Keterangan SD1 mengenai situasi seperti dalam kes ialah: Peg. Defendan: Saya hendak tanyakan kalau katakan pada sepanjang berkhidmat sebagai Jurutera Daerah kalau katakan kes-kes yang melibatkan tiang lampu, pokok ini semua dibawah tanggungjawab siapa? Saksi SD1: Di bawah MBJB, Majlis Bandaraya. Peg. Defendan: Ada tak apa-apa bentuk persefahaman perjanjian pihak JKR dengan Malis ke untuk membektikan tanggunjawab seliaan ini? Saksi SD1: Ada. Peg. Defendan: Jadi kalau dikatakan kes-kes yang melibatkan tiang lampu, pokok yang jatuh atas jalan, pihak JKR ada ambil apa-apa tindakkan tak? Saksi SD1: Kita akan bantu majlis kalau mereka lambat. Sebab semua pokok dengan tiang lampu, traffic light semua adalah orang Majlis.JKR hanya jaga jalan, saliran longkang dan pembentunganya. Kalau kita datang dulu kita akan tolong tolak tepi…” Selanjutnya: Peg. Defendan: Tuan kalau katakan tiang lampu jatuh atas jalan JKR hanya akan membantu di situ, tetapi tanggunjawab adalah pada Majlis? Saksi SD1: Ya. Peg. Defendan: Bagaimanakah pula dengan Syarikat Konsesi apakah tanggungjawab bagi Syarikat Konsesi bagi kes-kes macam ini? Saksi SD1: JKR akan mengarahkan Konsesi, kalau tiang lampu akan dialihkan ke tepi. Peg. Defendan: Siapa yang mengalihkan ke tepi? Saksi SD1: Kalau JKR jumpa dulu kita akan suruh Syarikat Konsesi untuk alihkan, kalau JKR tidak jumpa dulu saya tidak tahu, sepatutnya tanggungjawab Majlis kalau dia jumpa dulu. Semasa pemeriksaan semula: Peg. Defendan: Jadi sebenarnya tanggungjawab untuk mengalihkan tiang lampu ini bukanlah pada TETO ke, pada JKR ke tapi pada Majlis la adakah macam itu, jelaskan? Saksi SD1: Saya hendak cakap konsep bantu sama membantu. Tanggungjawab nak kata bukan 100% pada Majlis dan mereka pun tidak larat untuk buat semua, itulah konsep kita bantu sesama bantu, nak kata 100% puan saya pun berasa salah juga itu jalan saya berlaku begitu.