Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR GUAMAN NO: JA-B52NCvC-121-10/2024 5 ANTARA LEE KAR YAN ... PLAI NT IF [No. K/P.: 031111141108] 10
JA-B52NCvC-121-10/2024
Sessions Court of Malaysia19 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR GUAMAN NO: JA-B52NCvC-121-10/2024 5 ANTARA LEE KAR YAN ... PLAI NT IF [No. K/P.: 031111141108] 10
1
DAN BRENDA TAY SWEE LING [No. K/P: 760213045424]
2
HANDRA MOK XIN RU ... DEFENDAN 15 ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 14 – Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah Kaedah Mahkamah 2012) 20 PENDAHULUAN [1] Notis Permohonan Lampiran 14 bertarikh 03.06.2025 telah 25 difailkan oleh Defendan-Defendan untuk mengenepikan Perintah 12/09/2025 12:06:03 JA-B52NCvC-121-10/2024 Kand. 28 S/N GhI3s0CpDUm1gof5sgwdmw Penyampaian Ganti yang diperoleh Plaintif pada 07.02.2025. Mahkamah memutuskan pada 19.06.2025 Lampiran 14 telah menjadi akademik. Rayuan ini difailkan oleh Defendan-Defendan yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah tersebut. 5 PERMOHONAN LAMPIRAN 14 [2] Permohonan Defendan-Defendan disokong oleh affidavit di 10
Lampiran
Lampiran 15, Defendan-Defendan memohon: 2.1 Perintah Penyampaian Ganti bertarikh 7/2/2025 (lampiran 8) diketepikan; 15 2.2 Kos bagi asas tanggung rugi (cost on indemnity basis) dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan; dan 20 2.3 Lain-lain relief yang difikirkan wajar. [3] Alasan ringkas permohonan Defendan-Defendan antara lain 25 adalah: 3.1 Perintah tersebut adalah tidak teratur dan diperolehi secara S/N GhI3s0CpDUm1gof5sgwdmw melalui berbohong di hadapan Pesuruhjaya Sumpah; 3.2 Plaintif gagal mematuhi PN 1968; dan 5 3.3 Plaintif gagal mengemukakan bukti percubaan serahan sebelum permohonan penyampaian ganti dibuat. 10 LATAR BELAKANG KES [4] Plaintif telah memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan ke atas Defendan-Defendan bertarikh pada 17 Oktober 2024. 15 [5] Plaintif telah membuat cubaan serahan melalui AR Berdaftar dan Serahan kediri sebagaimana yang dinyatakan di dalam Affidavit Tanpa Penyampaian di Lampiran 4. 20 [6] Seterusnya Plaintif telah memfailkan Permohonan Penyampaian Ganti sebagaimana Lampiran 5. 25 [7] Setelah mendengar permohonan di Lampiran 5, mahkamah membenarkan permohonan Plaintif di mana Writ Saman dan S/N GhI3s0CpDUm1gof5sgwdmw Pernyataan Tuntutan di sampaikan kepada Defendan-Defendan melalui penyampaian ganti [Lampiran 8]. [8] Defendan-Defendan telah memfailkan memorandum kehadiran 5 pada 13 Mei 2025 [Lampiran 9 dan 10]. [9] Defendan-Defendan telah memfailkan Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 3 Jun 2025 [ Lampiran 13]. 10 [10] Defendan-Defendan memfailkan permohonan Lampiran 14 ini. 15 KEPUTUSAN PERMOHONAN LAMPIRAN 14 [11] Susulan Perintah Penyampaian Ganti yang diberikan oleh Mahkamah dan Mahkamah percaya Plaintif telah melaksanakan 20 penyampaian secara ganti tersebut, Defendan-Defendan telah memfailakn Memorandum Kehadiran dan Pembelaan dan Tuntutan Balas. 25 [12] Mahkamah ini berpandangan tidak wujud sebarang keperluan untuk pihak Defendan-Defendan memfailkan permohonan di Lampiran S/N GhI3s0CpDUm1gof5sgwdmw 14 ini hanya untuk mengenepikan Penyampaian Ganti yang telah dibenarkan oleh Mahkamah. [13] Mahkamah juga telah merujuk pemfailan kertas kausa dan arahan- 5 arahan pra perbicaraan (pemfailan pliding) telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. [14] Pada hemat Mahkamah, serahan telah berjaya disempurnakan 10 apabila Defendan-Defendan mendapat notis yang sewajarnya dengan memfailkan Memorandum Kehadiran. [15] Mahkamah merujuk kes Bar Council Malaysia lawan Tun Dato’ 15 Seri Arifin bin Zakaria & Ors dan lain-lain rayuan; Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (Intervener) [2018] 5 MLRA 345 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan; The issues in the references were academic and hence, a judgment need not be issued by this court. It was not the 20 function of the courts to decide hypothetical questions which did not impact on the parties before them. The fundamental purpose of the application was to ensure that the 2nd and 3rd respondents whose appointment had been alleged to be unconstitutional were removed from their position, or for them to 25 vacate their position with immediate effect. However, both the 2nd and 3rd respondents had since relinquished their post. As such, since matters had changed irrevocably by reason of their S/N GhI3s0CpDUm1gof5sgwdmw resignation, it was no longer tenable for the court to answer the question posed because the factual substratum underlying the question posed no longer existed. (paras 63-65). 5 [16] Justeru, secara dasarnya apabila Defendan-Defendan telah mendapat notis bahawa terdapat Writ Saman dan Tuntutan telah dibawa terhadap Defendan-Defendan, adalah menjadi akademik untuk Mahkamah ini memutuskan Perintah Penyampaian Ganti yang diperoleh oleh Plaintif adalah tidak teratur dan wajar 10 diketepikan. S/N GhI3s0CpDUm1gof5sgwdmw PENUTUP [17] Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan Lampiran 14 telah menjadi akademik dan tiada 5 keperluan untuk Mahkamah ini memutuskan berkenaan Lampiran 14. Pihak-Pihak sewajarnya memfokuskan kepada isu utama iaitu merit kes yang akan diputuskan kelak oleh Mahkamah yang Mulia ini. 10 BERTARIKH 01hb SEPTEMBER 2025 15 (MUHAMMAD FITRI BIN MOKHTAR) Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya 20 Mahkamah Sesyen Johor Bahru JOHOR 25 S/N GhI3s0CpDUm1gof5sgwdmw Peguam bagi pihak Plaintif : Muhammad Khairuddin Bin Annuar Tetuan Yoon & Partners Peguam bagi pihak Defendan : Josiah Tea Yoong Kit Tetuan Tea Kelvin Kang & Co. S/N GhI3s0CpDUm1gof5sgwdmw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.