Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO: WA-A52NCvC-614-08/2023 ANTARA LEMBAGA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA …PLAINTIF
WA-A52NCvC-614-08/2023
Sessions Court of Malaysia25 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“was wound up). The liability of the appellants (as directors at the relevant times) is based on the provisions of s. 46 of the EPF Act above, not on common law or any other written law, not even the Companies Act 1965. Section 46 stands by itself "notwithstanding anything to the contrary in the EPF Act or any other wri”
“iff withdrew its claim against the 1st defendant after the 1st defendant was wound up). The liability of the appellants (as directors at the relevant times) is based on the provisions of s. 46 of the EPF Act above, not on common law or any other written law, not even the Companies Act 1965. Section 46 stands by itself”
“payments of EPF contributions and to exercise reasonable diligence, whether he is actually involved or not with the 1st defendant's affairs as he has a statutory duty to do so...” “Section 46 of the Employees Provident Fund Act 1991 clearly provides that the directors of a company are jointly and severally liable for c”
“umen yang telah diekshibitkan memandangkan dokumen-dokumen tersebut dipertikaikan dan perlukan penjelasan yang sewajarnya. [93] Dalam kes ISM Sendirian Berhad v Queensway Nominees (Tempatan) Sdn Bhd [2015] MLJU 757, di mana ia telah diputuskan bahawa apabila terdapat pertikaian mengenai fakta, adalah tidak mencukupi ba”
“rtama dan Defendan Kedua untuk menunjukkan bahawa terdapatnya isu dan pembelaan bermerit yang layak dibicarakan dalam perbicaraan penuh. [74] Dalam kes Sunsets Fortune Sdn Bhd v Special Coral Sdn Bhd [2021] MLJU 2544, Mahkamah telah menyatakan sebagaimana berikut: “[16] The governing principle concerning summary judgme”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO: WA-A52NCvC-614-08/2023 ANTARA LEMBAGA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA …PLAINTIF
1
ONG CHING MEI
2
JALALUDDIN BIN MOHD JARJIS (NO KP: 550419-03-5293) …DEFENDAN-DEFENDAN
1
DAN YEO WEI TIEN TIMOTHY
2
TEO AI LING (NO PASPOT: E6224798A) …PIHAK KETIGA ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini merupakan rayuan pihak Plaintif terhadap keputusan Mahkamah yang diberikan pada 25.10.2024 yang telah membenarkan permohonan Defendan Kedua (Lampiran 7) di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a) atau 04/12/2024 14:46:52
b
(b), (c) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 3.8.2023 dengan kos sebanyak RM 2500 diberikan kepada Defendan Kedua. [2] Mahkamah juga, pada tarikh yang sama telah menolak Notis Permohonan Plaintif (Lampiran 19) di bawah Aturan 14 kaedah 1 KKM 2012 dengan kos RM 3000 diberikan kepada setiap Defendan. Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan tersebut dan telah memfailkan notis rayuan bertarikh 5.11.2025 merayu terhadap keputusan Mahkamah bagi kedua-dua Lampiran 7 dan Lampiran 19 ini. [3] Alasan-alasan berkaitan keputusan di kedua-dua lampiran ini akan dinyatakan serentak di sini. LATAR BELAKANG KES [4] Plaintif merupakan sebuah pertubuhan yang diperbadankan di bawah seksyen 3, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta KWSP). [5] Defendan Pertama dan Defendan Kedua merupakan individu yang memegang jawatan pengarah bagi syarikat Fitlion Malaysia Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 1288485-T) (yang selepas ini dirujuk kepada sebagai ‘Syarikat Tersebut’) yakni sebuah Syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan majikan seperti yang didefinisikan di bawah Seksyen 2 Akta KWSP Tersebut dan bertanggungjawab untuk membayar caruman bulanan bagi pekerja-pekerjanya kepada Plaintif. [6]
Preamble
Mengikut peruntukkan Seksyen 43 dan Seksyen 45 Akta KWSP Tersebut, Syarikat Tersebut dikehendaki membayar caruman bulanan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2001 iaitu semua caruman hendaklah dikirimkan oleh majikan supaya sampai kepada Plaintif tidak lewat dari hari yang lima-belas (15) selepas akhir bulan yang berkenaan dengan mana caruman itu kena dibayar. [7] Syarikat Tersebut telah gagal, enggan dan/atau cuai mengemukakan Caruman KWSP Pekerja-Pekerjanya bagi tempoh bulan Mac 2020 sehingga Mei 2020 dan Julai 2020 sehingga April 2021 yang kesemuanya berjumlah RM250,840.00. [8] Syarikat Tersebut kemudiannya telah membuat bayaran sejumlah RM14,508-00 terhadap jumlah yang tertunggak tersebut dan dengan itu, Baki Caruman KWSP yang terhutang setakat ini adalah berjumlah RM236,332.00. [9] Seksyen 45(3) Akta KWSP Tersebut memperuntukkan bahawa jika majikan gagal membayar mana-mana caruman yang kena dibayar dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan, majikan itu juga hendaklah sebagai tambahan kepada caruman tersebut bertanggungan untuk membayar dividen pada kadar yang diisytiharkan oleh Lembaga KWSP bagi setiap tahun yang berkenaan sehingga tarikh penyelesaian penuh. [10] Dividen yang telah diisytiharkan oleh Lembaga KWSP bagi tahun 2020 ialah 4.90% setahun, bagi tahun 2021 ialah 5.65% setahun, bagi tahun 2022 ialah 4.75% setahun dan dividen seterusnya yang akan diisytiharkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi setiap tahun berikutnya sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. [11] Seksyen 49 Akta KWSP telah memperuntukkan bahawa jika majikan gagal dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan, majikan itu hendaklah sebagai tambahan kepada caruman dan dividen tersebut bertanggungan untuk membayar faedah yang terakru pada kadar yang diisytiharkan oleh Lembaga KWSP bagi setiap tahun yang berkenaan dan seterusnya caj lewat bayar bagi setiap tahun yang berkenaan mulai 01.09.2016 sehingga ke tarikh penyelesaian penuh caruman tertunggak. [12] Caj Lewat Bayar yang telah diisytiharkan oleh Lembaga KWSP bagi tempoh mulai 16.03.2020 sehingga 31.12.2020 ialah 5.90% setahun, bagi tempoh mulai 01.01.2021 sehingga 31.12.2021 ialah 6.65% setahun, bagi tempoh mulai 01.01.2022 sehingga 31.12.2022 ialah 5.75% setahun dan Caj Lewat Bayar seterusnya yang akan diisytiharkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi setiap tahun berikutnya sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. [13] Syarikat Tersebut telah digulung pada 9.2.2022. Oleh yang demikian, Plaintif kini memfailkan Writ Saman ini terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua sahaja sebagai pengarah-pengarah berdaftar kepada Syarikat Tersebut. [14] Mengikut peruntukkan Seksyen 46 Akta KWSP Tersebut, jika apa-apa dividen dan faedah yang kena dibayar ke atasnya masih tidak dibayar oleh sesuatu syarikat, maka pengarah-pengarah syarikat itu termasuklah mana-mana orang yang pernah menjadi pengarah syarikat itu dalam tempoh masa yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar hendaklah bersama-sama dan berasingan dengan syarikat bertanggungjawab bagi caruman yang kena dibayar ke Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. [15] Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah pada segala masa yang material pengarah kepada Syarikat Tersebut yang telah dilantik pada tempoh berikut: a) Defendan Pertama telah dilantik pada 30.11.2018 dan merupakan pengarah berdaftar sehingga tarikh Syarikat Tersebut digulung; dan b) Defendan Kedua telah dilantik pada 25.01.2019 dan merupakan pengarah berdaftar sehingga Tarikh peletakan jawatan beliau pada 5.2.2020. [16] Defendan Pertama secara bersama-sama dan/atau berasingan dengan Syarikat Tersebut telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk membayar Baki Tunggakan Caruman KWSP pekerja-pekerjanya bagi tempoh bulan Mac 2020 sehingga