1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. W-01(A)-292-08-2017 ANTARA LIAU CHIN YEN (P) (NO. KP: 820717- 05 -...
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. W-01(A)-292-08-2017 ANTARA LIAU CHIN YEN (P) (NO. KP: 820717- 05 - 5070) … PERAYU DAN
section
1. PENDAFTAR BESAR BAGI KELAHIRAN DAN KEMATIAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, MALAYSIA … RESPONDEN PERTAMA
1. PENDAFTAR BESAR BAGI KELAHIRAN DAN KEMATIAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, MALAYSIA … RESPONDEN PERTAMA
section
2. LEOW FOOK KEONG (L) (NO. KP: 781103 - 05 - 5093) … RESPONDEN KEDUA [Dalam Perkara Saman Pemula No. WA-24F-249-12/2016 Dalam Mahkamah Tin...
2. LEOW FOOK KEONG (L) (NO. KP: 781103 - 05 - 5093) … RESPONDEN KEDUA [Dalam Perkara Saman Pemula No. WA-24F-249-12/2016 Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Dalam perkara seksyen-seksyen 4,7,8,13,13A dan 15, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, 1957 2 Dan Dalam perkara bidang kuasa yang sedia ada Mahkamah Tinggi Malaysia Antara Leow Fook Keong (L) (No. KP: 781103-05-5093) … Plaintif
section
1. Dan Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian Malaysia Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia … Defendan Pertama
1. Dan Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian Malaysia Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia … Defendan Pertama
section
2. Liau Chin Yen (P) (No. KP: 820717-05-5070) … Defendan Kedua] DIDENGAR BERSAMA DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUA...
2. Liau Chin Yen (P) (No. KP: 820717-05-5070) … Defendan Kedua] DIDENGAR BERSAMA DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. W-01(A)-294-08-2017 ANTARA PENDAFTAR BESAR KELAHIRAN & KEMATIAN MALAYSIA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA 3 … PERAYU DAN LEOW FOOK KEONG (L) (NO. KP: 781103 - 05 - 5093) … RESPONDEN [Dalam Perkara Saman Pemula No. WA-24F-249-12/2016 Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Dalam perkara seksyen-seksyen 4,7,8,13,13A dan 15, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, 1957 Dan Dalam perkara bidang kuasa yang sedia ada Mahkamah Tinggi Malaysia Antara Leow Fook Keong (L) (No. KP: 781103-05-5093) … Plaintif
section
1. Dan Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian Malaysia Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia … Defendan Pertama 4
1. Dan Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian Malaysia Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia … Defendan Pertama 4
2. Liau Chin Yen (P) (No. KP: 820717-05-5070) … Defendan Kedua] KORAM UMI KALTHUM BINTI ABDUL MAJID, HMR ZALEHA BINTI YUSOF, HMR YAACOB BIN HAJI MD SAM, HMR ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Terdapat dua rayuan di hadapan Mahkamah ini yang telah didengar secara bersama oleh kami. [2] Rayuan Sivil No. W-01(A)-292-08-2017 adalah oleh Liau Chin Yen
p
(P) (disebut selepas ini sebagai “Perayu Pertama”) terhadap keputusan dan perintah oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi yang telah membenarkan permohonan Leow Fook Keong (L) (disebut selepas ini sebagai “Responden”) berkaitan Saman Pemula di atas. [3] Rayuan Sivil No. W-01(A)-294-08-2017 pula adalah oleh Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara 5 Malaysia (disebut selepas ini sebagai “Perayu Kedua”) juga terhadap keputusan dan perintah oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi yang telah membenarkan permohonan Leow Fook Keong (L) (disebut selepas ini sebagai “Responden”) berkaitan Saman Pemula yang sama. [4] Setelah mendengar hujahan peguamcara dan Peguam Kanan Persekutuan terpelajar yang mewakili pihak-pihak dalam rayuan-rayuan ini dan setelah meneliti rekod-rekod rayuan serta kes-kes autoriti dan peruntukan undang-undang yang berkaitan, kami secara sebulat suara telah membenarkan rayuan oleh Perayu Pertama dan Perayu Kedua tersebut. [5] Kami sekarang memberikan alasan-alasan terhadap keputusan tersebut. Saman Pemula No. WA-24-249-12/2016 [6] Responden selaku plaintif dalam Saman Pemula di atas, membuat permohonan untuk mendapatkan relif-relif seperti berikut:
section
1. Pendaftar Kelahiran dan Kematian, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia diperintahkan untuk mendaftarkan nama plaintif sebagai bapa kandun...
1. Pendaftar Kelahiran dan Kematian, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia diperintahkan untuk mendaftarkan nama plaintif sebagai bapa kandung kanak-kanak yang dikenali sebagai Liau Lee Zi Chen, yang dilahirkan oleh defendan kedua (Perayu Pertama) pada 17/7/2015 di Sunway Medical Centre, Subang Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan (Sijil Kelahiran No. DP 87410)(dipinda kemudian dalam 6 Perintah Terpinda sebagai DF 67440) di dalam sijil kelahiran kanak-kanak tersebut;
section
2. Pendaftar Kelahiran dan Kematian, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia juga diperintahkan untuk mendaftarkan nama keluarga (surname) anak...
2. Pendaftar Kelahiran dan Kematian, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia juga diperintahkan untuk mendaftarkan nama keluarga (surname) anak itu, seperti nama keluarga plaintif;
section
3. Relif selanjutnya atau lain-lain relif yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah yang mulia ini. (Rujuk muka surat 9 – 20 Rekod...
3. Relif selanjutnya atau lain-lain relif yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah yang mulia ini. (Rujuk muka surat 9 – 20 Rekod Rayuan Bahagian A, B dan C). Latar belakang kes [7] Pada sekitar bulan Oktober 2011, Responden mula berkenalan dengan Perayu Pertama yang bekerja sebagai seorang pakar kecantikan di Puchong IOI Mall. Perkenalan mereka kemudiannya menjadi lebih akrab dan mereka sering keluar bersama untuk minum dan makan. [8] Responden belum berkahwin. Perayu Pertama pula sudah dan masih berkahwin dengan suaminya bernama Lee Say Cheng (LSC) (muka surat 68 – Daftar Perkahwinan bertarikh 6.10.2006 Rekod Rayuan Bahagian A, B dan C). Perayu Pertama juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan dengan suaminya yang tinggal di Negeri Sembilan (muka 7 surat 69 – Sijil Kelahiran bertarikh 14.7.2008 : Rekod Rayuan Bahagian A, B dan C). [9] Sekitar akhir tahun 2011 atau awal tahun 2012, Perayu Pertama berpindah ke rumah yang didiami oleh Responden dan mula tinggal bersama Responden. Perayu Pertama ketika itu dikatakan sedang mengalami masalah rumah tangga dengan suaminya LSC. [10] Pada sekitar bulan Oktober 2014, Perayu Pertama telah hamil. Pada 16.7.2015, Perayu Pertama telah melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Perubatan Sunway. Pada 19.7.2015, Perayu Pertama telah dibenarkan keluar bersama bayinya oleh Pusat Perubatan Sunway. Bayaran bil perubatan untuk kos rawatan dan bersalin diselesaikan oleh Responden. [11] Pada 28.12.2015, Perayu Pertama telah mendaftarkan kelahiran bayi tersebut yang diberi nama Liau Lee Zi Chen (L)(disebut sebagai “LLZC” selepas ini). Sijil Kelahiran bertarikh 28.12.2015 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (Perayu Kedua) mencatatkan pendaftaran tersebut sebagai “Pendaftaran Lewat Kelahiran”. Pada ruangan butiran “Kanak-Kanak” dicatatkan nama kanak-kanak ialah Liau Lee Zi Chen, lahir pada 16.7.2015 di Sunway Medical Centre, Petaling Jaya, Selangor. Pada ruangan “Ibu” dicatatkan ibu kanak-kanak bernama Liau Chin Yen, KP/No: 820717-05-5070 iaitu Perayu Pertama. Pada ruangan “Bapa” dicatatkan nama bapa dan nombor kad pengenalan bapa sebagai “Maklumat Tidak Diperolehi” (muka surat 65 – Sijil Kelahiran : Rekod Rayuan Bahagian A, B 8 dan C). Dengan kata lain sijil kelahiran LLZC tidak mencatatkan nama bapa kanak-kanak tersebut. [12] Selepas keluar daripada Pusat Perubatan Sunway, Perayu Pertama telah pulang dan tinggal semula bersama suaminya LSC di Seremban, Negeri Sembilan. Responden membuat usaha untuk melawat dan bertemu dengan bayi yang dilahirkan oleh Perayu Pertama tetapi Perayu Pertama enggan membenarkan Responden melawat bayi tersebut. [13] Lanjutan daripada keengganan Perayu Pertama memberikan akses kepada Responden terhadap bayi yang dilahirkan itu, pada 22.10.2015, Responden telah menfailkan satu Saman Permula No. 24F-172-10/2015 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah supaya Responden dan bayi tersebut menjalani ujian Deoxyribonucleic acid (DNA) untuk mendapatkan kepastian hubungan darah Responden dan bayi tersebut serta perintah-perintah lainnya. [14] Pada 25.2.2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Responden. Mahkamah tersebut juga mengeluarkan perintah untuk Perayu Pertama dan bayi tersebut menjalani ujian DNA di Jabatan Kimia Petaling Jaya (muka surat 48 – 49 Rekod Rayuan Bahagian A, B dan C). 9 [15] Laporan DNA yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia bertarikh 13.4.2016 (No. Makmal: 16-FR-B-07179) membuat dapatan bahawa Responden adalah bapa kandung kepada bayi bernama LLZC, manakala Liau Chin Yen (Perayu Pertama) ialah ibu kandung kepada LLZC (muka surat 52 - 53 Laporan Kimia : Rekod Rayuan Bahagian A, B dan C). [16] Pada 25.8.2016 melalui Saman Pemula No. 24F-172-10/2015, Responden telah mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan Responden sebagai bapa kandung kanak-kanak bernama LLZC dan hak akses dua kali sebulan diberikan kepada Responden terhadap LLZC. Perintah tersebut memberikan hak penjagaan LLZC kepada Perayu Pertama (muka surat 56 -57 Rekod Rayuan Bahagian A, B dan C). [17] Lanjutan daripada Perintah bertarikh 25.8.2016 tersebut, Responden memfailkan Saman Pemula No. WA-24F-12/2016 untuk mendapatkan relif-relif yang telah disebutkan di perenggan 6 di atas, khususnya untuk nama Responden didaftarkan sebagai bapa kandung LLZC dalam sijil kelahiran kanak-kanak tersebut. Keputusan Mahkamah Tinggi 10 [18] Terdapat dua isu yang dihujahkan untuk keputusan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi (Hakim bicara): 1) Sama ada Mahkamah boleh mengarahkan Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan nama plaintif sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut di sijil kelahiran; 2) Nama keluarga kanak-kanak di sijil kelahiran ditukar kepada nama keluarga plaintif. [19] Untuk isu pertama, Hakim bicara memutuskan seperti berikut (perenggan (38), (39), (40) dan (41) alasan penghakiman): “[38] Berdasarkan peruntukan seksyen 28 ini Pendaftar mempunyai statutory duty untuk menjaga Daftar semua kelahiran di Malaysia yang mesti mengandungi butir-butir yang betul dan sah. Di dalam kes ini Mahkamah Tinggi telah membuat perintah bahawa Plaintif adalah bapa kandung kanak-kanak tersebut maka Defendan 1 wajib memenuhi tuntutan statutory memperbetulkan daftar dan memasukkan nama Plaintif di ruangan bapa di sijil kelahiran kanak-kanak. [39] Mahkamah bersetuju dengan hujah peguam Plaintif bahawa hujahan Defendan 1 adalah tersasar dalam memberi tafsiran kepada seksyen 13 bahawa persetujuan (consent) ibu adalah diperlukan untuk menamakan bapa di sijil kelahiran. 11 [40] Adalah diputuskan Mahkamah ini mempunyai kuasa mengarahkan Defendan 1 memperbetulkan daftar kelahiran dan sijil kelahiran kanak-kanak berdasarkan hasil ujian DNA dan kerana kegagalan Defendan 2 memaklumkan Plaintif sewaktu beliau membuat pendaftaran. Status kanak-kanak bukanlah satu rahsia lagi kerana telah diketahui oleh suami Defendan 2 atau saudara-mara beliau malah diakui oleh Defendan 2 sendiri. Defendan 2 sepatutnya memaklumlan Plaintif sebelum mendaftar memandangkan ada pertanyaan dan permintaan dari Plaintif. [41] Mahkamah ini adalah terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sean O’ Cassey Patterson lwn Chan Hoong Poh & Ors [2011] 3 CLJ 722.” [20] Untuk isu kedua, Hakim bicara memutuskan seperti berikut (perenggan (50), (51), (52) dan (53) alasan penghakiman): “[50] Berdasarkan fakta kes ini Defendan 2 tidak memaklumkan Plaintif apabila membuat pendaftaran kelahiran kanak-kanak. Hanya Defendan 2 yang hadir. Berdasarkan situasi pertama tadi, pihak Defendan 1 boleh meletakkan nama keluarga Defendan 2 kepada nama kanak-kanak tersebut. Defendan 2 memang berniat untuk ketepikan Plaintif memandangkan hubungan beliau telah berakhir dengan Plaintif dan beliau telah kembali berbaik dengan suami beliau. [51] Berdasarkan tindakan Plaintif memfailkan perintah untuk akses dan ujian DNA ke atas kanak-kanak menunjukkan beliau mengambil tanggungjawab dan mengaku sebagai bapa. Mahkamah percaya sekiranya beliau diberitahu oleh Defendan 2 mengenai pendaftaran kelahiran anak tersebut, beliau akan hadir 12 bersama dan tentu akan bersetuju beliau didaftarkan sebagai bapa dan akan meminta nama keluarga beliau diletakkan sebagai nama keluarga kanak-kanak. [52] Berdasarkan peruntukan seksyen 13 dan 13A(2) adalah jelas bahawa pihak Defendan 1 diberi kuasa meletakkan nama bapa kandung dan nama keluarga bapa kandung sebagai nama keluarga kanak-kanak jika bapa kandung hadir bersama dengan ibu kandung dan membuat permohonan. [53] Di dalam kes ini memandangkan Plaintif tidak pernah diberitahu hal pendaftaran kelahiran ini dan setelah disahkan sebagai bapa kandung kanak-kanak tersebut, Mahkamah berpendapat Plaintif berhak membuat permohonan ini dan pihak Defendan 1 mempunyai tugas statutory bagi memperbetulkan pendaftaran bagi memberikan butir-butir dan fakta yang sebenar mengenai kanak-kanak di dalam daftar kelahiran dan sijil kelahiran.” [21] Di atas alasan-alasan yang diberikan itu, Hakim bicara telah membenarkan relif-relif yang dipohon oleh Responden dan membuat perintah seperti berikut (muka surat 7 – 9 Rekod Rayuan Tambahan):
section
1. Pendaftar Kelahiran dan Kematian, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia diperintahkan untuk mendaftarkan nama plaintif sebagai bapa kandun...
1. Pendaftar Kelahiran dan Kematian, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia diperintahkan untuk mendaftarkan nama plaintif sebagai bapa kandung kanak-kanak yang dikenali sebagai Liau Lee Zi Chen, yang dilahirkan oleh defendan kedua (Perayu Pertama) pada 17/7/2015 di Sunway Medical Centre, Subang Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan (Sijil Kelahiran No. DP 87410)(dipinda kemudian dalam 13 Perintah Terpinda sebagai DF 67440) di dalam sijil kelahiran kanak-kanak tersebut;
section
2. Pendaftar Kelahiran dan Kematian, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia juga diperintahkan untuk mendaftarkan nama keluarga (surname) anak...
2. Pendaftar Kelahiran dan Kematian, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia juga diperintahkan untuk mendaftarkan nama keluarga (surname) anak itu, seperti nama keluarga plaintif (Responden).
section
3. Dan akhirnya diperintahkan bahawa tiada perintah terhadap kos. (Perintah Terpinda : muka surat 1-3 Rekod Rayuan Tambahan 2). Rayuan di h...
3. Dan akhirnya diperintahkan bahawa tiada perintah terhadap kos. (Perintah Terpinda : muka surat 1-3 Rekod Rayuan Tambahan 2). Rayuan di hadapan kami [22] Perayu Pertama dan Perayu Kedua yang tidak berpuas hati terhadap perintah oleh YA Hakim bicara telah membuat rayuan masing-masing terhadap keputusan tersebut. [23] Perayu Pertama melalui Memorandum Rayuan bertarikh 28.11.2017 memberikan 15 alasan-alasan rayuan seperti berikut (muka surat 1 – 5 Rekod Rayuan Tambahan): 14
section
1. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah khilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta dalam memutuskan dan membenarkan permohonan Responden K...
1. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah khilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta dalam memutuskan dan membenarkan permohonan Responden Kedua apabila seksyen-seksyen 13 dan 13A, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (“APKK”) telah memperuntukkan secara khas pendaftaran nama keluarga (surname) dan butir-butir bapa bagi seseorang anak tidak sah taraf.
section
2. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah khilaf di sisi undang-undang dan/atau dari segi fakta apabila hanya mempertimbangkan status Respond...
2. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah khilaf di sisi undang-undang dan/atau dari segi fakta apabila hanya mempertimbangkan status Responden Kedua sebagai bapa kandung kanak-kanak tersebut hasil ujian DNA tetapi gagal memberi pertimbangan yang sewajarnya bahawa kanak-kanak tersebut adalah dilahirkan di luar nikah.
section
3. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta kerana di bawah seksyen-seksyen 13 dan 13A APKK, per...
3. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta kerana di bawah seksyen-seksyen 13 dan 13A APKK, permohonan Responden Kedua ini tidak tidak harus dan/atau boleh dibenarkan sekiranya tanpa permintaan bersama dan/atau persetujuan Perayu sebagai ibu kandung kepada kanak-kanak tersebut yang merupakan seorang anak tidak sah taraf.
section
4. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal mengambil kira dan/atau menimbangkan d...
4. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal mengambil kira dan/atau menimbangkan dengan sewajarnya seksyen-seksyen 13 dan 13A APKK yang memberi kuasa keutamaan kepada ibu kandung seorang anak tak sah taraf (Perayu) berkenaan untuk memilih samada ingin atau tidak untuk mendaftarkan nama keluarga dan butir-butir bapa kandung kanak-kanak tersebut di sijil kelahiran kanak-kanak tersebut.
section
5. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta dalam memutuskan dan membenarkan permohonan Responde...
5. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta dalam memutuskan dan membenarkan permohonan Responden Kedua dengan mengambil kira dan/atau memberikan pertimbangan kepada isu-isu yang tidak pernah dibangkitkan oleh Responden Kedua dan/atau yang tidak relevan iaitu isu harta pusaka Responden Kedua yang mungkin akan dituntut oleh anak-kanak tersebut dan hubungan intim terdahulu antara Perayu dan Responden Kedua. 15
section
6. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta kerana salah anggap bahawa Perayu boleh dengan sesuk...
6. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta kerana salah anggap bahawa Perayu boleh dengan sesuka hati mendaftarkan mana-mana lelaki sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut di bawah seksyen 13 dan 13A APKK.
section
7. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan hak kanak-kanak tersebut untuk me...
7. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan hak kanak-kanak tersebut untuk mengenali bapa sebenar dan mendapat kasih sayang kedua-dua pihak keluarga Perayu dan Responden Kedua telah menjadi hak dan/atau memperuntukkan Responden Kedua hak untuk memasukkan butir-butir dan nama keluarga beliau di sijil kelahiran kanak-kanak tersebut menurut seksyen-seksyen 13 dan 13A APKK.
section
8. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan Responden Kedua yang telah diperi...
8. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan Responden Kedua yang telah diperintahkan akses terhadap kanak-kanak di luar nikah tersebut juga diperuntukkan hak untuk memasukkan butir-butir dan nama keluarga beliau di sijil kelahiran kanak-kanak tersebut di bawah seksyen-sekyen 13 dan 13A APKK.
section
9. Yang Arif Hakim yang bjaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta apabila membenarkan permohonan Responden Kedua di baw...
9. Yang Arif Hakim yang bjaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta apabila membenarkan permohonan Responden Kedua di bawah seksyen 28 APKK yang tidak pernah diusulkan oleh Responen Kedua melalui Saman Pemula bertarikh 06.12.2016.
section
10. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta apabila membenarkan permohonan Responen Kedua di ba...
10. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta apabila membenarkan permohonan Responen Kedua di bawah seksyen 28 APKK, atas alasan sebarang maklumat yang salah atau tertinggal perlu diperbetulkan oleh Responden Pertama kerana pelaksanaan kuasa Perayu ke atas seseorang kanak-kanak tidak sah taraf di bawah seksyen-seksyen 13 dan 13A APKK tidak harus dianggap sebagai pendaftaran sesuatu maklumat yang salah atau tertinggal. 16
section
11. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta kerana telah mentafsir dan menggunapakaikan kes Sea...
11. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan/atau fakta kerana telah mentafsir dan menggunapakaikan kes Sean O’Casey Patterson lwn Chan Hoong Poh & Ors [2011] 3 CLJ 722 apabila seksyen-seksyen 13 dan 13A APKK yang merupakan isu utama dalam kes ini tidak pernah dibangkitkan/diputuskan oleh mana-mana pihak dalam kes tersebut.
section
12. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah gagal untuk menghargai dan/atau menimbangkan dengan sewajarnya kepentingan polisi awam dan kepenti...
12. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah gagal untuk menghargai dan/atau menimbangkan dengan sewajarnya kepentingan polisi awam dan kepentingan jangka panjang kanak-kanak tersebut yang sebelum ini telah diperintahkan untuk dijaga, diperlihara dan dikawal oleh Perayu bersama dengan keluarga Perayu termasuk suami sah Perayu dan seorang lagi anak perempuan sah taraf.
section
13. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah gagal untuk menghargai dan/atau menimbangkan dengan sewajarnya peruntukan undang-undang sedia ada...
13. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah gagal untuk menghargai dan/atau menimbangkan dengan sewajarnya peruntukan undang-undang sedia ada dan polisi awam negara yang memberi layanan berbeza anak tidak sah taraf berbanding dengan anak sah taraf.
section
14. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah gagal untuk menyedari dan/atau menimbangkan dengan sewajarnya niat buruk Responden Kedua dalam per...
14. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah gagal untuk menyedari dan/atau menimbangkan dengan sewajarnya niat buruk Responden Kedua dalam permohonan ini yang bertujuan merosakkan perkahwinan Perayu dengan suami Perayu atau memalukan nama keluarga mereka termasuk kanak-kanak tersebut.
section
15. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah gagal menghargai dan/atau menimbangkan dengan sewajarnya kesan negative seumur hidup yang dibawa t...
15. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah gagal menghargai dan/atau menimbangkan dengan sewajarnya kesan negative seumur hidup yang dibawa terhadap kanak-kanak tersebut terpaksa dinamakan mengikut keluarga bapa kandungnya yang tiada hubungan perkahwinan sah dengan ibu kandungnya. [24] Perayu Kedua pula melalui Memorandum Rayuan bertarikh 29.12.2017 memberikan 13 alasan-alasan rayuan seperti berikut (muka surat 2 -6 Rekod Rayuan Tambahan): 17
section
1. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan membenarkan permohonan Responde...
1. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan membenarkan permohonan Responden sedangkan peruntukan di bawah seksyen 13 dan 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) telah dengan jelas memperuntukkan secara khas berkenaan peruntukan mengenai bapa dan cara pendaftaran nama keluarga bagi anak tidak sah taraf.
section
2. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apbila memutuskan Perayu/Defendan Pertama diperint...
2. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apbila memutuskan Perayu/Defendan Pertama diperintahkan untuk mendaftarkan nama Plaintif/Responden sebagai bapa kandung kanak-kanak tersebut di sijil kelahiran kanak-kanak tanpa mengambil kira bahawa Perayu/Defendan Pertama terhalang dari segi undang-undang di bawah seksyen 13 Akta 299 untuk melaksanakan perintah tersebut memandangkan tiada persetujuan bersama kedua-dua pihak ibu kanak-kanak tersebut dengan Responden dan tanpa keduanya menandatangani bersama daftar kelahiran untuk memasukkan nama Responden sebagai bapa.
section
3. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan berdasarkan peruntukan seksyen...
3. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan berdasarkan peruntukan seksyen 28 Akta 299, adalah tanggungjawab mandatori Defendan Pertama untuk membetulkan fakta yang salah mengenai kanak-kanak tersebut dengan memasukkan nama Responden Kedua sebagai bapa dalam sijil lahir tanpa mengambil kira bahawa kanak-kanak tersebut adalah anak tidak sah taraf dan peruntukan seksyen 13 dan 13A adalah terpakai dalam perihal maklumat bapa anak tidak sah taraf.
section
4. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan bahawa memandangkan Perintah Ma...
4. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan bahawa memandangkan Perintah Mahkamah Tinggi pada 25.8.2016 telah memutuskan Responden adalah bapa kandung kanak-kanak tersebut, maka berdasarkan seksyen 28 Akta 299 Perayu/Defendan Pertama wajib memperbetulkan daftar dan memasukkan nama Responden di 18 ruangan bapa di sijil kelahiran kanak-kanak tersebut tanpa mengambil kira peruntukan seksyen 13 Akta 299.
section
5. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan Perayu/Defendan Pertama tersasa...
5. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan Perayu/Defendan Pertama tersasar dalam memberi tafsiran kepada seksyen 13 Akta 299 bahawa persetujuan (consent) ibu adalah diperlukan untuk menamakan bapa di sijil kelahiran anak tidak sah taraf.
section
6. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan bahawa Mahkamah mempunyai kuasa...
6. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan bahawa Mahkamah mempunyai kuasa mengarahkan Perayu/Defendan Pertama memperbetulkan daftar kelahiran dan sijil kelahiran kanak-kanak tidak sah taraf berdasarkan hasil ujian DNA.
section
7. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan bahawa Mahkamah mempunyai kuasa...
7. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan bahawa Mahkamah mempunyai kuasa mengarahkan Perayu/Defendan Pertama memperbetulkan daftar kelahiran dan sijil kelahiran kanak-kanak tidak sah taraf kerana kegagalan ibu kandung kanak-kanak tersebut (Defendan Kedua) untuk memaklumkan Responden sewaktu beliau membuat pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf tersebut.
section
8. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila tidak memutuskan bahawa berdasarkan seksye...
8. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila tidak memutuskan bahawa berdasarkan seksyen 13 Akta 299, Perayu/Defendan Pertama adalah terhalang daripada memasukkan nama Responden sebagai bapa dalam daftar kelahiran kanak-kanak tersebut tanpa persetujuan bersama ibu kandung kanak-kanak tersebut dan tanpa keduanya menandatangani bersama permohonan memasukkan nama Responden dalam daftar kelahiran kanak-kanak tersebut.
section
9. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan Perayu/Defendan Pertama diperin...
9. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan Perayu/Defendan Pertama diperintahkan untuk mendaftarkan nama keluarga (surname) anak itu, seperti nama keluarga Responden tanpa mengambil kira peruntukan undang-undang di bawah seksyen 19 13A(2) Akta 299 yang memberi hak kepada ibu kandung anak tidak sah taraf untuk memasukkan nama beliau sebagai nama keluarga anak tidak sah taraf.
section
10. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan bahawa Perayu/Defendan Pertama...
10. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan bahawa Perayu/Defendan Pertama diperintahkan untuk mendaftarkan nama keluarga (surname) anak itu, seperti nama keluarga Responden tanpa memgambil kira peruntukan undang-undang di bawah seksyen 13A(2) Akta 299 yang hanya nama keluarga yang mengaku dirinya sebagai bapa anak tidak sah taraf tersebut mengikut peruntukan seksyen 13 Akta 299 boleh dimasukkan sebagai nama keluarga anak tidak sah taraf.
section
11. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan bahawa Responden berhak membua...
11. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila memutuskan bahawa Responden berhak membuat permohonan memasukkan nama keluarga Responden sebagai nama keluarga kanak-kanak tidak sah taraf tersebut memandangkan Responden tidak pernah diberitahu berkenaan hal pendaftraran kelahiran kanak-kanak tersebut dan memandangkan Responden telah disahkan sebagai bapa kandung kanak-kanak tersebut.
section
12. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila salah tafsir dan menggunapakai kes Sean O...
12. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila salah tafsir dan menggunapakai kes Sean O’Cassey Patterson lwn Chan Hoong Poh & Ors [2011] 3 CLJ 722 apabila peruntukan seksyen 13 dan 13A(2) Akta 299 yang merupakan isu utama dalam kes ini tidak pernah dibangkitkan di dalam kes tersebut.
section
13. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal menimbangkan dengan sewajarnya peru...
13. Yang Arif Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal menimbangkan dengan sewajarnya peruntukan undang-undang sedia ada dan polisi awam kerajaan berkenaan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf yang berbeza dengan anak sah taraf. [25] Berdasarkan kepada alasan-alasan rayuan yang dikemukakan oleh Perayu Pertama dan Perayu Kedua tersebut, yang melibatkan isu-isu yang 20 saling berkaitan, kesimpulan boleh dibuat bahawa rayuan oleh Perayu Pertama dan Perayu Kedua adalah berkisar kepada tafsiran dan pemakaian oleh YA Hakim bicara terhadap seksyen-seksyen 13, 13A dan 28 Akta APKK. Hujahan Perayu Pertama [26] Peguamcara terpelajar bagi pihak Perayu Pertama menghujahkan bahawa Hakim bicara tersalah arah apabila membuat tafsiran bahawa peruntukan seksyen 28 APKK adalah mengatasi seksyen 13 dan 13A APKK. [27] Peguamcara terpelajar bagi pihak Perayu Pertama seterusnya berhujah bahawa kes Sean O’ Casey Petterson (supra) yang diterima dan digunapakai oleh Hakim bicara sepatutnya tidak digunapakai oleh Hakim bicara apabila membenarkan permohonan Responden kerana kes tersebut adalah melibatkan isu pendaftaran pengangkatan kanak-kanak (adoption) di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) yang berbeza dengan kes rayuan semasa di hadapan Mahkamah ini yang melibatkan APKK (Akta 299). Peguamcara seterusnya berhujah bahawa APKK khususnya seksyen-sekyen 13 dan 13A tidak ada sama sekali dibuat rujukan atau diperbincangkan dalam kes Sean O’ Casey Patterson. 21 [28] Peguamcara Perayu Pertama juga merujuk kepada kes A Child & Ors v Jabatan Pendaftaran Negara & Ors [2017] 4 MLJ 400 dan berhujah bahawa di dalam kes tersebut kedua-dua ibu dan bapa kepada anak tidak sah taraf secara bersama membuat permohonan untuk memasukkan nama bapa kandung kanak-kanak tidak sah taraf tersebut sebagai bapa kepada kanak-kanak untuk tujuan pendaftaran sijil lahir kanak-kanak. Maka itu, kes tersebut berbeza dengan kes rayuan di hadapan Mahkamah ini yang tidak terdapat persetujuan (consent) ibu kandung kanak-kanak tidak sah taraf iaitu Perayu Pertama untuk nama Responden dimasukkan sebagai bapa kanak-kanak tidak sah taraf tersebut dalam sijil kelahiran LLZC. Hujahan Perayu Kedua [29] Peguam Kanan Persekutuan (PKP) terpelajar yang mewakili Perayu Kedua mengemukakan hujahan dalam dua perkara yang bersifat undang-undang. [30] Pertama, PKP berhujah bahawa relif bersifat mandamus yang dipohonkan oleh Responden terhadap Perayu Kedua tidak mematuhi peruntukan seksyen 44 Akta Relif Spesifik 1950 (ARS 1950). PKP berhujah bahawa berdasarkan nas kes Khooi Hoi Chow v Pretam Singh [1972] 1 MLJ 180, Responden hendaklah memenuhi lima pra-syarat di bawah seksyen 44 ARS 1950 secara kumulatif. PKP berhujah bahawa Responden gagal memenuhi dan melihatkan bahawa pra-syarat pertama di bawah seksyen 44(a) ARS 1950 “that his property, franchise, or personal rights would be injured if the Appellant/1st Defendant failed to carry out his 22 statutory duties as prescribed by the law”, dan oleh itu relif yang dipohonkan oleh Respondan gagal memenuhi lima pra-syarat tersebut untuk membolehkan seksyen 44 ARS 1950 terpakai terhadap Perayu Kedua. PKP seterusnya berhujah bahawa Perayu Kedua telah melaksanakan kuasa dan fungsinya yang diperuntukkan oleh seksyen 13 dan 13A APKK secara sempurna, teratur dan sah di sisi undang-undang apabila mendaftarkan Perayu Pertama sebagai ibu kandung LLZC atas permohonan Perayu Pertama dan tidak terdapat apa-apa izin atau kebenaran oleh Perayu Pertama untuk nama Responden didaftarkan sebagai bapa kepada LLZC seorang kanak-kanak tidak sah taraf. [31] Aspek kedua hujahan PKP pula ialah Yang Arif Hakim bicara telah tersalah arah dalam memberikan tafsiran terhadap peruntukan seksyen 13 dan 13A APKK dan khilaf apabila memutuskan seksyen 28 APKK mengatasi seksyen 13 dan 13A atas alasan Responden telah membuktikan melalui hasil ujian DNA bahawa Responden adalah bapa kandung LLZC dan pendaftaran nama LLZC dibuat oleh Perayu Pertama tanpa Responden dimaklumkan dan dengan itu terdapat penafian hak Responden untuk didaftarkan sebagai bapa kepada LLZC. Seperti mana hujahan peguamcara bagi pihak Perayu Pertama, PKP juga berhujah bahawa Hakim bicara telah tersalah arah dan khilaf apabila menerimapakai kes Sean O’ Cassey Patterson v Chang Hoong Poh & Ors (supra). PKP juga merujuk kepada kes A Child & Ors v Jabatan Pendaftaran Negara & Ors (supra) dalam menyokong hujahannya bahawa peruntukan seksyen 13 APKK adalah jelas melalui penggunaan perkataan yang bersifat mandatori untuk izin ibu kandung kanak-kanak diperolehi sebelum nama 23 bapa boleh dimasukkan atau didaftarkan oleh Perayu Kedua untuk kanak-kanak tidak sah taraf (illegitimate child). Hujahan Responden [32] Peguamcara terpelajar bagi pihak Responden menghujahkan bahawa Perayu Kedua mempunyai tugas statutori untuk memastikan rekod rasmi yang diuruskan oleh Perayu Kedua berkaitan pendaftaran kelahiran kanak-kanak mempunyai maklumat yang betul dan tepat (accurate). Peguamcara Responden merujuk kepada seksyen-seksyen 4, 7, 8, 13, 13A dan 28 APKK sebagai peruntukan yang memberi kuasa statutori kepada Perayu Kedua untuk mendapatkan segala maklumat lengkap dan tepat berkaitan nama ibu kandung dan bapa kandung kanak-kanak sebelum sijil kelahiran boleh dikeluarkan oleh Perayu Kedua dan seksyen 28 APKK memberi kuasa kepada Perayu Kedua untuk membuat pembetulan ke atas pendaftaran dan sijil kelahiran kanak-kanak sekiranya terdapat maklumat tambahan yang tepat. Peguamcara Responden selanjutnya berhujah bahawa Responden telah dapat membuktikan melalui ujian DNA bahawa Responden ialah bapa kandung LLZC dan Responden telah membuat permohonan untuk nama Responden didaftarkan sebagai bapa kandung LLZC dan dengan itu menjadi kewajipan untuk Perayu Kedua membuat pembetulan terhadap daftar kelahiran dan sijil kelahiran LLZC. Peguamcara Responden juga berhujah bahawa adalah menjadi hak untuk LLZC mengetahui siapa bapa kandungnya dan melalui pendaftaran nama Responden sebagai bapa kandung LLZC perkara tersebut akan dapat membantu LLZC mengetahui nama bapa kandungnya. Peguamcara Responden juga merujuk kepada kes Sean O’ Cassey Patterson v Chang 24 Hoong Poh & Ors (supra) dan kes A Child & Ors v Jabatan Pendaftaran Negara & Ors (supra) dan berhujah bahawa mahkamah dalam kedua-dua kes tersebut mengiktiraf untuk bapa kandung kanak-kanak tidak sah taraf boleh didaftarkan dalam sijil kelahiran sebagai bapa kandung kanak-kanak. Analisa dan keputusan kami [33] Isu di hadapan kami ialah sama ada seksyen 28 APKK mengatasi peruntukan seksyen 13 dan seksyen 13A APKK di mana Responden Kedua mempunyai tugas kewajipan membetulkan daftar dan sijil kelahiran kanak-kanak tidak sah taraf bernama LLZC setelah Responden membuktikan bahawa Responden ialah bapa kandung LLZC dan Responden telah bersetuju untuk didaftarkan sebagai bapa kandung kepada LLZC, walau pun tanpa keizinan daripada ibu kandung LLZC, iaitu Perayu Pertama. [34] Untuk kemudahan rujukan, kami turunkan peruntukan seksyen 13 dan 13A APKK, seperti berikut: “Section 13 : Provision as to father of illegitimate child Notwithstanding anything in the foregoing provisons of this Act, in the case of an illegitimate child, no person shall as father of the child be required to give information concerning the birth of the child, and Registrar shall not enter in the register the name of any person as father of the child except at the joint request of the mother and the person acknowledging 25 himself to be the father of the child, and that person shall in that case sign the register together with the mother. (ditegaskan oleh kami) Section 13A : Surname of child
subsection
(1) The surname, if any, to be entered in respect of a legitimate child shall be ordinarily be the surname, if any, of the father.
(1) The surname, if any, to be entered in respect of a legitimate child shall be ordinarily be the surname, if any, of the father.
subsection
(2) The surname, if any, to be entered in respect of an illegitimate child may where the mother is the informant and volunteers the informa...
(2) The surname, if any, to be entered in respect of an illegitimate child may where the mother is the informant and volunteers the information, be the surname of the mother; provided that where the person acknowledging himself to be the father of the child in accordance with section 13 requests so, the surname may be the surname of that person.” (penegasan oleh kami) [35] Berbalik kepada kes di hadapan kami ini. Perayu Pertama telah mendaftarkan kelahiran LLZC dan meletakkan nama Perayu Pertama sebagai ibu kandung LLZC bersama nama Perayu Pertama sebagai „surname” kepada LLZC. Seksyen 13 dan 13A jelas membenarkan Perayu pertama berbuat demikian. [36] Kami merujuk pula kepada peruntukan seksyen 28 APKK yang memperuntukkan seperti berikut: 26 “28. Duty of Superintendent Registrar to procure Registration
subsection
(1) Notwithstanding any omission to report or to furnish information as to any birth, still-birth or death within the time required by the...
(1) Notwithstanding any omission to report or to furnish information as to any birth, still-birth or death within the time required by the preceding provisions of this Act, it shall be the duty of the Superintendent – Registrar and the Registrar to procure by all means in their power the best and most accurate information respecting any birth, still-birth or death which may have occurred within their registration areas and to cause particulars of the same to be recorded (so far as is practicable) in the manner prescribed.
subsection
(2) It shall be the duty of every police officer, penghulu and headman to obtain information of every birth, still-birth and death within h...
(2) It shall be the duty of every police officer, penghulu and headman to obtain information of every birth, still-birth and death within his respective area and also information respecting the lawful father and the mother of every child born in his area and respecting the occupier of any house in his area in which any birth, still-birth or death may have taken place and to give notice thereof to the Registrar.
subsection
(3) Any police officer, penghulu or headman who has in his possession any such information and wilfully neglects or omits to disclose the s...
(3) Any police officer, penghulu or headman who has in his possession any such information and wilfully neglects or omits to disclose the same to the Registrar shall be guilty of an offence and be liable on conviction to a fine not exceeding fifty ringgit.” (penegasan oleh kami) 27 [37] Berdasarkan kepada pengataan yang terdapat di bawah seksyen 13, 13A dan 28 APKK yang dibutirkan di atas, kami mendapati sifat peruntukan seksyen 13 dan 13A adalah mandatori dan spesifik dalam menetapkan tatacara bagaimana pendaftaran kelahiran kanak-kanak sah taraf dan kanak-kanak tidak sah taraf dilakukan. Manakala peruntukan seksyen 28 merupakan peruntukan am untuk Pendaftar seberapa daya yang mungkin mendapatkan maklumat tepat tentang kelahiran dan kematian yang berlaku di kawasan bidangkuasa jagaannnya. [38] Seksyen 13 dengan jelas memberi perlindungan undang-undang kepada bapa anak tidak sah taraf daripada kewajipan memberikan apa-apa maklumat berkaitan kelahiran kanak-kanak. Perlindungan undang-undang yang spesifik di bawah seksyen 13 ini tidak boleh diketepikan oleh seksyen 28 APKK untuk memaksa bapa kanak-kanak tidak sah taraf daripada memberikan maklumat tentang hubungannnya dengan kanak-kanak. Dengan kata lain seksyen 28 APKK hanya merupakan peruntukan am. Undang-undang adalah mantap bahawa peruntukan undang-undang yang bersifat am tidak boleh mengatasi peruntukan undang-undang yang spesifik dalam sesuatu perkara yang berbangkit. [39] Di atas dasar tersebut, seksyen 13 APKK adalah peruntukan yang berdiri secara sendiri (stand alone provision) dan tidak boleh dicairkan (dilute) oleh seksyen 28 APKK. Apabila tidak ada “joint request” secara bersama dan tiada tandatangan secara bersama di hadapan Pendaftar oleh orang yang menuntut didaftarkan sebagai bapa kanak-kanak tidak sah taraf dan ibu kandung kanak-kanak tidak sah taraf, maka Pendaftar tidak 28 berkewajipan untuk mendapatkan maklumat berkaitan bapa kanak-kanak tidak sah taraf tersebut untuk dimasukkan dalam daftar kelahiran dan sijil kelahiran. Kerelaan bapa kanak-kanak membuat pengakuan dan merelakan namanya didaftarkan sebagai bapa kandung kanak-kanak masih tidak boleh mengubah tatacara mandatori yang perlu dipatuhi di bawah seksyen 13 tersebut. [40] Seksyen 13 APKK memberikan tatacara bagaimana seseorang yang menuntut sebagai bapa kanak-kanak tidak sah taraf boleh didaftarkan. Pertama, permohonan tersebut dilakukan secara “joint request” oleh orang tersebut dengan ibu kandung kanak-kanak tidak sah taraf tersebut. Kedua, orang tersebut hendaklah secara bersama dengan ibu kandung kanak-kanak tersebut menandatangani daftar kelahiran. Ini bermakna persetujuan ibu kandung kanak-kanak tidak sah taraf adalah pra-syarat yang perlu dipenuhi oleh orang yang ingin mendaftarkan namanya sebagai bapa kanak-kanak tidak sah taraf tersebut. Kedua-dua tatacara ini tidak dipatuhi dan tidak terdapat dalam kes rayuan di hadapan kami. Tidak terdapat “joint request” oleh Responden dan Perayu Pertama. Daftar kelahiran juga tidak ditandatangani secara bersama oleh Responden dan Perayu Pertama. Malahan Perayu Pertama tidak bersetuju untuk nama Responden dimasukkan atau didaftarkan dalam daftar kelahiran dan sijil kelahiran sebagai bapa kepada LLZC. Undang-undang memberi perlindungan dan keistimewaan kepada Perayu Pertama. Tiada tafsiran yang bertentangan boleh dilakukan untuk menafikan atau melucutkan hak perlindungan dan keistimewaan yang diberikan kepada ibu kandung kanak-kanak tidak sah taraf melalui seskyen 13 APKK tersebut. Niat dan hasrat Parlimen dalam menggubal seksyen 13 tersebut adalah jelas. Ketiadaan nama Responden 29 dalam daftar kelahiran dan sijil kelahiran tidak boleh disifatkan sebagai suatu „omission‟ untuk maksud seksyen 28 APKK. Oleh itu seksyen 28 APKK tidak terpakai dalam kes rayuan ini. [41] Perenggan (39) alasan penghakiman Hakim bicara memutuskan nama Responden boleh dimasukkan dalam daftar kelahiran dan sijil kelahiran LLZC walau pun tanpa persetujuan Perayu Pertama. Alasan Hakim bicara ialah Perayu Pertama telah gagal atau dengan sengaja tidak memaklumkan kepada Responden tentang kelahiran LLZC dan Perayu Pertama telah membuat pendaftaran kelahiran LLZC tanpa memaklumkan kepada Responden yang “Mahkamah percaya” ingin memasukkan namanya sebagai bapa dan “surname” kepada LLZC. Dengan hormatnya kami tidak dapat bersetuju dengan pendekatan dan tafsiran oleh Hakim bicara terhadap peruntukan seksyen 13 APKK tersebut. Kami berpendapat seksyen 13 tersebut tidak memperuntukkan sebarang kewajipan ke atas ibu kandung kanak-kanak tidak sah taraf untuk memaklumkan kelahiran kanak-kanak tidak sah taraf kepada mana-mana orang yang ada kaitan darah daging dengan kanak-kanak tidak sah taraf tersebut. Seksyen 13 juga tidak meletakkan sebarang kewajipan ke atas ibu kandung kanak-kanak untuk memaklumkan kepada mana-mana orang yang ada kaitan darah daging dengan kanak-kanak tentang hasrat ibu kanak-kanak untuk mendaftarkan kelahiran kanak-kanak. Sebaliknya seksyen 13 adalah suatu skim peruntukan undang-undang yang digubal khusus oleh Parlimen untuk memberi perlindungan kepada ibu kandung kanak-kanak tidak sah taraf dan tatacara mendaftarkan kelahiran kanak-kanak tidak sah taraf yang berbeza tatacaranya daripada pendaftaran kelahiran kanak-kanak sah taraf yang lahir melalui perkahwinan yang sah berdaftar. Kami berpendapat 30 persetujuan ibu kandung kanak-kanak menjadi pra-syarat yang mandatori sebelum mana-mana orang yang ingin mendaftarkan dirinya sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut boleh dilakukan. Hanya setelah pra-syarat tersebut dipenuhi maka Perayu Kedua berkewajipan memasukkan atau membetulkan daftar kelahiran dan sijil kelahiran kanak-kanak untuk memberi kesan kepada hasrat dan persetujuan bersama ibu kandung dan bapa kanak-kanak tidak sah taraf tersebut. [42] Dalam hal seksyen 13A(2) APKK, adalah juga jelas bahawa ianya perlu dibaca dan tertakluk kepada seksyen 13. Dengan kata lain seksyen 13A(2) hanya “triggered” setelah pra-syarat seksyen 13 dipenuhi. Oleh kerana Responden gagal memenuhi pra-syarat seksyen 13, maka Pendaftar tidak berkewajipan untuk mendaftarkan nama Responden sebagai nama keluarga atau “surname” kepada LLZC. Sebaliknya Perayu Pertama telah mendaftarkan nama Perayu Pertama sebagai “surname” kepada LLZC dan ini dibenarkan oleh seksyen 13A(2) tersebut. Maka itu, tidak berlaku “omission” dalam maksud seksyen 28 APKK untuk Perayu Kedua membuat pembetulan kepada daftar kelahiran dan sijil kelahiran LLZC untuk nama Responden dimasukkan sebagai “surname” LLZC. [43] Kesimpulannya, kami dapati hujahan oleh Perayu Pertama dan Perayu Kedua dalam tafsiran yang betul terhadap seksyen 13, 13A dan 28 APKK mempunyai merit. Seksyen 28 APKK sebagai suatu peruntukan berbentuk am tidak boleh mengatasi seksyen 13 dan 13A APKK yang bersifat spesifik. Malahan seksyen 28 APKK tidak wajar dibenarkan untuk digunapakai oleh Responden kerana tidak berlaku sebarang ketinggalan 31 atau “omission” yang memerlukan pembetulan dibuat ke atas daftar kelahiran dan sijil kelahiran LLZC. [44] Kami juga bersetuju dengan hujahan peguamcara Perayu Pertama bahawa keputusan Hakim bicara tersebut adalah bertentangan dengan polisi awam dan budaya masyarakat di negara ini serta nilai-nilai agama sejagat yang tidak menggalakkan atau melarang hubungan sulit di antara pasangan yang masih berkahwin atau belum berkahwin sehingga membawa kepada kelahiran anak tidak sah taraf. Permohonan Responden jika dibenarkan, tanpa persetujuan oleh Perayu Pertama, akan membuka “floodgate” di mana bapa kandung kanak-kanak tidak sah taraf diberikan hak undang-undang untuk mendaftarkan secara unilateral namanya sebagai bapa dan “surname” kanak-kanak tidak sah taraf tersebut walau pun ditentang oleh ibu kandung kanak-kanak tidak sah taraf itu. Seksyen 13 dan 13A APKK dengan itu tidak lagi membawa apa-apa signifikan dan kesan yang dihasratkan oleh Parlimen. Apabila peruntukan undang-undang adalah jelas dan tidak terdapat sebarang ketidaktentuan, Mahkamah tidak boleh membuat tafsiran yang berlainan dan meluaskan skop peruntukan undang-undang yang telah jelas itu. [45] Kami juga bersetuju dengan hujahan peguamcara Perayu Pertama dan PKP bagi pihak Perayu Kedua bahawa kes Sean O’ Cassey Patterson v Chang Hoong Poh & Ors (supra) tidak boleh membantu Responden. Kes tersebut melibatkan isu pengangkatan (adoption) di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 yang mempunyai prinsip undang-undang yang tersendiri dalam hal perkara “adoption” anak sah taraf dan anak tidak sah taraf berbanding dengan APKK yang mempunyai 32 tatacara yang berbeza dalam pendaftaran kelahiran anak sah taraf dan anak tidak sah taraf seperti yang diperlihatkan oleh seksyen 13 dan 13A APKK. [46] Dalam kes A Child & Ors v Jabatan Pendaftaran Negara & Ors (supra), Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa pra-syarat seksyen 13A APKK telah dipatuhi oleh perayu kedua sebagai bapa kepada kanak-kanak tidak sah taraf iaitu perayu pertama, untuk nama perayu kedua sebagai bapa kandung dimasukkan dalam sijil lahir perayu kedua. Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan perayu pertama dan kedua dan memerintahkan responden kedua iaitu Ketua Pengarah Pendaftaran Negara untuk membuat pembetulan kepada sijil kelahiran perayu pertama dengan memasukan nama perayu kedua. Kes tersebut juga tidak melihatkan ibu kandung kanak-kanak menentang terhadap permohonan perayu tetapi dihalang oleh responden kedua sendiri yang berpegang kepada fatwa oleh pihak berkuasa agama. Oleh itu kes tersebut boleh dibezakan dengan kes rayuan di hadapan kami ini. [47] Perenggan (52) penghakiman oleh Mahkamah Rayuan yang oseperti berikut: “[52] There are only two requirements under s. 13A(2) that the father of the illegitimate child needs to fulfill before he can register the child’s surname in his name, namely:
a
(a) he has been registered as the father of the child pursuant to s. 13; and
b
(b) he has made a request to register the child’s surname in his name.” 33 [48] Berbanding dengan kes A Child & Ors v Jabatan Pendaftaran Negara & Ors (supra), dalam kes rayuan di hadapan kami Responden bukanlah orang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 13 APKK dan yang demikian Responden tidak boleh mendapat faedah di bawah seksyen 13A(2) APKK. [49] Berdasarkan huraian dan alasan yang kami nyatakan di atas, kami bersetuju dengan hujahan oleh PKP bahawa Responden telah gagal memenuhi pra-syarat yang diperlukan di bawah seksyen 44 Akta Relif Spesifik 1950 untuk suatu perintah mandamus harus dikeluarkan terhadap Perayu Kedua. [50] Dalam membuat keputusan membenarkan rayuan Perayu Pertama dan Perayu Kedua ini, kami sentiasa berpegang kepada prinsip undang-undang mantap bahawa mahkamah di peringkat rayuan akan menahan diri daripada bercampur tangan dan mengubah dapatan Hakim bicara kecuali dapat ditunjukkan bahawa dapatan oleh Hakim bicara tersebut sangat bertentangan dengan keterangan atau undang-undang yang memerlukan campur tangan di peringkat rayuan (lihat kes Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 FC; Tong Khing Kia & Anor v Yeo Kong Boon [1991] 2 MLJ 101; Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra v Petra Perdana Bhd and another appeal [2018] 2 MLJ 177). Rayuan Perayu Pertama dan Perayu Kedua ini telah melihatkan merit yang kukuh bahawa terdapat salah arahan yang serius oleh Hakim bicara dalam tafsiran ke atas seksyen 13, 13A dan 28 APKK yang mewajarkan kami untuk bercampur tangan terhadapnya. 34 Kesimpulan [51] Berdasarkan kepada huraian yang telah kami berikan di atas, rayuan oleh Perayu Pertama dan Perayu Kedua, masing-masingnya dibenarkan. Perintah oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi bertarikh 1.3.2016 diketepikan. Tiada kos diperintahkan. (YAACOB HAJI MD SAM) Hakim Mahkamah Rayuan Bertarikh 08 Jun 2021 Peguamcara bagi pihak Perayu Pertama: Caroline Goh Seow Siang Ng Kian Nam Tetuan Ng & Farah Peguamcara dan Peguambela 195 – 1, Jalan Haruan 5/6 Pusat Komersial Oakland 2 70300 Seremban Negeri Sembilan 35 Peguamcara bagi pihak Perayu Kedua: Maisarah Juhari Kogilambigai Muthusamy Peguam Kanan Persekutuan (PKP) Jabatan Peguam Negara Bahagian Guaman No. 45, Persiaran Perdana Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62512 Putrajaya Peguamcara bagi pihak Responden: Balwant Singh Sidhu Kelvinder Singh Sidhu Tetuan Balwant Singh Sidhu & Co Peguamcara dan Peguambela Suites 2 - 1 - 3 & 2 - 1 – 4 Woodlands 2, Perkarangan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur
Something wrong on this page?
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.