Content
1 DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. 02(f)-10-02/2022(B) ANTARA Lee Heng Yau (Penjaga Ad-Litem Perintah 25.11.2011 Untuk Tan Ping Quan & Tan Ping Ren Dua Orang Kanak-Kanak) …Perayu
02(f)-10-02/2022(B)
Federal Court of Malaysia14 Dec 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n perayu sebagai **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 salah satu pihak iaitu kes Lee Heng Yau v Pacific Trustees Berhad Dan Lain-Lain [2017] MLJU 778 (‘Kes LHY’). Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut memutuskan bahawa peruntukan Aturan 76 Kaedah 2(3) Kaed”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. 02(f)-10-02/2022(B) ANTARA Lee Heng Yau (Penjaga Ad-Litem Perintah 25.11.2011 Untuk Tan Ping Quan & Tan Ping Ren Dua Orang Kanak-Kanak) …Perayu
1
Lembaga Tatatertib Peguam Bela & Peguam Cara
2
Chairman Advocates & Solicitors Disciplinary Board)
3
Sumathi A/P N Govindasamy [Serial No: 8079]
4
Lua Ai Siew [Serial No: 2429]
5
Ng Zhi Ying
6
Ng Cheng Keat [Serial No: 4144] Pacific Will Plan & Trust Plan (The Private Trust Division of Pacific Trustee Berhad (Co. Reg. No. 317001-A) Memegang Geran Surat Pentadbiran Petition No. 31-499 of 2011 Grant of Letters of Administration) …Responden-Responden (DIDENGAR BERSAMA) DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. 02(i)-11-02/2022(B) ANTARA Lee Heng Yau (Penjaga Ad-Litem Perintah 25.11.2011 Untuk Tan Ping Quan & Tan Ping Ren Dua Orang Kanak-Kanak) …Perayu DAN 17/05/2023 12:02:02 02(f)-10-02/2022(B)
1
Lembaga Tatatertib Peguam Bela & Peguam Cara
2
Chairman Advocates & Solicitors Disciplinary Board)
3
Peguam Zulkepli bin Omar (Serial No: 5316)
4
Presiden Majlis Peguam Malaysia Pacific Will Plan & Trust Plan (The Private Trust Division of Pacific Trustee Berhad (Co. Reg. No. 317001-A) Memegang Geran Surat Pentadbiran Petition No. 31-499 of 2011 Grant of Letters of Administration) …Responden-Responden KORAM TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT, KHN NALLINI PATHMANATHAN, HMP ZABARIAH BINTI MOHD. YUSOF, HMP PENGHAKIMAN MAHKAMAH PENGENALAN [1] Terdapat dua rayuan di hadapan kami iaitu Rayuan Sivil No. 02(f)- 10-02/2022 (B) (selepas ini dirujuk sebagai Rayuan No. 10) dan Rayuan Sivil 02(f)-11-2/2022(B) (selepas ini dirujuk Rayuan No. 11) yang telah kami batalkan pada 14.12.2022. Berikut adalah alasan bagi keputusan kami. LATAR BELAKANG KES [2] Pada 2.1.2003, Tan Hock Low (THL) telah meninggal dunia tanpa wasiat. THL meninggalkan, antara lain, 2 orang anak lelaki iaitu Tan Ping Qin (TPQ) dan Tan Ping Ren (TPR) yang ketika itu masih lagi kanak-kanak/bawah umur. [3] Pada 25.11.2011, perayu, bapa saudara kepada TPQ dan TPR telah dilantik oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam sebagai penjaga ad litem kepada kanak-kanak tersebut. TPQ dan TPR ketika itu masing-masing berumur 12 dan 11 tahun. [4] Berdasarkan Geran Surat Kuasa Mentadbir bertarikh 28.08.2013 dan Geran Surat Kuasa Mentadbir Terpinda bertarikh 12.02.2014, Pacific Will Plan & Trust Plan (Pacific Will) adalah pentadbir harta pusaka THL. [5] Sebagai Penjaga ad litem kepada TPQ dan TPR, perayu telah membawa pelbagai tindakan Mahkamah terhadap pihak-pihak tertentu berkenaan dengan harta pusaka THL di mana tindakan-tindakan tersebut telah diputuskan oleh Mahkamah. Sumathi A/P Govindasamy (Sumathi), Lua Ai Siew (AS Lua), Ng Zhi Ying (ZY Ng) dan Ng Cheng Keat (CK Ng) adalah merupakan peguambela dan peguamcara yang mewakili pihak-pihak tertentu yang menentang perayu dalam tindakan-tindakan lampau melibatkan harta pusaka THL. [6] Melalui surat bertarikh 31.10.2018, perayu membuat aduan kepada Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara (Lembaga Tatatertib) terhadap Sumathi, AS Lua, ZY Ng dan CK Ng (akan dirujuk secara kolektif sebagai peguam-peguam tersebut). [7] Perayu mendakwa, antara lain bahawa peguam-peguam tersebut telah melanggar Kaedah-Kaedah 17, 18, 26 dan 36 Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Kesopanan) 1978 (“KPU”) dan melakukan kesalahan-kesalahan seperti menipu, mencuri dan pecah amanah terhadap harta pusaka THL. [8] Aduan perayu telah ditolak oleh Lembaga Tatatertib. [9] Tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Tatatertib, perayu mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui Saman Pemula No. BA-17D-3-05/2019 (Saman Pemula). Lembaga Tatatertib dan peguam-peguam tersebut dinamakan sebagai responden-responden. [10] Lembaga Tatatertib kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan Saman Pemula perayu, atas alasan, antara lain, ia tidak sepatutnya dijadikan pihak dalam Saman Pemula tersebut. Permohonan Lembaga Tatatertib turut disokong oleh peguam-peguam tersebut. [11] Permohonan Lembaga Tatatertib telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi. Saman Pemula terhadap Lembaga Tatatertib dan terhadap peguam-peguam tersebut ditolak tanpa perintah terhadap kos. [12] Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, perayu memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, Rayuan Sivil No. B-02(A)-223- 02/2020 (Rayuan 223). [13] Perayu juga terlibat dengan satu pertikaian dengan Pacific Will. Peguam yang bertindak bagi pihak perayu berhubung pertikaian ini adalah Zulkepli bin Omar (peguam Zulkepli). Perayu yang tidak berpuas hati dengan peguam Zulkepli telah mengemukakan aduan kepada Lembaga Tatatertib. [14] Pada 14.2.2020, Lembaga Tatatertib telah menolak aduan perayu terhadap peguam Zulkepli. [15] Pada 8.5.2020, perayu memfailkan rayuan, melalui Notis Permohonan ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Lembaga Tatetertib berhubung aduan terhadap peguam Zulkepli. Perayu menamakan Lembaga Tatatertib, firma Tetuan Lainah Yaacob & Zulkepli (firma LYZ), Presiden Majlis Peguam Malaysia dan Pacific Will, masing-masing sebagai responden pertama, kedua, ketiga dan keempat. [16] Pada 30.6.2020, semasa pengurusan kes di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Lembaga Tatatertib dan Presiden Majlis Peguam membuat permohonan secara lisan supaya mereka dihentikan menjadi pihak-pihak. Permohonan Lembaga Tatatertib dan Presiden Majlis Peguam Malaysia dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi. [17] Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, perayu memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, Rayuan Sivil No. B-02(IM)- 952-08/2020 (Rayuan 952). [18] Mahkamah Tinggi juga telah menolak rayuan perayu terhadap firma LYZ dan Pacific Will. Terkilan dengan keputusan ini, perayu juga memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, Rayuan Sivil No. B-02(A)- 1331-09/2020 (Rayuan 1331). [19] Ketiga-tiga rayuan oleh perayu iaitu Rayuan No. 223, 952 dan 1331 telah dibicarakan bersama di mana Mahkamah Rayuan telah menolak ketiga-ketiga rayuan perayu dengan kos. PROSIDING DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN [20] Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan, perayu telah memfailkan kedua-dua rayuan yang dirujuk di perenggan [1]. Lembaga Tatatertib, Sumathi, AS Lua, ZY Ng, CK Ng dan Pacific Will adalah responden-responden dalam rayuan No. 10, manakala responden-responden dalam Rayuan No. 11 adalah Lembaga Tatatertib, firma LYZ, Presiden Majlis Peguam Malaysia dan Pacific Will. [21] Bagi kedua-dua rayuan ini, empat (4) sesi pengurusan kes telah dijalankan bagi memastikan semua kertas kausa yang relevan adalah teratur dan pihak-pihak bagi kedua-dua rayuan bersedia untuk tujuan perbicaraan. Tarikh-tarikh tersebut adalah pada 24.03.2022, 20.05.2022,
27
27.07.2022 dan 30.09.2022. Ringkasan minit prosiding yang relevan pada tarikh-tarikh tersebut adalah seperti berikut:
24
24.03.2022 • peguamcara AS Lua dan peguamcara firma LYZ memaklumkan bahawa rekod rayuan perayu tidak lengkap. Tiada draf perintah Mahkamah Rayuan diserahkan untuk kelulusan. • perayu menyatakan Pacific Will yang perlu menyediakan draf perintah Mahkamah Rayuan. • Mahkamah mengarahkan perayu untuk memfailkan draf perintah Mahkamah Rayuan.
20
20.05.2022 • peguamcara AS Lua meminta perayu untuk menyerahkan rekod rayuan tambahan yang mengandungi eksibit-eksibit dalam Afidavit Balasan Responden Ketiga bertarikh 12.06.2019. • Mahkamah mengarahkan perayu untuk memfailkan rekod rayuan yang lengkap dan menghubungi peguamcara AS Lua jika tidak dapat mengenal pasti dokumen yang berkaitan. Mahkamah juga mengarahkan perayu untuk memfailkan perintah Mahkamah Rayuan kerana perayu yang telah memfailkan rayuan-rayuan ini.
27
27.07.2022 • perayu memaklumkan alasan penghakiman Mahkamah Rayuan belum diterima. • Mahkamah mengarahkan perayu untuk ‘follow-up’ perkara ini dengan Mahkamah Rayuan dan perayu diingatkan untuk memfailkan rekod rayuan yang lengkap.
30
30.09.2022 • Peguamcara firma LYZ membangkitkan bantahan bahawa rekod rayuan perayu tidak teratur kerana tiada perintah Mahkamah Rayuan dan draf indeks rekod rayuan tidak pernah diserahkan kepada responden-responden untuk kelulusan. • Mahkamah mendapati rekod rayuan perayu tidak mengandungi perintah Mahkamah Rayuan. Mahkamah mengarahkan perayu untuk memfailkan rekod rayuan yang lengkap dan teratur. • Mahkamah menetapkan rayuan-rayuan perayu untuk sebutan di hadapan panel Hakim Mahkamah Persekutuan pada 14.12.2022 dan mengarahkan pihak-pihak untuk menulis kepada Mahkamah sekiranya terdapat sebarang bantahan yang ingin dibangkitkan berhubung dengan rayuan perayu. [22] Pada setiap sesi pengurusan kes tersebut, perayu hadir sendiri dan mengambil maklum semua isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam-peguam yang mewakili responden-responden. [23] Melalui surat bertarikh 17.11.2022 (kandungan 25), firma LYZ telah membangkitkan beberapa bantahan terhadap Rayuan No. 11 seperti berikut: a) Tiada perintah bersih. Perayu gagal untuk memfailkan perintah bersih Mahkamah Rayuan yang telah menolak rayuan perayu pada 5.01.2022 di dalam rekod rayuan atau pun rekod rayuan tambahan; b) Tiada memorandum rayuan. Melalui surat bertarikh 29.09.2022, perayu telah menyerahkan rekod rayuan tambahan yang mengandungi alasan penghakiman Mahkamah Rayuan kepada firma LYZ. Namun begitu, sehingga tarikh kandungan 25 disediakan, perayu masih gagal untuk mematuhi Aturan 57 Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 (Kaedah 1995) kerana tidak memfailkan dan menyerahkan sesalinan memorandum rayuan kepada firma LYZ; c) Perayu tidak lagi mempunyai locus standi untuk membawa rayuan ini sebagai penjaga ad litem kepada TPQ dan TPR kerana kedua-duanya telah pun mencapai umur dewasa iaitu masing-masing 23 dan 24 tahun dan mereka boleh mewakili diri sendiri atau melantik peguam bagi mewakili diri mereka. Sesalinan perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 25.11.2011 dan Sijil Kelahiran TPQ dan TPR dikemukakan masing-masing sebagai Lampiran A dan Lampiran B; d) Perayu seorang bankrap. Berdasarkan carian di Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 2.4.2019, perayu adalah seorang bankrap semenjak 7.12.2006 dan masih belum dilepaskan semasa rayuan ini difailkan. Sesalinan Carian Kebankrapan tersebut dikemukakan sebagai Lampiran C. [24] Bagi Rayuan No. 10, responden Sumathi juga telah mengemukakan bantahan-bantahan yang sama melalui surat bertarikh 28.11.2022 (Kandungan 23). [25] Semasa rayuan-rayuan ini dipanggil untuk sebutan pada 14.12.2022, peguamcara Sumathi dan peguamcara firma LYZ telah membangkitkan bantahan-bantahan sepertimana yang telah dinyatakan masing-masing di dalam Kandungan 25 dan 23 tersebut. Bantahan-bantahan ini juga turut disokong oleh semua peguam-peguam yang mewakili responden-responden lain dalam Rayuan No. 10 dan Rayuan No. 11. [26] Mahkamah telah memberikan kesempatan dan peluang kepada perayu untuk menjawab bantahan-bantahan yang telah dikemukakan. Selain mengakui bahawa memorandum rayuan tidak difailkan, perayu menyatakan bahawa dia telah memfailkan kertas kausa yang lengkap sebagaimana yang pernah difailkan di Mahkamah Rayuan sebelum ini dan perintah bersih Mahkamah Rayuan sepatutnya difailkan oleh firma LYZ. Menurut perayu juga, tiada peguam yang ingin mewakilinya. Seterusnya, Jabatan Insolvensi tiada halangan untuk perayu menjadi Penjaga ad litem kepada TPQ dan TPR sepertimana yang dinyatakan di dalam surat Jabatan Insolvensi bertarikh 9.04.2010.
para
[27] Setelah mendengar hujahan peguamcara responden-responden bagi kedua-dua rayuan ini dan penjelasan perayu, kami mendapati bahawa bantahan-bantahan yang dibangkitkan oleh peguamcara responden-responden adalah bermerit. Isu utama dalam kes ini adalah ketiadaan locus standi perayu untuk meneruskan rayuan-rayuan ini setelah TPQ dan TPR mencapai umur dewasa dan berkemampuan untuk membawa rayuan-rayuan ini atas nama mereka sendiri. Selain itu, ternyata perayu tidak berminat untuk meneruskan dengan rayuan-rayuan ini kerana gagal mematuhi kehendak undang-undang berkenaan rayuan-rayuan yang telah difailkan walaupun telah diberi notis menyempurnakan rekod rayuan. Locus standi [28] Tindakan-tindakan yang berkaitan di Mahkamah Tingi dan Mahkamah Rayuan sehingga membawa kepada rayuan ini, difailkan oleh perayu dalam kapasitinya sebagai penjaga ad litem kepada TPQ dan TPR. [29] Pelantikan perayu sebagai penjaga ad litem kepada TPQ dan TPR melalui perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 25.11.2011 adalah atas dasar pada masa yang material, TPQ dan TPR masih lagi kanak-kanak bawah umur iaitu, masing-masing berumur 12 dan 11 tahun. [30] Semasa perayu memfailkan tindakan berkaitan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan juga rayuan-rayuan ini, TPQ dan TPR telah pun mencapai umur dewasa atau umur majoriti menurut takrifan seksyen 2 Akta Umur Dewasa 1971 yang berbunyi: ‘Tertakluk kepada seksyen 4, umur belum dewasa bagi semua lelaki dan perempuan ialah dan adalah terhad kepada lapan belas tahun dan tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mencapai umur itu ialah berumur dewasa di Malaysia’. Apabila TPQ dan TPR mencapai umur dewasa Penjaga ad litem tidak lagi diperlukan kerana mereka boleh membawa tindakan mahkamah di atas nama mereka sendiri. [31] Sekiranya pun ketidakupayaan TPQ dan TPR tersebut sebagai seorang kanak-kanak itu masih wujud, perayu tidak kompeten untuk membawa apa-apa tindakan atau rayuan secara kediri atas kapasiti tersebut tanpa diwakili oleh seorang peguambela/peguamcara. Tindakan perayu untuk meneruskan tindakan ini tanpa diwakili oleh seorang peguambela/peguamcara adalah bercanggah dan menyalahi undang-undang sepertimana yang diperuntukkan di bawah Aturan 76 Kaedah 2(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang menetapkan seperti berikut: “2.(3) Wakil litigasi kepada orang ketidakupayaan hendaklah bertindak melalui peguam”. [32] Isu yang sama telah dibangkitkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam satu rayuan lain yang juga melibatkan perayu sebagai salah satu pihak iaitu kes Lee Heng Yau v Pacific Trustees Berhad Dan Lain-Lain [2017] MLJU 778 (‘Kes LHY’). Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut memutuskan bahawa peruntukan Aturan 76 Kaedah 2(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah terang dan jelas bahawa perayu sebagai wakil litigasi (guardian ad litem) hendaklah bertindak melalui seorang peguam. Diputuskan juga oleh Mahkamah Rayuan bahawa peruntukan tersebut adalah mandatori, dan apa-apa hujahan yang dikemukakan oleh perayu secara kediri adalah tidak berkompeten dan tidak wajar diberikan sebarang perhatian dan pertimbangan. [33] Perayu ini adalah perayu yang sama bagi kes LHY tersebut. Justeru, perayu sedar dan tahu akan kehendak undang-undang yang perlu dipenuhi olehnya sebagai penjaga ad litem kepada TPQ dan TPR. Namun demikian, perayu dengan sengaja memilih untuk tidak mematuhi keperluan undang-undang tersebut. [34] Selanjutnya, adalah suatu fakta yang tidak dipertikaikan oleh perayu bahawa melalui perintah Mahkamah bertarikh 7.12 2006, perayu adalah seorang bankrap. Sehingga kini, perayu masih belum dilepaskan daripada status tersebut. [35] Menurut perayu, melalui surat bertarikh 9.4.2010 Jabatan Insolvensi telah menyatakan bahawa ia tiada halangan terhadap permohonan perayu sebagai penjaga ad litem kepada anak saudaranya yang belum cukup umur. Kami mendapati bahawa Jabatan Insolvensi memberi kebenaran kepada perayu atas dasar anak-anak saudaranya pada masa tersebut masih lagi kanak-kanak. Memandangkan anak-anak saudaranya kini telah mencapai umur dewasa, kebenaran tersebut tidak lagi terpakai. Sekaligus, membawa maksud perayu tidak mempunyai locus standi untuk membawa rayuan-rayuan ini. Isu ketiadaan locus standi adalah merupakan alasan utama untuk keputusan kami. Namun, selain itu kami juga mempertimbangkan isu teknikal yang dibangkitkan oleh peguam-peguam reponden-responden. Kegagalan Mematuhi Kehendak Undang-undang. [36] Perayu gagal mematuhi Aturan 57(1) dan 57(4) yang menghendaki perayu menyediakan memorandum rayuan yang menyatakan secara ringkas alasan bantahan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan menyatakan perkara undang-undang atau fakta yang didakwa telah diputuskan secara salah oleh Mahkamah Rayuan (Rujuk Aturan 57 (1) Kaedah 1995). Penyediaan memorandum rayuan adalah penting untuk responden-responden menyediakan dan menjawab alasan-alasan rayuan yang dinyatakan di dalam memorandum rayuan. [37] Selanjutnya, perayu adalah dikehendaki untuk melampirkan sesalinan memorandum rayuan tersebut bersama-sama dengan beberapa dokumen lain termasuklah notis rayuan dan perintah Mahkamah Rayuan yang ingin dirayu di dalam rekod rayuan (Rujuk Aturan 57(4) Kaedah 1995). [38] Pematuhan kepada Aturan 57(1) dan 57(4) Kaedah 1995 berkenaan penyediaan dan pemfailan memorandum rayuan adalah mandatori. Rekod rayuan yang difailkan tanpa memorandum rayuan adalah tidak sempurna dan menjadikan rayuan perayu tidak kompeten dan defektif serta boleh mengakibatkan rayuan perayu dibatalkan (Rujuk Owners of the Ship or Vessel Sasacom I v Bank Pembangunan Malaysia Bhd [2015] 4 MLJ 841) (‘Kes Sasacom 1”). [39] Begitu juga dengan keperluan untuk menyediakan dan memasukkan perintah termeterai Mahkamah Rayuan di dalam rekod rayuan kerana perintah tersebut merupakan fokus kepada rayuan dan supaya tidak wujud ketidakpastian atau keraguan berkenaan perintah yang dirayu. Kegagalan perayu untuk mematuhi kehendak ini juga boleh mengakibatkan rayuan perayu dibatalkan (Rujuk Extra Excel (Malaysia) Sdn Bhd v Chu Nyuk Tai [2014] 9 CLJ 599 dan Chuah Tim Lan v RHB Bank Berhad [2008] 6 CLJ 500). [40] Adalah diperhatikan bahawa keputusan dalam kes-kes Extra Excel dan Chuah Tim Lan adalah bercanggah dengan kes Sasacom 1 berkenaan isu perintah termeterai. Dalam kes Sasakom 1 (supra), Abdul Wahab Patail, Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa kegagalan memasukkan perintah termeterai dalam rekod rayuan adalah tidak fatal kerana menurut Arahan Amalan Mahkamah Rayuan No. 1 tahun 1995, perintah tersebut boleh dikemukakan pada hari perbicaraan rayuan di dalam Mahkamah Terbuka. Oleh itu Mahkamah Rayuan telah menolak bantahan berkenaan kegagalan memasukkan penghakiman dalam rekod rayuan dan hanya menerima bantahan yang dibangkitkan oleh responden berkenaan kegagalan meletakkan tarikh pada memorandum rayuan dan membatalkan memorandum rayuan tersebut, yang mengakibatkan rekod rayuan menjadi tidak teratur, maka rayuan ditolak (bukan dibatalkan). [41] Mahkamah Rayuan dalam kes Sasacom 1 telah merujuk kepada nas undang-undang Megat Najmuddin Dato’ Seri (Dr) Megat Khas v Bank Bumiputra Malaysia Bhd [2001] 1 CLJ 645 FC yang merujuk kepada Arahan Amalan Mahkamah Agung Bil. 1 Tahun 1992 yang bertajuk “Arahan Amalan Mengenai Perintah Termeterai.”. Antara kandungan Arahan Amalan tersebut ialah: “Untuk menyegerakan prosiding rayuan di Mahkamah Agung, sebaik sahaja perayu menerima perintah termeterai dari Mahkamah Tinggi, perintah tersebut bolehlah difailkan sebagai rekod rayuan tambahan tanpa sebarang permohonan. Sebagai alternatif, perayu dibenar menyerahkan salinan penghakiman, dekri atau perintah yang dirayu pada hari perbicaraan rayuan di dalam Mahkamah Terbuka. Pihak Penentang sewajarnya diberitahu di atas penyerahan ini.”. [42] Arahan Amalan Mahkamah Rayuan Bil. 1 Tahun 1995 yang dirujuk dalam kes Sasacom 1 telah meminda Arahan Amalan Mahkamah Agung Bil. 1 tahun 1992 dengan menggantikan perkataan ‘Kaedah 62(4)(d) Kaedah-kaedah Mahkamah Agung 1980’ dengan Kaedah 18(4)(d) Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1994’ dan menggantikan perkataan ‘Mahkamah Agung’ dengan ‘Mahkamah Rayuan.’. [43] Kami juga memerhatikan bahawa Arahan Amalan Bi. 1 Tahun 1992 telah dibatalkan oleh Arahan Amalan Mahkamah Persekutuan Bil. Tahun 2018 yang menyatakan: “9.2 Sekiranya perintah termeterai Mahkamah Rayuan dan/atau perintah termeterai untuk Kebenaran Merayu belum diperoleh semasa Rekod Rayuan difailkan, perintah termeterai tersebut boleh difailkan sebagai Rekod Rayuan Tambahan tanpa apa-apa permohonan sebaik sahaja ia diterima.”. [44] Walaupun dalam Arahan Amalan yang kini berkuatkuasa tidak mengekalkan perenggan yang membenarkan perayu mengemukakan perintah termeterai pada hari pendengaran rayuan, Arahan Amalan tersebut mengekalkan perenggan yang membenarkan perayu memfailkan rekod rayuan tanpa perintah termeterai dan mengemukakan perintah termeterai dalam rekod rayuan tambahan setelah diperolehi. Adalah diperhatikan bahawa perenggan 9.2 di atas tidak menghadkan masa untuk memfailkan rekod rayuan tambahan maka tiada peruntukan yang menghalang rekod rayuan tambahan yang mengandungi perintah termeterai difailkan pada hari pendengaran. Dalam erti kata lain, prinsip dalam Arahan Amalan Mahkamah Agung Bil. 1 Tahun 1992 kekal sama dan tidak diubah. Maka diperhatikan adalah niat penggubal Arahan Amalan Mahkamah Persekutuan Bil 1. Tahun 2018 untuk mengekalkan kedudukan undang-undang bahawa kegagalan untuk menyertakan perintah termeterai dalam rekod rayuan tidak akan menyebabkan rekod rayuan cacat dan tidak teratur. Kami juga mengambil maklum bahawa adalah merupakan amalan bahawa peguam akan mengakujanji untuk memfailkan afidavit atau rekod rayuan tambahan dengan dokumen yang tertinggal daripada kertas kausa/rekod rayuan setelah pendengaran, dan adalah merupakan perkara dalam budi bicara mahkamah sama ada akan membenarkan permohonan sedemikian. [45] Kes Sasacom 1 dan kes-kes Extra Excel dan Chuah Tim Lan merupakan otoriti peringkat Mahkamah Rayuan, namun diperhatikan bahawa kes Sasacom 1 telah merujuk kepada nas undang-undang dari Mahkamah Persekutuan serta Arahan Amalan Mahkamah, manakala kedua-dua kes Extra Excel dan Chuah Tim Lan tidak merujuk kepada otoriti dari Mahkamah Persekutuan mahupun Arahan Amalan Mahkamah. Kami telah meneliti percanggahan pendapat dalam kes-kes peringkat Mahkamah Rayuan tersebut di atas dan lebih cenderung untuk menerima keputusan kes Sasacom 1 (yang berlandaskan Arahan Amalan Mahkamah Rayuan Bil. 1 Tahun 1995) sebagai kedudukan undang-undang yang betul berkenaan kegagalan memasukkan perintah termeterai dalam rekod rayuan. Keputusan kami adalah selaras dengan Arahan Amalan Bil.1 Tahun 2018 yang terpakai kepada kedua-dua rayuan ini. Walaupun begitu, berdasarkan fakta dan keadaan kes ini, kami menerima bantahan peguam-peguam responden-responden atas alasan berikut. [46] Dalam rayuan ini, adalah jelas bahawa perayu telah sedia maklum berhubung dengan isu rekod rayuan perayu yang tidak teratur dan tidak lengkap kerana ia telah beberapa kali dibangkitkan oleh pihak responden-responden dan peringatan serta arahan untuk perayu memfailkan rekod rayuan yang lengkap dan teratur juga telah diberikan oleh Mahkamah setiap kali pengurusan kes berlangsung. Malahan, perayu sendiri mengakui perkara ini semasa diminta oleh Mahkamah ini untuk menjawab hujahan responden-responden mengenai isu yang sama. [47] Walaupun perayu sedia maklum akan kecacatan pada rayuan-rayuannya, ternyata perayu tidak mempedulikan atau mengendahkan peringatan dan arahan Mahkamah kerana sehinggalah rayuan perayu ini dipanggil untuk sebutan pada 14.12.2022, perayu masih gagal untuk mengambil tindakan bagi memastikan rekod rayuan perayu lengkap dan teratur. Kegagalan perayu mengambil peluang yang diberikan oleh Mahkamah untuk melengkapkan rekod rayuan menunjukkan perayu tidak berminat untuk meneruskan rayuan-rayuannya. [48] Ini merupakan kes yang jarang berlaku maka atas fakta dan keadaan yang unik ini, kami berpendapat adalah wajar untuk membenarkan bantahan-bantahan peguam-peguam. KESIMPULAN [49] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, kami sebulat suara mendapati bahawa rayuan-rayuan perayu ini adalah tidak kompeten. Justeru, Mahkamah mengekalkan bantahan responden-responden dan membatalkan kedua-dua rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos. tt Bertarikh: 16 Mei 2023 (TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia Perayu: Mewakili diri sendiri Peguamcara bagi pihak Responden-Responden (Rayuan No. 10) Responden Pertama : Hoi Jack S’ng Tiffany Low Jia Qi (Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill) Responden Kedua : Sumathi A/P N Govindasamy (Tetuan Sumathi & Associates) Responden Ketiga : Sim Shyr Jinn Ailialef Hamima Binti Aznan (Tetuan Soo Thien Ming & Nashrah) Responden Keempat : Ng Zhi Ying Responden Kelima : Ng Cheng Keat Responden Keenam : Esther Hor Su Ying Gan Jer Nynn (Tetuan Esther Hor, Mohanthas, Scully) Peguamcara bagi pihak Responden-Responden (Rayuan No. 11) Responden Pertama : Hoi Jack S’ng Tiffany Low Jia Qi (Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill) Responden Kedua : Zulkepli Bin Omar (Tetuan Lainah, Yaccob & Zulkepli) Responden Ketiga : Kan Hui Ling (Tetuan Rahmat Lim & Partners) Responden Keempat : Esther Hor Su Ying Gan Jer Nynn (Tetuan Esther Hor, Mohanthas, Scully)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.