Mei 2020 dan Julai 2020 sehingga April 2021 berjumlah RM236,332-00 kepada Plaintif bersama-sama dengan dividen dan caj lewat bayar yang terakru atas jumlah caruman prinsipal tersebut. [17] Defendan Kedua secara bersama-sama dan/atau berasingan dengan Syarikat Tersebut telah gagal enggan dan/atau cuai untuk membayar Tunggakan Caruman KWSP pekerja-pekerjanya bagi tempoh bulan Mac 2020 berjumlah RM22,661-00 yang bakinya kini berjumlah RM21,150-00 kepada Plaintif bersama-sama dengan dividen dan caj lewat bayar yang terakru atas jumlah caruman prinsipal tersebut. [18] Plaintif melalui peguam caranya telah, melalui surat tuntutan bertarikh 24.5.2023, menuntut jumlah caruman tertunggak daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua sebagai bekas pengarah berdaftar kepada Syarikat Tersebut tetapi Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk membayar jumlah terhutang tersebut kepada Plaintif. [19] Plaintif kemudiannya memfailkan kes ini, menuntut terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua secara bersama-sama dan/atau secara berasingan seperti berikut :- A) Terhadap Defendan Pertama, Saki Tunggakan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi tempoh bulan Mac 2020 sehingga Mei 2020 dan Julai 2020 sehingga April 2021 berjumlah RM236,332-00 dengan: i) Dividen ke atas jumlah caruman prinsipal berjumlah RM250,840-00 pada kadar:- a)
4
4.90% setahun dikira mulai 01.04.2020 sehingga 31.12.2020; b)
5
5.65% setahun dikira mulai 01.01.2021 sehingga 31.12.2021; c)
4
4.75% setahun dikira mulai 01.01.2022 sehingga 3
1
1.12.2022; d) Dividen seterusnya yang akan diisytiharkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi setiap tahun berikutnya sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. ii) Caj Lewat Bayar ke atas jumlah caruman prinsipal berjumlah RM250,840-00 pada kadar:- a)
5
5.90% setahun dikira mulai 16.03.2020 sehingga 31.12.2020; b)
6
6.65% setahun dikira mulai 01.01.2021 sehingga 31.12.2021; c)
5
5.75% setahun dikira mulai 01.01.2022 sehingga 31.12.2022; d) Caj Lewat Bayar seterusnya yang akan diisytiharkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi setiap tahun berikutnya sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. B) Terhadap Defendan Kedua, Baki Tunggakan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi tempoh bulan Mac 2020 berjumlah RM21,150-00 dengan: i) Dividen ke atas jumlah caruman prinsipal berjumlah RM22,661-00 pada kadar:- a) 4.90% setahun dikira mulai 01.04.2020 sehingga 31.12.2020; b) 5.65% setahun dikira mulai 01.01.2021 sehingga 31.12.2021; c) 4.75% setahun dikira mulai 01.01.2022 sehingga 31.12.2022; d) Dividen seterusnya yang akan diisytiharkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi setiap tahun berikutnya sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. ii) Caj Lewat Bayar ke atas jumlah caruman prinsipal berjumlah RM22,661-00 pada kadar:- a) 5.90% setahun dikira mulai 16.03.2020 sehingga 31.12.2020; b) 6.65% setahun dikira mulai 01.01.2021 sehingga 31.12.2021; c) 5.75% setahun dikira mulai 01.01.2022 sehingga 31.12.2022; d) Caj Lewat Bayar seterusnya yang akan diisytiharkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi setiap tahun berikutnya sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. C) Kos; dan D) Apa-apa relif lain ataupun lanjutan sepertimana yang dianggap sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [20] Pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah memfailkan pembelaan masing-masing. Antara pembelaan pihak Defendan Pertama ialah Defendan Pertama juga tidak pernah mempunyai kawalan ke atas operasi dan kewangan Syarikat Tersebut. [21] Defendan Pertama juga tidak pernah masuk campur dalam urusan perniagaan Syarikat Tersebut memandangkan Defendan Pertama hanyalah dilantik sebagai pengarah syarikat bukan eksekutif (non-executive nominee director) dan/atau pemegang amanah (trustee) bagi pihak Yeo Wei Tien Timothy (No. Paspot Singapura: K1177298K) (“Timothy”) yang berwarganegara Singapura yang juga merupakan pengarah eksekutif iaitu pengawal, “alter ego” dan/atau “directing will and mind” Syarikat Tersebut. [22] Defendan Kedua pula menyatakan bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap caruman yang dituntut iaitu caruman KWSP bagi bulan Mac 2020 kerana Defendan Kedua telah meletak jawatan sebagai salah seorang Pengarah di Syarikat Tersebut pada 5.2.2020.
Lampiran
LAMPIRAN 7 [23] Melalui Lampiran 7, Defendan Kedua memohon di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) atau (b), (c) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa Mahkamah yang sedia untuk perintah sebagaimana berikut: 1. Writ bertarikh 3.8.2023 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 3.8.2023 (“Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif”) dibatalkan dan tindakan ini terhadap Defendan Kedua dibatalkan atas alasan-alasan yang berikut:- 1.1. Tindakan Plaintif di sini tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah terhadap Defendan Kedua; atau 1.2. Tindakan Plaintif di sini adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan; 1.3. Tindakan Plaintif di sini boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan ini dengan adil; 1.4. Tindakan Plaintif di sini selainnya adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. 2. Kos permohonan ini dan kos pada dan yang disebabkan oleh permohonan pembatalan ini dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Kedua; dan 3. Perintah dan/atau relif selanjutnya yang Mahkamah Yang Mulia ini anggap sesuai dan suai manfaat. LAMPIRAN 19 [24] Melalui Lampiran 19, Plaintif memohon di bawah Aturan 14 Kaedah 1(1) KKM 2012 untuk Plaintif diberikan kebenaran untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua secara bersama-sama dan/atau secara berasingan untuk jumlah seperti berikut: A. Terhadap Defendan Pertama, Baki Tunggakan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi tempoh bulan Mac 2020 sehingga Mei 2020 dan Julai 2020 sehingga April 2021 berjumlah RM 236,332.99 dengan: (i) Dividen ke atas jumlah caruman prinsipal berjumlah RM250,840- 00 pada kadar:- a) 4.90% setahun dikira mulai 01.04.2020 sehingga 31.12.2020; b) 5.65% setahun dikira mulai 01.01.2021 sehingga 31.12.2021; c) 4.75% setahun dikira mulai 01.01.2022 sehingga 31.12.2022; d) Dividen seterusnya yang akan diisytiharkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi setiap tahun berikutnya sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. (ii) Caj Lewat Bayar ke atas jumlah caruman prinsipal berjumlah RM250,840-00 pada kadar:- a) 5.90% setahun dikira mulai 16.03.2020 sehingga 31.12.2020; b) 6.65% setahun dikira mulai 01.01.2021 sehingga 31.12.2021; c) 5.75% setahun dikira mulai 01.01.2022 sehingga 31.12.2022; d) Caj Lewat Bayar seterusnya yang akan diisytiharkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi setiap tahun berikutnya sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. B. Terhadap Defendan Kedua, Baki Tunggakan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi tempoh bulan Mac 2020 berjumlah RM21,150-00 dengan: (i) Dividen ke atas jumlah caruman prinsipal berjumlah RM22,661- 00 pada kadar:- a) 4.90% setahun dikira mulai 01.04.2020 sehingga 31.12.2020; b) 5.65% setahun dikira mulai 01.01.2021 sehingga 31.12.2021; c) 4.75% setahun dikira mulai 01.01.2022 sehingga 31.12.2022; d) Dividen seterusnya yang akan diisytiharkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi setiap tahun berikutnya sehingga ke tarikh penyelesaian penuh (ii) Caj Lewat Bayar ke atas jumlah caruman prinsipal berjumlah RM22,661-00 pada kadar:- a) 5.90% setahun dikira mulai 16.03.2020 sehingga 31.12.2020; b) 6.65% setahun