Proof that a successful appeal would be nugatory is a special circumstance. The courts have held that it is no small matter for a successful party to go without his damages for a long time, and that the poverty of the plaintiff by itself is not a special circumstance except where there was no reasonable probability of getting the money back if the appeal succeeded. It is not enough to contend that the plaintiff is impecunious and therefore incapable of making reimbursement. Evidence has to be adduced to prove that it is so.”. Mahkamah turut merujuk kepada keputusan/penghakiman dari Mahkamah Rayuan di dalam kes Renew Capital Sdn Bhd & Ors v ADM Ventures (M) Sdn Bhd & Anor [2022] 6 MLJ 58. In this case, the Court of Appeal extensively discussed the existence of special circumstances in the context of a monetary judgment. Justice Lee Swee Seng in delivering judgment of the Court, held as follows: “[36] The above example is with respect to a specific performance order rather than a stay of execution for the payment of a judgment debt and that is because it is relatively rare that a successful appeal from the payment of a judgment debt would be rendered nugatory as the successful appellant has all the methods of execution available to him under the Rules of Court 2012 to effect recovery of the judgment debt if payment had already been made to the judgement creditor which judgment has been set aside on appeal. [37] However there may well be circumstances that would render recovery of a judgment debt paid a near impossibility because either the judgment creditors are many and scattered all over the world and mainly a foreign state or that there is evidence that the judgment creditor is not able to repay as it is insolvent or near insolvent or already in liquidation or on the threshold of it or that there is a real likelihood and danger of dissipation of the judgment debt paid…” The Court of Appeal had recognised that it is very rare that a stay of execution is granted against a monetary judgment because in the event the appeal is allowed, the appellants (in our case, the JDs) can always demand for the repayment of judgment sum paid to the respondent (in our case, the JC) earlier. Even if the respondent refused/failed to do so, the Court of Appeal held that the Rules of Court 2012 has all the methods of execution available to the appellant to recover the said judgment sum. Setelah meneliti kesemua afidavit dan hujahan yang telah difailkan oleh pihak-pihak mahkamah dapati bahawa pihak JC sama sekali tidak menafikan bahawa JC merupakan seorang suri rumah dan tidak mempunyai sebarang pendapatan dan tidak menyangkal bahawa JC tidak akan berkemampuan untuk memulangkan wang kepada JD sekiranya rayuan JD dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamah turut mengambil kira bahawa Perintah yang diperolehi bagi tindakan ini merupakan suatu perintah pembayaran nafkah sementara perlupusan prosiding penceraian yang telah difailkan. Bagi isu ini, mahkamah turut merujuk kepada prisip di dalam kes HLC v PTL (2022) MLRHU 1161, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan - [19] In fact, this Court should be cautious of ordering litigants to dispose of their properties to pay maintenance, especially where the application for maintenance is an interim one only. I drew guidance from the case of Susila a/p S Sankaran v. Subramaniam a/l P Govindasamy [2012] 5 MLRH 252; [2012] 9 MLJ 779; [2013] 4 CLJ 579; [2012] 4 AMR 573, where it was stated by Yeoh Wee Siam J in the following passage: In my opinion, all matrimonial assets should be left intact, and should not be disposed of at this interim stage until a final order is made by the court for division of the assets under s 76 of the LRA, upon the decree of judicial separation being made after the hearing of the petition.”. Mahkamah turut mempertimbangkan bahawa JD mempunyai 5 orang anak yang mana kesemuanya berumur di bawah umur 9 tahun setakat tahun 2025) yang menduduki di Rumah tersebut, di mana ianya boleh memberi kesan negative terhadap anak-anak JD. Sekiranya rayuan JD dibenarkan, kesan negative terhadap anak-anak JD ini adalah suatu keadaan yang tidak boleh dipulihkan semula. Isu ini sama sekali tidak dipertikaikan oleh pihak JC. Bagi permohonan ini, Mahkamah dapati bahawa terdapatnya keadaan khas utk mahkamah membenarkan penggantungan prosiding pelaksanaan ini. Mahkamah tidak membenarkan penggantungan untuk kesemua Prosiding Perlaksanaan ke atas Perintah bertarikh 30/09/2024. Mahkamah hanya benarkan penggantungan prosiding pelaksanaan Writ Penyitaan dan Penjualan bagi kes BA-37WS- 40-12/2024 sahaja sehingga pelupusan tindakan Rayuan yang difailkan oleh pihak Penghutang Penghakiman di Mahkamah Rayuan yang didaftarkan di bawah Rayuan No. B-02(A)-1807- 10/2024. Tiada perintah bagi kos.”. Afidavit sokongan Penghutang Penghakiman untuk menyokong permohonan penggantungan pelaksanaan [4] Pada peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi ini, Mahkamah Tinggi ini telah meneliti permohonan Penghutang Penghakiman berkenaan dengan Perintah yang hendak dilaksanakan oleh Pemiutang Penghakiman adalah berdasarkan kepada suatu Perintah bertarikh 30/09/2024 (“Perintah tersebut”), iaitu suatu Perintah terhadap Penghutang Penghakiman untuk membayar nafkah interim sebelum pelupusan prosiding penceraian yang telahpun difailkan di Mahkamah Tinggi di Shah Alam (Mahkamah Keluarga) di bawah BA-33-197-03/2024 dan prosiding penceraian telah ditetapkan tarikh perbicaraan penuh pada 20/08/2025 di Mahkamah Keluarga. [5] Penghutang Penghakiman berikrar dan mengatakan bahawa − • Penghutang Penghakiman telahpun memfailkan suatu rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap Perintah tersebut yang didaftarkan di bawah B-02(A)-1807-10/2024. Alasan Penghakiman daripada Mahkamah Keluarga telah diperoleh pada 16/01/2025. • Penghutang Penghakiman juga menyatakan bahawa Pemiutang Penghakiman juga telah memfailkan suatu rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap Perintah tersebut yang didaftarkan di bawah B-02(A)-1889-10/2024, di mana Pengurusan Kes telah ditetapkan pada 29/04/2025 untuk mengemaskini status pemfailan Alasan Penghakiman. • Pemiutang Penghakiman telah mengakui bahawa beliau ialah seorang suri rumah tangga yang tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber kewangan. • berdasarkan pengakuan Pemiutang Penghakiman, terdapat risiko tinggi bahawa Penghutang Penghakiman tidak berkemampuan untuk memulangkan wang kepada Penghutang Penghakiman sekiranya rayuan Penghutang Penghakiman di Mahkamah Rayuan dibenarkan. • Penghutang Penghakiman mempunyai 5 orang anak yang masih berumur mentah (kesemuanya di bawah umur 9 tahun) yang menduduki di rumah yang beralamat B-16-02, 28 Mont Kiara, 32 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur. • Penghutang Penghakiman berikrar dan mengatakan bahawa ianya adalah amat tidak sesuai dan akan memberi kesan negatif terhadap anak-anaknya sekiranya Mahkamah Tinggi ini membenarkan Pemiutang Penghakiman meneruskan pelaksanaan Perintah Penyitaan dan Penjualan pada rumah yang beralamat di B-16-02, 28 Mont Kiara, 32 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, di mana terdapat lain-lain cara perlaksanaan yang lebih sesuai dan boleh dipohon oleh Pemiutang Penghakiman yang tidak akan melibatkan anak-anak saya yang kini menduduki di rumah yang beralamat di B-16-02, 28 Mont Kiara, 32 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur. Justeru itu, berdasarkan perkara-perkara di atas, Penghutang Penghakiman telah dinasihatkan oleh peguamcaranya bahawa wujud hal keadaan khas yang menjadikan tidak suai manfaat untuk menguatkuasakan Perintah tersebut. Bantahan oleh Pemiutang Penghakiman [6] Mahkamah Tinggi ini telah meneliti afidavit Pemiutang Penghakiman dan hujahan peguam caranya yang menyatakan perkara yang berikut: • Mahkamah Tinggi ini tidak mempunyai kuasa untuk mengawardkan prayer-prayer seperti yang dipohon oleh Penghutang Penghakiman bagi penggantungan pelaksanaan kerana alasan yang berikut: Keadaan-keadaan khas atau keupayaan Penghutang Penghakiman