klausa 14 Perjanjian memperuntukkan bahawa Defendan berhak untuk tinggalkan/tidak teruskan dengan mana-mana bahagian kerja yang tidak lagi diperlukan. [26] Peguam cara terpelajar Defendan menghujahkan bahawa adalah prinsip undang-undang pliding yang mantap bahawa dalam suatu tindakan “goods sold and delivered” setiap transaksi dan invois-invois harus diplid dan disenaraikan secara terperinci sebagai sebahagian Pernyataan Tuntutan. Peguam cara terpelajar Defendan merujuk kes Elegant Advisory Sdn Bhd v Ishak Abd Rahman [2009] 12 MLRH 323 di mana Mahkamah memutuskan “In an action for goods sold and delivered, the date and amount of each consignment should be set out in the Statement of Claim.”. Maka dengan menerima pakai prinsip yang diputuskan dalam kes Elegant Advisory Sdn Bhd dan kes Aneka Melor Sdn Bhd v Seri Sabco (M) Sdn Bhd and Another Appeal [2015] MLJU 2247, Plaintif langsung tidak memplidkan apa-apa butir transaksi barang, apa-apa Invois untuk membuktikan kononnya terdapat apa-apa tunggakan pembayaran. Plaintif langsung tidak memplidkan apa-apa tunggakan bayaran tetapi telah menuntut untuk keseluruhan nilai Perjanjian tersebut tanpa memenuhi obligasinya untuk menyiapkan ketiga-tiga mesin S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg tersebut. Tanpa butir-butir tersebut ia adalah mustahil untuk menentukan sekiranya Defendan telah kononnya mengingkari Perjanjian tersebut dengan gagal membuat bayaran. Kegagalan Plaintif ini membawa kesan langsung terhadap akar-umbi tuntutannya dan dengan itu peguam cara terpelajar Defendan berhujah bahawa kegagalan ini sahaja memadai untuk menolak tuntutan Plaintif. Peguam cara terpelajar Defendan berhujah bahawa Plaintif telah sama-sekali gagal memenuhi tanggungjawabnya untuk mengalihkan beban pembuktian. Pertama sekali, Plaintif harus membuktikan kerja-kerja yang telah dilakukan dan disiapkan olehnya sehingga kini. Seterusnya, Plaintif harus mengemukakan invois-invois yang telah dikeluarkan olehnya bagi kerja-kerja yang telah disiapkan untuk menuntut pembayaran progresif dari Defendan dan akhirnya, membuktikan kegagalan pembayaran oleh Defendan. Plaintif langsung tidak mengemukakan apa-apa keterangan yang relevan untuk membuktikan isu-isu ini. Plaintif sama-sekali gagal membentangkan secebis keterangan dokumentari bahawa terdapat wang tertunggak yang gagal/ingkar dibayar oleh Defendan. Hanya kerana suatu jadual pembayaran wujud ia tidak bermakna tanggungjawab untuk membuat pembayaran akan berbangkit sewenang-wenangnya, progress kerja harus dibuktikan oleh pihak Plaintif. Defendan telah membuktikan kesemua tuntutan-balasnya terhadap Plaintif. S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg [27] Berkenaan dengan pembayaran oleh Defendan, hujahan peguam cara terpelajar Defendan menyatakan bahawa tiada apa-apa keingkaran oleh pihak Defendan dalam melakukan pembayaran memandangkan sehingga kini Defendan telah melakukan pembayaran sebanyak RM7,460,000.00 secara keseluruhannya dan tiada apa-apa pembayaran tertunggak. Memandangkan, kos untuk pemasangan dan penyiapan satu mesin secara sepenuhnya adalah dianggar lebih kurang RM6,600,000.00, maka Defendan telah melakukan pembayaran melebihi kos satu mesin tetapi sehingga kini Plaintif gagal menyiapkan Mesin Pertama tersebut. Malah, Defendan menyatakan bahawa Plaintif yang telah mengingkari terma-terma perjanjian dengan gagal menyempurnakan dan menghantar serah mesin-mesin tersebut seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian tersebut. Disebabkan kegagalan/keingkaran pihak Plaintif, Defendan menuntut balas ganti rugi dan Liquidated Damages disebabkan kelewatan menghantar serah mesin-mesin yang diperuntukkan di bawah Perjanjian. Sama ada transaksi ialah “goods sold and delivered”? Hujahan peguam cara terpelajar Plaintif: [28] Peguam cara terpelajar Plaintif berhujah bahawa Defendan langsung tidak memplidkan