Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: P-05(M)-317-11/2015 ANTARA LEE BAH HIN … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN (Dalam Perbicaraan Jenayah di Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang dalam Perbicaraan Jenayah No : 45A-17-06/2014 Antara Pendakwa Raya Lawan Lee Bah Hin) KORUM: MOHTARUDIN BAKI, HMR ZAKARIA SAM, HMR ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMR 2 PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Perayu telah didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dengan pertuduhan seperti yang berikut: “Bahawa kamu pada 29/10/2013 jam lebih kurang 1.15 tengah hari, di alamat No.45 Lorong Kurau 15, Taman Chai Leng Seberang Perai, 13700 Pulau Pinang, di dalam Daerah Seberang Perai Tengah, di dalam Negeri Pulau Pinang, telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 10.99 gram dan monoacetylmporphines seberat 10.75 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum di bawah seksyen 39B (2) Akta yang sama”. [2] Di akhir kes pembelaan, Mahkamah Tinggi telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Perayu dengan itu didapati bersalah, disabitkan dan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Terkilan, perayu merayu ke mahkamah ini. [3] Setelah mendengar penghujahan kedua-dua pihak, kami mendapati rayuan perayu mempunyai merit dan sabitan ke atas perayu adalah tidak selamat. Oleh itu, kami melepaskan dan membebaskan perayu daripada pertuduhan. Di sini, kami menjelaskan alasan-alasan kami memutuskan sedemikian. Kes Pendakwaan [4] Fakta kes telah digariskan dengan komprehensif oleh Hakim bicara dalam alasan penghakimannya. Secara ringkas, pada 29.10.2013 pukul 1.15 tengah hari, Inspektor Mohd Halizat bin Mazuki 3 (SP7) dan anggotanya telah ke alamat No. 54, Lorong Kurau 15, Taman Chai Leng Park, Seberang Perai, Pulau Pinang, untuk menjalankan operasi serbuan dadah. Setibanya di lokasi berkenaan, SP7 bersama anggotanya mendapati pintu gril dan pintu hadapan rumah tersebut dalam keadaan tertutup. Setelah pintu tersebut diketuk beberapa kali oleh SP7, akhirnya seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai Khor Peng Wah telah membuka pintu gril tersebut. SP7 bersama anggotanya telah memasuki rumah tersebut dan terus pergi ke bahagian belakang tingkat bawah rumah dan mendapati ada sebuah bilik belakang (Bilik 1 dalam rajah kasar di ekshibit P38) yang berkunci daripada bahagian dalam. SP7 telah mengetuk pintu bilik 1 tersebut beberapa kali dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis, namun tiada tindak balas yang diterima. Atas arahan SP7, Lans Koperal Kamarul telah memecahkan pintu tersebut. Perayu ditemukan berada di dalam bilik tersebut dalam keadaan duduk sambil menggalas beg pinggang di bahagian bahu kanannya. SP7 memeriksa isi beg tersebut dan menemukan dua paket plastik lut sinar berisi serbuk ketulan yang disahkan oleh Ahli Kimia Puan Siti Aishah binti Che Ani (SP2) di ekshibit P15 mengandungi heroin seberat 0.32 gram dan dadah jenis Monoacetylmorphines seberat 0.28 gram (kedua-duanya bukan hal perkara pertuduhan). [5] SP7 seterusnya membuat pemeriksaan lanjut di dalam bilik tersebut dan menemukan sebuah beg kain berwarna hitam (P9) yang di dalamnya mengandungi 2 plastik lut sinar dan ketulan dadah berbahaya jenis Heroin. Turut dijumpai di dalam P9 ialah sebuah alat timbang (P13), dan satu paket plastik lut sinar berisi paket-paket 4 kosong (P14). Jarak antara perayu dengan ekshibit P9 hanyalah lebih kurang 6 kaki sahaja. Perayu dikatakan dalam keadaan ketakutan ketika itu. [6] Setelah itu, Perayu dibawa ke ruang tamu rumah tersebut dengan dikawal oleh Lans Koperal Adnine. SP7 dan anggotanya seterusnya pergi ke bahagian atas rumah dan membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan didapati seorang perempuan Vietnam di bilik pertama; dan, seorang lelaki Cina masing-masing di dalam bilik kedua dan keempat. Tiada sebarang barangan salah telah dijumpai di tingkat atas rumah tersebut. SP7 kemudiannya membawa tiga orang lelaki Cina, seorang perempuan Vietnam dan perayu tersebut ke Ibu Pejabat Polis, Seberang Perai Tengah dan menyerahkan mereka berserta barang kes kepada pegawai penyiasat Inspektor Rosilawati Binti Jusuh (SP10). [7] Barang kes yang disyaki dadah yang ditemui di dalam beg P9 telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Pulau Pinang dan kemudiannya telah disahkan SP2 sebagai dadah berbahaya jenis Heroin seberat 10.99 gram dan Monoacetylmorphines seberat 10.75 gram (ekshibit P11A & B dan P12). [8] Selain perayu, kesemua yang ditahan di dalam rumah tersebut tidak dikemukakan sebagai saksi pendakwaan. Dapatan Hakim Bicara di akhir Kes Pendakwaan [9] Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan yang dibentangkan oleh pendakwaan, Hakim bicara 5 mendapati satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap perayu. Alasan-alasan yang diberikan oleh Hakim bicara adalah seperti yang berikut: