Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-57-08/2019 DAN KA-45-20-08/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
KA-45A-57-08/2019
High Court of Malaysia5 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Rayuan di dalam kes Prasit Punyang v. PP [2014] 7 CLJ 392 melalui penghakiman Hakim Azahar bin Mohamed HMR (pada ketika itu) telah menegaskan; "In accordance with the provisions of s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code, it is the bounden duty of the learned JC, at the conclusion of the trial, to consider all the ev”
“said as follows: The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] MLJ 28: ... It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguou”
“OKT. Bagi perkara ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870. [14] Berdasarkan”
“clusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] MLJ 28: ... It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclu”
“yang dari aspek pembelaan adalah beban yang lebih berat berbanding daripada beban membangkitkan keraguan yang munasabah. Ini sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Agung di dalam kes PP v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89. **Note : Serial number will be used to verify the originality of thi”
“: Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 [16] Perkara ini pernah dilulas dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Zainuddin bin Abbas v PP [2014] CLJU 1356; [2014] 1 LNS 1356; [2015] 1 MLJ 309 seperti berikut: “Di dalam membuat dapatan bahawa perayu mempunyai pe”
“bahawa Pegawai Penyiasat bertanggungjawab menjalankan suatu siasatan yang menyeluruh. Perkara ini pernah disentuh oleh Mahkamah Rayuan di dalam Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v. Public Prosecutor [2014] CLJU 752; [2014] 5 MLJ 433 yang telah menyatakan: "In our view, the conduct of PW6 is most unsatisfactory and unac”
“mbil pendirian ini bersandarkan keputsan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 Mahkamah Rayuan di dalam kes Rattana Phinthong lwn. PP [2017] CLJU 117; [2017] 1 LNS 117 yang menyatakan; “[69] Selanjutnya ujian acu pakai pakaian-pakaian dari dalam beg tersebu”
“di mana P21 tersebut ditemui malahan yang lebih utama adalah ke atas pemilikan P21 serta dadah yang ditemui di dalamnya. [49] Perkara yang sama berlaku di dalam kes PR lwn Ruban a/l Mohan dan 1 lagi [2024] CLJU 1369 di mana dalam kes tersebut semasa kes di peringkat pembelaan, Kedua-dua Tertuduh telah memberi keteranga”
“roved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. Thomson J in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possess”
“mber will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 “[78] On knowledge of the drug inside a bag, the Court of Appeal in the case of Chan Kim Seng v. Public Prosecutor [2016] CLJU 188; [2016] 1 LNS 188; [2016] 3 MLJ 80 approved the findings of the trial judge. Evidence led in this case sho”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-57-08/2019 DAN KA-45-20-08/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
OKT telah dipertuduhkan bagi satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) kerana mengedar dadah berbahaya iaitu dadah Methamphetamine seberat 375.9 gram bagi kes KA-45A-57-08/2019 manakala satu 2 lagi pertuduhan adalah di bawah seksyen 12(2)/(3) ADB 1952 bagi kesalahan memilik dadah jenis Methamphetamine seberat 3.06 gram bagi kes KA-45-20-08/2019. Pertuduhan-Pertuduhan ke atas OKT adalah seperti berikut: KA-45A-57-08/2019 Bahawa kamu pada 15 Februari 2019, jam lebih kurang 7.00 petang, di tepi jalan bahagian belakang rumah beralamat C- 117, Taman Sri Tandop, 05400 Alor Setar, dalam daerah Kota Setar, di dalam negeri Kedah, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 375.9 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama. KA-45-20-08/2019 Bahawa kamu pada 15 Februari 2019, jam lebih kurang 7.00 petang, di tepi jalan bahagian belakang rumah beralamat C- 117, Taman Sri Tandop, 05400 Alor Setar, dalam daerah Kota Setar, di dalam negeri Kedah, telah memiliki dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 3.06 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama.
2
Seramai 5 orang saksi telah dipanggil oleh PR dan secara ringkasnya, keterangan yang dikemukakan adalah pada 15/2/2019 pada jam lebih kurang 7 petang, SP3 telah menahan OKT yang di dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di belakang rumah beralamat C-117, Taman Sri Tandop, Alor Setar. OKT pada ketika itu dikatakan sedang memegang satu beg galas berwarna hitam (P21).
3
Pihak polis telah menghampiri OKT dengan kereta dan SP3 bersama pasukan telah menyerbu ke arah OKT yang telah cuba melarikan diri. Setelah OKT ditahan, SP3 telah menjalankan pemeriksaan ke atas P21 dan menemui dua bungkusan plastik lutsinar yang mana setiap bungkusan mengandungi 5 peket lutsinar pelbagai saiz yang dibalut dengan sehelai baju t-shirt (P22) serta satu peket plastik bewarna biru yang mengandungi 210 biji pil bewarna merah dan 2 biji pil bewarna keperangan di mana setiapnya bertulisan WY. Turut ditemui adalah kad bertulisan “Tarikh Bicara” di atas nama OKT serta nombor kad pengenalannya (P23).
4
OKT telah ditangkap dan bahan dadah yang ditemui telah disahkan oleh SP1 sebagai dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 375.9 gram dan 3.06 gram.
5
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) iaitu untuk menentukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang kredibel wujudnya satu kes prima facie.
6
Mahkamah berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Mahkamah dengan ini merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan bermakna Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah sedar jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat, maka Mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada OKT.
7
Berpandukan kepada kes Muhammad Lukman Mohamad v PP [2021] 7 CLJ 524 elemen yang perlu dipenuhi bagi satu kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B ADB 1952 adalah seperti berikut; “In our view, there is force in the submission. The requisites that must be satisfied to sustain conviction for the offence of trafficking in dangerous drugs under s. 39B(1)(a) of DDA 1952 are well-settled. The following elements must be established: a. The impugned drugs are dangerous drugs as listed in the First Schedule of DDA 1952; b. The impugned drugs are under the custody, control and possession of the appellant; and c. The appellant trafficked in the said impugned drugs.”
8
Bagi elemen yang pertama iaitu dadah tersebut adalah dadah sepertimana di dalam Jadual Pertama ADB 1952, Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang pertikaian berbangkit berkenaan jenis dadah yang telah dirampas serta dianalisis dibangkitkan oleh peguam OKT.
9
Berkaitan rantaian keterangan, Mahkamah telah meneliti keterangan oleh SP1, SP3 dan SP5 serta mendapati bahawa keterangan yang diberikan adalah kukuh di dalam membuktikan rantaian keterangan barang kes. Ianya tidak terputus dan Mahkamah berpuashati bahawa ia adalah merupakan barang kes yang sama yang ditemui oleh SP3 serta dikemukakan kepada SP1 untuk dianalisis dan seterusnya dikemukakan di Mahkamah ini. Kesemua saksi telah membuat pengecaman ke atas fizikal barang-barang kes tersebut dan ianya turut disokong oleh keterangan-keterangan dokumen.
10
Ia sepertimana keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Gunalan Ramachandran v. PP [2004] 4 CLJ 551 di mana Hakim Abdul Hamid Mohammad, HMR (pada ketika itu) menyatakan; "This is because, as far as I am aware, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court failing which the prosecution's case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Sunny Ang v. PP [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195 (FC) (fold). In a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist. So long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist is the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution's case should fall. In the instant case, there was no break in the chain of evidence whatsoever, from the day it was seized until the date of trial. The missing exhibits did not contain any drugs. They were empty plastic packets 7 and a weighing machine. Their existence could be seen from the photographs, not to mention oral evidence."
11
Mahkamah tidak mendapati sebarang perkara di mana keterangan SP1 boleh diputuskan sebagai secara nyata adalah luar biasa ("inherently incredible"). Mahkamah di peringkat ini berhak untuk menerima keterangan SP1 sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221 seperti berikut; "We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into the details of what he did in the laboratory, step by step."
12
Sehubungan dengan itu Mahkamah merumuskan bahawa dadah yang dipersoalkan adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine sepertimana yang disenaraikan di bawah
Schedule
Jadual Pertama ADB 1952 dan ia adalah dadah yang sama dirampas oleh SP3 serta yang dianalisis oleh SP1. [13] Elemen kedua yang perlu dibuktikan adalah sama ada dadah yang dipersoalkan adalah di dalam milikan OKT. Bagi perkara ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870. [14] Berdasarkan kepada analisis Mahkamah ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak PR, Mahkamah merumuskan dapatan-dapatan berikut: a) OKT dilihat sedang berjalan sambil memegang P21 tersebut; b) di dalam P21 tersebut terdapat P23 yang terdapat catatan nama OKT serta nombor kad pengenalannya; c) tiada orang lain yang dilihat bersama-sama dengan OKT; dan d) OKT bertindak untuk cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak polis. [15] Paksi kes pendakwaan adalah dadah tersebut dijumpai di dalam P21 yang sedang dipegang oleh OKT. Oleh itu satu-satunya inferens yang munasabah adalah ianya berada di dalam jagaan serta kawalan OKT. [16] Perkara ini pernah dilulas dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Zainuddin bin Abbas v PP [2014] CLJU 1356; [2014] 1 LNS 1356; [2015] 1 MLJ 309 seperti berikut: “Di dalam membuat dapatan bahawa perayu mempunyai pengetahuan tentang dadah di dalam beg yang disandang oleh perayu, hakim bicara telah mengambilkira keterangan SP3 dan SP4 seperti dinyatakan di atas yang menunjukkan bahawa ketika pihak polis sampai di hadapan restoran tersebut, tidak terdapat sesiapa melainkan perayu yang sedang menyandang beg eksh P7; bahawa tidak terdapat motosikal di sekitar kawasan itu; bahawa ketika polis memperkenalkan diri, perayu terkejut dan cuba melarikan diri dan bahawa perayu berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan. Kami berpendapat hakim bicara tidak khilaf dalam menerima keterangan SP3 dan SP4 dan membuat inferens bahawa dalam keadaan itu, perayu mempunyai pengetahuan tentang dadah berbahaya tersebut, lebih-lebih