SP1 seterusnya sebagaimana yang diterangkan dalam perenggan 45 PSP-1 telah membuat laporan polis bagi Pemeriksan tersebut (mukasurat 1 dalam Ikatan B).”. [30] Selanjutnya, Tn HMS telah memutuskan bahawa keterangan SP1 berkaitan dengan pemeriksaan pada pepasangan meter/meter telah disokong oleh keterangan SP2 yang antara lain, memberi keterangan seperti yang berikut: “Saya telah ditugaskan untuk membantu ketua pasukan ketika pemeriksaan dijalankan yang mana saya turut bertanggungjawab untuk mengangkat peralatan untuk operasi serta menyediakan peralatan pemeriksaan di samping turut mengambil gambar-gambar yang berkaitan semasa pemeriksaan dijalankan.”. “Setelah memeriksa pepasangan meter/meter bagi memastikan maklumat pengguna dan maklumat meter, beliau (SP1) telah melakukan pemeriksaan fizikal ke atas pepasangan meter/meter tersebut.”. “Pertamanya, (SP1) telah memulakan pemeriksaan fizikal pada pepasangan meter/meter elektrik tersebut dengan memeriksa maklumat paparan meter, butiran keadaan sil-sil dan kejanggalannya, serta keadaan pepasangan meter.”. “Ketika pemeriksaan fizikal pada pepasangan meter tersebut dilakukan, adalah didapati sil terminal meter tiada dan melalui pemeriksaan lanjut yang dijalankan turut mendapati bahawa terdapat pendawaian terus dari busbar sebelum cut-out tanpa melalui meter ke DB pengguna bagi ketiga-tiga fasa dan neutral pada pepasangan meter tersebut.”. “Walaupun pemeriksaan dilakukan oleh (SP1), saya turut bersama-sama meneliti proses pemeriksaan pepasangan meter/meter tersebut semasa mengambil gambar dan turut mendapati bahawa telah berlaku pengusikan pada pepasangan meter tersebut di mana terdapat pendawaian terus dari Busbar sebelum cut-out tanpa melalui meter ke DB pengguna bagi ketiga-tiga fasa dan neutral.”. “Saya faham ada kejanggalan dan pengusikan kerana pengusikan tersebut begitu ketara semasa pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan lanjut dijalankan. Tambahan pula, saya juga mempunyai kemahiran sebagai juruteknik untuk mengenal pasti sebarang kejadian pengusikan pada pepasangan meter.”. [31] Seterusnya, Tuan HMS mendapati SP2 juga telah mengambil gambar-gambar semasa Pemeriksaan yang telah ditanda sebagai ekshibit P9(A) – P9(K), termasuklah gambar kabel bagi pendawaian terus (ekshibit P6) yang dipasang di pepasangan meter dan ditanggalkan seperti yang diterangkan oleh SP1. [32] Setelah mendengar keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi Plaintif serta meneliti ekshibit yang dikemukakan dan direkodkan, Tuan HMS mendapati tiada sebab untuk Mahkamah Sesyen meragui dan seterusnya menolak keterangan yang dikemukakan. [33] Mahkamah ini berdapat rumusan Tuan HMS bahawa tiada apa-apa keterangan yang dikemukakan oleh Defendan yang pada pendapat Mahkamah Sesyen, menggugat kebolehpercayaan terhadap saksi-saksi Plaintif, dan seterusnya keterangan dan bukti yang dikemukakan oleh saksi-saksi Plaintif adalah suatu rumusan yang tidak tuntas. [34] Isu pengusikan pada pepasangan meter/meter di premis Defendan yang mengakibatkan bacaan meter tidak tepat sebagaimana tenaga elektrik yang dibekalkan kepada premis Defendan, Tuan HMS hendaklah menilai keterangan saksi-saksi Defendan. [35] Mahkamah ini mendapati bahawa keputusan Tuan HMS yang menerima keterangan Plaintif dan membuat dapatan bahawa kabel yang dipasang untuk pendawaian terus bukanlah sebahagian daripada pepasangan meter/meter TNB adalah suatu fakta yang tidak dapat disangkal lagi ialah fungsi pendawaian terus tersebut adalah untuk mengacau-ganggu bacaan sebenar penggunaan elektrik oleh meter TNB kerana ia menyebabkan bekalan elektrik diambil dengan membuat sambungan secara terus tanpa melalui meter, yang juga merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 37(1) Akta 447 adalah suatu penerimaan keterangan yang khilaf. Ketiadaan prosiding pihak ketiga iaitu penyewa yang menyewa premis Defendan tidak diadakan. [36] Selanjutnya, Tuan HMS memetik keputusan Mahkamah Rayuan dalam Tenaga Nasional Berhad v. Asia Knight Bhd (Previously Known As Pahanco Corp Bhd) (supra), berkaitan dengan pembuktian bagi pengusikan pepasangan meter oleh Plaintif, di mana Tuan HMS juga mendapati bahawa elemen berlaku pengusikan kepada pepasangan meter di premis Defendan, pada imbangan kebarangkalian, telah berjaya dibuktikan oleh Plaintif. Tiada keterangan oleh Defendan yang dipetik oleh Tuan HMS untuk menyatakan wujud pembuktian bagi pengusikan pepasangan meter. [37] Tuan HMS memetik prinsip undang-undang bahawa “It is incumbent upon the court to resolve conflicts in the testimony, to weigh the evidence from all angles and perspective and determine whether the inferences are reasonable based upon the combined effect and cumulative force of all the evidence adduced before the court.”, tetapi dapatan Tuan HMS kabur mengenai bagaimana Tuan HMS menyelesaikan konflik antara pembekal tenaga elektrik (Plaintif/TNB) dengan pengguna (Defendan) dengan menilai keterangan kedua-dua pihak dari pelbagai sudut dan perspektif untuk menentukan whether the inferences are reasonable based upon the combined effect and cumulative force of all the evidence adduced before the court. [38] Dapatan Tuan HMS bahawa – “Mahkamah ini mendapati bahawa hujahan Defendan bagi isu ini adalah dengan cuba menunjukkan kepada Mahkamah bahawa apa yang telah ditemui oleh Plaintif melalui Pemeriksaan tersebut bukanlah suatu pengusikan yang dilakukan oleh Defendan. Sebaliknya ia merupakan suatu ‘kecurian’ yang berlaku pada bahagian di bawah kawalan Plaintif dan ia bukannya suatu kes pengusikan meter di bawah Akta 447. Defendan seterusnya berhujah bahawa ‘kecurian’ elektrik yang dilakukan oleh pencuri elektrik melalui pendawaian terus tidak melibatkan pengusikan meter dan/atau pepasangan meter, dan oleh itu Defendan tidak seharusnya dipertanggungjawab di bawah Akta 447 terhadap ‘kecurian’ elektrik yang dilakukan oleh pencuri elektrik. Setelah Mahkamah ini meneliti nas-nas duluan …, Mahkamah ini mendapati bahawa hujahan ini hanyalah merupakan suatu helah Defendan untuk mengelakkan liabiliti dalam pengusikan yang telah berlaku di premis Defendan dalam tindakan ini. Pada hakikatnya, pemasangan kabel untuk pendawaian terus yang ditemui dalam Pemeriksaan di premis Defendan yang bukanlah sebahagian daripada pepasangan meter/meter TNB jelas menunjukkan ia merupakan suatu pengusikan dalam konteks Akta 447. Mahkamah ini merujuk semula kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Tenaga Nasional Bhd (TNB) v. Evergrowth Aquaculture Sdn Bhd And Other Appeals (supra) dan yang juga telah merujuk beberapa keputusan lain atas isu yang sama yang menjadi panduan Mahkamah ini seperti berikut: These metal clamps are not part of TNB’s meter. It is irrefutable that the function of the metal clamp is to circumvent and/or interfere with the actual reading or recording of the electricity consumption by TNB’s meter. The use of a metal clamp is intended to be a nonpermanent form of tampering with TNB’s meter, as it is easily removed to avoid detection.”. [39] Keputusan Tuan HMS pada akhir perbicaraan yang menaksirkan semula tuntutan kerugian hasil kepada RM101,406.90 selepas mengambil kira tempoh premis kosong selama 3 tahun di subjek premis Defendan secara nyata menunjukkan bahawa isu liabiliti mengenai pengusikan meter yang dikatakan dilakukan oleh Defendan adalah isu utama semasa perbicaraan. [40] Mahkamah ini tidak mempertikaikan petikan prinsip undang-undang dalam nas undang-undang kes yang dipetik oleh Tuan HMS iaitu − “Henceforth, this Court is of the view that the said submission of the Defendant is neither meritorious nor be worthy of any consideration. As a matter of fact, its acceptance, if at all, would in effect defeat the purpose of Act 447 in as far as combating meter tampering is concerned, as it would result in the Plaintiff having to unnecessarily and unfairly suffer from the mischief that Parliament had intended to protect it from. The remedy expressly provided by section 38 of Act 447 to protect Plaintiff’s interests against meter tampering would thus be rendered nugatory.”. [41] Tetapi peruntukan seksyen 38 Akta 447 itu bukanlah semata-mata digubal untuk memberi hak mandatori kepada Plaintif (TNB) dengan mengabaikan hak pengguna (Defendan). [42] Defendan bersedia untuk membayar kerugian kepada Plaintif akibat “bil yang terkurang” yang diserahkan oleh Plaintif kepada Defendan. Tetapi jumlah kerugian tuntutan hasil hendaklah berdasarkan keputusan liabiliti dan kemudian pengiraan mengenai Elemen Kedua: Jumlah Kerugian Yang Dialami Oleh Plaintif Akibat Daripada Pengusikan Tersebut. [43] Tuan HMS dalam keputusannya yang menaksirkan semula tuntutan kerugian hasil kepada RM101,406.90 adalah berdasarkan kepada keterangan SP3 yang disifatkan terpenting bagi perkara ini. Tuan HMS menyatakan bahawa SP3 ialah Eksekutif Back Billing Calculation bagi Plaintif, dan merupakan pekerja Plaintif yang bertanggungjawab ke atas pengiraan amaun terkurang caj atau kerugian hasil bagi akaun Defendan tersebut yang mana akibat daripada pengusikan pada pepasangan meter di premis Defendan telah mengakibatkan bil-bil yang telah diserahkan adalah terkurang caj. [44] Mahkamah ini berpendapat bahawa jika Tuan HMS memutuskan berdasarkan pliding dan keterangan saksi, maka apa yang diplidkan oleh Defendan dalam pembelaan dan keterangan saksi Defendan mengenai pengiraan juga hendaklah dinilai secara keseluruhannya. [45] Sepertimana yang telah diputuskan dalam Tenaga Nasional Bhd v. Ichi-Ban Plastic (M) Sdn Bhd And Other Appeals (supra), the burden rests still on TNB to prove both liability and, assuming liability was established, to prove the quantum of the loss of revenue. Ini bererti kedua-dua beban pembuktian liabiliti dan kuantum terletak di bahu Plaintif (TNB). [46] Tuan HMS telah menilai keterangan SP3 yang telah menerangkan dengan panjang lebar kaedah pengiraan bil kebelakang yang dibuat, iaitu berdasarkan kaedah Beban Kehendak Maksima (BKM) dan sebab mengapa BKM yang digunakan sebagai kaedah pengiraan. SP3 juga menerangkan formula yang diguna pakai dalam kaedah BKM tersebut termasuklah contoh kiraan. SP3 juga menerangkan tiga asas utama yang diguna pakai dalam menyediakan jumlah yang dituntut, yang menghasilkan jumlah sebanyak RM562,729.95. [47] Mahkamah ini memutuskan apabila Tuan HMS menaksir semula kerugian bagi tuntutan hasil yang boleh diperoleh oleh Plaintif, maka keterangan Defendan mengenai pengiraan kerugian juga hendaklah tidak diabaikan. [48] Peguam cara terpelajar Defendan menghujahkan bahawa –