Sama ada Plaintif berhak menuntut gantirugi sebanyak RM25,645-00 bagi kos dan bayaran yang telah dibayar kepada Defendan. S/N ZugrcpxX7kiynIqyxBM8A Isu Pertama: Sama ada kerja-kerja servis dan/atau pembaikan terhadap kereta tersebut dibuat oleh Defendan telah disempurnakan dan Plaintif perlu membayar sepenuhnya. [14] Plaintif mendakwa telah berlaku kerosakan pada kereta tersebut menunjukkan kerja-kerja servis dan/atau pembaikan oleh Defendan adalah tidak sempurna. Isu ini dinafikan oleh Defendan. [15] Mahkamah mendapati berdasarkan fakta kes, Plaintif mula mengenali Defendan sekitar Julai 2020 apabila mula-mula menghantar kereta tersebut untuk dibaiki dan/atau servis. Seterusnya, pada tahun 2021 Plaintif masih menggunakan khidmat servis dan/atau pembaikan bengkel Defendan untuk membaiki kereta tersebut. Keterangan menunjukkan Plaintif mengakui selalu menghantar kereta tersebut ke bengkel Defendan menunjukkan Plaintif sememangnya berpuas hati dengan kualiti kerja Defendan selama ini. [16] Mahkamah juga mendapati selepas Defendan membaiki dan/atau servis kereta Plaintif, maka Plaintif telah memeriksa kerja-kerja Defendan dan memandu uji terlebih dahulu. Setelah berpuas hati maka barulah bayaran dibuat oleh Plaintif. Jika tiada barang-barang tidak diganti maka sudah tentu Plaintif akan mengetahui lebih awal kerana boleh melihat akan kerja-kerja Defendan pada masa-masa material. Tindakan Plaintif seperti itu menunjukkan sememangnya Plaintif berpuas hati dengan kerja-kerja pembaikan dan/atau servis oleh Defendan pada masa tersebut. S/N ZugrcpxX7kiynIqyxBM8A Isu kedua: Adakah kereta tersebut adalah kereta yang pernah dijadikan kereta lumba dan telah diubahsuai berkali-kali dengan berumur dengan mileage tinggi dan digunakan secara kasar. [17] Mahkamah mendapati SP1 mengakui sendiri kereta tersebut adalah kereta terpakai sepertimana keterangannya berikut (Rujuk NK m/s 27): “S : Kereta ini kamu beli second hand? J : Hah,benar. S : Adakah kamu kenal owner terdahulu? J : Owner yang I beli?Ada.Ada kenal dia”. Terdapat juga keterangan dokumentar iaitu D17 (Ikatan Dokumen B m/s 128-131) yang menunjukkan kereta tersebut pernah dijadikan sebagai kereta lumba oleh pemilik terdahulu. Walaupun tiada dipanggil pemilik asal kereta tersebut, namun keterangan yang sedia ada di hadapan Mahkamah ini sudah cukup untuk menunjukkan kereta tersebut adalah kereta terpakai dan pernah digunakan untuk perlumbaan. [18] Mahkamah juga mendapati Plaintif sebenarnya seorang yang ada pengetahuan melebihi pengetahuan orang biasa (layman) tentang keadaan kereta tersebut daripada bukti-bukti perbualan WhatsApp antara Plaintif dan SD1 (Rujuk Ikatan Dokumen B m/s 30-100). Plaintif juga didapati gemar mengubahsuai kereta tersebut walaupun Plaintif menafikan ada mencuba-cuba berbuat sendiri. S/N ZugrcpxX7kiynIqyxBM8A ISU KETIGA: Adakah Defendan telah melaksanakan perkhidmatan kerja-kerja pembaikan secara standard dan munasabah dan berhak kepada semua caj dan fi sepenuhnya. ISU KEEMPAT: Adakah skop-skop kerja pembaikan dan servis atas kereta tersebut menurut kehendak Plaintif dan semua caj dan fi adalah dipersetujui. ISU KEENAM: Sama ada pemasangan dan/atau pembaikan dan penukaran enjin, turbo lama, alat ganti sepertimana intercooler dan ignition coil connector yang retak dan install stage 3 mapping berkenaan meningkatkan turbo baru adalah berdasarkan kehendak dan permintaan Plaintif sendiri atau menurut nasihat Defendan. ISU KETUJUH: Sama ada harga tukar alat ganti dan caj untuk pembaikan dan servis kereta adalah dipersetujui oleh Plaintif. [19] Kesemua isu ini digabungkan. Mahkamah mendapati Plaintif gagal mengemukakan sebarang bukti bahawa bagaimanakah kerja-kerja pembaikan dan servis Defendan telah menyebabkan kereta Plaintif rosak dan enjin mati. Tiada keterangan yang menyokong dakwaan Plaintif bahawa kerosakan kereta tersebut disebabkan semua kerja-kerja