Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-33-05/2019 PENDAKWA RAYA
KA-45A-33-05/2019
High Court of Malaysia2 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n melampaui keraguan yang munasabah. [64] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whe”
“portal “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation bu”
“tidak kurang daripada 12 sebatan. [82] Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the”
“principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation”
“n or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] **Note : Serial number wil”
“f course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] [41] Juga dalam kes Ariff Arhannan bin Che Udin v. PP [2022] 3 MLJ 157, Mahkamah”
“truths is a human failing. If a person deliberately ‘shuts his eyes’ to the obvious, because he ‘doesn’t want to know,’ he is taken to know’. [92] Di dalam Public Prosecutor v. Herlina Purnama Sari [2016] CLJU 1855; ; [2016] 1 LNS 1855; ; [2017] 1 MLRA 499, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh”
“ini mendapati bahawa doktrin ‘wilful blindness’ juga terpakai terhadap OKT yang mana doktrin ini mensiratkan bahawa wujudnya pengetahuan. Dalam kes Terumurugan a/l Kolandai Gounder lwn Pendakwa Raya [2024] MLJU 1231, Mahkamah Rayuan telah memutuskan spt berikut: “[90] Pada hemat kami juga, pembelaan ini dibuat semata-m”
“n hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada mengenakan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. [82] Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-33-05/2019 PENDAKWA RAYA
1
OKT telah dituduh dengan 1 pertuduhan bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 05 Disember 2018, jam lebih kurang 08.00 malam, di tepi kawasan Stesen Minyak SHELL, Lot 1, Pekan Kota Sarang Semut, 06800, Alor Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 1505.5 gram. Dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie atas pertuduhan dan telah memerintahkan OKT membela diri.
4
OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah (sebagai SD1) dan hanya OKT sahaja yang telah memberikan keterangan bagi pihak Pembelaan.
5
Selanjutnya, pada akhir kes pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan seterusnya telah gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 atas imbangan kebarangkalian. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT serta menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh tangkap. Tiada sebatan diperintahkan memandangkan OKT telah berumur lebih 50 tahun selaras dengan peruntukan subseksyen 289(c) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”).
6
OKT tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
7
Bertindak atas maklumat, pada 5.12.2018, jam lebih kurang 6.30 petang, SP3 (Pengadu) telah mengetuai sepasukan anggota polis dari JSJN IPK Kedah bergerak ke kawasan perkarangan Stesen Minyak Shell, Kota Sarang Semut Kedai (“lokasi kejadian”) dengan menaiki kenderaan peribadi dan kenderaan pasukan tidak berlogo. Apabila sampai di lokasi kejadian pada jam lebih kurang 7.30 malam, SP3 telah mengarahkan pasukan serbuan untuk mengambil tempat dan membuat pemerhatian di kawasan perkarangan Stesyen Minyak Shell tersebut. Pasukan dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan Alpha yang menaiki kenderaan jenis Honda City, Kumpulan Bravo yang menaiki kenderaan jenis Proton Waja, Kumpulan Charlie yang menaiki kenderaan jenis Toyota Avanza dan Kumpulan Delta yang menaiki kenderaan jenis Perodua Myvi.
8
Setelah lebih kurang 15 minit pemerhatian, SP3 nampak sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam bernombor pendaftaran WYY 3616 (“Vellfire tersebut”) telah memasuki perkarangan Stesyen Minyak Shell tersebut dan membuat pusingan balik ke laluan masuk Stesyen Minyak Shell tersebut dan berhenti di tepi jalan laluan masuk.
9
Seterusnya SP3 nampak seorang lelaki (OKT) turun dari bahagian penumpang hadapan Vellfire tersebut dan berjalan ke arah kawasan longkang di sebelah kiri Stesyen Minyak Shell tersebut sambil memegang bungkusan plastik hitam di tangan kanannya.
10
SP3 telah memberi arahan strike melalui set walkie talkie untuk pasukan serbuan melakukan blocking dan tangkapan. SP3 juga telah berlari keluar daripada kenderaan dan terus berlari ke arah OKT yang berada di tepi longkang tersebut. SP3 telah memperkenalkan diri polis semasa mendekati OKT dan pada masa sama OKT telah mencampakkan bungkusan plastik hitam ke dalam longkang. OKT juga telah cuba melarikan diri tetapi telah berjaya ditahan setelah berlaku sedikit pergelutan oleh SP3 dan 2 orang lagi anggota serbuan dalam jarak lebih kurang 5 meter daripada tempat OKT membalingkan bungkusan plastik hitam tersebut.
11
Pada masa yang sama juga, 3 lagi kenderaan pasukan telah menghalang kenderaan Vellfire tersebut di mana kenderaan dari Kumpulan Bravo (Proton Waja) telah menghalang dari bahagian hadapan, kenderaan Kumpulan Charlie (Toyota Avanza) telah menghalang dari bahagian tepi dan kenderaan dari Kumpulan Delta (Perodua Myvi) telah menghalang dari bahagian belakang.
12
Pasukan serbuan telah mengarahkan pemandu kenderaan tersebut iaitu seorang lelaki Cina (SP7) untuk mematikan enjin dan keluar daripada kenderaan, namun enggan bekerjasama. SP7 telah bertindak agresif dengan menekan minyak kenderaan Vellfire tersebut dan melanggar kenderaan pasukan jenis Proton Waja di bahagian penumpang sebelah belakang kanan dan kenderaan pasukan jenis Perodua Myvi di bahagian hadapan. Dalam tempoh lebih kurang 3 minit dan setelah gagal melarikan diri dengan kenderaan Vellfire tersebut, SP7 akur dan membuka pintu kenderaan dan kemudiannya telah ditahan oleh anggota serbuan.
13
Seterusnya SP3 telah mengambil bungkusan plastik hitam di dalam longkang yang dicampakkan oleh OKT dan mendapati ia sebenarnya adalah 2 bungkusan plastik berwarna hitam yang dalam keadaan berikat. SP3 telah menjalankan pemeriksaan ke atas kedua-dua plastik hitam yang berikat tersebut dan mendapati di dalam setiap bungkusan plastik hitam tersebut mengandungi masing-masing 1 bungkusan plastik bertulisan ‘GUANYINWANG’. SP3 selanjutnya telah memotong kedua-dua bungkusan plastik bertulisan ‘GUANYINWANG’ tersebut dan mendapati di dalamnya berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu. SP3 telah merampas kesemua barang kes yang dijumpai dan menahan kedua-dua OKT dan SP7.
14
SP3 kemudiannya telah membawa balik kedua-dua tangkapan dan barang kes ke Pejabat JSJN IPK Kedah dengan menaiki kenderaan Vellfire tersebut. SP3 bersama OKT serta SP7 telah menaiki kenderaan yang sama ke IPK Kedah dan sepanjang perjalanan, kesemua barang kes berada dalam kawalan SP3. SP3 juga telah turut mengeluarkan Senarai Bongkar (eksibit P18) yang mengandungi butiran rampasan yang turut ditandatangani oleh OKT dan SP7.
15
Sampai di Pejabat JSJN IPK Kedah, SP3 telah menimbang barang kes dadah yang dirampas dan mendapati anggaran berat keseluruhan dadah jenis Syabu adalah 2043 gram. SP3 telah turut membuat tandaan pada setiap barang kes dengan tandaan seperti berikut: a) 1 beg plastik berwarna hitam – ditanda TPA dan tandatangan serta tarikh 5/12/18 (eksibit P5); b) 1 bungkusan plastik bertulisan GUANYINWANG – ditanda TPA1 dan tandatangan serta tarikh 5/12/18 (eksibit P6); c) 1 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu – ditanda TPA2 dan tandatangan serta tarikh 5/12/18 (eksibit P7); d) 1 beg plastik berwarna hitam – ditanda TPB dan tandatangan serta tarikh 5/12/18 (eksibit P8); e) 1 bungkusan plastik bertulisan GUANYINWANG – ditanda TPB1 dan tandatangan serta tarikh 5/12/18 (eksibit P9); dan f) 1 bungkusan plstik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu – ditanda TPB2 dan tandatangan serta tarikh 5/12/18 (eksibit P10).
16
SP3 juga telah membuat laporan polis berkenaan serbuan, rampasan dan tangkapan tersebut dan dijadikan laporan polis KOTASARANGSEMUT/000645/18 (eksibit P19).
17
Pada tarikh sama jam lebih kurang 11 malam, SP3 telah menyerahkan tangkapan iaitu OKT dan SP7, berserta Sijil Serah Menyerah barang kes (eksibit P20) kepada Pegawai Penyiasat (SP6).
18
SP6 mengesahkan menerima barang kes dan dokumen daripada SP3 dan beliau turut membuat tandaan-tandaan seperti berikut kepada barang-barang kes dadah: a) 1 beg plastik berwarna hitam bertandatangan SP3 dan bertarikh serta tandaan ‘TPA’ – ditanda dengan tandatangan SP6 dan tarikh 5/12/2018 serta tandaan ‘MA’ (eksibit P5); b) 1 bungkusan plastik bertulisan ‘GUANYINWANG’ bertandatangan SP3 dan bertarikh serta tandaan ‘TPA1’ – ditanda dengan tandatangan SP6 dan tarikh 5/12/2018 serta tandaan ‘MA1’ (eksibit P6); c) 1 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah Syabu bertandatangan SP3 dan bertarikh serta tandaan ‘TPA2’ – ditanda dengan tandatangan SP6 dan tarikh 5/12/2018 serta tandaan ‘MA2’ (eksibit P7); d) 1 beg plastik berwarna hitam bertandatangan SP3 dan bertarikh serta tandaan ‘TPB’ – ditanda dengan tandatangan SP6 dan tarikh 5/12/2018 serta tandaan ‘MB’ (eksibit P8); e) 1 bungkusan plastik bertulisan ‘GUANYINWANG’ bertandatangan SP3 dan bertarikh serta tandaan ‘TPB1’ – ditanda dengan tandatangan SP6 dan tarikh 5/12/2018 seta tandaan ‘MB1’ (eksibit P9); f) 1 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah Syabu bertandatangan SP3 dan bertarikh serta tandaan ‘TPB2’ – ditanda dengan tandatangan SP6 dan tarikh 5/12/2018 serta tandaan ‘MB2’ (eksibit P10).
19
SP6 kemudiannya telah menimbang semula barang kes dadah di hadapan SP3 menggunakan alat penimbang digital jenama VIBRA milik PDRM dan mendapati berat kasar keseluruhan barang kes dadah adalah sama sepertimana dalam aduan yang dibuat oleh SP3 iaitu 2043 gram. SP6 turut mengesahkan menerima kedua-dua tangkapan iaitu OKT dan SP7 daripada SP3 pada waktu yang sama.
20
Selanjutnya pada jam lebih kurang 11.15 malam, SP6 telah mengarahkan jurufoto iaitu D/Kpl John bin Midie untuk membuat dusting ke atas barang kes dadah tersebut dan hasilnya tidak menemui sebarang kesan cap jari. SP6 turut mengarahkan jurufoto untuk merakam gambar barang kes tersebut sebanyak 8 keping (eksibit P16A-H).
21
Setelah selesai merakam gambar barang kes, SP6 telah memasukkan kesemua barang kes dadah ke dalam 1 kotak bertanda ‘E’ bersil PDRM 587 (eksibit P4). Kemudian SP6 telah mencatatkan Kota Sarang Semut Report: 645/2018, No Kertas Siasatan IP/JSJN/ADB/1743/18, nama SP6 serta tarikh 05/12/2018. SP6 kemudiannya menyimpan kotak yang bersil tersebut ke dalam almari berkunci di pejabat beliau.
22
Pada 06/12/2018, jam lebih kurang 10 pagi, SP6 bersama SP3 dan jurufoto telah pergi ke tempat kejadian di laluan masuk ke Stesyen Minyak Shell, Pekan Kota Sarang Semut dan mengarahkan jurufoto merakam sebanyak 9 keping gambar tempat kejadian (eksibit P1A-I). Pada tarikh yang sama juga, jam lebih kurang 11 pagi, SP6 turut mengarahkan jurufoto merakam 2 keping gambar kenderaan Toyota VELLFIRE bernombor pendaftaran WYY 3616 (eksibit P15A-B).
23
Pada 09/12/2018, jam lebih kurang 9 pagi, SP6 telah mengeluarkan kotak bertanda ‘E’ (eksibit P4) dan menghantarnya ke Jabatan Kimia Malaysia. SP6 telah menyerahkan borang Pol 31 dan 1 kotak bertanda ‘E’ tersebut (eksibit P4) kepada ahli kimia (SP2) dan seterusnya SP6 menerima resit kimia dengan nombor makmal 16- FR-K-06472 (eksibit P3).
24
Pada 21/04/2019 jam lebih kurang 11 pagi, SP6 telah mengambil semula sampul surat bertanda ‘E’ dengan bersil Jabatan Kimia Malaysia (eksibit P4) daripada Jabatan Kimia Malaysia dan turut menerima Laporan Kimia dengan nombor makmal 18-FR-K-06472 (eksibit P13). SP6 kemudiannya telah menyimpan kesemua barang kes tersebut dalam almari berkunci di bilik beliau dan kunci bilik dan almari adalah dalam simpanan dan kawalan SP6.
25
Pada 23/03/2021 jam lebih kurang 2.30 petang, SP6 telah keluarkan eksibit P4 dan menyerahkan eksibit P4 tersebut kepada jurustor barang kes (SM Mortar) di IPD Kota Setar untuk simpanan. SP6 telah menandatangan buku daftar eksibit dan nombor pendaftaran barang kes adalah ER/JSJN: 402/21 (eksibit P36 dan P37).
26
Ahli Kimia (SP2) telah mengesahkan penerimaan eksibit P14 pada 9/12/2018, dan setelah memeriksa eksibit P4 tersebut, SP2 telah mengeluarkan resit rasmi (eksibit P3) yang ditandatangani beliau dan diserahkan kepada SP6. SP2 mengesahkan bahawa eksibit P4 mengandungi 1 beg plastik bertanda ‘MA’ yang berisi satu paket plastik bertanda ‘MA1’ dan di dalamnya terdapat 1 lagi paket plastik bertanda ‘MA2’ yang mengandungi bahan kristal jernih, dan 1 beg plastik bertanda ‘MB’ yang berisi 1 paket plastik bertanda ‘MB1’ yang di dalamya turut mengandungi 1 lagi paket plastik bertanda ‘MB2’ yang mengandungi bahan kristal dadah. Setelah dianalisis, SP2 mendapati berat bersih kedua-dua bahan tersebut adalah masing-masing 1005.3 gram yang mengandungi 754.9 gram Methamphetamine dan 1001.1 gram yang mengandungi 750.8 gram Methamphetamine.
27
Mahkamah ini perlu membuat keputusan di akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ.
28
Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
29
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a) bahawa dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan dalam Seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut; c) bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952
30
SP2 (ahli kimia) telah mengesahkan bahawa kedua-dua paket plastik bertanda ‘MA2’ dan ‘MB2’ (eksibit P7 dan P10) yang mengandungi bahan kristal jernih yang setelah dianalisis, didapati mengandungi 754.9 gram dan 750.8 gram Methamphetamine. Methamphetamine tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan Kimia oleh SP2 yang telah ditandakan sebagai eksibit P13.
31
Pihak pembelaan juga tidak mempertikaikan jenis dadah yang dirampas dan dengan itu Mahkamah mendapati bahawa elemen ini telah pun berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan pada tahap prima facie.
32
Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons.
17
The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions
18
Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.
19
Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah]
33
Dadah yang dirampas telah dicampakkan oleh OKT ke dalam longkang di lokasi kejadian, sebaik SP3 berlari mendekati dan memperkenalkan diri Polis kepada OKT. Sebelum serbuan juga, SP3 telah melihat OKT keluar dari kenderaan Vellfire tersebut dengan memegang bungkusan hitam di tangan kanan OKT. Semasa serbuan, OKT telah mencampakkan bungkusan hitam tersebut ke longkang berdekatan dan cuba melarikan diri. Selepas OKT berjaya ditangkap setelah berlaku sedikit pergelutan, SP3 telah mengambil bungkusan hitam tersebut dan mendapati ianya mengandungi 2 bungkusan plastik hitam yang berikat.
34
Pihak pembelaan menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan SP7, OKT dan SP7 telah pergi ke lokasi kejadian bertujuan untuk menghantar bungkusan tersebut kepada seorang yang bernama Ali Kota. Berdasarkan keterangan SP7, pada hari kejadian semasa beliau dan OKT berada dalam kenderaan Vellfire tersebut, SP7 telah dihubungi oleh Ah Beh melalui telefon untuk menghantar barang kepada seorang lelaki Melayu bernama Ali Kota. SP7 menyatakan bahawa barang tersebut yang merupakan bungkusan plastik hitam, telah diserahkan melalui seorang lelaki bernama Ah Po (Ee Poh Kia) semasa di tepi jalan dan telah diserahkan kepada SP7. SP7 menyatakan ketika bungkusan hitam diserahkan, SP7 dan OKT berada dalam kenderaan Vellfire tersebut dan mereka tidak keluar dari kenderaan. Setelah diserahkan dengan bungkusan hitam tersebut, SP7 dan OKT telah pergi ke tempat kejadian untuk menyerahkan bungkusan hitam tersebut kepada Ali Kota.
35
Menurut SP7 lagi apabila sampai di tempat kejadian, SP7 telah menyerahkan bungkusan hitam tersebut kepada OKT untuk diserahkan kepada Ali Kota. Namun begitu, SP7 tidak nampak sama ada bungkusan hitam tersebut telah diserahkan kepada Ali Kota atau tidak. SP7 turut menyatakan dalam keterangannya bahawa SP7 tidak ingat bagaimana kejadian tangkapan berlaku tetapi ingat ada blocking kenderaan dan SP7 cuba melarikan diri dengan kenderaan Vellfire tersebut kerana takut apabila melihat orang tidak memakai uniform datang kepada SP7. Menurut SP7 lagi, beliau takut kerana beranggapan orang yang datang tersebut adalah samseng.
36
Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh SP3 dan juga SP7, tidak dinafikan bahawa semasa serbuan, OKT sedang memegang bungkusan hitam (eksibit P5 dan P8) yang mengandungi dadah yang dirampas. Pada pendapat Mahkamah ini, fakta tersebut menunjukkan bahawa barang kes dadah tersebut berada secara fizikal pada OKT.
37
Di samping itu juga, berdasarkan keterangan SP3, semasa beliau berlari ke arah OKT sambil memperkenalkan diri polis, OKT telah bertindak membuang bungkusan hitam yang dipegangnya ke dalam longkang berdekatan dan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap. Fakta bahawa OKT telah mencampakkan bungkusan hitam mengandungi dadah tersebut ke dalam longkang menunjukkan bahawa OKT boleh melakukan apa sahaja tindakan ke atas bungkusan hitam tersebut seolah-olah ia adalah milik OKT. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa berdasarkan fakta-fakta dinyatakan di atas, jelas bahawa OKT mempunyai jagaan dan kawalan terhadap bungkusan hitam yang mengandungi dadah tersebut.
38
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman bin Akif Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.”
39
Selanjutnya, berdasarkan keterangan SP3 juga, setelah OKT mencampakkan bungkusan hitam mengandungi dadah ke dalam longkang, OKT telah cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh anggota serbuan setelah berlaku sedikit pergelutan. Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa tindakan dan perlakuan OKT ini adalah relevan bagi membuktikan pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas.
40
Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] (“AK 1950”), sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah]
41
Juga dalam kes Ariff Arhannan bin Che Udin v. PP [2022] 3 MLJ 157, Mahkamah Persekutuan telah turut memutuskan seperti berikut: “[58] In the circumstances, we are constrained to reject learned counsel’s contention that the learned JC was wrong in admitting evidence of the appellant’s conduct on the ground that no caution under s 37B of the DDA was administered to him. It is clear that such evidence of conduct is relevant and admissible under s 8(2) of the Evidence Act 1950 which reads:
2
The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto. [59] The fact in issue before the High Court was whether the appellant had knowledge of the drug inside the black bag. His conduct of picking up the black bag and handing it to SP6 was clearly relevant to the issue. We are therefore unable to accept learned counsel’s argument that the prosecution cannot rely on s 8(2) of the Evidence Act 1950 on the ground that there is a special Act to deal with admissibility of statements, including conduct, given by an accused person charged with an offence under the DDA, applying the maxim generalia specialibus non derogant (the provisions of a general statute must yield to the provisions of a special one). The argument must fall once it is determined that conduct does not amount to statement.”. [42] Berdasarkan fakta dan keputusan kes-kes dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan OKT membuangkan bungkusan hitam tersebut semasa didekati oleh Polis dan tindakan OKT cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan sebelum berjaya ditahan oleh SP3 dan anggota serbuan, memberikan inferens bahawa OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah dalam bungkusan hitam tersebut. [43] Pembelaan turut mempertikaikan bahawa dadah tersebut bukan milik OKT dan bahawa ianya telah diberikan oleh Ah Beh melalui Ah Po untuk diserahkan kepada Ali Kota. Secara ringkasnya, Pembelaan mengetengahkan fakta bahawa pengedar sebenar adalah orang lain. [44] Berkenaan isu ini, Mahkamah ini berpendapat walaupun dikatakan bungkusan hitam yang mengandungi dadah tersebut diberikan oleh penama Ah Beh, namun begitu apa yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan di peringkat ini adalah pemilikan OKT terhadap dadah tersebut dan bukannya kepunyaan (‘ownership’). Siapa pemunya atau pengedar sebenar dadah tersebut bukanlah elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Apa yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan hanyalah bahawa OKT mempunyai pemilikan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut. [45] Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Jorge Crespo Gomez v. PP [2020] 8 CLJ 292: “[37] Further, it matters not whether Solomon is the real trafficker, as it was the appellant who was in possession of the drugs. It is also of no consequence whether the investigating officer failed to investigate Solomon or his phone numbers.” [penekanan ditambah] [46] Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP3 yang merupakan Pengadu dan juga SP6 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah juga telah turut menilai keterangan SP7 yang berada bersama OKT dalam kenderaan Vellfire tersebut sehinggalah ketika OKT dan SP7 ditangkap. [47] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa SP7 yang sebenarnya mempunyai pengetahuan terhadap dadah tersebut berdasarkan kepada tindakan SP7 yang cuba melarikan diri dengan kenderaan Vellfire tersebut semasa serbuan dilakukan. [48] Mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan SP7 dan dibandingkan dengan keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang lain terutamanya keterangan SP3. Berdasarkan keseluruhan keterangan, Mahkamah ini mendapati bahawa rentetan cerita ataupun kronologi kejadian sebagaimana dalam keterangan SP3 adalah disokong oleh keterangan SP7 sendiri. Apa yang berbeza hanyalah dari aspek pengetahuan yang mana SP7 turut menafikan mempunyai pengetahuan terhadap kandungan bungkusan hitam tersebut. [49] Pada peringkat pendakwaan, sama ada SP7 mempunyai pengetahuan atau tidak terhadap kandungan bungkusan hitam tersebut adalah tidak relevan. Yang penting adalah pengetahuan OKT terhadap kandungan bungkusan hitam tersebut. Dan sebagaimana yang telah diperjelaskan sebelum ini, berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi Pendakwaan, Mahkamah ini berpuashati bahawa OKT mempunyai pengetahuan terhadap bungkusan hitam mengandungi dadah yang dipegangnya. [50] Walaupun tidak dinafikan bahawa keterangan SP7 tidak pernah dicabar oleh mana-mana pihak, namun begitu berdasarkan pemerhatian Mahkamah ini sendiri semasa prosiding perbicaraan dijalankan, SP7 kadang-kala kelihatan agak keliru dan kurang mengingati perkara yang ditanya oleh kedua-dua pihak Pendakwaan mahupun Pembelaan. Selain itu juga, fakta bahawa SP7 adalah rakan kepada OKT, dan juga turut ditahan pada hari kejadian, turut menjadikan Mahkamah ini berhati-hati dalam menilai keterangan saksi ini. [51] Akan tetapi, Mahkamah ini berpuas hati bahawa kesemua saksi-saksi Pendakwaan yang lain adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. SP3 semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan. SP3 dan SP6 juga bukanlah saksi yang berkepentingan. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] [52] Berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan dan dapatan yang diputuskan oleh Mahkamah ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan OKT terhadap dadah yang dirampas secara keterangan langsung. Elemen (c): bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut [53] Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minima 50 gram iaitu anggapan pengedaran juga telah berjaya dibangkitkan. Jumlah berat dadah Methamphetamine yang melebihi 50 gram adalah dibuktikan berdasarkan keterangan SP2 (ahli kimia) dan juga laporan kimia (eksibit P13). KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [54] Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT iaitu: a) bahawa dadah Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan di dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa pihak pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan OKT ke atas barang kes dadah tersebut; c) bahawa oleh kerana pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pemilikan OKT terhadap dadah tersebut, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 iaitu anggapan pengedaran juga telah berjaya dibangkitkan. [55] Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas pertuduhan. KES PEMBELAAN [56] Di peringkat pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan hanya OKT sahaja yang memberikan keterangan bagi pihak Pembelaan. [57] Keterangan OKT secara umumnya menyatakan bahawa pada hari kejadian, SP7 telah datang ke rumah OKT dan mengajak OKT keluar makan di Pekan Alor Setar. OKT telah mengikuti SP7 dengan menaiki kenderaan Vellfire tersebut, dan SP7 yang memandu kenderaan tersebut. [58] Menurut OKT, dalam perjalanan tersebut, SP7 telah berhenti di sebuah taman untuk mengambil duit. Seterusnya SP7 telah memberhentikan kenderaan sekali lagi di tepi jalan dari Kuala Kedah menghala ke Alor Setar. Lebih kurang 2 minit selepas itu, datang Ee Poh Kia (Ah Po) lalu berdiri di tepi tingkap sebelah penumpang hadapan iaitu di tempat OKT berada dalam kenderaan Vellfire tersebut. SP7 telah menyuruh OKT untuk membuka tingkap sebelah OKT dan kemudiannya Ee Poh Kia telah memasukkan 2 bungkusan plastik hitam melalui tingkap dan meletakkannya di tempat letak kaki bahagian penumpang hadapan iaitu di celah kaki OKT. Selepas itu Ee Poh Kia beredar, dan OKT bersama SP7 telah meneruskan perjalanan ke Alor Setar. [59] Semasa perjalanan ke Alor Setar itu, OKT menyatakan SP7 telah memasuki Stesyen Minyak Shell di Kota Sarang Semut dan kemudian membuat pusingan balik dan berhenti di tepi jalan masuk ke stesyen minyak tersebut. Kemudian SP7 telah meminta OKT mengambil 2 bungkusan plastik hitam tersebut dan menyerahkannya kepada kawan SP7 yang dikenali sebagai Ali Kota yang akan datang. [60] Keterangan OKT selepas ini menunjukkan terdapatnya 2 versi. Melalui pernyataan saksi OKT (eksibit D38) yang telah diterjemahkan oleh Jurubahasa Mahkamah kepada OKT dalam Mahkamah, dan ditandatangai oleh OKT sendiri semasa perbicaraan, di perenggan 6, OKT menyatakan seperti berikut: ‘6. Saya telah ambil 2 bungkusan plastik hitam tersebut dan turun dari kereta dan menunggu di tepi longkang menunggu Ali Kota datang. Dalam 20 minit Ali Kota datang dalam sebuah kereta setelah saya terima isyarat dari Ong Beng Guan. Ketika saya hendak menyerahkan 2 bungkusan plastik hitam tersebut, saya terkejut kerana diserbu oleh beberapa orang yang berpakaian preman. Saya ingat mereka gangster atau perompak, oleh itu saya meronta sedikit. Selepas mereka gari saya, mereka terangkan mereka adalah polis, baru saya tahu mereka anggota polis.’. [61] Manakala semasa dikemukakan soalan balas oleh Pendakwaan, OKT menyatakan bahawa kereta Ali Kota berhenti bersebelahan kereta Vellfire tersebut, dan kemudiannya OKT telah turun dari kenderaan dan menyerahkan bungkusan hitam tersebut kepada Ali Kota. OKT turut menyatakan bahawa OKT tidak ingat berapa lama masa yang diambil tetapi hanya ingat beliau turun dari kenderaan Vellfire dan menyerahkan bungkusan hitam tersebut kepada Ali Kota. Menurut OKT lagi, ‘selepas saya beri barang polis baru sampai’. [62] Selanjutnya, OKT menafikan telah mencampakkan bungkusan hitam tersebut sebaliknya bungkusan hitam tersebut tercampak dari tangan OKT sewaktu pergelutan dengan polis yang menangkap OKT. ANALISIS DAN DAPATAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [63] Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. [64] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah] [65] Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1). [66] Pembelaan OKT secara ringkasnya menafikan pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang telah dirampas. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh Pembelaan dan mendapati bahawa apa yang cuba diketengahkan dalam pembelaan OKT adalah OKT merupakan seorang ‘innocent carrier’. [67] Dalam kes Munuswamy Sundar Raj v. Public Prosecutor [2015] 6 MLJ 214, Mahkamah Persekutuan telah memperjelaskan isu berkenaan pembelaan ‘innocent carrier’ ini. Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: “We were rather perturbed by the above remarks as that is not the correct proposition of law in drug trafficking cases. The defence of innocent carrier is a valid defence that could be alluded to by an accused person, and in this case the appellant. A plethora of cases sprinkles the legal journals in Malaysia and suffice if we merely refer to a chosen few to clarify this defence without the need for comprehensive judicial activism. The Court of Appeal in Venkatesan Chinnasami v Public Prosecutor [2011] 1 LNS 1736 put it aptly in the following terms: … A defence of innocent carrier refers to a state of affairs where an accused person acknowledges carrying, for example a bag or a box, as in the case before us, containing the dangerous drugs but disputes having knowledge of the drugs. Whether it will succeed or not would very much depend on the facts of each case. As said above it is imperative that the success of the defence of innocent carrier depends very much on the facts of each case, a matter that falls within the realm of the trial judge. Ignorance simpliciter is not sufficient to let an accused person off the hook as otherwise every other accused person will allude to that defence. It needs more than that. Without any reason for suspicion, or there is no right or opportunity of examination, ignorance may be a good defence. A hypothetical scenario could be when an accused person receives a package which contains illicit drugs from say, England when not a shred of evidence could establish him having been aware of the circumstances of the drugs being sent to him or having any nexus to him. Prior to the parcel appearing at his door step he would not have had any reason for suspicion or the opportunity to inspect the parcel bearing in mind that the package was beyond his reach until it reached his hands. The rider is that everything depends on the facts.”. [penekanan ditambah] [68] Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan di atas, pembelaan ‘innocent carrier’ bergantung kepada fakta sesuatu kes. Kejahilan (ignorance) semata-mata tidak melepaskan tanggungjawab seseorang. Apa yang perlu adalah keadaan atau fakta kes hendaklah menunjukkan tidak wujudnya sebarang keraguan mahupun tidak wujudnya kesempatan ataupun hak untuk membuat pemeriksaan terhadap barang yang dibawa atau dipegang. [69] Keterangan OKT secara umumnya selaras dengan keterangan SP7, setakat kejadian sebelum sampai ke lokasi kejadian. Keterangan OKT dan SP7 menunjukkan bahawa sebelum sampai ke lokasi kejadian, bungkusan hitam tersebut telahpun berada dalam kenderaan Vellfire tersebut. Berdasarkan keterangan OKT, bungkusan hitam tersebut telah diletakkan di celah kaki OKT semasa beliau duduk di bahagian hadapan penumpang oleh Ee Poh Kia. OKT langsung tidak bertanya apakah barang tersebut kerana menurut OKT, SP7 memberitahu dia membeli barang. Berdasarkan keterangan OKT ini, pihak Pembelaan menghujahkan bahawa OKT sebenarnya adalah seorang ‘innocent carrier’ dan tidak mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang dirampas. [70] Berdasarkan keterangan OKT ini sendiri, Mahkamah mendapati bahawa adalah meragukan bahawa seseorang akan meletakkan sendiri barang ke celah kaki OKT tanpa OKT berasa ragu mengenainya. Ini kerana Ee Poh Kia dikatakan telah meletakkan sendiri bungkusan hitam tersebut ke celah kaki OKT semasa OKT sedang duduk dalam kenderaan Vellfire tersebut. Di samping itu juga, cara Ee Poh Kia dikatakan meletakkan bungkusan hitam tersebut turut meragukan. Ini kerana bungkusan hitam tersebut dikatakan diletakkan sendiri oleh Ee Poh Kia melalui tingkap di sebelah tempat OKT sedang duduk. Berdasarkan pemerhatian Mahkamah ini melalui gambar kenderaan (eksibit P15A & B) kenderaan dinaiki oleh OKT dan SP7 adalah merupakan sebuah kenderaan Vellfire yang merupakan sebuah kenderaan Multi Purpose Vehicle (MPV). Kenderaan tersebut merupakan sebuah kenderaan yang agak tinggi berbanding kereta yang lain. Rujukan Mahkamah kepada eksibit P15A turut menunjukkan perbezaan ketinggian antara kenderaan Vellfire tersebut berbanding kenderaan sedan yang biasa. Pada pendapat Mahkamah ini, jika seseorang hendak meletakkan sesuatu barang melalui tingkap tanpa membuka pintu kenderaan, keadaan tersebut sendiri telah mewujudkan keraguan. Apatah lagi dalam keterangan OKT dinyatakan bahawa Ee Poh Kia telah meletakkan sendiri bungkusan hitam tersebut di celah kaki OKT. Mengapa Ee Poh Kia tidak serahkan bungkusan tersebut kepada OKT ataupun SP7 untuk diletakkan ke dalam kenderaan? Tidakkah OKT merasa curiga mengapa Ee Poh Kia meletakkan sendiri bungkusan hitam tersebut di celah kaki beliau sedangkan seseorang biasa pasti akan menghulurkan tangan untuk mengambil bungkusan tersebut daripada orang yang menyerahkan barang dari luar kenderaan. [71] Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT mempunyai peluang dan masa untuk memeriksa bungkusan hitam tersebut di samping berasa curiga atas tindakan yang dilakukan oleh Ee Poh Kia semasa meletakkan bungkusan hitam tersebut ke dalam kenderaan Vellfire dinaiki beliau. Kesimpulan yang boleh dibuat oleh Mahkamah ini adalah bahawa sebenarnya OKT mengetahui isi kandungan dadah tersebut dan bukanlah seorang ‘innocent carrier’ sebagaimana dihujahkan oleh Pembelaan. [72] Berdasarkan fakta ini juga, Mahkamah ini mendapati bahawa doktrin ‘wilful blindness’ juga terpakai terhadap OKT yang mana doktrin ini mensiratkan bahawa wujudnya pengetahuan. Dalam kes Terumurugan a/l Kolandai Gounder lwn Pendakwa Raya [2024] MLJU 1231, Mahkamah Rayuan telah memutuskan spt berikut: “[90] Pada hemat kami juga, pembelaan ini dibuat semata-mata bertujuan untuk mengelak daripada Tertuduh dikatakan mengetahui kandungan yang terdapat di dalam ekshibit P14 dan hanya mempunyai penjagaan sementara (momentary custody) sahaja terhadap beg plastik tersebut. Justeru itu, membuta yang disengajakan atau ‘wilful blindness’ terpakai terhadap Tertuduh. Beliau dengan sengaja telah menutup matanya terhadap sesuatu perkara yang amat nyata iaitu beg plastik ekshibit P14 yang dibawanya mengandungi dadah. Namun sekiranya Tertuduh tidak mahu tahu akan kandungan di dalam beg plastik tersebut, maka beliau akan dianggap sebagai tahu tentang kandungannya. [91] Di dalam kes Hoh Bon Tong v. PP [2010] 5 CLJ 240, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Abdul Malik Ishak HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “The defence of innocent carrier must necessarily bring into the picture the concept of wilful blindness. And according to Yong Pung How CJ (Singapore) in Public Prosecutor v. Hla Win (supra) at p. 438, “the concept of wilful blindness qualifies the requirement of knowledge”. And his Lordship continued further by saying (at the same page): As Professor Glanville Williams aptly remarked in his Textbook on Criminal Law, at p. 125: ... the strict requirement of knowledge is qualified by the doctrine of wilful blindness. This is meant to deal with those whose philosophy is: ‘Where ignorance is bliss, ‘tis folly to be wise.’ To argue away inconvenient truths is a human failing. If a person deliberately ‘shuts his eyes’ to the obvious, because he ‘doesn’t want to know,’ he is taken to know’. [92] Di dalam Public Prosecutor v. Herlina Purnama Sari [2016] CLJU 1855; ; [2016] 1 LNS 1855; ; [2017] 1 MLRA 499, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohd Raus Shariff PCA (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “The doctrine of ‘wilful blindness’ can be summarised to be applicable to a situation where the circumstances are such as to raise suspicion sufficient for a reasonable person to be put on inquiry as to the legitimacy of a particular transaction. To put it another way, if the circumstances are such as to arouse suspicion, then it is incumbent on a person to make the necessary inquiries in order to satisfy himself as to the genuineness of what was informed to him. Should he fail to embark upon this course of action, then he will be guilty of ‘wilful blindness’. In other words, he is then taken to know the true situation. He then cannot be said to have either rebutted the presumption of knowledge or have raised a reasonable doubt as to his knowledge of the situation.”. [73] Jikapun pembelaan hendak menimbulkan pembelaan ‘innocent carrier’, tetapi pembelaan sendiri tidak mengemukakan sebarang keterangan bagi menyokong dakwaan tersebut. Pembelaan tersebut wajar diketengahkan dari awal iaitu sejurus selepas tangkapan, dan juga semasa rakaman percakapan beramaran OKT dirakam. Pihak pembelaan tidak mengemukakan rakaman percakapan beramaran OKT sebagai sokongan dan dengan itu Mahkamah ini berpendapat bahawa pembelaan ‘innocent carrier’ yang dikemukakan oleh OKT hanyalah satu penafian dan rekaan semata-mata. [74] Di samping itu juga, berdasarkan keterangan OKT juga, beliau tidak mencampakkan bungkusan hitam tersebut semasa anggota polis mendekati beliau, sebaliknya bungkusan hitam tersebut tercampak dari tangan OKT sewaktu pergelutan dengan polis yang hendak menangkapnya. Penelitian Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan ini hanya dikemukakan semasa peringkat pembelaan dan tidak pernah dikemukakan semasa peringkat Pendakwaan. Malahan semasa peringkat Pendakwaan iaitu semasa soalan balas terhadap SP3, pembelaan yang dikemukakan adalah bahawa bungkusan hitam tersebut telah diserahkan oleh OKT kepada Ali Kota dan Ali Kota yang telah membuang bungkusan hitam tersebut ke dalam longkang, di mana Ali Kota tidak dapat ditangkap dan berjaya melarikan diri. [75] Kegagalan mengemukakan pembelaan di atas amat penting kerana asas pembelaan OKT adalah bahawa beliau tiada pengetahuan ke atas kandungan bungkusan hitam yang mengandungi dadah berbahaya tersebut. Bagaimana asas pembelaan yang utama ini boleh berbeza di peringkat Pendakwaan dan juga di peringkat Pembelaan? Pada pendapat Mahkamah ini, perbezaan ini wujud hanya kerana Pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah merupakan keterangan penafian dan rekaan semata-mata (afterthought). [76] Di samping itu juga, sebagaimana dinyatakan sebelum ini terdapat 2 versi Pembelaan sendiri yang dikemukakan semasa peringkat Pembelaan berkenaan penyerahan bungkusan hitam tersebut kepada Ali Kota, sebagaimana dinyatakan di perenggan 6 eksibit D38 dan keterangan OKT sendiri semasa disoal balas oleh pihak Pendakwaan (rujuk perenggan [60] dan [61] di atas). Berdasarkan percanggahan tersebut juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa keterangan pembelaan OKT merupakan keterangan yang direka semata-mata (afterthought). [77] Sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236, adalah menjadi tanggungjawab Pembelaan untuk mengemukakan pembelaan mereka dari peringkat kes Pendakwaan lagi: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.”. [penekanan ditambah] [78] Sehubungan itu, dalam hal keadaan wujudnya terdapatnya percanggahan pembelaan di peringkat pendakwaan dan pembelaan sendiri berkenaan isu bungkusan hitam dibuang oleh siapa dan bila, maka inferens yang boleh dibuat oleh Mahkamah ini adalah bahawa fakta pembelaan tersebut sebenarnya tidak wujud dan merupakan rekaan OKT semata-mata. Sehubungan itu, fakta yang telah diterima oleh Mahkamah ini semasa peringkat Pendakwaan iaitu OKT sendiri yang telah mencampakkan bungkusan hitam tersebut ke dalam longkang dan telah cuba melarikan diri, merupakan fakta yang kekal sebagai keterangan yang kredibel dan tidak tercabar. [79] Dengan itu Mahkamah ini memutuskan bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap elemen pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas, dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 yang telah dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian. [80] Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. Mahkamah dengan ini mensabitkan OKT bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama sebagaimana dalam pertuduhan. Hukuman [81] Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada mengenakan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. [82] Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah] [83] Walaupun autoriti kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 KK, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952. [84] Setelah mendengar hujahan mitigasi OKT dan hujahan pemberatan hukuman oleh pendakwaan, dan setelah mempertimbangkan keseluruhan fakta kes serta fakta bahawa OKT kini telah berumur 67 tahun dan ini merupakan kesalahan pertama OKT, Mahkamah ini berpendapat bahawa kes ini bukanlah suatu kes yang mewajarkan hukuman mati dijatuhkan. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mempertimbangkan tujuan penggubalan Akta 846 ini dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT. [85] Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap terhadap OKT. Tiada sebatan diperintahkan memandangkan OKT telah berumur lebih 50 tahun selaras dengan peruntukan subseksyen 289(c) Kanun Tatacara Jenayah. Mahkamah ini berharap dengan hukuman pemenjaraan yang dikenakan kepada OKT ini akan dapat memberikan pengajaran kepada OKT dan juga masyarakat keseluruhannya supaya tidak terlibat dengan jenayah pengedaran dadah berbahaya. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 2 Disember 2024. Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguambela OKT: Rafidi bin Mohamad Tetuan Shamsudin Bahari & Rafidi.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.