1
Tuntutan kecil ini melibatkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan bagi amaun sejumlah RM 45.00, antara lain.
JD-A77-2-03/2024
Magistrates Court of Malaysia21 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(a) “contract” has the same meaning as assigned to it in section 2 of the Contracts Act 1950 [Act 136];”
“2 CLJ 1278; [1989] 2 CLJ (Rep) 619.) [penekanan ditambah] [51] Kes yang dirujuk di atas telah diikuti dalam kes Mahkamah Tinggi iaitu dalam Dato' Vijay Kumar Natarajan & Anor v Malaysia Airlines Bhd [2021] MLJU 407 seperti berikut: [16] Plaintiffs complain that certain conditions were not brought to their proper notice”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Tuntutan kecil ini melibatkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan bagi amaun sejumlah RM 45.00, antara lain.
2
Di akhir perbicaraan, Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan Plaintif ke atas Defendan adalah ditolak dengan kos sebanyak RM 100.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan.
3
Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini, Plaintif kemudiannya merayu ke Mahkamah Tinggi ke atas keseluruhan keputusan tersebut.
4
Plaintif merupakan seorang awam manakala Defendan adalah sebuah syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1956 yang menawarkan perkhidmatan tempahan tiket bas dalam talian, khususnya melalui laman sesawang BusOnlineTicket.com iaitu sebuah portal tempahan tiket bagi penempahan tiket bas, tren dan feri di Malaysia dan Singapura.
5
Sepanjang prosiding ini, Plaintif hadir sendiri manakala pihak Defendan diwakili oleh En. Mohd Zarhaimi Anuar bin Dol, pegawai khidmat pelanggan syarikat Defendan bersama Cik Mak Tsi Hui selaras dengan A.93, k.7 KKM 2012. Surat wakil oleh pihak syarikat Defendan dapat dilihat di Lamp 3.
6
Pada 21 Julai 2023, Plaintif membuat tempahan awal dalam talian bagi satu perjalanan melalui bas jenama LA Holidays dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur bagi tarikh 27 Julai 2023, jam 12.15 am S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 dengan harga RM 35.00. Namun pada 25 Julai 2023, Plaintif telah cuba untuk membuat penjadualan semula tarikh perjalanan tersebut dengan membuat bayaran RM 5.00 sebanyak 2 kali di atas talian.
7
Dengan penolakan wang sejumlah RM 10.00 dari akaun bank Plaintif yang dibayar bagi tujuan penjadualan semula tiket bas tersebut selaras dengan polisi syarikat Defendan, Plaintif mengandaikan bahawa penjadualan semula yang dipohon oleh Plaintif telah berjaya dilakukan.
8
Namun demikian, pada 27 Julai 2023, Plaintif mendapati bahawa tiket Plaintif yang ditempah sebelum ini masih menunjukkan tarikh sama dan tiada sebarang perubahan tarikh perjalanan ditunjukkan. Oleh itu, Plaintif telah memohon sekali lagi untuk penjadualan semula tempahan bas itu di atas talian, tetapi tidak berjaya kerana sistem menunjukkan bahawa penjadualan semula perlu dibuat sekurang-kurangnya 12 jam sebelum tarikh asal pelepasan bas yang ditempah tersebut.
9
Pembelaan Defendan pula adalah bahawa percubaan Plaintif untuk penjadualan semula tarikh perjalanan pada 25 Julai 2023 tidak berjaya kerana kedua-dua bayaran tersebut tidak diterima oleh pihak Defendan. Manakala, permohonan Plaintif untuk penjadualan semula pada 28 Julai 2023 pula adalah tidak berjaya kerana perjalanan bas yang ditempah oleh Plaintif tersebut telah tamat di mana mengikut Polisi Penjadualan Semula, sebarang pertukaran hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 12 jam sebelum tarikh asal bas yang ditempah itu berlepas. S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
10
Plaintif juga telah menyatakan bahawa tiada terma dan syarat ditunjukkan kepada Plaintif sebelum Plaintif memasukkan kontrak bersama Defendan.
11
Berkenaan dengan ini, pihak Defendan menyatakan bahawa terma dan syarat berkenaan penjadualan semula telah dipaparkan di laman sesawang pihak Defendan - sebelum tempahan dibuat, ketika tempahan dibuat, sebelum pembayaran dibuat dan juga setelah tempahan tersebut berjaya dibuat.
12
Kemudiannya, Plaintif telah menghubungi pihak Defendan untuk mendapatkan kembali wang sejumlah RM 35.00 (kos tiket) dan RM 10.00 (bayaran bagi tujuan penjadualan semula tiket), namun tidak berjaya.
13
Plaintif mendakwa bahawa beliau telah ditipu, di mana selanjutnya beliau telah memfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini dan kemudiannya pada 18 Mac 2024, beliau telah memfailkan tindakan ini bagi menuntut kembali wang sejumlah RM 45.00, antara lain di bawah Aturan 93 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012).
14
Semasa kes ini dipanggil untuk pengurusan kes di hadapan saya pada 5 Disember 2024, Plaintif telah membangkitkan bantahan untuk saya mendengar kes ini atas alasan bahawa Plaintif pernah mempunyai kes dengan saya semasa saya bertugas sebagai peguam sebelum ditugaskan sebagai Majistret, Mahkamah Segamat, di mana ini telah dibantah oleh Defendan dan Defendan S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 telah memohon untuk kes ini diteruskan dengan perbicaraan.
15
Mahkamah kemudiannya telah mengarahkan pihak-pihak untuk memfailkan permohonan untuk tindakan ini dipindahkan ke mahkamah yang lain sekiranya mana-mana pihak tidak mahu saya mendengar kes ini; atau permohonan untuk mengecualikan saya daripada mendengar kes ini. Namun, melalui surat Plaintif (Lamp 25) dan surat daripada Defendan (Lamp 26), pihak-pihak kemudiannya menyatakan persetujuan untuk saya mendengar kes ini.
16
Lanjutan daripada itu, selaras dengan peruntukan A.93, k.13 KKM 2012, Mahkamah ini telah cuba untuk membantu pihak-pihak untuk membuat penyelesaian kes melalui persetujuan beberapa kali dalam sesi pengurusan kes. Namun begitu, kedua-dua pihak tidak dapat mencapai satu persetujuan untuk penyelesaian di mana tindakan ini terpaksa diheret ke perbicaraan seperti dipohon oleh pihak-pihak.
17
Semasa perbicaraan, saksi Plaintif adalah Plaintif sendiri (SP1 – WSSP1), manakala saksi Defendan ialah En. Mohd Zarhaimi Anuar bin Dol (SD1 – WSSD1), iaitu pegawai khidmat pelanggan syarikat Defendan.
18
Plaintif telah menghujahkan bahawa Defendan membenarkan Plaintif menjadualkan semula tiket bas dengan membayar S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 pampasan RM 5-00, tetapi kemudiannya telah menipu Plaintif bahawa tiada wang diterima dan menafikan permohonan Plaintif untuk menjadualkan semula tiket bas.
19
Dalam keadaan itu, Plaintif menghujahkan bahawa terdapat perlakuan yang mengelirukan dan memperdayakan (misleading or deceptive conduct), serta representasi palsu dan mengelirukan (false or misleading representation) daripada pihak Defendan di bawah Seksyen 9 dan 10 Akta Perlindungan Pengguna 1999. Peruntukan tersebut adalah seperti berikut:
9
Misleading conduct No person shall engage in conduct that –
a
in relation to goods, is misleading or deceptive, or is likely to mislead or deceive, the public as to the nature, manufacturing process, characteristics, suitability for a purpose, availability or quantity, of the goods; or
b
in relation to services, is misleading or deceptive, or is likely to mislead or deceive, the public as to the nature, characteristics, suitability for a purpose, availability or quantity, of the services.
10
False or misleading representation
1
No person shall make a false or misleading representation that –
a
the goods are of a particular kind, standard, quality, grade, quantity, composition, style or model;
b
the goods have had a particular history or particular previous use;
c
the services are of a particular kind, standard, quality or S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw quantity;
d
the services are supplied by any particular person or by any person of a particular trade, qualification or skill;
e
a particular person has agreed to acquire the goods or services;
f
the goods are new or reconditioned;
h
the goods or services have any sponsorship, approval, endorsement, performance characteristics, accessories, uses or benefits;
i
the person has any sponsorship, approval, endorsement or affiliation;
j
concerns the need for any goods or services;
k
concerns the existence, exclusion or effect of any condition, guarantee, right or remedy; or
l
concerns the place of origin of goods.
2
In this section, “quantity” includes length, width, height, area, volume, capacity, weight and number. [20] Plaintif juga merujukkan Mahkamah ini kepada Seksyen 17 dan 18 Akta Kontrak 1950 dalam hujahan berkenaan dengan perlakuan pihak Defendan:
17
Fraud “Fraud” includes any of the following acts committed by a party to a contract, or with his connivance, or by his agent, with intent to deceive another party thereto or his agent, or to induce him to enter into the contract:
a
the suggestion, as to a fact, of that which is not true by one who does not believe it to be true;
b
the active concealment of a fact by one having knowledge S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw or belief of the fact;
c
a promise made without any intention of performing it;
d
any other act fitted to deceive; and
e
any such act or omission as the law specially declares to be fraudulent.
18
Misrepresentation Misrepresentation includes – a. the positive assertion, in a manner not warranted by the information of the person making it, of that which is not true, though he believes it to be true; b. any breach of duty which, without an intent to deceive, gives an advantage to the person committing it, or anyone claiming under him, by misleading another to his prejudice, or to the prejudice of anyone claiming under him; and c. causing, however innocently, a party to an agreement to make a mistake as to the substance of the thing which is the subject of the agreement. [21] Menurut Plaintif, hal ini adalah demikian kerana Defendan dikatakan telah mengelirukan Plaintif bahawa Plaintif boleh membuat penjadualan semula tarikh perjalanan tetapi kemudiannya menyatakan bahawa permohonan Plaintif ditolak atas alasan bahawa sebarang pertukaran hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 12 jam sebelum tarikh asal bas yang ditempah itu berlepas. [22] Selain itu, Plaintif juga menghujahkan bahawa terdapat terma tidak adil (unfair term), ketidakadilan am dari segi tatacara S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw (general procedural unfairness), dan ketidakadilan am yang substantive (general substantive unfairness) di pihak Defendan selaras dengan peruntukan Seksyen 24A(c), 24C dan 24D Akta Perlindungan Pengguna 1999. [23] Diperturunkan juga peruntukan-peruntukan tersebut untuk kemudahan rujukan: PART IIIA
24A
Interpretation for purposes of Part IIIA In this Part—
a
“contract” has the same meaning as assigned to it in section 2 of the Contracts Act 1950 [Act 136];
b
“standard form contract” means a consumer contract that has been drawn up for general use in a particular industry, whether or not the contract differs from other contracts normally used in that industry; and
c
“unfair term” means a term in a consumer contract which, with regard to all the circumstances, causes a significant imbalance in the rights and obligations of the parties arising under the contract to the detriment of the consumer. General procedural unfairness 24C. (1) A contract or a term of a contract is procedurally unfair if it has resulted in an unjust advantage to the supplier or unjust disadvantage to the consumer on account of the conduct of the supplier or the manner in which or circumstances under which the contract or the term of the contract has been entered into or has been arrived at by the S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw consumer and supplier.
2
For the purposes of this section, a court or the Tribunal may take into account the following circumstances:
a
the knowledge and understanding of the consumer in relation to the meaning of the terms of the contract or their effect;
b
the bargaining strength of the parties to the contract relative to each other;
c
reasonable standards of fair dealing;
d
whether or not, prior to or at the time of entering into the contract, the terms of the contract were subject to negotiation or were part of a standard form contract;
e
whether or not it was reasonably practicable for the consumer to negotiate for the alteration of the contract or a term of the contract or to reject the contract or a term of the contract;
f
whether expressions contained in the contract are in fine print or are difficult to read or understand;
g
whether or not, even if the consumer had the competency to enter into the contract based on his or her capacity and soundness of mind, the consumer—
i
was not reasonably able to protect his or her own interests or of those whom he or she represented at the time the contract was entered; or
II
(ii) suffered serious disadvantages in relation to other parties because the consumer was unable to appreciate adequately the contract or a term of the contract or its implications by reason of age, sickness, or physical, S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw mental, educational or linguistic disability, or emotional distress or ignorance of business affairs;
h
whether or not independent legal or other expert advice was obtained by the consumer who entered into the contract;
i
the extent, if any, to which the provisions of the contract or a term of the contract or its legal or practical effect was accurately explained by any person to the consumer who entered into the contract;
j
the conduct of the parties who entered into the contract in relation to similar contracts or courses of dealing between them; and
k
whether the consumer relied on the skill, care or advice of the supplier or a person connected with the supplier in entering into the contract. General substantive unfairness 24D. (1) A contract or a term of a contract is substantively unfair if the contract or the term of the contract—
a
is in itself harsh;
b
is oppressive;
c
is unconscionable;
d
excludes or restricts liability for negligence; or
e
excludes or restricts liability for breach of express or implied terms of the contract without adequate justification.
