Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: B-02(A)-223-02/2020 ANTARA LEE HENG YAU (PENJAGA AD-LITEM PERINTAH 25.11.2011 UNTUK TANG PING QUAN & TAN PING REN DUA ORANG KANAK-KANAK) ... PERAYU
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2022/f0b4b387-a7ab-4be3-929c-81562517cdbd
Court of Appeal of Malaysia5 Jan 2022B-02(A)-223-02/2020
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“i Shah Alam, iaitu 16.5.2019, dan apabila rayuan ke Mahkamah ini dibuat pada 6.2.2020, kedua-dua mereka telah pun mencapai umur dewasa atau umur majoriti sepertimana yang ditakrifkan dalam s 2 Age of Majority Act: Subject to section 4, the minority of all males and females shall cease and determine within Malaysia at t”
“elah hadir di Mahkamah secara kediri dan bukan melalui peguam untuk mengendalikan rayuan ini. Ini adalah menyalahi undang-undang. Di dalam kes Lee Heng Yau lwn Pacific Trustees Berhad Dan Lain-Lain [2017] MLJU 778, yang mana juga melibatkan Perayu sebagai salah satu pihak, Mahkamah Rayuan telah memutuskan sedemikian: [”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: B-02(A)-223-02/2020 ANTARA LEE HENG YAU (PENJAGA AD-LITEM PERINTAH 25.11.2011 UNTUK TANG PING QUAN & TAN PING REN DUA ORANG KANAK-KANAK) ... PERAYU
1
LEMBAGA TATATERTIB PEGUAM BELA & PEGUAM CARA (DATUK DR. ABDUL RAMAN BIN HAJI SAAD CHAIRMAN
2
SUMATHI A/P N GOVINDASAMY [SERIAL NO: 8079]
3
LUA AI SIEW [SERIAL NO: 2429]
4
4.
5
NG CHENG KEAT [SERIAL NO: 4144]
6
PACIFIC WILLPLAN AND TRUSTPLAN (THE PRIVATE TRUST DIVISION OF PACIFIC TRUSTEE BERHAD (CO REG NO. 317001-A) MEMEGANG GERAN SURAT PENTADBIRAN PETITION NO: 31-499 OF 2011 GRANT OF LETTERS OF ADMINISTRATION) ... RESPONDEN-RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO: BA-17D-3-05/TAHUN 2019 Dalam Perkara mengenai dengan rayuan terhadap keputusan siasatan Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara pada 15.2.2019 & 23.4.2019 aduan 12/08/2022 16:03:12 B-02(A)-223-02/2020 Kand. 47 No. DB/18/0923 terhadap Sumathi a/p N Govindasamy [Serial No: 8079], Lua Ai Siew [Serial No: 2429], Ng Zhi Ying, dan Ng Cheng Keat [Serial No: 4144] Dan Dalam Perkara mengenai dengan rayuan terhadap keputusan Datuk Dr Abdul Raman Bin Haji Saad Chairman Advocates & Solicitors Disciplinary Board bersama-sama Peguam-Peguam curi tipu dan pecah Amanah Dan Dalam Perkara mengenai Seksyen 103E (1), (2), (3) dan (4) Akta Profesion Undang-Undang 1976 Dan Dalam Perkara mengenai Seksyen 100(1)(a) Akta Profesion Undang-Undang 1976 Dan Dalam Perkara mengenai Seksyen 26 Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Kesopanan),
1978
Akta Profesion Undang-Undang 1976 Dan Dalam Perkara mengenai lain-lain Akta Profesion Undang-Undang 1976 Dan Dalam Perkara mengenai aduan oleh En Lee Heng Yau bertarikh 31.10.2018 Dan Dalam Perkara mengenai Seksyen 99(2) Akta Profesion Undang-Undang 1976 ANTARA Lee Heng Yau (Penjaga Ad-Litem Perintah 25.11.2011 Untuk Tang Ping Quan & Tan Ping Ren Dua Orang Kanak-Kanak) ... Perayu
1
Lembaga Tatatertib Peguam Bela & Peguam Cara (Datuk Dr. Abdul Raman Bin Haji Saad Chairman Advocates & Solicitors Disciplinary Board)
2
Sumathi A/P N Govindasamy [Serial No: 8079]
3
Lua Ai Siew [Serial No: 2429]
4
Ng Zhi Ying
5
Ng Cheng Keat [Serial No: 4144] ... Responden-Responden) KORAM AZIZAH BINTI NAWAWI, HMR VAZEER ALAM BIN MYDIN MEERA, HMR SEE MEE CHUN, HMR
1
Mukadimah [1] Tan Hock Lai (“THL”), iaitu ayah kepada Tan Ping Quan (“TPQ”) dan Tan Ping Ren (“TPR”) telah meninggal dunia pada 2.1.2003 tanpa wasiat. Perayu adalah bapa saudara kepada TPQ dan TPR. [2] Pada 25.11.2011, Perayu telah dilantik oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam sebagai Penjaga Ad Litem kepada TPQ dan TPR. Ini adalah kerana pada masa itu, TPQ dan TPR belum mencapai umur dewasa, 18 tahun. Perayu secara peribadi telah diisytihar bankrap oleh Mahkamah Tinggi. [3] Perayu selaku Penjaga Ad Litem telah membawa pelbagai tindakan Mahkamah terhadap pihak-pihak tertentu berkenaan harta pusaka THL yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah. [4] Responden pertama ialah Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara yang ditubuhkan di bawah s 93(1) Akta Profesion Undang-Undang 1976 (“APU”). [5] Responden Kedua hingga Kelima masing-masing mengamal sebagai peguam bela dan peguam cara. Responden Kedua hingga Kelima tidak pernah mewakili Perayu, harta pusaka THL atau pun TPQ dan TPR. Sebaliknya, Responden Kedua hingga Kelima mewakili pihak-pihak tertentu yang menentang Perayu dalam tindakan-tindakan lampau yang melibatkan harta pusaka THL. 5 2. Latar belakang kes [6] Perayu melalui surat bertarikh 31.10.2018 telah mengadu kepada Responden Pertama mengatakan bahawa Responden Kedua hingga Kelima telah:
a
(a) melanggar kaedah-kaedah 17, 18, 26 dan 36 Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Kesopanan) 1978 (“KPU”); dan
b
(b) melakukan kesalahan seperti berikut terhadap harta pusaka THL:
i
(i) menipu;
Subparagraph
(ii) mencuri; dan
Subparagraph
(iii) pecah Amanah. [7] Melalui surat bertarikh 19.2.2019 kepada Perayu (yang mana diterima oleh Perayu pada 22.2.2019, Responden Pertama telah memberitahu Perayu bahawa:
a
(a) aduan Perayu telah dipertimbangkan oleh Responden Pertama dalam mesyuarat Responden Pertama yang diadakan pada 15.2.2019; dan
b
(b) Responden Pertama telah menolak aduan Perayu mengikut s 100(1)(a) APU (“Keputusan Responden Pertama”). [8] Pada masa yang sama, melalui surat yang berlainan bertarikh 19.2.2019, Responden Pertama juga telah memaklumkan Keputusan Responden Pertama itu kepada Responden Kedua hingga Kelima. [9] Perayu tidak berpuashati dengan Keputusan Responden Pertama dan telah merayu kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam di bawah s 103E APU dengan memfailkan Saman Pemula. [10] Responden Pertama telah memohon rayuan Perayu dalam Saman Pemula tersebut dibatalkan atas alasan-alasan tertentu, yang mana turut disokong oleh Responden Kedua hingga Kelima. [11] Hakim Mahkamah Tinggi, setelah mendengar hujahan Perayu serta Responden-Responden telah membenarkan permohonan Responden Pertama, justeru telah menolak Saman Pemula tersebut. [12] Perayu yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam telah merayu terhadap keputusan itu kepada Mahkamah ini. 7 3. Isu-Isu dan Keputusan mahkamah [13] Mahkamah ini telah sebulat suara menolak rayuan Perayu atas alasan-alasan berikut. A. Responden Keenam [14] Rayuan terhadap Responden Keenam adalah satu “non-starter”. Responden Keenam tidak menjadi salah satu pihak di dalam rayuan Perayu yang difailkan di Mahkamah Tinggi menurut s 103E APU. Rayuan di hadapan Mahkamah Tinggi Shah Alam berkaitan dengan Responden Pertama hingga Kelima dan Responden Keenam tidak pernah dinamakan sebagai pihak atau terlibat dengan apa cara sekali pun dalam rayuan tersebut. [15] Adalah jelas bahawa Responden Keenam telah disalah cantum dan dinamakan sebagai responden dalam rayuan ini. Rayuan ini tiada kena mengena dengan Responden Keenam. Perbuatan Perayu dalam menamakan Responden Keenam sebagai salah satu responden dalam rayuan ini jelas merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah. Maka rayuan terhadap Responden Keenam harus ditolak semata-mata atas alasan ini. B. Responden Pertama [16] Rayuan terhadap Responden Pertama telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi berdasarkan beberapa sebab, seperti yang dihuraikan dibawah.
i
(i) Responden Pertama tidak harus dinamakan sebagai responden dalam rayuan di bawah s 103E(7) APU. [17] Kami setuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa menurut s 103E(7) APU, Responden Pertama, iaitu Lembaga Tatatertib Peguam Bela & Peguam Cara tidak boleh dinamakan sebagai salah satu pihak kepada sebarang rayuan terhadap perintah atau keputusan muktamad yang telah dibuat oleh Responden Pertama. [18] Seksyen 103E(1) & (7) APU memperuntukkan bahawa:
Subsection
(1) Mana-mana pihak yang terkilan dengan perintah muktamad atau keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib-
a
(a) menurut subseksyen 94(4);
b
(b) di bawah perenggan 100(1)(a), (3)(a) atau subseksyen 100(7), (8) atau (15); atau
c
(c) di bawah seksyen 103D, hendaklah mempunyai hak untuk merayu kepada Mahkamah Tinggi dalam masa satu bulan dari penerimaan pemberitahuan perintah atau keputusan itu. ...
Subsection
(7) Lembaga Tatatertib tidak boleh dinamakan sebagai suatu pihak dalam apa-apa rayuan di bawah seksyen ini. Maka, berdasarkan s 103E(7) adalah jelas dan nyata bahawa Responden Pertama tidak patut dinamakan sebagai pihak kepada Saman Pemula tersebut. Pihak-pihak yang harus dinamakan oleh Perayu (sebagai pengadu) adalah hanya peguam bela dan peguam cara yang dinamakan sebagai responden atau pihak yang di adu dalam aduan tersebut.
Subparagraph
(ii) Perayu tidak boleh mengambil tindakan atau prosiding terhadap Responden Pertama di bawah s 111 APU. [19] Malah s 111 APU juga memperuntukkan: Tiada apa-apa tindakan atau prosiding boleh diambil terhadap Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib, Bar Malaysia, Majlis Peguam atau mana-mana Jawatankuasa Bar Negeri atau mana-mana ahlinya kerana apa-apa perbuatan atau sesuatu yang dilakukan di bawah Akta ini termasuklah apa-apa pengumuman atau penyiaran apa-apa keputusan Lembaga Tatatertib melainkan jika dibuktikan kepada Mahkamah bahawa perbuatan atau sesuatu itu telah dilakukan dengan hati yang tidak suci atau dengan niat jahat. [20] Dalam hal ini kami bersetuju dengan pendapat Hakim Mahkamah Tinggi bahawa tidak ada apa-apa di dalam Saman Pemula atau affidavit sokongan Perayu yang menunjukkan bahawa Responden Pertama telah menjalankan tanggungjawab berkanun mereka di bawah APU dengan niat buruk atau niat jahat. Kami juga mendapati bahawa pemakaian s 111 APU oleh Hakim Mahkamah Tinggi untuk membatalkan Saman Pemula Perayu adalah tepat dan wajar.
Subparagraph
(iii) Tiada kewajipan untuk Responden Pertama memberikan alasan bertulis kepada Perayu. [21] Pada dasarnya, aduan utama Perayu dalam Saman Pemula tersebut adalah bahawa Responden Pertama tidak memberikan alasan bertulis kepada Perayu berhubung Keputusan Responden Pertama. Namun, kami dapati tiada keperluan di bawah APU yang mewajibkan Responden Pertama untuk memberikan alasan bertulis kepada Perayu. Malah, s 100(1)(a) APU membenarkan Responden Pertama untuk menolak aduan Perayu sekiranya tiada merit dalam aduan itu. Seksyen 100(1)(a) APU berbunyi:
Subsection
(1) Jika permohonan atau aduan bertulis dibuat atau dirujuk kepada Lembaga Tatatertib, Lembaga Tatatertib hendaklah, jika ia berpuas hati bahawa-
a
(a) tiada merit dalam permohonan atau aduan itu, menolak permohonan atau aduan itu dan memberitahu pengadu dan peguam bela dan peguam cara itu tentang keputusannya; Dan inilah peruntukan undang-undang yang telah digunakan oleh Responden Pertama dalam menolak aduan bertulis Perayu kerana pada pendapat Responden Pertama aduan tersebut tiada merit. C. Responden Kedua hingga Kelima
i
(i) Rayuan adalah cacat dan tidak kompeten [22] Kami setuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa rayuan yang dikemukan melalui Saman Pemula tersebut adalah cacat dan tidak kompeten kerana rayuan itu difailkan luar daripada masa yang diperuntukkan dalam s 103E(1). Adalah jelas bahawa sekiranya Perayu ingin merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap Keputusan Responden Pertama ianya hendaklah dibuat dalam masa satu bulan dari penerimaan pemberitahuan perintah atau keputusan itu. [23] Perayu telah menerima Keputusan Responden Pertama pada 22.2.2019, maka sebarang rayuan ke Mahkamah Tinggi hendaklah difailkan dalam tempoh sebulan dari tarikh itu. Walhal, Perayu hanya memfailkan rayuan melalui Saman Pemula pada 16.5.2019, iaitu hampir 3 bulan selepas pemberitahuan keputusan. Perayu telah gagal untuk memberi sebarang alasan atau penjelasan untuk kelewatan itu. Malah, Perayu juga telah gagal untuk membuat apa-apa permohonan untuk lanjutan masa untuk rayuan itu difailkan. [24] Maka, kami bersetuju dengan hujahan Responden Kedua hingga Kelima bahawa ketidakpatuhan peruntukan s 103E(1) APU menjadikan rayuan kepada Mahkamah Tinggi cacat dan tidak kompeten. Justeru, kami dapati keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dalam memutuskan sedemikian adalah tepat dan betul.
Subparagraph
(ii) Perayu tiada locus standi [25] Responden Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima juga berhujah bahawa Perayu tidak mempunyai locus standi untuk membawa apa-apa tindakan dalam kapasiti sebagai penjaga ad litem kepada TPQ dan TPR. Ini termasuk rayuan kepada Mahkamah Tinggi melalui Saman Pemula tersebut dan juga rayuan kepada Mahkamah ini. Kami setuju dengan hujahan ini. [26] Perayu telah dilantik sebagai penjaga ad litem kepada TPQ dan TPR melalui Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25.11.2011 atas dasar bahawa kedua-dua mereka adalah kanak-kanak bawah umur.
Preamble
Mengikut keterangan yang dikemukakan, TPQ dilahirkan pada 19.7.1999, manakala TPR dilahirkan pada 4.11.2000. Ini jelas bermaksud bahawa pada tarikh Saman Pemula difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, iaitu 16.5.2019, dan apabila rayuan ke Mahkamah ini dibuat pada 6.2.2020, kedua-dua mereka telah pun mencapai umur dewasa atau umur majoriti sepertimana yang ditakrifkan dalam s 2 Age of Majority Act: Subject to section 4, the minority of all males and females shall cease and determine within Malaysia at the age of eighteen years and every such male and female attaining that age shall be of the age of majority. Maka, setelah mencapai umur dewasa, kedua-dua mereka boleh membawa tindakan di atas nama mereka sendiri sebab ketidakupayaan mereka sebagai kanak-kanak tidak lagi wujud. Justeru, kami bersetuju bahawa Perayu tidak mempunyai locus standi untuk membawa rayuan ini. [27] Seperkara lagi, Perayu telah hadir di Mahkamah secara kediri dan bukan melalui peguam untuk mengendalikan rayuan ini. Ini adalah menyalahi undang-undang. Di dalam kes Lee Heng Yau lwn Pacific Trustees Berhad Dan Lain-Lain [2017] MLJU 778, yang mana juga melibatkan Perayu sebagai salah satu pihak, Mahkamah Rayuan telah memutuskan sedemikian: [29] Sebelum mengakhiri penghakiman ini, kami ingin menarik perhatian terhadap isu locus standi perayu dalam membawa tindakan bagi pihak kanak-kanak sebagai guardian ad litem secara kediri, tidak melalui seorang peguambela yang dilantik. Tindakan perayu, Lee Heng Yau hadir kediri tanpa diwakili oleh seorang peguambela/peguamcara dalam litigasi di hadapan kami adalah bercanggah dengan peruntukan di bawah Aturan 76 Kaedah 2(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang menyatakan seperti berikut: “2.(3) Wakil litigasi kepada orang ketidakupayaan hendaklah bertindak melalui seorang peguam.” [30] Peruntukkan di bawah Aturan 76 Kaedah 2(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tersebut adalah terang dan jelas bahawa perayu sebagai wakil litigasi (guardian ad litem) hendaklah bertindak melalui seorang peguam. Peruntukan ini adalah mandatori oleh kerana perkataan “hendaklah” telah digunakan. Oleh itu perayu dan apa-apa hujahan yang dikemukakan oleh perayu di hadapan kami secara kediri adalah tidak berkompeten dan tidak wajar diberikan sebarang perhatian dan pertimbangan. [28] Maka, Mahkamah ini telah pun nyatakan dengan terang bahawa Perayu tidak berkompeten untuk membawa apa-apa tindakan atau rayuan secara kediri tanpa diwakili oleh seorang peguambela/peguamcara. Maka, di atas alasan ini juga rayuan ini adalah cacat, kerana Notis Rayuan yang telah difailkan oleh Perayu secara kediri dan juga kehadirannya di Mahkamah juga adalah secara kediri dan bukannya melalui peguam. Perayu adalah salah satu pihak dalam kes Lee Heng Yau lwn Pacific Trustees Berhad Dan Lain-Lain, dan dia tahu akan dapatan dan keputusan Mahkamah ini dalam kes tersebut dan harus akur kepada keperluan undang-undang ini. Tetapi Perayu masih berdegil untuk membawa tindakan secara kediri di Mahkamah Tinggi dan juga di Mahkamah ini dan membuang masa semua pihak.
Subparagraph
(iii) Aduan terhadap Responden-Responden tiada merit [29] Responden Pertama telah membuat kesimpulan bahawa aduan Perayu seperti mana yang terkandung dalam surat aduan bertarikh 31.10.2018 adalah tidak bermerit dan telah menolak aduan tersebut. [30] Hakim Mahkamah Tinggi telah bersetuju dengan dapatan dan Keputusan Responden Pertama bahawa aduan Perayu tiada merit. Perayu hendaklah membuktikan alegasi dan tohmahannya pada tahap pembuktian melampaui keraguan munasabah. Sila lihat penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Au Kong Weng lwn Jawantankuasa Peguam, Pahang [1980] 2 MLJ 89 dan kes Keith Seller lwn Lee Kwang dan rayuan yang lain [1980] 2 MLJ 191 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: The standard of proof required in a proceeding of this type is proof beyond reasonable doubt. [31] Hakim Mahkamah Tinggi telah meneliti keterangan yang dikemukakan dan mengatakan sedemikian: Saya telah menghalusi Afidavit-afidavit Perayu dan Ekshibit-ekshibit Perayu. Saya berpuas hati bahawa Afidavit-afidavit Perayu dan Ekshibit-ekshibit Perayu tidak membuktikan tanpa apa-apa keraguan munasabah bahawa Responden 2 hingga 5 telah melanggar kaedah-kaedah 17, 18, 26 dan 36 KPU. Atas alasan ini, Keputusan Responden 1 di bawah s 100(1)(a) APU adalah tepat. [32] Kami juga telah menghalusi aduan Perayu serta keterangan yang terkandung di dalam afidavit-afidavit yang difailkan. Kami juga mendapati bahawa tiada apa-apa bahan bukti yang menunjukkan Responden Kedua hingga Kelima telah melanggar Kaedah-kaedah 17, 18, 26 dan 36 KPU. Begitu juga dengan tohmahan bahawa Responden Kedua hingga Kelima telah menipu, mencuri aset dan/atau melakukan pecah amanah aset milikan harta pusaka THL, kami tidak melihat apa-apa bahan bukti yang dikemukakan oleh Perayu untuk membuktikan aduan ini. 16 4. Kesimpulan [33] Kami dapati Mahkamah ini tidak mempunyai apa-apa sebab untuk campur tangan dan mengakas keputusan Mahkamah Tinggi kerana di dalam rayuan ini tiada alasan yang membolehkan campur tangan oleh Mahkamah ini. Keputusan Mahkamah Tinggi tidak boleh dikatakan sebagai “plainly wrong”. Malah keputusan itu adalah tepat dan harus dikekalkan. [34] Mahkamah ini mengambil maklum bahawa Perayu adalah seorang litigant yang menyusahkan (“vexatious litigant”) yang telah membawa pelbagai tindakan sebagai penjaga ad litem untuk TPQ dan TPR terhadap beberapa individu dan institusi. Aduan Perayu kepada Responden Pertama terhadap Responden Kedua hingga Kelima dan seterusnya rayuan kepada Mahkamah Tinggi dan juga ke Mahkamah ini kesemuanya merupakan tindakan remeh temeh yang menyusahkan Responden-Responden serta penyalahgunaan proses Mahkamah. [35] Apabila Perayu gagal dalam usaha-usaha menyusahkan ini, dia berkecenderungan untuk membuat laporan polis serta aduan dan tohmahan yang langsung tiada asas terhadap peguam-peguam yang terlibat dalam kes itu dan juga terhadap hakim-hakim yang mendengar kes. Walaupun Mahkamah ini telah memberitahu Perayu bahawa tindakannya untuk hadir secara kediri dalam kes-kes yang difailkan sebagai guardian ad litem adalah menyalahi undang-undang, dia masih degil berbuat demikian. Tindakannya yang tidak berasaskan undang-undang dan yang tidak bermerit hanya menyusahkan pihak-pihak ketiga, seperti responden-responden dalam rayuan ini, dan membazirkan masa dan dana pihak-pihak, serta sumber mahkamah yang terhad. Dalam pada ini, Perayu harus diberi amaran keras bahawa tindakan tegas termasuk dan tidak terhad kepada prosiding komital akan diambil terhadap Perayu sekiranya dia masih berterusan dengan tingkah laku ini, dan terus memfailkan tindakan mewakili pihak TPQ dan TPR sebagai penjaga ad litem, dan hadir secara kediri, apatah lagi apabila mereka berdua telah mencapai umur dewasa. [36] Maka, rayuan ini ditolak dengan kos sebanyak RM3,000 kepada setiap Responden ditanggung dan dibayar oleh Perayu. Bertarikh pada 10 haribulan Ogos 2022. - sgd - Vazeer Alam Mydin Meera Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya Peguamcara bagi pihak Perayu: Lee Heng Yau : Tidak diwakili oleh Peguam Perayu Peguamcara bagi pihak Responden-Responden: Responden Pertama : Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill Peguambela & Peguamcara Level 6, Menara 1 Dutamas Solaris Dutamas No. 1, Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur Responden Kedua : Sumathi & Associates Peguambela & Peguamcara U2-01-03, Jalan USJ 14/1 Goodyear Court 8 Subang Perdana 47630 Subang Jaya Selangor Responden Ketiga : Tetuan Soo Thien Ming & Nashrah Peguambela & Peguamcara Level 9, Menara Bangkok Bank Berjaya Central Park No. 105 Jalan Ampang 50480 Kuala Lumpur Responden Keempat : Tetuan Ng Teo Phin Chambers Peguambela & Peguamcara B1-6-8, Soho Suites @ KLCC 20, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Responden Kelima : Tetuan CK Ng Partnership Peguambela & Peguamcara NW-05-18, Cova Square Jalan Teknologi, PJU 5 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Responden Keenam : Tetuan Paul Cheah Associates Peguambela & Peguamcara Unit A-9-8, 9th Floor, Megan Avenue 1 50400 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.