/akn/my/judgment/sessions-court/2026/89b72866-cc38-4bba-81e7-ada11e5f0399
Sessions Court of Malaysia21 May 2026JA-B52NCC-65-03/2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR GUAMAN SIVIL NO: JA-B52NCC-65-03/2024 ANTARA LI YIN FONG (NO K/P: 770214016624)] … PLAINTIF DAN
section
1. WONG KOK KEONG (NO.K/P: 750124-10-5457)
section
2. WONG MOK SANG (NO K/P: 481021-10-5435) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 19/07/2026 16:12:01 JA-B52NCC-65-03/2024 Kand. 54 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 PENDAHULUAN [1] Notis Rayuan ini difailkan oleh Plaintif/Perayu setelah tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah bertarikh 21.5.2026 yang memutuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya ke atas Defendan-defendan atas imbangan kebarangkalian. Tuntutan Plaintif adalah ditolak dan kos ditanggung oleh pihak-pihak. RINGKASAN KES. [2] Plaintif dan Defendan Pertama mula berkenalan sekitar April /Mei 2017 dan menjalinkan hubungan percintaan namun mengakhiri hubungan tersebut pada akhir tahun 2021. Defendan Kedua merupakan bapa kepada Defendan Pertama dan bekas pengarah kepada Gerak Garuda Sdn. Bhd.
preamble
Menurut Plaintif, Defendan-defendan telah memujuk dan mendorong Plaintif untuk memberikan pinjaman wang kepada Defendan Pertama bagi menjalankan projek di Forest City. Atas pujukan dan dorongan tersebut, Plaintif telah beberapa kali memberikan pinjaman wang kepada Defendan Pertama bermula 27.3.2018 sehingga 30.9.2021 dengan jumlah keseluruhan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 sebanyak RM355,500.00 secara pemindahan secara dalam talian. Defendan Pertama telah memungkiri janji apabila gagal membayar kembali wang pinjaman tersebut. Defendan Pertama tidak menafikan bahawa sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun Defendan Pertama namun menyatakan bahawa wang tersebut bukan merupakan wang pinjaman sebaliknya ia merupakan wang yang diberikan secara sukarela oleh Plaintif kepada Defendan Pertama disebabkan hubungan istimewa diantara kedua-duanya. Defendan Kedua pula menafikan ada pengetahuan berkenaan wang yang diberikan Plaintif kepada Defendan Pertama. Plaintif juga tidak pernah berhubung dengan Defendan Kedua sebelum, semasa dan/atau selepas Plaintif memberikan apa-apa wang kepada Defendan Pertama. [3] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-defendan ialah seperti berikut: a) Suatu Deklarasi bahawa wang yang telah diberikan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama sebanyak RM355, adalah satu bentuk pinjaman; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 b) Bahawa Defendan Pertama hendaklah memulangkan kembali wang berjumlah RM355,500.00 yang telah dipinjamkan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama; c) Faedah pada kada 5% setahun ke atas jumlah RM355,500.00 dari tarikh Penghakiman sehingga penyelesaian penuh; d) Gantirugi Punitif (punitive damages) / gantirugi teladan (exemplary damages) berjmlah RM18,000.00 dibayar oleh Defendan-defendan secara bersesama atau berasingan kepada Plaintif atau apa-apa amaun lain yang Mahkamah yang Mulia ini anggap sesuai dan wajar diberikan; e) Kos atas dasar peguam dan anakguam; dan f) Lain-lain relif yang difikirkan sesuai dan manfaat oleh Mahkamah yang mulia ini. ISU-ISU YANG PERLU DIPUTUSKAN **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 [4] Isu-isu yang perlu diputuskan dalam tindakan ini adalah seperti berikut: i) Sama ada Defendan-defendan telah memujuk dan mendorong Plaintif untuk meminjamkan wang kepada Defendan Pertama; ii) Sama ada wang yang diberikan Plaintif kepada Defendan Pertama merupakan pinjaman; iii) Sama ada Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua mempunyai pengetahuan berkenaan kemasukan wang-wang seterusnya bertanggungan untuk mengembalikan wang pinjaman tersebut kepada Plaintif; dan iv) Sama ada Defendan-defendan bertanggungan untuk mengembalikan wang pinjaman tersebut kepada Plaintif. SENARAI SAKSI-SAKSI [5] Bagi membuktikan tuntutannya, pihak Plaintif telah memanggil seorang saksi bagi memberikan keterangan iaitu Plaintif sendiri (SP1). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 Pihak Defendan-defendan juga memanggil seorang sahaja saksi bagi membuktikan pembelaan mereka iaitu Defendan Pertama (SD1). PENEMUAN MAHKAMAH [6] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktikan bagi kes-kes sivil adalah di atas bahu pihak Plaintif/yang menuntut atas imbangan kebarangkalian mengikut seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950. Seksyen 101 menyatakan bahawa:
section
101. Beban pembuktian
subsection
(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberikan penghakiman mengenai tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang, dengan bergantung pada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
subsection
(2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban pembuktian terletak pada orang itu. Seksyen 102 menyatakan bahawa:
section
102. Pada siapa letaknya beban pembuktian Beban membuktikan dalam suatu guaman atau prosiding terletak pada orang yang akan gagal sekiranya tiada apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-mana pihak. Seksyen 103 menyatakan bahawa:
section
103. Beban pembuktian mengenai fakta tertentu Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak pada orang yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu, melainkan jika diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bahawa bukti mengenai fakta tersebut terletak pada mana-mana orang tertentu. Isu (i): Sama ada Defendan-defendan telah memujuk dan mendorong Plaintif untuk meminjamkan wang kepada Defendan Pertama. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 [7] Adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Plaintif dan Defendan Pertama mempunyai hubungan istimewa sehinggalah hubungan tersebut berakhir pada akhir tahun 2021. Juga tidak dipertikaikan bahawa Defendan Pertama sememangnya menerima sejumlah wang daripada Plaintif. Defendan Pertama juga menyatakan wang tersebut diberikan secara sukarela bagi membantu atau mengurangkan beban kewangan yang dihadapi Defendan Pertama pada ketika itu. Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif gagal membuktikan bahawa pemberian wang kepada Defendan Pertama adalah hasil pujukan atau dorongan daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Tiada keterangan saksi mahupun keterangan dokumen dikemukakan bagi menyokong dakwaan tersebut selain dari keterangan Plaintif sendiri. Justeru, Mahkamah ini berpendapat bahawa Plaintif gagal membuktikan bahawa kedua-dua Defendan telah memujuk dan mendorong Plaintif untuk meminjamkan wang kepada Defendan Pertama. Isu ii: Sama ada wang yang diberikan Plaintif kepada Defendan Pertama merupakan pinjaman. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 [8] Plaintif memplidkan bahawa wang-wang yang diberikan kepada Defendan Pertama merupakan wang pinjaman dan perlu dikembalikan semula. Defendan Pertama pula menafikan wang-wang tersebut dipinjamkan oleh Plaintif sebaliknya ianya diberikan secara sukarela atas dasar hubungan istimewa di antara kedua-duanya. [9] Adalah menjadi tanggungjawab Plaintif untuk membuktikan bahawa wang-wang yang diberikan kepada Defendan Pertama adalah pinjaman yang wajib dibayar balik dan bukannya merupakan pemberian/hadiah kepada Defendan Pertama. Plaintif menyatakan terdapat perjanjian pinjaman wang dengan merujuk kepada Dokumen P21 (Lampiran B muka surat 125) yang menunjukkan wang-wang yang dikatakan telah diberikan kepada Defendan Pertama. Namun begitu, Mahkamah mendapati bahawa P21 tidak mengandungi terma-terma penawaran dan penerimaan ataupun pengakuan daripada Defendan bahawa wang-wang berjumlah RM355,500.00 tersebut merupakan wang pinjaman dan perlu dikembalikan semula kepada Plaintif, **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 Disebabkan ketiadaaan Perjanjian Pinjaman di antara Plaintif dengan Defendan Pertama serta tiada keterangan sokongan daripada saksi-saksi, Mahkamah ini berpendapat bahawa Plaintif gagal membuktikan wang yang diberikan kepada Defendan Pertama adalah merupakan wang pinjaman. Isu (iii): Sama ada Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua mempunyai pengetahuan berkenaan kemasukan wang-wang ke dalam akaun Defendan Pertama. [10] Defendan Pertama tidak menafikan bahawa Plaintif telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya. Ini membuktikan bahawa Defendan Kedua mempunyai pengetahuan berkenaan kemasukan wang ke dalam akaun miliknya. Bagi Defendan Kedua pula, beban pembuktian untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan berkenaan kemasukan wang-wang ke dalam akaun Defendan Pertama adalah di atas bahu Plaintif. Ketidakhadiran Defendan Kedua semasa perbicaraan tidak secara automatik membuktikan dakwaan tersebut terhadap Defendan Kedua. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 Tiada bukti dikemukakan Plaintif untuk menunjukkan bahawa Defendan Kedua mempunyai pengetahuan berkenaan kemasukan wang-wang tersebut ke dalam akaun Defendan Pertama. Tambahan pula, Plaintif telah gagal membuktikan bahawa Defendan kedua telah memujuk dan mendorong Plaintif meminjamkan wang kepada Defendan Pertama. Oleh itu, dakwaan bahawa Defendan Kedua mempunyai pengetahuan berkenaan kemasukan wang-wang ke dalam akaun Defendan Pertama tidak berjaya dibuktikan. Tiada bukti bahawa Defendan Kedua terlibat dalam pertikaian diantara Plaintif dengan Defendan Pertama. Isu iv: Sama ada Defendan-defendan bertanggungan untuk mengembalikan wang pinjaman tersebut kepada Plaintif. [11] Plaintif telah gagal membuktikan bahawa wang-wang yang diberikan kepada Defendan Pertama merupakan wang pinjaman yang perlu dikembalikan semula, justeru, Mahkamah berpendapat bahawa Defendan-Defendan tidak bertanggungan untuk mengembalikan wang tersebut kepada Plaintif. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 Penutup [12] Berdasarkan penemuan-penemuan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak Plaintif telah gagal membuktikan tuntutan-tuntutan ke atas pihak Defendan-defendan atas imbangan kebarangkalian, oleh itu, tuntutan Plaintif adalah ditolak. Bertarikh 10 Julai 2026 Disediakan oleh Salawati (Salawati binti Djambari) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Mahkamah Johor Bahru,Johor. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.