(iii) Caj penahanan - RM 11,448.00 I. Nilai Kerja Pemasangan Penebat Pada Paip Minyak Haba [24] Defendan mendakwa Plaintif gagal memasang penebat pada sebahagian paip minyak haba yang bernilai RM 25,500.00. Ketika pemeriksaan balas DW2 dia tidak mempunyai pengetahuan bagaimana nilai RM 25,500.00 diperolehi untuk penebat paip haba tersebut. Menurut DW2, jumlah ini diberi oleh Bahagian Pembelian dan ketika disoal oleh Mahkamah, DW2 bersetuju jumlah ini adalah S/N sUh2eOjUmEKjHs1PzktYpw andaiannya sahaja. Selain itu seperti yang diputuskan di awal alasan penghakiman, gambar-gambar yang menjadi asas kepada dakwaan Defendan bahawa kerja-kerja pemasangan penebat haba ini tidak dipasang tidak diterima sebagai ekshibit, maka tuntutan balas untuk jumlah ini seharusnya ditolak. II. Kerugian Keuntungan [25] Defendan menuntut sejumlah RM 1,822,752.00 sebagai kerugian keuntungan. Peguam Plaintif menghujahkan cara dan jumlah pengeluaran sarung tangan dan kualitinya adalah ditentukan oleh Defendan sendiri. Tiada bukti yang dikemukakan oleh Defendan bahawa Defendan mempunyai jualan yang lebih dari apa yang dihasilkan daripada pengeluaran GX2. Defendan gagal membuktikan bahawa kerja baik pulih yang dijalankan oleh Plaintif telah menyebabkan Defendan gagal memenuhi permintaan pelanggannya. Beban bukti untuk membuktikan kerugian keuntungan ini adalah atas Defendan. Adalah undang-undang mantap bahawa pihak yang memohon untuk diawadkan gantirugi adalah beban keatasnya untuk membuktikan fakta bagaimana kerugian ini wujud sebelum Mahkamah mengawadkan jumlah kerugian yang dituntut. S/N sUh2eOjUmEKjHs1PzktYpw Mahkamah Persekutuan didalam Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v Plenitude Holdings Sdn Bhd [1994] 3 MLJ 77735 memutuskan: - “ Firstly, the part of the judgment of the judge which provides that the vendor shall pay to the purchaser damages to be assessed for wrongful termination of the agreement with costs and that Tan Si Khoo and the vendor shall pay to the purchaser damages to be assessed for breaches of the undertakings, even though affirmed on appeal, can in no way relieve the purchase of satisfying the fundamental requirement of having to prove its loss (if any) arising from those breaches. To hold otherwise would amount to dispending with proof of quantum altogether, and that cannot be the law. In so saying, we are reminded of the words of Lord Goddard in Bonham-Carter v Hyde Park Ltd 64 TLR 177, 178: …plaintiffs must understand that if they bring action for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, so to speak, throw at the head of the court, saying: “This is what I have lost, I ask you to give me these damages.” They have to prove it. Didalam kes Datuk Mohd Ali bin Hj Abdul Majid & Anor v Public Bank Bhd [2014] MLJ 465, Mahkamah Persekutuan diperenggan 32 dan 33 memutuskan: - S/N sUh2eOjUmEKjHs1PzktYpw “ [32] It is trite law that a claimant claiming damages must prove that he has suffered the damage. The claimant has the burden of proving both liability and quantum of damages, before he can recover the sum claimed. This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person’s case, the proof of such allegation falls on him. (See s. 103 of the Evidence Act 1950). If he fails to prove both the liability and the quantum of damages, he loses the action. [33] Therefore, in a claim for damages, it is not sufficient for the plaintiff to merely state the amount of damages that he is claiming, he must prove the damage that he had in fact suffered to the satisfaction of the court. This principle is borne out in the case of Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel [1948] 64 TLR 177 where Lord Goddard CJ observed: Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages, it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, and, so to speak, throw them at the head of the court, saying: ‘This is what I have lost, I ask you to give me these damages’. They have to prove it.” S/N sUh2eOjUmEKjHs1PzktYpw [26] Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif, bahawa Defendan gagal membuktikan bahawa terdapatnya “actual losses” yang dihadapi oleh Defendan akibat daripada kerja baik pulih oleh Plaintif di barisan pengeluaran GX2. Kerja-kerja baik pulih oleh Plaintif di barisan pengeluaran GX2 adalah bersandarkan pasda pesanan belian Defendan, tiada sebarang “letter of award” yang diberikan oleh Defendan untuk kerja-kerja baik pulih di barisan pengeluaran GX2. Tiada sebarang tarikh serahan yang dipersetujui atau pun tarikh permulaan dinyatakan didalam pesanan belian seperti yang didakwa oleh Defendan dan ini disahkan oleh DW1. DW1 sendiri tidak pasti bagaimana tarikh-tarikh yang dinyatakan didalam “Excel Spreadsheet” diperolehi khususnya berkenaan dengan “time line”. [27] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati tiada tarikh serahan ataupun tarikh permulaan kerja-kerja Plaintif di barisan pengeluaran GX2 seperti yang didakwa oleh Defendan. Jika Defendan bergantung penuh kepada tarikh permulaan kerja dan tarikh serahan untuk kerja-kerja baik pulih dai barisan pengeluaran GX2, maka terma-terma ini hendaklah dinyatakan dengan jelas didalam pesanan belian kerana Plaintif bergantung kepadanya untuk memulakan kerja mereka. Kewujudan “excel spreadsheet” itu hendaklah di S/N sUh2eOjUmEKjHs1PzktYpw lampirkan sebagai sebahagian daripada pesanan belian atau untuk lebih teratur dikeluarkan bersama dengan satu surat awad tetapi ini tidak berlaku disini. Oleh itu, untuk mendakwa kerugian keuntungan yang dialami oleh Defendan adalah berkait rapat dengan kerja-kerja baik pulih Plaintif adalah terlalu “remote”. [28] Defendan gagal membuktikan bahawa jumlah kerugian keuntungan yang dituntutnya adalah keuntungan bersih yang diperolehi akibat penjualan sarung tangan yang dikeluarkan oleh Defendan kepada pelanggannya. Keuntungan kasar tidak boleh diguna sebagai kayu pengukur inilah jumlah keuntungan yang Defendan perolehi seandainya barisan pengeluaran berfungsi dengan baik seperti yang mereka dakwa (dinafikan Plaintif). Defendan seharusnya mengemukakan kepada Mahkamah data perolehan bersih yang diperolehi selepasa penjualan sarung tangan kepada pelanggannya sebelum kerja baik pulih dilakukan dibandingkan dengan keadaan selepas baik pulih. Banyak faktor jika melibatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran sarung tangan seperti faktor bahan bancuhan mentah untuk sarung tangan, pekerja dan masa yang ditetapkan untuk pengeluaran. Ada antara faktor-faktor ini tiada kaitan dengan Plaintif; maka kerugian keuntungan yang dikatakan berpunca dari kerja-kerja baik pulih S/N sUh2eOjUmEKjHs1PzktYpw barisan pengeluaran GX2 dan GX3 Pipeline juga tidak boleh diletakkan atas Plaintif. [29] Selain itu, terdapat keterangan bahawa ada antara bahan material yang diperlukan oleh Plaintif dibekalkan oleh Defendan dan sekiranya bahan material ini lewat dibekalkan ianya akan memberi kesan kepada kerja-kerja baik pulih Plaintif. Ketika pemeriksaan balas DW1, dia mengesahkan bahawa ada antara dari bahan-bahan material yang diperlukan oleh Plaintif untuk kerja-kerja baik pulih itu perlu dibeli dan diperolehi oleh Defendan. Ada antara bahan material ini lewat dibekalkan oleh pembekal Defendan [Ikatan A2 mukasurat 3 -5], Oleh itu, adalah jelas ada kekangan kerja di pihak Plaintif untuk menyiap kerja sekiranya sebahagian dari bahan material datang dari pembekal Defendan. III. Caj Penahanan [30] Defendan menuntut sejumlah RM 11,448.00 yang merupakan caj penahanan atas barang-barang yang gagal diangkut oleh Plaintif dari kontena. Plaintif menghujahkan bahawa Defendan tidak berhak untuk menuntut caj penahanan ini kerana kegagalan Defendan menyediakan kawasan lapang kepada Plaintif untuk memunggah barangan tersebut di kilang Defendan walaupun telah dimaklumkan S/N sUh2eOjUmEKjHs1PzktYpw oleh Plaintif.Ini seperti yang diperjelaskan oleh PW1, bahawa adalah tanggungjawab Plaintif untuk memunggah barangan dari kontena dengan syarat tempat untuk meletakkan barangan itu hendaklah disediakan oleh Defendan. Barangan didalam kontena ini tidak boleh diletakkan disebarang tempat dan memerlukan tempat yang sesuai yang perlu disediakan olejh Defendan dan menurut PW1, Defendan tidak pernah memaklumkannya untuk mempercepatkan pemunggahan barangan tersebut. DW3 ketika pemeriksaan balas, memaklumkan ada memberitahu Plaintif supaya memunggah barangan itu ke tempat selamat tetapi dia tidak dapat menunjukkan bukti arahan sedemikian kepada Plaintif.