2 MLJ 195 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: - “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a reasnonable doubt on the prosecution case against the appellant”. [53] Rujukan juga dibuat kepada kes PP v Ling Tee Huah (1982) 2 MLJ 324 di muka surat 326, Mahkamah memutuskan seperti berikut: - “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient”. [54] Setelah meneliti keterangan OKT dan dengan menguji keterangan tersebut dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah mendapati keterangan OKT sengaja direka-reka untuk melepaskan diri daripada pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya. Mahkamah mendapati dengan ketiadaan apa-apa keterangan meyakinkan dari pihak pembelaan yang boleh menganggu gugat keterangan saksi-saksi pendakwaan berkenaan pemilikan dadah oleh OKT. Tiada sebab untuk Mahkamah meragui keterangan saksi-saksi tersebut yang yang sememangnya memberikan keterangan secara jujur dan benar. Mahkamah menegaskan sekali lagi bahawa tugas pihak pembelaan adalah untuk menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan, keraguan tersebut haruslah sesuatu yang munasabah bukan bersifat khayalan atau diagak-agak. [55] Setelah meneliti secara keseluruhan keterangan dari pihak pendakwaan dan pembelaan, dapatan Mahkamah adalah OKT sememangnya mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut. Keterangan yang dikemukakan oleh OKT tidak membangkitkan apa-apa keraguan dalam kes pendakwaan. Sebaliknya, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan yang munasabah. Atas alasan-alasan yang sedemikian, Mahkamah mendapati OKT bersalah dan disabitkan sepertimana pertuduhan menurut seksyen 12 (2) ADB yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(A) (1) ADB. Hukuman [56] Undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang apabila OKT telah didapati bersalah dan disabitkan bagi pertuduhan tersebut. Rujukan dibuat terhadap Seksyen 183 KPJ yang memperuntukkan seperti berikut: - “If the accused is convicted, the Court shall pass sentence according to law” [57] Dalam kes Public Prosecutor v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315, Mohamed Azmi J (pada ketika itu) telah menyatakan: “A ‘sentence according to law’ means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. [58] Terdapat begitu banyak nas-nas undang-undang yang memberikan panduan mengenai prinsip undang-undang yang perlu dipatuhi dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT. Mahkamah ingin merujuk kepada penghakiman Hilbery J di dalam kes Rex v. Kenneth John BalI 35 Cr App R 164 juga lazim dipetik yang memutuskan seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicity enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender in induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” [59] Selanjutnya, rujukan juga dibuat kepada kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [1982] 1 MLJ 83 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut :- “…The very concept of judicial discretion involves a right to choose between more that one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v. Jamieson [1952] AC 525 at 549). It is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentences; whilst others equally conscientious have thought it their duty to view the same crimes with leniency. Therefore, sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for that reason also that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court’s interference. [60] Berdasarkan kepada prinsip-prinsip hukuman yang dirujuk oleh Mahkamah, dapat disimpulkan bahawa dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah perlu membuat pertimbangan terhadap faktor-faktor seperti keseriusan kesalahan, keadaan yang mengelilingi perilaku jenayah yang terlibat, latar-belakang (antecedent) OKT, faktor pencegahan serta sama ada terdapatnya faktor peringanan yang memihak kepada OKT. Hakim Hashim Yeop Sani dalam kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt (1976) 2 MLJ 276 telah menyatakan seperti berikut: - The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused." [61] Setelah Mahkamah mendapati OKT bersalah dan disabitkan atas pertuduhan, pihak pembelaan telah membuat rayuan mitigasi terhadap hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap OKT. Pihak pembelaan berhujah sepert berikut: - [61.1} Umur 31 tahun [61.2] Bekerja sebagai pemandu grab [61.3] Gaji RM1800 [61.4] Bapa tunggal [61.5] Ada tanggungan 3 orang anak [61.6] OKT menjaga ibunya berusia 66 tahun [61.7] OKT menjaga abangnya OKU mental [62] Pihak pembelaan memohon agar penjara dan sebatan minimum dikenakan ke atas OKT. [63] Pihak pendakwaan pula berhujah agar OKT ini dikenakan hukuman setimpal. Perbicaraan juga telah memakan masa dan kos Mahkamah dan pihak pendakwaan. [64] Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak dan berpandukan kepada prinsip penghukuman yang dirujuk pada nas-nas di atas, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 28 bulan dan 3 kali sebatan. [65] Hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang adalah hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahun dan hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 3 sebatan tetapi tidak lebih daripada 9 sebatan. Memandangkan hukuman penjara 2 tahun adalah wajib, setelah mempertimbangkan rayuan mitigasi OKT dan pemberatan pihak pendakwaan, Mahkamah percaya hukuman penjara 28 bulan dan 3 kali sebatan adalah sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. OKT dalam kes ini didapati bersalah atas kesalahan memiliki 15.63 gram dadah jenis Methamphetamine. Pada awalnya, OKT mengaku tidak bersalah atas kesalahan ini, namun Mahkamah telah menjalani proses perbicaraan yang panjang dalam mendapati OKT ini bersalah. [66] Dalam mencapai keputusan ini, faktor utama yang diambil kira oleh Mahkamah adalah kepentingan awam. Dadah merupakan musuh nombor satu negara dan perkara ini diisytiharkan sejak tahun 1983 lagi. (https://www.adk.gov.my/maklumat-korporat/sejarah-aadk/) Dadah bukan sahaja memberikan impak yang negatif pada orang yang mengambilnya, tetapi memberikan kesan buruk kepada negara secara keseluruhannya. Setelah 40 tahun sudah berlalu, nampaknya kes-kes melibatkan jenayah dadah tidak berkurang malah kian meningkat. Perhatian Mahkamah terhadap Mahkamah-Mahkamah Rendah di negara kita mendapati Mahkamah-Mahkamah tersebut dibanjiri dengan kes-kes melibatkan jenayah dadah setiap hari. Perkara yang paling menyedihkan adalah begitu ramai anak muda terjebak dalam jenayah yang mampu membinasakan diri sendiri ini. Maka, hukuman penjara yang panjang ini Mahkamah percaya akan memberikan satu pengajaran kepada OKT dan menyampaikan mesej tegas kepada masyarakat di luar sana agar jangan mudah terlibat dalam jenayah ini dan sekiranya terlibat hukuman berat bakal menanti. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Tia Ah Leng v. PP [2004] 4 CLJ 77 di mana Mahkamah Rayuan telah menjelaskan keseriusan dadah kepada Masyarakat dan negara seperti berikut :- "The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dangerous drugs. Drug addictions are rampant and the Government as well as the legislature have tried to curb these addictions especially amongst youths but met with little success. Death sentences and heavy penalties have been introduced but we find drug addicts everywhere. The addiction to drugs have led to other offences such as thefts, burglary and snatch thefts. Some of these offences lead to serious consequences. We have read in the newspapers that some drug addicts have gone to the extent of hurting their own families such as their mothers, sisters and grandmothers in order to get some money to purchase the drugs to support their addictions. Recently, a woman died when a snatcher snatched her handbag and she was dragged together with the handbag some distance away and as a result of that she died. In our view, the source of all these evils are the drug traffickers and the drug peddlers. They are the ones who have been trafficking, selling and peddling the drugs to those drug addicts. It is public knowledge that the return in this type of business is very lucrative. The seriousness of the offences on drugs have been made known since the seventies. Eminent judges have expressed this in so many cases." [67] Mahkamah juga sedia maklum berkenaan prinsip undang-undang yang menghendaki Mahkamah menjatuhkan hukuman dengan mengambil kira kepentingan diri OKT juga. Setelah mengambil kira rayuan mitigasi OKT, Mahkamah percaya hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan adalah sesuai dan tidak keterlaluan. [68] Mahkamah berharap hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT ini mampu bertindak sebagai suatu pemulihan dan pengajaran serta apabila OKT ini kembali ke pangkuan keluarganya menjadi seorang yang insan yang lebih berguna kepada masyarakat dan negara. Kesimpulan [69] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan, Mahkamah percaya sabitan dan hukuman terhadap OKT adalah berdasarkan prinsip-prinisp undang-undang yang mantap dan wajar dikekalkan. Disediakan oleh, tt Salini a/p Retanam Majistret Mahkamah Majistret Kulai Johor Bertarikh 19.6.2025 Bagi pihak pendakwaan Nur Ameerah Binti Mohd Allaudeen Timbalan Pendakwa Raya Johor Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79100 Nusajaya, Johor. Bagi pihak pembelaan Puan Zafirah Binti Norizan Puan Noor Asyikin Shafiqah Binti Atham Malik Tetuan Zafirah Norizan Lot 2.8A, Tingkat 2, Bangunan Perbadanan Islam, Johor Jalan Rebana, Kebun Teh, 80250 Johor Bahru, Johor,