lagi apabila pasport perayu juga dijumpai di dalam beg yang sama. Ketiadaan cap jari atau DNA perayu pada paket plastik (eksh P5A) yang mengandungi dadah berbahaya itu, pada pendapat kami tidak menjejaskan kes pendakwaan memandangkan wujudnya keterangan terus daripada saksi-saksi pendakwaan (lihat Public Prosecutor v. Mansor bin Mohd Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233; [1996] 2 MLJ 560).” [17] Manakala di dalam kes Adib Nafis bin Hassane Nafis v PP [2020] 1 LNS 1240 Mahkamah Rayuan telah merujuk kes Zainuddin bin Abbas (supra) dan menyatakan: “[76] First, the evidence is that the Appellant had the sling bag on him when he was confronted by several police officers. There was no one else with the Appellant when he was arrested. He had close proximity with the drug as he was slinging the bag all by himself. Based on these facts, the learned HCJ found that the Appellant had possession, custody and control of the bag. In this regard, it is relevant to note the Federal Court's case of Public Prosecutor v. Denish a/l Madhavan [2009] 2 CLJ 209; [2009] 2 MLJ 194 on the issue of possession where it is said as follows: The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] MLJ 28: ... It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. Thomson J in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession. [77] Taking note of the above case, since the Appellant was slinging the bag alone and there was no one else with him at that point of time, he too had the power to exclude other persons from the enjoyment of the contents of the bag. That would constitute possession of the drug by the Appellant. It is also in evidence that the Appellant admitted he had carried the bag (Page 288 Volume 2 (4) of the Appeal Record).” [18] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpandangan bahawa beg P21 tersebut berada di dalam kedudukan yang membolehkan satu inferens bahawa hanya OKT sahaja yang boleh berurusan dengannya serta menidakkan orang lain dari berurusan dengannya. Oleh itu, Mahkamah merumuskan bahawa beg P21 yang berisi dadah tersebut berada di dalam jagaan serta kawalan OKT. [19] Selanjutnya, kedudukan beg P21 tersebut yang begitu hampir membolehkan satu inferens berkaitan pengetahuan OKT. Dapatan Mahkamah ini adalah bersandarkan kepada keputusan Mahkamah rayuan di dalam kes Adib Nafis bin Hassane Nafis (supra) yang menyatakan: “[78] On knowledge of the drug inside a bag, the Court of Appeal in the case of Chan Kim Seng v. Public Prosecutor [2016] CLJU 188; [2016] 1 LNS 188; [2016] 3 MLJ 80 approved the findings of the trial judge. Evidence led in this case showed the accused was holding to the bag containing the drug while sleeping on a chair. The trial judge found as follows: In my view, the accused by physically holding on to exhibit P11 (a) raises the logical inference that the accused has not only knowledge of the contents in exhibit P11 (a) and control over them, but also their composition. Thus, the prosecution has proven the element of possession.” [20] Di samping itu, keterangan SP3 yang turut menjumpai P23 iaitu kad hadir bicara yang mengandungi nama serta nombor kad pengenalan OKT mengesahkan bahawa pengetahuan OKT ke atas kandungan di dalam P21 tersebut. [21] Selain itu, keterangan SP3 turut mengesahkan berkaitan reaksi OKT semasa serbuan di mana OKT telah bertindak untuk cuba melarikan diri. Keterangan-keterangan ini adalah relevan bagi menentukan pengetahuan OKT. Di dalam kes Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19; [2009] 1 CLJ 717, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan berkaitan pembuktian pengetahuan seperti berikut; “Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge” [22] Bersandarkan kepada keterangan-keterangan ini, Mahkamah memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan bahawa dadah di dalam beg P21 tersebut adalah sebenarnya berada di dalam pemilikan OKT. Mahkamah turut merujuk kepada panduan yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Khairuddin bin Hassan v Public Prosecutor, [2010] 6 MLJ 145 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[10] In this case, the learned trial judge had made a finding of fact that the appellant, and he alone, was in physical possession of the bag containing the drugs. The appellant’s conduct of running away has a nexus to what is now a fact in issue, viz that he was in physical possession of that bag. This in turn gives rise to an inference that he had knowledge of the drugs in the bag. It is thus up to the appellant himself to explain his conduct, and not for the court to offer or suggest one. Chan Kwok Keung & Anor v The Queen [1990] 1 CLJ 411; [1990] 3 CLJ 386 (Rep) is authority for the proposition that an act of running away may be viewed as an admission of guilt. The learned trial judge was therefore not wrong in making that inference in the circumstances of this case, where the drugs was found to be in the appellant’s physical possession. … [12] As regards the proximity of the drugs to the appellant, this too is a relevant fact. This principle is derived from this passage in Public Prosecutor v Foo Jua Eng [1966] 1 MLJ 197; [1965] 1 LNS 127, where HRH Raja Azlan Shah stated: With regard to the mental element, the learned magistrate rightly directed his mind that