isu tuntutan berkaitan dengan pemecatannya telah didengar oleh Mahkamah Perusahaan Johor Bahru di bawah No. Kes 16/4-2102/21, di mana Mahkamah Perusahaan telah membatalkan tindakan Plaintif tersebut terhadap Defendan pada 2.2.2023. Undang-undang berkaitan pembatalan tuntutan Plaintif [9] Adalah menjadi undang-undang bahawa sesuatu permohonan di bawah A. 18 k. 19(1)(b) dan/atau (c) KKM 2012 hanya berjaya apabila Pernyataan Tuntutan secara jelas tidak boleh dikekalkan. [10] Dalam kes Abdul Rahim Abdul Hamid & Ors v Perdana Merchant Bankers Bhd & Ors [2000] 1 MLRA 111 Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa dalam hal sesuatu permohonan di bawah A. 18 k. 19(1)(a) Mahkamah hanya menimbang sama ada pernyataan tuntutan mendedahkan kausa tindakan yang munasabah. Adalah prinsip yang mantap bahawa mahkamah tidak akan membatalkan pliding secara ringkas melainkan dalam kes yang jelas dan nyata di mana tuntutan itu jelas dan nyata tidak boleh dikekalkan. [11] Dalam kes Bandar Builders Sdn Bhd & 2 Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 1 MLRA 611; [1993] 4 CLJ 7, Mahkamah S/N 9Fl9IK/uyEe1vt9lLeWlXg Agung memutuskan bahawa prinsip yang mahkamah bertindak dalam melaksanakan kuasanya di bawah A. 18 k. 19(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah mantap. Prosedur ringkasan ini hanya boleh digunakan apabila ia boleh dilihat secara terang bahawa sesuatu tuntutan itu jelas tidak boleh dikekalkan. Selama mana pliding mendedahkan kausa tindakan atau membangkitkan persoalan yang layak ditentukan oleh hakim, maka pernyataan bahawa kes itu lemah atau tidak mungkin berjaya bukan alasan untuk pliding itu dibatalkan. [12] Sehubungan itu, isu utama di hadapan Mahkamah sekarang adalah sama ada tuntutan kedua-dua Plaintif jelas dan nyata boleh dikekalkan atau sebaliknya. Sama ada tindakan Plaintif adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Perusahaan dan bukannya di bawah Mahkamah Tinggi Johor Bahru [13] Saya telah meneliti Pernyataan Tuntutan Plaintif dan mendapati ia adalah jelas berkaitan dengan pemecatannya dan seterusnya menuntut gantirugi berikutan pemecatan berkenaan. [14] Dalam hal ini saya suka merujuk kepada keputusan terkini Mahkamah Rayuan dalam kes 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd v. Ashvine Hari Krishnan [2023] 2 ILR 209, di mana dalam kes ini Mahkamah Rayuan telah membahaskan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Ng Siang Teik v. Chow Tat Ming & Ors [2010] 1 LNS 1778; [2010] MLJU 1907 dan seterusnya membenarkan rayuan perayu bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi membatalkan tuntutan responden. Nantha Balan HMR ketika menyampaikan keputusan mahkamah menyatakan – S/N 9Fl9IK/uyEe1vt9lLeWlXg [44] The Industrial Court is a creature of the Act, which is in turn, a piece of social legislation, enacted as a speedy form of statutory remedy to resolve industrial disputes between employers and employees and trade unions. [45] In our view, having regard to the purpose for which the Act was enacted, it was wholly incumbent upon the Plaintiff, who complains that she had been constructively dismissed, to invoke the statutory remedy under the Act, instead of filing a civil action and claiming substantial damages of the type as stated in the Statement of Claim. The type of damages which are stated in the Statement of Claim cannot be awarded by the Industrial Court. As stated in the earlier part of this judgment, the Industrial Court will only make an award as permitted by the Act – reinstatement (or salary in lieu of reinstatement) with back-wages (per the 2nd Schedule). What the Industrial Court will award is compensation for loss of employment, and that is what the Plaintiff will be entitled to, if at all. [69] In the final analysis, we agree with and endorse the approach taken by the High Court in Ng Siang Teck – a civil suit by a dismissed employee who chooses not to pursue the statutory dispute resolution mechanism/process under the Act and/or seek the requisite statutory remedy under the Act and who seeks instead monetary compensation for loss of employment via a common law action ought to be struck out as being an abuse of process of the court. [15] Pendekatan yang sama juga diambil dalam kes Ace Holdings Bhd v. Norahayu Rahmad & Anor [2023] 6 CLJ 159 [2023] 1 LNS 1043 di mana Wong Kian Kheong HMR menyatakan –