dikira mulai 01.01.2021 sehingga 31.12.2021; c) 5.75% setahun dikira mulai 01.01.2022 sehingga 31.12.2022; d) Caj Lewat Bayar seterusnya yang akan diisytiharkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi setiap tahun berikutnya sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. C. Kos;dan D. Apa-apa relif lain ataupun lanjutan sepertimana yang dianggap sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini. KERTAS-KERTAS KAUSA [25] Bagi permohonan di Lampiran 7 dan Lampiran 19 ini, Mahkamah telah meneliti kertas kausa seperti yang berikut: a) Writ Saman bertarikh 3.8.2023 (Lampiran 1); b) Pernyataan Tuntutan bertarikh 3.8.2023 (Lampiran 2) c) Memorandum Kehadiran Defendan Pertama bertarikh 29.08.2023 (Lampiran 4) d) Memorandum Kehadiran Defendan Kedua bertarikh 30.08.2023 (Lampiran 5) e) Pembelaan Defendan Kedua bertarikh 21.09.2024 (Lampiran 6); f) Pembelaan Defendan Pertama bertarikh 21.09.2024 (Lampiran 11); g) Jawapan kepada Pembelaan Defendan Kedua bertarikh 3.10.2023 (Lampiran 14); h) Jawapan kepada Pembelaan Defendan Pertama bertarikh 3.10.2023 Lampiran 13, Lampiran 7 i) Notis Permohonan Defendan Kedua untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 21.9.2023 (Lampiran 7) j) Afidavit Sokongan Defendan Kedua yang diikrarkan oleh Jalaluddin Bin Mohd Jarjis pada 20.9.2023 (Lampiran 8); k) Afidavit Balasan Plaintif yang diikrarkan oleh Nur Alwani Binti Mohd Zulhaini pada 17.10.2023 (Lampiran 17); l) Afidavit Jawapan Defendan Kedua yang diikrarkan oleh Jalaluddin Bin Mohd Jarjis pada 2.11.2023 (Lampiran 24); Lampiran 19 m) Notis Permohonan oleh Plaintif untuk Penghakiman Terus bertarikh 25.10.2023 (Lampiran 19) n) Afidavit Sokongan Plaintif yang diikrarkan oleh Nur Alwani Binti Mohd Zulhaini pada 25.10.2023 (Lampiran 20), o) Afidavit Jawapan Defendan Kedua yang diikrarkan oleh Jalaluddin Bin Mohd Jarjis pada 5.4.2024 (Lampiran 42); p) Afidavit Jawapan Defendan Pertama yang diikrarkan oleh Ong Ching Mei pada 29.3.2024 (Lampiran 43); q) Afidavit Balasan Plaintif yang diikrarkan oleh Nur Ainaa Shehnaz Ahmad Sidek terhadap afidavit jawapan Defendan Pertama yang diikrarkan pada 30.4.2024 (Lampiran 46); r) Afidavit Balasan Plaintif yang diikrarkan oleh Nur Ainaa Shehnaz Ahmad Sidek terhadap afidavit jawapan Defendan Kedua yang diikrarkan pada 30.4.2024 (Lampiran 47). [26] Mahkamah setelah meneliti kertas-kertas kausa yang berkaitan serta hujahan kedua-dua belah pihak, atas imbangan kebarangkalian telah membenarkan permohonan Defendan Kedua di Lampiran 7 dan telah menolak permohonan Plaintif di Lampiran 19. [27] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. Lampiran 7 [28] Menurut pihak Defendan Kedua, Writ dan Pernyataan Tuntutan tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah, atau adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan/atau memprejudiskan dan menjejaskan pembicaraan adil tindakan ini dan/atau merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana Defendan Kedua telah meletakkan jawatan sebagai pengarah mulai pada 5.2.2020. [29] Pihak Plaintif walau bagaimana pun menyatakan bahawa fakta yang Defendan Kedua telah meletak jawatan pada 5.2.2020 bukan satu alasan melepaskan Defendan Kedua terhadap tanggungjawab statutorinya. Ini kerana caruman bulan Mac adalah untuk gaji bulan Februari. Upah bulan Februari 2020 setakat 5.2.2020 masih lagi terhutang dan kena bayar (“due and payable’). Oleh sebab itu, Defendan Kedua masih lagi bertanggungan untuk caruman bulan Mac 2020. DAPATAN MAHKAMAH [30] Defendan Kedua telah memfailkan notis permohonan di bawah Aturan 18 kaedah 19 (1) (a) atau (b), (c) dan (d) dan juga Aturan 94 kaedah 4 KKM 2012. Aturan 18 kaedah 19 (1) memperuntukkan seperti yang berikut: Pembatalan pliding dan pengendorsan (A. 18, k. 19) 19 (1) Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding memerintahkan supaya dibatalkan atau dipinda mana-mana pliding atau pengendorsan, apa-apa writ dalam tindakan itu, atau apa-apa jua dalam mana-mana pliding atau dalam pengendorsan, atas alasan bahawa- (a) ia mendedahkan kausa tindakan atau pembelaan yang tidak munasabah, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan; (c) ia boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan itu dengan adil; atau (d) ia selainnya adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah, [31] Aturan 94 kaedah 4 2012 pula sebagaimana di bawah: 4. Kuasa sedia ada Mahkamah (A. 92, k. 4) Bagi menghapuskan keraguan dengan ini diisytiharkan bahawa tiada apa-apa juadalam Kaedah-Kaedah ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan atau menjejaskan kuasa sedia ada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketidakadilan atau untuk mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [32] Dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36 Mahkamah Agung memutuskan seperti berikut:- “(1) The principles upon which the court acts in exercising its power under any of the four limbs of O 18 r 19(1) of the Rules of the High Court 1980 are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule and the summary procedure can only be adopted when it can clearly be seen that a claim or answer is on the face of it 'obviously unsustainable'. It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case in order to see whether the party has a cause of action or a defence.” [33] Dalam kes Solai Realty Sdn Bhd v. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2013] 4 MLJ 545, Mahkamah Rayuan telah menerangkan berkenaan Aturan 18 Kaedah 19 (1)(b) dan (d) di mana dinyatakan sebagaimana berikut: “[13] Sub-paragraph (1)(b) deals with pleading which is ‘scandalous, frivolous or vexatious’; while sub-para (1)(d) deals with ‘an abuse of the process of the court’….The words ‘frivolous’ or ‘vexatious’ generally refer to a groundless action with no prospect of success, often raised to embarrass or annoy the other party to the action. [14] In considering whether any proceedings were vexatious or frivolous, one is entitled to and ought to look at the whole history of the matter and it is not to be determined by whether the pleading discloses a cause of action or not (see Attorney General of Duchy of Lancaster v London & North Western Railway Co [1892] 3 Ch 274; and Re Vernazza [1959] 2 All ER 200). It was decided in the above case of Attorney General of Duchy of Lancester that ‘frivolous or vexatious actions mean cases which are obviously frivolous or vexatious or obviously unsustainable’.” [emphasis added]” ... “[17] Sub-para (d) of the rule deals with pleading which is ‘an abuse of the process of the court’. In Castro v Murray (1875) LR 10 Ex 213, the phrase ‘abuse of the process of the court’ had been described generally to refer to situation where the court’s process is used for an unlawful object and not for the actual purpose intended to achieve justice. It involves a process which is contrary to good order established by usage. ...The judge must determine and decide the issue in question by consideration of the undisputed facts.” [emphasis added]” [34] Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Wei Hong (a child suing through his guardian ad litem and next friend, Chuang Yin E) & Ors v Malaysia Airlines System Bhd & Ors [2017] 4 MLJ 540 dengan lebih lanjutnya menyatakan seperti berikut:- “a pleading is ‘frivolous’ or ‘vexation’ when its discloses no reasonable cause of action on its face. The Oxford English Dictionary defines ‘frivolous’ as follows: b Law. In pleading: Manifestly insufficient or futile. Black Law Dictionary, (9th Ed). (Thomson Reuters, St Paul, Minnesota, 2009), defines ‘frivolous’ as ‘lacking a legal basis or legal merit; not serious; not reasonably purposeful …’; and ‘frivolous suit’ as ‘ A lawsuit having no legal basis, often filed to harass or extort money from the defendant’. Among the definitions of ‘vexatious’ and ‘vexation’ in the Oxford English Dictionary are the following: Vexatious 1. Causing, tending or disposed to cause, vexation. c spec Of legal actions: Instituted without sufficient grounds for the purpose of causing trouble or annoyance to the defendant. And, ‘Vexation, the action of troubling or harassing by aggression or interference (sometimes spec by unjustifiable claims or legal action)’. Black Law Dictionary defines ‘vexatious suit’ as ‘a lawsuit instituted maliciously and without good grounds, meant to create trouble and expense for the party being sued’; (i)the Oxford English Dictionary defines ‘abuse (of process) as (ii) wrong or improper use, misuse, misapplication, perversion; turning the wrong way, diversion to an improper use, corruption, distortion’. A pleading is an abuse of process if the litigation process is used for improper purpose; eg, where the proceedings constitute a sham; where the process of the court is not being fairly or honestly used, or is employed for some ulterior or improper purpose; (j) in exercising the power under O 18 r 19(1)(d), the court is not limited to considering the pleadings of the parties, but is entitled to consider affidavit relating to the issues in the case; and’ (k) where the court is to exercise its inherent jurisdiction to dismiss a claim, it is important that there is no dispute between the parties on issues of facts. … [8] Concerning ‘abuse of process’, Supreme Court Practice, 1995, p 344 (Sweet & Maxwell), observed as follows: This term connotes that the process of the court must be used bona fide and properly and must not be abused. The court will prevent improper use of its machinery and will, in a proper case, summarily prevent its machinery from being used as a means of vexation and oppression in the process of litigation … The categories of conduct rendering a claim frivolous, vexatious or an abuse of process are not closed but depend on all the relevant circumstances. And for this purpose, considerations of public policy and the interests of justice may be very material.” [35] Semua pihak bersetuju bahawa Defendan Kedua telah meletak jawatan pada 5.2.2020. Namun begitu, isu yang dipertikaikan adalah sama ada Defendan Kedua masih lagi bertanggungjawab untuk membayar caruman bagi bulan Mac 2020. [36] Plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap bekas Pengarah yang bertanggungjawab menurut peruntukkan statutori di bawah Seksyen 46(1) Akta KWSP 1991 sebagaimana di bawah: “(1) Jika apa-apa caruman masih tidak dibayar oleh sesuatu syarikat, sesuatu firma atau sesuatu persatuan orang, maka, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, pengarah syarikat itu termasuklah mana-mana orang yang pernah menjadi pengarah syarikat itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, atau pekongsi firma itu, termasuklah mana-mana orang yang pernah menjadi pekongsi firma itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, atau pemegang jawatan dalam persatuan orang itu, termasuklah mana-mana orang yang pernah menjadi pemegang jawatan dalam persatuan itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah bersama dengan syarikat, firma atau persatuan orang yang bertanggungan untuk membayar caruman tersebut, bersama-sama dan berasingan bertanggungan bagi caruman yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada Kumpulan Wang.” [37] Menurut pihak Plaintif, Defendan Kedua bertanggungan untuk membayar Caruman KWSP untuk bulan Mac 2020 berjumlah RM22,661.00 kerana caruman bulan Mac tersebut melibatkan gaji pada bulan Februari 2020. [38] Defendan Kedua telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 5.2.2020. Namun begitu Defendan Kedua adalah bertanggungan ke atas apa-apa caruman bagi bulan upah di dalam mana Defendan Kedua adalah masih pengarah kerana upah bulan Februari 2020 setakat 5.2.2020 adalah terhutang ("due) dan kena dibayar ("payable'') dan dengan itu, Defendan Kedua hendaklah bertanggungan untuk Caruman KWSP yang perlu dibayar untuk upah bulan Februari 2020 iaitu Caruman bulan Mac 2020 yang sepatutnya dibayar pada atau sebelum 15.3.2020. [39] Mahkamah walau bagaimanapun bersetuju dengan hujahan pihak Defendan Kedua di mana Defendan Kedua hanya bertanggungjawab untuk membuat bayaran untuk satu tempoh sekiranya Defendan Kedua pernah menjadi pengarah syarikat dalam masa tempoh caruman tersebut bertanggungan dibayar. Defendan Kedua telah meletakkan jawatan pada 5.2.2020. Pada tarikh 5.2.2020, tempoh untuk membuat bayaran caruman belum lagi terakru kerana tempoh caruman sepatutnya dibayar adalah sebelum 15.3.2020. [40] Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2001 memperuntukkan sebagaimana berikut: “(1) Semua caruman kepada Kumpulan Wang hendaklah diremitkan oleh majikan supaya sampai ke Lembaga dalam tempoh yang ditetapkan.” [41] "Tempoh yang ditetapkan" yang dirujuk dalam Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2001 juga telah ditafsirkan pada Peraturan 2 Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2001 iaitu: “Tempoh yang ditetapkan" berhubung dengan caruman, ertinya suatu tempoh tidak lewat daripada hari kelima belas bulan yang mengikuti selepas sahaja bulan yang berkenaan dengannya caruman itu kena dibayar. [42] Dalam kes Ong Kim Chuan & Anor v Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [2009] 6 CLJ 586 Mahkamah Rayuan juga telah menjelaskan bahawa hanya individu yang pernah menjadi pengarah syarikat dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar adalah bersama-sama dan berasingan bertanggungan atas caruman yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada Kumpulan Wang:- “[18] Under s. 46, it is crystal clear that directors of a company (including persons or former directors who were directors during such periods in which contributions were liable to be paid to the EPF) shall together with the company be jointly and severally liable for the contributions due and payable to the fund. These provisions are to be enforceable "notwithstanding anything to the contrary in any other written law".” [43] Defendan Kedua bertanggungjawab terhadap gaji pekerja pada bulan Februari iaitu setakat 5.2.2020. Namun begitu, apabila Defendan Kedua meletakkan jawatan, Defendan Kedua tidak bertanggungjawab untuk tempoh gaji keseluruhan bulan Februari 2020 iaitu bermula daripada awal Februari sehingga hujung bulan Februari. Ini kerana tempoh gaji bulan Februari masih belum berakhir iaitu masih belum cukup sebulan apabila Defendan Kedua meletakkan jawatan. [44] Tempoh caruman untuk bulan Mac iaitu untuk gaji bulan Februari masih belum tiba kerana tempoh masa untuk membuat caruman hanyalah akan berakhir pada 15.3.2020. Mahkamah berpendapat tempoh masa untuk caruman Mac 2020 hanya bermula pada 1.3.2020 sehingga 15.3.2020 bagi tempoh sebulan gaji bulan Februari 2020. [45] Pihak Plaintif menuntut caruman bulan Mac 2020 berjumlah RM22,661.00 (untuk gaji yang dibayar bagi bulan Februari 2020) yang bakinya kini berjumlah RM21,150.00 dibayar pada atau sebelum 15.3.2020. Mahkamah berpendapat caruman yang dituntut adalah berdasarkan gaji Februari 2020 yang penuh iaitu cukup tempoh sebulan. Mengapa Defendan Kedua perlu bertanggungjawab untuk tempoh sebulan penuh sedangkan dia telah meletakkan jawatan pada 5.2.2020. [46] Mahkamah bersetuju bahawa Defendan Kedua bertanggungjawab terhadap caruman bulan Februari 2020 di mana tempoh caruman KWSP bagi bulan Februari 2020 iaitu bagi Tempoh yang Ditetapkan adalah pada 1.2.2020 hingga 15.2.2020 iaitu dalam tempoh Defendan Kedua masih pengarah Syarikat Tersebut iaitu sehingga 5.2.2020. [47] Mahkamah berpuas hati bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah, atau adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan/atau memprejudiskan dan menjejaskan pembicaraan adil tindakan ini dan/atau merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Oleh sebab itu, Lampiran 7 adalah dibenarkan dengan kos. Lampiran 19 [48] Pihak Plaintif menyatakan bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua merupakan pengarah kepada Syarikat Tersebut dan secara bersama-sama dan berasingan dengan syarikat tersebut bertanggung-jawab bagi menjelaskan jumlah caruman yang sepatutnya dibayar ke Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut peruntukan di Seksyen 46 Akta KWSP [49] Kedua-dua Defendan Pertama dan Defendan Kedua juga dikehendaki membayar dividen dan faedah bagi caruman yang tidak dibayar mengikut peruntukan di bawah Seksyen 45(3) dan Seksyen 49 Akta KWSP tersebut. [50] Defendan Pertama menyatakan bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap caruman yang dituntut oleh pihak Plaintif kerana Defendan Pertama hanya dilantik sebagai pengarah penama bukan eksekutif (non-executive nominee director) dan tidak mempuyai apa-apa kawalan ke atas operasi mahupun kewangan di Syarikat Tersebut. [51] Plaintif, sebelum dilantik menjadi pengarah syarikat tersebut merupakan seorang pekerja di syarikat Singapura, iaitu Fitlion Pte. Ltd. (No. Syarikat: 200710752H) yang merupakan syarikat induk (holding company) kepada Syarikat tersebut (“Fitlion Singapura”). [52] Dalam kes ini, pihak Defendan Pertama telah memulakan tindakan untuk memasukkan pihak ketiga iaitu Yeo Wei Tien Timothy (Pihak Ketiga Pertama) dan Teo Ai Ling (Pihak Ketiga Kedua) [53] Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua merupakan pengarah eksekutif kepada Syarikat tersebut. [54] Menurut Defendan Pertama, Pihak Ketiga Pertama merupakan pengarah eksekutif iaitu pengawal, alter ego dan/atau directing will and mind dalam Syarikat tersebut. [55] Pihak Ketiga Kedua telah dilantik sebagai pengarah eksekutif yang aktif dan akauntan di Syarikat tersebut pada 24.7.2018 sehingga 20.08.2021 dan mempunyai pengetahuan penuh berkenaan operasi dan urusan perniagaan Syarikat tersebut. [56] Segala urusan mengenai Syarikat tersebut adalah dikendalikan oleh Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua dan bukannya Defendan Pertama. [57] Apabila Fitlion Singapura ingin memperluaskan perniagaannya ke pasaran Malaysia pada atau sekitar Julai 2018, Pihak Ketiga Pertama telah membuat representasi kepada Defendan Pertama bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia mengehendaki sekurang-kurangnya seorang pengarah tempatan untuk disenaraikan sebagai pengarah dalam pendaftaran SSM bagi tujuan penubuhan sebuah syarikat di Malaysia. [58] Memandangkan Defendan Pertama adalah satu-satunya pekerja berwarganegara Malaysia yang bekerja, Pihak Ketiga Pertama telah meminta Defendan Pertama untuk memegang jawatan sebagai pengarah penama (nominee director) dalam Syarikat Tersebut sehingga Pihak Ketiga Pertama mendapat penggantian pengarah tempatan yang lain untuk menggantikan Defendan Pertama sebagai Pengarah. [59] Defendan Pertama hanya bersetuju untuk dilantik oleh Pihak Ketiga Pertama sebagai pengarah penama bukan eksekutif (non-executive nominee director) dan/atau pemegang amanah (trustee) bagi pihak Pihak Ketiga Pertama dalam Syarikat Tersebut atas dasar baik hati disebabkan hubungan dengan Pihak Ketiga Pertama dan Fitlion Singapura sebagai majikan dan pekerja. [60] Defendan Pertama dari semasa ke semasa sentiasa menggesa Pihak Ketiga Pertama untuk melepaskan jawatan Defendan Pertama sebagai pengarah Syarikat Tersebut daripada rekod pendaftaran SSM, tetapi Pihak Ketiga Pertama terus menangguhkan pelepasan jawatan Defendan Pertama dengan memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah; [61] Pada atau sekitar bulan November 2020, Defendan Pertama telah meletakkan jawatan di Fitlion Singapura. Maka Defendan Pertama tidak mempunyai apa jua sebab untuk terus memegang jawatan sebagai pengarah penama bukan eksekutif dalam Syarikat Tersebut. [62] Defendan Pertama telah meletak jawatannya sebagai pengarah penama Syarikat Tersebut secara efektifnya pada 10.12.2020. Ini kerana selepas Defendan Pertama meletakkan jawatan di Syarikat Singapura, Defendan Pertama berterusan mendesak Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua mempercepatkan pemprosesan letak jawatannya di Syarikat Tersebut. Pihak Ketiga Kedua telah membalas permintaan Defendan Pertama dengan menghantar dokumen-dokumen sekretarial kepada Defendan Pertama untuk ditandatangani bagi pemprosesan selanjutnya. [63] Setelah menandatangani semua dokumen yang dihantar oleh Pihak Ketiga Kedua, Defendan Pertama menyerahkan surat peletakan jawatan dan mengembalikan dokumen-dokumen sekretarial yang telah ditandatangani kepada Pihak Ketiga Kedua, di mana telah diakui terima oleh Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua melalui e-mel bertarikh 10.12.2020 yang mengarahkan setiausaha Syarikat tersebut untuk melanjutkan proses peletakan jawatan Defendan Pertama sebagai pengarah Syarikat tersebut. [64] Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua telah gagal mengemas kini peletakan jawatan Defendan Pertama dengan pihak SSM yang menyebabkan Defendan Pertama kekal dalam rekod SSM sebagai Pengarah Syarikat tersebut daripada tarikh pelantikan iaitu pada 30.11.2018 sehinggalah ke tarikh Syarikat Tersebut digulung pada 9.2.2022. [65] Defendan Pertama juga menyatakan terdapatnya pemahaman tersirat (tacit understanding) bahawa Pihak Kedua Pertama akan menanggung rugi (indemnify) Defendan Pertama terhadap apa-apa termasuk tetapi tidak terhad kepada tuntutan, prosiding, kos, kerugian, perbelanjaan (termasuk fi peguam yang ditanggung oleh Defendan Pertama) dan faedah, serta bertanggungjawab atas apa-apa liabiliti terhadap Defendan Pertama selaku pengarah di Syarikat Tersebut sepanjang memegang jawatannya. [66] Defendan Pertama tidak pernah dibayar dan/atau diberikan gaji dan/atau elaun sejak pelantikan sebagai pengarah penama bukan eksekutif Syarikat Tersebut. Peletakan jawatan Defendan Pertama secara efektifnya adalah pada 10.12.2020. Defendan Pertama hanya tahu mengenai caruman KSWP ini apabila Pihak Ketiga Kedua telah menyalin Defendan Pertama pertukaran e-mel di antara Pihak Ketiga Pertama, Pihak Ketiga Kedua dan juga wakil Plaintif mengenai kononnya baki tertunggak caruman KWSP tersebut oleh Syarikat Tersebut. [67] Defendan Pertama telah menghantar e-mel kepada Pihak Ketiga Pertama pada 14.2.2022 dan menggesa Pihak Ketiga Pertama untuk memproses peletakkan jawatan Defendan Pertama sebagaimana sepatutnya. Pihak Ketiga Pertama telah membalas e-mel tersebut pada 16.2.2022 dengan menyalin Pihak Ketiga Kedua dalam pertukaran e-mel tersebut bahawa mereka adalah dalam proses penutupan semua syarikat di Malaysia dan Pihak Ketiga Pertama adalah sanggup mengeluarkan surat jaminan untuk mengesahkan bahawa pelantikan Defendan Pertama adalah hanya sebagai pengarah penama bukan eksekutif dalam Syarikat dan untuk mengecualikan Defendan Pertama daripada apa-apa liabiliti yang berkenaan. [68] Syarikat Tersebut mempunyai beberapa orang pengarah mengikut tempoh masa yang tertentu. Plaintif dikatakan telah gagal menyatakan siapa antara kesemua-semuanya pengarah yang bertanggungjawab untuk tempoh caruman yang berkenaan dengan merujuk kepada garis masa (timeline) yang material di mana pengarah-pengarah tersebut memegang jawatan di Syarikat tersebut. [69] Defendan Kedua pula membangkitkan isu yang sama sebagaimana permohonan Defendan Kedua di Lampiran 7 di mana Defendan Kedua telah meletak jawatan sebagai Pengarah di Syarikat Tersebut pada 5.2.2020 dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan Plaintif kepadanya. DAPATAN MAHKAMAH [70] Permohonan Plaintif untuk Penghakiman Terus terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua diperuntukkan di bawah Aturan 14 kaedah 1(1) KKM 2012 seperti yang berikut : “1.