Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA–A52NCvC–644–08/2024 ANTARA LEMBAGA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ...PLAINTIF DAN PINNACLE GLOBAL TECHNOLOGY SOLUTIONS SDN BHD MOHD ASHRAF BIN NAGAGHANI AMBRATE RATISH KUMAR …..DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 13 PERMOHONAN KEBENARAN MEMASUKKAN KEHADIRAN DI LUAR MASA) PENGENALAN [1] Defendan-Defendan yang membuat permohonan melalui Notis Permohonan (Lampiran 13 ) bertarikh 14.10.2024 untuk memasukkan kehadiran dalam tindakan ini untuk membuat permohonan mengenepikan Penghakiman Ingkar selepas masa yang dihadkan untuk hadir. LATAR BELAKANG [2] Pada 12.08.2024 peguam cara plaintif telah menyerahkan writ saman dan penyataan tuntutan bertarikh 6.8.2024 secara pos berdaftar ke atas defendan 15/05/2025 12:56:45 WA-A52NCvC-644-08/2024 Kand. 31 pertama dan secara A.R. berdaftar kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. [3] Afidavit penyampaian difailkan pada 29.9.2024 berkenaan serahan kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [4] Pada 3.9.2024 serahan secara ke diri di buat ke atas Defendan Ketiga memandangkan serahan secara A.R. Berdaftar tidak berjaya. Serahan ke diri di buat di alamat berdaftar syarikat dan diterima oleh seorang bernama Riena Soosy. Susulan dari itu, afidavit penyampaian difailkan pada 12.9.2024 bagi serahan terhadap Defendan Ketiga. [5] Pada 17.9.2024 Perakuan Ketidakhadiran dan Penghakiman Ingkar Kehadiran telah difailkan terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua, manakala terhadap Defendan Ketiga ia difailkan pada 19.9.2024. [6] Dalam pengurusan kes yang diadakan pada 3.10.2024, Memorandum Kehadiran yang difailkan oleh peguam cara Defendan-Defendan telah ditolak memandangkan Penghakiman Ingkar Kehadiran telah direkodkan terhadap kesemua defendan. PRINSIP UNDANG-UNDANG [7] Di dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee& Anor [1997] 3 CLJ 305 di muka surat 313 – 314 Mohd Azmi FCJ menyatakan:- “... Where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed the Defendant must file an affidavit of merits, i.e. the Defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on the merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits.” [8] Manakala di dalam kes Hasil Bumi Perumahan Sdn. Bhd. & 5 Ors v United Malayan Banking Corp. Bhd. [1994] 1 MLJ 312, dinyatakan:- “When the judgment is a regular judgment, this Defendant: must show to the Court that he has a defence that has some merits of which the Court should try. To use common and plain language, the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as a bona fide reasonable defence that ought to be tried because obviously if the defence is a sham defence, there is no defence and the application must fail.” Alasan Kenapa Permohonan Ditolak [9] Di dalam kes ini, saya menolak permohonan defendan-defendan . Permohonan ini ditolak kerana penghakiman ingkar tersebut dimasukkan secara teratur dan defendan-defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit. Penghakiman Ingkar dimasukkan secara teratur [10] Berdasarkan rekod serahan yang dibuktikan melalui afidavit penyampaian, writ dan penyata tuntutan telah diserahkan dengan sempurna. Ia diserahkan selaras dengan peruntukan di bawah Aturan 10 Kaedah 1 KKM 2012 dan juga bagi serahan kediri dan Aturan 62 Kaedah 4 bagi serahan terhadap syarikat. Prinsip yang dinyatakan di dalam kes Mahkamah Persekutuan Goh Teng Whoo & Another v Ample Objective Sdn Bhd [2021] 3 MLJ berkaitan serahan melalui A.R. Berdaftar telah dilaksanakan di dalam kes ini. Kad A.R. yang ditandatangani oleh defendan telah dieksibitkan di dalam afidavit penyampaian. Dengan ini serahan adalah sempurna dan teratur. [11] Penghakiman Ingkar di dalam kes ini adalah satu penghakiman yang teratur kerana Plaintif telah menyempurnakan penyampaian Writ dan Pernyataan Tuntutan selaras dengan Aturan 10 Kaedah 1 yang memperuntukkan bahawa serahan perlu di buat secara ke diri atau melalui prepaid A.R. registered post. Bagi serahan ke atas syarikat, Aturan 62 Kaedah 4 menyatakan serahan ke atas syarikat boleh di buat dengan menghantar Salinan writ dan penyata tuntutan dengan pos berdaftar ke alamat berdaftar defendan. Defendan-Defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit [12] Saya mendapati defendan-defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit. [13] Tuntutan plaintif adalah berdasarkan Perakuan Caruman yang kena dibayar di bawah Seksyen 64 Akta KWSP dan borang E yang dibaca bersama merupakan bukti prima facie jumlah yang dituntut adalah tepat dan betul. [14] Defendan-defendan gagal membuat caruman yang dituntut sebanyak RM110,904.00 di bawah seksyen 43 Akta KWSP. [15] Senarai pekerja di mana tuntutan di buat adalah sebagaimana senarai yang diserahkan kepada defendan pertama selaku majikan. Plaintif gagal mengemukakan sebarang keterangan bertentangan seperti resit-resit bayaran bahawa bayaran caruman bagi tuntutan ini telah di buat. Maka, jumlah yang dinyatakan di dalam Borang E tidak Berjaya dipatahkan. Defendan Gagal Membuat Permohonan Di Dalam Masa 30 Hari. [16] Defendan-defendan gagal membuat permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkar di dalam masa 30 hari dari tarikh diserahkan dengan penghakiman ingkar tanpa memberikan alasan munasabah yang boleh diterima atas kelewatan ini. ( Rujuk A.42 K.13) KESIMPULAN [17] Di dalam kes ini, saya mendapati bahawa serahan writ saman dan penyata tuntutan telah di buat dengan sempurna mengikut terma kontrak. Maka penghakiman ingkar terhadap Defendan adalah teratur. Seterusnya, saya mendapati bahawa Defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit. Oleh yang demikian, permohonan Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar ditolak dengan kos. Bertarikh pada hari ini 14/5/2025. Zaman Mohd Noor Hakim Mahkamah Sesyen 1 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur