Lampiran
LAMPIRAN 10 – PERMOHONAN PLAINTIF DIBAWAH ATURAN 14 KKM 2012 PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG [20] Dalam permohonan ini, Mahkamah telah merujuk kepada Aturan 14 Kaedah 1 Kedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) yang memperuntukkan seperti berikut: 1. “Application by plaintiff for summary judgment (O. 14, r. 1) (1) Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant.” [21] Permohonan di bawah Aturan 14 Kaedah 1 KKM 2012 merupakan prosedur yang membolehkan tuntutan Plaintif diputuskan dan dibenarkan tanpa melalui perbicaraan penuh. Permohonan Plaintif di bawah Aturan ini akan dibenarkan dalam keadaan di mana Plaintif mempunyai satu tuntutan yang jelas dan terang. Defendan-Defendan, sebaliknya bertanggungan untuk menunjukkan isu yang perlu dibicarakan atau Pembelaan bermerit bagi menghalang permohonan Plaintif. Pembuktian di dalam permohonan sebegini perlu dilakukan melalui keterangan afidavit selari dengan perincian yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn. Bhd. [1984] 2 CLJ 220; [1984] 1 CLJ (Rep) 283; [1984] 2 MLJ 300. Mahkamah Persekutuan di muka surat 285 telah memutuskan seperti berikut: “We think it is appropriate to remind ourselves once again hat in every application under O.14 the first consideration is (a) whether the case comes within the Order and (b) whether the Plaintiff has satisfied the preliminary requirements for proceeding under O.14. For the purpose of an application under O.14 the preliminary requirements are: i.The Defendant must have entered an appearance; ii.The statement of claim must have been served on the Defendant; and iii.The affidavit in support of the application must comply with the requirements of r.2 of the O.14. It is to be observed that a case is not within O.14: (a) where no statement of claim has been served on the Defendant; where the indorsement on the writ includes a claim or claims outside the scope of O.14 as coming within r.1(2); (c) where the affidavit in support of the application is defective, eg. In omitting to state the deponent’s belief that the application is made in an action against the Government (O.73 r.5(1)). If the Plaintiff fails to satisfy either of these considerations, summons may be dismissed. If however these considerations are satisfied, the Plaintiff will have established a prima facie case and he comes entitled to judgment. The burden then shift to the Defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him (see O. 14 r.3 and 4(1)).” [22] Seterusnya, Aturan 14 Kaedah 3(1) KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg 3. Judgment for plaintiff (O. 14, r. 3) (1) Unless on the hearing of an application under rule 1 either the Court dismisses the application or the defendant satisfies the Court with respect to the claim, or the part of a claim, to which the application relates that there is an issue or question in dispute which ought to be tried or that there ought for some other reason to be a trial of that claim or part, the Court may give such judgment for the plaintiff against that defendant on that claim or part as may be just having regard to the nature of the remedy or relief claimed. [23] Defendan-Defendan hanya perlu menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu isu yang boleh dibicarakan bagi membantah permohonan Plaintif ini. Prinsip ini telah diputuskan di dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail Ali Johor & Ors [1992] 1 CLJ 627; [1992] 1 CLJ (Rep) 14; [1992] 1 MLJ 400 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “In an application under 0.14, the Court has to be satisfied on affidavit evidence that the Defence has not only raised an issue, but also that the said issue is triable, the determination of whether an issue is or not triable depends on the facts or the law arising from each case as disclosed in the affidavit evidence before the Court. A complete defence need not be shown. The Defence set up need only show that there is a triable issue.” HUJAHAN PEGUAMCARA PLAINTIF [24] Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa Defendan-Defendan merupakan majikan sebagaimana yang didefinisikan di bawah seksyen 2 Akta 452 yang bertanggungan untuk membayar caruman bulanan dengan amaun upah bulanan untuk setiap pekerjanya, Seterusnya, Defendan-Defendan juga merupakan rakan kongsi yang bertanggungan secara bersesama dan/ atau berasingan untuk membayar caruman bulanan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 46 Akta 452. [25] Selain itu, sebagai tambahannya, Defendan-Defendan juga bertanggungan untuk membayar dividen dan caj lewat bayar yang terakru pada kadar yang diisytiharkan oleh Plaintif sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen 45 (3) dan seksyen 49 Akta 452. S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg [26] Berkenaan dengan isu pekerja-pekerja Defendan-Defendan yang telah diberhentikan, Peguamcara Plaintif menghujahkan tuntutan Plaintif adalah berdasarkan rekod gaji dan dokumen sokongan yang dikemukakan oleh Defendan-Defendan sendiri, termasukalah penyata gaji dan dokumen pengesahan pemotongan KWSP. [27] Maka, pengiraan caruman KWSP seperti di dalam Borang E dan Borang F adalah tepat, telus, sah dan muktamad daripada segi undang-undang dan fakta. Pengiraan tersebut bukan dibuat secara unilateral oleh Plaintif, tetapi ianya adalah berdasarkan kepada rekod gaji rasmi yang dibekalkan oleh Defendan-Defendan sendiri kepada Plaintif dalam kapasiti mereka sebagai majikan yang tertakluk di bawah Akta 452. [28] Pengiraan yang disokong oleh Borang E dan Borang F serta Perakuan Tuntutan Caruman Yang Kena Dibayar adalah keterangan Prima Facie yang mencukupi untuk menjustifikasikan satu Penghakiman Terus. [29] Surat Akuan bertarikh 13.6.2025 oleh pekerja bernama Siti Hamimah binti Tugiman adalah bersifat satu fikiran terkemudian (afterthought) yang tidak boleh dianggap sebagai bukti kukuh untuk menafikan tanggungan Defendan-Defendan. [30] Berkenaan Salinan kenyataan gaji tertunggak yang dikemukakan sebagai Eksibit “MBH-2” di Afidavit Jawapan Defendan-Defendan di Lampiran 14, Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa tiada pengesahan rasmi pada dokumen tersebut; sama ada dalam bentuk cop syarikat, tandatangan pegawai yang diberi kuasa atau dokumen sokongan lain yang menunjukkan bahawa ianya dikeluarkan secara sah. Defendan-Defendan telah gagal menunjukkan sipakah yang menyediakan dokumen tersebut sekaligus menimbulkan keraguan serius terhadap kesahihan dan ketulenan dokumen tersebut. [31] Oleh itu, Eksibit “MBH-2” ini tidak wajar diberikan nilai dan dijadikan asas yang sah untuk menafikan tunggakan caruman KWSP yang dituntut oleh Plaintif. S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg [32] Terdapat pengakuan oleh Defendan-Defendan melalui surat bertarikh 03.07.2024 yang mengakui keberhutangannya kepada Plaintif dan merayu agar diberikan tempoh untuk membuat pembayaran caruman melalui cara 24 bulan ansuran. [33] Terdapat juga pembayaran sebahagian jumlah tuntutan iaitu sebanyak RM8310. 00 yang telah dibuat oleh Defendan-Defendan. HUJAHAN PEGUAMCARA DEFENDAN-DEFENDAN [34] Peguamcara Defendan menghujahkan bahawa Plaintif telah gagal mengambilkira bahawa Defendan-Defendan telah memberhentikan pekerja-pekerja pada bulan Jun 2021 disebabkan oleh kegawatan ekonomi ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di seluruh negara akibat wabak Covid-19. [35] Atas persetujuan bersama dan tanpa bantahan daripada pekerja-pekerja Defendan-Defendan, Defendan-Defendan tidak mengeluarkan apa-apa notis pemberhentian kerja mahupun meminta pekerja-pekerja membuat surat perletakkan jawatan. [36] Defendan-Defendan mengakui bahawa Defendan-Defendan tidak membuat pengesahan dan pemakluman kepada pihak Plaintif dalam sistem KWSP semasa pemberhentian tersebut kerana pada ketika itu, Perintah Kawalan Pergerakan sedang dikuatkuasakan. [37] Peguamcara Defendan-Defendan menghujahkan bahawa terdapat isu-isu yang boleh dibicarakan yang mana akan diperincikan dan dianalisa dengan lebih lanjut oleh Mahkamah. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [38] Adalah satu prinsip undang-undang yang mantap bahawa permohonan untuk merekodkan satu penghakiman terus akan dibenarkan dalam keadaan tuntutan S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg Plaintif adalah jelas, nyata dan terang. Berdasarkan Aturan 14 Kaedah 1 KKM 2012, Plaintif perlu memenuhi segala keperluan yang telah digariskan. [39] Tuntutan Plaintif merupakan satu tuntutan yang terbit daripada keingkaran Defendan-Defendan membayar caruman KWSP bagi pekerja-pekerja Defendan-Defendan bagi tempoh November 2020 sehingga Jun 2022. Selain itu, tuntutan ini juga termasuk dividen dan caj lewat bayar yang telah terakru bagi tempoh tersebut. [40] Bagi satu permohonan untuk penghakiman terus, Mahkamah ini telah berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah digariskan dalam kes Kayu Raya (supra) sebagaimana yang telah dinyatakan di atas di mana terdapat 3 prasyarat yang perlu dipenuhi bagi permohonan di bawah Aturan 14 KKM 2012 iaitu sebagaimana berikut: i. Defendan-Defendan telah memasukkan kehadiran; ii. Penyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan; dan iii. Afidavit Sokongan bagi permohonan di bawah Aturan 14 KKM 2012 telah mematuhi kehendak di bawah Aturan 14 Kaedah 2 KKM 2012. PRASYARAT 1: Defendan-Defendan telah memasukkan kehadiran [41] Semakan Mahkamah mendapati Defendan-Defendan telah memfailkan Memorandum Kehadiran bertarikh pada 09.04.2025 sebagaimana di Lampiran 5 & 6. Oleh itu, Prasyarat 1 telah dipenuhi. PRASYARAT 2: Penyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan-Defendan [42] Mahkamah mendapati Writ Saman di Lampiran 1 dan Penyataan Tuntutan di Lampiran 2 telah diserahkan kepada Defendan-Defendan secara kediri pada 26.02.2025 berdasarkan Afidavit Penyampaian di Lampiran 4. Oleh itu, Prasyarat 2 juga telah dipenuhi. S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg PRASYARAT 3: Afidavit Sokongan bagi permohonan di bawah Aturan 14 KKM 2012 memenuhi kehendak di bawah Aturan 14 Kaedah 2 KKM 2012 [43] Aturan 14 Kaedah 2 KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: 2. “Manner in which application under rule 1 shall be made (O. 14, r. 2) (1) An application under rule 1 must be supported by an affidavit in Form 13 verifying the facts on which the claim, or the part of a claim, to which the application relates is based and stating that in the deponent’s belief there is no defence to that claim or part, as the case may be, or no defence except as to the amount of damages claimed. (2) Unless the Court otherwise directs, an affidavit for the purposes of this rule may contain statements of information or belief with the sources and grounds thereof. (3) The notice of application, a copy of the affidavit in support and of any exhibits referred to therein must be served on the defendant within fourteen days from the date of receipt of the sealed notice of application by the applicant. (4) Order 32, rule 13(2) shall apply mutatis mutandis to all affidavits in respect of an application under this rule.” [44] Berkenaan dengan keperluan dibawah Aturan 14 Kaedah 2 (1) dan (2) KKM 2012, Mahkamah telah meneliti Afidavit Sokongan Plaintif bagi permohonan ini sebagaimana di Lampiran 11. Mahkamah mendapati berdasarkan Afidavit Sokongan di Lampiran 11 tersebut dan eksibit-eksibit yang dikemukakan, Plaintif telah menentusahkan fakta yang menjadi asas kepada tuntutan ini dan menyatakan bahawa mengikut kepercayaan deponen, Defendan-Defendan tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan tersebut. [45] Seterusnya, bagi kehendak di bawah Aturan 14 Kaedah 2 (3) KKM 2012, berdasarkan rekod prosiding, Mahkamah mendapati sesalinan Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan beserta eksibit yang telah dimeterai masing-masing pada 12.06.2025 sebagaimana di Lampiran 10 dan Lampiran 11 telah diserahkan dan diakui terima oleh Defendan-Defendan pada 20.06.2025. [46] Oleh itu, Mahkamah mendapati Afidavit Sokongan di Lampiran 16 telah memenuhi kesemua kehendak di bawah Aturan 14 Kaedah (2) KKM 2012 dan S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg seterusnya memutuskan bahawa Plaintif turut mematuhi prasyarat-prasyarat yang telah digariskan di dalam kes Kayu Raya (supra) tersebut. [47] Beban pembuktian kini berpindah kepada Defendan-Defendan untuk menunjukkan bahawa mengapa satu penghakiman terus tidak wajar dan tidak patut direkodkan terhadap Defendan-Defendan. [48] Di dalam kes Bank Negara Malaysia (supra) ianya telah diputuskan bahawa Mahkamah dalam menentukan sama ada satu permohonan penghakiman terus perlu dibenarkan atau tidak, setelah prasyarat di bawah Aturan 14 dipatuhi, perlu menentukan dan mengenalpasti sama ada isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan adalah merupakan isu-isu yang boleh dibicarakan (triable issue). SAMA ADA ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH DEFENDAN-DEFENDAN MERUPAKAN ISU-ISU YANG BOLEH DIBICARAKAN [49] Penelitian Mahkamah kepada Afidavit Jawapan Defendan-Defendan di Lampiran 14 mendapati isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan adalah sebagaimana berikut: ISU 1: Hubungan majikan dan pekerja tidak lagi wujud kerana Defendan-Defendan telah memberhentikan pekerja-pekerjanya pada bulan Jun 2021 [50] Untuk isu ini, Defendan-Defendan menyatakan bahawa pemberhentian ke atas pekerja-pekerja Defendan-Defendan telah dibuat secara lisan atas persetujuan bersama pekerja-pekerja, Ini adalah kerana pemberhentian tersebut dilakukan semasa tempoh PKP sedang dilaksanakan. [51] Bagi menyokong penyataan dan isu ini, Defendan-Defendan telah mengemukakan Eksibit “MBH-1” melalui Afidavit Jawapan Defendan-Defendan di Lampiran 14. Semakan Mahkamah kepada Eksibit “MBH-1” ini mendapati ianya merupakan Surat Akuan daripada Defendan-Defendan yang menyatakan bahawa Defendan-Defendan telah memberhentikan pekerja-pekerja pada bulan Jun 2021. S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg [52] Seterusnya, Eksibit “MBH-1” juga mengandungi Surat Akuan pekerja bernama Siti Hamimah binti Tugiman yang mengesahkan beliau telah diberhentikan kerja oleh Defendan-Defendan pada 30.06.2021. [53] Ketiga-tiga Surat Akuan ini telah diikrarkan pada 13.06.2025. [54] Dalam hal ini, Mahkamah telah merujuk silang kepada Eksibit “DI-1” Afidavit Balasan Plaintif di Lampiran 18 yang menunjukkan Salinan Akuan Penerimaan Salinan Taksiran Tunggakan bertarikh 27.07.2021 yang dihantar oleh Plaintif ke alamat perniagaan Defendan-Defendan dan diakui terima oleh pekerja bernama Siti Hamimah binti Tugiman pada 21.09.2021 atas kapasiti pekerja ini sebagai kerana Defendan-Defendan. [55] Dengan wujudnya Eksibit “DI-1” ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguamcara Plaintif bahawa Surat-Surat Akuan di Eksibit “MBH-1” adalah bersifat satu fikiran terkemudian (afterthought) yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan dalam usaha Defendan-Defendan untuk mewujudkan satu isu yang boleh dibicarakan. [56] Kewujudan Salinan Akuan Penerimaan oleh pekerja bernama Siti Hamimah binti Tugiman bertarikh 21.09.2021 telah menunjukkan bahawa sememangnya Mahkamah mendapati bahawa isu yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan ini bukanlah merupakan satu isu yang boleh dibicarakan. Malah, ianya telah menjejaskan kredibiliti Pembelaan dan Afidavit Jawapan Defendan-Defendan di Lampiran 14 tersebut. ISU 2: Rekod gaji pekerja-pekerja Defendan-Defendan bermula Julai 2021 sehingga Mac 2022 [57] Bagi isu ini, Defendan-Defendan menyatakan bahawa rekod-rekod gaji bermula Julai 2021 sehingga Mac 2022 ini sebenarnya tiada bersama Defendan-Defendan namun dibuat atas permintaan pegawai Plaintif bernama Encik Herman untuk menyelesaikan isu tunggakan caruman ini. S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg [58] Dalam hal ini, Mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh menyokong dakwaan Defendan-Defendan ini. Malah, salinan rekod-rekod gaji yang dikemukakan sebagaimana di Eksibit “DI-5” Afidavit Sokongan Plaintif di Lampiran 11 menunjukkan rekod-rekod ini telah ditandatangani oleh wakil Defendan-Defendan dan dicop dengan cop perniagaan Defendan-Defendan. [59] Mahkamah mendapati isu yang dibangkitkan ini melibatkan integriti Pegawai Plaintif dan Defendan-Defendan sebagai majikan dan Mahkamah telah memperhalusi isu ini dengan lebih berhati-hati. Di peringkat ini, tiada sebarang keterangan sokongan seperti laporan polis atau aduan yang dibuat terhadap Pegawai Plaintif untuk menyokong keterangan Defendan-Defendan. Tanpa sebarang keterangan/ dokumen sokongan, Mahkamah bersetuju dengan Peguamcara Plaintif bahawa keterangan ini bersihat tuduhan dan spekulatif dan tidak seharusnya dipertimbangkan sebagai isu yang boleh dibicarakan. [60] Oleh itu, isu ini juga bukanlah satu isu yang boleh dibicarakan. ISU 3: Tempoh tunggakan sebenar tuntutan Plaintif [61] Peguamcara Defendan-Defendan menghujahkan bahawa Penghakiman Terus tidak wajar direkodkan kerana tempoh tuntutan sebenar yang terhutang perlu ditentukan dan diputuskan melalui perbicaraan. [62] Mahkamah telah meneliti pliding dan afidavit pihak-pihak dan mendapati tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah untuk caruman tertunggak yang bermula dari November 2020 sehingga Jun 2022. [63] Dalam hal ini, Mahkamah telah merujuk kepada Eksibit “DI-6” Afidavit Sokongan Plaintif di Lampiran 11 yang melampirkan salinan KWSP 7 Borang E dan KWSP 8 Borang F bagi tempoh November 2020 hingga Jun 2022. [64] Di dalam kes Lembaga Kumpulan Simpanan Pekerja v. Hol Chainstore (Malaysia) Sdn Bhd & Ors [1995] 2 CLJ 900; [2014] 7 MLJ 622, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg "(2) Berikutan s. 46Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 ('Akta EPF'), jika apa-apa sumbangan kekal tidak dibayar, oleh itu mana-mana orang yang berdaftar sebagai pengarah-pengarah syarikat semasa tempoh pengikaran tersebut, akan bersama dengan syarikat, secara bersesama dan berasingan bertanggungjawab untuk kesemua sumbangan, dividen dan faedah yang perlu dibayar. Sijil keberhutangan dibaca bersama dengan Borang E (Borang EPF 7) adalah bukti 'binding' dan 'conclusive' jumlah keseluruhan hutang tertunggak sehingga dan kecuali defendan pertama dan/atau pengarah-pengarah boleh membuktikan kesilapan jelas dalam pengiraan sumbangan EPF yang perlu dibayar seperti yang dituntut oleh plaintif (lihat perenggan 7(a)). (3) Defendan pertama tidak pernah berhubung dengan plaintif untuk mempertikaikan taksiran tersebut. Mengambil kira s. 37A(2) Akta EPF yang memperuntukkan bahawa taksiran yang dibuat oleh inspektor atau pegawai Lembaga EPF (dalam Borang E) akan menjadi bukti yang mencukupi mengenai tuntutan Lembaga untuk mendapatkan semula apa-apa sumbangan di bawah s. 65(1) Akta yang sama, taksiran yang dibuat oleh plaintif patut diterima oleh mahkamah (lihat perenggan 7(b))." [penekanan ditambah] [65] Defendan-Defendan telahpun diserahkan dengan Borang E bersama-sama akaun penerimaan Salinan Taksiran Tunggakan masing-masing pada 18.03.2021, 21.09.2021, 03.07.2022 dan 17.07.2022 sebagaimana di Eksibit “DI-4” Afidavit Sokongan Plaintif di Lampiran 11. [66] Semakan Mahkamah kepada Akuan Penerimaan Salinan Taksiran Tunggakan di Eksibit “DI-4” tersebut yang diakui terima oleh pihak Defendan-Defendan beserta cop perniagaan Defendan-Defendan mendapati ianya menyatakan seperti berikut: “3… Oleh yang demikian, pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’/ tuan/ puan dikehendaki menyemak ketepatan taksiran ini dan dinasihatkan untuk menjelaskan tunggakan caruman tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari kalendar dari tarikh surat ini. 4. Taksiran ini adalah dianggap tepat dan muktamad sekiranya kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’/ tuan/ puan.” [67] Mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa pada ketika itu, Defendan-Defendan telah mempertikaikan jumlah tunggakan caruman yang dinyatakan (dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat-surat Plaintif). Dalam hal ini, berdasarkan kes Hol Chainstore (Malaysia) Sdn Bhd S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg (supra), Borang E akan menjadi bukti yang mencukupi dan memadai bagi tuntutan Lembaga KWSP ke atas Defendan-Defendan untuk tunggakan caruman berdasarkan subseksyen 37A (2) Akta 452. [68] Sebagai rujukan, subseksyen 37A (2) Akta 452 memperuntukkan seperti berikut: “37A Power of the Board to assess contributions based on information available (1)… (2) The assessment made under subsection (1) shall be sufficient proof of the Board’s claim for the recovery of any contributions under section 65.” [69] Oleh itu, Mahkamah mendapati isu ini juga bukanlah merupakan satu isu yang boleh dibicarakan. Pengakuan Defendan-Defendan [70] Mahkamah turut meneliti Eksibit “DI-7” Afidavit Sokongan Plaintif di Lampiran 11 yang melampirkan surat Defendan-Defendan kepada Plaintif yang memohon untuk menjelaskan jumlah tunggakan sebanyak RM37, 397. 00 tersebut melalui 24 kali ansuran bulanan. [71] Mahkamah telah meneliti surat Defendan-Defendan di Eksibit “DI-7” bertarikh 3.7.2022 tersebut yang antara lainnya menyatakan seperti berikut: “Berhubung perkara di atas, kami ingin memohon menjelaskan bayaran caruman tertunggak bagi tempoh November 2020 hingga Jun 2022 berjumlah RM37, 397. 00 melalui 24 kali ansuran bulanan. 1. – 5….. 6. Disebabkan itu kami tidak mampu untuk menjelaskan keseluruhan tunggakan tersebut secara sekali bayaran dan oleh kerana itu kami memohon pertimbangan tuan untuk menjelaskan tunggakan caruman ini secara ansuran bulan sebanyak 24 kali bermula Ogos 2022. Jadual cadangan bayaran dilampirkan.” [72] Surat Defendan-Defendan di Eksibit “DI-7” ini membawa kepada isu atau pertimbangan selanjutnya yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini iaitu sama S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg ada pengakuan Defendan-Defendan merupakan satu pengakuan yang jelas (unequivocal) sehingga membolehkan Penghakiman Terus direkodkan terhadap Defendan-Defendan di dalam kes ini. [73] Dalam mempertimbangkan isu ini, Mahkamah telah merujuk kepada Aquastruction Sdn Bhd V. Redtech Offshore Sdn Bhd [2025] CLJU 398 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “[22] It is settled law that Court will not allow summary judgment if the admission is not unequivocal. Reference was made to the Court of Appeal case of Kawan Lama Builders Sdn Bhd & Anor v. Syarikat Lumut Quarry Sdn Bhd [2021] 1 CLJ 313 which held that: "[28] As to what is an admission upon which the court will be prepared to act on an application under O. 27 r. 3, the most useful case is the decision of the High Court in Perwira Habib Bank (M) Bhd v. Hj Abdullah Hj Sulaiman & Anor [1985] 2 CLJ 489; [1985] CLJ (Rep) 639. The case concerns a question whether what was stated was an admission of fact and if so whether that admission entitled the applying party to a judgment or order. The facts of the case are as follows. The defendants were sued as guarantors of a customer of the plaintiff bank. Judgment in default was entered against the second-named defendant. The first defendant entered an appearance and filed a statement of defence. Thereafter, the first defendant's solicitors wrote a letter to the plaintiffs solicitors which was not marked "without prejudice", proposing that the first defendant be allowed to pay the judgment sum by monthly instalments of RM10,000. The plaintiffs then sought to obtain summary judgment on the basis that pursuant toO. of the Rules of the High Court 1980 (RHC 1980) the letter amounted to an admission of the plaintiffs' claim. This application was dismissed with costs by the Senior Assistant Registrar. [29] VC George J (as he then was) held as follows: (1) Whether the letter was written before or after the statement defence was filed is not the point. The question is whether what is stated is an admission of fact and if so whether that admission entitles the applying party to a judgment or order. (2) The admission must amount to an unequivocal admission before the judgment by the summary procedure provided by O. r. 3 can be granted. (3) The admission may be implied from all the circumstances. (4) In the instant case, "I will pay" does not necessarily imply "as I am legally obliged to do", hence there was no unequivocal admission for it to pronounce judgment by the summary procedure provided by Order 27 rule 3 of the RHC 1980. [30] Perwira Habib Bank (supra) has been followed by a number of cases. (See Vong Ban Hin v. Laksamana Realty Sdn Bhd [2003] 3 CLJ 129; RHB Bank Bhd v. Wembley Industries Holdings Bhd [2012] CLJU S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg 955; [2012] 1 LNS 955; Hasrat Usaha Sdn Bhd v. Pati Sdn Bhd [2011] 2 CLJ 863; Metroplex Holdings Sdn Bhd v. Commerce International Merchant Bankers Bhd [2013] 8 CLJ 329; and Affin Bank Bhd v. Successcom Enterprise Sdn Bhd [2009] 4 CLJ 764). [31] More importantly, a court under the provision of this rule will not allow a final judgment to be entered unless the admissions are clear and unequivocal nor will the judgement be allowed to be entered where there is a serious question of law or fact to be argued (see Affin Bank Bhd v. Successcom Enterprise Sdn Bhd (supra); Perwira Habib Bank (supra); Vithal Kumar (supra); Mersey, etc., Co v. Shuttleworth [1883] 11 QBD 531; Haron Mohammed Zaid v. Central Securities (Holdings) Bhd[1982] 3 WLR 134; and Hasrat Usaha Sdn Bhd v. Pati Sdn Bhd [2011] 2 CLJ 863; [2010] MLJU 846)." [23] From my perusal of the payments made by the defendant and alleged admission contained in the email dated 8 August 2024, it is unambiguous that the defendant agreed to pay 30% to the plaintiff by end of August 2024 without raising any issue with the plaintiff's service. The terms used by the defendant in its email is as follows: "With reference to your email and my conversation with Mr. Jaslani, we will commit to pay 30% milestone payment for the SF-30 scope of work by end of August 2024 and with this commitment, all any outstanding document needed by our side will be release to us soonest." [24] In my opinion, the admission of the work done and agreeing to make payment is unequivocal.” [penekanan ditambah] [74] Adalah dapatan Mahkamah bahawa surat Defendan-Defendan di Eksibit “DI- 7” ini mengandungi pengakuan tunggakan caruman oleh Defendan-Defendan bagi tempoh November 2020 sehingga Jun 2022 berjumlah RM37, 397. 00. [75] Dalam mencapai dapatan ini, Mahkamah turut merujuk kepada perenggan 24 Afidavit Sokongan Plaintif di Lampiran 11 yang menyatakan bahawa terdapat pembayaran oleh Defendan-Defendan sebanyak RM8310. 00 yang menjadikan jumlah tuntutan di Mahkamah adalah sebanyak RM29, 087. 00. Pembayaran ini juga dapat dilihat di dalam Eksibit “DI-2” di Afidavit Sokongan Plaintif di Lampiran 11. [76] Pada hemat Mahkamah, pengakuan Defendan-Defendan melalui surat Defendan-Defendan di Eksibit “DI-7” dan pembayaran sebahagian daripada jumlah tunggakan ini merupakan satu pengakuan yang terang, nyata dan jelas S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg (unequivocal). Malah, Defendan-Defendan turut mengemukakan jadual cadangan pembayaran selama 24 kali ansuran bulanan melalui surat ini. [77] Berdasarkan kepada pengakuan Defendan-Defendan ini dan dengan ketiadaan isu-isu yang boleh dibicarakan, adalah dapatan Mahkamah bahawa satu Penghakiman Terus sememangnya wajar direkodkan terhadap Defendan-Defendan di dalam tuntutan ini. [78] Oleh itu, setelah meneliti keseluruhan keterangan afidavit-afidavit, eksibit-eksibit, hujahan-hujahan dan otoriti-otoriti yang dikemukakan serta alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpuas hati dan memutuskan bahawa permohonan Plaintif di Lampiran 10 adalah dibenarkan dengan kos sebanyak RM1500.00. Bertarikh pada: 7 Oktober 2025. t.t. NURMADIANA BINTI MAMAT Majistret, Mahkamah Majistret Sivil (2), Johor Bahru Pihak-Pihak: 1. Nurul Syadatul Nadiah binti Tokiran daripada Tetuan Abdul Rahman & 2. Partners – Peguamcara Plaintif Ahmad Syafiq bin Mohd Ghazali daripada Tetuan Ahmad Syafiq & Associates – Peguamcara Defendan-Defendan S/N Jm04YtsgUehgZvjy65Qhg