sama ada dengan tidak menamakan Plaintif dan Pencelah dalam Saman Pemula No: 24NCvC-614-06/2014 dan Saman Pemula No: 24NCvC-953-11/2016 tersebut menjadikan Perintah bertarikh 12/8/2014 dan Perintah Terpinda bertarikh 6/9/2017 tersebut sebagai tidak sah dan terbatal. ANALISIS, DAPATAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH INI Isu Pertama dan Isu Kedua [27] Isu Pertama dan Isu Kedua akan dijawab bersekali. [28] Sebagai pemerhatian awal, Mahkamah ini mendapati hujahan peguam cara Plaintif yang terpelajar adalah mengelirukan (misleading) apabila menghujahkan bahawa Perintah bertarikh 12/8/2014 tersebut sebagai Perintah Pindahmilik (transfer of land) Hartanah tersebut kepada Defendan Pertama sedangkan ia sebenarnya adalah Perintah Perletakkan Hak (vesting order) Hartanah tersebut kepada Defendan Pertama. [29] Di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 828] (“KTN”), perletakkan hak dan pindahmilik tanah adalah dua urusniaga (dealings) yang berbeza dan masing-masing mempunyai tujuan, proses dan prosedur yang berbeza. [30] Justeru dalam Penghakiman ini, Mahkamah ini akan merujuk Perintah bertarikh 12/8/2014 tersebut sebagai Perintah Perletakkan Hak Hartanah tersebut kepada Defendan Pertama. [31] Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati antara terma yang dipersetujui oleh Plaintif dan Defendan Pertama dalam Penghakiman Persetujuan bertarikh 7/5/2013 tersebut ialah Plaintif akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Defendan Pertama dalam surat khabar cina dan Plaintif pula akan menyerahkan hakmilik Hotel tersebut kepada Defendan Pertama pada atau sebelum 7/7/2013. Sebagai balasan kepada penyerahan hakmilik Hotel tersebut, Defendan Pertama bersetuju untuk membayar RM400,000.00 yang merangkumi liabiliti dan syer dalam Hotel tersebut kepada Plaintif. [32] Memandangkan Plaintif telah gagal melaksanakan terma-terma yang telah dipersetujui dalam Penghakiman Persetujuan bertarikh 7/7/2013 tersebut, iaitu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Defendan Pertama dalam surat khabar cina dan menyerahkan hakmilik Hotel tersebut kepada Defendan Pertama pada atau sebelum 7/7/2013, maka Defendan Pertama telah mengambil dua tindakan Saman Pemula terhadap Plaintif, iaitu melalui Saman Pemula No: 24NCvC-614-06/2014 dan Saman Pemula No: 24NCvC-953-11/2016. [33] Melalui Saman Pemula No: 24NCvC-614-06/2014, Defendan Pertama telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Alor Setar bagi perletakkan hak ½ bahagian Plaintif atas Hartanah tersebut kepada Defendan Pertama sebagaimana penghakiman Mahkamah Tinggi Alor Setar bertarikh 7/5/2013. [34] Berikutan daripada permohonan Defendan Pertama tersebut, Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui Perintah bertarikh 12/8/2014 tersebut telah memerintahkan Hakmilik Hartanah tersebut sebanyak ½ bahagian tanah atas nama Lau Beng Lai (Plaintif) diletakhak kepada Defendan Pertama dan supaya Pendaftar Surat-Surat Hakmilik Tanah Negeri Kedah mendaftarkan perintah perletakkan hak Hartanah tersebut berdasarkan Perintah bertarikh 7/5/2013 tersebut kepada Defendan Pertama. [35] Melalui Saman Pemula No: 24NCvC-953-11/2016 pula, Defendan Pertama telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Alor Setar, inter alia, bahawa 1 bahagian pegangan saham milik Plaintif dalam Hotel tersebut dipindah milik kepada Defendan Pertama dan Frankie AK Litin dilantik sebagai Pengarah baru untuk menggantikan Plaintif dalam Syarikat tersebut. [36] Berikutan daripada permohonan Defendan Pertama tersebut, Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui Perintah Terpinda bertarikh 6/9/2017 tersebut telah memerintahkan, inter alia, hakmilik pegangan syer 1 bahagian Plaintif dalam Hotel tersebut dipindah milik kepada Defendan Pertama, nama Plaintif sebagai Pengarah Syarikat tersebut dikeluarkan daripada rekod Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Frankie AK Litin dilantik sebagai Pengarah baru Syarikat tersebut bagi menggantikan Plaintif. [37] Berdasarkan penelitian dan penilaian Mahkamah ini terhadap fakta dan afidavit keterangan dalam kes ini serta penghujahan peguam cara Plaintif, Defendan-Defendan dan Pencelah yang terpelajar, Mahkamah ini bersetuju dengan penghujahan peguam cara Defendan-Defendan yang terpelajar dan mendapati bahawa kedua-dua Saman Pemula No: 24NCvC- 614-06/2014 dan Saman Pemula No: 24NCvC-953-11/2016 yang telah didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui Perintah bertarikh 12/8/2014 dan Perintah Terpinda bertarikh 6/9/2017 tersebut adalah teratur dan sempurna, walaupun Defendan Pertama tidak menamakan