate the tenancy hereby granted or the obligations on part of the Tenant herein contained; [29] Sebagai tambahan, saya mendapati Gudang adalah terletak dalam Kawasan Perindustrian Langsat Marine Terminal di mana dalam kawasan ini terdapat tiga komponen iaitu zon industri berat, zon industri sederhana dan zon industri ringan. Berdasarkan peta di muka surat 73 (Lampiran 29), saya mendapati Gudang terletak dalam zon industri sederhana. Ini juga diakui sendiri oleh SD1 semasa disoal balas di mana beliau menyatakan – Rohana: Page 90. So where is the premise based on this one? Based on the document at page 90. This one. Rohana: Which one? The one stated CSW is it? Yes. Close warehouse. Close service warehouse. Rohana: So it in the medium zone industry? That was what the PSI give us. Page 89 also but the map is so eligible, cannot see. Rohana: I refer you to page 74 same bundle. Yes. Rohana: From this document, can you tell the court where is the premise? This one. Rohana: Which one? The one stated Langsat Marine Terminal? Yes. Rohana: So where is it located? Under which industry zone? Medium Rohana: Medium industry zone. Ya. [30] Bahkan lokasi Gudang dari awal lagi sememangnya terletak dalam kawasan zon industri sederhana. Ini diakui oleh SP2 iaitu Kapten Abd Rahim Omar yang merupakan mantan pengarah Plaintif semasa disoal balas. SP2 menjelaskan (muka surat 115 Nota Keterangan) – Sivasankar: Berdasarkan dokumen ini dan zon ini adalah untuk zon sederhana, setuju berdasarkan ini, pihak Plaintif dan pihak defendan memasuki perjanjian kerana berdasarkan ini representasi plaintif behawa perjanjian zon ini adalah zon sederhana, setuju tak setuju? berdasarkan dokumen yang disediakan oleh plaintif sendiri. Setuju ke, tak setuju, jawapan dia senang je. Berdasarkan dokumen penyewaan yang disediakan oleh plaintif sendiri, encik kata business tersebut adalah zon sederhana, setuju berdasarkan dokumen ini, defendan memasuki perjanjian kerana skop business dia sederhana dan dia boleh menjalankan perniagaan zon sederhana di atas premis tersebut, setuju tak setuju? Setuju dari permulaan, from day one, warehouse ini adalah dalam kawasan zon sederhana, medium zone [31] Walaupun berkali-kali diasak oleh peguam Defendan, SP2 masih tetap dengan keterangannya bahawa Gudang terletak dalam kawasan zon industri sederhana dari hari pertama ia disewakan kepada Defendan. SP2 dalam keterangannya menegaskan (muka surat 125 & 128 Nota Keterangan) – Sivasankar: Di manakah lot yang disewakan defendan terletak? Zon ringan atau zon sederhana? Zon sederhana. Medium industry zone … Sivasankar: Setuju. Jadi ini mesti sederhana kan? Zon sederhana, correct Sivasankar: Jadi broucher yang diberikan oleh pihak Plaintif dan PSI kepada anak guam saya, semua kata zon sederhana, encik tengok perjanjian semua business pun zon sederhana, setuju tak setuju Zon sederhana. Setuju zon sederhana from day 1 [32] Saya mendapati Defendan terkeliru dengan surat Majlis Perbandaran Pasir Gudang (“MPPG”) kepada JCorp bertarikh 8.4.2018 yang menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan itu tiada halangan terhadap cadangan JCorp untuk mengubah syarat nyata Tanah daripada perusahaan ringan kepada perusahaan sederhana. SP2 ketika disoal balas menjelaskan kandungan surat MPPG tersebut sebagaimana berikut: Sivasankar: Bila tarikh surat ini? Tarikh surat 8 April 2018 Sivasankar: Apakah particular tanah yang dinyatakan di sini? Atas tanah PTD 4845 HSD 537398, tapi ini tanah yang … Sivasankar: No. No Besar Sivasankar: Senang saja. Muka surat 21 tadi, designatedland yang dinyatakan di bawah perjanjian penyewaan, adakah tanah tersebut sama dengan surat tersebut? Sebab kontrak ya, business designated land demised premises. Ini semua didraf oleh syarikat encik? Designated land, tanah yang berkenaan untuk yang telah disewa kepada this one. Apakah designated land dengan muka surat 75, adakah butir-butir tanah sama dengan yang dinyatakan dalam perjanjian? Ia adalah sebidang tanah yang besar dan Langsat Marine Terminal adalah sebahagian daripadanya Sivasankar: Ok Surat ini ialah kerana untuk menentutkan yang FGV Logistic dan juga Tiong Nam Logistic yang mempertikaikan tentang zon, di mana separuh daripada tanah mereka termasuk dalam light zone dan separuh di medium zone tetapi Langsat Marine Terminal, Yang Arif, dari first day ialah zon sederhana [33] Oleh itu, saya setuju dengan hujah Plaintif bahawa tidak timbul isu salah nyataan sebagaimana didakwa oleh Defendan. [34] Pada masa yang sama, saya mendapati isu salah nyataan tidak pernah dibangkitkan oleh Defendan walaupun dalam Notis Penamatan Awal. [35] Oleh yang demikian, saya bersetuju dengan hujah Plaintif bahawa Defendan diestop daripada membangkitkan isu salah nyataan ini bagi membebaskan diri Defendan daripada melaksanakan obligasinya atau menafikan hak Plaintif di bawah Perjanjian Sewaan. Sama ada Plaintif berhak melucut hak deposit serta bayaran bersamaan dengan 12 sewa bulanan disebabkan penamatan awal Perjanjian Penyewaan oleh Defendan [36] Dalam klausa 11.2 Perjanjian Penyewaan jelas memberikan hak kepada Plaintif untuk melucut hak deposit serta mendapatkan bayaran sebanyak 12 bulan sewa bulanan disebabkan penamatan awal Perjanjian Penyewaan oleh Defendan. Klausa tersebut menyatakan –