In any event, we were of the view that the learned JC had failed to fully appreciate the testimony of SD2 when he stated as follows in his witness statement : “S10. Boleh Dato jelaskan kepada Mahkamah yang mulia ini, Dato’ sebagai Pengurus Besar dan juga Ketua Jabatan di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), bagaimana Dato’ menegur orang bawahan termasuklah Puan Nur Dini Binti Mohd Noh sekiranya Dato’ mendapati terdapatnya sikap atau tindakan para pegawai/pekerja bawahan tersebut tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam menjalankan tugas mereka di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)? Seperti amalan yang saya praktikan nasihat, terguran dan amaran kepada para pekerja/pegawai bawahan saya termasuklah Puan Nur Dini Binti Mohd Noh akan saya sampaikan ketika di dalam Perhimpunan Bulanan, Mesyuarat Pengurusan dan arahan kepada Pegawai yang menguruskan Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia untuk memperbaiki sikap atau/dan tindakan mereka dalam 13 menjalankan tugas-tugas mereka di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Tambahan, saya juga sentiasa menggalakkan para pegawai/pekerja bawahan termasuklah Puan Nur Dini Binti Mohd Noh untuk datang berjumpa dengan saya untuk bertanyakan apa sahaja berkaitan permasalahan mereka semasa menjalankan tugas mereka di Lembaga Wilayah Kedah (KEDA). S11. Sepanjang Dato’ menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar dan Ketua Jabatan di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), adakah terdapat mana-mana pekerja/pegawai yang datang berjumpa Dato’ secara bertentangan empat mata sebaik sahaja Dato’ membuat nasihat, teguran dan amaran ke atas para pegawai/pekerja bawahan Dato’ di Perhimpunan Bulanan, Mesyuarat Pengurusan dan arahan kepada Pegawai yang menguruskan Bahagian Pentadbiran untuk Sumber Manusia? Ya, ada para pegawai/pekerja yang datang untuk berjumpa saya untuk bertanyakan secara lebih lanjut berkaitan nasihat, teguran dan amaran yang telah dibuat oleh saya di dalam Perhimpunan Bulanan, Mesyuarat Pengurusan dan arahan kepada Pegawai yang menguruskan Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia. S12. Merujuk kepada Puan Nur Dini Binti Mohd. Noh, adakah beliau ada datang sendiri untuk berjumpa Dato’ berkaitan apa-apa nasihat, teguran dan amaran yang telah Dato’ berikan sepanjang Perhimpunan Bulanan, Mesyuarat Pengurusan dan arahan kepada Pegawai yang menguruskan Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia yang telah diadakan tersbut? Tidak pernah. … S14. Adakah Puan Nur Dini Binti Mohd Noh ada datang berjumpa dengan Dato sebagai Ketua Jabatannya bertanyakan sebab-sebab beliau tidak mendapat sokongan dari Dato’ sebagai Ketua Jabatannya dalam pengesahan jawatannya sebagai Juruaudit Gred W41 di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)? Tiada samada secara lisan atau bertulis.”