dalam Pembelaan dan Tuntutan Balasnya bahawa kes ini adalah berkenaan dengan “goods sold and delivered”. Peguam cara terpelajar Plaintif menyatakan bahawa ini adalah suatu isu S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg baharu yang hanya pertama kali dibangkitkan oleh Defendan ketika pemeriksaan balas terhadap saksi Plaintif. Memandangkan isu berkenaan “goods sold and delivered” langsung tidak diplidkan oleh Defendan dan isu ini juga tidak pernah dibangkitkan oleh Plaintif di mana-mana pliding, maka Defendan adalah diestop daripada membina kes mereka berdasarkan fakta baharu yang tidak diplidkan dan segala pemeriksaan balas berkenaan isu yang tidak diplidkan ini haruslah diketepikan oleh Mahkamah. Dapatan Mahkamah: [29] Mahkamah mendapati bahawa Perjanjian yang dimeterai oleh pihak-pihak ialah untuk membeli 3 unit mesin bagi memproses dan mengeluarkan sarung tangan getah dalam skala besar. [30] Dalam tindakan undang-undang oleh Plaintif ini, Mahkamah ini telah meneliti dokumen Perjanjian iaitu suatu dokumen kontrak yang mengikat pihak-pihak. Jika ada apa-apa perubahan terma untuk dinilai semula oleh pihak-pihak sewajarnya Perjanjian tersebut boleh diubah, dinilai semula atau dilawati semula. Apabila Plaintif telah melaksanakan obligasinya menurut Perjanjian, apa obligasi Defendan? Sudah semestinya untuk melengkapkan pembayaran berdasarkan terma pembayaran. Apa-apa rundingan lisan dan/atau komunikasi lisan sewajarnya dinyatakan dengan jelas. S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg [31] Perjanjian tersebut adalah kontrak untuk Plaintif membekalkan, menghantar, memasang, menguji dan mentauliahkan 3 unit Double Former Powder Free Glove Dipping Machine di kilang Defendan. Ini bererti obligasi kontrak Plaintif bukan setakat atau sekadar “goods sold and delivered”. Plaintif dikehendaki menghantar serah barang untuk mesin-mesin, memasang, menguji dan mentauliahkan mesin-mesin tersebut “on site” di kilang Defendan. Tanpa penyempurnaan kesemua tugas ini mesin-mesin tersebut tidak boleh beroperasi/berfungsi. [32] Dalam schedule of payment, proses delivery dinyatakan secara spesifik iaitu − • 5% − upon delivery of mild steel frame, platform • 5% − upon delivery of oven panel, sporkrt/shaft/bearing • 5% − upon chain and holder • 5% − upon delivery of cable, electrical panel, thermoil, gas, water, chiller piping and insulation and oven ducting • 5% − upon delivery of all brushes • 5% − upon deliver other complete items Seterusnya, bagi fabrication works − • 6% − upon 20% completion of fabrication work • 6% − upon 40% completion of fabrication work • 6% − upon 60% completion of fabrication work • 6% − upon 80% completion of fabrication work • 6% − upon 100% completion of fabrication work • 10% − upon hand over • 10% − 30 days after hand over S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg [33] Saksi tunggal Plaintif menjelaskan kepada Mahkamah bahawa pada hakikatnya, ketiga-tiga unit mesin tersebut adalah berfungsi secara berasingan dan bersendirian tanpa perlu bergantung bersama-sama dengan mesin lain. Fakta ini diakui sendiri oleh Defendan melalui surat Defendan kepada Plaintif bertarikh 1-9-2022 [rujuk muka surat 17 Ikatan Dokumen Bersama/B1] bertajuk “Proposal To Install Machine One That Is Yet To Complete” yang mencadangkan bahawa mesin pertama dipasang terlebih dahulu dan mesin kedua dan mesin ketiga diteruskan pemasangan selepas anggaran tempoh 6 bulan atau sebaik sahaja mendapat arahan/pengesahan Defendan. Surat Defendan ini jelas menunjukkan bahawa dalam apa jua keadaan, ketiga-tiga unit mesin tersebut tidak berfungsi bersama sebagai satu unit (“work as one’) tetapi adalah berfungsi secara berasingan dan bersendirian. Cadangan Defendan ini ditolak oleh Plaintif. [34] Saksi Defendan iaitu Pengurus Projek (SD-2) ialah individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasi dan