(iv) Kerugian dan/atau kerosakan yang dialami Plaintif adalah tidak terlalu jauh (too remote). [26] Hanya selepas intipati-intipati ini dibuktikan oleh Plaintif, maka Defendan boleh dikatakan cuai dalam menjalankan tanggungjawab dan/atau obligasi terhadap Plaintif. [27] Peguam Defendan merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan didalam Tenaga Nasional Malaysia v Batu Kemas Industri Sdn Bhd and another appeal [2018] 5 MLJ 561 dimana diputuskan:- 8 “….In order for a duty of care to arise in negligence: (i) harm must be reasonably foreseeable as a result of the defendant’s conduct (as established in Donoghue v Stevenson); (ii) the parties must be in a relationship of proximity; and (iii) it must be fair, just and reasonable to impose liability”. [28] Adalah jelas daripada keputusan Mahkamah Persekutuan, menunjukkan bahawa sebelum Defendan dikatakan mempunyai kewajipan untuk berhati-hati (duty of care) terhadap Plaintif, elemen-elemen yang diputuskan didalam Donoghue v Stevenson perlu wujud terlebih dahulu. [29] Defendan menegaskan bahawa beliau adalah pekerja BHLB dan arahan untuk menyediakan wasiat itu adalah dari BHLB untuk berjumpa dengan pewasiat dan menyediakan wasiat tersebut. [30] Hubungan kontraktual yang ada adalah melibatkan BHLB dan pewasiat dan bukan diantara Plaintif dan Defendan. Plaintif adalah merupakan salah seorang waris yang berhak keatas rumah tersebut dan Plaintif hanya tahu berkenaan penyediaan wasiat yang menjadi perkara subjek disini adalah ketika adiknya iaitu Lee Guat Eng memberi keterangan ketika di Mahkamah Tinggi Shah Alam akibat ada cabaran atas kesahihan wasiat tersebut. [31] Jika tiada sebarang hubungan kontraktual diantara Plaintif dan Defendan mahupun hubungan ‘proximity’, bagaimana boleh dikatakan Defendan mempunyai kewajipan untuk berhati-hati terhadap Plaintif. Rumah yang menjadi perkara subjek kepada wasiat itu pula bukan milik Plaintif tetapi milik pewasiat. Plaintif 9 tidak mempunyai satu kepentingan atas rumah tersebut (selain sebagai salah seorang waris) untuk mengalami apa-apa kerugian. Ini adalah kerana sebarang keputusan berkaitan kedudukan rumah teersebut adalah terletak pada budibicara pemiliknya iaitu pewasiat. [32] Selain itu, wasiat yang menjadi perkara subjek disini, telah dibatalkan oleh pewasiat kerana beliau tidak ingin meninggalkan sebarang wasiat dan mahukan rumah itu di kongsi oleh waris-waris sah yang lain dan bukan kepada Plaintif seorang sahaja. [33] Oleh itu, kerugian jika ada yang dialami oleh Plaintif bukan berpunca daripada kecuaian Defendan kerana wasiat itu sendiri telah tiada kerana telah dibatalkan oleh pewasiat. [34] Mahkamah ini juga mendapati Hakim Mahkamah Sesyen adalah betul apabila memutuskan bahawa tiada sebarang kecuaian professional dibuktikan dalam tindakan ini. Plaintif sekadar bergantung kepada alasan penghakiman YA Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam. Apabila Plaintif memplidkan kausa kecuaian didalam penyata tuntutannya maka adalah tugas Plaintif untuk membuktikan elemen-elemen yang dinyatakan didalam kes Donoghue v Stevenson itu wujud dan dibuktikan. [35] Elemen utama iaitu hubungan samada kontraktual dan hubungan proximity antara Plaintif perlu di buktikan terlebih dahulu. Perkara subjek kepada wasiat itu adalah sebuah rumah yang dimiliki oleh ibu Plaintif (Pewasiat). Hanya beliau yang mempunyai kuasa untuk menamakan siapakah benefisiari yang layak atas rumah tersebut. 10 Terdapat keterangan dari Plaintif sendiri bahawa beliau mendapat tahu ketika kakaknya (Lee Guat Eng) memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, bahawa wasiat itu diarahkan oleh Lee Guat Eng kepada Defendan untuk menyediakannya. [36] Defendan pula bertindak atas arahan daripada BHLB (majikan Defendan) untuk menulis wasiat tersebut berdasarkan arahan daripada kakak Plaintif. Oleh itu tiada hubungan secara langsung diantara Plaintif dan Defendan untuk mengwujudkan tugas berhati-hati (duty of care) di pihak Defendan terhadap Plaintif. [37] Oleh kerana Mahkamah memutuskan tiada sebarang hubungan antara Plaintif dan Defendan untuk mengwujudkan satu tugas berhati-hati (duty of care) maka tiada sebarang pemecahan tugas berhati-hati tersebut yang membawa kepada penentuan jumlah kerugian yang dialami Plaintif. [38] Selain itu, wasiat yang menjadi perkara subjek disini telah dimusnahkan oleh pewasiat, maka wasiat yang dimana Plaintif bergantung kepadanya telah tiada. Oleh itu isu kecuaian (yang didakwa oleh Plaintif) juga telah tiada. [39] Diakhir kes Plaintif, Defendan mengemukakan tiada kes untuk dijawab (submission of no case to answer). Defendan telah memilih untuk mengemukakan tiada kes untuk dijawab dan tidak akan mengemukakan saksi dipihak mereka. 11 [40] Untuk ini, Defendan menghujahkan prinsip-prinsip yang diputuskan didalam keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim [2015] 2CLJ 1037 adalah terpakai. i. Plaintif mendakwa bahawa beliau mengalami kerugian dari segi hak beliau secara total atas rumah tersebut seandainya wasiat itu adalah sah kerana didalam wasiat tersebut Plaintif dinamakan sebagai waris tunggal. Plaintif bergantung kepada dapatan fakta Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan bahawa wasiat itu diisytiharkan sebagai tidak sah kerana tidak mematuhi Seksyen 5 Wills Act 1959. ii. Plaintif memplidkan didalam penyata tuntutan bahawa Defendan adalah cuai didalam memastikan wasiat tersebut sah dilaksanakan. Bagi memastikan kedudukannya didalam wasiat tersebut; Plaintif telah memohon untuk satu Geran Probet dikeluarkan dan ini dibantah oleh kakak beliau (Lee Guat Eng) yang memohon untuk dilantik sebagai pentadbir. iii. Peguam Defendan menghujjahkan bahawa beban adalah diatas Plaintif untuk membuktikan bahawa jika tidak kerana wasiat itu diisytiharkan tidak sah yang mana diakibatkan oleh kecuaian Defendan, maka Geran Probet itu tetap akan dikeluarkan dan ini bermakna Plaintif akan mendapat faedah daripada namaannya sebagai benefisiari tunggal rumah itu. Tugas membuktikan fakta ini adalah tugas Plaintif dan beliau perlu memanggil saksi untuk membuktikan bahawa hak beliau sebagai benefisiari tunggal atas rumah tersebut tidak akan 12 tergugat kerana wasiat tersebut. Ini tidak dilakukan oleh Plaintif ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen. iv. Walau apapun, jika wasiat itu dikatakan sah, tiada sebarang Geran Probet boleh dikeluarkan kerana Pewasiat telah memusnahkan wasiat tersebut. [41] Oleh itu adalah betul apabila Defendan menghujahkan tiada kes untuk dijawab dan Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan Plaintif gagal membuktikan kes beliau; kerana Plaintif gagal membuktikan elemen-elemen kecuaian di pihak Defendan. [42] Kesimpulannya, Mahkamah ini memutuskan Hakim Mahkamah Sesyen betul didalam dapatan fakta dan undang-undang dalam memutuskan atas imbangan kebarangkalian Plaintif gagal membuktikan elemen-elemen kecuaian di pihak Defendan. Oleh itu rayuan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM 15,000.00 dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Bertarikh 29 Oktober 2021 t.t (NORLIZA BINTI OTHMAN) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG 13 BAGI PIHAK PERAYU : Azam-Malek & Soh No. 17, Jalan Miri Off Jalan Raja Bot 41400 Klang Selangor BAGI PIHAK RESPONDEN : Cheong Wai Meng & Van Buerle 2nd Floor, 30, Jalan USJ 10/1, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor