Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI 5 PERAK DARUL RIDZUAN PERBICARAAN JENAYAH NO. AA-45A-17-11/2021 PENDAKWA RAYA 10 LAWAN LECHMAN SINGH A/L MAHINDAR SINGH 15 (NO.KAD PENGENALAN: 910410-08-6867) ALASAN PENGHAKIMAN [1]. Pertuduhan asal ke atas Tertuduh (OKT) adalah : 20 “Bahawa kamu pada 26 Januari 2021, jam lebih kurang 10.00 malam, di tepi Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein, 30020 Ipoh di dalam Daerah Kinta, Negeri Perak Darul Ridzuan telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu sejumlah berat 45.10 25 gram (29.80 gram Heroin dan 15.30 gram monoacetylmorphines), dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” 30 [2]. Pertuduhan Pilihan ke atas Tertuduh (OKT) adalah: "Bahawa kamu pada 26 Januari 2021, jam lebih kurang 10.00 malam, di tepi Jalan Budiman, Kampung Tengku 35 Hussein, 30020 Ipoh di dalam Daerah Kinta, Negeri Perak Darul Ridzuan, telah memiliki dadah berbahaya iaitu Heroin dan Monoacetylmorphines sejumlah berat 45.10 gram (29.80 gram Heroin dan 15.30 gram Monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah 40 melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama." Hukuman: Hendaklah dihukum penjara seumur hidup atau 45 penjara tidak kurang dari lima tahun dan hendaklah disebat tidak kurang dari sepuluh sebatan” (Pertuduhan ditanda sebagai P2 dan Pertuduhan Pilihan ditanda P3) 50 [3]. Izin Pendakwaan di bawah seksyen 39B (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah ditandakan sebagai ekshibit P1. [4]. Pada 29 April 2024, peguambela pihak pembelaan telah 55 memaklumkan bahawa representasi Tertuduh telah diterima dimana pihak Pendakwaan sedia menawarkan pertuduhan pilihan. Peguambela OKT dengan arahan anak guamnya memaklumkan kepada Mahkamah bahawa OKT ingin mengaku terhadap pertuduhan pilihan. Pihak pendakwaan seterusnya memohon 60 untuk kes ditangguhkan ke sebelah petang bagi membolehkan persediaan dibuat untuk prosiding seterusnya dengan fakta kes, dokumen dan juga barang kes. Maka, kes telah ditangguhkan dan dipanggil semula di sebelah petangnya. 65 [5]. Kemudiannya, apabila kes dipanggil semula dengan kehadiran kesemua pihak termasuk OKT, maka pertuduhan asal dan pertuduhan pilihan telah dibacakan, diterangkan dan difahamkan kepada OKT dan OKT telah menyatakan bahawa beliau faham pertuduhan serta hukuman yang akan dijatuhkan sekiranya 70 disabitkan dengan kesalahan. OKT telah mengaku salah bagi pertuduhan pilihan ke atasnya di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) ADB 1952. OKT faham akan sifat dan akibat daripada pengakuan bersalah dan Mahkamah berpuas hati dengan rakaman pengakuan bersalah 75 OKT terhadap pertuduhan pilihan setelah memahami sepenuhnya sifat dan akibat dari pengakuan tersebut. [6]. Pihak Pendakwaan seterusnya telah membacakan fakta kes serta mengemukakan barang kes dan dokumen-dokumen berhubung 80 dengan pertuduhan pilihan ke atas OKT yang ditunjukkan dan OKT telah mengesahkan. Kemudiannya ditandakan sebagai ekshibit di Mahkamah. Berikut adalah dokumen-dokumen, barang kes dan penandaan masing-masing: Pengemukaan Dokumen 85 1) Laporan polis Manjoi 61/21 - P5 2) Senarai Pemeriksaan Geledah-P6 3) Akuan penerimaan bertarikh 27.1.2021 -P7 4) Perakuan serah menyerah-P8 5) Sijil 90A-P9 90 6) 6 keping gambar tempat kejadian - P10(A-F) 7) 5 keping gambar barang kes - P11(1-5) 8) CD tempat kejadian - P12 9) Rajah kasar - P13 10) Borang POL - P14 95 11) Resit Kimia-P15 12) Laporan kimia - P16 Pengemukakan barang kes 13) Beg barang kes PDRM tandaan MEM - P17 100 14) 1 peket plastik JKM - P17A (pohon digunting bahagian atas) 15) Beg plastik berwarna merah dengan tandaan P bertarikh 26.1.2021 - P17B 16) 1 peket plastik lutsinar tandaan P1 bertarikh 26.1.2021- P17C 17) 1 peket plastik lutsinar tandaan P2 bertarikh 26.1.2021- P17D 105 18) Kandungan serbuk dadah seperti dalam laporan kimia dalam P17A ditandakan - P17E [7]. Kesemua dokumen dan barang kes telah dirujuk kepada OKT, dan telah disahkan dan diakuinya. 110 [8]. Selanjutnya, atas pengakuan OKT terhadap pertuduhan pilihan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952, serta pengakuan terhadap fakta kes yang dibacakan serta pengakuan terhadap barang kes dan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes terhadapnya, Mahkamah berpuas hati dengan pengakuan bersalah OKT yang 115 telah dibuat dengan memahami sifat dan akibat pengakuan. Lanjutan dari pengakuannya, OKT telah disabitkan kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) ADB 1952. Hujahan Peringanan oleh Peguam OKT 120 [9]. Setelah Mahkamah mensabitkan OKT dengan kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) ADB 1852, Mahkamah ini memberi peluang kepada OKT untuk membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan. 125 [10]. Hujahan Peguam OKT adalah OKT berumur 33 tahun, sebelum ditangkap, OKT merupakan seorang buruh kasar yang memperolehi gaji RM1000 sebulan. OKT telah mengaku salah sejurus selepas pertuduhan pilihan ditawarkan. Pengakuan ini amat membantu dalam menjimatkan masa Mahkamah serta kos 130 pemanggilan saksi-saksi oleh pihak pendakwaan dari pihak PDRM, jabatan kimia, dan lain-lain. OKT juga telah memberi kerjasama dengan pihak polis sejak dari tarikh tangkap dan juga sepanjang siasatan. OKT juga telah insaf dan memohon maaf di atas kesalahannya dan memohon diberi satu peluang untuk 135 berubah ke arah cara hidup yang lebih baik, serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan seperti ini lagi. [11]. Peguam OKT merujuk kepada dua otoriti yang berkaitan dengan hukuman, yang masing-masing diputuskan pada tahun 2020 oleh 140 Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Kes PP v Moganavegnesvaran a/l Arikrisnan [2020] 1 LNS 2367, yang diputuskan pada 1.12.2020 yang bersandar kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu Pragasam Shger v PP [2020] 1 LNS 100 yang juga diputuskan pada 2020, iaitu pada 29.1.2020, peguam 145 OKT menegaskan bahawa berat dadah dalam kedua-dua kes rujukan tersebut adalah 3 hingga 4 kali ganda lebih berat berbanding dengan kes di hadapan Mahkamah ini. Namun hukuman yang dikenakan adalah 15 tahun dan sebatan 20 kali bagi kes Moganavegnesvaran (supra). Manakala bagi satu kes 150 lagi iaitu Pragasam Shger (supra) hukuman dikenakan ialah 11 tahun dan sebatan 10 kali. Peguam OKT menegaskan bahawa kedua-dua kes tersebut tidak serupa dengan kes ini, di mana satu kes diputuskan di peringkat rayuan dan satu lagi selepas perbicaraan penuh, sementara di dalam kes ini pengakuan salah 155 dibuat pada peringkat awal sejurus setelah pertuduhan pilihan dibacakan. Atas alasan tersebut peguam OKT memohon agar hukuman penjara yang singkat dan ianya bermula dari tarikh tangkap. Ini adalah kerana pengakuan bersalah yang dibuat oleh OKT dengan segera telah menjimatkan masa dan kos mahkamah, 160 serta kerjasama penuh yang telah diberikan oleh OKT dengan pihak polis dan juga pihak berkuasa sepanjang proses siasatan dijalankan. Tambahan pula, sifat kesalahan yang dilakukan oleh OKT dan perbezaan dengan kes-kes terdahulu menunjukkan bahawa hukuman yang lebih ringan adalah wajar dalam situasi ini. 165 OKT menzahirkan penyesalan dan kesediaan untuk berubah, serta berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut di masa hadapan. [12]. Peguam OKT berhujah untuk hukuman penjara selama 10 tahun 170 dan sebatan sebanyak 10 kali. Hujahan Pemberatan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) [13]. TPR berhujah untuk hukuman berat diberikan dan yang setimpal dengan kesalahan serius yang telah dipertuduhkan. 175 [14]. Beliau merujuk kepada kes PP v Tia Ah Leng [2000] 5 CLJ 614, di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Augustine Paul (pada ketika itu) menjadikan berat dadah sebagai salah satu faktor penting yang perlu diambil kira. Ini memandangkan berat dadah menunjukkan motif pemilikan serta keseriusan kes tersebut. 180 “Be that as it may, I must immediately observe that these mitigating circumstances may be displaced in a particular case where the quantity of drugs involved is large. This is because quantity can in fact supply evidence of motive (personal need versus greed), degree of involvement, and potential for damage to 185 community as well as being an indicator of the gravity of the offence (see Sentencing: State and Federal Law in Australia, 2nd Edn by Fox and Freiberg p. 1009). [15]. Selanjutnya, TPR berhujah bahawa pengakuan salah tidak secara 190 automatik memberikan diskaun terhadap hukuman. Di sini beliau merujuk kepada kes PP v. Bachik Abdul Rahman [2004] 2 CLJ 572: "One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about 195 one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount. The severity of the offence or the existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of the guilty plea; so 200 may the demands of public interest for a deterrent sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a lesser punishment." 205 [16]. Pihak TPR juga merujuk kepada trend hukuman yang menunjukkan bahawa hukuman yang dijatuhkan untuk kesalahan yang serupa adalah dalam lingkungan 18 tahun seperti jadual di bawah: “ a) PP v Arif Saidin, Case No.: K-05(S)-261-10/2012 (COA 210 • Date of Decision: 14.8.2013, Plead guilty • Drugs: 17.09g Heroin Monoacetylmorphines • Sentence: 18 years imprisonment + 10 strokes b) Mohd Nazri bin Mansor v PP, J-05-19-02/2014 (COA 215 • Date of Decision: 18.9.2014, Guilty plea • Drugs: o 25.7g Heroin + Monoacetylmorphines o 0.11g Nimetazipam o 8.7g Methamphetamine 220 • Sentence: o 15 years + 10 strokes o 6 months o 3 years 225 c) PP v. Ooi Teng Chian [2006] 1 MLJ 213 • Facts: Guilty plea, HC amended charge to section 39A(2), COA enhanced sentence. • Drugs: 230 o 149.6g Heroin o 35.77g Monoacetylmorphines • Sentence: 15 years + 10 strokes d) Zainal bin Ikhsan v PP, Case No.: J-05-268-2009 235 • Date of Decision: 21.06.2011 • Facts: Original charge under Section 39B, COA reduced to section 39A(2) • Drugs: 28.09g Heroin • Sentence: 12 years + 10 strokes 240 e) Federal Court: Danial Ooi bin Abdullah v PP, Case no: 05-255- 11/2012 • Date of Decision: 27.11.2013 • Facts: Original charge under section 39B(1), reduced to section 245 39A(2) at FC • Drugs: 22.45g Heroin • Sentence: 18 years (no whipping due to age) • Date of Offence: 4.4.2008 ” 250 [17]. Kes-kes yang dirujuk di atas oleh TPR tersebut adalah di antara tahun 2009 sehingga 2014. Keputusan Mahkamah [18]. Setelah mempertimbangkan pengakuan salah OKT yang dibuat 255 sejurus pertuduhan pilihan dibacakan, serta menilai hujahan daripada pihak pendakwa raya dan peguam OKT, termasuk otoriti dan trend hukuman yang disampaikan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan bahawa adalah lebih sesuai untuk merujuk kepada kes-kes terkini dalam menentukan sesuatu 260 hukuman. Mahkamah ini juga mengambil kira kepentingan awam di dalam mempertimbangkan trend hukuman terkini yang mengambil kira keadaan semasa. Adalah kurang sesuai untuk Mahkamah ini merujuk kepada kes-kes lama yang mungkin tidak mencerminkan sama sekali situasi terkini. 265 [19]. Oleh hal yang demikian, setelah mensabitkan OKT dengan kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) ADB, dan selanjutnya, berdasarkan hujahan-hujahan yang telah dikemukakan, setelah Mahkamah 270 mempertimbangkan faktor-faktor mitigasi terutamanya pengakuan salah OKT pada peringkat yang awal, kerjasama dengan pihak berkuasa, dan keinginan untuk memperbaiki diri serta mengambil kira kepentingan awam di dalam menentukan hukuman yang sesuai dalam masa yang sama, maka Mahkamah memutuskan 275 untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dari tarikh tangkap (26/1/2021) dan sebatan sebanyak 10 kali mengambil kira prinsip penghukuman serta nas undang-undang, hukuman tersebut adalah sesuai, munasabah serta setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Selanjutnya, hukuman penjara bermula 280 dari tarikh tangkap bagi memberi peluang kepada OKT untuk segera memulakan proses pemulihan dan reintegrasi ke dalam masyarakat. [20]. Mahkamah juga telah memerintahkan kesemua barang kes 285 kecuali dokumen dalam pegangan pihak pendakwaan dilupuskan setelah tamat tempoh rayuan. Bertarikh : 2 Julai 2024 290 Moses Susayan MOSES SUSAYAN Pesuruhjaya Kehakiman 295 Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh, Perak Pihak-pihak: 300 Bagi pihak Pendakwaan: Puspharasi Ramachandran Timbalan Pendakwa Raya Unit Pendakwaan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak 305 Bagi pihak Tertuduh : Nahtan a/l N. Krishnan Peguambela dan Peguamcara [Naht, Guna & Partners] Ipoh, Perak 310 Kata Kunci Undang-undang Jenayah — Dadah Berbahaya — Rayuan pihak Tertuduh melalui pihak Penjara terhadap Hukuman - Pertuduhan asal adalah tuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah s 39B(1)(a) Akta 315 Dadah Berbahaya 1952 – Pertuduhan Pilihan di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952- Pengakuan salah ke atas Pertuduhan Pilihan-Sama ada hukuman yang dijatuhkan adalah mengikut kehendak undang-undang, munasabah dan setimpal. 320