memantau penjalanan kerja pemasangan 3 unit mesin dan beliau juga terlibat secara langsung dalam rundingan dan perbincangan berkenaan dengan Perjanjian. SD-2 menyatakan bahawa Surat Defendan bertarikh 1-9-2022 itu bukan bermaksud untuk melanggar terma dalam Perjanjian tetapi untuk menyelesaikan isu yang berbangkit antara pihak-pihak secara damai. S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg SD-2 menyatakan bahawa kegagalan Plaintif untuk mengemukakan “verified progress claim” kepada Defendan menjadi punca mengapa Defendan tidak membayar kepada Plaintif. [35] Mahkamah ini telah menilai keterangan saksi bagi kedua-dua pihak di mana barang yang dipesan oleh Defendan iaitu 3 unit mesin yang bersaiz “gergasi” adalah dihantar secara ke kilang Defendan mengikut komponen-komponen. Selepas dihantar serah, barang atau bahan atau komponen tersebut perlu dipasang dan bukan diletakkan begitu sahaja oleh Plaintif. Plaintif perlu memasangnya. Seterusnya, selepas dipasang, sudah pasti perlu diuji dan ditauliahkan. Hanya dengan melengkapkan proses kerja baharulah ketiga-tiga unit mesin dapat di “hand over” kepada Defendan. [36] Kelakuan Defendan dalam menerima barang atau bahan atau komponen mesin yang dihantar serah oleh Plaintif menunjukkan bahawa jual beli antara Plaintif dan Defendan bukan “a goods sold and delivered case”. Mahkamah perlu menganalisa kelakuan pihak-pihak. [37] Berdasarkan terma bayaran yang dinyatakan dalam Schedule of payment juga jelas nyata, bayaran 5% bagi setiap mild steel frame, platform, oven panel, sporkrt/shaft/bearing, chain and holder, cable, electrical panel, thermoil, gas, water, chiller piping and insulation and oven ducting dan all brushes mesti dipatuhi oleh Defendan demi memastikan Plaintif dapat meneruskan kerja pemasangan 3 unit mesin sarung tangan getah dengan lengkap sempurna. S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg [38] Sebagai Pengurus Projek, keterangan SD-2 tidak mempertikaikan fakta mengenai penghantaranserahan barang/bahan/komponen, maka alasan Defendan untuk enggan membayar semata-mata ketiadaan “verified progress claim” adalah alasan untuk melepaskan tanggungjawab membayar. [39] Keterangan Plaintif berkenaan dengan ketiadaan aduan daripada Defendan dari tarikh Plaintif memulakan kerja hingga timbul isu/pertikaian yang membawa kepada tindakan undang-undang ini juga tidak boleh diabaikan oleh Mahkamah. Penurunan pengeluaran sarung tangan getah oleh Defendan bukan berpunca daripada pembekalan 3 unit mesin oleh Plaintif. Plaintif telah menunaikan obligasinya menurut Perjanjian. Mahkamah menggunapakai prinsip bahawa “Duties of seller and buyer. It is the duty of the seller to deliver the goods and of the buyer to accept and pay for them in accordance with the terms of the contract of sale.”. [40] Mahkamah ini bersetuju dengan keterangan utama Pengarah Plaintif bahawa − • adalah dipersetujui antara Plaintif dengan Defendan di bawah Perjanjian tersebut bahawa ketiga-tiga unit mesin tersebut adalah dipasang secara serentak (“concurrently”) di kilang Defendan di mana ia dapat dibuktikan melalui jadual pembayaran di bawah Perjanjian. S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg • pembayaran yang ditetapkan adalah berdasarkan progres pemasangan ketiga-tiga mesin tersebut secara keseluruhan. Tiada terma pembayaran yang menyatakan bahawa bayaran progresif adalah berdasarkan kepada progres pemasangan mesin pertama, diikuti mesin kedua dan/atau mesin ketiga secara berasingan. • fakta bahawa ketiga-tiga unit mesin tersebut adalah dibina secara serentak selepas barang/bahan/komponen sampai ke kilang Defendan di mana 2 bulan diperlukan bagi maksud material preparations dan juga mobilization dan tempoh penyiapan masa yang ditinggalkan hanya ada satu bulan telah dijelaskan di mana saksi Plaintif menyatakan bahawa mesin ini panjangnya 91 meter, tinggi 12.8 meter dan lebarnya 2.3 meter. Plaintif tidak boleh membina mesin ini dalam tempoh satu bulan. Dalam 2 minggu barang/bahan/komponen mula masuk dan mesin akan mula dibina serentak. Saksi Plaintif menyatakan “It has to go simultaneously. Frame A, column A datang, kita pasang. Columb B datang pasang, kita go on like that, All three lines. There are total 32 columns.”. • berdasarkan klausa 2.0 Perjanjian, tempoh handover yang dijadualkan bagi ketiga-tiga mesin hanya dipisahkan selama satu bulan (‘one month apart’) antara satu sama lain. la adalah tidak berkemungkinan untuk Plaintif menyiapkan pemasangan satu mesin terlebih dahulu lalu diikuti dengan pemasangan mesin kedua dan mesin ketiga disebabkan tempoh yang diperlukan untuk pemasangan S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg setiap mesin tersebut adalah sekurang-kurangnya 3 bulan hingga 5 bulan dan setiap mesin tersebut. [41] Kelakuan Plaintif menunjukkan komitmen Plaintif untuk menyiapkan pemasangan ketiga-tiga unit mesin sarung tangan tersebut kepada Defendan. E-mel Plaintif kepada Defendan bertarikh 6-9-2021, 15-11- 2021, 22-11-2021, 7-12-2021 dan 24-2-2022 yang dikemukakan di m/s 6- 16 Ikatan B3 adalah dirujuk. Namun, disebabkan kegagalan mematuhi Schedule of Payment dalam Perjanjian oleh Defendan menyebabkan pemasangan ketiga-tiga unit mesin tersebut ditangguhkan walau pun barang/bahan/komponen yang diperlukan untuk pemasangan ketiga-tiga unit mesin tersebut telah dihantarserah ke kilang Defendan. [42] Keterangan dan pengataan Plaintif bahawa Plaintif telah mencapai progres kerja hampir 95% bagi mesin pertama, 70% bagi mesin kedua dan 60% bagi mesin ketiga masing-masing tidak ditangkis oleh Defendan. [43] Peguam cara terpelajar Plaintif memetik keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Halim bin Saad v. Chan [2021] 3 MLJ 717 pada muka surat 718 bahawa − “(5) ... The defendant's failure to respond to the plaintiff’s letter and the solicitor’s letter of demand seals the fate of the defendant as the nonresponse was deemed an admission.”. S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg Berdasarkan otoriti kes di atas, peguam cara terpelajar Plaintif berhujah bahawa pemasangan ketiga-tiga unit mesin tersebut ditangguhkan sebenarnya adalah disebabkan kegagalan pembayaran oleh Defendan walaupun barang/bahan/komponen yang diperlukan untuk pemasangan ketiga-tiga unit mesin tersebut telah dihantarserah ke kilang Defendan dan Plaintif telah bersedia untuk memasang ketiga-tiga mesin tersebut. [44] Mahkamah ini mendapati progress kerja oleh Plaintif iaitu hampir 95% bagi mesin pertama, 70% bagi mesin kedua dan 60% bagi mesin ketiga masing-masing menunjukkan bahawa tindakan Defendan yang “bertukar arah” mengakibatkan Plaintif terpaksa memberhentikan dan/atau menangguhkan kerja pemasangan mesin-mesin tersebut. [45] Terma mengenai “verified progress claim” dan “period of honouring certificate” yang dibangkitkan oleh saksi-saksi Defendan sememangnya terkandung dalam Perjanjian namun begitu isu “verified progress claim’ dan “period of honouring certificate” tidak pernah diplidkan oleh Defendan dalam mana-mana Pembelaan dan Tuntutan Balas. [46] Defendan adalah terikat kepada pliding Defendan sendiri dan dihalang daripada membangkitkan isu baharu yang tidak diplidkan oleh Defendan ketika perbicaraan penuh. S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg [47] Nas undang-undang kes mengenai pliding adalah kekal utuh iaitu dalam keputusan kes yang berikut: • Iftikar Ahmed Khan v. Perwira Affin Bank Bhd [2018] 1 CLJ 415 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan “[29] It is settled law that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded…”. • Ranjit Kaur S Gopal Singh v Hotel Excelsior (M) Sdn Bhd [2010] 3 CLJ 310 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan − “... Of course, of utmost importance is the principle that the parties are bound by their pleadings. What this means is this; That the court is not entitled to decide a suit on a matter which is not pleaded and that the trial of the suit is solely confined to the pleadings (Yew Wan Leong v. Lai Kok Chye [1990] 1 CLJ 1113; [1990] 1 CLJ (Rep) 330). [43] In the absence of pleadings, evidence if any produced by the parties cannot be considered by the court and no party should be permitted to travel beyond its pleadings. All the necessary and material facts should be pleaded by the party in support of the case set up by the said party…no evidence can be led on a fact not pleaded. Neither is it open to the parties to give up its case set out in the pleadings and propound an entirely new and different case… .”. S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg Dapatan Mahkamah mengenai tuntutan balas [48] Pada 26-7-2024 dalam keputusan Mahkamah ini memutuskan bahawa − Selepas menilai keterangan di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah ini memutuskan, atas imbangan kebarangkalian, Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya dan selanjutnya adalah diperintahkan - a) jumlah sebanyak RM4,040,000.00 sebagai pembayaran bagi mesin pertama dilunaskan pembayaran oleh Defendan kepada Plaintif. b) dengan pembayaran pada perenggan (a) di atas, sebagai balasan Plaintif hendaklah menyiapkan kerja pemasangan, completion, testing and commissioning bagi mesin pertama sebagaimana dalam Perjanjian. c) bagi mesin kedua dan mesin ketiga di mana barang telh dihantarserah kepada Defendan, pemasangan, completion, testing and commissioning bagi mesin kedua dan mesin ketiga oleh Plaintif sebagaimana dalam Perjanjian diteruskan selepas jadual pembayaran dibayar mengikut Jadual Pembayaran dalam Perjanjian. d) faedah pada kadar 5% setahun ke atas RM4,040,000.00 dikira dari tarikh pemfailan writ saman sehingga penyelesaian penuh jumlah RM4,040,000.00. S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg e) tiada perlanggaran terma sebagaimana dalam Perjanjian oleh Plaintif maka tuntutan balas Defendan adalah ditolak. f) kos sebanyak RM15,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) diawardkan kepada Plaintif. [49] Mahkamah ini mendapati bahawa tiada kelewatan di pihak Plaintif dalam memenuhi obligasinya di bawah Perjanjian maka tuntutan balas Defendan bagi “liquidated damages” adalah ditolak. Defendan tidak membangkitkan apa-apa aduan atau bantahan bagi isu kelewatan yang dikatakannya itu kepada Plaintif. Kandungan pengataan Defendan dalam surat-menyurat atau e-mel kepada Plaintif lebih kepada “menceritakan” mengenai masalah yang dihadapi oleh Defendan iaitu kekurangan permintaan sarung tangan getah maka pengeluaran sarung tangan getah oleh Defendan perlu dikurangkan/dikecilkan. Tindakan Defendan yang membenarkan Plaintif untuk meneruskan pemasangan ketiga-tiga unit mesin tersebut walaupun tarikh serahan telah lepas dan tiada sebarang aduan atau bantahan dibangkitkan terhadap Defendan, maka Defendan telah “acquiescence” terhadap kelewatan Plaintif tersebut. [50] Jelas bahawa Defendan tidak boleh menggunakan alasan bahawa pengeluaran sarung tangan getah oleh Defendan perlu dikurangkan sebagai alasan untuk mesin-mesin tersebut tidak dipasang. Ini adalah kesediaan Plaintif untuk melaksanakan kontrak tersebut dan tiada sebarang sebab untuk Defendan membatalkan “janji” atas sebab tesebut. S/N GpxzYmUc00Csl7gN2locvg [51] Tindakan Defendan ini adalah bertentangan dengan Contract Act 1950 misalnya “doktrin kekecewaan kontrak” di bawah subseksyen 57(3) kerana tiada tindakan Plaintif yang telah menjadikan Defendan terkecewa disebabkan oleh kegagalan pembekalan mesin-mesin mengikut spesifikasi dan tempoh yang dipersetujui oleh pihak-pihak bagi membolehkan Defendan menuntuk ganti rugi. Subseksyen 57(3) Contract Act 1950 memperuntukkan seperti berikut: “Agreement to do impossible act