Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA SELANGOR DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN (BIDANG JENAYAH)
BJ-63-7-06/2025
Sessions Court of Malaysia26 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n Abdul Rahman v. Kol Anuar bin Md Amin & Anor [1997] CLJU 430; [1997] 1 LNS 430; [1997] 1 MLJ 562 seperti berikut: "The key word here is 'presuming', the meaning of which is provided by s. 4 of the Evidence Act 1950. Presuming a fact means 'regarding the fact as proved unless and until it is disproved'." [91] Adalah p”
“Adalah penting untuk hakim bicara semasa menggunakan “anggapan” di bawah undang-undang tidak menjadikan pemakaiannya sebagai suatu automatik. Ia telah dinyatakan dalam kes PP v. Haji Ismail & Another [1939] CLJU 68; [1939] 1 LNS 68; [1940] 1 MLJ 76 seperti berikut: S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw **Note : Serial number will”
“o a presumption of law like the presumption provisions it is bound to take the fact as proved until evidence to the contrary is given, on a balance of probabilities, to disprove it (see PP v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89; Nagappan a/l Kuppusamy v. PP [1988] 1 CLJ Rep 229; [1988] 2 MLJ 53).”
“med may also prejudice the accused in another way." [90] Kesan pemakaian “anggapan” telah dinyatakan juga oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Lt Kol Yusof bin Abdul Rahman v. Kol Anuar bin Md Amin & Anor [1997] CLJU 430; [1997] 1 LNS 430; [1997] 1 MLJ 562 seperti berikut: "The key word here is 'presuming', the meaning of wh”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA SELANGOR DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN (BIDANG JENAYAH)
1
Ini adalah rayuan yang telah difailkan oleh Pegawai Pendakwaraya LUAS/Perayu (TPR) terhadap Perintah Pelepasan dan Pembebasan OKS/Responden yang telah diputuskan oleh Mahkamah ini terhadap OKS selepas kes di akhir pendakwaan pada 26.2.2026 bagi kesalahan di bawah Seksyen 59(2) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No. 2 tahun 1999 yang boleh dihukum di bawah peruntukan S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 yang sama. Atas perintah pelepasan dan pembebasan OKS, pihak pendakwaan telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 4.3.2026.
2
OKS telah dituduh di Mahkamah ini pada 8.7.2025 sebagaimana pertuduhan yang didaftarkan di bawah kes BJ-63-7-06/2025 seperti berikut: - PERTUDUHAN : Bahawa kamu pada 2 Oktober 2023 lebih kurang jam 12.20 tengahari di Lot 2143 (EMR 1185), Mukim Sabak, Daerah Sabak Bernam, Negeri Selangor Darul Ehsan telah menjalankan pembuangan bahan buangan daripada aktiviti berjadual (kerja tanah) secara langsung atau tidak langsung melalui cara-cara buatan ke dalam sumber air (lembangan Sungai Bernam) tanpa lesen daripada Lembaga Urus Air Selangor bersalahan di bawah Seksyen 59(2) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No. 2 tahun 1999]. HUKUMAN : Sekiranya disabitkan, kamu boleh dihukum dengan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
3
OKS telah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang telah dibacakan dalam Bahasa Melayu dan memohon untuk dibicarakan. Pihak pendakwaan telah memanggil 3 orang saksi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap OKS dibawah Seksyen 59(2) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No. 2 tahun 1999].
4
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes “prima facie” terhadap OKS. Oleh itu, Mahkamah telah memerintahkan OKS dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan.
5
Pada 2 Oktober 2023 jam lebih kurang 12.20 tengahari, SP1 bersama SP2 dengan 3 lagi anggota penguatkuasa LUAS yang lain telah menjalankan rondaan dan pemantauan di bawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999 di Daerah Sabak Bernam, Mukim Sabak, Selangor. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
6
Semasa rondaan, SP1 menemui sebuah papan tanda projek pembinaan yang tertera nama kontraktor Larisan Maju Sdn Bhd di Lot 2143, Mukim Sabak, Daerah Sabak Bernam di kedudukan koordinat N
03
03.750901 E 100.9789868 (selepas ini dirujuk sebagai “tapak tersebut”) dan seterusnya memasuki kawasan tapak tersebut untuk membuat siasatan lanjut. [7] Semasa siasatan dan pemeriksaan di tapak tersebut, SP1 dan SP2 mendapati aktiviti kerja tanah untuk membina rumah berkembar dan rumah teres sedang berjalan dan keadaan pembinaan di tapak tersebut masih belum siap sepenuhnya lagi. Selain daripada itu, terdapat juga enam (6) buah jentera, dua (2) buah mesin pembancuh simen, sebuah tangki minyak dan tangki air di tapak tersebut. [8] SP1 dan SP2 kemudian didatangi oleh dua (2) orang pekerja di tapak tersebut, seorang lelaki dan seorang lagi wanita. SP1 bertanya kepada pekerja lelaki tersebut berkaitan lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar dan Bahan Buangan. Pekerja tersebut memaklumkan beliau tidak mengetahui berkenaan lesen tersebut dan menghubungi pejabat serta seterusnya memaklumkan kepada SP1 bahawa mereka S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw tidak mengetahui keperluan lesen pembuangan bahan buangan untuk aktiviti kerja tanah ini. [9] Seterusnya SP1 menyatakan dalam keterangannya bahawa tanah di tapak tersebut dalam keadaan terbuka yang mana pokok-pokok telah ditebang dan tiada kolam takungan, saliran atau parit dibina di kawasan berdekatan untuk menakung air larian permukaan jika berlaku hujan. [10] SP1 kemudian telah meminta SP2 untuk mengambil beberapa keping gambar di sekitar kawasan tapak tersebut pada jarak jauh dan jarak dekat keadaan di tapak tersebut. [11] Selepas selesai menjalankan siasatan, SP1 telah membuat semakan lokasi tapak tersebut dalam sistem Selangor Earth Surface Activity Monitoring System (SESAMS) di pejabat LUAS bagi mengenalpasti sumber air terdekat di kawasan tapak tersebut. SP1 kemudian mencetak ID1 menyediakan P2 dan P3. Semua dokumen tersebut telah dicetak dan diberikan kepada SP3 untuk tindakan penguatkuasaan lanjut. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [12] Manakala SP2 pula telah menyerahkan P4 dan P5A-G yang telah dicetak bersama-sama salinan asal gambar tersebut dalam bentuk salinan lembut (softcopy) kepada SP3 untuk tindakan penguatkuasaan lanjut. [13] SP3 kemudian telah meneliti dokumen yang diterima dari SP1 dan SP2 dan mendapati OKS tidak mempunyai lesen pembuangan bahan buangan bagi aktiviti yang dijalankan di tapak tersebut. SP3 seterusnya melengkapkan kertas siasatan dengan mendapatkan maklumat tambahan iaitu carian tanah daripada Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam dan carian maklumat syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). [14] SP3 kemudian telah memohon keizinan untuk mengkompaun dari Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor. Setelah mendapat keizinan, SP3 telah menyediakan P11 dengan jumlah sebanyak RM 25,000.00 bertarikh 16 Januari 2024 untuk ditandatangan oleh Pengarah LUAS dan diserahkan kepada OKS atas kesalahan di bawah Seksyen 59(2) Enakmen LUAS 1999. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [15] Kemudian SP3 telah menerima P12 (rayuan kompaun pertama) dari OKS yang memohon supaya dikurangkan kadar tawaran kompaun kerana semasa membuat permohonan Kelulusan Merancang kepada Majlis Daerah Sabak Bernam pada tahun 2014, tidak dinyatakan lesen LUAS dalam senarai semakan permohonan Pelan Bangunan / Tambahan / Pindaan. [16] Selepas itu SP3 menyediakan surat maklum balas P13 kepada OKS dan memaklumkan keputusan LUAS untuk menolak rayuan kompaun pertama atas sebab-sebab yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b) P13 tersebut. [17] SP3 menyediakan surat maklum balas P15 kepada OKS bagi menyatakan keputusan LUAS untuk mengekalkan keputusan terdahulu dan menolak rayuan kompaun kedua atas sebab-sebab yang telah dinyatakan dalam P13 dan OKS diminta untuk membuat pembayaran kompaun dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat LUAS. [18] OKS kemudiannya pada 7.2.2024 telah membuat rayuan kompaun kedua (P14) dan rayuan kompaun ketiga (P16) namun masing-masing telah ditolak oleh pihak LUAS dan mengekalkan bayaran kompaun S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw terdahulu. Ini telah dimaklumkan kepada OKS oleh LUAS melalui surat P15 atas sebab-sebab di dalam P13. TUGAS PIHAK PENDAKWAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [19] Kes saman dan pertuduhan terhadap OKS telah didaftarkan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Selangor sebagai kes Saman Jabatan No. 63-7-06/2025. Pertuduhan terhadap OKS adalah di bawah seksyen 59(2) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999]. Enakmen tersebut telah memperuntukkan hukuman dendaan tidak melebihi RM50,000 atau penjaraan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. [20] Kehadiran OKS di Mahkamah Sesyen adalah diperintahkan mengikut notis di Borang 1 kepada Jadual Kedua Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan format saman kepada seseorang OKS di bawah seksyen 34 Kanun Tatacara Jenayah. Saman kepada Tertuduh (lampiran 4) di dalam Borang 1 ini juga telah dimulakan dengan Pengaduan (lampiran 3) oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa LUAS serta Kertas Pertuduhan (lampiran 1), Izin Mendakwa (lampiran 2) dan Surat Pemberian Kuasa untuk Menyerahkan Saman dibawah S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw S.34(2) Kanun Tatacara Jenayah juga telah difailkan. Mahkamah telah mendapati bahawa segala kertas kausa bagi kes ini adalah teratur di mana kes Reza Kianmehr v. PP [2013] 7 CLJ 265 juga adalah dirujuk. [21] Namun, Seksyen 59(2) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999] tidak mempunyai peruntukan khusus tentang tatacara perbicaraan. Dengan ketiadaan peruntukan khas tersebut di bawah Enakmen tersebut, maka prosedur perbicaraan di bawah Kanun Tatacara Jenayah terpakai seperti mana yang diperuntukkan oleh Seksyen 2. [22] Seksyen 2 Kanun Tatacara Jenayah mentakrifkan perkataan 'kes saman' dan 'kes waran' seperti berikut:- "summons case' means a case relating to an offence and not being a warrant case; Memandangkan ketiadaan takrifan ke atas maksud 'perbicaraan jenayah' dan mengambil kira peruntukan Seksyen 2 Kanun Tatacara Jenayah yang menghendaki kesalahan seperti ini dibicarakan mengikut tatacara di bawah Kanun tersebut, maka Mahkamah ini berpendapat kes S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw terhadap OKS ini adalah bersifat 'quasi-criminal proceeding'. Black's Law Dictionary (Eight Edition) mentakrifkan perkataan 'quasi-criminal proceeding' bermaksud:- "A civil proceeding that is conducted in conformity with the rules of a criminal proceeding because a penalty analogous to a criminal penalty may apply, as in some juvenile proceedings. For example, juvenile delinquency is classified as a civil offense. But like a defendant in a criminal trial, an accused juvenile faces a potential loss of liberty. So criminal procedure rules apply." [23] Dalam hal pengambilan keterangan bagi kes saman, Mahkamah ini telah merekodkan keterangan mengikut Seksyen 266 Kanun Tatacara Jenayah. Nota-nota prosiding dalam Rekod Rayuan yang ada di hadapan Mahkamah ini adalah prosiding perbicaraan terus di bawah Seksyen 173 Kanun Tatacara Jenayah. [24] Justeru, pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan perlu membuktikan satu kes ‘prima facie’ seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 173(h) Kanun Tatacara Jenayah. ‘Prima facie’ bermaksud pihak pendakwaan berjaya membina satu kes terhadap OKT dengan S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw mengemukakan keterangan yang kukuh yang membuktikan setiap faktor kesalahan yang sekiranya tidak dipatahkan atau diterangkan akan mewajarkan satu sabitan (Seksyen 173(h)(iii) Kanun Tatacara Jenayah). [25] Seksyen 173(h)(iii) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seperti berikut:- “(iii) For the purpose of subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” (digariskan untuk penekanan) [26] Di dalam kes Balachandran v PP, (2005) 1 CLJ 85 FC, Augustine Paul menjelaskan maksud “prima facie” seperti berikut:- “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to becalled upon answer. This in turn means that evidence adduced must be such that can be overthrown only by S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw evidence in rebuttal. The phrase “prima facie” is defined in similar terms in Mozley and Whitlay’s Law Dictionary 11th Edition as:- A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficient for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force if the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge ot to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand, if the prima facie case has not been made out its means that there is no material evidence which can be believed in the sense as drescribed earlier. In order to make finding either way the court must, at the close of the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and realibility of all evidence adduced so as to dertermine whether the elements of the offence have been established.” S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [27] Manakala di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1CLJ 457 Mahkamah Persekutuan telah menyatakan: “After the amendments to section 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a Subordinate Court and the High Court under the amended sections is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of prosecution case. This required the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence” [28] Di dalam kes PP v Ong Cheng Heong [1998] 6 MLJ 678, Vincent Ng J memutuskan bahawa:- “Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone to process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected” S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [29] Manakala di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734 m.s 752, Gopal Sri Ram JCA telah memutuskan :- “Mentaklukkan keterangan pendakwaan kepada penilaian maksima untuk menentukan samada pembelaan patut dipanggil, tidak bermakna bahawa pendakwaan perlu membuktikan kesnya diluar keraguan munasabah di peringkat peralihan tersebut.” TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [30] Pada peringkat akhir kes pendakwaan, Mahkamah yang membicarakan sesuatu kes jenayah hendaklah membuat penilaian yang menyeluruh (“maximum evaluation”) ke atas kesemua keterangan dan kredibiliti semua keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan seterusnya memutuskan samada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes ‘prima facie’ terhadap OKT. [31] Dalam kes ini, Mahkamah setelah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan dan membaca hujahan-hujahan pihak pendakwaan dan peguambela, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes ‘prima facie’ terhadap OKS untuk pertuduhan di S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw bawah Seksyen 59(2) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999] yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama. [32] Oleh yang demikian, OKS dilepaskan dan dibebaskan. Alasan-alasan perintah pelepasan dan pembebasan adalah sebagaimana di bawah. INTIPATI PERTUDUHAN [33] Seksyen 59(2) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999] memperuntukkan bahawa: “(1) Tiada seseorang pun atau pihak berkuasa awam, kecuali dilesenkan oleh Lembaga di bawah seksyen ini, boleh menjalankan-
a
pengeluaran, abstraksi atau pengeksploitan sumber-sumber, kecuali bahan batu batan, daripada sumber-sumber air dan perairan pantai;
b
pembuangan kumbah atau bahan buangan atau air kembalian secara langsung atau tidak langsung melalui cara-cara buatan ke dalam mana-mana sumber air dan perairan pantai;
c
apa-apa aktiviti rekreasi yang boleh mengubahkan dengan cara yang menjejaskan aliran, kuantiti atau kualiti sumber air dan perairan pantai itu;
d
eksploitasi secara komersil mana-mana ciri-ciri semulajadi atau buatan manusia yang berkepentingan khusus yang boleh mengubahkan dengan cara yang menjejaskan aliran, kuantiti atau kualiti sumber air dan perairan pantai itu; dan
e
mana-mana aktiviti pengubahan sumber termasuk tetapi tidaklah terhad kepada pembinaan, pekebunan, pelencongan atau penyimpanan air di dalam kawasan yang ditetapkan atau bahagiannya. [34] Berdasarkan peruntukan ini, adalah jelas tiada mana-mana entiti boleh menjalankan aktiviti (a),(b),(c),(d) dan (e) tanpa lesen daripada pihak LUAS. Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa aktiviti yang dijalankan oleh OKS adalah sebagaimana Seksyen 59(2) sub (b). Oleh S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw itu, beban pembuktian ke atas pihak pendakwaan adalah untuk membuktikan intipati-intipati berikut, iaitu:
i
OKS merupakan orang/pihak yang menjalankan pembuangan bahan buangan;
II
(ii) pembuangan bahan buangan adalah secara langsung atau tidak langsung;
III
(iii) pembuangan bahan buangan adalah melalui cara-cara buatan ke dalam mana-mana sumber air; dan
IV
(iv) pembuangan bahan buangan tersebut tidak dilesenkan oleh Lembaga. [35] Pihak pendakwaan telah memanggil 3 orang saksi untuk membuktikan kes mereka. Saksi-saksi tersebut adalah:- SP1- Puan Nordiah binti Lutan (Pembantu Penguatkuasa LUAS) SP2- Encik Muhammad Amir Bin Jamaluddin (Jurufoto, LUAS) S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw SP3- Hj. Dzulkefly Bin Idrus (Penolong Pegawai Penguatkuasa LUAS /Pengadu/Pengawai Penyiasat) [36] Eksibit-eksibit yang dikemukakan sehingga akhir kes pendakwaan adalah seperti berikut:- ID1 - Tangkap layar carian SESAMS P2 - Laporan siasatan tapak bertarikh 2/10/ 2023 P3 - Peta Lakar 2/10/2023 P4 - Sijil Perakuan di bawah S.90A bagi Gambar P5a-g- 7 keping gambar bertarikh 2/10/2023 P6 - Surat LUAS kepada PDT Sabak Bernam P7 - Carian Syarikat SSM P8 - Sijil Perakuan di bawah S.90A bagi carian Syarikat SSM P9 - CD mengandungi gambar-gambar tempat kejadian P10 - Bekas CD P11 - Borang B Tawaran Mengkompaun Kesalahan P12 - Surat OKS bertarikh 19/1/2024 P13 - Surat LUAS bertarikh 30/1/2024 P14 - Surat OKS bertarikh 7/2/2024 P15 - Surat LUAS bertarikh 30/1/2024 S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw P16 - Surat LUAS bertarikh 13/3/2024 Analisis keterangan saksi-saksi pendakwaan Keterangan SP1 [37] SP1 dalam keterangannya telah memaklumkan bahawa pada 2.10. 2023, saya bersama-sama En Mohamad Hafis bin Hamidun, SP2, En Azuwan bin Fairus dan En Mohamad Norazam bin Abd Rashid menjalankan rondaan di sekitar Daerah Sabak Bernam. [38] Semasa rondaan di sekitar Mukim Sabak, pada jam lebih kurang 12.20 tengah hari SP1 telah menemui satu (1) papan tanda projek pembinaan di tepi jalan, atas nama kontraktor Larisan Maju Sdn Bhd. [39] SP1 dan pasukan masuk ke kawasan tersebut untuk pemeriksaan lesen pembuangan bahan buangan ke dalam sumber air. SP1 mendapati terdapat satu tapak pembinaan rumah teres yang sedang dalam pembinaan. SP1 membuat pemerhatian di sekitar kawasan tersebut dan kemudian saya didatangi oleh dua (2) orang pekerja di tapak tersebut, seorang lelaki dan seorang lagi wanita. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [40] SP1 dan pasukan memperkenalkan diri daripada penguatkuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta menyatakan tujuan kedatangan adalah untuk memeriksa lesen pembuangan bahan buangan bagi aktiviti kerja tanah. SP1 bertanya kepada pekerja lelaki tersebut berkenaan lesen pelepasan pembuangan bahan buangan daripada LUAS untuk aktiviti kerja tanah dan pekerja tersebut memaklumkan beliau tidak mengetahui berkenaan lesen tersebut. [41] Pekerja tersebut membuat panggilan telefon ke pejabat pengurusan dan bertanyakan berkenaan lesen. Pekerja tersebut kemudian memaklumkan kepada SP1 bahawa mereka tidak mengetahui berkenaan keperluan lesen pembuangan bahan buangan untuk aktiviti kerja tanah ini. [42] SP1 selanjutnya membuat pemeriksaan di kawasan sekitar dan melihat terdapat enam (6) buah jentera, dua (2) mesin pembancuh simen, sebuah (1) tangki minyak dan sebuah (1) tangki air di tapak pembinaan tersebut. Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar, SP1 dapati tanah di kawasan tersebut dalam keadaan terbuka yang mana S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw pokok-pokok telah ditebang dan tiada kolam takungan, saliran atau parit dibina bagi menakung air larian hujan jika berlaku hujan. [43] Semasa pemeriksaan dijalankan, keadaan di tapak tidak hujan namun jika berlaku hujan, air larian hujan akan mengalir secara terbuka ke kawasan lain yang akhirnya akan membawa air keruh masuk ke dalam alur, anak sungai atau sungai berhampiran kawasan tersebut. [44] Seterusnya SP1 telah meminta SP2 untuk mengambil gambar-gambar di sekitar tapak pembinaan (P5 a-g). Seterusnya SP1 dan pasukan beredar dari tapak pembinaan tersebut dan terus balik ke pejabat. [45] Sampai di pejabat, SP1 membuat semakan carian koordinat tapak iaitu N03.750901, E100.9789868 menggunakan sistem Selangor Earth Surface Activity Monitoring System (SESAMS) (ID1) bagi mengenal pasti sumber air terdekat di kawasan sekitar. Hasil carian mendapati sumber air yang berhampiran adalah Sungai Bernam dengan jarak lebih kurang 2.02 km dari tapak pembinaan tersebut. SP1 telah menandakan lokasi tapak dengan bulatan warna merah dan menurut S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw SP1 jalur biru ini adalah alur yg tidak nampak di lokasi tidak nampak tetapi di dalam sistem SESAMS ada. [46] Selain daripada Sungai Bernam, terdapat juga beberapa alur air atau anak sungai yang tidak bernama di sekitar kawasan tersebut yang akan masuk ke Sungai Bernam. SP1 kemudian membuat cetakan bagi tangkap layar (screenshot) dan mencetak carian sistem SESAMS tersebut. Selepas itu SP1 menyediakan dan mencetak laporan tapak (P2) dan peta lakar (P3) bagi kawasan tapak pembinaan tersebut. [47] Seterusnya SP1 menyerahkan cetakan tangkap layar sistem SESAMS (ID1), laporan tapak (P2) dan peta lakar (P3) kepada pegawai penyiasat iaitu Haji Dzulkefly bin Idrus untuk tindakan lanjut. [48] Semasa soal balas, SP1 bersetuju bahawa selepas semakan SP1 telah mendapati bahawa OKS telah mendapat kebenaran Kerajaan Negeri Selangor bagi kebenaran merancang. Namun, SP1 menjelaskan bahawa kelulusan tersebut sepatutnya mewajibkan lesen daripada pihak LUAS sebelum memulakan pembinaan kerana lesen daripada LUAS adalah wajib diperolehi. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [49] SP1 juga bersetuju semasa soal balas bahawa pada hari kejadian, SP1 tidak nampak aktiviti membuang bahan buangan dilakukan oleh wakil OKS namun menjelaskan sekiranya hujan maka akan nampak kerana di tapak tiada takungan dan kawasan mendapan juga tiada. SP1 turut menjelaskan semasa kejadian, SP1 tidak nampak bahan buangan kerana pada masa kejadian cuaca panas dan tidak hujan. SP1 menegaskan hanya sekiranya hujan kesan akan nampak. [50] SP1 juga bersetuju bahawa sistem Selangor Earth Surface Activity (SESAMS) telah dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan SP1 juga bersetuju bahawa sistem ini tidak dibangunkan oleh LUAS. SP1 juga setuju bahawa hanya pihak JUPEM yang boleh mengesahkan koordinat sebenar tapak lokasi pembinaan. [51] SP1 juga tidak pasti dengan cadangan peguambela samada Sungai Bernam yang dirujuk telah diwartakan. Bagi pihak LUAS, semua projek pembinaan perlu mendapatkan lesen daripada pihak LUAS walaupun projek tersebut berada di atas bukit atau di mana-mana sahaja. SP1 juga bersetuju bahawa laporan (P2) yang disediakan oleh SP1 tiada menyatakan aktiviti pembuangan dijalankan. Semasa soal semula, SP1 bersetuju telah terlepas pandang. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw Keterangan SP2 [52] SP2 adalah jurugambar dan hadir bersama SP1 ketika rondaan di buat ditempat kejadian pada 2.10.2023 jam 12.20 tgh. SP2 telah bertugas sebagai Pembantu Penguatkuasa KP1 di Unit Penguatkuasa, Lembaga Urus Air Selangor, dan bidang tugas SP2 adalah menguatkuasakan Enakmen LUAS 1999 dengan membuat siasatan di tapak dan membuka kertas siasatan. [53] Menurut SP2, SP1 telah meminta SP2 mengambil beberapa keping gambar dikawasan sekitar tapak pembinaan. SP2 telah mengambil beberapa keping gambar menggunakan kamera digital gunasama jenama Nikon Coolpix W300 dan imej-imej gambar disimpan di dalam kad memori Toshiba sdk32g bernombor siri 1834 WM4787A. [54] Menurut SP2, semasa pemeriksaan dijalankan, keadaan cuaca tidak hujan. Setelah selesai pemeriksaan di tapak pembinaan tersebut, SP2 dan ahli pasukan kemudian beredar lebih kurang jam 12.50 tengah hari selepas SP2 dan pasukan telah menemubual 2 orang pekerja OKS S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw di tapak, mengambil gambar termpat kejadian, memeriksa kawasan tapak dan selepas memberi penerangan kepada mereka. [55] Selepas sampai di pejabat, imej-imej asal yang disimpan dalam kad memori tersebut telah SP2 pindahkan ke komputer SP2 yang disediakan oleh LUAS dan kemudian telah mencetak gambar-gambar tersebut dengan menggunakan mesin pencetak jenama HP Color Laser Jet Enterprose M555 di pejabat LUAS sebanyak 7 keping gambar bertarikh 2.10.2023. Selepas itu, SP2 telah mencetak gambar-gambar berkenaan dan serahkan kepada SP3 untuk tindakan lanjut. [56] SP2 menjelaskan kepada Mahkamah bahawa gambar-gambar yang diambil adalah sebanyak 7 keping gambar sebagaimana berikut :- gambar 1 - adalah laluan masuk ke projek gambar 2 - laluan masuk pandangan sebelah kiri gambar 3 - gambar-gambar jentera dan tangki minyak gambar 4 - pandangan dr sudut kiri tapak gambar 5 - gambar penerangan dan penjelasan kepada wakil pemaju tapak gambar 6 - papan tanda tapak projek perumahan S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw gambar 7 - gambar dr sudut tepi kiri sebelah kanan laluan masuk ke tapak [57] Semasa soal balas, SP2 bersetuju bahawa lakaran peta disediakan oleh SP1 adalah tidak selari dengan gambar yang diambil oleh SP2 mengenai kedudukan binaan rumah berkembar. SP2 juga bersetuju tiada alur atau parit dijumpai semasa pemeriksaan dan semasa SP2 mengambil gambar. Kenyataan ini tidak disoal semula oleh pihak pendakwaan. Keterangan SP3 [58] SP3 adalah pengadu dan pegawai penyiasat bagi kes ini. SP3 bertugas sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan di Unit Penguatkuasaan, Lembaga Urus Air Selangor, dan telah berkhidmat dengan LUAS selama 25 tahun. [59] Bidang tugas SP3 adalah menguatkuasakan Enakmen LUAS 1999 dengan membuat siasatan di tapak, membuka kertas siasatan dan menyelia Pembantu Penguatkuasa LUAS. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [60] SP3 di dalam keterangannya telah memaklumkan Mahkamah bahawa SP3 berperanan sebagai pegawai penyiasat yang membuka kertas siasatan terhadap pemilik premis Larisan Maju Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai “Orang Kena Saman” (OKS)) bagi kesalahan di bawah seksyen 59(2) Enakmen LUAS 1999. [61] SP3 telah memaklumkan Mahkamah bahawa SP3 melengkapkan kertas siasatan dengan mengumpulkan dokumen dan maklumat berkaitan kes daripada SP1 dan SP2 yang merupakan Laporan Tapak Unit Penguatkuasaan bertarikh 2.10.2023 (P2), Salinan tangkap layar sistem SESAMS (ID1), Rajah kasar bertarikh 2.10.2023 (P3) dan 7 keping gambar tempat kejadian iaitu tapak pembinaan (P5 a-g). [62] SP3 Seterusnya saya membuat surat permohonan carian tanah kepada Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam bagi carian maklumat syarikat (SSM) syarikat OKS. Berdasarkan penelitian SP3 terhadap perenggan 1.3(d)(ii) dalam laporan tapak bertarikh 2.10.2023 dan gambar-gambar yang telah diambil di tapak pada tarikh yang sama, SP3 mendapati terdapat kesalahan dibawah seksyen 59(2) Enakmen LUAS 1999 iaitu menjalankan pembuangan bahan buangan dari aktiviti kerja tanah ke dalam sumber air tanpa lesen LUAS. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [63] SP3 menjelaskan bahawa aktiviti kerja tanah akan menghasilkan bahan buangan dalam bentuk air larian permukaan (water runoff) dan had piawai parameter yang dikawal bagi air larian permukaan ini adalah pepejal terampai. [64] SP3 memberitahu Mahkamah bahawa “bahan buangan” ditafsirkan dalam seksyen 2 Enakmen LUAS 1999 sebagai “termasuklah apa-apa benda yang ditetapkan sebagai buangan terjadual, atau apa-apa benda sama ada dalam bentuk pepejal, separuh pepejal, atau cecair, atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekitar dalam apa-apa isipadu, komposisi atau cara yang menyebabkan pencemaran”. [65] SP3 juga telah menerangkan bahawa Had piawaian pembuangan pepejal terampai bagi aktiviti kerja tanah atau pembangunan telah ditetapkan dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012. [66] SP3 telah meneliti salinan tangkapan layar carian lokasi melalui sistem SESAMS yang telah disediakan oleh SP1 dan mendapati S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw bahawa tapak kerja tanah yang sedang dijalankan oleh OKS berada berhampiran dengan Sungai Bernam dalam jarak lebih kurang 2.02km dan lokasi tersebut terletak di dalam kawasan lembangan Sungai Bernam. [67] SP3 mengatakan bahawa air larian permukaan yang terhasil daripada aktiviti kerja tanah tersebut akan mengalir masuk ke dalam lembangan Sungai Bernam melalui alur atau anak sungai yang berada di sekeliling dan akhirnya berpotensi mencemarkan Sungai Bernam jika tidak dikawal dengan baik. [68] SP3 telah mengesahkan bahawa “lembangan sungai” ditafsirkan di bawah seksyen 2 Enakmen LUAS 1999 yang memberi erti mana-mana sungai dan kawasan tadahan air yang mengelilingi sungai itu dan termasuklah lembangan sungai yang ditetapkan. Berdasarkan kepada paparan dalam tangkap layar SESAMS tersebut, SP3 lihat terdapat beberapa alur atau anak sungai yang mengelilingi Sungai Bernam dan lokasi tapak kerja tanah yang dilakukan OKS turut berada dalam kawasan lembangan Sungai Bernam tersebut. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [69] Oleh kerana OKS tidak mempunyai lesen pembuangan bahan buangan di bawah seksyen 59(1)(b) Enakmen LUAS 1999, SP3 berpandangan bahawa OKS telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 59(2) Enakmen LUAS 1999 dan sehubungan itu, SP3 telah memohon keizinan untuk mengkompaun dari Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor. [70] Setelah mendapat izin untuk mengkompaun dari Timbalan Pendakwa Raya pada 12.1.2024, SP3 telah menyediakan Borang B, Tawaran Untuk Mengkompaun Kesalahan bertarikh 16.1.2024 dengan menawarkan kompaun berjumlah RM 25,000 dan telah mengemukakan kepada Pengarah LUAS untuk ditandatangani. Borang tawaran kompaun tersebut kemudian telah diserahkan kepada wakil pekerja OKS pada 17.1.2024. [71] Kemudian SP3 telah menerima dua (2) surat rayuan pengurangan kompaun dari syarikat OKS pada 22.1.2024 dan 7.2.2024. Dalam surat tersebut, OKS memohon supaya dikurangkan kadar tawaran kompaun atas alasan tiada pengetahuan tentang kewajipan mendapatkan lesen dari LUAS kerana semasa membuat permohonan Kelulusan Merancang kepada Majlis Daerah Sabak Bernam pada tahun 2014, tidak dinyatakan S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw lesen LUAS dalam senarai semakan permohonan Pelan Bangunan/Tambahan/Pindaan. Namun, kedua-dua rayuan telah ditolak dan telah dimaklumkan kepada OKS. Sehingga kini, menurut SP3, OKS masih gagal membuat bayaran kompaun. [72] SP3 semasa soal balas akhir nya bersetuju bahawa tawaran kompaun yang dikeluarkan pada 16.1.2024 oleh pihak LUAS beserta surat rayuan OKS adalah tidak terpakai kerana kes telah dibawa ke Mahkamah. [73] SP3 juga bersetuju bahawa SP3 tiada di tempat kejadian dan tidak pernah melawat tapak tempat kejadian. SP3 menyatakan bahawa terdapat pembinaan rumah dan aktiviti pembangunan tanah telah berlaku di tapak tempat kejadian dan menafikan bahawa SP3 tidak mengetahui aktiviti pembuangan yang dilakukan oleh pihak OKS. [74] SP3 juga menjelaskan kalau hujan barulah kesan pembuangan dan aliran air akan dapat dilihat. SP3 menambah bahawa bagi aktiviti kerja tanah terbuka dan sekiranya hujan ada larian air dan lumpur akan menbawa ke tanah rendah dan alur-alur dan berdasarkan semakan kita kawasan ini di bawah lembangan Sungai Bernam. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [75] SP3 juga bersetuju bahawa SP3 tidak mengemukakan warta bagi Sungai Bernam di dalam kertas siasatan walaupun SP3 menyatakan bahawa Sungai Bernam adalah lembangan sungai yang dilindungi. SP3 juga tidak bersetuju Laporan P2 tidak menyatakan perbuatan membuang bahan buangan kerana apabila hujan boleh menyebabkan keruhan. [76] SP3 juga bersetuju bahawa sistem SESAMS telah dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di bawah Kementerian Sains dan Teknologi namun mengatakan bahawa LUAS telah membuat perjanjian dengan MYSA untuk sistem tersebut digunakan oleh LUAS. SP3 tidak bersetuju hanya wakil MYSA boleh mengesahkan sistem dan titik koordinat tempat kejadian dan aliran air. [77] SP3 juga tidak menafikan tiada rakaman percakapan dua (2) orang yang ditemui oleh SP1 dan SP2 di tapak tempat kejadian telah diambil namun menegaskan terdapat perbincangan.SP3 juga bersetuju lesen daripada LUAS bukanlah syarat wajib dalam mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Negeri bagi tujuan pembangunan tanah. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [78] SP3 juga menyatakan bahawa SP1 ada membuat ukuran “longlap” di tempat kejadian sebagaimana yang dinyatakan di dalam Laporan P2. SP3 juga menafikan bahawa ketepatan titik koordinat ini hanya boleh di sahkan melalui JUPEM kerana pihak LUAS juga ada membuat ukuran secara “longlap”. [79] Semasa pemeriksaan semula. SP3 menjelaskan di tapak jelas menunjukkan aktiviti tapak dan sekiranya tiada hujan memang tidak nampak pembuangan ke aliran tetapi jika hujan berlaku semestinya akan membawa aliran air dan lumpur dan bawa ke aliran utama sungai. Oleh kerana itu, pihak LUAS keluarkan lesen untuk kawalan setiap pembangunan dilakukan hanya dibenarkan aktiviti lepaskan kekerohan utk 100 mg sahaja. [80] Menurut SP3, tujuan lesen ini adalah untuk kawalan jika tidak kawal terdapat aktiviti terlalu banyak di negeri Selangor dan ini akan memnyebabkan penutupan loji dan seksyen ini adalah utk kawal ke sumber air dan untuk kes ini bukan fokus kepada pencemaran tetapi kita fokus kepada OKS tiada lesen. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw INTIPATI (i) OKS merupakan orang/pihak yang menjalankan pembuangan bahan buangan; [81] Adalah menjadi fakta yang tidak dipertikaikan bahawa OKS adalah syarikat pemaju projek perumahan di tapak tempat kejadian. Namun, elemen pertuduhan bahawa OKS adalah pihak menjalankan aktiviti pembuangan bahan buangan masih perlu dibuktikan. Aktiviti menjalankan pembuangan bahan buangan [82] Adalah menjadi keterangan SP1 dan SP2 bahawa pada hari kejadian jam 12.20 tgh sehingga 12.50 tgh, SP1 dan SP2 tidak nampak sebarang aktiviti pembuangan bahan buangan di tapak tempat kejadian. SP1 dan SP2 hanya mendapati bahawa terdapat aktiviti pembinaan tapak perumahan sedang dalam pembinaan. [83] SP1, SP2 dan SP3 menjelaskan aktiviti pembuangan bahan hanya akan dapat dilihat sekiranya terdapat hujan di mana akan terdapat larian air dan mendapan yang akan menyebabkan pencemaran kepada sumber air. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [84] SP1 juga telah mengesahkan bahawa SP1 terlepas pandang dalam menyatakan samada aktiviti bahan buangan di lokasi milik OKS dilakukan secara langsung atau tidak langsung di dalam Laporan P2. Manakala, SP3 pula telah membuat andaian ataupun dapatan bahawa aktiviti bahan buangan oleh OKS di tapak tempat kejadian adalah secara langsung dan tidak langsung atau kedua-dua sekali. [85] Mahkamah dalam meneliti keterangan SP1 dan SP3 telah mendapati bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaan ini adalah berbeza dan tidak konsisten. Adalah menjadi intipati pertuduhan kesalahan di bawah Seksyen 59(2) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999] jelas menyatakan bahawa sekiranya mana-mana individu atau Pihak Berkuasa menjalankan mana-mana aktiviti dibawah sub (a) atau (b) atau (c) atau (d) atau (e), suatu lesen daripada pihak LUAS wajib dipohon. [86] Di dalam kes ini, SP1, SP2 dan SP3 apa yang jelas terdapat di tapak tempat kejadian adalah aktiviti pembinaan rumah dan ianya sebuah tapak projek perumahan dimajukan oleh OKS. Menurut keterangan SP1 dan SP2 semasa rondaan tiada aktiviti pembuangan bahan buangan telah ditemui. Saksi-saksi pendakwaan menegaskan S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw hanya sekiranya hujan aktiviti pembuangan bahan buangan akan terlihat. SP1 dan SP2 juga menyatakan tiada parit atau tiada longkang atau mendapan dijumpai di lokasi kejadian. [87] Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan yang jelas (“direct evidence”) yang membuktikan perbuatan aktiviti pembuangan bahan buangan dilakukan oleh OKS. Dalam perihal dan keadaan tersebut, Mahkamah perlu membuat dapatan fakta dengan menggunakan “anggapan-anggapan” yang dinyatakan di bawah Seksyen 4 Akta Keterangan 1950. [88] Namun demikian, Mahkamah ini perlu memastikan bahawa sebelum “anggapan” bahawa OKS telah menjalankan aktiviti pembuangan bahan buangan ke dalam sumber air mengalir hanya ketika hujan terpakai, fakta asas berkenaan terdapatnya bahan buangan di lokasi projek pembinaan OKS hendaklah dibuktikan di Mahkamah terlebih dahulu oleh pihak pendakwaan. Ini telah gagal dilakukan oleh pihak pendakwaan. [89] Prinsip pemakaian “anggapan” dibawah Seksyen 4 Akta Keterangan 1950 di atas telah dinyatakan oleh Mahkamah dalam kes S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw PP v. Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649; [2000 6] MLJ 705 seperti berikut: "The applicability of the presumption provisions must be considered against this background. Their language shows that they have been enacted to provide evidence of the facts to be presumed upon proof of the basic facts. It is these basic facts that raise the presumed facts. Thus they contemplate a situation where there is no evidence of the facts to be presumed. Where there is such evidence and the presumption provisions are still invoked it would mean that what has been proved to exist has, at the same time, also been presumed to exist. This is illogical as it would amount to facts which have been proved as also having been presumed. This would go beyond the explicit words and object of the presumption provisions as they are designed to meet a situation when there is no evidence of the facts to be presumed. As I said earlier presumptions are only a special mode of proving facts which must otherwise be proved by evidence. It follows that where there is such other evidence presumptions cease to apply as such evidence, being not inadmissible, is capable of proving the very facts to be presumed. Presumptions are therefore restricted in their operation to instances where there is evidence only of the basic facts. The limitation on the use S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw of the presumption provisions in the face of available evidence can be discerned if the ramifications of their use in such circumstances are considered. It must first be observed that reliance on the presumption provisions where there is available evidence of the facts to be presumed will be unfavourable to the accused. This is because where the court relies on a statutory provision relating to a presumption of law like the presumption provisions it is bound to take the fact as proved until evidence to the contrary is given, on a balance of probabilities, to disprove it (see PP v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89; Nagappan a/l Kuppusamy v. PP [1988] 1 CLJ Rep 229; [1988] 2 MLJ 53). This results in a legal burden being imposed on an accused person though it is not illegal. Failure to discharge the burden, even where a reasonable doubt as to guilt exists, will be followed by conviction (see State v. Mello & Anor [1999] 1 LRC 215). However, if the court had acted on the available evidence in proof of the relevant ingredients without resorting to presumptions there is only an evidential burden on an accused person to raise a reasonable doubt. Thus indiscriminate use of presumptions when there is evidence of the facts to be presumed will be unfavourable to the accused as it will place a heavier burden on him which could have been avoided. Fairness to the accused therefore demands that the presumption provisions are used S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw only when there is no evidence of the facts to be presumed. Arbitrary use of the presumption provisions, without any fixed guidelines, when there is direct evidence of the facts to be presumed may also prejudice the accused in another way." [90] Kesan pemakaian “anggapan” telah dinyatakan juga oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Lt Kol Yusof bin Abdul Rahman v. Kol Anuar bin Md Amin & Anor [1997] CLJU 430; [1997] 1 LNS 430; [1997] 1 MLJ 562 seperti berikut: "The key word here is 'presuming', the meaning of which is provided by s. 4 of the Evidence Act 1950. Presuming a fact means 'regarding the fact as proved unless and until it is disproved'." [91] Adalah penting untuk hakim bicara semasa menggunakan “anggapan” di bawah undang-undang tidak menjadikan pemakaiannya sebagai suatu automatik. Ia telah dinyatakan dalam kes PP v. Haji Ismail & Another [1939] CLJU 68; [1939] 1 LNS 68; [1940] 1 MLJ 76 seperti berikut: S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw "There is no question of the mechanical application of any general rule of presumption." [92] Adalah jelas bahawa kes pendakwaan adalah berdasarkan “anggapan” bahawa sekiranya hujan aktiviti bahan pembuangan akan berlaku. Tiada aktiviti jelas yang ditemui di tapak lokasi atau yang sedang dijalankan oleh pihak OKS terjumlah kepada sub (b) atau mana-mana sub lain di bawah Seksyen 59(2) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999]. Tiada juga keterangan bahawa terdapat bahan buangan dijumpai di lokasi tempat kejadian OKS dikemukakan. [93] Mahkamah juga berpendapat bahawa kepentingan membuktikan bahan buangan yang menyebabkan pencemaran juga adalah penting sebelum Mahkamah boleh menggunapakai “anggapan” dibawah Seksyen 4 Akta Keterangan 1950. Mahkamah juga telah merujuk kepada takrifan “bahan buangan” dibawah Seksyen 2 Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999] adalah sebagaimana berikut :- S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw "bahan buangan" termasuklah apa-apa benda yang ditetapkan sebagai buangan terjadual, atau apa-apa benda sama ada dalam bentuk pepejal, separuh pepejal, atau cecair, atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekitar dalam apa-apa isipadu, komposisi atau cara yang menyebabkan pencemaran;” [Penekanan ditambah] [94] Mahkamah juga mendapati bahawa Laporan P2 tiada menjelaskan atau menyatakan aktiviti pembuangan bahan buangan dilakukan secara langsung atau tidak langsung. SP3 telah membuat andaian sendiri dengan menklasifikasikan kesalahan OKS sebagai terjumlah dibawah kesalahan Seksyen 59(2)(b) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999]. [95] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa elemen (i) telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. INTIPATI (ii) pembuangan bahan buangan adalah secara langsung atau tidak langsung; S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [96] Adalah menjadi keterangan SP3 bahawa SP3 tidak pernah pergi ke tempat kejadian dan tiada mengambil rakaman percakapan pekerja-pekerja OKS yang telah dijumpai oleh SP1 dan SP2 semasa rondaan. Siasatan SP3 hanya memfokuskan kepada ketiadaan lesen dan rayuan OKS sahaja. Mahkamah juga mendapati bahawa SP3 hanya bergantung kepada Laporan P2 yang disediakan oleh SP1, selain dokumen ID1, P3, P5 a-g selepas membuat rondaan ke tapak kejadian. [97] Namun, Mahkamah mendapati bahawa siasatan SP3 adalah tidak menyeluruh di mana Laporan P2 tersebut tiada menyatakan samada aktiviti pembuangan bahan buangan dilakukan secara langsung atau tidak. Fakta ini juga disokong oleh keterangan SP1 semasa soal balas bahawa SP1 bersetuju tiada dimasukkan dan memberi alasan terlepas pandang untuk melaporkan penemuan samada aktiviti yang dijalankan secara langsung atau tidak. Dikemukakan keratan para 1.3 Penemuan (finding) Laporan P2 seperti berikut :- S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [98] Mahkamah juga mendapati tiada gambar 2 mesin pembancuh simen di dalam Peta lakar lokasi P3 dan P5a-g gambar-gambar tempat kejadian dilakarkan dan ditemui. Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan SP1 lebih memberi fokus kepada bahawa kesalahan OKS adalah tiada lesen daripada LUAS dalam menjalankan aktiviti pembangunan tanah. Ini boleh dilihat dibawah para 1.3 Laporan P2. [99] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini berpendapat bahawa elemen-elemen kesalahan di bawah Seksyen 59(2) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999] adalah penting dan perlu dipenuhi sebelum wujudnya keperluan bagi mendapatkan lesen S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw daripada LUAS sebagaimana kehendak peruntukan. Malah, tidak dipertikaikan dan dipersetujui oleh SP3 bahawa OKS telah diberikan kebenaran untuk membangunkan tanah dan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. [100] Berdasarkan alasan diatas serta alasan-alasan bagi elemen (i), Mahkamah mendapati bahawa elemen (ii) juga telah gagal dipenuhi oleh pihak pendakwaan. INTIPATI (iii) pembuangan bahan buangan adalah melalui cara-cara buatan ke dalam mana-mana sumber air; [101] “Sumber air” adalah ditafsirkan dibawah Seksyen 2 Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999] sebagaimana berikut :- "sumber air" ertinya mana-mana sungai, lembangan sungai, air bumi atau badan air; [Penekanan ditambah] S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [102] Adalah menjadi keterangan SP3 bahawa lokasi tapak tempat kejadian tersebut adalah berada berhampiran dengan Sungai Bernam dalam jarak lebih kurang 2.02 km. SP3 juga menjelaskan lokasi tapak projek perumahan tersebut adalah terletak di dalam kawasan lembangan Sungai Bernam. [103] Mahkamah juga telah merujuk kepada tafsiran “lembangan sungai” dan “lembangan sungai yang telah ditetapkan” dibawah Seksyen 2 Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999] sebagaimana berikut :- "lembangan sungai" ertinya mana-mana sungai dan kawasan tadahan air yang mengelilingi sungai itu dan termasuklah lembangan sungai yang ditetapkan; "lembangan sungai yang ditetapkan" ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai lembangan sungai yang ditetapkan di bawah
Part
Bahagian VI;
Content
[Penekanan ditambah] S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [104] Mahkamah kemudiannya telah merujuk kepada Seksyen 56 (1)
Part
Bahagian VI Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen
Content
No.2 tahun 1999] yang telah memperuntukkan “lembangan sungai yang ditetapkan” sebagaimana berikut :- “(1) Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, bila mana difikirkan perlu dan suai manfaat untuk melindungi dan memelihara dengan lebih baik mana-mana sumber air, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan atau bahagiannya menjadi suatu kawasan-
8
8.6.2026 Bagi Pihak OKT : T/n M. Nor & Partners, Sungai Besar, Selangor. Bagi Pihak Pendakwaraya: Puan Norfazilah Binti Shaharudin, Pegawai Pendakwaraya LUAS, Selangor.
a
lembangan sungai;
b
kawasan tadahan air;
c
kawasan air bumi;
d
tanah perairan, atau
e
badan air, yang ditetapkan.” S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [Penekanan ditambah] [105] Adalah jelas berdasarkan Seksyen 56(1) Bahagian VI Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999], pemeritahuan melalui Warta bagi suatu “lembangan sungai” adalah perlu bagi pemakaian Seksyen 59(2) Enakmen. Warta perlu dikemukakan bagi menunjukkan bahawa Sungai Bernam adalah jatuh di bawah tafsiran “lembangan sungai” yang mana ianya adalah dilindungi di bawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999]. Ini juga gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [106] Mahkamah mendapati bahawa tiada Warta dikemukakan di Mahkamah bagi membuktikan bahawa Sungai Bernam adalah diisytiharkan sebagai “lembangan sungai”. Ini selaras dengan keterangan SP3 sendiri bahawa SP3 tidak membuat carian Warta semasa siasatan dibuat. SP3 mempunyai bebanan tugasan yang banyak dan kekangan masa. Dokumen tersebut juga tidak dikemukakan di Mahkamah. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw [107] Walaupun, Seksyen 81 Akta Keterangan 1950 membenarkan Mahkamah ini menerimapakai dokumen berbentuk Warta, namun ianya masih perlu dikemukakan. Seksyen 81 Akta Keterangan 1950 adalah dirujuk :- “The court shall presume the genuineness of every document purporting to be the Gazette, a State Gazette or the London Gazette, or the Government Gazette of any part of the Commonwealth, or to be the Gazette issued by the local Government of any part of the Commonwealth, or to be a newspaper or journal, or to be a copy of a private Act of Parliament printed by Her Britannic Majesty's Printer, and of every document purporting to be a document directed by any law to be kept by any person, if the document is kept substantially in the form required by law and is produced from proper custody.” [Penekanan ditambah] [108] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa elemen “sumber air” di dalam intipati (iii) gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaraya. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw INTIPATI
IV
(iv) pembuangan bahan buangan tersebut tidak dilesenkan oleh Lembaga. [109] Adalah tidak dipertikaikan bahawa OKS tiada mempunyai lesen daripada LUAS. Namun, Mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan perlu juga membuktikan keperluan elemen “pembuangan bahan buangan” dan bagi menjustifikasikan keperluan OKS mendapatkan lesen daripada LUAS sebagaimana kehendak di bawah Seksyen 59(2)(b) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 [Enakmen No.2 tahun 1999]. [110] Memandangkan elemen (i) –(iii) telah gagal dibuktikan dan elemen pembuangan bahan buangan tidak berjaya dibukti sebagaimana alasan-alasan terdahulu di atas, Mahkamah mendapati intipati pertuduhan (iv) juga gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Kesimpulan [111] Lain-lain isu adalah remeh dan tidak bermerit. Oleh itu, OKT telah dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan sebagaimana peruntukan di bawah s.180(2) Kanun Tatacara Jenayah. S/N LjR6Ftr8tkuEgcMq3Futsw Dipanjangkan kepada kebijaksanaan Y.A Hakim untuk pertimbangan lanjut. Disediakan oleh: Nurulmardhiah (NURUL MARDHIAH BINTI MOHAMMED REDZA) Hakim, Mahkamah Sesyen Kuala Selangor, Selangor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.