SD 3 iaitu Pengurus Am Miracle Land Holdings Berhad telah memberikan keterangan di Mahkamah yang menyatakan dia adalah individu yang bertanggungjawab menyediakan surat jaminan tersebut. SD 3 telah menjelaskan secara panjang lebar berkenaan dengan terma-terma dalam surat jaminan tersebut seperti yang berikut: “TLK Ok. Sekarang kita rujuk kepada muka surat 1 Ikatan C ini ya. Di barisan yang “All the share” tadi. Ok. “All the share” itu, barisan empat yang mula dengan “30/04/2016” kemudian sambung “Should the 5 shareholder desire to sell them six year after the share has been registered in the shareholder name provided that.” Ada nampak? Betul. Ok. Kemudian continue dengan Klausa A ya. Ya. Klausa A ada cakap “The shareholder must sell all his share in the company en bloc, that is to say his initial share together with all bonus share subsequently issued to him via all fund raising exercise and not only a part thereof.” Ok. Soalan saya, yang tadi saya rujuk, adakah Pn Lee setuju dengan saya bahawa surat jaminan ini ia diisukan dan telah ditandatangan oleh Defendan adalah untuk tujuan membeli balik saham Miracle Land daripada pemegang saham iaitu Plaintif dalam kes ini kalau Plaintif ingin menjual saham ini selepas enam tahun? Tak setuju. Tidak setuju? Ok. Jika tidak setuju maksudnya Pn Lee cakap Plaintif sebagai pemegang saham tidak boleh menjual share dia? Jual saham dia selepas enam tahun? Tak setuju. Tidak setuju? Ok. Jika tidak setuju maksudnya Pn Lee cakap Plaintif sebagai pemegang saham tidak boleh menjual share dia? Jual saham dia selepas enam tahun? Melainkan dia cari Miracle Land, Miracle Land akan maklumkan kepada Mr Lim. Mr Lim ambil maklum baru Mr Lee ini boleh tuliskan kepada Mr Lim. Ok. Di mana dinyata terma tersebut dalam surat ini? Boleh tunjuk? Tak ada. Tak ada? Ini dalam perbincangan antara – Saya tak kira perbincangan. Saya hanya tahu ada tak bagi penjelasan bahawa perlu maklumkan Miracle Land baru boleh beli semua ini? Ada tak dinyatakan dalam surat ini? Surat ini tak ada. Tak ada. Tapi masa – Ok. Tak apa. Surat tak ada kan? Kamu confirm tak ada kan? Dan saya juga katakan kepada kamu, yang tadi saya ada baca Klausa A dan atas punya barisan 4 tersebut. Jikalau Plaintif ingin menjual sahamnya selepas enam tahun, Plaintif haruslah menjual balik kesemua sahamnya secara en bloc dalam syarikat Miracle Land kepada Defendan. Betul? Ikut betul perenggan A, Item A. Ok. Sekarang kita rujuk balik penyata saksi Pn Lee ya. Soalan dan Jawapan 7(2) di muka surat 3. Di perenggan 7(2) barisan akhir kedua. Dari atas ya, dari bawah. Sorry. “Dia sendiri akan membeli saham-saham pelabur-pelabur yang bising tersebut.” Di sini saya katakan kepada kamu, kamu bermaksud Defendan sendiri akan membeli balik saham-saham bagi pelabur-pelabur yang bising. Betul? Jika atas permintaan Miracle Land, betul. Di mana ada nyata atas permintaan di soalan – Saya – Jawapan, bukan. Dengar dulu, Pn Lee. Sekarang saya secara spesifik 37 rujuk 7(2). Ok. 7(2) cakap dia sendiri akan – JUDGE Lim Kim Hin ini membeli bagi pihak apa ini, membeli daripada pelabur-pelabur tersebut bukannya Miracle Land. Mengapa ya? Yang Arif, boleh ulang soalan? JUDGE Mengapa dalam surat ini, mengapa perlu Lim Kim Hin membeli daripada apa ini, pelabur-pelabur dan bukannya Miracle Land yang membeli? Mengapa perlu Lim beli? Sebab masa itu selepas Angel Fund raising tamat, so, ada perbincangan antara pengarah-pengarah dengan Mr Lim. Pengarah kata risau takut nanti enam tahun tak dapat listing jika ada pelabur bising macam mana? So, Alan masa itu janji jika ada orang bising, Alan janji akan beli. Itu sebab itu Alan janji kepada Miracle Land. Jika atas permintaan Miracle Land ada kata minta Alan beli saham pemegang shareholder tersebut lah, so, Alan perlu beli lah. Sebab Alan janji kepada pengarah-pengarah jangan risau. Jika ada, Alan setuju atas permintaan Miracle Land, Alan akan belikan. Maksudnya Alan janji kepada pengarah Miracle Land. Jika atas permintaan pengarah Miracle Land untuk Alan failkan jaminan dia, so, Alan perlu ikut lah. Tapi Miracle Land tak pernah dapat apa-apa makluman dari shareholder kata nak jual share. JUDGE Ya. Teruskan, Tuan. Tapi tidak perlu melibatkan nama pelabur dalam surat jaminan 2 tersebut? Betul. Betul. Tetapi dalam kes ini, saya rujuk balik ya, muka surat 1 dan 2. Nama pelabur ada dinyatakan sebagai pemegang saham. Setuju? Betul. Betul saya tulis surat ini, tulis – Jadi, saya katakan kepada kamu penjelasan kamu bahawa ini merupakan satu jaminan antara Defendan dan Miracle Land – Betul. Adalah tidak benar. Setuju atau tidak? Tidak. JUDGE Sebab itu soalan daripada peguam tadi mengapa nama Lee Teck Tiong ini mesti ada dalam surat ini sekiranya perjanjian itu di antara Lim dengan Miracle. Miracle Land. JUDGE So, mengapa wujud nama Lee Teck Tiong ini, Puan? Sebab semasa saya buat surat, terlalu ramai shareholder particular semua berlainan. Waktu itu saya fikir cara terbaik buat surat adalah saya asingkan semua. Sebab mereka punya nama, IC, dengan tarikh cek, amaun cek semua berlainan. Waktu itu saya fikir ini cara terbaik. Itu sebab saya masukkan asing-asing. Saya tak dapat senaraikan semua dalam satu list lah. JUDGE Baik. Itu sebab saya tuliskan “the said shareholder” lah. Ok. Tak apa. Kita teruskan. So, tadi saya ulang balik soalan saya yang merujuk kepada penyata saksi ya. Jawapan 7(2). Kamu sendiri sini ada nyatakan bahawa Defendan iaitu Alan Lim sendiri akan membeli saham-saham pelabur-pelabur yang bising tersebut. Betul? Betul. Jadi, jikalau kita cross-refer balik kepada surat jaminan di muka surat 10 1 dan juga 2, ia juga jelas bahawa Defendan merupakan pihak yang perlu membeli saham Plaintif jikalau syarikat Miracle Land tidak disenaraikan dalam bursa saham dalam tempoh, selepas tempoh enam tahun. Setuju? Jika atas permintaan Miracle Land. Tak. Setuju atau tidak? Tidak. Sebab kamu asyik cakap jikalau terdapat permintaan Miracle Land. Tetapi dalam, saya tidak jumpa di mana-mana dokumen ada menyatakan syarat tersebut. Setuju? Sini tak nyatakan. Tak ada dalam mana-mana dokumen. Jika boleh, kamu boleh tunjukkan kepada Mahkamah yang mulia ini. Ada tak syarat yang menyatakan jaminan ini hanya berkuat kuasa jikalau terdapat permintaan oleh Miracle Land? Sebab saya – Ada atau tidak? Tak ada.”