Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCC-10-11/2016 ANTARA LEE WENG CHUN (NO. K.P.: 650601-04-5269) … PLAINTIF
DA-22NCC-10-11/2016
High Court of Malaysia28 Jun 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCC-10-11/2016 ANTARA LEE WENG CHUN (NO. K.P.: 650601-04-5269) … PLAINTIF
1
TAN KICK YONG
2
GOH HOCK SOON (NO. K.P.: 640928-01-5599 … DEFENDAN-DEFENDAN
a
(A) LATAR BELAKANG [1] Pada 7/3/2012, Plaintif telah menandatangani satu perjanjian dengan Defendan-Defendan untuk satu transaksi kontrak penjualan saham (selepas ini digelar “Perjanjian Jual Saham tersebut”) di mana Defendan-Defendan telah bersetuju untuk membeli kesemua saham-saham di dalam Syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd. (“TJNAF(M)SB”) sebanyak RM1,500,000.00 milik Plaintif dengan beberapa syarat-syarat yang perlu dipatuhi pihak-pihak 2 antaranya Defendan akan membayar mengikut “schedule” yang dipersetujui sehingga selesai dan Plaintif akan dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah syarikat dengan gaji sebanyak RM1,800.00 sebulan. [2] Defendan hanya membayar harga RM320,000.00 sahaja dengan baki sebanyak RM1,180,000.00 yang tidak dibayar. [3] Justeru, Plaintif telah menuntut sejumlah tersebut dan gaji beliau sebanyak RM1,800.00 sebulan seperti perjanjian. [4] Defendan secara ringkasnya menyatakan perjanjian tersebut adalah tidak sah kerana dicemari dengan misrepresentasi dan penipuan. Menurut Defendan, ini juga melibatkan perjanjian-perjanjian lain yang telah ditandatangani sebelum ini. Defendan pula ada membuat tuntutan balas terhadap Plaintif di atas sebab-sebab berikut:
a
Berdasarkan kepada representasi yang tidak benar dan gambaran yang salah tersebut, Defendan-Defendan telah membayar jumlah sebanyak RM1,335,000.00 kepada Plaintif setakat hari ini.
b
Selain itu, melalui satu perjanjian lisan pada tahun 2013, terdapat hutang yang perlu dibayar oleh Plaintif bagi satu projek balak di Alor Setar, Kedah sebanyak RM200,000.00 kepada Defendan-Defendan. 3
c
Defendan-Defendan menegaskan bahawa pada setiap masa yang material, Defendan-Defendan telah diperdayakan oleh Plaintif melalui representasi yang tidak benar tersebut dan berkenaan dengan status hakmilik serta pajakan tanah tersebut yang salah. [5] Di akhir kes Mahkamah mendapati di atas imbangan kebarangkalian, tuntutan Plaintif mempunyai merit dan membenarkannya. Sebaliknya Mahkamah mendapati pembelaan Defendan adalah tidak bermerit dan tuntutan balasnya tidak dapat dibuktikan secukupnya, di atas imbangan kebarangkalian. Justeru itu, tuntutan balas Defendan ditolak dengan kos. [6] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Defendan-Defendan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Ini adalah alasan-alasan kepada keputusan tersebut.
b
(B) FAKTA KES [7] Berdasarkan keterangan Plaintif, pada setiap masa yang material, Plaintif adalah rakan kongsi utama satu perniagaan perkongsian bernama TJ Natural Agro Farm (“Perkongsian TJNAF”) dan pemilik benefisial dan berdaftar 1/3 daripada saham-saham tersebut yang beralamat di 3535-C, 1st Floor, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu. [8] Defendan Pertama ialah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat penyampaian di 3186-M, Jalan Bayam, 4 Taman Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan dan PT 2868, Jalan Sri Iman 13/45, Taman Sri Iman, Kampung Telok, 16100 Kota Bharu, Kelantan. [9] Defendan Kedua ialah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat penyampaian di No.1419, SPPK Jalan Camp, 18000 Kuala Krai, Kelantan dan PT 2868, Jalan Sri Iman 13/45, Taman Sri Iman, Kampung Telok, 16100 Kota Bharu, Kelantan. [10] Pada 7/3/2012 satu perjanjian telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak untuk satu kontrak Penjualan Saham di antara Plaintif dan Defendan-Defendan (“Perjanjian tersebut”). Sejajar dengan Klausa
1
Perjanjian Penjualan Saham tersebut, Defendan-Defendan telah berjanji untuk membayar Harga Belian Saham tersebut secara ansuran seperti berikut:
i
Jumlah RM500,000.00 pertama hendaklah dibayar pada masa Perjanjian Penjualan Saham tersebut ditandatangani;
II
(ii) Jumlah RM500,000.00 kedua hendaklah dibayar pada atau sebelum 15/04/2012; dan
III
(iii) Jumlah baki RM500,000.00 terakhir hendaklah dibayar pada atau sebelum 19/10/2012. [11] Selain dari itu, Klausa (8) Perjanjian Penjualan Saham tersebut memperuntukkan bahawa sebaik sahaja selepas Perjanjian 5 Penjualan Saham tersebut ditandatangani, Defendan-Defendan hendaklah melantik Plaintif menjadi Pengerusi dan Pengarah Syarikat TJNAF tersebut dan ganjaran sebanyak RM1,800.00 sebulan hendaklah dibayar kepada Plaintif untuk keseluruhan tempoh satu perjanjian untuk memberi pajakan yang telah ditandatangani antara perkongsian TJ Natural Agro Farm (selepas ini dirujuk sebagai "Perkongsian TJNAF”) dan GT Highland Trading pada 12/10/2010 yang akan tamat pada 11/10/2069. [12]
Preamble
Mengikut Plaintif, Defendan-Defendan telah memungkiri terma-terma dan syarat-syarat nyata Perjanjian Penjualan Saham tersebut seperti berikut:
i
Dengan memungkiri Klausa (1) Perjanjian tersebut, selepas membayar hanya sebahagian (RM320,000.00 daripada Harga Belian Saham tersebut sebanyak RM1,500,000.00 sahaja). Defendan-Defendan telah enggan, gagal membayar kepada Plaintif baki Harga Belian Saham tersebut selebihnya berjumlah RM1,180,000.00.
II
(ii) Dengan memungkiri Klausa (8) Perjanjian tersebut, Defendan-Defendan telah enggan, dan gagal melantik Plaintif menjadi Pengerusi dan Pengarah Syarikat TJNAF tersebut dan/atau membayar kepada Plaintif ganjaran sebanyak RM1,800.00 sebulan semenjak 7/03/2012. 6 [13] Akibat kemungkiran Defendan-Defendan di atas, Plaintif telah memfailkan tindakan guaman ini untuk menuntut terhadap Defendan-Defendan pembayaran jumlah hutang seperti berikut:
i
Jumlah RM1,180,000.00 yang merupakan tunggakan Harga Belian Saham tersebut;
II
(ii) Jumlah RM102,600.00 yang merupakan ganjaran bulanan sebanyak RM1,800.00 untuk bulan-bulan dari Mac 2012 sehingga November 2016;
III
(iii) Jumlah RM1,141,200.00 yang merupakan pampasan ganjaran bulanan sebanyak RM1,800.00 untuk bulan-bulan dari Disember 2016 sehingga September 2069;
IV
(iv) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah RM1,180,000.00 tersebut mulai 1/11/2012 sehingga tarikh penghakiman;
v
Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh; dan
VI
(vi) Kos tindakan. [14] Pihak Defendan menyatakan bahawa Plaintif telah menipunya dengan cara memberi representasi yang salah terhadap saham-saham yang dijual tersebut dan Perjanjian Penjualan Saham 7 tersebut adalah tidak sah. Begitu juga perjanjian-perjanjian lain yang telah ditandatangani sebelum ini yang juga adalah dikatakan tidak sah. Ke arah itu Defendan-Defendan telah membuat tuntutan balas seperti berikut:
a
Satu deklarasi bahawa Perjanjian Saham bertarikh 7/3/2012 antara Plaintif dengan Defendan-Defendan adalah tidak sah;
b
Bahawa Plaintif hendaklah membayar balik jumlah sebanyak RM1,335,000.00 yang telah dibayar kepada Plaintif sebagai restitusi kepada Defendan-Defendan;
c
Bahawa Plaintif hendaklah membayar jumlah sebanyak RM200,000.00 yang terhutang kepada Defendan-Defendan melalui satu perjanjian lisan pada tahun 2013;
d
Gantirugi am;
e
Gantirugi tauladan;
f
Faedah ke atas jualan terhutang dan gantirugi pada kadar 5% dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh; dan
g
Apa-apa gantirugi atau relief yang difikirkan patut oleh Mahkamah. 8
c
(C) HUJAHAN PIHAK-PIHAK
a
Hujahan/Penegasan Plaintif [15] Plaintif berhujah bahawa dakwaan Defendan kononnya Perjanjian Penjualan Saham tersebut adalah tidak sah (void) kerana pertama, ianya dicemari oleh misrepresentasi yang dilakukan oleh Plaintif dan keduanya, kononnya Defendan-Defendan telah membayar kepada Plaintif RM1,335,000.00 bersandarkan representasi salah tersebut sebagai sebahagian harga belian saham tersebut adalah tidak benar. Plaintif juga menghujahkan bahawa dakwaan bahawa Plaintif berhutang sejumlah RM200,000.00 berkenaan satu projek balak di Alor Setar, adalah juga tidak benar. [16] Plaintif menegaskan ini semua adalah satu pembelaan palsu (sham defence) hasil daripada pemikiran semula (afterthought) yang tidak dapat dipertahankan. Ini adalah kerana selama ini sejak sepanjang tempoh 2010 sehingga pemfailan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas, Defendan tidak pernah mengadu kepada Plaintif bahawa Perjanjian-Perjanjian tersebut adalah tidak sah. Defendan juga sengaja membuat dakwaan kosong tanpa mengemukakan apa-apa bukti-bukti kukuh. Menurut Plaintif, berdasarkan Affidavit Plaintif dan keterangan saksi-saksi, Defendan-Defendan langsung tidak diperdaya, ditipu, dimisrepresentasi dan terpengaruh. [17] Andai pun Defendan dapat membuktikan Defendan-Defendan telah didorong oleh misrepresentasi Plaintif, Plaintif berhujah bahawa 9 oleh kerana akibat tingkah laku Defendan-Defendan selama 5 tahun yang lepas (i.e. mengambil milikan kosong, menjalankan aktiviti pertanian komersial secara besar-besaran dan mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit dan lain-lain) maka bolehlah dianggap bahawa mereka telah “affirmed” perjanjian tersebut dan Defendan-Defendan perlu di “estop” dari sisi undang-undang daripada mempertikaikan kesahihan perjanjian tersebut. [18] Plaintif juga menghujahkan bahawa Defendan-Defendan telah memasukki Perjanjian Penjualan Saham tersebut di atas nasihat peguam mereka sendiri yang sewajarnya telah membuat “due diligence” sebelum ini. Plaintif juga berhujah bahawa dakwaan Defendan tentang misrepresentasi oleh Plaintif tersebut yang langsung tidak disokong oleh bukti-bukti kukuh mewajarkan tuntutan Plaintif ini dibenarkan dan tuntutan balas Defendan ditolak dengan kos. [19] Secara kesimpulannya Plaintif menghujahkan bahawa kesemua perjanjian yang dipertikaikan oleh Defendan ialah perjanjian yang sah berdasarkan terma-terma yang jelas di dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Tambahan lagi, menurut Plaintif, isu perjanjian-perjanjian lain ini yang telah ditandatangani sebelum ini tidak timbul sebab tidak berkaitan kerana tuntutan Plaintif adalah berdasarkan kepada perjanjian penjualan saham ini. 10
b
Hujahan/Penegasan Defendan [20] Defendan menghujahkan bahawa perjanjian penjualan saham tersebut adalah tidak sah kerana ianya dibuat berdasarkan misrepresentasi oleh Plaintif. Defendan juga turut menghujahkan bahawa Perjanjian Penjualan Saham tersebut tidak sah kerana ianya dibuat berdasarkan beberapa perjanjian-perjanjian lain yang tidak sah sebelum itu antara lain perjanjian untuk memberi pajakan dan memajukan tanah pertanian, surat ikatan amanah, perjanjian sewa pajak dan perjanjian sewa pajak tambahan, perjanjian serah hak yang akan diterangkan di bawah. [21] Mengenai Perjanjian Untuk Memberi Pajakan Dan Memajukan Tanah Pertanian, ianya telah dimasukki pada 2/9/2010 di antara Shalah Huddin bin Che Husin, Che Ibrahim bin Mohamed, Wan Roslan bin Wan Hamat (pihak pertama) dan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (pihak kedua) dan TJ Natural Agro Farm (pihak ketiga) bagi tanah seluas 400 ekar di Pos Brooke, Lojing, Mukim Ulu Nenggiri, Daerah Bertam, Jajahan Gua Musang. Defendan-Defendan menegaskan bahawa perjanjian ini adalah tidak sah kerana Pajakan Negeri tidak wujud pada masa tersebut. [22] Menegaskan lanjut mengenai perkara ini, Defendan-Defendan menyatakan bahawa pihak pertama adalah pemegang amanah kepada semua peserta tanah berkelompok di tanah seluas 400 ekar tersebut dan pihak ketiga, iaitu TJ Natural Agro Farm adalah 11 perkongsian yang dimiliki oleh Plaintif. Lee Min Fei dan Leong Soo Kheng yang berhasrat menerima pajak dan menjalankan kerja-kerja memajukan tanah tersebut. Defendan-Defendan menegaskan bahawa pemberian amanah kepada pihak pertama adalah tidak sah kerana tanah tersebut adalah tanah negeri dan geran hakmilik belum dikeluarkan pada masa tersebut. [23] Mengenai Perjanjian Sewa Pajak Defendan menegaskan ianya telah dimasuki oleh TJ Natural Agro Farm dan GT Highland Trading pada 12/10/2010 bagi GT Highland Trading menyewa pajak kawasan tanah seluas 200 ekar daripada tanah tersebut. GT Highland Trading adalah perkongsian yang dimiliki oleh Defendan-Defendan, Goh Ah Yah dan Goh Teck Choon. Mengenai satu lagi perjanjian sewa pajak, iaitu satu Iagi perjanjian bernama “Perjanjian Sewa Pajak Tambahan” telah dimasuki oleh TJ Natural Agro Farm dan GT Highland Trading bagi GT Highland Trading menyewa pajak kawasan tanah seluas 200 ekar yang selebihnya daripada tanah tersebut pada 20/10/2011. Defendan-Defendan juga menghujahkan bahawa Perjanjian Sewa Pajak bertarikh 12/10/2010 dan Perjanjian Sewa Pajak Tambahan bertarikh 20/10/2011 tersebut juga adalah tidak sah kerana Pajakan Negeri masih tidak wujud pada masa tersebut. [24] Defendan-Defendan berhujah bahawa pada 24/10/2011, satu lagi perjanjian iaitu Perjanjian Serahan Hak Daripada Pendaftaran Perniagaan Kepada Syarikat Sdn Bhd telah dimasuki oleh TJ Natural Agro Farm (pemberi hak) dan TJ Natural Agro Farm (M) 12 Sdn Bhd (penerima hak) dimana Defendan-Defendan adalah antara Pengarah dan Pemegang Saham dalam syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd tersebut. [25] Defendan-Defendan menegaskan bahawa Perjanjian Serahan Hak tersebut adalah untuk memberi dan memindahkan secara mutlak semua dan segala yang ada kaitan dengan perkongsian TJ Natural Agro Farm kepada syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd yang mana penyerahan hak tersebut adalah tidak sah kerana tiada hak yang wujud dan boleh diserahkan oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan pada masa tersebut. [26] Seterusnya Defendan-Defendan menghujahkan bahawa pada 7/3/2012, barulah satu Perjanjian Penjualan Saham (yang menjadi “subject matter” tuntutan ini) telah ditandatangani oleh Plaintif dan Defendan-Defendan bagi Plaintif menjualkan sahamnya dalam syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd tersebut kepada Defendan-Defendan. Defendan-Defendan juga menegaskan bahawa Perjanjian Penjualan Saham tersebut adalah tidak sah kerana pada setiap masa material, Plaintif telah memberikan representasi yang salah antara lain bahawa perkongsian Plaintif, iaitu TJ Natural Agro Farm mempunyai pajakan di kawasan Pos Brooke, Lojing, Mukim Ulu Nenggiri, Daerah Bertam, Jajahan Gua Musang, Kelantan (tanah tersebut) tetapi perjanjian Plaintif dengan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) pada 2/9/2010 hanyalah Perjanjian Untuk Memberikan Pajakan dan Memajukan Tanah Pertanian dan bukannya satu 13 Perjanjian Pajakan Tanah, serta geran hakmilik bagi tanah tersebut belum dikeluarkan pada masa perjanjian tersebut ditandatangani. [27] Berdasarkan kepada representasi bahawa Plaintif mempunyai pajakan ke atas tanah tersebut, Defendan-Defendan, melalui perniagaan perkongsian GT Highland Trading, telah diperdayai dan memasuki Perjanjian Sewa Pajak bertarikh 12/10/2010 serta Perjanjian Sewa Pajak Tambahan bertarikh 20/10/2011 di antara TJ Natural Agro Farm dan GT Highland Trading dan juga membeli saham Plaintif dalam syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd setelah serahan hak daripada perkongsian Plaintif, TJ Natural Agro Farm kepada syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd. [28] Defendan-Defendan di dalam hujahannya juga telah menafikan bahawa Plaintif telah menunaikan obligasinya kerana Plaintif telah gagal untuk memenuhi peruntukkan di bawah klausa 1 Perjanjian Penjualan Saham tersebut untuk menjualkan sahamnya tanpa sekatan dan keraguan yang munasabah dengan adanya representasi yang tidak benar ini. Defendan-Defendan juga menyatakan bahawa Defendan-Defendan telah membayar jumlah sebanyak RM1,335,000.00 kepada Plaintif berdasarkan kepada representasi yang tidak benar tersebut setakat masa ini. Justeru itu, tuntutan-tuntutan oleh Plaintif tersebut adalah pra-matang. Maka di atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas Defendan telah membuat tuntutan balas terhadap Plaintif seperti Pernyataan Tuntutan Balas Defendan. 14
c
(C) PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [29] Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak dan keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak secara “judicial appreciation”, Mahkamah berpandangan manakala Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya/tuntutannya terhadap Defendan, Defendan gagal memberikan pembelaan yang bermerit. Pembelaan Defendan adalah penafian dan menyatakan perjanjian saham adalah tidak sah kerana Plaintif telah memberi representasi salah (misrepresentasi) yang merupakan “after thought”. Mahkamah juga berpandangan bahawa hujahan yang ditimbulkan oleh Defendan berkaitan perjanjian-perjanjian sebelum ini tersebut yang telah dirujuk oleh Mahkamah sebelum ini bukanlah satu hujahan yang bermerit kerana ianya tidak diplidkan secara spesifik. Defendan tidak pernah memplidkan bahawa keesahan Perjanjian Penjualan Saham yang menjadi pertikaian dalam kes ini adalah tertakluk kepada keesahan perjanjian-perjanjian lain tersebut. Oleh itu, Defendan tidak boleh menimbulkan perkara ini pada masa ini. [30] Apapun, Mahkamah akan membuat penganalisaan secara keseluruhan berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan. Mahkamah mendapati pembelaan Defendan adalah bersandarkan kononnya Defendan-Defendan telah ditipu (mis led) oleh Plaintif kerana Plaintif telah memberi representasi yang salah bukan sahaja terhadap Perjanjian Penjualan Saham yang menjadi “subject matter” tuntutan ini tetapi lain-lain perjanjian sebelum ini tersebut. 15 [31] Defendan menegaskan bahawa perjanjian tersebut adalah tidak sah kerana Plaintif pada setiap masa telah membuat representasi salah dengan menyatakan bahawa “TNJAF Partnership” telah mendapat pajakan atas tanah tersebut sedangkan berdasarkan perjanjian memberi pajakan, pajakan sebenarnya masih belum diberi. [32] Setelah meneliti keterangan-keterangan yang ada Mahkamah mendapati bahawa Defendan sebenarnya tidak mendapat representasi yang salah kerana pada sepanjang masa Defendan sedar berkenaan dengan perkara ini. Perjanjian memberi pajakan telah disertakan di dalam Perjanjian Sewa Pajak yang telah dimasuki pada 12/10/2010. Perjanjian memberi pajakan tersebut juga telah disertakan bersama “assignment agreement” yang dimeterai pada 24/10/2011 dan “assignment agreement” ini telah dimasuki oleh Defendan bagi pihak TJNAF. Oleh itu, Mahkamah mendapati Defendan sebenarnya telah mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini. [33] Ini adalah kerana Defendan, berdasarkan keterangan yang ada sememangnya telah mendapat maklumat berkenaan dengan terma-terma perjanjian memberi pajakan tersebut. Oleh itu tidak wajar bagi Defendan menyatakan bahawa Perjanjian Penjualan Saham ini tidak sah kerana Plaintif memberi representasi yang salah. [34] Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada sedutan keterangan SP1 (Plaintif) daripada Pernyataan Saksinya (PSP-1) seperti berikut: 16 “(a) Saya dengan jelas dan tanpa sebarang keraguan mengatakan bahawa dakwaan Defendan-Defendan adalah satu pembohongan hasil fikiran semula (afterthought). Selanjutnya, saya menegaskan bahawa pada setiap masa material sebelum Perjanjian Penjualan Saham tersebut ditandatangani pada 7.03.2012, saya tidak pernah sama sekali memberi apa-apa representasi/gambaran yang tidak benar kepada Defendan-Defendan yang mendorong mereka memasuki Perjanjian Penjualan Saham tersebut.
b
Saya tidak pernah cuba memperdayakan atau mengelirukan Defendan-Defendan untuk memikirkan kononnya Perjanjian Untuk Memberi Pajakan dan Memajukan Tanah Pertanian bertarikh 2.09.2010 di antara Shalah Huddin bin Che Husin, Che Ibrahim bin Mohamed dan Wan Roslan bin Wan Hamat dan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Perkongsian TJNAF tersebut yang dilampirkan bersama Perjanjian Sewa Pajak bertarikh 12.10.2010 di antara Perkongsian TJNAF dan GTHT ialah suatu Perjanjian Pajakan Tanah Berdaftar.” [35] Mahkamah berpendapat bahawa Defendan-Defendan telah mengetahui mengenai perjanjian-perjanjian yang wujud sebelum Perjanjian Penjualan Saham ini dimeterai, adalah sah ketika itu dan akan di “formalise”kan kemudian kerana ianya tertakluk kepada prosedur-prosedur tertentu. Berikut adalah keterangan dan penjelasan Plaintif/SP1 mengenainya: 17 “(a) Pada setiap masa material sebelum Perjanjian Penjualan Saham tersebut ditandatangani, sesalinan Perjanjian Untuk Memberi Pajakan dan Memajukan Tanah Pertanian bertarikh 2.09.2010 tersebut sudah pun diberikan kepada pihak Defendan-Defendan. Selanjutnya, Defendan-Defendan, selaku pemilik GTHT, telahpun memasuki Perjanjian Sewa Pajak bertarikh 12.10.2010 tersebut dengan Perkongsian TJNAF pada bulan Oktober 2010 dengan pengetahuan penuh bahawa perjanjian yang wujud adalah untuk memberi pajakan yang mana akan didaftarkan apabila hakmilik dikeluarkan bagi tanah-tanah berkenaan.
b
Hakikat sebenarnya ialah Defendan-defendan sedia maklum dan jelas memahami prosidur dan praktis berkenaan Skim Projek Ladang Rakyat Berkelompok yang dikelolakan oleh Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan, terutamanya hakikat bahawa geran-geran/hakmilik-hakmilik individu untuk Tanah tersebut masih belum dan dalam proses dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri Kelantan kepada pemilik-pemilik benefisial Tanah tersebut. Pihak berkuasa negeri Kelantan telah memutuskan dan sudah pun memulakan proses mengukur dan memecah-lotkan tanah tersebut kepada lot-lot seluas 2 ekar setiap satu lot untuk dibahagikan (alienate) kepada 200 orang perserta-perserta Projek Ladang Rakyat Tanah Berkelompok yang telah dipilih. (Penekanan oleh Mahkamah) 18
c
Defendan-Defendan sedia maklum dan jelas memahami hakikat bahawa segala kontrak berkenaan pajakan Tanah tersebut adalah sekadar suatu persetujuan untuk memberi pajakan dan pajakan tersebut hanya akan dapat didaftarkan selepas pihak kerajaan negeri Kelantan selesai memecah-lot Tanah tersebut dan mengeluarkan geran-geran/hakmilik-hakmilik individu tanah kepada perserta-perserta Skim Ladang Rakyat Berkelompok. (Penekanan oleh
d
Justeru itu, dakwaan Defendan-Defendan kononnya mereka telah memasuki Perjanjian Penjualan Saham tersebut bergantung kepada atau terdorong oleh representasi tidak benar saya tersebut adalah satu pembohongan hasil fikiran semula.” [36] SP1/Plaintif telah dirujuk dengan Perjanjian berkaitan pajakan tersebut dan menyatakan: “(a) Ini adalah Perjanjian Untuk Memberi Pajakan Dan Memajukan Tanah Pertanian bertarikh 2.09.2010 yang dimasuki di antara Shalah Huddin bin Che Husin, Che Ibrahim bin Mohamed dan Wan Roslan bin Wan Hamat dan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Perkongsian TJNAF tersebut. 19
b
Klausa 1.1 Perjanjian Untuk Memberi Pajakan Dan Memajukan Tanah Pertanian bertarikh 2.09.2010 dengan jelas menyatakan bahawa Perjanjian berkenaan “menyaksikan persetujuan bahawa suatu pajakan berdaftar akan dibuat sebaik sahaja hakmilik sementara dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri”.
c
Ini bermakna, pada tarikh Perjanjian tersebut dimasuki, suatu pajakan masih belum dibuat dan hanya akan dibuat apabila hakmilik sementara dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.” [37] Keterangan-keterangan Plaintif adalah disokong oleh saksi “neutral” iaitu Peguam Plaintif (SP2) dan juga merupakan Peguam Defendan yang terlibat dengan penyediaan beberapa Perjanjian-Perjanjian yang telah dirujuk sebelum ini. Mengenai Perjanjian Sewa Pajak, SP2 di dalam Pernyataan Saksinya (PSP-2) berkata: “S3. Siapakah pemilik GT Highland Trading (No. Pendaftaran: KT0280070-V) tersebut? GT Highland Trading (No. Pendaftaran: KT0280070-V) dimiliki oleh Defendan-defendan yang dinamakan di dalam Tindakan ini iaitu, Tan Kick Yong dan Goh Hock Soon. 20 S4. Sebelum dan pada masa Defendan-defendan dan Perkongsian TJ Natural Agro Farm (No. Pendaftaran: KT0250385-K) (“Perkongsian TJNAF”) memasuki Perjanjian Sewa Pajak bertarikh 12.10.2010, adakah Perkongsian TJNAF tersebut mempunyai pajakan berdaftar ke atas tanah berkenaan? Sebelum dan pada masa Perjanjian Sewa Pajak dimasuki, Perkongsian TJNAF tidak mempunyai pajakan berdaftar ke atas tanah berkenaan. Saya telah diberikan sesalinan Perjanjian Untuk Memberi Pajakan dan Memajukan Tanah Pertanian bertarikh 2.09.2010 antara Shalah Huddin bin Che Husin, Che Ibrahim bin Mohamed dan Wan Roslan bin Wan Hamat dan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Perkongsian TJNAF sebelum saya menyediakan Perjanjian Sewa Pajak tersebut.
e
Perjanjian Untuk Memberi Pajakan tersebut jelas memperuntukkan bahawa perjanjian yang wujud adalah untuk memberi pajakan yang mana akan didaftarkan apabila hakmilik dikeluarkan bagi tanah-tanah berkenaan.” (Penekanan oleh Mahkamah) [38] Mahkamah mendapati SP2 telah mengesahkan bahawa Defendan-Defendan mempunyai pengetahuan bahawa Perkongsian TJNAF 21 tidak mempunyai pajakan berdaftar lagi ketika itu dan akan diformalisasikan kemudian. Ke arah itu, SP2 berkata: “S5. Adakah Defendan-Defendan mengetahui bahawa, pada masa GT Highland Trading dan Perkongsian TJNAF memasuki Perjanjian Sewa Pajak bertarikh 12.10.2010, Perkongsian TJNAF tersebut tidak mempunyai pajakan berdaftar ke atas tanah berkenaan? Klausa 1.1 Perjanjian Untuk Memberi Pajakan Dan Memajukan Tanah Pertanian bertarikh 2.9.2010 tersebut dengan jelas menyatakan bahawa Perjanjian berkenaan menyaksikan persetujuan bahawa suatu pajakan berdaftar akan dibuat sebaik sahaja hakmilik sementara dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. (Penekanan oleh Mahkamah) Ini bermakna, pada tarikh Perjanjian tersebut dimasuki, suatu pajakan masih belum dibuat dan hanya akan dibuat apabila hakmilik sementara dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Perjanjian Untuk Memberi Pajakan tersebut adalah dalam pengetahuan Defendan-Defendan, selaku pemilik GT Highland Trading, dan Perjanjian Untuk Memberi Pajakan tersebut juga dilampirkan sebagai Lampiran kepada Perjanjian Sewa Pajak bertarikh 12.10.2010 tersebut. S6. Sila lihat mukasurat 14 hingga 69 IDB. Apakah dokumen ini? 22 Ini adalah Perjanjian Untuk Memberi Pajakan Dan Memajukan Tanah Pertanian bertarikh 2.09.2010 yang dimasuki di antara Shalah Huddin bin Che Husin, Che Ibrahim bin Mohamed dan Wan Roslan bin Wan Hamat dan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Perkongsian TJNAF tersebut. S11. Sila rujuk kepada Perjanjian Sewa Pajak bertarikh 12.10.2010 dan Perjanjian Sewa Pajak Tambahan 20.10.2011 di mukasurat-mukasura 94 hingga 104 dan 105 hingga 108 IDB. Adakah Perjanjian-perjanjian tersebut adalah bagi 2 bidang tanah yang berlainan seperti yang kini didakwa oleh Defendan-Defendan? Perjanjian Sewa Pajak tersebut dan Perjanjian Sewa Pajak Tambahan tersebut adalah bersabit bidang tanah seluas 200 ekar dalam Tanah tersebut yang sama dan bukannya bagi 2 bidang tanah yang berbeza. Sebenarnya, Perjanjian Sewa Pajak tersebut dan Perjanjian Sewa Pajak Tambahan tersebut adalah berkenaan satu bahagian tanah seluas 200 ekar dalam Tanah yang sama. Perjanjian Sewa Pajak Tambahan tersebut disediakan untuk meminda dan/atau menambah terma-terma berkenaan cara pembayaran dalam Perjanjian Sewa Pajak tersebut sahaja.” 23 [39] SP2 juga telah menyediakan Perjanjian Penjualan Saham tersebut (yang menjadi “subject matter” tuntutan ini). Berikut adalah keterangan SP2 seperti di Pernyataan Saksinya (PSP-2): “J. Perjanjian Penjualan Saham bertarikh 7.03.2012 yang dimasuki di antara Plaintif dan Defendan-Defendan ini disediakan oleh saya. S8. Sila nyatakan kepada Mahkamah Yang Mulia ini terma-terma penting Perjanjian Penjualan Saham tersebut? Terma-terma penting Perjanjian Penjualan Saham tersebut adalah seperti berikut:
a
Defendan-Defendan telah bersetuju untuk membeli kesemua saham-saham di dalam syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd (No. Syarikat: 961716-H) (“TJNAFSB”) yang dimiliki oleh Plaintif;
b
Harga belian yang dipersetujui di antara Plaintif dan Defendan-Defendan di dalam Perjanjian Penjualan Saham tersebut bagi kesemua saham-saham yang dimiliki oleh Plaintif dalam TJNAFSB adalah RM1,500,000.00 (“Harga Belian Saham”); 24
c
Defendan-Defendan telah bersetuju untuk membayar Harga Belian Saham kepada Plaintif secara berikut:
i
jumlah sebanyak RM500,000.00 hendaklah dibayar pada masa Perjanjian Penjualan Saham tersebut ditandatangani;
II
(ii) jumlah sebanyak RM500,000.00 hendaklah dibayar pada atau sebelum 15-04-2012;
III
(iii) jumlah baki sebanyak RM500,000.00 hendaklah dibayar pada atau sebelum 19-10-
2012
2012.
d
Selepas Perjanjian Penjualan Saham tersebut ditandatangani, Defendan-Defendan hendaklah melantik semula Plaintif menjadi Pengerusi dan Pengarah Syarikat TJNAFSB tersebut;
e
Ganjaran sebanyak RM1,800.00 sebulan hendaklah dibayar kepada Plaintif untuk keseluruhan tempoh sewa-pajak di bawah Perjanjian Sewa Pajak bertarikh 12.10.2010 tersebut yang akan tamat tempoh pada 11.10.2069.” 25 [40] Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP1 adalah disokong dan disahkan oleh SP2. Justeru itu, Mahkamah mendapati bahawa SP1/Plaintif adalah seorang saksi yang kredibel. Mahkamah juga mendapati bahawa SP2 adalah juga saksi yang kredibel. Mahkamah telah juga melihat “demeanour” kedua-dua saksi ini ketika mereka memberi keterangan. Mahkamah mendapati tidak ada sebab untuk Mahkamah tidak mempercayai mereka. [41] Mengenai keterangan pihak pembelaan pula, Mahkamah mendapati keterangan Defendan adalah tidak benar dan bercanggah dengan keterangan SP1 dan SP2. Keterangan pihak Plaintif adalah jelas yang menunjukkan tiada apa-apa misrepresentasi yang wujud. Contohnya Plaintif telah menyatakan bahawa Defendan telah mengetahui bahawa pajakan yang dimaksudkan belum lagi berdaftar dan akan didaftarkan. Ini disahkan oleh Peguam SP2. Perlu ditekankan bahawa SP2 adalah juga Peguam bagi Defendan-Defendan. Berikut adalah sedutan sebahagian daripada keterangan Defendan 1 sebagai SD1: “4. Q: Apakah yang mendorong anda dan Defendan Kedua menandatangani Perjanjian Penjualan Saham bertarikh 7/3/2012 tersebut dengan Plaintif? A: Plaintif telah memberikan representasi bahawa perkongsian Plaintif, iaitu TJ Natural Agro Farm, mempunyai pajakan di kawasan Pos Brooke, Lojing, Mukim Ulu Nengiri, Daerah Bertam, Jajahan Gua 26 Musang, Kelantan iaitu pada 12/10/2010 firma Plaintif iaitu TJ Natural Agro Farm telah memasuki perjanjian dengan GT Highland Trading yang mana saya adalah salah seorang rakan kongsi untuk memajak tanah TJ Natural Agro Farm seluas 200 ekar di Lojing, Gua Musang, Kelantan. (Sila rujuk muka surat 95 – 102 Ikatan Dokumen Bersama Yang Dipersetujui) (B). Plaintif memberitahu TJ Natural Agro Farm mempunyai hak ke atas tanah tersebut dan Plaintif memberi kami masuk untuk mengusahakan tanah tersebut. Oleh kerana kami dapat mengusahakan tanah seluas 200 ekar tersebut, kami berasa amat yakin untuk mengusahakan tanah seluas 200 ekar lagi dan kami berbincang dengan Plaintif di mana Plaintif kemudiannya telah menawarkan kepada kami untuk menjual tanah seluas 85 ekar dengan harga RM15,000.00 seekar melalui surat TJ Natural Agro Farm bertarikh 6/4/2011.” [42] Defendan juga tidak bercakap benar apabila memberitahu Mahkamah bahawa Perjanjian Sewa Pajak melibatkan 200 ekar tanah dan Perjanjian Sewa Pajak Tambahan melibatkan tanah yang berlainan yang berjumlah 200 ekar lagi sedangkan ianya melibatkan tanah yang sama (i.e 200 ekar keseluruhan). 27 [43] Selain itu, Mahkamah berpandangan dalam kes ini, Defendan pada sepanjang masa telah membangunkan tanah tersebut dan telah mendapat keuntungan dari hasil di atas tanah tersebut. [44] Sekiranya benar Defendan berpandangan bahawa Perjanjian Penjualan Saham dan lain-lain perjanjian tersebut adalah tidak sah kerana wujudnya misrepresentasi, maka Defendan seharusnya membatalkan perjanjian-perjanjian tersebut. Namun di dalam kes ini, Defendan masih lagi memajukan dan membangunkan tanah pertanian tersebut. Ini pada pandangan Mahkamah menunjukkan bahawa sekiranya wujud misrepresentasi di pihak Plaintif, Defendan sebenarnya telah memilih untuk meneruskan perjanjian tersebut. Oleh itu, tidak seharusnya dia menyatakan bahawa perjanjian yang dimeterai antara mereka itu tidak sah pada masa ini, seolah-olah seperti pepatah Inggeris “getting the best of both worlds”. [45] Mahkamah juga berpendapat bahawa Defendan sememangnya pada setiap masa sedar TJNAF iaitu syarikat yang dijual sahamnya oleh Plaintif kepada Defendan mempunyai hak benefisial ke atas tanah yang dipajak walaupun belum didaftar. Oleh itu tidak wajar Defendan menimbulkan isu keesahan Perjanjian Penjualan Saham pada peringkat ini sedangkan pada setiap masa material Defendan-Defendan telah membangunkan tanah pertanian tersebut. [46] Mahkamah juga mendapati bahawa isu yang ditimbulkan oleh Defendan untuk menyatakan Perjanjian Penjualan Saham ini tidak sah adalah tidak bermerit kerana berdasarkan keterangan 28 Defendan sendiri pada setiap masa telah sedar tentang terma-terma perjanjian tersebut dan juga perjanjian-perjanjian lain yang berkaitan sebelum ini. Malahan dia sendiri masih terus menikmati hasil dari perjanjian tersebut sejak dari ianya dimeterai. [47] Selain daripada itu, Defendan-Defendan sebelum menandatangani Perjanjian tersebut sewajarnya telah membuat “due diligence study” dengan Peguam-Peguamnya sebelum ini. Mereka tidak akan menasihatkan Defendan-Defendan supaya menurunkan tandatangan mereka jika mereka tidak tahu apa yang telah mereka persetujui. [48] Selanjutnya berkenaan dengan pembayaran yang dikatakan telah dibuat oleh Defendan, prinsip undang-undang yang mantap ialah Defendan selaku orang yang menyatakan fakta ini perlu membuktikannya kepada Mahkamah. [49] Defendan ada mengemukakan senarai bayaran di dalam Ikatan C. Namun, semakan pada tarikh bayaran tersebut mendapati bahawa bayaran pertama dan kedua dibuat sebelum Perjanjian Perjualan Saham dimeterai, pembayaran ketiga dibuat untuk orang lain, bayaran kelima dan keenam walaupun dibuat kepada Plaintif namun ianya dibuat sebelum tarikh perjanjian dimeterai. Malahan jika diteliti, Mahkamah berpandangan bahawa bayaran yang dikatakan dibuat oleh Defendan bagi membayar baki harga saham tersebut tidak berjaya dibuktikan oleh Defendan. Oleh itu kerana ianya fakta yang dikemukakan oleh Defendan, maka kegagalan 29 Defendan untuk membuktikan keterangan ini menyebabkan ianya tidak boleh diterima Mahkamah ini. [50] Sekiranya benar bahawa bayaran yang dibuat sebelum dari tarikh perjanjian tersebut dimeterai merupakan bayaran kepada Plaintif, Mahkamah berpendapat sudah pasti ianya akan dinyatakan di dalam terma perjanjian. Namun ianya tidak dilakukan. Oleh itu, Mahkamah berpandangan berkenaan jumlah yang telah dibayar oleh Defendan kepada Plaintif ianya tidak berjaya dibuktikan. [51] Berkenaan dengan tuntutan balas Defendan, Defendan menuntut agar pembayaran yang telah dibuat kepada Plaintif berdasarkan Perjanjian Penjualan Saham dikembalikan kepadanya kerana perjanjian tersebut tidak sah. Bagi tuntutan balas ini, Mahkamah berpandangan bahawa oleh kerana perjanjian penjualan tersebut ialah perjanjian yang sah, maka Defendan tidak berhak untuk menuntut balik bayaran yang dikatakan telah dibuat. [52] Bagi tuntutan balas kedua, Defendan menuntut bayaran sebanyak RM200,000.00 yang dikatakan telah dibayar kepada Plaintif berkaitan dengan projek balak di Kedah, Mahkamah berpandangan Defendan gagal untuk membuktikan kepada Mahkamah bahawa bayaran sememangnya telah dibuat oleh Defendan kepada Plaintif. Sekali lagi, adalah menjadi prinsip asas bahawa Defendan yang mengemukakan fakta tersebut yang perlu membuktikannya. Namun Defendan telah gagal berbuat demikian. 30
d
(D) KESIMPULAN [53] Dengan alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa di atas imbangan kebarangkalian, Plaintif telah berjaya di dalam tuntutannya ini terhadap Defendan-Defendan. Sebaliknya, Defendan di atas imbangan kebarangkalian telah gagal di dalam pembelaannya dan gagal membuktikan tuntutan balasnya yang seterusnya ditolak dengan kos sebanyak RM10,000.00. Tarikh: 26 Januari 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) HAKIM Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur 31 Pihak-Pihak Peguam Defendan/Perayu: En. Teo Poh Oon, Tetuan Teo & Chew, 2835-H, Tingkat 1&2, Jalan Temenggong, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Peguamcara Responden/Plaintif: En. Lee Teck Hock, Tetuan Lee & Chong, PT 280 (Lot 10911), Tingkat 1, Wisma Seri Setia, Jalan Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.