2
For the purposes of this section, a court or the Tribunal may take into account the following circumstances:
a
whether or not the contract or a term of the contract imposes conditions— S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw
i
which are unreasonably difficult to comply with; or
II
(ii) which are not reasonably necessary for the protection of the legitimate interests of the supplier who is a party to the contract;
b
whether the contract is oral or wholly or partly in writing;
c
whether the contract is in standard form;
d
whether the contract or a term of the contract is contrary to reasonable standards of fair dealing;
e
whether the contract or a term of the contract has resulted in a substantially unequal exchange of monetary values or in a substantive imbalance between the parties;
f
whether the benefits to be received by the consumer who entered into the contract are manifestly disproportionate or inappropriate, to his or her circumstances;
g
whether the consumer who entered into the contract was in a fiduciary relationship with the supplier; and
h
whether the contract or a term of the contract—
i
requires manifestly excessive security for the performance of contractual obligations;
II
(ii) imposes penalties which are disproportionate to the consequences of a breach of contract;
III
(iii) denies or penalizes the early repayment of debts;
IV
(iv) entitles the supplier to terminate the contract unilaterally without good reason or without paying reasonable compensation; or
v
entitles the supplier to modify the terms of the contract unilaterally. [24] Plaintif menghujahkan sedemikian atas alasan bahawa terma S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw yang mengatakan bahawa “sebarang pertukaran hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 12 jam sebelum tarikh asal bas yang ditempah itu berlepas” adalah tidak adil kepada Plaintif di mana Plaintif terpaksa mengalami kesukaran membaca atau memahami terma tersebut melalui teks elektronik. [25] Plaintif menyatakan bahawa Defendan sepatutnya menyatakan terma tersebut dengan jelas dan perkara tersebut tidak boleh bersifat tersirat. Perkara ini, menurut Plaintif adalah bersifat menindas. [26] Selain itu, Plaintif juga telah menghujahkan bahawa pihak Defendan telah melakukan pengiklanan umpanan (bait advertising) selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Perlindungan Pengguna 1999, di samping telah melakukan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 24I Akta tersebut. Hujahan Defendan [27] Pihak Defendan dalam hujahan mereka pula, mengulangi pembelaan yang dikemukakan oleh mereka sejak dari awal kes ini lagi iaitu bahawa percubaan Plaintif untuk penjadualan semula tarikh perjalanan pada 25 Julai 2023 tidak berjaya kerana kedua-dua bayaran tersebut tidak diterima oleh pihak Defendan. [28] Manakala, permohonan Plaintif untuk penjadualan semula pada 28 Julai 2023 pula adalah tidak berjaya kerana perjalanan bas yang ditempah oleh Plaintif tersebut telah tamat di mana mengikut Polisi Penjadualan Semula, sebarang pertukaran hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 12 jam sebelum tarikh asal bas yang S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw ditempah itu berlepas. [29] Berkenaan dengan isu ketiadaan terma berkaitan tempoh permohonan untuk penjadualan semula pula, pihak Defendan menghujahkan bahawa terma dan syarat berkenaan penjadualan semula telah dipaparkan di laman sesawang pihak Defendan - sebelum tempahan dibuat, ketika tempahan dibuat, sebelum pembayaran dibuat dan juga setelah tempahan tersebut berjaya dibuat. [30] Oleh itu, Defendan berhujah bawah Plaintif telah mempunyai peluang yang mencukupi untuk membaca dan memahami syarat sebelum meneruskan pembelian tiket tersebut. Defendan juga menekankan bahawa Plaintif telah mengakui semasa sesi pemeriksaan balas Plaintif (SP1) bahawa adalah bukan menjadi kesalahan Defendan apabila Plaintif tidak membaca terma-terma yang dipaparkan di laman sesawang pihak Defendan sebelum pembelian dibuat. [31] Pihak Defendan selanjutnya membantah dakwaan Plaintif bahawa Defendan cuba memperdaya Plaintif atau mengemukakan sebarang maklumat yang mengelirukan di mana semua maklumat mengenai polisi pertukaran serta maklumat pembayaran telah dinyatakan secara telus di platform Defendan. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [32] Setelah meneliti kesemua dokumen-dokumen dan keterangan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah percaya isu utama yang perlu diputuskan Mahkamah ini adalah sama ada S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw Plaintif berhak untuk menuntut RM 45.00 seperti yang dinyatakan oleh beliau. [33] Oleh hal yang demikian, dalam memutuskan isu tersebut, adalah amat penting bagi Mahkamah ini untuk meneliti keseluruhan fakta dan keterangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak berdasarkan imbangan kebarangkalian. Beban pembuktian adalah terletak di bahu Plaintif untuk membuktikan tuntutan beliau di atas imbangan kebarangkalian. Prinsip Undang-Undang Berkenaan Rayuan Plaintif [34] Plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi atas keseluruhan keputusan ini. [35] Merujuk kepada Seksyen 28 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 seperti berikut:
28
Civil appeals from subordinate courts
1
Subject to any other written law, no appeal shall lie to the High Court from a decision of a subordinate court in any civil cause or matter where the amount in dispute or the value of the subject-matter is *ten thousand ringgit or less except on a question of law.
2
An appeal shall lie from any decision of a subordinate court in any proceedings relating to maintenance of wives or children, irrespective of the amount involved. [36] Perlu diambil perhatian bahawa tuntutan Plaintif ini adalah satu tuntutan kecil melibatkan amaun di bawah RM 5,000.00, iaitu sebanyak RM 45.00. Ini bermakna, mengikut peruntukan undang-S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw undang, secara amnya, Plaintif tidak boleh memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi, melainkan terdapat sebarang persoalan undang-undang yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. [37] Sekiranya diteliti Notis Rayuan yang difailkan oleh Plaintif, Plaintif menyatakan bahawa “walaupun penjadualan permohonan bus tiket telah disempurnakan secara atas talian, Responden/Defendan masih tidak mengakui dan enggan membuat pertukaran tiket tersebut ke masa lain.” Perkara ini pada pendapat Mahkamah ini, adalah persoalan fakta yang telah pun diputuskan oleh Mahkamah ini. [38] Selanjutnya, “penyalahgunaan proses Mahkamah yang dijalankan oleh Tuan Majistret semasa pendengaran kes itu.” Berkenaan dengan ini, Mahkamah ini percaya tiada sebarang penyalahgunaan proses dilakukan di mana segala prosedur telah diikuti. Tambahan pula, Mahkamah ini telah cuba untuk membantu pihak-pihak untuk mencapai satu penyelesaian tanpa keperluan melalui satu perbicaraan; walaupun tidak berjaya. [39] Pada masa yang sama, prosedur tuntutan kecil juga adalah lebih fleksibel memandangkan pihak-pihak adalah tidak diwakili peguam. Dengan sedemikian, Mahkamah berpendapat tiada sebarang penyalahgunaan proses sepanjang prosiding dijalankan. [40] Dalam konteks itu, beban adalah terletak di bahu Plaintif untuk membangkitkan sebarang persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di peringkat rayuan. S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw Kewujudan Kontrak di Antara Plaintif dan Defendan dan Isu Penjadualan Semula Tiket Perjalanan Bas Plaintif [41] Tidak menjadi pertikaian bahawa kontrak untuk urus niaga komersial boleh dibentuk secara elektronik dan ini termasuk sebarang penjualan yang dilakukan secara dalam talian. Ini jelas diperuntukkan di bawah seksyen 7 Akta Perdagangan Elektronik
2006
Transaksi ini dikategorikan sebagai e-dagang. [42] Walaupun e-dagang dijalankan dalam talian, transaksi itu perlu memenuhi semua elemen kontrak (offer, acceptance of the offer, consideration, and the intention to create legal relations) yang mengikat pihak-pihak secara sah. Kontrak ini adalah sah di sisi undang-undang, mengikat pihak-pihak dan boleh dikuatkuasakan terhadap kedua-dua pihak dalam kontrak seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7(2) Akta Perdagangan Elektronik 2006. [43] Dalam kes semasa, syarat kontrak pengangkutan antara Plaintif dan Defendan berhubung dengan pembelian tiket perjalanan bas telah diperjelaskan dalam talian melalui laman web Defendan. Plaintif telah bersetuju untuk memasuki kontrak bersama syarikat Defendan dengan mengklik butang “Proceed to Payment” di mana terma ini boleh dilihat di halaman 28 Ikatan Dokumen Defendan yang menunjukkan bahawa “By clicking on Proceed to Payment, you agree to our Terms Of Use & Privacy Policy”. [44] Dengan berbuat demikian, ini menunjukkan penerimaan Plaintif terhadap syarat yang dikemukakan oleh pihak Defendan apabila melengkapkan pembelian tiket perjalanan bas tersebut. Maka S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw dapat dilihat bahawa Plaintif telah membeli tiket perjalanan bas tersebut dari laman web Defendan tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalamnya. [45] Pada masa yang sama, Mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujahan Plaintif yang menyatakan bahawa terma yang dikemukakan oleh pihak Defendan adalah bersifat menindas. Hal ini demikian kerana walaupun pembayaran telah dibuat oleh pengguna (dalam kes ini Plaintif) bagi satu tarikh dan masa perjalanan yang telah ditetapkan, pihak Defendan masih menawarkan perkhidmatan untuk menukar tarikh dan masa perjalanan (rescheduling) dan juga pemulangan kembali wang (refund). [46] Walaubagaimanapun, penjadualan semula perjalanan dan pemulangan wang ini tertakluk kepada syarat pihak Defendan juga di mana ini boleh didapati melalui satu lagi pautan berasingan yang sedia untuk dilayari dan dibaca oleh mana-mana pengguna dengan satu klik sahaja. Ini boleh dilihat di halaman 29 Ikatan Dokumen Defendan. [47] Mahkamah ini juga merujuk kepada halaman 24 Ikatan Dokumen Defendan yang menunjukkan terma dan syarat bagi penjadualan semula perjalanan di mana boleh dilihat seperti berikut: Q: Can I reschedule my trip? A: Reschedule policy may differ for each operator. If applicable, you can reschedule your bus trip via BusOnlineTicket.com Member Panel. Just log in to your member account and Manage your booking. You will see an option to Reschedule Booking if the booking is reschedulable. S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw [48] Dalam kes ini, Plaintif pada awalnya telah menempah bas jenis LA Holidays. Maka dengan merujuk kepada “Operators’ Reschedule Policy” (boleh dirujuk di halaman 4 Ikatan Dokumen Defendan), bagi bas jenis LA Holidays, sebarang penjadualan semula hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 12 jam sebelum tarikh asal bas yang ditempah itu berlepas (Hours Before Departure – 12). [49] Berkenaan dengan ini, semasa disoal oleh pihak Defendan, Plaintif bersetuju bahawa beliau tidak membaca kesemua terma dan syarat yang dikemukakan oleh pihak Defendan di mana selanjutnya beliau mengakui bahawa adalah bukan menjadi kesalahan pihak Defendan apabila Plaintif memilih untuk tidak membaca terma dan syarat yang disediakan dan dipaparkan oleh pihak Defendan di laman sesawang mereka. SESI SOAL BALAS PADA 23 MEI 2025 S: Rujuk Ikatan Dokumen Defendan, mukasurat 28. Mukasurat ini akan dicapai sebelum pembayaran. “By clicking you will agree to terms and condition”, bila click akan bawa ke satu lagi page. Ke page mukasurat 29. Akan membawa kepada mukasurat 29, ada dimaklumkan tentang “reschedule dan policy”. Policy juga satu link pautan dan bila diklik, akan bawa ke page 27. Di situ ada dimaklumkan “reschedule policy” sebelum bayaran. Setelah ditunjukkan page tersebut, “terms and condition” ada diletakkan. Benarkah Plaintif langsung tidak melihat sebelum meneruskan pembayaran? J: Pihak Plaintif tidak membaca satu persatu term yang S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw digunakan sejak dengan klik ini bayaran akan dibenarkan. Tidak perlu baca satu persatu. Soalan ditanya tidak baca satu persatu syarat. Hanya dengan klik sahaja bayaran dibenarkan oleh Defendan. S: Adakah Plaintif merasakan dengan tidak membacakan apa yang disediakan oleh Defendan satu kesalahan pihak Defendan? J: Bukan [50] Berkenaan dengan perkara ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes United Overseas Bank (Malaysia) Bhd v Lee Yaw Lin & Anor [2016] 4 CLJ 871 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: [26] The plaintiffs are assumed to have understood and agreed to all the terms in the hire contract. (see L'Estrange v. F Graucob Limited [1934] 2 KB 394; Polygram Records Sdn Bhd v Hillary Ang & 4 Ors (Collectively Known
127
As "The Search") & Anor [1994] 3 CLJ 806; [1994] 3 MLJ ) It is untenable to conclude that despite having signed the contract in its entirety, the plaintiffs can now contend that the specific clauses are not enforceable. The learned trial judge's reliance on this case to support an alleged lack of notice is, in our view, unsustainable. ….. [31] Clauses 13 (and 14 on limitation of liability) are expressly set out in the 2002 agreement. The plaintiffs signed the 2002 agreement in its entirety, meaning that they are bound by cls. 13 and 14. The fact that they chose not to read the S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw contract in its entirety does not mean that they are not bound by the terms of the contract (see Saunders v. Anglia Building Society [1970] 3 All ER 961; Chai Then Song v. Malayan United Finance Bhd [1993] 2 CLJ 640; UMW Industries [1985] Sdn Bhd v. Kamaruddin Abdullah & Anor [1989] 2 CLJ 1278; [1989] 2 CLJ (Rep) 619.) [penekanan ditambah] [51] Kes yang dirujuk di atas telah diikuti dalam kes Mahkamah Tinggi iaitu dalam Dato' Vijay Kumar Natarajan & Anor v Malaysia Airlines Bhd [2021] MLJU 407 seperti berikut: [16] Plaintiffs complain that certain conditions were not brought to their proper notice at the time of booking. However, the onus is on Plaintiffs as customers/passengers to read the Fare Conditions and the General Conditions. Failure to read the said conditions does not release Plaintiffs from being bound by them. It must be assumed that Plaintiffs have understood and agreed to the said terms. In this regard, I follow the Court of Appeal case of United Overseas Bank (Malaysia) Bhd v Lee Yaw Lin & Anor [2016] 4 CLJ 871 at 880… [52] Kes Plaintif dalam kes ini boleh dikaitkan dengan fakta kes Dato' Vijay Kumar Natarajan [supra] di atas, dan dalam kes ini juga, tuntutan Plaintif telah ditolak setelah satu permohonan oleh Defendan untuk pembatalan pliding dibenarkan. [53] Maka berdasarkan rujukan kepada kes-kes di atas, tanggungjawab adalah terletak kepada Plaintif sebagai pelanggan/penumpang untuk membaca Terma dan Syarat yang S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw disediakan oleh pihak Defendan sebelum meneruskan pembayaran yang menunjukkan persetujuan Plaintif untuk memasuki kontrak bersama Defendan. Kegagalan Plaintif untuk membaca syarat-syarat tersebut tidak melepaskan Plaintif daripada terikat dengan terma dan syarat yang dianggap dipersetujui oleh beliau. Dalam keadaan ini, dengan meneruskan pembayaran, Plaintif semestinya diandaikan bahawa telah memahami dan bersetuju dengan terma tersebut. [54] Oleh hal yang demikian, sebarang permohonan untuk penjadualan semula sepatutnya dibuat oleh Plaintif mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Defendan iaitu bagi bas jenis LA Holidays, sekurang-kurangnya 12 jam sebelum tarikh asal bas itu berlepas. Selanjutnya, pihak Defendan tidak wajar dipersalahkan atas kegagalan Plaintif untuk mematuhi terma dan syarat yang disediakan oleh Defendan, yang menyebabkan kegagalan permohonan beliau untuk penjadualan semula. [55] Dalam konteks ini, Mahkamah ini percaya bahawa Plaintif tidak berhak untuk menuntut kembali RM 35.00 yang merupakan jumlah bayaran tiket bagi tempahan asal Plaintif. Isu Pembayaran Tidak Diterima oleh Pihak Defendan [56] Dalam kes semasa, tidak dinafikan bahawa Plaintif sememangnya telah cuba untuk membuat permohonan untuk penjadualan semula tarikh perjalanan pada 25 Julai 2023 dengan membuat bayaran RM 5.00 sebanyak 2 kali di atas talian. [57] Dengan penolakan wang sejumlah RM 10.00 dari akaun bank S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw Plaintif yang dibayar bagi tujuan penjadualan semula tiket bas tersebut, Plaintif telah mengandaikan bahawa penjadualan semula yang dipohon oleh Plaintif telah berjaya dilakukan. [58] Fakta bahawa Plaintif ada cuba membuat bayaran sebanyak RM
5
5.00 sebanyak 2 kali bagi tujuan pertukaran tarikh perjalanan ini adalah tidak dinafikan oleh pihak Defendan. Namun begitu, sejak dari awal prosiding ini lagi, pihak Defendan dengan yakin menyatakan bahawa tiada sebarang pembayaran untuk caj pertukaran yang diterima oleh sistem Defendan daripada Plaintif. [59] Pihak Defendan selanjutnya menyatakan bahawa sistem Defendan hanya akan memproses permintaan untuk penjadualan semula hanya sekiranya bayaran berjaya diterima di mana pelanggan akan menerima pengesahan penempahan (Booking Confirmation) yang baharu melalui emel. [60] Dalam kes ini, persoalan mengenai sama ada bayaran tersebut berjaya ataupun tidak telah dijawab dengan merujuk kepada tangkap layar transaksi pembayaran yang dikemukakan oleh Plaintif sendiri dalam Ikatan Dokumen beliau, khususnya di halaman 3 dan 4 Ikatan Dokumen Plaintif. Sekiranya diteliti transaksi ini, pada 25 Julai 2023, terdapat 4 transaksi “SALE DEBIT BUS ONLINE TICKET * BANGSAR SOUTH”, iaitu 2 di bahagian ‘debit’ dan 2 di bahagian ‘credit’. [61] Bermakna, pembayaran sebanyak RM 5.00 yang dilakukan oleh Plaintif sebanyak 2 kali ini telah dikembalikan semula ke akaun Plaintif. Ini sekaligus mengesahkan pernyataan pihak Defendan bahawa percubaan bagi penjadualan semula telah S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw sememangnya dilakukan oleh Plaintif sebanyak 2 kali, namun kedua-dua pembayaran adalah tidak berjaya dan tidak diterima oleh sistem Defendan. [62] Dalam keadaan sedemikian, pihak Defendan sememangnya tidak mendapat sebarang notifikasi berkenaan percubaan Plaintif untuk menukar tarikh perjalanan beliau. [63] Plaintif selanjutnya cuba mempersalahkan pihak Defendan atas kegagalan ini di mana pihak Defendan telah menjawab dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa sebarang bayaran adalah di bawah seliaan pihak bank yang dipilih oleh Plaintif sendiri semasa pembayaran dibuat dan pihak Defendan hanya boleh meneruskan dengan pertukaran tarikh perjalanan hanya sekiranya sistem selesai menerima bayaran daripada pihak pelanggan. [64] Di samping itu, Plaintif juga tidak menerima sebarang emel yang menyatakan bahawa permohonan untuk penukaran tarikh perjalanan beliau telah berjaya. Lantaran itu, adalah tidak adil sekiranya pihak Defendan dipersalahkan di mana Mahkamah ini berpendapat bahawa Plaintif seharusnya lebih cakna dalam menguruskan sebarang permohonan untuk penjadualan semula tarikh perjalanan, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana tiada sebarang notifikasi atau pengesahan pertukaran tarikh perjalanaan dihantar atau dibuat oleh pihak Defendan kepada Plaintif. [65] Maka, dengan melihat fakta dan keterangan dokumentari bahawa wang sejumlah RM 10.00 yang dibayar oleh Plaintif telah S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw dikembalikan semula ke akaun Plaintif, Mahkamah ini percaya Plaintif juga tidak berhak untuk menuntut wang tersebut memandangkan tiada kerugian sebanyak RM 10.00 yang dialami oleh Plaintif dalam percubaan beliau membuat penjadualan semula tarikh perjalanan. KESIMPULAN [66] Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah satu situasi yang malang bagi Plaintif di mana beliau terpaksa mengheret pihak Defendan sehingga ke perbicaraan di Mahkamah bagi mendapatkan wang yang dituntut oleh beliau. Tambahan pula, beliau terpaksa membelanjakan kos yang banyak (termasuk kos di Mahkamah Majistret dan juga di peringkat rayuan), yang melebihi tuntutan beliau sendiri. [67] Namun demikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan sehingga ke peringkat ini adalah tidak berasas dan tidak wajar untuk dibenarkan. [68] Seperti dinyatakan sebelum ini, tuntutan Plaintif ini boleh dikatakan agak selari dengan fakta dalam kes Dato' Vijay Kumar Natarajan [supra]. Dalam kes tersebut, YA Quay Chew Soon PK (pada ketika itu) juga telah menyatakan seperti berikut: [12] I find the instant suit to be scandalous, frivolous or vexatious. My view is that this action is wholly unnecessary and irrelevant. I am of the opinion that Plaintiffs’ claim is obviously unsustainable and is bound to fail if it was to proceed to trial. I think Plaintiffs merely wished to annoy or S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw embarrass D. To my mind, this action will not lead to any practical result. It is also my finding that the present suit is an abuse of the process of the Court. I will not allow Plaintiffs to use the judicial process as a means of vexation and oppression against D… [69] Justeru itu, berdasarkan kesemua keterangan dan fakta-fakta yang dikemukakan sama ada secara lisan mahupun dokumentari, tuntutan Plaintif ini wajar ditolak dan Mahkamah dengan ini memerintahkan sedemikian. Selanjutnya, Mahkamah ini mengawadkan kos sebanyak RM 100.00 untuk dibayar kepada Defendan. Bertarikh pada 7 September 2025 (DHILIP NAIR A/L R.N. ATCHUTHAN) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET SEGAMAT, JOHOR S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw
1
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd v Lee Yaw Lin & Anor [2016]
2
Dato' Vijay Kumar Natarajan & Anor v Malaysia Airlines Bhd [2021]
1
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 2.
3
Akta Kontrak 1950 [Akta 136]
4
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]
5
Akta Perdagangan Elektronik 2006 [Akta 658] Tarikh keputusan: 21 Julai 2025 S/N gJ8bkAjYD0udo5iOUnfjPw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.