Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PASIR PUTEH DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM NO KES: DF-83-203-08/2023 5 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN 10 LIEW CHIN SENG NO. K/P: 010815141509 …ORANG KENA TUDUH (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN 15
DF-83-203-08/2023
Magistrates Court of Malaysia22 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Public Prosecutor [1967] 1 MLJ 215, 216 (FC): 20 Such a confession was manifestly inadmissible and ought to have been excluded. Its maker was in the custody of a police officer and section 26 of the Evidence Ordinance clearly provides that whilst in such custody, no confession made to any person, unless made 25 in the”
“on to the manner of driving and to the relevant circumstances." A competent and careful driver would have stopped at this junction before turning into the side road. This is because section 18 of the Highway Code says that when turning left or right, drivers must always give way to through traffic, including 5 pedestri”
“15. Mahkamah juga turut merujuk kes RAMIAH v PUBLIC PROSECUTOR 5 [1972] 2 MLJ 258 yang menyatakan seperti berikut; “Dangerous driving is not defined in the Road Traffic Ordinance and it is up to the court to come to a decision on the evidence. Reported cases can only serve as illustrations. For instance as illustrated”
“d it is up to the court to come to a decision on the evidence. Reported cases can only serve as illustrations. For instance as illustrated in 10 Public Prosecutor v Cheong Kam [1972] 2 MLJ 258 at 259 [1946] MLJ 12, to overtake a cyclist who is far from steady at the moment when a heavy lorry is approaching from the opp”
“ce is not admissible as proof of a fact which has been stated by a third person. This rule has been long established as a fundamental principle of the law of evidence. To quote Lord Normand Teper v R [1952] AC 480, 486: 15 in "The rule against the admission of hearsay evidence is fundamental. It is not the best evidenc”
“is far from steady at the moment when a heavy lorry is approaching from the opposite direction is to take an unjustifiable risk and constitutes dangerous driving. In Public Prosecutor v Low Yong Ping [1961] MLJ 306, driving into the 15 path of an oncoming traffic is dangerous driving. Recently in Lau Lim Peng v Public”
“valuation” dan “credible evidence” adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Abdullah bin Atan v Public Prosecutor and other appeals, [2020] 6 MLJ 727 20 dan kes Public Prosecutor v Tal bin Shuaib [2017] MLJU 2408.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PASIR PUTEH DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM NO KES: DF-83-203-08/2023 5 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN 10 LIEW CHIN SENG NO. K/P: 010815141509 …ORANG KENA TUDUH (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN 15
1
OKT dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987). Pertuduhan adalah seperti berikut: 20 PERTUDUHAN PADA 3.5.2023 JAM LEBIH KURANG 04.00 PETANG DI KM 42.2 JALAN KOTA BHARU KE KUALA TERENGGANU DI DALAM DAERAH PASIR PUTEH, DI DALAM NEGERI KELANTAN, KAMU SEBAGAI PEMANDU MOTOKAR NO PENDAFTARAN DED 9838 TELAH MEMANDU MOTOKAR ITU DENGAN CARA YANG MANA SETELAH MENGAMBIL PERHATIAN TENTANG SEGALA HAL KEADAAN TERMASUK JENIS KEADAAN, SAIZ JALAN DAN 5 KESESAKAN LALULINTAS YANG DIJANGKA ADA DI JALAN ITU ADALAH BERBAHAYA KEPADA ORANG AWAM DAN TELAH MENYEBABKAN KEMATIAN KEPADA MOHAMAD AZROL BIN KAMARUZAMAN NO PENGENALAN DIRI: 000305-03-1183. OLEH YANG DEMIKIAN ITU, KAMU TELAH MELAKUKAN SATU 10 KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 41(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 DAN BOLEH DI HUKUM DI BAWAH SEKSYEN YANG
2
Setelah meneliti semua keterangan saksi-saksi pendakwaan dan 15 hujahan-hujahan yang difailkan, Mahkamah telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Oleh itu Mahkamah telah melepaskan dan membebaskan OKT tanpa dipanggil membela diri. 20
3
Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah telah memfailkan rayuan. Maka alasan penghakiman ini ditulis untuk menjelaskan mengapa Mahkamah memutuskan sedemikian. 25
4
Untuk membuktikan kesnya pihak pendakwaan hanya memanggil empat orang saksi sahaja iaitu: a. Waris si mati (SP1) yang mengesahkan kematian si mati; 5 b. Pegawai perubatan (SP2) yang menjalankan bedah siasat ke atas si mati; c. Pemeriksa kenderaan Puspakom (SP3) yang melakukan pemeriksaan secara visual ke atas kenderaan kenderaan kemalangan yang terlibat; dan 10 d. Pegawai penyiasat (SP4) yang menjalankan siasatan.
5
Tidak ada saksi mata yang melihat kemalangan hadir memberikan keterangan. 15
6
Ringkasan fakta kes pendakwaan sebagaimana keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah seperti berikut: a. Pada 3/5/2023 jam lebih kurang 4:00 petang di KM 42.2 Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu telah berlaku satu kemalangan 20 melibatkan melibatkan dua buah kenderaan iaitu motosikal dengan nombor pendaftaran DCY 3700 yang ditunggang oleh si mati (“motosikal si mati”) dan motokar dengan nombor pendaftaran DED 9838 yang dipandu oleh OKT (“motokar OKT”). 25 b. Pada masa kejadian, OKT bersama rakannya yang bernama Koh Wen Shing (duduk di kerusi penumpang hadapan) sedang dalam perjalan ke Kuala Terengganu dan si mati pula bergerak dari arah bertentangan. c. Apabila sampai di tempat kejadian, kamalangan dikatakan berlaku apabila motokar OKT telah cuba memotong kenderaan di 5 hadapannya di garisan berkembar dan telah memasuki laluan bertentangan lalu merempuh sebuah motosikal si mati yang datang dari arah bertentangan. Kemalangan telah mengakibatkan si mati meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis. 10
7
Prinsip undang-undang dalam pembuktikan kes prima facie oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 15 dan dalam kes Balachandran a/l Selvaratnam v PP (2005) 1 CLJ 85.
8
Prinsip undang-undang berkenaan “maximum evaluation” dan “credible evidence” adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Abdullah bin Atan v Public Prosecutor and other appeals, [2020] 6 MLJ 727 20 dan kes Public Prosecutor v Tal bin Shuaib [2017] MLJU 2408.
9
Kes-kes duluan di atas yang dirujuk memberikan gambaran peri pentingnya setiap tapisan, ujian dan penilaian dibuat ke atas semua keterangan pihak pendakwaan. 25
10
Kesalahan di bawah seksyen 41(1) APJ 1987 yang menjadi pertuduhan terhadap OKT memperuntukkan:
41
Menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan 5
1
Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan, dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan yang ada atau mungkin ada di jalan itu) 10 merbahaya kepada orang awam, menyebabkan kematian mana-mana orang, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara *selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima 15 puluh ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun dan tidak lebih daripada lima belas tahun dan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit 20
11
Menurut kes PP v. Wan Khairil Wan Isa [2007] 9 CLJ 557; [2007] 6 MLJ 601 Mahkamah menyatakan: THE LAW 25 [3] Section 41(1) of the Act provides: Any person who, by the driving of a motor vehicle on a road recklessly or at a speed or in a manner which having regard to all the circumstances (including the nature condition and size of the road, and the amount of traffic which is or might be expected to be on the road) is dangerous to the public causes the death of any person shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding ten thousand 5 ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both. [4] The essential ingredients then of the offence created under s 41(1) of the Act are:
a
a person who;
b
by driving a motor vehicle recklessly; or
c
by driving a motor vehicle at a speed; or
d
by driving a motor vehicle in a manner which, having regard to the circumstances (including the nature, condition and size of the road and the amount of traffic which is or might be expected to be 15 on the road) is dangerous to the public;
e
causes the death of a person…
12
Setelah meneliti pertuduhan yang dirangka, mahkamah merumuskan elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah 20 seperti berikut: i. OKT telah memandu kereta DED 9838 semasa kemalangan berlaku; ii. OKT telah memandu kenderaan itu, yang mana setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis 25 keadaan, saiz jalan dan kesesakan lalulintas yang dijangka pada jalan itu, adalah berbahaya kepada orang awam; dan iii. Kemalangan tersebut telah mengakibatkan kematian si mati.
13
Setelah meneliti semua keterangan yang dikemukakan, Mahkamah 5 mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membukti elemen pertama pertuduhan iaitu OKT telah memandu kereta tersebut. Fakta ini juga tidak pernah dipertikaikan oleh pihak pembelaan sepanjang perbicaraan. Mahkamah juga mendapati elemen ketiga pertuduhan iaitu bahawa kemalangan tersebut telah menyebabkan kematian si mati telah 10 dibuktikan melalui fakta bahawa si mati disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalan ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh akibat daripada kemalangan. Namun begitu Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen kedua pertuduhan iaitu pemanduan OKT secara berbahaya. 15 Sama ada OKT telah memandu secara berbahaya?
14
Mahkamah telah merujuk kes PUBLIC PROSECUTOR v ZULKIFLI BIN OMAR [1998] 6 MLJ 65 bagi menilai sama ada pemanduan OKT adalah 20 satu pemanduan yang berbahaya. Mahkamah Tinggi dalam kes Zulkifli Bin Omar menyatakan: As Parliament has not spelt out the meaning of ‘driving dangerously’ or ‘driving recklessly’ it is left to the courts to do so. To be guilty of 25 the more serious category of the offence of reckless driving the driver (defendant) must have created an obvious and serious risk of injury to the person or damage to property and must either have given no thought to the possibility of that obvious risk, have seen the risk and nevertheless decided to run it.
15
Mahkamah juga turut merujuk kes RAMIAH v PUBLIC PROSECUTOR 5 [1972] 2 MLJ 258 yang menyatakan seperti berikut; “Dangerous driving is not defined in the Road Traffic Ordinance and it is up to the court to come to a decision on the evidence. Reported cases can only serve as illustrations. For instance as illustrated in 10 Public Prosecutor v Cheong Kam [1972] 2 MLJ 258 at 259 [1946] MLJ 12, to overtake a cyclist who is far from steady at the moment when a heavy lorry is approaching from the opposite direction is to take an unjustifiable risk and constitutes dangerous driving. In Public Prosecutor v Low Yong Ping [1961] MLJ 306, driving into the 15 path of an oncoming traffic is dangerous driving. Recently in Lau Lim Peng v Public Prosecutor [1968] 2 MLJ 14, where a lorry approaching a dangerous bend at a speed far in excess of the speed limit and in order to avoid the vehicle from overturning knocked into the front of another vehicle it was held it was 20 dangerous driving. In the present case turning right into the side road without stopping to give way to through traffic is dangerous driving. Secondly, the prosecution must prove that when creating such a 25 situation the appellant must be at fault. "Fault involves a failure; a falling below the care and skill of a competent and experienced driver, in relation to the manner of driving and to the relevant circumstances." A competent and careful driver would have stopped at this junction before turning into the side road. This is because section 18 of the Highway Code says that when turning left or right, drivers must always give way to through traffic, including 5 pedestrians. Now, section 59(4) of the Road Traffic Ordinance provides that any court may take into consideration any failure to observe the provisions of the Highway Code. To sum it all, the accused was at fault in creating that dangerous situation. I think the principle of what I have said here is set out fully in R v Gosney [1971] 10 3 All ER 220.”
16
Pihak pendakwaan telah menghujahkan bahawa OKT telah gagal mengambil kira keadaan dan saiz jalan di tempat kejadian apabila OKT telah memasuki laluan bertentangan iaitu laluan sah si mati dan telah 15 merempuh motosikal si mati. Dakwaan ini disandarkan pada keterangan pegawai penyiasat (SP4) yang telah membuat siasatan dan mengeluarkan kesimpulan berdasarkan rakaman percakapan OKT sendiri dan penumpang motokar Koh Wen Shing. Rakaman percakapan ini dikatakan telah dirakam oleh SP4 seawal mungkin sejurus selepas 20 kemalangan dan menunjukkan adanya tindakan OKT yang memasuki laluan si mati kerana hendak memotong kenderaan di hadapannya.
17
Mahkamah mendapati keterangan SP4 sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan pemanduan berbahaya OKT atas dua sebab. 25
18
Pertamanya, pengakuan OKT semasa ditahan pihak polis tidak boleh diterima sebagai satu bentuk keterangan. OKT telah ditahan pada hari kejadian kira-kira pada pukul 9 malam sebagaimana yang dinyatakan dalam ekshibit P14. Mahkamah mendapati fakta yang didakwa diperoleh oleh SP4 daripada percakapan OKT tentang “OKT telah memotong 5 kenderaan di hadapannya dan masuk ke laluan bertentangan” dan/atau “telah berlaku perlanggaran dengan motosikal si mati di laluan bertentangan” adalah satu bentuk pengakuan (confession) di bawah seksyen 17 Akta Keterangan 1950. 10
19
Seksyen 17 Akta Keterangan 1950 menyatakan:
17
Admission and confession defined
1
…
2
A confession is an admission made at any time by a person 15 accused of an offence, stating or suggesting the inference that he committed that offence.
20
Menurut kes Lee Yew Seng & Ors v Public Prosecutor [1967] 1 MLJ 215, 216 (FC): 20 Such a confession was manifestly inadmissible and ought to have been excluded. Its maker was in the custody of a police officer and section 26 of the Evidence Ordinance clearly provides that whilst in such custody, no confession made to any person, unless made 25 in the immediate presence of a president of the sessions court or magistrate, shall be proved against such person
21
Berkenaan dengan fakta yang terkandung dalam laporan polis OKT (ekshibit P9) yang dirujuk kepada SP4 semasa pemeriksaan utama, Mahkamah mendapati rujukan kepada P9 tersebut dibuat semata-mata untuk mengesahkan bahawa P9 dijadikan sebagai laporan maklumat 5 pertama oleh SP4 bagi memulakan siasatan. Kandungan atau kesahihan fakta di dalamnya tidak pernah disahkan dan ditanya lanjut oleh pihak pendakwaan kepada mana-mana saksi pendakwaan.
22
Keduanya, penama Koh Wen Shing tidak pernah hadir ke Mahkamah 10 untuk memberikan keterangan. Siasatan SP4 mendedahkan penama Koh Wen Shing adalah satu-satunya saksi bebas yang berada bersama OKT di dalam motokar OKT dan berkemungkinan mempunyai pengetahuan tentang kemalangan maut ini. Keterangannya sangatlah penting untuk dinilai dan diperiksa oleh pihak-pihak.
23
Pihak pendakwaan tidak pernah mengemukakan apa-apa alasan kepada Mahkamah kenapa dia tidak boleh hadir memberikan keterangan sedangkan rakaman percakapannya telah diambil oleh SP4 untuk siasatan.
24
Pihak pendakwaan juga telah memilih untuk tidak mengemukakan rakaman percakapan Koh Wen Shing sebagaimana yang dibenarkan, menurut panduan yang digariskan oleh nas undang-undang terkini, di bawah seksyen 32(1)i Akta Keterangan 9150. 25
25
Tindakan pihak pendakwaan yang hanya menunjukkan kewujudan “keterangan” Koh Win Sheng ini melalui dapatan siasatan SP4 menjadikan pernyataan itu sebagai sebagai keterangan dengar cakap (hearsay) semata-mata. 5
26
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa keterangan dengar cakap tidak boleh diterima oleh Mahkamah. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan dalam kes Leong Hong Khie v Public Prosecutor and Tan Gong Wai v Public Prosecutor [1986] 2 MLJ 206 yang menyatakan: 10 The general rule is that hearsay evidence is not admissible as proof of a fact which has been stated by a third person. This rule has been long established as a fundamental principle of the law of evidence. To quote Lord Normand Teper v R [1952] AC 480, 486: 15 in "The rule against the admission of hearsay evidence is fundamental. It is not the best evidence, and it is not delivered on oath. The truthfulness and accuracy of the person whose 20 words are spoken by another witness cannot be tested by cross-examination and the light which his demeanour would throw on his testimony is lost.' In our opinion, another reason is the danger that hearsay evidence 25 may be concocted, fabricated and tailored to suit the witness's testimony…
27
Selain itu, pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa kemalangan berlaku di garisan berkembar. Penelitian Mahkamah pada ekshibit P10 (A & B) iaitu dua keping gambar tempat kemalangan menunjukkan terdapat garisan berkembar di gambar A menghala ke Kota Bharu 5 (laluan si mati) dan garisan berkembar separuh di gambar B menghala ke Kuala Terengganu (laluan OKT). Gambar B pada P10 menunjukkan ada bahagian jalan raya yang bergarisan putus-putus.
28
SP4 dalam keterangannya mengatakan telah pergi ke tempat kejadian 10 pada 3/5/2023 pukul 5.25 petang. Namun begitu setibanya di lokasi kemalangan SP4 mendapati tiada petunjuk dan tiada juga sebarang kesan kemalangan yang dapat dilihat. Motosikal si mati juga telah sedia dialihkan dan dijumpai diletakkan di hadapan kedai hardware yang terletak di sebelah kiri jalan menghala ke Kota Bharu.
29
Penelitian pada ekshibit P10 (A-B) juga mengesahkan ketiadaan sebarang kesan calar dan kesan taburan serpihan kenderaan di atas jalan raya sebagaimana dinyatakan SP4. Ketiadaan kesan-kesan tersebut menyukarkan Mahkamah untuk menentukan di manakah titik 20 kemalangan secara tepat untuk mengetahui adakah benar kemalangan berlaku di garisan berkembar seperti dihujahkan pihak pendakwaan atau di garisan putus-putus. SP4 sebagai pegawai penyiasat sendiri mengakui dia tidak dapat mengesahkan di mana titik impak (point of impact) kemalangan tersebut secara jelas dan tepat. 25
30
Untuk mengukuhkan dakwaannya, pihak pendakwaan selanjutnya telah berhujah bahawa kemalangan berlaku di garisan berkembar memandangkan motosikal si mati ditemui di hadapan sebuah kedai hardware yang masih berada di kawasan garisan berkembar dan adalah mustahil untuk motosikal tersebut dialihkan ke jarak yang lebih jauh. 5 Namun begitu, keterangan ini masih gagal memberikan kepastian di manakah titik impak kemalangan.
31
Dalam kes-kes yang melibatkan kenderaan kemalangan yang dialihkan, Mahkamah berpandangan adalah mustahak untuk mengetahui di 10 manakah kedudukan asal motosikal si mati sejurus selepas kemalangan berlaku dan pihak yang mengalihkan kenderaan itu perlu hadir memberikan keterangan. Keterangan saksi itu boleh memberikan gambaran yang lebih jelas dan tepat tentang keadaan dan kesan selepas kemalangan. Logik kedekatan motosikal tersebut dialihkan ke kawasan 15 berdekatan dengan tempat kemalangan adalah satu andaian semata-mata dan tidak bersandarkan kepada mana-mana keterangan.
32
Hakikatnya semasa pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula SP4 sendiri sebagai penyiasat mengakui bahawa dia tidak dapat 20 mengesahkan di manakah sebenarnya titik kemalangan ini sama ada di laluan garisan berkembar atau garisan putus-putus. Keterangan SP4 tentang lokasi kemalangan hanyalah bergantung kepada apa yang diberitahu oleh OKT sahaja yang merupakan keterangan dengar cakap. 25
33
Di samping itu, dalam menepis hujahan pihak pembelaan yang mempertikaikan bagaimana perlanggaran berlaku, pihak pendakwaan sekali lagi bergantung kepada keterangan SP4 yang mengatakan kemalangan berlaku secara berdepan setelah meneliti rakaman percakapan yang diambil daripada OKT dan Koh Wen Shing dan membuat rujukan kepada kerosakan-kerosakan pada kedua-dua kenderaan selepas kemalangan.
34
Berdasarkan keterangan pemeriksa kenderaan Puspakom (SP3) melalui sijil pemeriksaan kemalangan kenderaan yang dikeluarkan mengesahkan motokar OKT mengalami kerosakan kemek dan calar di bumper hadapan kiri, pintu sebelah kiri hadapan dan belakang kemak 10 dan tercalar dan quarter panel belakang sebelah kiri kemek (rujuk P7). Motosikal OKT pula mengalami kerosakan seperti coverset hadapan pecah, coverset handle bar pecah, lampu hadapan pecah, coverset sisi hadapan kanan dan kiri pecah dan tuil gear bengkok (rujuk P8). 15
35
Meskipun pelbagai kerosakan direkodkan pada kedua-dua kenderaan, terutamanya kerosakan teruk pada motosikal si mati, laporan-laporan ini tidak menunjukkan kedudukan relatif paling mungkin kedua-dua kenderaan sebelum kemalangan. SP4 mengesahkan kedua-dua kenderaan tersebut tidak dirujuk kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk 20 dibuat analisis tentang perlanggaran tersebut.
36
Pada akhir hujahannya, pihak pendakwaan telah merujuk kepada kes Ong Enh Hin V Public Prosecutor [2014] 9 MLJ 830 di mana rayuan Perayu telah ditolak dan Mahkamah menyatakan seperti berikut: 25 "There was sufficient evidence to show that the appellant was aware of the action and with such awareness, still continued with his driving way without taking heed of the effects and consequences. Evidence showed that appellant was used to the road including the double line, the condition of the traffic, the condition of the straight road and dry 5 weather. Based on the effects and catastrophic consequences, it could be concluded that the appellant had made up or created a high risk to the road users. The appellant must have driven at a high speed, even though the determining factor was still an important factor to be considered and surely, knowing that with such action, he 10 would cause death to someone as a consequence to his rash behaviour. The said factors were clearly and correctly taken into consideration by the magistrate as illustrated in his judgment (see para 9). 15
37
Mahkamah percaya perenggan dalam penghakiman kes Ong Enh Hin ini hanya dipetik untuk merujuk frasa “sufficient evidence.” Namun begitu pihak pendakwaan dalam hujahan bertulisnya langsung tidak membandingkan fakta dan keadaan dalam kedua-dua kes ini dan juga tidak berhujah lanjut mengapa Mahkamah ini perlu mengambil 20 keputusan atau pendekatan yang sama dengan apa yang telah diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi dan Majistret dalam kes Ong Enh Hin.
38
Mahkamah telah meneliti kedua-dua kes ini dan mendapati fakta kes dan 25 keterangan yang dibawakan oleh pihak pendakwaan dalam kes Ong Enh Hin ternyata jauh berbeza. Dalam kes tersebut “sufficient evidence” yang dimaksudkan, inter alia, adalah: a. Wujudnya saksi mata yang melihat perlanggaran berlaku di hadapannya; b. Saksi mata tersebut mengesahkan tertuduh memotong deretan 5 3 buah motokar; c. Saksi mata turut mengesahkan si mati tercampak ke sebelah kiri jalan raya akibat perlanggaran tersebut; d. Saksi mata tersebut telah membuat satu laporan polis yang konsisten dan keterangannya di Mahkamah; 10 e. Tiada kesan brek yang menunjukkan tertuduh cuba memperlahankan motorvannya. f. Tertuduh memotong deretan 3 motokar tersebut di garisan berkembar; g. Motorvan tertuduh telah terbabas ke laluan bertentangan; dan 15 h. Motorvan tertuduh yang telah melangkaui longkang selebar satu meter dan merosakkan tembok tadika yang jelas menunjukkan motorvan tertuduh sememangnya dipandu dengan sangat laju.
39
Hakikatnya kes OKT amatlah berbeza daripada kes Ong Enh Hin dalam 20 aspek keterangan yang dibawakan oleh pihak pendakwaan. Realitinya tidak ada “sufficient evidence” untuk menunjukkan OKT memandu secara berbahaya. Apa yang boleh disimpulkan adalah: a. Pihak pendakwaan banyak bergantung kepada keterangan SP4 semata-mata; 25 b. Tiada saksi mata yang melihat bagaimana perlanggaran berlaku. Pihak pendakwaan gagal mengemukakan atau memastikan Koh Wen Shing yang merupakan saksi mata penting dalam kes ini; c. Tidak ada sebarang kesan di atas jalan raya tempat kejadian yang boleh mengesahkan titik impak kemalangan; 5 d. SP4 juga, setelah melengkapkan siasatannya, mengakui dengan jujur bahawa dia tidak dapat mengesahkan di manakah titik impak kemalangan tersebut; e. SP4 membuat kesimpulan kemalangan tersebut berdasarkan rakaman percakapan OKT dan Koh Wen Shing semata-mata 10 yang kedua-duanya tidak memberikan keterangan dan kesahihan fakta tersebut tidak dapat dipastikan; dan f. Tidak ada keterangan yang boleh menjelaskan pemanduan bahaya oleh OKT. 15
40
Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksimum ke atas semua keterangan saksi-saksi dan ekshibit pendakwaan, dan atas faktor-faktor yang telah dijelaskan di atas, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan 20 telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT, justeru, Mahkamah melepaskan dan membebaskan OKT di akhir kes pendakwaan tanpa diperintahkan untuk membela diri. 25 Tarikh: 26 Disember 2025 t.t. (MUHAMMAD AIMAN BIN AZAHAN) Majistret 5 Mahkamah Majistret Pasir Puteh Kelantan Darul Naim Timbalan Pendakwa Raya: TPR Yusnaliza Binti Mohammad Yusoff Timbalan Pendakwa Raya 10 Jabatan Peguam Negara Cawangan Pendakwaan Negeri Kelantan Peguam Bela OKT :
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.