Plaintif dan Pencelah dalam kedua-dua Saman Pemula tersebut. [38] Ini kerana, tujuan Defendan Pertama memfailkan kedua-dua Saman Pemula tersebut terhadap Pendaftar Surat-Surat Hakmilik Tanah Negeri Kedah dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Kedah adalah bagi maksud melaksanakan dan menguatkuasakan Penghakiman Persetujuan bertarikh 7/5/2013 tersebut dan bukannya suatu tindakan Saman Pemula secara ex parte terhadap Plaintif. [39] Justeru, sekiranya Plaintif hendak Mahkamah ini mengetepikan kedua-dua Perintah bertarikh 12/8/2014 dan Perintah Terpinda bertarikh 6/9/2017 tersebut, yang mana Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang setara (concurrent jurisdiction) dengan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang memberikan kedua-dua Perintah tersebut, maka Plaintif hendaklah membuktikan yang kedua-dua Perintah tersebut adalah cacat (defective), terbatal (null) dan tidak sah (void) atas alasan kepenyalahan undang-undang (illegality) dan/atau ketiadaan bidang kuasa (lack of jurisdiction). [40] Ini kerana, undang-undang adalah mantap bahawa sesuatu penghakiman yang dibuat secara teratur dan sempurna tidak boleh dibuka semula (re-open), diubah atau dipinda oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang setara, melainkan melalui rayuan. Ini disebabkan, Mahkamah yang membuat penghakiman tersebut telah functus officio. [41] Prinsip undang-undang ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Badiaddin Mohd Mahidin & Anor v. Arab Malaysian Finance Bhd (supra) seperti yang berikut: “Per Mohd Azmi FCJ [1] It is settled law that one High Court cannot set aside a final order regularly obtained from another High Court of concurrent jurisdiction. The one special exception to this rule is where the final judgment of the High Court can be proved to be null and void on the ground of illegality or lack of jurisdiction. Apart from the breach of natural justice, in any attempt to widen the door of the inherent and discretionary jurisdiction of the superior courts to set aside an order of court ex debito justitiae to a category of cases involving orders which contravened any written law, the contravention should be one which defies a substantive statutory prohibition so as to render the defective order null and void on the ground of illegality or lack of jurisdiction. The discretion to invoke the inherent jurisdiction should also be exercised judicially in exceptional cases, where the defect is of such a serious nature that there is a real need to set aside the defective order to enable the court to do justice. … Per Peh Swee Chin FCJ [2] When a judgment in the High court has been perfected, a party to the judgment generally, and subject to the same passage or any written law, and apart from any appeal, cannot re-open the matter finalised in the judgment by seeking to alter it or amend it for the court would be functus officio, by virtue of the ratio of Hock Hua Bank v. Sahari Murid. Once perfected, a judgment of the High Court is also entitled to the obedience and respect from the parties to it on the basis of a command from a superior court of unlimited civil jurisdiction in the course of contentious litigation. It is also long established that one can apply to set aside an order of a superior court only in direct proceedings filed for the very purpose of having it set side on valid grounds, but without doing so, one cannot attack its invalidity laterally by raising an objection to its invalidity in any other proceedings, without filing proceedings for applying to have it set aside first. When one wishes to file such proceedings to so set it aside, one must do so within the same proceedings or action in which the same order was obtained and not in a separate fresh proceeding or new action on any ground other than those mentioned in Hock Hua Bank v. Sahari Murid. … Per Gopal Sri Ram JCA [1] As a general rule orders of a court of unlimited jurisdiction may not be impugned on the ground that they are void in the sense that they may be ignored or disobeyed. It is well settled that even courts of unlimited jurisdiction have no authority to act in contravention of written law. So long as an order of a court of unlimited jurisdiction stands, irregular though it may be, it must be respected. But where an order of such a court is made in breach of statute, it is made without jurisdiction and may therefore be declared void and set aside in proceedings brought for that purpose. It is entirely open to the court upon the illegality being clearly shown, to grant a declaration to the effect that the order is