knowledge or consciousness would depend on the surrounding circumstances. However, he failed to direct his mind adequately on the facts. He directed his mind to the circumstances when the respondent tried to close the door on PW1. But he failed to consider the other circumstance which, taken together, may well be that the element of possession was proved. That circumstance is the physical proximity of the respondent to the exhibit in question. [13] As such we cannot find fault with the finding of the learned trial judge that, based on both the elements of the conduct of the appellant and his proximity to the recovered drugs, coupled with his failure to give any satisfactory explanation, he was in mens rea possession of the drugs. This was an inference made by the learned trial judge based on sound factual findings which is now confirmed by the Court of Appeal. We find no justification in disturbing those findings.”. [23] Peguam walaubagaimanapun telah mempertikaikan kredibiliti keterangan pihak PR bersandarkan kepada beberapa percanggahan yang berbangkit di antara keterangan SP3 dan SP4 di atas perkara-perkara berikut: a) jumlah kereta yang digunakan untuk serbuan tersebut di mana SP3 menyatakan 2 buah kereta digunakan manakala SP4 menyatakan bahawa hanya sebuah; b) pusingan rondaan kereta ke atas tempat kejadian kerana menurut SP3, terdapat 2 kali pusingan namun SP4 menafikan berlakunya sebarang pusingan; dan c) cara OKT dikatakan memegang P21 tersebut di mana menurut SP3 OKT memegang P21 namun menurut SP4 OKT menyandang P21 tersebut. [24] Bagi Mahkamah, percanggahan-percanggahan yang wujud ini tidak bersifat material. Ia tidak dapat menidakkan fakta bahawa P21 tersebut ditemui daripada OKT. Pegangan Mahkamah ini bersandarkan prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Andy Bagindah v PP [2000]3 CLJ 289 berkaitan percanggahan keterangan di antara saksi-saksi. Mahkamah Rayuan menyatakan: “There is no dearth of authorities to say that in every case, there are bound to be contradictions and discrepancies. The question to be decided by the trial judge is whether those contradictions and/or discrepancies are material ones so as to strike at the very rot of the charge. It is for the trial to consider this since he was the one who saw and heard the evidence. In the present case the learned judge concluded that there were discrepancies but those discrepancies were not material ones. Since this involved the credibility of witnesses, we held that the learned judge was a better person to decide and an appellate court ought not to interfere with such findings” [25] Manakala di dalam kes PP v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705, Mahkamah Persekutuan telah membincangkan efek ke atas soalan-soalan di peringkat pemeriksaan balas. Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut: “The evidence of PW4 was in line with the testimony of PW6. It was found that the bag had ten plastic packets suspected to contain heroin. Upon analysis by the chemist they were found to contain 218.79 gram of heroin and monoacetylmorphines. It was suggested to PW4 and PW6 in cross-examination that the white bag was held by Yee Chin Koon; that the motorcycle was knocked into from behind; that the accused wore the yellow helmet at the material time and that he did not throw the white bag. These suggestions were denied by the two witnesses. As I explained in PP v Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (No 3) [1999] 2 MLJ 1 at p 121: A suggestion in cross-examination can only be indicative of the case put forward or the stand taken by the party on whose behalf the cross-examination is being conducted, but to no extent whatsoever can it be a substitute for evidence if it is clearly repudiated by the witness to whom it is made. In this regard, it was observed in Emperor v Karimuddi Sheikh AIR 1932 Cal 373: 'Mere suggestions by a pleader or advocate for the accused do not amount to evidence by the fact suggested, unless they are either partly or wholly accepted of the witness for the prosecution'. I am therefore unable to consider them as evidence at this stage of the trial resulting in only an evaluation of the evidence adduced by the prosecution. I found PW4 and PW6 to be credible witnesses and therefore accepted their version of the sequence of events." [26] Mahkamah berpandangan bahawa di peringkat pendakwaan, cadangan-cadangan oleh pihak OKT ia walaupun perlu diberi pertimbangan, tidaklah sehingga ia boleh menjejaskan kredibiliti saksi-saksi PR. [27] Peguam OKT turut mempertikaikan berkenaan acupakai yang telah dilaksanakan oleh pihak polis dengan menghujahkan bahawa tiada pernyataan beramaran dikemukakan. Peguam telah merujuk kepada kes PP v Premakumar Balan & anor [2009] 3 MLRHA yang telah menolak keterangan tersebut apabila amaran telah tidak diberikan. Mahkamah di dalam kes tersebut memutuskan perbuatan acupakai tersebut adalah tercakup sebagai “statement” di bawah seksyen 37A ADB 1952. [28] Mahkamah berpandangan bahawa keterangan berkaitan acupakai berdiri sebagai satu keterangan sokongan sahaja. Ia boleh disandarkan oleh Mahkamah bagi menyokong keterangan asas bahawa dadah tersebut berada di dalam jagaan serta kawalan OKT. Mahkamah mengambil pendirian ini bersandarkan keputsan Mahkamah Rayuan di dalam kes Rattana Phinthong lwn. PP [2017] CLJU 117; [2017] 1 LNS 117 yang menyatakan; “[69] Selanjutnya ujian acu pakai pakaian-pakaian dari dalam beg tersebut ke atas perayu menunjukkan ia muat elok-elok (fitted) dengan saiz badan perayu seperti ditunjukkan dalam gambar-gambar exhibit P1(27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41) di m.s. 339 hingga 350, Jilid 2, RR. Fakta-fakta ini merupakan keterangan sokongan yang kukuh untuk mengaitkan perayu dengan kepunyaan beg tersebut.” [29] Bagi Mahkamah, tiada keperluan undang-undang yang memerlukan pernyataan amaran di bawah seksyen 37A ADB 1952 dikemukakan terlebih dahulu. Ia bukan merupakan satu pernyataan ke atas pemilikan dadah tersebut tetapi sebaliknya hanya untuk menacupakai pakaian yang telah dijumpai. Ia tidak secara konklusif menentukan elemen pemilikan yang merupakan asas kepada pertuduhan tetapi sebaliknya hanya bersifat sokongan. [30] Elemen terakhir adalah berkaitan elemen pengedaran dadah tersebut di mana pihak PR bersandarkan sepenuhnya kepada seksyen 37(da) ADB iaitu satu peruntukan andaian yang berpaksikan dapatan elemen pemilikan. [31] Di dalam kes ini, memandangkan elemen pemilikan telah berjaya dibuktikan maka Mahkamah berhak membuat dapatan bahawa satu kes prima facie pengedaran dibuktikan bawah seksyen 180(4) KTN dengan membangkitkan anggapan pengedaran bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Pendekatan ini telah diputuskan sebagai betul di sisi undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman oleh YAA Tengku Maimun Tuan Mat KHN di dalam kes Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151 dan oleh yang demikian PR telah berjaya membuktikan elemen pengedaran. Rumusan di akhir kes pendakwaan [32] Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksimum keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan keterangan prima facie ke atas OKT bagi pertuduhan yang dikenakan dan oleh itu OKT diperintahkan untuk membeladiri bagi pertuduhan tersebut. Kes pembelaan [33] Berdasarkan kepada seksyen 182A KTJ, Mahkamah di peringkat ini perlu menimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan memutuskan sama ada pihak PR telah berjaya membuktikan kesnya melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Jika terbukti berdasarkan kepada kesemua keterangan bahawa tiada keraguan yang munasabah, maka OKT hendaklah didapati bersalah dan disabitkan. Namun jika sebaliknya, Mahkamah hendaklah melepas dan membebaskan OKT. (Rujuk kes; Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 dan Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169). [34] Mahkamah Rayuan di dalam kes Prasit Punyang v. PP [2014] 7 CLJ 392 melalui penghakiman Hakim Azahar bin Mohamed HMR (pada ketika itu) telah menegaskan; "In accordance with the provisions of s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code, it is the bounden duty of the learned JC, at the conclusion of the trial, to consider all the evidence adduced before him and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The legislature has advisedly used the term all the evidence. The emphasis must be on the word all". [35] Selanjutnya apabila Mahkamah bergantung kepada anggapan statutori sepertimana di dalam kes ini, maka beban pembuktian yang tertentu, dan bukannya beban pembuktian am, akan berpindah kepada pihak OKT untuk membangkang anggapan sedemikian atas imbangan kebarangkalian yang dari aspek pembelaan adalah beban yang lebih berat berbanding daripada beban membangkitkan keraguan yang munasabah. Ini sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Agung di dalam kes PP v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89. [36] OKT telah memberi keterangan dan telah memanggil SD2 memberi keterangan untuk menyokong pembelaannya. [37] Secara amnya, pembelaan OKT adalah mengemukakan naratif yang sama sekali berbeza dengan naratif pihak PR. Menurut OKT, pada hari kejadian, OKT telah pergi ke rumah tersebut yang merupakan rumah kawannya iaitu SD2. Pada tarikh tersebut ia adalah merupakan hari ke 15 perayaan Tahun Baru Cina dan tujuan ke rumah tersebut adalah untuk menumpang mandi. OKT sendiri tinggal di Taman Pulasan, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah. [38] Apabila, sampai di rumah tersebut, OKT telah memanggil SD2 dengan menelefonnya dan OKT telah masuk ke rumah dengan kebenaran SD2. Selepas OKT masuk, SD2 telah keluar untuk membeli makanan dan telah menyerahkan kunci rumah kepada OKT. [39] OKT selanjutnya telah mandi dan apabila selesai, OKT mendapati bahawa tiada orang di dalam rumah tersebut termasuk SD2. OKT kemudiannya membawa beg sandangnya dan semasa ingin keluar dari rumah tersebut, polis telah menahannya dan mengambil kunci rumah darinya. Polis kemudiannya telah menggarinya dan membuat pemeriksaan di dalam rumah tersebut. [40] Pihak polis telah dikatakan masuk ke dalam sebuah bilik dan kemudiannya membawa keluar sebuah bag hitam iaitu P21. Apabila P21 dibuka, pihak polis menjumpai barangan yang dibungkus dengan plastik di mana OKT tidak mengetahui apa kandungannya. OKT telah memaklumkan pihak polis bahawa P21 tersebut bukan miliknya. [41] Pihak polis kemudiannya telah mengarahkan OKT menelefon SD2 dan OKT telah berjaya menghubungi SD2. OKT memaklumkan kepada SD2 bahawa di dalam rumah SD2 terdapat pihak polis yang memintanya pulang. Namun SD2 tidak pulang ke rumahnya sehinggalah waktu maghrib. Menurut OKT, pihak polis telah mengatakan bahawa jika SD2 tidak pulang, maka barang tersebut akan diandaikan sebagai milik OKT. [42] Keterangan OKT ini disokong oleh keterangan SD2 di mana SD2 mengakui bahawa rumah tersebut adalah merupakan rumahnya dan OKT telah hadir ke rumahnya pada hari kejadian. SD2 turut mengakui bahawa selepas OKT masuk ke rumahnya, SD2 telah keluar untuk membeli makanan dan selanjutnya telah pergi ke Sungai Petani. Semasa di Sungai Petani, SD2 telah menerima panggilan telefon daripada OKT yang memaklumkan bahawa pihak polis menunggunya di rumah dan meminta SD2 balik. [43] Di dalam keterangannya, SD2 mengakui bahawa beg P21 dan kandungan dadah di dalamnya adalah miliknya. SD2 mengakui bahawa dia merupakan seorang pengedar dadah dan alasan SD2 untuk tidak balik ke rumahnya selepas dihubungi oleh OKT adalah kerana dia tahu polis akan menangkapnya kerana dadah tersebut adalah miliknya. Malahan SD2 telah menerangkan bagaimana P21 tersebut disembunyikan olehnya. [44] Pembelaan yang dikemukakan oleh OKT kini adalah dengan mengemukakan naratif yang sama sekali berbeza dengan naratif pihak pendakwaan. OKT menafikan kesemua yang dikatakan berlaku dan sekaligus menafikan pemilikannya ke atas dadah tersebut. Perbezaan naratif yang paling utama adalah di mana dadah tersebut dijumpai yang menurut OKT adalah di dalam rumah sedangkan naratif PR adalah ianya dijumpai sedang digalas oleh OKT. Analisis dan dapatan Mahkamah di peringkat pembelaan [45] Apabila wujud perbezaan ketara ini, maka tugas Mahkamah adalah untuk menilai kembali keterangan-keterangan yang diberikan oleh pihak pendakwaan dengan membandingkannya dengan keterangan-keterangan pembelaan bagi menentukan sama ada naratif pembelaan ini kini telah membangkitkan keraguan munasabah ke atas kes pihak pendakwaan. [46] Mahkamah telah menilai keterangan SD2 dan mendapati bahawa SD2 memberi keterangan yang sangat meyakinkan. SD2 bukan sahaja setakat berani mengakui P21 tersebut miliknya, malahan telah memberi keterangan kepada Mahkamah bahawa OKT pada pandangannya adalah seorang yang tidak normal dalam erti kata OKT tidak bersalah. SD2 menafikan OKT terlibat atau ada apa-apa kaitan dengan P21 tersebut. SD2 memberi keterangan bersungguh-sungguh sehingga di satu ketika SD2 menangis. [47] Perilaku SD2 ketika memberi keterangan ini menunjukkan kredibiliti keterangannya dan ianya konsisten dengan cerita OKT. Keterangan SD2 ini walaupun diperiksa balas oleh Puan TPR adalah utuh dan tidak berganjak. [48] Kesan besar ke atas keterangan SD2 ini adalah terdapat keraguan besar ke atas kredibiliti keterangan pihak PR. Ia bukan sekadar di mana P21 tersebut ditemui malahan yang lebih utama adalah ke atas pemilikan P21 serta dadah yang ditemui di dalamnya. [49] Perkara yang sama berlaku di dalam kes PR lwn Ruban a/l Mohan dan 1 lagi [2024] CLJU 1369 di mana dalam kes tersebut semasa kes di peringkat pembelaan, Kedua-dua Tertuduh telah memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan SD2 masing-masing. Kedua-dua Tertuduh menafikan bahawa dadah-dadah tersebut kepunyaan mereka dan ianya adalah milik seorang penama Dinesh. Dinesh Kumar a/l Prakasam (Dinesh) telah hadir sebagai saksi sokongan pembelaan dan telah memberi pengakuan seperti yang telah di cadangkan semasa kes pendakwaan iaitu dadah-dadah tersebut adalah milik Dinesh. Kesan pengakuan dan keterangan Dinesh menyebabkan Mahkamah mengambil pendekatan dan memutuskan seperti berikut: “(v) Apakah pendekatan Mahkamah mengenai kesan dari perkembangan ini? [50] Dengan perkembangan ini Mahkamah memutuskan bahawa keterangan Dinesh ini perlu diterima kerana ini adalah keterangan bersumpahnya dan tidak ada sebab untuk Dinesh menipu. Malahan dia bersusah payah walaupun beliau mengetahui beliau akan berhadapan dengan risiko dikenakan tindakan undang-undang terhadapnya (stick his neck out). Dinesh berpendapat dia bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku terhadap Tertuduh Pertama dan isterinya, Tertuduh Kedua. Justeru, sekali lagi tidak ada sebab untuk Mahkamah menolak pengakuan dan keterangannya. [51] Mahkamah juga mempercayai Dinesh kerana keterangannya adalah konsisten dengan apa yang berlaku, iaitu konsisten dengan kes Pendakwaan dan laporan Polis yang dibuat oleh Tertuduh Pertama dan selari dengan unjuran Pembelaan ketika di peringkat Pendakwaan lagi dan keterangan Pembelaan kedua-dua tertuduh. Malahan, keterangan Dinesh ini adalah ikhlas, logik, reasonable dan amat probabel hingga berupaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan. [52] Mengambil kira alasan-alasan di atas khususnya pengakuan dan keterangan Dinesh (SD3), berpandukan otoriti-otoriti atasan terdahulu, Mahkamah terpaksa membuat dapatan bahawa Tertuduh-Tertuduh perlu dilepas dan dibebaskan kerana pihak Pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan dengan keterangan Dinesh ini dan sekaligus telah berjaya mematahkan anggapan yang telah dikenakan terhadap Tertuduh-Tertuduh.” [50] Puan TPR di dalam hujahannya menegaskan bahawa apa yang dikemukakan oleh OKT adalah merupakan satu pembelaan alibi dan tiada Notis dikemukakan sepertimana yang diperlukan di bawah seksyen 402A KPJ. Oleh itu pembelaan ini tidak wajar diterima oleh Mahkamah (rujuk; Vasan Singh v PP [1988] 3 MLJ 412). [51] Namun Mahkamah berpandangan sama ada OKT sebenarnya ditangkap di dalam rumah ataupun di luar rumah adalah merupakan versi OKT berkaitan tangkapan ke atasnya dan ia bukan satu pembelaan alibi. Di dalam kes Binay Kumar Singh v. State of Bihar [1997] 1 SCC 283, telah menjelaskan makna pembelaan alibi seperti berikut: "The Latin word alibi means "elsewhere" and that word is used for convenience when an accused takes recourse to a defence line that when the occurrence took place he was so far away from the place of occurrence that it is extremely improbable that he would have participated in the crime. It is basic law that in a criminal case, in which the accused is alleged to have inflicted physical injury to another person, the burden is on the prosecution to prove that the accused was present at the scene and has participated in the crime. The burden would not be lessened by the mere fact that the accused has adopted the defence of alibi. The plea of the accused in such cases need be considered only when the burden has been discharged by the prosecution satisfactorily. But once the prosecution succeeds in discharging the burden it is incumbent on the accused, who adopts the plea of alibi to prove it with absolute certainty so as to exclude the possibility of his presence at the place of occurrence. When the presence of the accused at the scene of occurrence has been established satisfactorily by the prosecution through reliable evidence, normally the court would be slow to believe any counter evidence to the effect that he was elsewhere when the occurrence happened. But if the evidence adduced by the accused is of such a quality and of such a standard that the court may entertain some reasonable doubt regarding his presence at the scene when the occurrence took place, the accused would no doubt, be entitled to the benefit of that reasonable doubt." [52] Apa yang berlaku di dalam kes ini adalah berlakunya pertembungan di antara keterangan pihak PR dengan pembelaan. Pertembungan keterangan di dalam kes ini adalah bukannya OKT tidak berada langsung di tempat kejadian, tetapi lebih kepada di mana dan bagaimana OKT ditangkap. Ia juga berkait secara langsung berkaitan bagaimana P21 yang mengandungi dadah tersebut ditemui oleh pihak polis. [53] Selain itu, Puan TPR turut menghujahkan bahawa keterangan berkaitan SD2 adalah suatu fikiran terkemudian dan OKT tidak pernah memaklumkannya kepada Pegawai Penyiasat kewujudan SD2 ini. [54] Berkaitan fikiran terkemudian, Mahkamah mendapati bahawa hujahan Puan TPR adalah agak tersasar kerana sejak kes di peringkat PR lagi, nama SD2 telah dibangkitkan berkaitan pemilikan rumah tersebut dan OKT tidak ditangkap di luar rumah tetapi di dalam rumah. [55] Manakala berkaitan maklumat SD2 yang tidak pernah di dedahkan tersebut kepada Pegawai Penyiasat tidak menjadikan keterangan tersebut boleh terus ditolak. Ini kerana SD2 sememangnya wujud dan keterangan SD2 menunjukkan bahawa P21 tersebut bukan milik OKT. Oleh itu, Mahkamah tidak boleh sewenangnya menolak keterangan ini semata-mata OKT tidak memaklumkannya kepada Pegawai Penyiasat. [56] Apatah lagi di dalam kes ini, Pegawai Penyiasat pun tidak menjalankan siasatan-siasatan bebas seperti mendapatkan kesan DNA dan cap jari di atas dadah yang ditemui di dalam P21. Mahkamah sedar pada asasnya keterangan DNA dan cap jari bukanlah penentu kepada pembuktian elemen pemilikan, namun apabila wujud 2 naratif yang berbeza, maka keterangan sokongan dan bebas ini adalah amat penting. Kegagalan Pegawai penyiasat untuk mendapatkan keterangan tersebut menjadikan wujudnya kelompangan di dalam kes pihak PR. [57] Ini sepertimana yang telah disentuh di dalam kes Tan Chun Cheng v PP [2020] 1 LNS 1089, di mana Hakim Vazzer Alam Mydin Meera (pada ketika itu) menyatakan: “[26] Fingerprint analysis and/or DNA matching are vital investigative tools that the police could have utilised to establish control, custody and knowledge of the drugs by accused persons and to also rule out possession by others. In this regard, it would be apposite to refer to the observation of the Federal Court in Chan King Yu v Public Prosecutor [2009] 1 MLJ 457, where the court held as follows: The plastic bag with its content that was recovered from the dustbin where the appellant had allegedly thrown it was not sent to the fingerprint department for analysis at all. Despite this the trial judge and the judges of the Court of Appeal never once considered the failure of the police to send this vital piece of the evidence for fingerprint analysis.... [27] Similarly, Zainun Ali J (as she then was) in PP v Mok Kar Poh [2001] 5 CLJ 206 made the following observation: Next comes the question of the fingerprints of the accused. It is the defence’s contention that the failure of the prosecution to dust the six packages for fingerprints and the failure to take hand swaps or nail clippings from the accused to show whether there are traces of drugs on his hands, would be to their detriment, since it does not show any link between the accused and the drugs. Possession is also not to be inferred in the absence of this nexus. Although this court concedes that the above methods in some situations are merely procedural, it would be a wise prosecution which would do all things necessary to bring home the charge. It is almost careless and capricious to say that since the accusedwas arrested on the spot and his identity is known, what good would taking fingerprints and nail clippings do? It is this court’s view that it would be prudent for the prosecution not to be oblivious to the obvious methods required to close the gap. Thus, it is clear from the facts and surrounding circumstances, that the question of custody and control and by necessary implication, possession which is in nature, is not made out by the prosecution. Since knowledge is a vital element to impute possession and in the absence of any evidence of actual knowledge, it therefore cannot be said with conviction that the circumstances clearly and irresistibly point to the fact that the accused had knowledge of the said drugs. [28] Further, we do not find any evidence from which inference could be drawn to the effect that the appellants had the power or intent to deal with the drugs jointly, as if they were the owners. Neither do we find any evidence showing that the appellants had the power of disposal to the exclusion of others over the drugs that were seized. [29] Therefore, in the overall, we find that the element of custody and control of the package containing the drugs, which is a prerequisite for the presumption of possession to arise under section 37(d) of the Act, has not been established. Hence, possession was not proven. See: Azizan Bin Yahaya v Public Prosecutor [2013] 1 MLJ 180 (CA); Pendakwa Raya v Kang Ho Soh [1992] 1 MLJ 360; [1991] 3 CLJ 2914. [58] Selain itu, Mahkamah berpandangan bahawa Pegawai Penyiasat bertanggungjawab menjalankan suatu siasatan yang menyeluruh. Perkara ini pernah disentuh oleh Mahkamah Rayuan di dalam Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v. Public Prosecutor [2014] CLJU 752; [2014] 5 MLJ 433 yang telah menyatakan: "In our view, the conduct of PW6 is most unsatisfactory and unacceptable. As an investigating officer, PW6 has an onerous responsibility to investigate all aspects and fairly, including feature of the case which not only favours the prosecution but also the appellant. The duty of the investigating officer is not merely to bolster up a prosecution case with such evidence as may enable the Court to record a conviction but to bring out the real unvarnished truth (see: Jamuna Chaudhary & Ors v. State of Bihar [1974] 3 Supreme Court Cases 774)." (Sila lihat juga kes Mohd Azran bin Rahmat & Anor v. Mazlan bin Aliman [2015] 4 CLJ 198; [2016] 4 MLJ 337 yang mana Mahkamah Rayuan telah menyentuh tentang tugas dan kepentingan tugas seseorang pegawai penyiasat) [59] Secara keseluruhannya, setelah menimbang keterangan-keterangan yang dikemukakan di pihak pembelaan, Mahkamah ini merumuskan bahawa adalah tidak selamat untuk meyimpulkan bahawa P21 dan dadah yang ditemui di dalamnya adalah milik OKT. Mahkamah memutuskan bahawa telah wujud keraguan munasabah ke atas kes pihak PR. Kesimpulan [60] Oleh yang demikian, di atas pertimbangan maksimum ke atas keseluruhan keterangan-keterangan yang dikemukakan Mahkamah dengan ini melepas dan membebaskan OKT dari kesemua pertuduhan. Bertarikh: 9 hb Disember 2024 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya: Kamaliza Binti Md Zain Timbalan Pendakwa Raya Wisma Darul Aman Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Jalan Tengku Bendahara 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Surendran A/L Arunagiri Tetuan M. Thanakumaran & Shan Peguambela & Peguamcara Laguna Merbok Business Park No. 9A, Lorong BLM 1/6 Bandar Laguna Merbok 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman Tarikh Keputusan : 5hb. November 2024 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Dadah Berbahaya 1952 ➢ Kanun Tatacara Jenayah ➢ Akta Keterangan 1950 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151; ➢ Adib Nafis bin Hassane Nafis v PP [2020] 1 LNS 1240; ➢ Andy Bagindah v PP [2000]3 CLJ 289; ➢ Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301; ➢ Binay Kumar Singh v. State of Bihar [1997] 1 SCC 283. ➢ Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237; ➢ Gunalan Ramachandran v. PP [2004] 4 CLJ 551; ➢ Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113; ➢ Khairuddin bin Hassan v Public Prosecutor, [2010] 6 MLJ 145; ➢ Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169; ➢ Muhammad Lukman Mohamad v PP [2021] 7 CLJ 524; ➢ Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221; ➢ Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19; [2009] 1 CLJ 717; ➢ PP v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705; ➢ PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; ➢ PP v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89; ➢ PR v. Ruban a/l Mohan dan 1 lagi [2024] CLJU 1369; ➢ Prasit Punyang v. PP [2014] 7 CLJ 392; ➢ Rattana Phinthong lwn. PP [2017] CLJU 117; [2017] 1 LNS 117; ➢ Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870; ➢ Tan Chun Cheng v PP [2020] 1 LNS 1089 ➢ Vasan Singh v PP [1988] 3 MLJ 412; ➢ Zainuddin bin Abbas v PP [2014] CLJU 1356; [2014] 1 LNS 1356; [2015] 1 MLJ 309; ➢ Mohd Azran bin Rahmat & Anor v. Mazlan bin Aliman [2015] 4 CLJ 198; [2016] 4 MLJ 337; dan ➢ Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v. Public Prosecutor [2014] CLJU 752; [2014] 5 MLJ 433
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.