Defendan. [20] Tiada juga saksi pakar bebas yang dipanggil untuk menerangkan keadaan kereta tersebut rosak disebabkan oleh perbuatan Defendan.Sekadar keterangan SP2 yang menyatakan wujudnya kerosakan pada kereta tersebut tidak cukup untuk membuktikan itu adalah akibat kerja-kerja Defendan.Kredibiliti SP2 sebagai saksi berkepentingan akan dihuraikan kemudian. [21] Plaintif juga telah terpesong daripada plidingnya apabila mendakwa dalam bicara beberapa item telah dicaj 2 kali sedangkan sewaktu dicabar S/N ZugrcpxX7kiynIqyxBM8A mengesahkan hanya 1 item sahaja iaitu caj buruh yang mana Plaintif sendiri bersetuju Defendan telahpun menyelesaikannya dengan memberikan diskaun kepadanya. Keterangan Plaintif ini dilihat telah bercanggah dengan plidingnya sendiri menjadikan kredibiliti Plaintif juga terjejas. Selaras dengan prinsip undang-undang yang mantap, pihak-pihak adalah terikat dengan plidingnya sendiri dan sebarang perbezaan wajar ditolak dan menimbulkan keraguan atas tuntutannya. [22] Mahkamah merujuk kepada kes Recaliva Design Steel (M) Sdn Bhd v Vista Access Sdn Bhd & Anor [2008] 10 CLJ 491 di mana telah diputuskan: “The court is not obliged to consider in its judgment, stories which are not reflective of the pleadings. Pleadings are essential foundation to analyse disputes. Evidence must relate to pleadings…” Begitu juga di dalam kes Giga Engineering & Constructions Sdn Bhd v Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd & Anor [2015] 9 CLJ 537, Richard Malanjum CJ (Sabah & Sarawak)(pada masa itu) memutuskan: [42] Now, it is trite law that the plaintiff is bound by its own pleadings. (See R Rama Chandran v. Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 CLJ 147; [1997] 1 MLJ 145; Anjalai Ammal & Anor v. Abdul Kareem [1968] 1 LNS 8; [1969] 1 MLJ 22; Gimstern Corp (M) Sdn Bhd & Anor v. Global Insurance Co Sdn Bhd [1987] 1 CLJ 123; [1987] CLJ (Rep) 102; [1987] 1 MLJ 302 SC; Joo Chin Kia v. Loh Seng Tek [1987] 1 CLJ 194; [1987] CLJ (Rep) 662; KEP Mohamed Ali v. KEP Mohamad Ismail [1980] 1 LNS 169; [1981] 2 MLJ 10 FC). S/N ZugrcpxX7kiynIqyxBM8A Oleh itu, Mahkamah berpendapat semua caj yang dikenakan oleh Defendan adalah munasabah dan dipersetujui atas kerja-kerja yang telah dilaksanakannya. ISU KELIMA: Sama ada Defendan tiada kualiti dan kemahiran kerja pembaikan untuk membaiki kereta tersebut. [23] Bagi isu ini, Mahkamah mendapati daripada tindak-tanduk Plaintif sejak Julai 2020, telah berkali-kali menghantar kereta tersebut untuk diservis dan dibaiki oleh Defendan. Secara lojiknya, Plaintif semestinya senantiasa berpuas hati dengan kerja-kerja dilakukan oleh Defendan dan secara tidak langsung menunjukkan Defendan telahpun menunjukkan kemahirannya dalam membuat kerja-kerjanya kepada Plaintif sebelum kejadian ini lagi. Buktinya SP1 mengakui beliau adalah pelanggan tetap Defendan yang kerap ke bengkel tersebut (Rujuk NK m/s 13). [24] Apa yang pasti, Plaintif gagal untuk membuktikan kerja-kerja pembaikan Defendan tersebut adalah tidak berkualiti dan tiada kemahiran. Oleh itu, Mahkamah memutuskan isu ini wajar ditolak. ISU KETUJUH: Sama ada harga tukar alat ganti dan caj untuk pembaikan dan servis kereta adalah dipersetujui oleh Plaintif. [25] Isu ini didapati segala harga tukar alat ganti dan caj pembaikan kereta tersebut di bawah pengetahuan dan persetujuan Plaintif.Malah, Plaintif sendiri yang mengarahkan semua spare part ditukar ganti oleh Defendan. Oleh itu, isu ini telahpun selesai. S/N ZugrcpxX7kiynIqyxBM8A ISU KELAPAN: Sama ada Plaintif telah memandu keluar untuk pandu uji dan menggunakan kereta tersebut selepas Defendan menyiapkan pembaikan dan servis kereta tersebut pada 30-07-2021 [26] Mahkamah mendapati Plaintif mengakui di m/s 23 perenggan (h) Ikatan A bahawa pada 30.07.2021, Plaintif telahpun hadir ke bengkel Defendan untuk memeriksa kerja Defendan tersebut dan Plaintif telahpun memandu