TAN ZHI HUI (P) (T/L: 27.6.2000) (serang kanak-kanak) anak Luar Nikah … DEFENDAN-DEFENDAN 40 4 CORAM 5 ZALEHA YUSOF, JCA YAACOB MD SAM, JCA KAMALUDIN MD SAID, JCA 10 ALASAN PENGHAKIMAN Latarbelakang 15 [1] Perayu dalam rayuan ini merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Y.A Datuk Azimah Bte Omar yang telah diberikan pada 28.3.2018. 20 [2] Perayu mewakili dirinya sendiri dalam rayuan ini. Rayuan Perayu telah didengar pada 19.11.2018 dan setelah mendengar rayuan Perayu dan hujah dari pihak Responden serta hujahan bertulis Responden yang difailkan, kami mendapati rayuan Perayu tidak 25 bermerit kerana tiada alasan yang membolehkan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan patut dirayu. Kami mendapati dalam prosiding di Mahkamah Tinggi, Hakim Y.A Datuk Azimah Bte Omar tidak membuat apa-apa keputusan berkenaan merit kes. 30 [3] Kami telah membaca alasan bertulis Y.A Hakim Mahkamah Tinggi dalam Rekod Rayuan Tambahan di muka surat 28 yang mengatakan sebagaimana berikut: - 5 “[12] Mahkamah ini tidak tahu mengapa notis rayuan difailkan oleh D1 5 kerana Plaintif telahpun menarik balik Kandungan 1 dan Kandungan 1 Plaintif telah dibatalkan dengan kebebasan untuk memfailkan semula dan tidak ada perintah untuk kos diberikan. [13] Memandangkan di dalam kes ini tidak ada keputusan atas merit 10 yang telah diputuskan oleh Mahkamah ini, maka tidak ada keperluan bagi Mahkamah ini untuk menyediakan sebarang alasan penghakiman.” [4] Oleh itu amat jelas di hadapan Mahkamah Rayuan bahawa tiada 15 keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan merit kes untuk dikaji semula atau disemak atau dirayukan. Kami juga telah memberitahu Perayu berkenaan dapatan kami mengenai kedudukan rayuan yang dikemukakan oleh Perayu. 20 [5] Kami telah melihat kepada Memorandum Rayuan yang difailkan oleh Perayu. Pertama tiada merit kes yang patut dirayu. Kedua walaupun Memorandum Rayuan difailkan, ianya tidak mengubah kedudukan bahawa tiada perkara yang perlu dirayu. Walau apa-pun kami telah melihat Memorandum Rayuan Perayu dalam 25 Rekod Rayuan Tambahan yang difailkan di Mahkamah ini dan mendapati bahawa perkara-perkara yang dinyatakan dalam Memorandum Rayuan tersebut adalah berkaitan Lampiran 1 yang menjadi subjek perkara di Mahkamah Tinggi dan selainnya adalah kenyataan-kenyataan menyentuh kononnya perilaku 30 peguam-peguam dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi dan 6 Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan yang disebutkan dalam 5 Memorandum Rayuan tersebut berkenaan kes yang dibicarakan di Mahkamah. Pada pandangan kami kenyataan-kenyataan tersebut tidak wajar dibuat. [6] Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Hakim Mahkamah 10 Tinggi berkenaan dalam alasan bertulis beliau bahawa Plaintif telahpun menarik balik Kandungan 1 dan Kandungan 1 Plaintif telah dibatalkan dengan kebebasan untuk memfailkan semula dan tidak ada perintah untuk kos diberikan. Maka, kami juga berpendapat tiada kewajaran perkara di hadapan Mahkamah 15 Rayuan ini untuk diteruskan. Isu berkenaan Lampiran 1 [7] Bagi tujuan rekod, kami perturunkan semula alasan bertulis 20 Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk penjelasan sebagaimana berikut berhubung latarbelakang Lampiran 1. “[1] Plaintif di dalam kes ini adalah Pacific Trustees Berhad. Manakala Defendan-Defendan kecuali Defendan Pertama adalah waris-waris 25 yang berhak ke atas pusaka adalah Tan Hok Low (Si Mati). Defendan Pertama iaitu Lee Heng Yau adalah penjaga ad litem kepada Tan Ping Quan dan Tan Pen Ren. Kedua-dua Tan Ping Quan dan Tan Pen Ren adalah juga waris yang berhak kepada pusaka Si Mati yang dibawah umur. 30 7 [2] Saman Pemula (Kandungan 1) yang telah difailkan oleh Plaintif di 5 dalam kes ini, memohon untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut: - i. Perintah bertarikh 29.7.2011 yang diperolehi di Mahkamah Rayuan melalui Rayuan Sivil No. 2B.02-1140-2007 yang 10 melantik Pacific Trustees Berhad (No. Syarikat 317001-A) (Plaintif) sebagai Pentadbir Harta Pusaka mendiang Tan Hok Low, Si Mati diketepikan. ii. Surat Kuasa Mentadbir Terpinda di bawah Petisyen No.21- 15 499-2011 bertarikh 12.2.2014 dan yang dikeluarkan pada 28.8.2013 dan yang diberikan kepada Plaintif (Pacific Trustees Berhad) dibatalkan. iii. Bahawa Plaintif (Pacific Trustees Berhad) dilepaskan 20 sebagai Pentadbir di Surat Kuasa Mentadbir Terpinda melalui Petisyen No. 31-499-2011 tersebut. iv. Perintah selanjutnya dan perintah lain boleh dibuat dan arahan yang diberikan seperti yang difikirkan adil oleh 25 Mahkamah. v. Kesemua kos berhubung dengan permohonan ini dan bersampingan dengannya dibayar dari harta pusaka si mati. 30 [3] Lee Heng Moy (Defendan Kedua-D2), Tan Chee Chin (Defendan Ketiga-D3), Tan Ee Ling (Defendan Keempat-D4), Lim Tay See (Defendan Kelima-D5), Tan Ee Shya (Defendan Keenam-D6), Tan 8 Ming Hui (Defendan Ketujuh-D7), Tan Jin Thi (Defendan Kelapan- 5 D8), Yasmine Tan Eee Mun (Defendan Kesembilan-D9) Tan Tan Zhi Hui (Defendan Kesepuluh-D10) walaupun telah diserahkan dengan Saman Pemula dan Afidavit Sokongan Plaintif telah tidak memfailkan apa-apa afidavit jawapan bagi menentang permohonan Plaintif. 10 [4] Namun Defendan Pertama (D1) telah menentang keras permohonan Plaintif dan oleh itu Mahkamah telah mengarahkan D1 untuk melantik peguam bagi mewakili dirinya, namun D1 memilih untuk membawa tindakan terhadapnya sendiri dan telah 15 memfailkan Afidavit Jawapannya serta beberapa afidavit balasan bagi menentang permohonan Plaintif. LATAR BELAKANG KES 20 [5] Latar belakang kes yang menyebabkan Plaintif memfailkan Kandungan 1.