(1) Jika dalam suatu tindakan yang baginya kaedah ini terpakai suatu pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada Defendan dan Defendan itu telah memasukkan kehadiran dalam tindakan itu, Plaintif boleh, atas alasan bahawa Defendan tidak mempunyai pembelaan kepada suatu tuntutan yang termasuk dalam writ, atau kepada suatu bahagian tertentu suatu tuntutan itu, atau tidak mempunyai pembelaan mengenai suatu tuntutan itu atau sebahagian daripadanya kecuali tentang amaun apa-apa gantirugi yang dituntut, memohon kepada Mahkamah untuk penghakiman terhadap Defendan itu”. [71] Merujuk kepada kes National Company for Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 2 MLJ 300 yang mana Mahkamah Persekutuan telah menggariskan syarat awal yang perlu dipenuhi sebelum penghakiman terus diberikan seperti yang berikut: “We think it appropriate to remind ourselves once again that in every application under Order 14 the first considerations are (1) whether the case comes within the Order and (b) whether the plaintiff has satisfied the preliminary requirements for proceeding under Order 14. For the purposes of an application under Order 14 the preliminary requirements are: (i) the defendant must have entered an appearance; (ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and (iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of Rule 2 of the Order 14. ...If the plaintiff fails to satisfy either of these considerations, the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he becomes entitled to judgement. This burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him”. [72] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati Plaintif telah memenuhi syarat awal permohonan di bawah Aturan 14 kaedah 1 KKM 2012 iaitu Memorandum Kehadiran telah difailkan oleh kedua-dua Defendan, Pernyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan-Defendan dan Afidavit Sokongan Plaintif bagi permohonan di bawah Aturan 14 telah mematuhi syarat di bawah Aturan 14 kaedah 2 KKM 2012. [73] Mahkamah juga merujuk kepada kes Chen Heng Ping & Ors V Intradagang Merchant Bankers (M) Sdn Bhd (1995) 2 MLJ 363 yang menyatakan seperti yang berikut: “When an application is made for summary judgment under O14 supported by an affidavit showing that there is no defence, the defendants must show why leave to defend must be given. The Defendants must provide answers on oath which constitute evidence that they have a defence which is fit to be tried. Denials in defence do not constitute evidence.” [74] Oleh yang demikian, beban adalah ke atas Defendan Pertama dan Defendan Kedua untuk menunjukkan bahawa terdapatnya isu dan pembelaan bermerit yang layak dibicarakan dalam perbicaraan penuh. [74] Dalam kes Sunsets Fortune Sdn Bhd v Special Coral Sdn Bhd [2021] MLJU 2544, Mahkamah telah menyatakan sebagaimana berikut: “[16] The governing principle concerning summary judgment is stated by the Supreme Court in Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 as follows: The Plaintiff has to satisfy the court that the Defendant plainly and obviously has no defence to the plaintiff’s claim or part of the plaintiff’s claim. If the plaintiff is able to satisfy the court, then summary judgment should be entered in the plaintiff’s favour. On the other hand, if the defendant can show that there is a serious conflict of material facts as disclosed in the opposing affidavits, or there is otherwise a triable issue worthy of judicial investigation in the trial of the action, or there is an important and difficult point of law requiring further and mature consideration at the trial, summary judgment should be refused. [18] The burden on the defendant is simply to raise a triable issue and it is settled law that a single triable issue is sufficient to warrant dismissing an application for summary judgment (South East Asia Insurance Bhd v Kerajaan Malaysia [1998] 1 CLJ 1045). In determining whether an issue is or is not triable the following often-quoted passage in the Bank Negara Malaysia case is instructive: …the duty of a Judge does not end as soon as a fact is asserted by one party, and denied or disputed by the other on affidavit. Where such assertion, denial or dispute is equivocal, or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent or is inherently improbable in itself, then the Judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue as not triable. …Apart from identifying the issues of fact or law, the Court must go one step further and determine whether they are triable. This principle is sometimes expressed by the statement that a complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue.” [75] Dalam kes UNP Plywood Sdn Bhd v HSBC Bank Malaysia Bhd [2010] 5 MLJ 323, Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut:- “[36] As to what are capable of being triable issues, Mohamed Dzaiddin J (as he then was) in Syarikat Kerjasama Serba guna Tunas Muda Sungai Ara v Ghazali bin Ibrahim [1985] 2 MLJ 225 observed as follows: The issue here is whether or not there is a triable defence. This simply means that it is for the defendant to show on merits, he has a good defence to the claim, or that a difficult point of law is involved, or the dispute is as to the fact which is to be tried or any other circumstances showing reasonable ground of a bona fide defence” [76] Dalam kes Pustaka Yakin Pelajar Sdn Bhd v Penerbitan Inspirasi Sdn Bhd [2021] 10 MLJ 79 di mana Mahkamah telah menyatakan bahawa:- “[8] To determine whether or not there exist a triable issue, this court would only need satisfied that there are inherently probable disputes and denials which would thus render the issue triable. This was the principle laid down by the then Supreme Court in Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400; [1992] 2 CLJ Rep 186; [1992] 1 CLJ 653 where it was held: In an application under O 14, the court has to be satisfied on affidavit evidence that the defence has not only raised an issue, but also that the said issue is triable. The determination of whether an issue is or is not triable depends on the facts or the law arising from each case as disclosed in the affidavit evidence before the court. A complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue.” [77] Mahkamah telah meneliti afidavit pihak-pihak dalam permohonan ini berserta dokumen yang telah dikemukakan dan berpendapat bahawa pihak Defendan-Defendan mempunyai isu dan pembelaan bermerit bagi membolehkan penghakiman terus tidak diberikan. [78] Mahkamah bersetuju bahawa pihak Plaintif mempunyai budi bicara untuk menyaman mana-mana pengarah berdaftar syarikat tersebut. Walaupun Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Kedua juga merupakan pengarah berdaftar Syarikat Tersebut, tetapi pihak Plaintif tidak membuat sebarang tindakan terhadap mereka atas isu mereka berdua berada di Singapura dan di luar bidang kuasa. [79] Plaintif hanya meneruskan tindakan terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua dan Mahkamah tidak mempunyai isu berkenaan pihak yang disaman oleh pihak Plaintif. Tambahan pula menurut Seksyen 46(1) dan (2) Akta KWSP 1991, Plaintif berhak membawa tindakan sivil ini terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua untuk menuntut secara bersama-sama dan berasingan dengan Syarikat Tersebut bagi caruman KWSP yang tertunggak dan yang tidak dibayar. [80] Mahkamah Rayuan dalam kes Ong Kim Chuan & Anor v Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [2009] 6 MLJ 586 telah dengan jelas memutuskan: "Being Jointly and severally liable' the said directors are liable either jointly together with the company or severally on their own independently of the company. In the present case, the plaintiff may choose to initiate its claim against the company (1st defendant) jointly with the two appellants (which was done initially) or to sue the appellants alone without the company (which was done later when the plaintiff withdrew its claim against the 1st defendant after the 1st defendant was wound up). The liability of the appellants (as directors at the relevant times) is based on the provisions of s. 46 of the EPF Act above, not on common law or any other written law, not even the Companies Act 1965. Section 46 stands by itself "notwithstanding anything to the contrary in the EPF Act or any other written law". ''The liability under s. 46 on the appellants is created by statute 'directly' and 'personally' on the appellants as directors or former directors of the 1st defendant company. Thus the contributions due and payable become the debt of the appellants personally, jointly and severally with the company. Therefore, the appellants' argument that they were "not personally liable for the debt of the company" cannot hold water". [81] Menurut pihak Plaintiff, caruman KWSP merupakan satu simpanan wajib ("compulsory saving fund') dan oleh yang demikian Plaintif mempunyai hak untuk ''lift the corporate veil" dan menuntut caruman yang tertunggak daripada pengarah-pengarah Syarikat tersebut walaupun Defendan Pertama menyatakan ("alleged'') bahawa dia adalah hanya seorang pengarah penama/nomini atau pengarah bukan eksekutif, tidak terlibat langsung dalam pengurusan dan tiada kawalan ke atas operasi dan kewangan Syarikat Tersebut. [82] Dalam kes Ravichanthiran Ganesan v Percetakan Wawasan Maju Sdn. Bhd. & Ors [2008] 9 CLJ 546 telah menyatakan sebagaimana berikut” “Even assuming that the plaintiff is a non-executive directo nevertheless he is still a director in the eyes of the law and his roles and duties are governed by the Companies Act 1965, in particulars. 132. Furthermore, a non-executive director is entrusted to look after the affairs of the company and to keep a close watch on the company's managers and other directors in order to safeguard the investment of shareholders. Even if the plaintiff is a nominee of the 2nd defendant, then the plaintiff is in fact a trustee for his principal interest and the plaintiff by failing to ensure that the EPF contributions had been diligently paid had breached his fiduciary duties towards his principal, being the 2nd defendant. This, the plaintiff had failed to do as clearly evident from his affidavit in support that he had neither been involved nor had any knowledge of the company's affairs.” “Hence, even if the plaintiff had held out himself as a non-executive and nominee director to the 2nd defendant, it is still the plaintiffs responsibility and fiduciary duty to ensure payments of EPF contributions and to exercise reasonable diligence, whether he is actually involved or not with the 1st defendant's affairs as he has a statutory duty to do so...” “Section 46 of the Employees Provident Fund Act 1991 clearly provides that the directors of a company are jointly and severally liable for contributions. Whilst the plaintiff alleges that he isa non-executive director (though no evidence whatsoever has been adduced}, s.4 of the Companies Act 1965 expressly states 'director' includes any person occupying the position of director of a corporation by whatever name called..” “It is axiomatic that the plaintiff has a statutory responsibility by virtue of his office to ensure if not inquire if the 1st defendant had in fact paid the EPF contributions.” “The plaintiff owed a fiduciary duty to protect the interest of the company and in failing to do so had breached his duty of care towards the 1st defendant which he had owed in his capacity as director by failing to even inquire, ascertain and ensure statutory payments.” [83] Defendan Pertama masih boleh dipertanggungjawabkan walaupun Defendan Pertama hanya merupakan seorang pengarah penama/nomini atau pengarah bukan eksekutif, serta dikatakan bahawa Defendan Pertama tidak mengetahui tentang hal ehwal syarikat. Ini berdasarkan kes Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja v Suasa Kristal (M) Bhd & Ors [2009] 8 CLJ 236 di mana Hakim Balia Yusef Wahi telah memutuskan seperti berikut: "It is the 3rd and 4th defendants' contention that they are merely nominees for the company Pelangi Hebat Sdn Bhd The company holds 1,897, 130 shares in the 1st defendant. Since they are merely nominee directors, they should not be made a party to this action". "Section 46 the Act does not make a distinction between nominees, active or non-active director and neither is the word director defined under the Act. In law, there is no difference in the liabilities of these directors". [84] Maklumat yang didapati melalui SSM merupakan bukti konklusif. Dalam kes Lionel Khoo Bo Kheng v Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [2016] 1 LNS 370 Pesuruhjaya Kehakiman Collin Lawrence Sequerah menyatakan sebagaimana berikut: "...the Form 49 constitutes prima facie evidence of the facts stated therein. I place reliance in this respect upon the case of KL Engineering Sdn Bhd v. Arab Malaysia Finance Berhad (1994) 2 MLJ 201 where the Supreme Court held: "Here, there is no difficulty in deciding that Form 49 is a public document. Section 141(1) of the Act requires every company to keep in its registered office a register of its directors, managers and secretaries... The company shall lodge with the Registrar within one month after incorporation a retum containing the aforesaid particulars. In addition, if there is any change, whether a person ceases to be, or becomes, a director, the company must lodge also within one month the prescribed retum or notice with the Registrar (s.141(6)(b)) whose certificate stating that from any retum lodged it appears that a person was at any specified time a director, manager or secretary of a company is prima facie evidence of the facts stated in the certificate...” "The Respondent further tendered by way of exhibit ("ABA-1 j, the official search conducted on the company with the Companies Commission of Malaysia ("CCM") which clearly showed that the Appellant is registered as one of the Directors. In respect of records maintained at the Registry of the CCM, the case of Aw Eng Sun & Anor v. Lau Kooi Cheun & 2 Ors (2013) 1 LNS 152 held: “The scheme of the said Act under these sections provide for the Registrar to act so as to ensure the records maintained at the registry of CCM are genuine, accurate and do not infringe the law. .. The Nation's Commercial activities demands searches at the Registry of CCM being accurate and if there are not, the Registrar must act expeditiously to correct the same...” [85] Namun begitu, Mahkamah mendapati isu peletakan jawatan Defendan Pertama dan juga Defendan Kedua merupakan satu isu yang perlu dibicarakan dalam kes ini. Pihak Defendan Pertama telah memfailkan prosiding Pihak Ketiga kepada Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua. Mahkamah berpendapat kedua-dua pihak ketiga mempunyai peranan penting dalam Syarikat tersebut dan wajarlah dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan yang sewajarnya dalam kes ini. [86] Defendan Pertama menyatakan bahawa dia telah meletakkan jawatannya melalui satu notis dan dokumen-dokumen sekretarial yang telah diserahkan dan diterima oleh Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua melalui e-mel pada 10.2.2020. [87] Seksyen 208(2) Akta Syarikat 2016 menyatakan bahawa seseorang pengarah boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis kepada syarikat. 208. Pengosongan jawatan pengarah (1) Jawatan pengarah syarikat hendaklah menjadi kosong jika orang yang memegang jawatan itu- (a) meletakkan jawatan mengikut subseksyen (2); (2) Tertakluk kepada subseksyen 196(3) dan seksyen 209, seseorang pengarah boleh meletakkan jawatannya dengan memberi suatu notis bertulis kepada syarikat di pejabat berdaftarnya. (3) Notis di bawah subseksyen (2) hendaklah berkuat kuasa apabila notis itu dihantar serah di alamat pejabat berdaftar atau pada suatu tarikh yang kemudian yang dinyatakan dalam notis itu. [88] Pihak Plaintif menghujahkan bahawa notis peletakan jawatan oleh Defendan Pertama adalah tidak bertarikh dan tidak ditandatangani. Pada masa yang sama, ‘Extract of Directors' Circular Resolution’ dan ‘Directors Resolution’ mengenai peletakan jawatan Defendan Pertama yang dieksibitkan juga tidak bertarikh dan juga tidak ditandatangani oleh pengarah dan setiausaha Syarikat Tersebut. [89] Seksyen 57(1) dan (4) Akta Syarikat 2016 menyatakan bahawa dalam 14 hari daripada peletakan jawatan Defendan Pertama, Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua seharusnya memasukkan borang untuk menukar pengarah di SSM. Namun begitu, notis tersebut tidak pernah diproses. Apa alasan dokumen tersebut tidak diproses dan adakah Defendan Pertama turut gagal untuk membuat sebarang tindakan lanjut untuk memastikan maklumat dalam SSM dikemas kini merupakan satu persoalan yang perlu di jawap semasa perbicaraan. [90] Mahkamah perlu berhati-hati untuk memasukkan penghakiman terhadap pihak Defendan Pertama memandang terdapatnya persoalan terhadap dokumen yang difailkan dan Mahkamah perlu juga memastikan sama ada pihak Defendan Pertama benar-benar bertanggungjawab untuk caruman ini memandangkan terdapat pihak lain yang sebenarnya terlibat dalam pengurusan Syarikat Tersebut dan bukannya Defendan Pertama. [91] Pada masa yang sama, terdapat surat jaminan telah dikeluarkan untuk mengecualikan Defendan Pertama daripada liabiliti atas pelantikannya sebagai Pengarah Syarikat tersebut. Mahkamah berpendapat Defendan Pertama mempunyai merit kes terhadap Pihak-Pihak Ketiga dan surat jaminan tersebut menjadi satu isu sama ada ia terpakai untuk kes Plaintif. [92] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan Pertama bahawa adalah tidak wajar untuk Mahkamah ini bergantung sepenuhnya pada dokumen-dokumen yang telah diekshibitkan memandangkan dokumen-dokumen tersebut dipertikaikan dan perlukan penjelasan yang sewajarnya. [93] Dalam kes ISM Sendirian Berhad v Queensway Nominees (Tempatan) Sdn Bhd [2015] MLJU 757, di mana ia telah diputuskan bahawa apabila terdapat pertikaian mengenai fakta, adalah tidak mencukupi bagi mahkamah untuk hanya bergantung kepada bukti afidavit semata-mata. Saksi-saksi perlu dipanggil untuk membenarkan versi mereka tentang peristiwa dan keadaan di mana bukan sahaja terdapat bukti dokumentari, tetapi juga pertukaran lisan, maka lebih sesuai bagi mahkamah untuk mendengar bukti lisan langsung daripada bukti afidavit sahaja. Mahkamah menyatakan sebagaimana berikut: “[17] The nature of the case on minority oppression as alleaged by the Plaintiff is one where it will involve various conflicting facts or disputed facts that will be contended by both parties. These disputed facts include the question on what is the term of the JVA on shareholding since this JVA is verbal and not written. Also what is the position with regard to the loan and the charging of the relevant lands. These conflicting or disputed facts would mean that it is insufficient merely to rely on affidavits evidence alone to come to the determination whether there is in fact minority oppression exercised on the plaintiff. The disputed facts would only mean that witnesses ought to be called not only to allow for their version of events to be narrated in court but more importantly for this court to make an assessment on the veracity of their oral testimony. There is nothing better than this court being able to have the opportunity to look at the demeanour of the witnesses before judging the truth of what had been testified in open court. This of course cannot be done if the case is proceeded based merely on affidavits evidence. It is also to say the least more prudence and fairer to all parties concerned including the plaintiff who opposed this application for the matter to be heard as a writ action in view of the need for witnesses to testify... [21] I am of the findings too that the allegation on minority oppression alleged by the plaintiff is also premised on oral evidence as opposed to pure documentary evidence. Since it is not largely premised on documentary evidence but also on direct oral evidence, I am of the view that this allegation be best resolved and determined by way of writ action instead of by way of OS... [22] Also to be considered is the fact that the events concerning the case of the plaintiff against the defendants spanned roughly seven years suggesting the need to carefully examine these events that occurred thus rendering it best that oral evidence be heard instead of just affidavits evidence. Further these events almost entirely involved not documentary evidence but verbal exchanges between the parties indicating it would be more appropriate and fitting that this court should hear oral evidence as opposed to affidavits evidence. Although it cannot be denied that affidavits evidence would have achieved the same purpose, there should be no dispute that hearing oral evidence would do no harm to all parties in this case. After all it is only fair to suggest that under normal circumstances the same past events are perceived to happen differently to different set of people. That is precisely the more reason to allow for oral testimony to better gauge, assess and evaluate what actually happened with regard to these past event.” [94] Berkaitan dengan tuntutan terhadap Defendan Kedua, Mahkamah juga berpendapat bahawa terdapatnya isu berkaitan dengan tempoh peletakan jawatan Defendan Kedua sebagai pengarah. Mahkamah berpendapat tindakan terhadap Defendan Kedua sewajarnya dibatalkan dan telah memberikan alasan yang sewajarnya berkenaan permohonan di Lampiran 7 di atas. [95] Secara kesimpulannya, Mahkamah berpendapat terdapatnya pelbagai isu yang berkaitan yang melibatkan peletakan jawatan pihak Defendan Pertama yang tidak mewajarkan penghakiman terus dibenarkan. Tempoh sebenar pihak Defendan Pertama dalam Syarikat Defendan akan menjadikan jumlah caruman yang dituntut berubah dan boleh menjadi satu isu. Ini ditambah dengan persoalan sama ada surat jaminan mengikat pihak Plaintif atau sebaliknya. Oleh sebab itu, Mahkamah telah menolak permohonan pihak Plaintif di Lampiran 19 ini dengan kos. Disediakan oleh: WAN NOR AKLIMA BINTI WAN SALLEH Hakim, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Bertarikh: 4.12.2024 PIHAK-PIHAK Peguam cara Pihak Plaintif: Cik Preetam Kaur a/p Bhagwant Singh bersama-sama dengan Cik Farahzida Hamzah [Tetuan Rithauddin & Azlin] Peguam cara Pihak Defendan Pertama: Encik Lee Yen Jia bersama-sama dengan Cik San Peggy [Tetuan San & Co] Peguam cara Pihak Defendan Kedua: Encik Woo J Enn Bersama-Sama Encik Sahrul Hazali [Tetuan Firoz Julian]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.