keluar kereta tersebut untuk pandu uji. Plaintif seterusnya telahpun membuat bayaran baki sebanyak RM 11,470-00 kepada Defendan atas kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan. [27] Pada hemah Mahkamah, jika benar kerja-kerja Defendan adalah tidak berkualiti langsung dan tidak munasabah, maka bagaimanakah pula Plaintif boleh bertindak normal seperti tersebut? Kereta tersebut sudah pasti berada dalam keadaan yang baik ketika diambil oleh Plaintif kemudiannya. ISU KESEMBILAN: Adakah punca bagi penutup pemasangan enjin bocor, kerosakan terhadap pendakap ekzos, kereta tidak dapat hidup dan tidak sesuai dipandu adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan dan servis dibuat oleh Defendan ataupun kesilapan dan kelakuan Plaintif sendiri atau pihak ketiga. [28] Pertamanya, Mahkamah mendapati keterangan Plaintif adalah bercanggah dengan plidingnya tentang kerosakan pendakap ekzos di mana Plaintif mengakui Defendan tidak ada membuat kerja-kerja membaikpulih pendakap ekzos tersebut. Oleh itu,isu ini ditolak. [29] Manakala bagi kerosakan-kerosakan lain yang dinyatakan oleh Plaintif langsung tidak berjaya dibuktikannya sama sekali untuk menunjukkan disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan dan servis dibuat oleh Defendan. Malah, Mahkamah mendapati selang beberapa bulan S/N ZugrcpxX7kiynIqyxBM8A daripada kerja-kerja pembaikan kereta tersebut, Plaintif telahpun menghantar kereta tersebut ke sebuah bengkel rakannya, SP2 iaitu Jet Tyre Express & Trading pada 22 November 2021 (Rujuk NK m/s 25). Bukti gambar daripada facebook Plaintif juga dikemukakan iaitu Ikatan B m/s 79 & 80. [30] Ketika dicabar, SP1 dan SP2 menafikan ada menjalankan kerja-kerja servis tetapi hanyalah membuat remapping ke atas kereta tersebut pada masa tersebut. SP2 mengatakan hanya mula membaiki semula kereta Plaintif bermula Disember 2021 kerana enjin kereta tersebut tidak boleh dihidupkan semula kerana terdapat kebocoran dan kesemua barang didapati tidak ditukar. Walau bagaimanapun, Mahkamah mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati atas keterangan SP2 sebagai saksi sokongan kepada SP1 kerana Mahkamah mendapati SP2 bukanlah seorang saksi bebas tetapi seorang saksi berkepentingan. [31] Hal ini kerana SP2 adalah rakan SP1 yang terlibat secara langsung dalam kejadian pada 14.12.2021 di bengkel Defendan ketika SP1 datang berjumpa dengan Defendan untuk isu 2 kali bil caj.SP2 juga berperanan meneman SP1 untuk membuat laporan polis (Rujuk Ikatan Dokumen B m/s 16) ke atas Defendan yang dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan ke atas mereka.SP2 juga ada membuat laporan polis bertarikh 06.12.2021 ke atas Defendan atas kejadian pertengkaran isu yang serupa (Rujuk Ikatan Dokumen B m/s 17). [32] Mahkamah mendapati juga sewaktu peguamcara Defendan mencabar SP2 didapati SP2 telah berbohong apabila mengatakan Plaintif tidak pernah datang ke bengkelnya sebelum Disember 2021 sedangkan bukti gambar jelas menunjukkan pada 22 November 2021 Plaintif pernah datang ke bengkelnya. Pada hemah Mahkamah tiada keperluan untuk SP2 untuk menafikan kejadian tarikh tersebut jika SP2 benar-benar S/N ZugrcpxX7kiynIqyxBM8A seorang saksi yang jujur dalam kes ini melainkan ada niat hendak membantu kes SP1 semata-mata.SP2 adalah rakan SP1 yang mana kecenderungan untuk membantu kes SP1 adalah lebih tinggi berbanding keterangannya jika sebagai saksi bebas. [33] Sepertimana digariskan Mahkamah Rayuan dalam kes Mackt Logistics (M) Sdn Bhd v Malaysian Airline System Berhad [2014] 5 CLJ 851 Abdul Malik Ishak JCA (pada masa itu) memutuskan bahawa: - “The trial judge as the trier of fact must assess, weigh and set out the reasons for accepting or rejecting the whole or any part of the evidence led by the parties. In deciding to accept or to reject the evidence of a witness, the trial judge must apply the correct criteria, namely: