Terdapat empat (4) lagi DNA pada berus gigi yang bukan DNA Perayu-Perayu. Ini menunjukkan bahawa terdapat 4 orang lain yang ada ekses di rumah tersebut. S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg Prinsip Undang-undang di Peringkat Rayuan [68] Mengenai isu sabitan dan hukuman, Mahkamah dalam mendengar rayuan ini berpandukan kepada prinsip undang-undang yang mantap di mana mahkamah di peringkat rayuan seharusnya mengambil pendirian untuk tidak menganggu sabitan yang telah dibuat oleh mahkamah perbicaraan melainkan ternyata keputusan tersebut terdapat salah arah, tidak menurut undang-undang dan terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan bahawa hakim perbicaraan yang bijaksana telah terkhilaf di dalam menilai keterangan yang telah dikemukakan semasa perbicaraan. [69] Menyentuh mengenai prinsip yang sama, di dalam kes LCY v TWY [2019) 7 CLJ 158, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat HMR (kini KHN) menyatakan seperti berikut: “[26] The principle of law on appellate intervention is settled. In Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 CLJ 453, the Federal Court reiterated the principle as follows at p.476: [60] It is now established that the principle on which an appellate court interfere with findings of fact by the trial court is "the plainly wrong test" principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin & Anor (P) v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Anor [2004] 4 CLJ 309; [2005] 1 MLJ 1 (at p. 10) per Steve Shim CJ SS. More recently, this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Berhad v Genisys lntergrated Engineers Pte Ltd /2010] 9 CLJ 785 where it was held at p. 800: S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg It is well settled law that an appellate court will not generally speaking intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of the evidence (See Chew Yee Wah & Anor v Choo Ah Pat [1978]1 LNS 32; Watt v Thomas [1947] AC 484; and Chin v Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309.” Keputusan Kami [70] Walaupun terdapat beberapa alasan-alasan rayuan yang dibangkitkan di dalam Petisyen Rayuan Perayu-Perayu, namun kami tidak berhasrat untuk mengupas setiap satu alasan-alasan tersebut. Kami mendapati hanya terdapat beberapa isu utama sahaja di dalam rayuan ini yang harus diputuskan. Ini akan kami jelaskan dan perincikan kemudian. [71] Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, wajar diperjelaskan bahawa terdapat dua (2) Alasan Penghakiman yang disediakan oleh Hakim Perbicaraan yang bijaksana. Alasan Penghakiman Pertama bertarikh 30/9/2019. Alasan Pertama ini disediakan kerana pada 30/9/2019, ketiga-tiga Perayu telah menfailkan Notis Rayuan bertarikh 10/9/2019 terhadap HUKUMAN sahaja. [72] Pada 18/9/2019, pihak Pendakwa Raya pula telah memfailkan rayuan silang atas hukuman terhadap ketiga-tiga Perayu ini. S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg [73] Tiada rayuan dibuat oleh Ketiga-tiga Perayu terhadap sabitan. Oleh sebab itulah maka Alasan Penghakiman Pertama ini hanya disediakan terhadap hukuman sahaja dan bukannya terhadap sabitan. [74] Namun begitu, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pada 15/2/2021, Mahkamah Rayuan telah membenarkan Notis Usul ketiga-tiga Perayu untuk memasukkan sabitan di dalam Notis Rayuan Terpinda mereka. Dengan kebenaran yang diberikan ini, maka rayuan Ketiga-tiga Perayu kini adalah terhadap SABITAN dan HUKUMAN. Berikutan dengan itu, pada bulan Mei 2022, Hakim Perbicaraan yang bijaksana telah dimaklumkan tentang keperluan untuk menulis pula Alasan Penghakiman mengenai sabitan. Alasan Penghakiman Kedua bertarikh 5/1/2023 yang disediakan oleh Hakim Perbicaraan yang bijaksana adalah terhadap SABITAN sahaja. [75] Sewajarnya dinyatakan bahawa sebelum penghujahan penuh dibuat oleh pihak-pihak di hadapan kami pada 24/10/2023, Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana telah memaklumkan kepada kami bahawa Perayu Kedua (Lim Ah Lek) telah meninggal dunia pada 22/7/2022. Sehubungan itu, peguam Perayu Kedua memohon untuk menarik balik rayuannya terhadap sabitan dan hukuman (R12, R13 dan R14). Timbalan Pendakwa Raya juga turut memohon untuk menarik balik rayuan silang mereka terhadap hukuman atas Perayu Kedua (R16). Kami sebulat suara membatalkan kesemua rayuan yang melibatkan Perayu Kedua (R12, R13, R14 dan R16). [76] Meskipun rayuan terhadap Perayu Kedua telah dibatalkan dan fokus utama rayuan sepatutnya terhadap Perayu Pertama dan Ketiga sahaja, S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg namun kami tidak dapat mengelak dari mengulas peranan Perayu Kedua kerana rantaian keterangan yang terjalin dan berkait rapat di antara Ketiga-tiga Perayu menjadikan ianya amat sukar untuk dipisahkan. [77] Peguam Perayu Pertama yang bijaksana membangkitkan isu bahawa Hakim Perbicaraan yang bijaksana semasa prosiding perbicaraan telah membuat perintah pertamanya bertarikh 12/12/2018 bila mana ketika beliau menyatakan wujudnya suatu kes prima facie terhadap Ketiga-tiga Perayu, beliau telah gagal untuk memberikan indikasi/petunjuk samada pembelaan diri dipanggil di atas pengedaran langsung (direct trafficking) atau anggapan pengedaran (presumed trafficking). [78] Bagi merungkai persoalan ini, sewajarnya diteliti semula arahan sebenar Hakim Perbicaraan yang bijaksana tersebut (Kandungan 8 Rekod Rayuan Jilid 2(2) m/s 314) bila beliau memutuskan seperti berikut: “Mengambil kira keterangan saksi-saksi dan hujahan-hujahan bertulis dari kedua - dua pihak, saya mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Oleh itu saya memanggil ketiga-tiga OKT untuk membela diri terhadap semua pertuduhan yang dikemukakan.” [79] Berdasarkan kepada perintah yang dibuat di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa tiada apa-apa indikasi sedemikian yang diberikan oleh Hakim Perbicaraan yang bijaksana semasa memanggil ketiga-tiga Perayu untuk membela diri. S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg [80] Namun begitu, pada 28/3/2019, sebelum kes pembelaan bermula, Hakim Perbicaraan yang bijaksana telah membuat perintah kedua (Kandungan 8 Rekod Rayuan Jilid 2(2) m/s 315) bila beliau menyatakan seperti berikut: “Dalam memanggil pembelaan ini, saya membangkitkan presumption di bawah 37D dan 37DA Akta Dadah Berbahaya.” [81] Berdasarkan kepada perintah kedua ini, Hakim Perbicaaan yang bijaksana telah menggunapakai anggapan berganda (double presumption) di bawah seksyen 37(d) and 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952. [82] Adakah pemakaian anggapan berganda ini dibenarkan oleh undang-undang?. Seharusnya dijelaskan bahawa melalui Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2014 Akta A1457, Parlimen telah memperkenalkan peruntukan baru iaitu seksyen 37A Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2014 berkuatkuasa pada 14/2/2014 yang membenarkan anggapan berganda di bawah 37(d) and 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 digunakan terhadap Tertuduh bagi membuktikan pemilikan, pengetahuan dan pengedaran dadah. Seksyen 37A tersebut memperuntukan seperti berikut: “Notwithstanding anything under any written law or rule of law, a presumption may be applied under this Part in addition to or in conjunction with any presumption provided under this Part or any other written law.” S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg [83] Pada hakikatnya, seksyen baru ini diperkenalkan untuk mengatasi kesan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Muhammed Hassan v. Public Prosecutor [1998] 2 MLJ 273, di mana Mahkamah Persekutuan pada 9/12/1997 telah memutuskan bahawa adalah terlalu keras dan menindas (oppressive) untuk menafsirkan penggunaan secara otomatik anggapan atas anggapan (presumption upon presumption). [84] Selanjutnya, pada 5/4/2019, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Alma Nudo Atenza v. PP & Another Appeal [2019] 3 MLRA 1; [2019] MLJU 280 telah membuat suatu keputusan yang sangat penting di mana sembilan hakim bersidang yang diketuai oleh YAA Tun Richard Malanjum KHN (beliau pada ketika itu) telah memutuskan bahawa seksyen 37A Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2014 adalah tidak berpelembagaan kerana ianya telah melanggar Perkara 5(1) dibaca bersama Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan penggunaan anggapan berganda untuk kes-kes pengedaran dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. [85] Berbalik kepada rayuan di hadapan kami ini, wajar diulangi bahawa sebelum kes pembelaan bermula pada 28/3/2019, Hakim Perbicaraan yang bijaksana telah menggunapakai anggapan berganda di bawah 37(d) and 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap ketiga-tiga Perayu. [86] Pada hemat kami, pada masa itu, tiada kekhilafan di pihak Hakim Perbicaraan yang bijaksana bila beliau memakai anggapan berganda ini kerana pada ketika perintah itu dibuat pindaan kepada seksyen 37A Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2014 Akta 1457 telah mula berkuatkuasa pada S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg 14/2/2014 sehinggalah ianya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 5/4 /2019. Berikutan dengan pembatalan itu, anggapan berganda tidak boleh lagi digunakan di dalam kes-kes pengedaran dadah. [87] Menyedari keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, di akhir kes pembelaan, Hakim Perbicaraan yang bijaksana, pada 4/9/2019 telah memutuskan untuk tidak lagi bergantung kepada apa-apa anggapan di bawah seksyen 37 Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi sebaliknya memakai pengedaran langsung terhadap Ketiga-tiga Perayu bagi membuktikan pengedaran dadah tersebut. Keputusan ini jelas dapat dilihat di dalam Nota Prosiding Kandungan 8 Rekod Rayuan Jilid 2(2) di m/s 382 bila beliau menyatakan seperti berikut: “Setelah mahkamah ini meneliti pembelaan ketiga-tiga OKT ke atas keenam-enam pertuduhan dan meneliti keterangan kes pihak pendakwaan secara keseluruhan untuk kesemua enam pertuduhan, adalah diputuskan ketiga - tiga tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas keenam-enam pertuduhan. Dengan itu ketiga-tiga tertuduh secara pembuktian terus tanpa menggunakan apa-apa anggapan di bawah s.37 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan niat bersama antara ketiga-tiga tertuduh tanpa sebarang keraguan munasabah di bawah s.34 Kanun Keseksaan. Dengan ini mahkamah ini mendapati ketiga-tiga kamu disabitkan bersalah ke atas keenam-enam pertuduhan ke atas kamu.” [88] Namun begitu, keganjilan mula menjelma apabila di dalam Alasan Penghakiman Keduanya bertarikh 5/1/2023 terhadap sabitan, Hakim S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg Perbicaraan yang bijaksana telah memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk mematahkan anggapan di atas imbangan kebarangkalian (balance of probabilities) bagi pertuduhan pengedaran dan pemilikan dadah berkenaan sedangkan pendekatan dan pendirian awal yang diambil oleh Hakim Perbicaraan yang bijaksana pada 4/9/2019 adalah untuk tidak meletakkan apa-apa sandaran kepada mana-mana anggapan di bawah seksyen 37 Akta Dadah Berbahaya 1952. [89] Oleh itu, pada hemat kami isu berkenaan presumed trafficking dan kegagalan pihak pembelaan untuk mematahkan anggapan-anggapan yang berbangkit di atas imbangan kebarangkalian ini sepatutnya sudah pun berkubur. Namun begitu, ianya telah dihidupkan kembali oleh Hakim Perbicaraan yang bijaksana melalui Alasan Penghakiman Keduanya sepertimana yang terzahir di dalam Kandungan 33 Rekod Rayuan Tambahan Jilid 1 di m/s 25-26 bilamana beliau memutuskan seperti berikut: “[73] Berdasarkan keterangan semasa pembelaan dan pendakwaan seperti yang dijelaskan di atas, mahkamah ini menjalankan “maximum evaluation” terhadap semua keterangan yang dikemukakan. [74] Untuk tuduhan pertama dan kedua terhadap pengedaran dadah, OKT-OKT telah gagal mematahkan kes pendakwaan atas beban “on the balance of probabilities”. Ini kerana mahkamah mendapati ada “presumed trafficking” tetapi bukan “direct trafficking”. Pembelaan yang dibawa seperti yang dijelaskan di atas, tidak langsung S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg menjejaskan kes pendakwaan atas dasar pembelaan telah mematahkan kes pendakwaan “on the balance of probalities”. [75] Begitu juga bagi pertuduhan ketiga sehingga kelima untuk memiliki dadah. Anggapan mereka memiliki dadah ini juga tidak dipatahkan “on the balance of probabilities” seperti yang dikehendaki dalam kes Ooi Hock Kheng v. PP [2014] 1 LNS 685. [76] Bagi pertuduhan keenam pula ketiga-tiga OKT tidak membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [77] Oleh itu, mahkamah ini mensabitkan OKT-OKT dengan semua enam pertuduhan tersebut. Seperti yang dinyatakan, alasan berkenaan hukuman telah diberikan.” [90] Rumusan dari keseluruhan rentetan peristiwa di atas, tidak dapat disangkal lagi bahawa terdapat beberapa kekhilafan pemakaian perundangan oleh Hakim Perbicaraan yang bijaksana di mana kami tidak berhasrat untuk mengulanginya semula. Cukuplah sekadar kami menyenaraikan mengikut turutan masa beberapa nas undang-undang yang memutuskan tentang perkara sebegini. [91] Di dalam kes Caniete Robelyn Masterelo v. Public Prosecutor (Federal Court Criminal Appeal No. 05 (M)-240-10 of 2018 (B) (unreported), yang diputuskan pada 13/11/2019, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan hakim perbicaraan untuk memberi S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg indikasi kepada tertuduh samada beliau menggunakan anggapan bila memanggil tertuduh membela diri di dalam kes pengedaran dadah. Melalui Sistem Pengurusan Mahkamah (CMS) yang dirakamkan pada 13/11/2019, panel Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh David Wong Dak Wah HB (Sabah dan Sarawak) memutuskan antara lain seperti berikut: Mahkamah: “This is is the unanimous decision of the Court. In view of the fact that the trial judge had failed to indicate, at the end of the Prosecution's case, as to what basis was the Appellant to enter his defence, we are of the view that the Appellant has been prejudiced in the preparation of the defence. As such we find the conviction on trafficking is not safe. However, there are enough evidence to convict her on possession. Accordingly, we set aside the conviction for trafficking and substituted with one for possession under s.12(2) read together with s.39A(2) of the DDA. The Appellant is sentenced to 18 years of imprisonment w.e.f.d.o.a 15.11.13." [92] Di dalam kes Rozman bin Ibrahim v. Public Prosecutor (Mahkamah Persekutuan Rayuan No: 05-(M)-205-09/2019(B) (unreported) melalui transkrip persidangan dirakamkan pada 1/11/2021, Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Azahar bin Mohamed HMP (beliau pada ketika itu) telah memutuskan di antara lain seperti berikut: “Mahkamah Tinggi sebelum memanggil Perayu membuat pembelaan tidak menyatakan samada kes prima facie wujud disebabkan S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg presumption possession di Seksyen 37D (sic) atau Actual possession di bawah Seksyen 37A(sic) atau Seksyen 2 ADB. Miscarriage of justice berlaku kerana Perayu tidak tahu hala tuju dan beban pembuktian yang dikenakan ke atas beliau sewaktu membuat pembelaan" [93] Di dalam Sathya Vello v. Public Prosecutor [2022] 4 MLJ 111 di m/s 128, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Abdul Rahman Sebli HMP (beliau pada ketika itu) pada 21/4/2022 menyatakan di antaranya seperti berikut: [57] There is no requirement in s. 180 of the CPC that when calling for the accused to enter on his defence, the trial judge must inform him verbally or in writing of the reason or reasons why he is calling for him to enter on his defence. What is required is for the trial judge to be satisfied that the prosecution has adduced credible evidence to prove each ingredient of the offence charged. There is no other requirement and the law reports are replete with authorities on what constitutes “prima facie case”. [58] In fact the trial judge is not even required to provide any reason for calling for the defence. The authority for this proposition is the decision of this court in Junaidi Abdullah v. PP [1993] 4 CLJ 201; [1993] 3 MLJ 217. This is what the court said through Mohamed Azmi SCJ at p. 206 (CLJ); p. 223 after referring to Ong CJ’s observations in Yap Chai Chai & Anor v. PP [1973] 1 LNS 177; [1973] 1 MLJ 219: S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg In our opinion, there is also no statutory provision requiring a judge sitting alone to expressly record his reason before calling the accused to enter his defence or to state his findings on the credibility of main prosecution witnesses. But, as a matter of practice, where there is a particular reason for doing so, such as where a submission to answer has been made in a complex case, or where the accused is called to answer a defence on a lesser or alternative charge, judges do sometimes give their reasons. In uncomplicated cases, such as in the instant appeal, it is not obligatory or even necessary to do so. By calling an accused to enter his defence, it should be assumed that the trial judge must on evaluation of the evidence, have been satisfied that the prosecution had, at that stage of the trial, established a prima facie case which, if unrebutted, would warrant a conviction of the accused. To arrive at such a conclusion, it is inherent that the judge must consider all the evidence adduced by the prosecution as tested in cross-examination, on a prima facie basis. In this appeal, the establishment of a prima facie case of unlawful possession of a firearm under s.57 of the Internal Security Act was so obvious, even to the defence counsel, that it became academic and unnecessary for the court to consider an order of acquittal under s.180 of the Code. [59] I see no reason why this panel should depart from this decision, which was based on sound policy considerations. The decision was reaffirmed by this court in PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 where Gopal Sri Ram JCA (as he then was) in a separate judgment said: S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg The failure by the trial court either to make or to record such a finding does not in our judgment occasion a miscarriage of justice. It is sufficient for the judicial arbiter – be he judge or magistrate – to give his reasons in his written grounds of judgment for requiring an accused to make his defence. [60] The case was also applied in the Court of Appeal case of Yap You Jee v. PP & Other Appeals [2015] 7 CLJ 897 through the judgment of Tengku Maimun Tuan Mat JCA (as the Right Honourable Chief Justice then was). So, if the law does not require the trial judge to give any reason for calling for the accused’s defence, there is no reason why he is required to inform the accused at the close of the prosecution case whether any presumption of law applies against him. In any case, even if there is a failure to do so at this stage of the trial, it does not ipso facto and for that reason alone, render the decision to call for the defence fatally flawed. What will be fatal is not to comply with s.180 at all. [74] I fail to understand how the failure by the learned trial judge to inform the appellant whether his defence was called on presumed trafficking or on direct trafficking had prejudiced him in the preparation of his defence. First of all, the law does not require the trial judge to do so when calling for his defence. The fact that the appellant would have to bear the burden of rebutting the presumption of trafficking under s.37(da) of the DDA if his defence was called on presumed trafficking is neither here nor there and is not a valid reason in law for imposing S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg such duty on the trial judge if on the evidence the presumption applied against him. [76] In the present case, the presumption of trafficking under s.37(da) did A not apply against the appellant as there was no evidence that he had knowledge of the presence of the drugs in the specially constructed compartments of the luggage bags. What was established was only evidenceof custody and control of the luggage bags containing the drugs. This triggered the presumption of knowledge under s.37(d) and not the presumption of trafficking under s.37(da). [77] Since only custody and control of the drugs had been established against the appellant at the close of the prosecution case and not knowledge of the drugs, it should have been obvious to the appellant that it was the presumption of knowledge under s.37(d) that applied against him and not the presumption of trafficking under s.7(da), which required affirmative evidence of knowledge to be established by the prosecution, of which there was none. [78] Therefore, given the fact that only custody and control of the drugs had been proved against the appellant at the close of the prosecution case and D not knowledge of the presence of the drugs to trigger the presumption of trafficking under s.37(da), there was absolutely no basis for the appellant’s concern that he would have to rebut the presumption of trafficking under s.37(da) due to the failure by the learned trial judge to inform him verbally or in writing whether his defence was called on presumed trafficking or on direct trafficking. S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg [79] On the factual matrix of the case, there were only two presumptions under the DDA that would apply against the appellant, either the presumption of knowledge under s.37(d) or the presumption