invalid and to have it set aside. It is wrong to assume that such an order may only be corrected on appeal. It is clear that in the light of the principles established, that a court of unlimited jurisdiction, even in the absence of an express enabling provision, has inherent power to set aside its orders made in breach of written law. The ends of justice will not be met if such a power does not exist; and the procedural branch of the broad and flexible doctrine of estoppel known as res judicata finds no place in such a circumstance. Neither has the functus officio theory, which upon close examination is merely part and parcel of the doctrine of res judicata, any role to play in the case.”. [Penekanan ditambah] [42] Dalam kes ini, memandangkan Plaintif tidak memplidkan dalam Saman Pemulanya bahawa prosiding serta Perintah bertarikh 12/8/2014 berkenaan dengan Saman Pemula No: 24NCvC-614-06/2014 tersebut dan prosiding serta Perintah Terpinda bertarikh 6/9/2017 berkenaan dengan Saman Pemula No: 24NCvC-953-11/2016 tersebut adalah illegal, lack of jurisdiction atau in contravention of any written law, maka pada pendapat Mahkamah ini, kedua-dua Perintah bertarikh 12/8/2014 dan Perintah Terpinda bertarikh 6/9/2017 tersebut adalah sah, teratur dan sempurna. [43] Disebabkan Plaintif gagal memplidkan isu illegality dan lack of jurisdiction dalam Lampiran 46 tersebut, maka pada pendapat Mahkamah ini, Lampiran 46 tersebut adalah fatal dan hendaklah diketepikan ex debito justitiae. [44] Sebagai kesimpulan bagi Isu Pertama dan Isu Kedua, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas dan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam Badiaddin Mohd Mahidin & Anor v. Arab Malaysian Finance Bhd (supra), adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa kedua-dua Perintah bertarikh 12/8/2014 dan Perintah Terpinda bertarikh 6/9/2017 tersebut adalah sah, teratur dan boleh dikuatkuasakan. Oleh itu, sebagai Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang setara, Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengetepikan kedua-dua Perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar tersebut. Isu Ketiga [45] Mengenai Isu Ketiga, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa tindakan Defendan Pertama tidak menamakan Plaintif dan Pencelah dalam Saman Pemula No: 24NCvC-614-06/2014 dan Saman Pemula No: 24NCvC-953-11/2016 tersebut tidak menjadikan Perintah bertarikh 12/8/2014 dan Perintah Terpinda bertarikh 6/9/2017 tersebut sebagai tidak sah dan terbatal. Ini kerana, kedua-dua Saman Pemula dan Perintah tersebut bertujuan untuk melaksanakan dan menguatkuasakan Penghakiman Persetujuan bertarikh 7/5/2013 tersebut dan bukannya tindakan Saman Pemula secara ex parte terhadap Plaintif, sebagaimana dakwaan Plaintif. [46] Mengenai hujahan peguam cara Pencelah yang terpelajar bahawa di bawah seksyen 9.5 Gadaian tersebut, Plaintif dan Defendan Pertama sebagai penggadai tidak boleh menukar hakmilik, menjual, menggadai atau berurusan dengan Hartanah tersebut tanpa mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pencelah, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa kepentingan Pencelah sebagai bank di bawah seksyen 9.5 Gadaian tersebut tidak terjejas, tidak terusik dan tidak diprejudiskan dengan Perintah Perletakkan Hak ½ bahagian Plaintif ke atas Hartanah tersebut kepada Defendan Pertama. [47] Ini kerana, Mahkamah ini mendapati perletakkan hak tersebut melibatkan Defendan Pertama yang merupakan peminjam bersama pembiayaan di bawah prinsip BBA tersebut dan juga penggadai di bawah pembiayaan yang sama. [48] Oleh itu, pada pendapat Mahkamah ini, tanggungjawab dan liabiliti Defendan Pertama sebagai peminjam dan penggadai selepas tindakan perletakkan hak Hartanah tersebut masih sama dan tetap kekal terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat yang termaktub dalam perjanjian pembiayaan tersebut. [49] Justeru, sekiranya terdapat apa-apa kemungkiran (default) dalam pembiayaan tersebut, maka segala remedi yang dinyatakan dalam perjanjian pembiayaan tersebut akan terpakai dan boleh dikuatkuasakan oleh Pencelah ke atas Defendan Pertama dan Hartanah tersebut. [50] Sebagai kesimpulan, Mahkamah ini menjawab Isu Ketiga tersebut sebagai tidak. KESIMPULAN [51] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah menolak Saman Pemula Terpinda Plaintif (Lampiran 46) terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua dengan kos masing-masing sebanyak RM5,000.00 dan RM3,000.00 dan turut menolak permohonan Pencelah terhadap Defendan-Defendan seperti dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e),