1
Ini ialah kes mengenai tuntutan Plaintif (Responden) terhadap Defendan Perayu) di Mahkamah Majistret, Shah Alam. Kausa tindakan Plaintif (Responden) ialah perlanggaran Perjanjian Perkhidmatan Profesional bertarikh 21-6-2019 oleh Defendan (Perayu).
BA-11BNCvC-28-08/2022
High Court of Malaysia20 Dec 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“cument via eFILING portal 29 “(1) There was no necessity for proof of actual loss or damage in every case where an innocent party sought to enforce a damages clause in a contract. Section 75 of the Contracts Act 1950 (“the CA”) allowed reasonable compensation to be awarded by the court irrespective of whether actual lo”
“Peng v. Sun Leong Pin [2004] 8 CLJ 645; dan Hasrat Idaman Sdn Bhd v. Mersing Construction Sdn Bhd [2015] 11 MLJ 464. [35] Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar juga merujuk kepada seksyen 114 (g) Evidence Act 1950 kerana pihak Plaintif gagal untuk memanggil seorang saksi bernama Dr Matt Kan Wai Ming. Nas undang-unda”
“] MLJU 716; Reardon Smith Line Ltd v. Hansen-Tangen; Hansen-Tangen v. Sanko Steamship Co [1976] 3 All ER 570; dan Anwah Steel Pte ltd v. Koh Brothers Building & Civil Engineering Contractor (Pte) Ltd [2006] SGCA 35; [2006] 4 SLR 571 berkenaan dengan doktrin purposive construction of contracts, tujuan kontrak dan niat p”
“ermining what amounted to ‘reasonable compensation’ under s. 75 of the CA, the concept of ‘legitimate interest’ and ‘proportionality’ as enunciated in Cavendish Square Holding BV v. talal El Makdessi [2015] UKSC 67 were relevant (see paras 65 & 74).”.”
“nality of this document via eFILING portal 18 [49] Selain itu, peguam cara Plaintif (Responden) terpelajar memetik nas undang-undang kes Sunshine Fleet Sdn Bhd v. Jabatan Kerja Raya Malaysia & Anor [2017] MLJU 716; Reardon Smith Line Ltd v. Hansen-Tangen; Hansen-Tangen v. Sanko Steamship Co [1976] 3 All ER 570; dan Anw”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Ini ialah kes mengenai tuntutan Plaintif (Responden) terhadap Defendan Perayu) di Mahkamah Majistret, Shah Alam. Kausa tindakan Plaintif (Responden) ialah perlanggaran Perjanjian Perkhidmatan Profesional bertarikh 21-6-2019 oleh Defendan (Perayu).
2
Perbicaraan penuh diadakan di hadapan Puan Majistret (selepas ini disebut “Pn Majistret yang bijaksana”) di mana setiap pihak memanggil seorang saksi masing-masing.
3
Pn Majistret yang bijaksana membenarkan tuntutan Plaintif (Responden) dengan kos di mana Defendan (Perayu) perlu membayar sebanyak SGD$10,000.00; faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah SGD$10,000.00 dari tarikh penghakiman iaitu pada 8 Ogos 2022 sehingga tarikh penyelesaian penuh; tuntutan Plaintif (Responden) terhadap Defendan (Perayu) sebanyak SGD$1,918.50 adalah ditolak; tuntutan Plaintif (Responden) terhadap Defendan(Perayu) sebanyak RM12,000.00 adalah ditolak; dan kos sebanyak RM3,450.00 dibayar oleh Defendan (Perayu) kepada Plaintif (Responden).
4
Defendan (Perayu) yang tidak berpuas hati dan terkilan dengan keputusan Pn Majistret yang bijaksana merayu ke Mahkamah Tinggi. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
5
Pada 20-12-2022, Mahkamah ini memutuskan bahawa tiada kekhilafan di sisi fakta dan undang-undang oleh Pn Majistret yang bijaksana selepas beliau mendengar segala keterangan terbaik di hadapannya.
6
Mahkamah ini mendapati berdasarkan dapatan dan analisa Pn Majistret yang bijaksana selepas mendengar keseluruhan keterangan pihak-pihak adalah tepat, teratur dan mengikut lunas undang-undang.
7
Dengan ini, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak rayuan Defendan (Perayu) dengan kos sebanyak RM6,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Keputusan Pn Majistret yang bijaksana dikekalkan. Sama ada terdapat kekhilafan dalam keputusan Pn Majistret yang bijaksana?
8
Defendan (Perayu) telah dilantik sebagai chiropractor untuk memberi perkhidmatan chiropractor. Surat Tawaran Perlantikan pada bulan Jun 2019 mengandungi Term Sheet for Service Contract. Defendan juga perlu menghadiri latihan tertentu dengan Plaintif (Responden).
9
Klausa 4(a) Surat Tawaran Perlantikan memperuntukkan bahawa Defendan (Perayu) perlu menghadiri boot camp sebelum dilantik sebagai chiropractor yang akan dijalankan selama 4 hingga 12 minggu iaitu bermula dari 10-6-2019 hingga 30-8-2019. Plaintif telah menanggung yuran latihan boot camp bagi pihak Defendan sebanyak SGD$10,000.00. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
10
Defendan (Perayu) akan mendapat elaun bulanan sebanyak SGD$900.00 sebagai perbelanjaan asas. Plaintif telah membayar elaun berjumlah SGD$1,918.50 kepada Defendan bagi tempoh 10-6-2019 hingga 30-8-2019.
11
Selanjutnya, Defendan (Perayu) dan Plaintif (Responden) telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Profesional bertarikh 21-6- 2019 (selepas ini disebut “Perjanjian”).
12
Plaintif (Responden) telah memaklumkan Defendan (Perayu) melalui surat bertarikh 17-9-2019 bahawa tarikh permulaan Defendan (Perayu) dilantik ke jawatan sebagai chiropractor ialah pada 7-10-2019.
13
Defendan (Perayu) melalui suratnya bertarikh 20-9-2019 memaklumkan Plaintif (Responden) bahawa Defendan (Perayu) meletakkan jawatan sebagai chiropractor pada 23-9-2019.
14
Oleh yang demikian, Plaintif (Responden) menuntut terhadap Defendan jumlah yang telah dibelanjakannya iaitu yuran boot camp, elaun bulanan dan kos guaman sebanyak RM12,000.00.
15
Pn Majistret yang bijaksana, selepas mendengar keterangan pihak-pihak hanya membenarkan tuntutan Plaintif bagi yuran boot camp, faedah dan kos. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
16
Mahkamah Majistret setelah memperhalusi isu yang dikemukan oleh pihak-pihak dan mendapati isu sama ada Plaintif berhak untuk menuntut daripada Defendan jumlah SGD$10,000.00 akibat kemungkiran Surat Tawaran dan Perjanjian tersebut.
17
Defendan (Perayu) merayu terhadap sebahagian keputusan oleh Pn Majistret yang bijaksana yang membenarkan tuntutan Plaintif bagi jumlah SGD$10,000.00 iaitu yuran bagi boot camp.
18
Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar menghujahkan bahawa dapatan Pn Majistret yang bijaksana adalah khilaf di sisi fakta dan undang-undang maka dengan itu Mahkamah Tinggi perlu campur tangan untuk membetulkan dapatan Mahkamah Majistret itu.
19
Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar memetik nas undang-undang kes dan menghuraikan prinsip-prinsip “on law of intervention by Appellate Courts” iaitu kes Sivalingam Periasamy v. Periasamy & Anor [1996] 4 CLJ 545; Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19; dan Abdul Rahim Abdul Hamid & Ors v. Perdana Merchant Bankers Bhd & Ors [2006] 3 CLJ 1. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
20
Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar menyatakan bahawa terdapat kekhilafan fakta dan undang-undang dalam keputusan Pn Majistret yang bijaksana iaitu –
a
the Defendant is in breach of clause 10 of the Term Sheet Service Contract.
b
the Plaintiff is entitled to claim the amount of SGD$10,000.00 (pursuant to clause 10) for the boot camp training program from the Defendant.
c
the Plaintiff however is not entitled to claim the amount of SGD$1918.50 for reimbursement of the expenses incurred for the Defendant’s stipend allowance.
d
the Plaintiff’s claim of legal fees amounting to RM12,000.00 was also dismissed. [21] Memandangkan Defendan (Perayu) hanya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret bagi amaun SGD$10,000.00 yang diperintahkan dibayar kepada Plaintif (Responden) maka Defendan (Perayu) menumpukan mengenai kekhilafan dapatan Pn Majistret yang bijaksana itu sahaja. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg [22] Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar menyatakan bahawa 2 isu yang mana Mahkamah Tinggi perlu meneliti, mempertimbangkan dan memutuskan rayuan ini ialah –
a
the Defendant did not breach clause 10 of the Term Sheet Service Contract.
b
the Plaintiff’s sole witness was not credible and untrustworthy. Reliance cannot be placed on the Plaintiff’s witness’s testimony at all. The learned Magistrate in relying heavily on her testimony has misdirected in fact and in law. [23] Alasan Defendan (Perayu) bahawa Defendan (Perayu) tidak perlu untuk membayar amaun SGD$10,000.00 kepada Plaintif di bawah clause 10 of the Term Sheet Service Contract ialah kerana terma tersebut hanya akan terpakai dalam suatu keadaan di mana Defendan menamatkan kontrak “while the Defendant is still undergoing the boot camp training program or after the Defendant has already started his practice.”. [24] Defendan (Perayu) menegaskan bahawa Defendan (Perayu) tidak menamatkan kontrak tersebut selepas Defendan (Perayu) selesai menjalani boot camp program dan sebelum practice started i.e. this situation does not fall within clause 10 and therefore the payment of SGD$10,000.00 is inapplicable. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg [25] Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar memetik peruntukan clause 10 mengenai Termination iaitu – “10. Termination Either parties may terminate the Service Agreement by giving prior written notice subject to terms of contract illustrated below … For termination during Boot Camp as well as services after practice start date but less than 1 year from practice start date For notice from CHIROPRACTOR/SERVICE PROVIDER to COMPANY, the Boot Camp training fee of S$10,000 (prorated on a straight-line reducing basis over a period of 12 months) will be compensated by the CHIROPRACTOR / SERVICE PROVIDER to the COMPANY, unless waived by the COMPANY under special circumstances. … S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg [26] Untuk memudahkan Mahkamah ini memahami clause 10 of the Term Sheet, peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar menggunakan rajah yang berikut: “For termination during Boot Camp as well as services after practice start date but less than 1 year from practice start date” 10-6-2019 August 2019 20-9-2019 7-10-2019 7-10-2020 Boot Camp starts Boot Camp ends The Defendant Practice Starts 1 year fr Practice resigns Start date The Defendant must pay SGD $10,000.00 to the Plaintiff if the Defendant resigns within this time pursuant to Clause 10 The Defendant must pay SGD $10,000.00 to the Plaintiff if the Defendant resigns within this time, pursuant to Clause 10 [27] Dalam situasi Defendan (Perayu) ini, peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar menghujahkan bahawa Defendan meletakkan jawatannya pada 20-9-2019 dan pada tarikh itu Boot Camp Program sudah tamat dan Defendan telah menghadirinya dalam bulan Ogos 2019 dan Defendan belum memulakan tugasnya yang hanya akan bermula pada 7-10-2019. [28] Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar menghujahkan bahawa adalah jelas yang penamatan kontrak oleh Defendan berlaku dalam suatu tempoh yang tidak terangkum dalam mana-mana tempoh dalam clause
10
Maka dengan itu, Plaintif (Responden) tidak berhak untuk menuntut SGD$10,000.00 menurut clause 10 of the Term Sheet daripada Defendan. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg [29] Penegasan Defendan (Perayu) ini dipersetujui oleh saksi Plaintif sendiri iaitu Ms. Elica Ong, Pengurus Operasi Plaintif (Responden) di mana Defendan (Perayu) meletakkan jawatannya selepas Defendan (Perayu) selesai menjalani Boot Camp program dan sebelum Defendan (Perayu) memulakan praktisnya. [30] Selanjutnya, peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar menghujahkan bahawa terma clause 10 of the Term Sheet adalah jelas dan nyata bahawa Defendan hanya perlu membayar semula amaun SGD$10,000.00 kepada Plaintif jika Defendan meletakkan jawatannya sebelum berakhirnya Boot Camp program dan dalam masa 1 tahun selepas bermulanya tarikh latihannya. [31] Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar memetik nas undang-undang kes Tang Meng Hock v. Tang Ming Seng [2010] 1 CLJ 208 di mana Yang Arif Abdul Malik Ishak JCA (Yang Arif ketika itu) menyatakan mengenai tugas Mahkamah dalam menafsirkan dokumen ialah –
a
one must consider what it would convey to a reasonable person who has all the background knowledge;
b
the meaning which may be conveyed to a reasonable person is not the same as the meaning to be gathered from the words of the document itself, which may be deduced by reference to dictionaries and grammars, and must be viewed against the background which the parties would reasonably have understood it to mean; and S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg
c
the words in the document should be given their natural and ordinary meaning. [32] Menurut hujahan peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar – • kewujudan frasa “during Boot Camp”, “after practice start date” and “1 year from practice start date” dalam clause 10 of the Term Sheet menunjukkan bahawa tiada niat Plaintif untuk menghendaki Defendan (Perayu) membayar amaun SGD$10,000.00 itu. • Plaintif (Responden) tidak mengemukakan dokumen untuk membuktikan bahawa Plaintif (Responden) telah membelanjakan amaun sebanyak SGD$10,000.00 untuk Boot Camp program. Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar merujuk nas undang-undang kes Selva Kumar Murugiah v. Thiagarajah Retnasamy [1995] 2 CLJ 374; dan Tan Ah Chiao & Ors v. Lua Kim Soon & Ors [2014] 1 LNS
1004
[33] Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar merujuk kepada perenggan 13 dan 15 Alasan Penghakiman Pn Majistret yang bijaksana dan menghujahkan bahawa – “43. … the learned Magistrate in arriving to her decision, has failed to consider and take into account the clause cited at paragraph 27 above. Clause 10 of the Term Sheet clearly states that the Defendant will only be liable to pay the amout of SGD$10,000.00 in the event the Defendant terminates the contract with the Plaintiff S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg during the boot camp training program or after his practice start date.
44
The Defendant submits that the issue here is not on whether the Defendant has been unjustly enriched (which is denied), but whether the Defendant had breached Clause 10 of the Term Sheet and is liable to pay the amount of SGD$10,000.00.”. [34] Berkenaan dengan isu kredibiliti saksi Plaintif (Responden), hujahan peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar dengan panjang lebar dinyatakan dalam perenggan 46 hingga 58 dan memetik nas undang-undang kes Sun Yok Peng v. Sun Leong Pin [2004] 8 CLJ 645; dan Hasrat Idaman Sdn Bhd v. Mersing Construction Sdn Bhd [2015] 11 MLJ 464. [35] Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar juga merujuk kepada seksyen 114 (g) Evidence Act 1950 kerana pihak Plaintif gagal untuk memanggil seorang saksi bernama Dr Matt Kan Wai Ming. Nas undang-undang kes yang dipetik oleh peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar ialah CIMB Bank Bhd v. Ng Lee Lian & Anor Case [2011] 10 CLJ 116; Tekital Sdn Bhd v. Auto Parking Inc Sdn Bhd [2011] 9 CLJ 794; Wahab Ibrahim & Ors v. AET Tankeer Holdings Sdn Bhd [2014] 10 CLJ 830; dan Federal Land Development Board (FELDA) & Anor v. Awang Soh Mamat & Ors [2009] 5 CLJ 1. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg Hujahan bertulis Plaintif (Responden) kepada Mahkamah Tinggi [36] Dalam latar belakang kes, menurut Plaintif (Responden), kedua-dua pihak iaitu Plaintif (Responden) dan Defendan (Perayu) telah memasuki suatu Letter of Offer (Term Sheet for Service Contract) di mana Defendan (Perayu) bersetuju untuk akan dilantik sebagai seorang chiropractor dan memberikan perkhidmatannya kepada pelanggan Plaintif (Responden) tertakluk kepada suatu condition precedent iaitu Defendan (Perayu) hendaklah selesai menjalani suatu program latihan khusus yang disediakan oleh Plaintif (Responden). [37] Melalui Perjanjian bertarikh 21-6-2019 yang dimeterai (Professional Service Agreement), Plaintif (Responden) menyediakan latihan dan penginapan yang dikenali sebagai Boot Camp bagi tempoh 10-6-2019 sehingga 30-8-2019 yang menelan belanja SGD$10,000.00. Perincian mengenainya adalah dalam pengetahuan penuh Defendan (Perayu). [38] Clause 4(a) Letter of Offer (Term Sheet for Service Contract) memperuntukkan suatu obligasi ke atas Defendan (Perayu) untuk menghadiri Boot Camp sebelum dilantik sebagai seorang chiropractor. [39] Bagi tempoh latihan tersebut, Defendan dibayar elaun sebanyak SGD$900.00 sebulan sebagai perbelanjaan asasnya. Plaintif telah membayar sebanyak SGD$1918.50 (stipend allowances) kepada Defendan (Perayu). S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg [40] Lebih kurang 17 hari selepas Defendan (Perayu) menamatkan Boot Camp, Plaintif (Responden) telah mengeluarkan suatu surat lantikan bertarikh 17-9-2019 untuk memberitahu Defendan (Perayu) yang Tarikh Mula Praktis Rasmi Defendan (Perayu) sebagai chiropractor ialah pada 7-10-2019. [41] Namun begitu, Defendan (Perayu) telah mengutus surat penamatan bertarikh 20-9-2019 mengenai niatnya untuk meletakkan jawatan sebagai chiropractor berkuat kuasa pada 23-9-2019. [42] Disebabkan itu, Plaintif (Responden) mengeluarkan surat bertarikh 26-9-2019 menghendaki Defendan (Perayu) membayar semula kos Boot Camp training sebanyak SGD$10,000.00 yang telah dibelanjakan oleh Plaintif (Responden) menurut clause 10 Letter of Offer (Term Sheet for Service Contract). Plaintif (Perayu) juga menuntut semula stipend allowances yang telah dibayar kepada Defendan sepanjang tempoh latihan dan kos guamannya. [43] Peguam cara Plaintif terpelajar dalam hujahan bertulisnya menyatakan –
a
surat penamatan Defendan dikemukakan sebelum bermulanya Tarikh Mula Praktis Rasmi Defendan (Perayu) sebagai chiropractor. Ini suatu kemungkiran/perlanggaran Perjanjian. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg
b
penegasan Defendan (Perayu) bahawa Defendan (Perayu) telah memberi notis yang mencukupi kepada Plaintif (Responden) mengenai penamatan Perjanjian dan dengan itu Defendan (Perayu) tidak perlu membayar Plaintif SGD$10,000.00 adalah khilaf. [44] Hal perkara mengenai campur tangan Mahkamah di peringkat rayuan juga dikupas oleh peguam cara Plaintif (Responden) terpelajar di mana peguam cara Plaintif (Responden) terpelajar nas undang-undang kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng & Ors [2020] 6 MLRA 193; Tengku Dato’ Ibrahim Petra Tengku Indra Petra v. Petra Perdana Berhad & Another Case [2018] 1 MLRA 263. [45] Peguam cara Plaintif (Responden) terpelajar menghujahkan bahawa dapatan Pn Majistret yang bijaksana untuk membenarkan pemulangan amaun SGD$10,000.00 adalah betul kerana –
a
dapatan Pn Majistret yang bijaksana bahawa Defendan (Perayu) telah menandatangani Letter of Offer (Term Sheet for Service Contract) dan Perjanjian, seterusnya Defendan (Perayu) menjalani Boot Camp di mana segala perbalanjaan dibayar penuh oleh Plaintif (Responden). Ketika dalam Boot Camp training, Plaintif (Responden) telah melatih Defendan (Perayu) dengan harapan (expectation) Defendan (Perayu) akan bekerja dengan Plaintif (Responden). Plaintif (Responden) telah membelanjakan masa, tenaga dan perbelanjaan dalam melatih Defendan (Perayu) dengan balasan bahawa Defendan (Perayu) akan bekerja untuk Plaintif (Responden) selepas tempoh latihan tamat. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg
b
dapatan Pn Majistret yang bijaksana bahawa Defendan telah diperkayakan secara tidak adil (unjustly enriched) atas pelaburan yang dibuat oleh Plaintif (Responden) dari segi masa, tenaga dan kewangan. plaintif berharap yang Defendan akan berkhidmat dengan Plaintif semasa tempoh Perjanjian itu.
c
dapatan Pn Majistret yang bijaksana bahawa Defendan telah secara tersiratnya memungkiri terma dalam Perjanjian. Perenggan 13, 14 dan 15 Alasan Penghakiman Pn Majistret yang bijaksana adalah dirujuk.
d
dapatan Pn Majistret yang bijaksana bahawa tiada klausa khusus yang menetapkan syarat dan/atau keadaan di mana Defendan mengemukakan perletakan jawatannya iaitu selepas tamat menghadiri Boot camp dan sebelum memulakan kerja dengan Plaintif. Tindakan Defendan terjumlah kepada unjust enrichment dan dengan itu Defendan (Perayu) perlu membayar semula Plaintif (Responden) amaun SGD$10,000.00 itu. [46] Dalam menafsirkan clause 10 of the Offer Letter, peguam cara Plaintif terpelajar menghujahkan bahawa “purposive approach of interpretation” adalah terpakai iaitu – “31. It is pertinent to note that Clause 10 of the Offer Letter clearly stated that the Defendant shall compensate the Plaintiff the Boot Camp training fee of SGD$10,000.00 for S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg termination notice during Boot Camp, after practice start date but less than 1 year from practice start date.”. [47] Dalam situasi kes ini, peguam cara Plaintif (Responden) terpelajar menegaskan bahawa Surat Defendan (Perayu) dikeluarkan sebelum “practice start date” yang pada setiap masa material adalah dalam tempoh berkuatkuasanya Perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak pada 21-6-2019. [48] Peguam cara Plaintif (Responden) terpelajar memetik nas undang-undang kes Parkwell Departmental Store Sdn Bhd v. ICSD Ventures Sdn Bhd [2021] 1 MLJ 60 mengenai “purposive approach of interpretation” iaitu – “[25] The interpretation of the terms of commercial contract must be done such as to give business efficacy. The doctrine of purposive construction of contracts entails that in the construction of a contractual term there must be ascribed to the words a meaning that would make good commercial or business sense. In this regard, the duty of the court is to construe the words used in the contract to give business efficacy to the bargain between the parties, rather than to strike down the words as bearing no meaning or an abusive literal meaning. … If the terms of words used can be given a meaning that would accord with the purpose for which the term is contained in the contract, then a purposive construction must be made to give effect to it.”. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg [49] Selain itu, peguam cara Plaintif (Responden) terpelajar memetik nas undang-undang kes Sunshine Fleet Sdn Bhd v. Jabatan Kerja Raya Malaysia & Anor [2017] MLJU 716; Reardon Smith Line Ltd v. Hansen-Tangen; Hansen-Tangen v. Sanko Steamship Co [1976] 3 All ER 570; dan Anwah Steel Pte ltd v. Koh Brothers Building & Civil Engineering Contractor (Pte) Ltd [2006] SGCA 35; [2006] 4 SLR 571 berkenaan dengan doktrin purposive construction of contracts, tujuan kontrak dan niat pihak-pihak. [50] Berdasarkan nas-nas tersebut, peguam cara Plaintif (Responden) terpelajar menghujahkan bahawa keseluruhan context clause 10 of the Term Sheet for Service Contract ialah bertujuan dan bermaksud bahawa Defendan (Perayu) hendaklah bekerja dengan Plaintif (Responden) sepanjang tempoh Perjanjian selepas Defendan (Perayu) mendapat manfaat daripada latihan dalam Boot Camp. Defendan (Perayu) yang mengetahui sepenuhnya mengenai tujuann kontrak tidak boleh sewenang-wenang mengelak daripada obligasinya sebagaiman yang termaktub dalam Perjanjian. Analisa dan Dapatan Mahkamah Tinggi [51] Mahkamah telah meneliti rayuan ini dan mendengar hujahan lisan pihak-pihak dan meneliti hujahan bertulis pihak-pihak. [52] Keputusan Pn Majistret adalah berdasarkan kontrak di mana terma dalam Term Sheet for Service Contract mengikat pihak-pihak yang berkontrak. Tafsiran kontrak hendaklah berdasarkan kepada klausa yang dimeterai. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg [53] Dalam pertikaian ini, Mahkamah mendapati wujud kemungkiran kontrak oleh Defendan (Perayu) apabila Defendan (Perayu) enggan “bekerja” dan/atau “berkhidmat” dengan Plaintif (Responden) selepas selesainya latihan khusus untuk menjadi seorang chiropractor yang diberikan oleh Plaintif (Responden). [54] Tiada kekhilafan mengenai pengiraan tarikh dan tafsiran tarikh sebagaimana yang dihujahkan oleh peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar. Rajah yang dilakarkan oleh peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar adalah tidak dipertikaikan. Namun begitu, bagi tujuan menafsirkan keseluruhan Surat Tawaran yang mengandungi terma dan Perjanjian yang dimeterai, Mahkamah ini mendapati berlakunya perlanggaran dan/atau kemungkiran oleh Defendan (Perayu). [55] Apabila latihan khusus berbayar telah dilaburkan oleh Plaintif (Responden) untuk mendapat pekerja chiropractor berkhidmat untuk Plaintif (Responden), maka tindakan meletakkan jawatan dan menamatkan Perjanjian oleh Defendan (Perayu) itu secara langsung menmbuktikan bahawa “aset” Plaintif (Responden) telah hilang. [56] Sebagai Mahkamah yang mendengar semula kes ini, Mahkamah ini tidak ingin mengganggu dapatan Pn Majistret yang bijaksana mengenai process of reasoning mengenai persoalan fakta yang diperoleh semasa perbicaraan penuh, khusunya mengenai keterangan saksi-saksi Plaintif (Responden) dan Defendan (Perayu). S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg [57] Tiada apa-apa isu berkenaan dengan kredibiliti saksi-saksi dan 2 orang saksi yang dipanggil oleh pihak-pihak adalah memadai untuk Pn Majistret yang bijaksana mencapai dapatan fakta mengenai isu di hadapannya. [58] Mahkamah ini memutuskan bahawa tiada kekhilafan di sisi fakta mengenai penemuan Pn Majistret yang bijaksana mengenai clause 10 of the Term Sheet Service Contract dan Perjanjian. Pn Majistret yang bijaksana telah mengaplikasikan undang-undang selepas beliau mendengar segala keterangan terbaik di hadapannya. [59] Mahkamah ini mendapati berdasarkan dapatan dan analisa Majistret selepas mendengar keseluruhan keterangan pihak-pihak adalah tepat, teratur dan mengikut lunas undang-undang. [60] Mahkamah ini mendapati berdasarkan alasan penghakiman, dapatan Pn Majistret yang bijaksana yang bijaksana iaitu – • selepas menghadiri latihan di Boot Camp, Defendan (Perayu) bersetuju yang Defendan (Perayu) dapat belajar untuk menjadi seorang chiropractor professional dan untuk bekerja/berkhidmat bersama Plaintif kelak; • Defendan (Perayu) telah memungkiri terma dan syarat dalam Term Sheet Service Contract dan Perjanjian apabila selesai menjalani Boot Camp training itu, Defendan (Perayu) masih lagi belum memulakan kerjanya di mana surat melantik Defendan (Perayu) sebagai chiropractor telah pundikeluarkan oleh Plaintif (Responden). Tindakan Defendan (Perayu) telah S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg mendatangkan kerugian kepada Plaintif (Responden). Pn Majistret yang bijaksana yang bijaksana merujuk nas undang-undang kes mengenai seorang guru iaitu kes Government of Malaysia v. Thelma Fernandez & Anor [1967] 1 MLJ 194; dan • clause 10 of the Term Sheet Service Contract terpakai dalam situasi Defendan (Perayu) yang enggan memulakan tugas/kerja dengan Plaintif (Responden) selepas menghadiri Boot Camp training. Pn Majistret yang bijaksana yang bijaksana memutuskan bahawa tindakan Defendan (Perayu) ini mengakibatkan Plaintif (Responden) terpaksa mengeluarkan kos lain (tambahan) untuk melatih orang lain sebagai pengganti Defendan (Perayu), adalah teratur mengikut lunas undang-undang dan Pn Majistret yang bijaksana telah mempertimbangkan keterangan mengenai isu di hadapannya dengan teliti. Pada peringkat rayuan untuk mengakas dan reverse dapatan fakta yang ditemui oleh Pn Majistret yang bijaksana yang bijaksana adalah suatu yang salah arah. Prinsip Campur tangan dan Gangguan Mahkamah pada peringkat rayuan [61] Ciri utama bagi sesuatu “appellate intervention” adalah jelas dan mantap dalam semua peringkat rayuan. Tugas Mahkamah yang mendengar rayuan ialah untuk memastikan sama ada Mahkamah yang membicarakan itu mencapai keputusannya berdasarkan keputusan atau dapatan secara betul mengenai keterangan dan berasaskan kepada S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg undang-undang. [62] Mahkamah Persekutuan dalam kes Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 memutuskan – “[14] In our view, the Court of Appeal in citing these cases had clearly borne in mind the central feature of appellate intervention, ie to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, the Court of Appeal was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the evidence by the trial court. Clearly, the phrase ‘insufficient judicial appreciation of evidence’ merely related to such process. This is reflected in the Court of Appeal’s restatement that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. The Court of Appeal further reiterated the principle central to appellate intervention, ie that a decision arrived at by a trial court without judicial appreciation of the evidence might be set aside on appeal. This is consistent with the established plainly wrong test.”. [63] Begitu juga dalam kes Kerajaan Malaysia v. Global Upline Sdn Bhd and Another Appeal [2017] 1 MLJ 170 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa “an appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence”. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg [64] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng (administratrix for the estate of Tan Ewe Kwang, deceased) & Ors [2020] 10 CLJ 1 memutuskan “the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is ‘the plainly wrong test’ principle”. [65] Prinsip undang-undang mengenai appellate intervention only justified that on the available evidence, that the SCj is erred (Kes Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1993] 2 CLJ 146). [66] Dua ujian yang dikenal pasti perlu dipenuhi bagi tujuan appellate intervention adalah “plainly wrong test” and “insufficient judicial appreciation of evidence test” (the case of Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97 at 98-99). [67] Dalam kes Ong Leong Ciou & Anor v. Keller (M) Sdn Bhd & Ors And Another Appeal [2019] 3 MLRA 322 at 329, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa – “[125] We are mindful of the limited role of the appellate court in relation to the findings of facts made by the court of first instance. The general principle is that the conclusion of a trial judge is a finding of fact on the oral evidence based on the demeanour and credibility of the witness before him or her. Generally, such finding ought not be disturbed unless the appellate court is convinced that it is plainly wrong. It would not be sufficient to warrant an S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg appellate interference merely because the appellate court entertains doubt whether such finding is right.”. [68] Dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Anor [2020] 10 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – “... an appellate Court should not interfere with factual findings of a trial judge unless it was satisfied that the decision of the trial Judge was plainly wrong or one that no reasonable Judge could have reached. If it is not, the fact that the appellate Court may have reached a different conclusion on the facts, is irrelevant.”. [69] Berkenaan dengan isu sama ada Defendan (Perayu) telah diperkaya secara tidak adil (unjustly enriched) di mana peguam cara Defendan (Perayu) menegaskan bahawa – • Defendan (Perayu) tidak diperkaya secara tidak adil (unjustly enriched) kerana kehadiran dalam latihan Boot Camp itu adalah wajib demi menjadi chiropractor/service provider [rujuk clause 4(c) of the Term Sheet]. Tambahan pula saksi Plaintif sendiri dalam pemeriksaan balas, mengakui bahawa latihan kepada chiropractor/service provider adalah mengikut dasar syarikat Plaintif. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg • Defendan (Perayu) sudah melaksanakan tugasnya untuk Plaintif (Responden) yang memberikan manfaat kepada Plaintif (Responden) di mana Defendan (Perayu) berjaya menarik pelanggan untuk berdaftar dengan perkhidmatan Plaintif (Responden). • isu untuk diputuskan oleh Mahkamah ialah bukannya sama ada Defendan (Perayu) telah diperkaya secara tidak adil (unjustly enriched) tetapi adalah sama ada Defendan (Perayu) telah memungkiri clause 10 of the Term Sheet Service Contract dan seterusnya Defendan (Perayu) bertanggungan untuk membayar SGD$10,000.00 itu? • Nas undang-undang kes yang dipetik oleh peguam cara Plaintif (Responden) terpelajar dan seterusnya diguna pakai oleh Pn Majistret yang bijaksana iaitu Government of Malaysia v. Thelma Fernandez & Anor (supra) perlu dibezakan dengan kes di hadapan Mahkamah ini. dalam kes Government of Malaysia v. Thelma Fernandez & Anor itu, Mahkamah memutuskan bahawa defendan telah memungkiri perjanjian apabila defendan meletakkan jawatan tanpa keizinan/persetujuan plaintif. Sedangkan, dalam kes di hadapan Mahkamah ini pula, Defendan meletakkan jawatannya sebagai seorang chiropractor/service provider selepas Defendan (Perayu) selesai/tamat menghadiri Boot Camp dan sebelum bermulanya tarikh Defendan (Perayu) praktis (beramal). Ini tidak melanggar peruntukan clause 10 of the Term Sheet Service Contract. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg • dapatan Pn Majistret yang bijaksana adalah khilaf apabila merumuskan bahawa Defendan (Perayu) telah diperkayakan secara tidak adil. Ini kerana Plaintif (Responden) juga telah memperoleh manfaat daripada Defendan (Perayu) yang mana semasa dalam latihan sebagai chiropractor/service provider, Defendan (Perayu) telah berjaya mendapatkan pelanggan untuk perkhidmatan Plaintif (Responden). • apabila Pn Majistrer yang bijaksana memutuskan bahawa Defendan (Perayu) perlu membayar SGD$10,000.00 kepada Plaintif (Responden), tiada apa-apa bukti dikemukakan bahawa Plaintif (Responden) telah sebenarnya membelanjakan/membiayai yuran/fi Boot Camp training itu. Keterangan saksi Plaintif (Responden) mengakui bahawa tiada resit untuk dikemukakan kepada Mahkamah. • tindakan Defendan (Perayu) yang meletakkan jawatan adalah tidak memungkiri kontrak. Ini kerana Defendan (Perayu) telah menyelesaikan Boot Camp training dan sebelum mula praktisnya. Maka dengan itu, clause 10 of the Term Sheet Service Contract adalah tidak terpakai. [70] Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar juga menghujahkan bahawa secara alternatifnya, clause 10 of the Term Sheet Service Contract (yang didrafkan oleh Plaintif) adalah pada asasnya kabur. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg [71] Memandangkan kedua-dua pihak iaitu Plaintif (Responden) dan Defendan (Perayu) mempunyai interpretasi berbeza mengenai clause 10 of the Term Sheet Service Contract maka “contra proferentum rule” adalah terpakai terhadap Plaintif (Responden). [72] Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar memetik nas undang-undang kes iaitu Union Insurance Malaysia Sdn Bhd v. Chan You Young [1999] 2 CLJ 517 yang memutuskan – “[1] Where the words in their ordinary meaning gave rise to two distinct interpretations resulting in ambiguity, the contra proferentum rule would apply and any ambiguity should be construed in favour of the insured.”. Selain itu, Peguam cara Defendan (Perayu) terpelajar juga memetik nas undang-undang kes iaitu Malaysia British Assurance Bhd v. Syarikat Pembenaan Karun Sdn Bhd [2009] 4 CLJ 1; Meuban Engineering & Equipment Sdn Bhd v. MBF Insurans Bhd [2009] 7 CLJ
527
[73] Mahkamah ini juga telah meneliti hujahan balas peguam cara Plaintif (terpelajar) dan jawapan/balasan mengenai isu yang dibangkitkan oleh Defendan (Perayu) berjaya dijawab/dibalas iaitu –
a
objektif kontrak yang dimasuki oleh Plaintif (Responden) dan Defendan (Perayu) adalah untuk melantik Defendan (Perayu) sebagai seorang chiropractor untuk bekerja dengan Plaintif (Responden). Klausa yang membuktikan perkara ini terkandung dalam Term Sheet Service Contract ialah – S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg • klausa 1 – Goals • klausa 6 – Clinic Probation Period Manakala Professional Service Agreement bertarikh 21-6- 2019 ialah – • perenggan (c) dan (d) • klausa 2.4 – Duties
b
perkataan dan klausa yang dinyatakan itu mempunyai makna biasa dan asalnya yang tidak kabur dan tidak mengelirukan.
c
adalah menjadi hasrat pihak-pihak bahawa Defendan (Perayu) akan dilantik sebagai seorang chiropractor di klinik Plaintif (Responden)sebaik sahaja selesai Boot Camp yang mana manfaat telah diperoleh Defendan (Perayu) dengan balasan Defendan (Perayu) bekerja dengan Plaintif (Responden) sepanjang tempoh Perjanjian.
d
hasrat mengenai perkara dalam (c) adalah diketahui dan tidak dipertikaikan oleh Defendan (Perayu). Defendan (Perayu) juga tidak dikelirukan mahu pun tidak menyedari mengenai perkara ini.
e
Mahkamah Persekutuan dalam kes Cubic Electronics Sdn Bhd (In Liquidation) v. Mars Telecommunications Sdn Bhd [2019] 6 MLJ 15 memutuskan – S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg “(1) There was no necessity for proof of actual loss or damage in every case where an innocent party sought to enforce a damages clause in a contract. Section 75 of the Contracts Act 1950 (“the CA”) allowed reasonable compensation to be awarded by the court irrespective of whether actual loss or damage was proven. Selva Kumar Murugiah v. Thiagarajah Retnasamy [1995] 1 MLJ 817 and Johor Coastal Development Sdn Bhd v. Constrajaya Sdn Bhd [2009] 4 MLJ 445 (both decisions of the Federal Court) should not be interpreted as what subsequent decisions since then have done) as imposing a legal straightjacket in which proof of actual loss was the sole conclusive determinant of reasonable compensation. Reasonable compensation was not confined to actual loss, although evidence of that might be a useful starting point. In determining what amounted to ‘reasonable compensation’ under s. 75 of the CA, the concept of ‘legitimate interest’ and ‘proportionality’ as enunciated in Cavendish Square Holding BV v. talal El Makdessi [2015] UKSC 67 were relevant (see paras 65 & 74).”.
f
tuntutan Plaintif (Responden) bagi jumlah sebanyak SGD$10,000.00 itu ialah pampasan dan pemulangan semula wang yang dibelanjakan untuk latihan, menambahbaik dan meningkatkan kemahiran Defendan (Perayu). Pelaburan oleh Plaintif (Responden) ini selari dengan hajat untuk melantik Defendan (Perayu) berkhidmat dengan Plaintif (Responden) sepanjang tempoh Perjanjian. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg
g
kredibiliti saksi Plaintif walaupun hanya seorang tidak boleh dipertikaikan kerana SP-1 telah memberikan keterangan lisannya menurut seksyen 60 dan seksyen 73A Evidence Act 1950, serta Pn Majistret yang bijaksana juga telah menilai demeanour SP-1 itu.
h
contra proferentum rule yang dimasukkan dalam hujahan bertulis Defendan (Perayu) adalah tidak terpakai kerana ianya tidak diplidkan dalam kes Defendan (Perayu) dan clause 10 of the Term Sheet Service Contract itu adalah jelas dan straightforward dan tidak kabur. Contra proferentum rule secara khususnya digunapakai dalan kes polisi insurans untuk memastikan syarikat insurans berlaku adil kepada pemegang insurans yang menuntut pampasan yang diinsuranskan. [74] Letter of Offer yang memaktubkan Term Sheet Service Contract dan Professional Service Agreement bertarikh 21-6-201 adalah 2 dokumen penting yang dapat menjawab kepada isu sama ada keputusan Pn Majistret yang bijaksana itu betul atau khilaf. [75] Kedua-dua dokumen ini bukanlah dokumen perjanjian yang biasa. Terma dan syarat serta objektif yang dikehendaki oleh Plaintif (Responden) telah dinyatakan iaitu persiapan Defendan (Perayu) daripada tiada kemahiran mengenai chiropractor/service provider dikehendaki hadir dalam latihan Boot Camp untuk tempoh tertentu dan seterusnya Plaintif (Responden) melantik Defendan (Perayu) sebagai chiropractor/service provider kepada Plaintif (Perayu)/Syarikat. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg [76] Walaupun Letter of Offer dan Professional Service Agreement disediakan oleh Plaintif (Responden), Mahkamah ini mendapati perkara ini sengaja dibangkitkan sekali lalu oleh Defendan (Perayu). Tiada kesan dan akibat yang negatif dalam kedua-dua dokumen ini terhadap Defendan (Perayu). [77] Dalam Boot Camp training sememangnya latihan yang disediakan ialah pra latihan untuk persediaan melantik Defendan (Perayu) ke dalam syarikat (Plaintif/Responden). Obligasi Defendan (Perayu) ialah memperoleh pelanggan untuk Plaintif (Responden) dan dengan khidmat itu Defendan (Perayu) dibayar elaun. Kedua-dua pihak telah memperoleh manfaat. Maka keputusan Pn Majistret yang bijaksana menolak pemulangan bayaran elaun yang telah diberikan kepada Defendan (Perayu) adalah betul. [78] Tiada kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang oleh Pn Majistret yang bijaksana mengenai pemulangan SGD$10,000.00 iaitu yuran latihan boot camp bagi pihak Defendan selama 4 hingga 12 minggu iaitu bermula dari 10-6-2019 hingga 30-8-2019 di mana Plaintif telah menanggung yuran ini. Isu mengenai bukti melalui resit adalah isu yang kecil dan tidak menjejaskan kes Plaintif (Responden). Obligasi Plaintif (Responden) yang mengambil Defendan (Perayu) sebagai pelatihnya dipertanggungjawabkan untuk menanggung segala bayaran untuk Defendan (Perayu). S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg [79] Sebagai balasan kepada perbelanjaan dan ‘pelaburan’ yang dibiayai serta ditanggung oleh Plaintif (Responden), maka Defendan (Perayu) hendaklah bekerja/berkhidmat dengan Plaintif (Responden). [80] Tindakan penamatan dan meletakkan jawatannya sebelum Defendan (Perayu) mula bekerja adalah jelas memungkiri kontrak yang menetapkan mengenai pelantikan Defendan (Perayu) sebagai chiropractor untuk bekerja/berkhidmat dengan Plaintif. [81] Letter of Offer yang memaktubkan Term Sheet Service Contract dan Professional Service Agreement adalah jelas dan nyata. Tindakan Defendan (Perayu) telah merugikan Plaintif (Responden). [82] Dapatan fakta mengenai pemahaman Pn Majistret yang bijaksana mengenai Letter of Offer yang memaktubkan Term Sheet Service Contract dan Professional Service Agreement adalah betul dan Mahkamah ini pada peringkat rayuan tidak akan mengganggu dapatan Pn Majistret yang bijaksana. [83] Mahkamah ini memutuskan untuk menolak rayuan ini dengan kos (tertakluk kepada fi alokatur). Keputusan Pn Majistret yang bijaksana adalah dikekalkan. S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg Kesimpulan [84] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa rayuan Defendan (Perayu) adalah ditolak apabila Mahkamah ini mendapati bahawa factual findings of the learned Magistrate was correct. Dan Mahkamah ini juga mendapati the conclusion of the learned Magistrate is a finding of fact on the oral evidence based on the demeanour and credibility of the witness before her. [85] Pada peringkat rayuan di hadapan Mahkamah ini, saya telah menjalankan appellate role. Oleh itu, Mahkamah ini tidak perlu campur tangan dengan dapatan fakta yang dicapai oleh Pn Majistret yang bijaksana yang diputuskan secara teratur di sisi undang-undang. Bertarikh: 23 Jun 2023. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCvC12 Shah Alam S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg Peguam cara: Bagi Pihak Perayu (Defendan): Wong Shu Min Tetuan Nandrajog, Shah Alam Bagi Pihak Responden (Plaintif): Ameera Irisha binti Idrus Tetuan Zahir Jeya & Zainal, Petaling Jaya S/N i3/Z6midEORW0a3fIyllg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.