of trafficking under s.37(da). The presumption of knowledge under s.37(d) would apply upon proof of custody or control of the drugs and the presumption of trafficking under s.37(da) would apply upon affirmative proof of knowledge of the drugs, ie, upon proof of mens rea possession of the drugs. Mere proof of physical custody or control of the drugs would not be sufficient to trigger the presumption of trafficking under s.37(da). It is perhaps appropriate at this point to also mention that the court can only invoke either of the presumptions and not both. [94] Sewajarnya ditekankan bahawa keseluruhan penghakiman di dalam kes Sathya Vello (supra) ini telah diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan melalui panel berasingan yang dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimum binti Tuan Mat pada 15/6/2022 melalui pendengaran semakan semula di bawah Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995. Alasan semakan semula yang diberikan oleh panel ini mengikut Nota keterangan bertarikh 15/6/2022 adalah seperti berikut: “This is our unanimous decision. Enclosure 1 is an application for a review under Rule 137 of the Rules of the Federal Court. It is trite that the threshold for review is very high. One of the grounds raised by the applicant in the application is breach of natural justice. The earlier panel had departed from earlier decision of this court without invitation from S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg the prosecution and without giving the applicant the right to be heard. Having considered the submission, we are satisfied that the applicant has met the threshold of review. We find that this is an exceptional case where we should exercise our discretion to ensure certainty and clarity in the administration of criminal law in particular drug trafficking cases." Mahkamah: “A long line of cases has established that the proviso to section 92(1) of the CJA is utilized with care and circumspection in rare cases. The majority of the case law however does not support the legal position that the proviso may be utilized to circumvent a breach of section 182A of the CPC where such breach has occasioned a miscarriage of justice. This latter element will turn on the fact of each particular case. In the instant case, having examined the facts, we are of the unanimous view that the non-consideration of the accused cautioned statement and his sister’s evidence has occasioned material prejudice resulting to miscarriage of justice. This is therefore not a fit case to apply proviso under section 92(1) of the CJA. Even if we invoke section 37(d) of the DDA, such that the sister’s evidence is also considered, it is probable on a balance that the evidence would have rebutted presumption of knowledge. Accordingly, we find merit on the appeal. On the totality of the evidence, we find the conviction unsafe, we therefore allowed the appeal, we set aside the conviction and sentenced, the appellant is acquitted and discharged.” S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg [95] Bersandarkan kepada keputusan semakan semula kes Sathya Vello (supra) ini yang jelas memihak kepada tertuduh, adalah jelas tidak memadai bagi Hakim Perbicaraan yang bijaksana untuk hanya menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan suatu kes prima facie tanpa menyebut apa-apa anggapan jika ada yang ingin digunakanya terhadap seseorang. tertuduh. Kegagalan menyatakan anggapan-anggapan tersebut, akan membawa kepada salah arah (misdirection), ketidakadilan dan prejudis jika di akhir kes pembelaan, Hakim Perbicaraan yang bijaksana kemudiannya menggunakan pula mana-mana anggapan untuk mensabitkan tertuduh. [96] Berbalik kepada rayuan di hadapan kami ini, meskipun pada permulaannya tiada apa-apa indikasi diberikan oleh Hakim Perbicaraan kepada Perayu-Perayu ketika beliau memutuskan wujudnya suatu kes prima facie dan memanggil Ketiga-tiga Perayu untuk membela diri, namun sebelum kes pembelaan bermula, indikasi ini ada diberikan oleh Hakim Perbicaraan yang bijaksana bila menyatakan secara jelas bahawa anggapan-anggapan dibawah seksyen 37(d) dan seksyen 37(da) berbangkit terhadap Perayu-Perayu. [97] Meskipun tidak dinafikan bahawa terdapat kelewatan di dalam memaklumkan pemakaian anggapan-anggapan ini, namun ianya bukanlah sesuatu yang memudaratkan kerana anggapan-anggapan ini sudah pun berada di dalam pengetahuan Perayu-Perayu sebelum mereka mula memberi keterangan bersumpah masing-masing. Maka dengan itu, pada hemat kami, isu bahawa mereka dihalang dari menyediakan pembelaan yang berkesan untuk mematahkan anggapan pengedaran, diprejudiskan S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg sehingga berlaku salah laksana keadilan (miscarriage of justice) kepada mereka tidak mempunyai merit sama sekali dan ditolak. [98] Mengenai isu anggapan berganda untuk kes-kes pengedaran dadah di bawah seksyen 37(d) dan seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang digunakan oleh Hakim Perbicaraan yang bijaksana, kami mendapati penggunaannya kini telah melanggar rule against double presumption sepertimana yang telah diputuskan di dalam kes Alma Nudo Atenza (supra). [99] Sewajarnya diulangi dan ditekankan bahawa pada ketika Hakim Perbicaraan yang bijaksana menggunakan anggapan berganda ini pada 28/3/2019 iaitu sebelum prosiding pembelaan bermula, pemakaian anggapan berganda ini adalah sah di sisi undang-undang untuk diaplikasikan susulan dari pindaan seksyen 37A Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2014 yang berkuatkuasa pada 14/2/2014 sehinggalah ianya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 5/4/2019 melalui keputusan kes Alma Nudo Atenza. [100] Walaupun kami menyedari tentang perubahan ini, namun kami masih mendapati tiada kemudaratan atau ketidakadilan serius berlaku di dalam kes ini kerana ketiga-tiga Perayu telah pun mengetahui bahawa beban pembuktian yang perlu dipikul oleh mereka untuk mematahkan kedua-dua anggapan tersebut masih tetap sama sahaja iaitu di atas imbangan kebarangkalian dan bukannya mereka dikehendaki untuk melepaskan tahap pembuktian yang berbeza-beza di dalam kes anggapan pengedaran ini. S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg [101] Seperkara lagi, di akhir kes pembelaan, Hakim Perbicaraan yang bijaksana di dalam keputusan yang disampaikannya pada 4/9/2019 telah gagal memutuskan samada anggapan seksyen 37(d) dan 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah berjaya dipatahkan oleh Perayu-perayu. Kegagalan menyatakan pendirian sedemikian adalah kerana Hakim Perbicaraan kini memutuskan pula wujudnya pengedaran terus tanpa beliau bergantung lagi kepada apa-apa anggapan di bawah seksyen 37 Akta Dadah Berbahaya 1952. Ini jelas dapat dilihat di dalam Kandungan 8 Rekod Rayuan Jilid 2(2) di m/s 382 di mana beliau menyatakan seperti berikut: “Setelah mahkamah ini meneliti pembelaan ketiga - tiga OKT ke atas keenam-enam pertuduhan dan meneliti keterangan kes pihak pendakwaan secara keseluruhan untuk kesemua enam pertuduhan, adalah diputuskan ketiga-tiga tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas keenam-enam pertuduhan. Dengan itu ketiga-tiga tertuduh secara pembuktian terus tanpa menggunakan apa-apa anggapan di bawah s.37 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan niat bersama antara ketiga-tiga tertuduh tanpa sebarang keraguan munasabah di bawah s.34 Kanun Keseksaan. Dengan ini mahkamah ini mendapati ketiga-tiga kamu disabitkan bersalah ke atas keenam-enam pertuduhan ke atas kamu.” [102] Lanjutan daripada itu, kekeliruan berlaku pula bila Hakim Perbicaraan yang bijaksana di dalam Alasan Penghakiman Keduanya telah secara terang menyatakan bahawa Ketiga-tiga Perayu ini telah gagal mematahkan kedua-dua anggapan di bawah seksyen 37(d) dan 37(da) Akta Dadah S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg Berbahaya 1952. Ini dapat dilihat di dalam Alasan Penghakimannya di Kandungan 33 Rekod Rayuan Tambahan di m/s 25-26, di mana beliau menyatakan seperti berikut: [74] Untuk tuduhan pertama dan kedua terhadap pengedaran dadah, OKT-OKT telah gagal mematahkan kes pendakwaan atas beban ‘on the balance of probabilities. Ini kerana mahkamah mendapati ada ‘presumed trafficking’ tetapi bukan ‘direct trafficking’. Pembelaan yang dibawa seperti yang dijelaskan di atas, tidak langsung menjejaskan kes pendakwaan atas dasar pembelaan telah mematahkan kes pendakwaan ‘on the balance of probabilities. [103] Kami telah membaca Nota Keterangan dan bahagian penghakiman di atas beberapa kali dan berhati-hati bagi memahami maksud sebenar keputusan Hakim Perbicaraan yang bijaksana ini. Pada hemat kami ketinggalan, atau pertukaran perintah (change of ruling) yang dilakukan di dalam penghakimannya sepertimana yang dinyatakan di atas bukan lah merupakan suatu salah arah serius yang memprejudiskan Perayu-Perayu. Ia masih boleh disifatkan sebagai kesilapan teknikal sahaja yang tidak menjurus ke arah kegagalan keadilan (failure of justice) yang tidak boleh diperbetulkan oleh Mahkamah ini. Justeru itu, kami berpandangan tiada wujud apa-apa “appealable error” seperti yang dihujahkan oleh peguambela Perayu-Perayu. [104] Walaupun begitu, setelah meneliti keseluruhan keterangan terhadap ketiga-tiga Perayu, kami mendapati keterangan yang sedia ada adalah lemah dan tidak kukuh bagi mengaitkan dan membuktikan Perayu Pertama S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg dan Ketiga termasuk Perayu Kedua telah melakukan kesalahan seperti yang dipertuduhkan terhadap mereka. [105] Hakim Perbicaraan yang bijaksana telah membuat inferens berdasarkan kepada kelakuan Perayu-Perayu ketika kejadian dan semasa serbuan di buat oleh pihak polis untuk membuktikan pengetahuan dan pemilikan mereka terhadap barangan salah yang dijumpai ini serta elemen niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. Dapatan ini dibuat atas tingkah laku Perayu Pertama yang berlenggah untuk membuka pintu dan menjerit "Mata Lai" bagi memaklumkan kepada Perayu-Perayu lain tentang kedatangan pihak polis, tindakan Perayu Kedua yang berlari dari bilik kedua ke bilik ketiga dan mengepam/flush mangkuk tandas sebelum ditahan serta reaksi Perayu Ketiga yang terkejut apabila ditahan dalam bilik pertama di dalam rumah tersebut. [106] Pada hemat kami sandaran kepada kelakuan yang mencurigakan ini sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan kaitan mereka dengan kesalahan ini. Sayugia dinyatakan terdapat pelbagai sebab-sebab lain yang boleh ditafsirkan mengapa mereka berkelakuan sedemikian setelah menyedari kemunculan dan kehadiran pihak polis. Sudah terang lagi bersuluh, pihak Pendakwaan juga gagal membuktikan peranan yang dimainkan oleh setiap Perayu serta kewujudan pemuafakatan niat bersama mereka untuk melakukan kesalahan-kesalahan ini. [107] Lebih parah lagi bila kami mendapati tiada keterangan langsung atau keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) yang mantap untuk membuktikan Ketiga-tiga Perayu ini terlibat dengan pengedaran dan S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg pemilikan dadah-dadah yang ditemui tersebut. Dadah-dadah ini juga dijumpai di atas siling dan tiada terdapat profil DNA mereka untuk mengaitkan penglibatan mereka dengan perjumpaan dadah-dadah yang tersembunyi ini. JIka seandainya anggapan-anggapan ini berbangkit sekali pun, kami tiada keraguan bahawa ianya telah berjaya disangkal oleh Perayu-Perayu. Dengan itu, kami sebulat suara memutuskan bahawa sabitan ke atas Ketiga-tiga Perayu ini adalah tidak selamat dan wajar diketepikan. [108] Tidak dapat dinafikan terdapat kesan profil DNA milik ketiga-tiga Perayu. Profil DNA tersebut adalah pada barangan seperti berikut: • DNA milik Perayu Pertama dikesan pada berus gigi tanda 14(3) ditemui dalam bilik air ruang dapur. • DNA milik Perayu Kedua dikesan pada gelas kaca bertanda 2 (dirampas dari meja rak TV dalam bilik no.1) dan seluar pendek bertanda 13 (dirampas dalam bilik air ruang dapur). • DNA milik Perayu Ketiga ditemui pada punting rokok bertanda 7(1) dan 8 yang ditemui dalam bilik kedua rumah. • DNA major milik Perayu Kedua ditemui pada gelas bertanda 4 yang dirampas atas meja rak TV dalam bilik No.2. S/N QiQSbnC1ik6ZO5ggdcbhCg [109] Pada hemat kami, profil DNA milik Perayu-Perayu yang berjaya dikesan ini hanyalah setakat mampu untuk membuktikan kehadiran atau keberadaan mereka di rumah tersebut sahaja dan tidak lebih daripada itu. [110] Bagi pertuduhan keenam pula yang berkaitan dengan senjata api, Timbalan Pendakwaraya yang bijaksana telah secara jujur mengakui bahawa rantaian keterangan berkenaan penemuan ekshibit senjata api tersebut adalah terputus dan dengan itu sabitan yang dijatuhkan oleh Hakim Perbicaraan yang bijaksana tidak boleh dikekalkan. Kami berpandangan serupa. Kesimpulan [111] Setelah menilai keseluruhan keterangan serta Kedua-dua Alasan Penghakiman Hakim Perbicaraan yang bijaksana, kami sebulat suara memutuskan seperti berikut: R7: N-05(SH)-417-09/2019