Q: It was not here now. You know how many sheets of paper? A: 3 papers. Q: In here? A: Yeah.” Lagi, di muka surat 58: RR J2: “YA Hakim: No steps taken to trace the company SRL, Dato’ Siva? .......... SD1 : I asked the police to contact the company because the police had the documents in their hands.” 12 Namun begitu, perayu kemudian menukar ceritanya (setelah dipanggil semula) dengan menyatakan kontrak tersebut tiada dengannya semasa ditangkap kerana telah ditinggalkan di Turki. Perayu di muka surat 63: RR J2 menyatakan: On the last occassion when I asked you about your contract, you said that you had kept it in the blue bag (P13). Yes. Q: But when we look into the blue bag, the contract is not there. My question is, are you sure that you put the contract into the blue bag (P13)? Actually I remember the fact that the contract was put it in my personal bag in Turkey and I want to appologize to the judge and to the lawyers. The contract was in the bag that I have in Turkey which Ali took from me itself. I did my personal bag in Turkey.” Apabila diperiksa balas oleh TPR, perayu menyatakan: Mr. Peity, I put to you that actually there is no contract for you to work at Mexico and Equador. It’s not true. There is a contract and it is in Turkey.” [17] Keterangan di atas jelas menunjukkan tidak munasabahnya cerita perayu. Diperhatikan perayu meletakkan keutamaan kepada kewujudan kontrak perkhidmatan itu untuk mewajarkan ceritanya tentang tawaran Seba, pemergiannya ke Mexico, Ecuador dan Turki. Atas dasar tersebut, perayu menegaskan, semasa diperiksa balas, bahawa kontrak tersebut ada bersamanya semasa ditangkap dan semestinya telah dikemukakan dalam keterangan. Perayu bertegas lagi tentang perkara ini apabila ditanya sendiri oleh hakim bicara sehinggakan perayu mengatakan dia ada menyuruh pihak polis untuk menghubungi syarikat berkenaan 13 memandangkan dokumen tersebut berada dengan mereka. Bagaimanapun tembelang perayu terbongkar apabila dipanggil semula oleh peguamnya sendiri apabila dia mengakui bahawa kononnya kontrak tersebut telah tertinggal di dalam beg peribadinya di Turki semasa diambil oleh Ali. Ini amat menghairankan kerana jika benar perayu sebenarnya kena melaporkan dirinya di Mexico, kontrak tersebut, asal atau salinan, semesti dan munasabahnya dibawa bersama-samanya. Perayu tidak pula mengatakan dia kena balik ke Turki semula untuk mengambil dokumen itu atau Ali akan menguruskan hal itu. Pada kami jelas perayu telah tidak berkata benar tentang perkara kontrak ini dan perkara itu telah sengaja diada-adakan semata-mata untuk mengaburi tujuan sebenar kedatangan dan pembawaan beg berisi dadah tersebut ke Malaysia. Kami sependapat dengan hakim bicara apabila beliau meragui cerita perayu itu. Keistimewaan menilai kredibiliti perayu layak di tangan hakim bicara dan beliau mempunyai asas yang munasabah dalam membuat dapatan tersebut. Tidak wajar bagi kami untuk mengganggu dapatan itu. [18] Susulan itu, cerita perayu tentang pemergiannya ke Mexico dan Ecuador untuk diuji, dicuba dan menerima tawaran pekerjaan di sana sukar diterima akal. Tiada keterangan dikemukakan tentang tahap pelajaran perayu, ataupun tahap pengalaman, kepandaian atau kepakarannya dalam membaiki, pemasangan atau membangunkan sistem komputer. Apa yang telah dikemukakan ialah perayu hanya bekerja sebagai pembaik komputer di sebuah cawangan kecil syarikat di Romania, yang tidak mampu untuk menemu duga atau menguji perayu, dan dengan gaji yang kecil. Perayu dikatakan mengenali Seba, kononnya wakil syarikat, melalui permainan DOTA di Internet. Namun dalam penceritaannya, perayu telah dibawa 14 masuk ke Mexico dan Ecuador (dua buah negara di benua Amerika) seolah-olah perayu seorang pakar yang perlu disambut dan didapatkan perkhidmatannya di Mexico dengan semua perbelanjaan untuk urusan itu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat. Tetapi, di Mexico perayu hanya diberikan surat percubaan sahaja dan apabila di Ecuador dikatakan diambil, setelah diuji, berkhidmat sebagai pekerja sementara selama 3 tahun di syarikat tersebut di Mexico. Lagi menghairankan, setelah kononnya ditetapkan untuk bekerja di Mexico, perayu disuruh pergi ke Turki dengan perbelanjaannya sendiri dan selepas itu diarahkan oleh Ali, juga pegawai syarikat, untuk ke Langkawi, Malaysia atas misi yang tidak ada kena mengena langsung dengan bidang kerja yang dia dilantik oleh syarikat. Satu pusingan yang aneh sekali. Hakim bicara mengatakan itu sukar untuk diterima akal. Kami berpendapat sedemikian jua. Pada hemat kami sesuatu yang sukar diterima akal merupakan sesuatu yang tidak munasabah dan sesuatu yang tidak munasabah tidak boleh menjadi asas keraguan yang munasabah malah bertentangan dengan konsep tersebut. [19] Sekarang kami ingin menyentuh pula berkenaan dengan pembelaan tipuan dan ugutan oleh Ali. Kami perhatikan dan harus dicatatkan bahawa perkara ini tidak ditimbulkan langsung di peringkat pendakwaan atau pun dihujahkan secara pembelaan khusus ugutan (duress) di bawah Kanun Keseksaan di akhir kes pembelaan. Agak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pembelaan ini boleh terlepas pandang memandangkan ugutan mati ke atas keluarganya dan penipuan yang kononnya dilakukan oleh Ali dan Seba itu amat serius. Perayu jelas membayangkan keadaan ugutan tersebut dilakukan pada setiap waktu semasa berada di Istanbul, Turki dan dalam perjalanan ke Malaysia dengan Ali meletakkan orang-orangnya di 15 sepanjang perjalanan tersebut. Takutnya perayu sehinggakan semua pakaiannya telah dimasukkan oleh Ali ke dalam beg-beg berkenaan. Bagaimanapun, semua ini tidak ditanya atau dicadangkan kepada SP2, pegawai penangkap sama ada di peringkat pendakwaan atau pun semasa dipanggil semula di peringkat pembelaan. Cadangan ini hanya dikemukakan kepada pegawai penyiasat SP4 semasa dipanggil semula di peringkat pembelaan namun dinafikan dengan jelas oleh SP4. Semua ini diakui oleh peguam semasa ditanya oleh hakim bicara semasa pemanggilan semula SP4 itu. Dalam keadaan di atas, kami berpendapat bahawa pembelaan ini ternyata terjumlah kepada satu pemikiran semula dan tidak sedikit pun memberikan keyakinan kepada pembelaan perayu. [20] Susulan itu, pada hemat kami, sepertimana kami nyatakan di atas, hujahan peguam mengenai isu (a) haruslah dipertimbangkan dalam senario dapatan di atas dan bukannya secara terpinggir. Kami bersetuju dengan prinsip am daripada nas autoriti yang dirujuk oleh peguam bahawa hakikat seseorang saksi itu mempunyai hubungan persaudaraan tidak semestinya menjadikannya saksi berkepentingan dan tidak boleh dipercayai. Keterangannya masih boleh diterima dengan syarat keterangannya andal (reliable) dan adanya keterangan yang kuat atau meyakinkan (cogent) untuk membuat dapatan sebaliknya- (rujuk kes locus classicus Balasingam v PP [1959] 1 MLJ 193). Tambahan lagi, dalam kes Lim Guan Eng v PP [1998] 3 CLJ 769 di muka surat 788-790 diperjelaskan pendekatan yang berikut: “In no case is this especially true as in the trial of criminal cases where the Public Prosecutor initiates the court’s process in the public interest. The Public Prosecutor is often compelled to call witnesses to formally establish facts that are necessary for the unfolding of the story that lies at the heart 16 of his case. Some of these witnesses may, by reason of close relationship or loyalty, exhibit a natural bias in favour of the accused. They may, out of eagerness to help the accused, furnish answers under cross-examination that are favourable to the defence and stretch the truth to the point of incredulity. If the general rule is applied with unbending strictness in such cases, substantial justice will not be achieved. The approach that is to be adopted by a trial court in such cases appears in the judgment of Wan Yahya J, (as he then was) in Haji Abdul Ghani bin Ishak & Anor. v. Public Prosecutor [1981] 2 MLJ 230. His Lordship there said (at p. 232): It was submitted by Mr Edgar Joseph Jr counsel for the first accused, that his client had not been proved to have had any interest in the application; that the only direct evidence on this had come from Kipah and that she had stated in evidence that she was making the application at the behest of her uncle, the second accused. Counsel further submitted that as she was a witness called by the prosecution, this court should not reject her evidence. He stressed that the prosecution could not blow hot and cold at the same time and that the whole of her evidence had to be accepted in toto. Counsel referred to the Indian case of Abinash Chandra v. Emperor (1936) 37 Cr. LJ 439 and, in particular, to p. 442, which reads as follows: The Crown has suggested, though not in so many words, that we ought to look with suspicion upon the evidence of these witnesses because they belonged to a faction in the company which was not favourably disposed towards N.C. Chouduri. A more unusual and a more impossible suggestion, I have never heard advanced. These are witnesses produced by the Crown, and put forward as witnesses of truth in support of the case for the prosecution. It has not been suggested that they turned hostile, nor during the whole trial were they treated as hostile witnesses, nor has anyone openly suggested that they were not truthful witnesses. The prosecution cannot be permitted to blow hot and cold as best to suit them. If these were not truthful witnesses, they ought never to have been called by the prosecution and so recommended to the court as witnesses of truth.” This apparently stringent decision is not without qualification. One only has to read part of the following sentence which reads: ‘There is no reason whatever for preferring the evidence of N.C. Chouduri to theirs ...’ – to understand that in the above-quoted passage the learned judge was referring to the rule against rejection of prosecution witnesses’ evidence when there is nothing to suggest contra preference against his evidence. Our present case is somewhat different. The witness Kipah is the wife of the first accused and she had to be called by the prosecution to fill up the chain of events in that case. Answers elicited 17 from her cross-examination by the defence has to be scrutinised with some care. As a wife testifying in a serious case against her husband, she could not be expected to be entirely immune from being unbiased, or in any event, uninterested. Moreover, when there are other evidences to the contrary, this court is not bound to accept each and every word in her evidence. If what was suggested is to be followed in the unqualified form, the function of a trial judge or jury will become obsolete and such function could be better decided by computer. There is nothing to deter the trial judge or jury picking or choosing any piece of evidence from a witness while rejecting others which he or they felt not credible enough. After all a witness is capable of saying both truths and untruths. If, for any good reason, the court feels that part of his evidence should be preferred to the other, then it is at liberty to accept that part and reject the others. Indeed this has to be so when dealing with human as opposed to mechanical factors. That is partly why we are here to adjudge a case. It is noteworthy that when the case went on appeal, the former Federal Court–unusually strong upon that occasion (Raja Azlan Shah CJ (Malaya), Abdul Hamid FJ and Hashim Yeop A. Sani J) – made no adverse comment on the methodology of evidence evaluation adopted by Wan Yahya J, in the passage quoted above. In our judgment, the view expressed by Wan Yahya J, in Haji Abdul Ghani bin Ishak & Anor. v. Public Prosecutor (ibid) provides a complete answer to Encik Karpal Singh’s submission on the point under discussion. The trial judge in the present case before us adopted a similar approach when evaluating the evidence of PW14. He took into account all relevant considerations, including this witness’ bias in the appellant’s favour, when deciding to reject the answers given under cross-examination. We are unable to discern any error in the trial judge’s approach to the evidence led in proof of the second charge. In our judgment there was judicial appreciation by the trial judge of the evidence led in support of the second charge. The submission on the contradiction point therefore fails.” [21] Peguam menegaskan, sebagai hujahan tunggaknya, bahawa hakim bicara telah secara mekanikal memutuskan SD3 ialah saksi berkepentingan dan mengetepikan keterangan SD3 tanpa memberikan sebarang alasan meyakinkan tentang tidak andalnya (unreliability) keterangan SD3 itu. Ini dikatakan salah tanggapan dari mula lagi apabila hakim bicara mendapati: 18 “SD3 telah memberikan keterangan yang konsisten dan selari dengan keterangan tertuduh di mahkamah. SD3 juga mengesahkan bahawa seorang penama yang bernama Seba dan Ali wujud di mana tertuduh seringkali menyebab nama Seba.” (RR: J1, ms 19) Namun, hakim bicara dikatakan membuat dapatan yang bertentangan apabila memutuskan: “Mengenai keterangan SD3 adik kepada tertuduh, saya berpendapat beliau adalah saksi yang berkepentingan dan tidak membantu pembelaan yang tertuduh.”(RR:J1 ms 23). Dihujahkan dapatan hakim bicara itu bertentangan dengan undang-undang yang berkaitan dan telah memudaratkan perayu. [22] Sepertimana yang telah kami katakan seawal tadi, isu ini viz-a-viz petikan di atas, hendaklah dipertimbangkan dalam konteks penemuan dan dapatan tentang kredibiliti perayu. Harus dicatatkan petikan di muka surat 19:RR:Jilid1 di atas bukan merupakan dapatan mahkamah. Pada hemat kami itu lebih merupakan pembentangan naratif kes pembelaan oleh hakim bicara. Dapatan hakim bicara dinyatakan dari muka surat 21: RR: Jilid1 (alasan penghakimannya) di bawah tajuk “Dapatan Mahkamah”. Hakim bicara memutuskan sedemikian kerana beliau dengan jelas telah meragui keterangan perayu dan telah tidak menerimanya sebagai munasabah. Pada kami tindakan hakim bicara itu adalah betul memandangkan sebagai adik perayu, dia semestinya mempunyai kecenderungan semula jadi (natural bias) terhadap perayu terutamanya terdapatnya keterangan (sepertimana dihuraikan di atas) yang menunjukkan keterangan perayu itu sendiri tidak boleh dipercayai. Kami juga, setelah menilai semula keterangan SD3 bersama-sama dengan huraian di atas, mendapati adanya 19 keterangan dan keadaan yang meyakinkan bahawa SD3 ialah saksi berkepentingan dan keterangannya mestilah dilihat dengan kewaspadaan yang tinggi. Di samping dapatan kredibiliti perayu, kami mendapati adanya keterangan SD3 yang tidak selari dengan keterangan perayu. Dicatatkan SD3 mengatakan dia tahu perayu telah pergi ke Mexico dan Ecuador setelah dimaklumkan oleh perayu. SD3 juga mengatakan perayu kembali semula ke Romania dan menunggu jawapan daripada syarikat sama ada perayu telah diterima untuk bekerja dengan syarikat tersebut. Namun, perayu dalam keterangannya tidak pernah menyebut bahawa dia ada memaklumkan hal sedemikian kepada SD3. Perayu juga dengan tegas mengatakan dia telah menandatangani kontrak perkhidmatan di Ecuador dan hanya pulang ke Romania untuk menanti penempatannya sahaja. Selanjutnya, SD3 tidak mengetahui tentang ugutan terhadap perayu. Pihak Kedutaan Romania menghubunginya hanya berkenaan dengan maklumat tawaran kerja kepada perayu. Tambahan lagi, SD3 juga mengatakan ibu mereka telah meninggal dunia akibat kanser. Perayu pula dalam mencari sokongan ke atas pembelaan ugutannya cuba mengaitkannya dengan kematian ibunya apabila dia menyatakan: What did you think will happen if you tried to contact the police? My family will be died (sic). My mom also died in 2012 and I don’t know the reason of why she died.” Secara keseluruhan, kami berpendapat apa yang dinyatakan oleh SD3 semestinya telah dimaklumkan kepadanya secara lisan selepas dia mengetahui perayu telah ditangkap di Malaysia. Dalam keadaan yang dihuraikan, terdapat keterangan yang meyakinkan bahawa SD3 ialah saksi yang berkepentingan dan keterangannya ada kecenderungan untuk 20 menyokong dan membantu abangnya itu. Keterangannya jelas tercalar. Memandangkan keterangan perayu sendiri telah tidak diterima oleh hakim bicara, begitu juga kami, keterangan tercalar SD3 itu jelas tidak membantu pembelaan perayu. Undang-undang juga mantap bahawa sokongan hanya perlu dicari jika keterangan yang perlu disokong itu boleh dipercayai (Rujuk: Yap Ee Kong & Anor v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 144 (FC), Dato' Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737). Dilihat daripada perspektif ini, penghujahan peguam mengenai isu (a) dan