Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR WRIT SAMAN NO – CA-B52NCvC-8-09/2022 ANTARA LIM BOON YAN [IDENTITY CARD NO.: 621001-01-6509] [TETUAN MOHD MOHTAR & CO.] …PLAINTIF
CA-B52NCvC-8-09/2022
Sessions Court of Malaysia12 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“d under the common law (see Rookes v. Barnard [1964] AC 1129; the judgment of Lord Devlin). The third category is where it is expressly authorised by statute.". [41] Dalam kes AMAR SINGH V. CHIN KIEW [1960] CLJU 5; [1960] 1 LNS 5; [1960] 26 MLJ 77, di mana Thompson CJ (pada masa itu) memutuskan – ".....The fixation of”
“tional conduct by government servants. The second category is conduct calculated to result in profit. Both the first and second categories were established under the common law (see Rookes v. Barnard [1964] AC 1129; the judgment of Lord Devlin). The third category is where it is expressly authorised by statute.". [41]”
“at by the trial judge is no ground for interference unless it is wholly erroneous estimate ". [42] Manakala dalam kes SAMBAGA VALLI KR PONNUSAMY V. DATUK BANDAR KUALA LUMPUR & ORS AND ANOTHER APPEAL [2017] CLJU 500; [2017] 1 LNS 500, di mana Zawawi HMR (pada masa itu) menyatakan – **Note : Serial number will be used to”
“al 38 [40] Dalam mempertimbangkan jumlah gantirugi berkenaan, Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Shah Alam K H LEE TIMBER SDN BHD V. WENG MING INDUSTRIES SDN BHD; TAN SON HUAT (INTERVENER) [2022] CLJU 3109; [2022] 1 LNS 3109 mengenai tuntutan ganti rugi teladan dirujuk seperti berikut: "[9] The Court of Appeal”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR WRIT SAMAN NO – CA-B52NCvC-8-09/2022 ANTARA LIM BOON YAN [IDENTITY CARD NO.: 621001-01-6509] [TETUAN MOHD MOHTAR & CO.] …PLAINTIF
1
DAN KHAIRUL EFFENDI BIN HAMZAH [IDENTITY CARD NO.: 720312-06-5053]
2
NOR ASMAWATI BINTI HAMAT [INDENTITY CARD NO.:740918-11-5308] [TETUAN ASMA - EFFENDI …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (BICARA PENUH DENGAN SAKSI) LATARBELAKANG Terdapat 2 Notis Rayuan difailkan bagi tindakan ini. 07/05/2025 16:05:57 CA-B52NCvC-8-09/2022 Kand. 105 [1]
Lampiran
Lampiran 97 – Notis Rayuan Perayu/Defendan terhadap keputusan Mahkamah bertarikh 12/3/2025 yang mana membenarkan keseluruhan tuntutan Plaintif dan membenarkan sebahagian daripada Tuntutan Balas Defendan. [2] Lampiran 101 – Notis Rayuan Perayu/Plaintif terhadap sebahagian keputusan Mahkamah bertarikh 12/3/2025 yang membenarkan sebahagian Tuntutan Balas Defendan sebagaimana berikut: i) Plaintif memberi akujanji bahawa Plaintif tidak akan memburukkan nama firma guaman Defendan dan nama baik Defendan-Defendan; ii) Gantirugi RM50,000.00 untuk kehilangan reputasi firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan; iii) Gantirugi teladan RM50,000.00 atas tindakan Plaintif yang telah menjejaskan nama baik firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan; iv) Kos tindakan sebanyak RM10,000.00; v) Faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman hingga ke penyelesaian penuh dan muktamad. TUNTUTAN PLAINTIF [1] Plaintif merupakan pemilik berdaftar kepada sebuah Kedai Pejabat Tiga Tingkat di Bandar Indera Mahkota, Kuantan (Hartanah Tersebut”). [2] Plaintif telah melantik seorang perunding hartanah berdaftar yang dikenali sebagai “Oscar” untuk mencari pembeli yang berminat untuk membeli “Hartanah Tersebut” dengan harga RM550,000.00. [3] Pada 4/1/2022, Plaintif telah memasuki satu Perjanjian dengan Harahap Maju Pest Control (pembeli) bagi “Hartanah Tersebut”. [4] Perjanjian Tersebut telah disediakan oleh Firma Defendan-Defendan iaitu peguam yang bertanggungjawab mengendalikan urusan jualbeli tersebut. [5] Pembeli telah membuat bayaran deposit 10% melalui Defendan sebagai pemegang amanah dan baki harga jualbeli telah Berjaya diperolehi daripada pinjaman Maybank Islamic Berhad (Pembiaya). [6] Di bawah Perjanjian Jual Beli, Pembeli hendaklah menjelaskan baki beza sebanyak RM27,500.00 iaitu 5% kepada Defendan sebagai pemegang amanah. Setakat tindakan ini difailkan, Plaintif masih tidak menerima bayaran tersebut daripada Defendan-Defendan. [7] Daripada bayaran 10% wang deposit berjumlah RM55,000.00 yang dibuat oleh pembeli, Defendan-Defendan memaklumkan Plaintif bahawa mereka akan memegang 3% daripada harga jualan iaitu RM16,500.00 sebagai wang tahanan yang akan diserahkan kepada LHDN bagi tujuan bayaran sebahagian Keuntungan Cukai Harta Tanah. Wang ini akan diserahkan kepada Plaintif sekiranya Defendan-Defendan mendapat pengesahan daripada LHDN bahwa tiada Cukai Keuntungan Harta Tanah dikenakan terhadap transaksi jualbeli tersebut. [8] Daripada deposit yang dibayar juga, Defendan-Defendan dengan kebenaran Plaintif telah membuat bayaran RM17,490.00 kepada perunding hartanah sebagai yuran professional dan melepaskan baki deposit sebanyak RM21,010.00 kepada Plaintif. [9] Berdasarkan seksyen 3.02 “Perjanjian Tersebut”, baki harga jualbeli sebanyak RM495,000.00 hendaklah dibayar oleh pembeli/pembiaya kepada peguamcara iaitu Defendan sebagai pemegang amanahtidak lewat dari jam 4 petang hari Terakhir Penyelesaian atau Tarikh Lanjutan. [10] Setelah beberapa lama, Plaintif menerima satu surat bertarikh 7/7/2022 dari firma Defendan-Defendan menyatakan bahawa Defendan-Defendan akan melepaskan wang berjumlah RM492,620.00 kepada Plaintif setelah ditolak yuran guaman Defendan sebanyak RM2,380.00. [11] Dalam masa yang sama, Defendan-Defendan memaklumkan Plaintif bahawa wang tahanan berjumlah RM16,500.00 hanya akan dilepaskan kepada Plaintif selepas Defendan-Defendan mendapat pengesahan daripada LHDN. [12] Plaintif telahpun menandatangani persetujuan kepada terma-terma surat Defendan-Defendan bertarikh 7/7/2022 dan memulangkan Salinan yang telah ditandatangani ke firma Defendan-Defendan melalui Oscar. [13] Dari 7/7/2022 hingga 14/7/2022 Plaintif tidak menerima sebarang cek atau wang baki harga jualbeli dan telah beberapa kali cuba menghubungi Defendan-Defendan namum gagal bercakap dengan Defendan Pertama. Defendan Pertama juga tidak menghubungi Plaintif memberikan apa-apa tariukh berkenaan pemulangan wang tersebut kepada Plaintif. [14] Lanjutan daripada itu, Plaintif telah melalui isteri Plaintif membuat satu laporan polis pada 15/7/2022. [15] Plaintif seterusnya telah menerima satu notis tuntutan bertarikh 21/7/2022 daripada peguamcara Defendan-Defendan yang antara lain menuntut: a) Bahawa Defendan-Defendan hanya akan melepaskan baki harga jualan selepas mendapat pengesahan Plaintif untuk membenarkan Defendan-Defendan menahan wang berjumlah RM16,500.00 sehingga mendapat pengesahan LHDN; b) Bahawa pengesahan Plaintif tersebut hendaklah ditandatangani dihadapan Pesuruhjaya Sumpah atau seorang peguambela dan peguamcara; c) Bahawa Plaintif hendaklah menarik balik laporan polis tersebut; d) Bahawa Plaintif hendaklah membuat permohonan maaf tanpa syarat terhadap apa-apa penyataan fitnah yang telah dibuat terhadap Defendan-Defendan; e) Bahawa Plaintif hendaklah membayar RM500.00 sebagai kos notis tuntutan tersebut. [16] Lanjutan daripada Notis tuntutan tersbeut, Plaintif telah menerima pengesahan daripada LHDN bertarikh 25/7/2022 yang mengesahkan bahawa P tidak perlu membayar apa-apa Cukai Keuntungan Harta Tanah kepada LHDN. [17] Plaintif seterusnya melantik peguam dan menghantar surat jawapan kepada Defendan-Defendan bertarikh 15/8/2022 dan 16/8/2022 supaya menjelaskan harga jualbeli yang berjumlah RM509,120.00 pada atau sebelum 18/8/2022. [18] Walaubagaimana pun, sehingga tarikh saman difailkan, Defendan-Defendan masih enggan, gagal dan ingkar melepaskan jumlah tersebut kepada Plaintif. [19] Kesan daripada itu, Plaintif telah mengalami tekanan dari segi mental serta kemurungan selain kerap bergaduh dengan isteri setiap kali isu ini dibangkitkan. Plaintif juga telah dihalang daripada menikmati wang hasil pelaburan Plaintif semasa muda dan telah mengganggu perancangan perbelanjaan wang Plaintif. [20] Oleh demikian, Plaintif menuntut daripada Defendan-Defendan seperti berikut: a) Baki harga jualbeli bagi hartanah tersebut berjumlah RM509,120.00 dilepaskan oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif dalam satu tempoh masa yang ditetapkan oleh Mahkamah yang Mulia ini; b) Faedah pada kadar 8% setahun yang dikira dari tarikh 14/7/2022 sehingga penyelesaian penuh; c) Gantirugi Am; d) Gantirugi Teladan; e) Kos; f) Lain-lain relif selanjutnya yang suaimanfaat dan wajar mengikut budibicara Mahkamah ini. PEMBELAAN DEFENDAN [1] Defendan-Defendan menyatakan tidak pernah menerima deposit penuh 10% tersebut. [2] Defendan-Defendan mengesahkan pembeli ada membuat pembayaran kepada Plaintif melalui cek berjumlah RM21,010.00. [3] Pada 7/2/2022, Defendan Pertama ada menghubungi Plaintif melalui panggilan telefon dan hasil perbincangan adalah dipersetujui bahawa Plaintif akan menandatangan surat pengesahan pengiraan baki harga jual beli perumahan yang akan disediakan oleh firma guaman Defendan-Defendan. [4] Semua transaksi akan disempurnakan dan diselesaikan minggu berikutnya. [5] Lanjutan daripada itu Defendan Pertama telah mengarahkan kakitangannya untuk menyediakan dan memuktamadkan pengiraan untuk diserahkan dan dipersetujui oleh pihak Plaintif. [6] Pada 13/7/2022, jam 9:19 pagi, kakitangan firma guaman Defendan-Defendan telah menghantar surat pengesahan setuju terima melalui Whatsapp web kepada Plaintif. [7] Pada 13/7/2022, jam 12:28 tengahari, kakitangan firma guaman Defendan-Defendan menerima Whatsapp daripada Plaintif yang tidak bersetuju dengan pengiraan yang dikemukakan. [8] Pada 13/7/2022, jam 5:28 petang, kakitangan firma guaman telah Defendan-Defendan telah menghantar surat pengesahan setuju terima yang baru melalui Whatsapp kepada Plaintif. [9] Pada 13/7/2022, jam 5:46 petang dan 6:22 petang, kakitangan firma guaman Defendan-Defendan telah menerima Whatsapp daripada Plaintif yang masih tdiak bersetuju dengan pengiraan dan isi kandungan surat yang dikemukakan. [10] Pada 14/7/2022, jam 2:20 petang, kakitangan firma Defendan-Defendan telah menghantar surat pengesahan setuju terima yang ke-3 melalui Whatsapp kepada Plaintif. [11] Pada 14/7/2022, jam 2:33 petang, Defendan Pertama telah menerima satu panggilan telefon dari perempuan cina (no. telefon: 012-9663677) yang mengaku beliau adalah isteri kepada Plaintif. Defendan Pertama telah memaklumkan kepada beliau adalah dipersetujui bahawa urusan pembayaran akan diselesaikan dalam minggu ini juga setelah mendapat pengesahan dan persetujuan pengiraan seperti yang dipersetujui antara Plaintif dan Defendan Pertama. [12] Pada 14/7/2022, jam 3:19 petang, kakitangan firma guaman Defendan-Defendan telah menghantar surat pengesahan setuju terima yang ke-4 melalui Whatsapp kepada Plaintif. [13] Pada 14/7/2022, jam 4:25 petang, wakil dan ejen Plaintif bernama Oscar telah hadir ke pejabat guaman Defendan-Defendan dan menunjukkan melalui telefon bimbitnya bukti yang dikatakan persetujuan daripada pihak Penjual berkenaan pengiraan yang terdapat dalam surat yang ke-4. [14] Walaubagaimana pun, firma guaman Defendan-Defendan meragui ketulenan tandatangan tersebut kerana ia jelas berbeza dengan tandatangan Penjual di dalam Perjanjian Jual Beli. [15] Pada 14/7/2022, jam 9:27 malam, Defendan Pertama telah menghantar Whatsapp kepada Oscar dan memaklumkan bahawa cek aatas nama Plaintif akan di bank in di Kuala Lumpur. [16] Pada 15/7/2022, jam 8:25 pagi, Defendan Pertama telah memaklumkan bahawa cek berjumlah RM492,620.00 akan di bank in pada hari tersebut, seperti yang dipersetujui. [17] Pada hari yang sama, Defendan Pertama telah dimaklumkan oleh kakitangan firma bernama Hafizhuasini bahawa Plaintif ada menghubungi pejabat antara jam 11:00 pagi hingga jam 12:00 tengahari dan bercakap dengan beliau. Hafizhusaini telah memaklumkan kepada Plaintif bahawa cek beliau akan di bank in pada hari tersebut di Kuala Lumpur memandangkan cek itu berada pada Defendan Pertama. Hafizhusaini mengatakan Plaintif bersetuju. [18] Kemudian pada hari yang sama (15/7/2022) lebihkurang jam 2:29 petang, Defendan Pertama telah dimaklumkan oleh Hafizhusaini bahawa seorang bernama Inspektor Saiful dari Balai Polis Kuantan telah menghubungi pejabat dan meminta untuk bercakap dengan Defendan Pertama berkenaan satu laporan polis yang dibuat berkaitan Perjanjian Jual Beli yang melibatkan Plaintif. [19] Defendan Pertama kemudiannya telah menghubungi Inspektor Saiful berkenaan laporan polis tersebut dan menerangkan fakta sebenarnya. [20] Pada 18/7/2022 jam 12:43 tengahari, satu laporan polis telah dibuat oleh Defendan Pertama berkaitan isu ini. [21] Defendan-Defendan menyatakan terdapat usaha untuk menjejaskan reputasi firma guaman Defendan-Defendan dengan berlakunya perkara-perkara berikut: a) Laporan polis yang dibuat dengan isu yang tidak ada kaitan; b) Satu komplen/aduan yang memburukkan nama firma guaman Defendan telah dibuat terhadap pihak Maybank; c) Lanjutan daripada itu, pada 15/7/2022, Defendan-Defendan telah menerima “querry” daripada seorang yang bernama Tan Yinn Jeng daripada Maybank yang menimbulkan isu berkenaan fail lain yang dikendalikan oleh firma guaman Defendan-Defendan; d) Akibat daripada “querry” tersebut, perjalanan urusan pinjaman dan/atau pembiayaan yang Perjanjian jual belinya dikendalikan oleh firma guaman Defendan-Defendan telah terganggu kelancarannya; e) Hasil semakan yang dibuat dengan Tan Yinn Jeng, didapati aduan tersebut dibuat oleh Oscar iaitu wakil dan/ejen kepada Plaintif; f) Plaintif juga telah memburukkan nama firma guaman Defendan kepada pembeli beliau. TUNTUTAN BALAS DEFENDAN-DEFENDAN [1] Defendan-Defendan telah menghantar notis tuntutan kepada Plaintif bertarikh 21/7/2022. [2] Pada 29/7/2022, Plaintif dengan seorang rakannya telah datang ke firma guaman Defendan-Defendan untuk berbincang. Hasil perbincangan tersebut, Plaintif telah menyatakan kesediannya untuk memenuhi tuntutan seperti yang tercatat dalam notis tuntutan tersebut. [3] Walaubagaimanapun, sehingga kini, Plaintif telah enggan, gagal dan/atau cuai untuk memenuhi janji tersebut. [4] Laporan polis dan aduan yang dibuat kepada Maybank serta pembeli seolah-olah menunjukkan bahawa: a) Firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan adalah tidak boleh dipercayai. b) Firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan telah memungkiri janji untuk menyelesaikan bayaran dalam masa yang dipersetujui. c) Firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan telah menyelahgunakan posisi stakeholder. d) Firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan telah menyalahgunakan wang hasil penjualan hartanah Plaintif. e) Firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan telah gagal membuat dan/atau menyempurnakan transaksi penjualan dengan betul. [5] Defendan-Defendan menyatakan bahawa: a) Akibat daripada niat jahat Plaintif dan/atau ejennya dalam membuat laporan polis, reputasi firma guaman Defendan-Defendan telah terjejas. b) Reputasi firma guaman Defendan dengan pihak Maybank juga telah terjejas. c) Tiada lagi fail-fail baru yang dikendalikan oleh firma guaman Defendan setelah laporan polis dan komplen yang tidak berasas dibuat kepada pihak Maybank. d) Akibatnya pendapatan firma guaman Defendan telah terjejas. [6] Oleh yang demikian, Defendan-Defendan menuntut daripada Plaintif seperti berikut: a) Satu akujanji bahawa Plaintif tidak akan memburukkan nama firma guaman Defendan dan nama baik Defendan-Defendan; b) Satu permohonan maaf secara rasmi dibuat kepada Defendan-Defendan; c) Gantirugi untuk kehilangan reputasi firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan yang akan ditentukan oleh pihak Mahkamah; d) Gantirugi teladan atas tindakan Plaintif yang menjejaskan nama baik firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan; e) Kos; f) Faedah; dan g) Lain-lain relif yang Mahkamah fikir suaimanfaat. KEPUTUSAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [1] Kes telah dijalankan secara bicara penuh dan melalui keterangan saksi-saksi. Senarai saksi-saksi yang telah hadir memberi keterangan adalah sebagaimana berikut: a) SP1 - Lim Boon Yan – Plaintif. b) SP2 - Ng Lee Mooi – isteri Plaintif. c) SD1 - Mohd Hafishussaini Bin Abdullah Hashim - kerani di Firma Defendan-Defendan. d) SD2 - Nur Afifah Binti Mohd Noor - bekas kerani di Firma Defendan-Defendan. e) SD3 - Mohammed Hissham Bin Ramdzan - Peguam yang mengeluarkan Notis Tuntutan kepada Plaintif bagi pihak Defendan-Defendan. f) SD4 - Khairul Effendi bin Hamzah - Defendan Pertama. [2] Plaintif menuntut bagi jumlah yang perlu dikembalikan semula kepada Plaintif iaitu wang hasil jual beli hartanah milik Plaintif yang telah dikendalikan oleh firma guaman Defendan yang bertindak sebagai pemegang amanah. Plaintif menuntut satu jumlah yang telah ditetapkan iaitu RM 509,120.00 yang merangkumi jumlah akhir baki harga jual beli (RM 492,620.00) dan pemulangan wang tahanan (RM 16,500.00). [3] Beban membuktikan tuntutan adalah terletak atas pihak yang menuntut. Mahkamah Rayuan dalam kes HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD V. WOO THIN CHONG [2018] 2 MLRA 321 memutuskan seperti berikut: "[43] It was trite that while it was true that the overall burden of proving a civil claim on a balance of probabilities was on the party bringing the action (the plaintiff), a party who alleged or relied upon a particular fact had the onus or responsibility to establish on evidence the existence of that fact.” [4] Dalam tindakan ini, pihak Defendan-Defendan juga ada memfailkan Tuntutan Balas. Daripada apa yang Mahkamah ini boleh rumuskan, Tuntutan Balas Defendan-Defendan tidak mempertikaikan jumlah yang dituntut oleh Plaintif tetapi kepada satu timbal balas terhadap tuntutan Plaintif dan gantirugi terhadap apa yang didakwa oleh Defendan-Defendan sebagai kesan tindakan Plaintif berhubung isu ini. [5] Daripada keseluruhan keterangan yang ada, Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan bagi jumlah yang dinyatakan sebanyak RM 509,120.00. Adalah menjadi fakta yang tidak dipertikaikan bahawa baki harga jualan hartanah milik Plaintif masih dalam pegangan firma Defendan. [6] Surat bertarikh 7/7/2022 (Exhibit P2 m/s 30 Ikatan B) dari Firma Defendan-Defendan kepada Plaintif terjumlah kepada suatu pengakuan oleh Defendan-Defendan bahawa mereka sedang memegang wang baki harga jual beli milik Plaintif berjumlah RM509,120.00. [7] Mahkamah juga menilai Notis Tuntutan Defendan-Defendan kepada Plaintif bertarikh 21/07/2022 di mana Defendan-Defendan telah mengakui bahawa wang yang perlu dilepaskan kepada Plaintif adalah sebanyak RM 509,120.00 yang merupakan baki bagi harga jual beli hartanah Plaintif. Mahkamah memetik notis tuntutan tersebut sebagaimana di bawah: [8] Memandangkan tiada keperluan untuk membuat potongan Cukai Keuntungan Harta Tanah kepada LHDN bagi urusan jual beli tersebut, wang cagaran hendaklah dikembalikan kepada pihak penjual/Plaintif. Mahkamah merujuk kepada pengesahan daripada pihak LHDN sebagaimana di bawah: [9] Defendan Pertama juga semasa pemeriksaan balas telah mengakui bahawa baki jumlah harga jual beli tersebut masih berada dalam milikan Defendan-Defendan. Ini boleh dilihat daripada keterangan berikut: : Encik Khairul menyatakan sebab ada laporan polis dibuat oleh isteri plaintif, Encik Khairul terus tak nak melepaskan baki jual beli sehingga ke hari ini betul? : Laporan polis dan juga aduan kepada Maybank yang memburukkan nama firma. … : Dan Encik Khairul setuju apabila tidak ada sebarang jawapan diberikan oleh Encik Khairul terhadap surat tersebut, tindakan ini kemudianya telah difailkan pada bulan 9 2023. : Notis surat yang dirujuk tadi bertarikh 15hb 8 betul? : Bulan 9 2022. Bila tiada jawapan dari Encik Khairul tindakan ini difailkan September 2022, setuju? : Seperti yang dicatatkan dalam writ, saya setuju. : Dan sehingga hari ini baki jual beli memang masih belum dilepaskan pada plaintif. Encik Khairul setuju? : Setuju. : Soalan saya adakah baki harga jual beli ini masih berada dengan Tetuan Asmah Affendi pada hari ini? : Setuju.” [10] Dalam Penyataan Bertulis SD4, Plaintif (SD4) tidak langsung mencabar tentang jumlah baki jual beli tersebut. SD4 hanya menerangkan keperluan membawa buku cek ke Kuala Lumpur kerana Defendan-Defendan perlu membuat pengesahan sebelum sesuatu cek dikeluarkan dan memandangkan terdapat dua jumlah yang berbeza. Walaupun begitu, SD4 gagal menunjukkan apa jumlah yang betul bahkan jumlah yang dituntut oleh Plaintif kemudiannya telah disahkan melalui surat peguam Defendan dan juga Notis Tuntutan. [11] Mahkamah juga merujuk keterangan SD1 yang mengesahkan jumlah yang dituntut sebagaimana berikut: Pemeriksaan Balas SD1 : Kamu cuba tengok item yang ditulis, harga hartanah RM550,000 betul? : Betul. : Tolak deposit RM55,000.00, betul? : Betul. : Tolak legal fees, invoice RM2,380.00 betul? : Betul. : Baki dibawah itu kamu tulis berapa RM492,236.00, betul? : Betul. : Adakah itu kiraan yang betul? : Betul. : Kamu ambik calculator kamu tolong tolak sekarang. : Tidak betul. : Dan ini surat ke 4 daripada kamupun masih ada kesalahan, setuju? : Betul. : Itupun plaintif sudah sign dan minta kamu lepas duit kepada dia, setuju? : Setuju. : So berapa jumlah yang patut dilepaskan kepada plaintif? Saya cadang kalau ikut surat disini RM492,620.00 setuju? : Setuju. : Kemudian akan ada tambahan RM16,500.00, setuju? : Setuju. Pemeriksaan Semula SD1 : Berkenaan dengan pengiraan saya rujuk tadi mukasurat 30 ini, sepengetahuan kamu pengiraan ini dilakukan oleh kerani ataupun siapa? : Pengiraan ini dilakukan oleh lawyer. : Rujuk semula Ikatab B mukasurat 30. Saya cross reference dengan mukasurat 32. Cuba baca jumlah baki harga jual beli perumahan bahagian bawa sekali itu berapa jumlah dia? : RM492,620.00. : Cross reference dengan mukasurat 32 Ikatan B, cuba jumlah yang tertera pada cek? : RM492,620.00. [12] Oleh demikian, Mahkamah membuat dapatan bahawa adalah jelas jumlah yang dinyatakan dan dituntut oleh Plaintif masih dipegang oleh pihak Defendan-Defendan dan/atau firma Defendan. Firma Defendan atau Defendan-Defendan tidak berhak memegang wang berkenaan walauapun alasan atau isu yang berbangkit. Firma Defendan tidak berhak untuk memegang terus jumlah tersebut dan ia sepatutnya dilepaskan setelah ditolak jumlah yuran guaman Defendan-Defendan. [13] Isu-isu yang dinyatakan dalam pembelaan dan tuntutan balas Defendan-Defendan bukan merujuk kepada jumlah yang ditahan yang mana ia sepatutnya telah dilepaskan jika diambilkira mengikut undang-undang dan peraturan jualbeli (conveyancing). [14] Oleh demikian, Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif sebagaimana perenggan 21 (a) “Baki bagi harga jualbeli hartanah tersebut berjumlah RM509,120.00 dilepaskan oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah ini.” [14] Bagi perenggan 21 (b) pula, Plaintif menuntut faedah pada kadar 8% setahun dikira daripada tarikh 14/7/2022 sehingga penyelesaian penuh jumlah tuntutan. Bagi perenggan ini, Mahkamah tidka bersetuju dan hanya membenarkan kadar 5% setahun dikira dikira daripada tarikh 14/7/2022 sehingga penyelesaian penuh. [15] Ini adalah berdasarkan Penetapan kadar faedah ARAHAN AMALAN KETUA HAKIM NEGARA BIL.I TAHUN 2012 Penetapan kadar faedah sebagaimana di bawah: “Bagi menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada saya di bawah Aturan 30, kaedah 6(2); Aturan 42, kaedah 12 Aturan 44, kaedah 18(1Xb) & (2); dan Aturan 44, kaedah 19, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, saya dengan ini mengarahkan kadar bunga di bawah peruntukanperuntukan di atas ditentukan pada kadar 5 % setahun.” Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2012. [16] Arahan ini masih kekal relevan dan tiada arahan lain yang membatalkan Arahan Amalan ini. Plaintif tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan apa-apa kadar faedah mengikut Plaintif. Mahkamah juga mempunyai budibicara penuh berhubung isu pengenaan faedah dan Mahkamah ada asas kukuh bagi membenarkan jumlah 5% setahun dan bukan 8% setahun. Tambahan pula pihak Plaintif tidak pernah merujuk apa-aa klausa perjanjian berhubung kadar faedah 8% (jika ada). [17] Bagi prayer perenggan 21 (c) Gantirugi Am dan (d) Gantirugi Teladan, Plaintif gagal membuktikan bahawa Plaintif layak untuk menuntut gantirugi am atau apa-apa gantirugi teladan dalam tuntutan ini. [18] Mahkamah merujuk kepada keterangan SP1 semasa Pemeriksaan Balas sebagaimana berikut: : Saya pohon rujuk pada Ikatan A, Ikatan Pliding tuan, mukasurat 10 perenggan 19. Dalam claim ini kamu ada beritahu kata “Plaintif telah mengalami tekanan dari segi mental dan juga mengalami kemurungan, selain kerap bergaduh dengan isteri plaintif setiap kali persoalan berkenaan harga jual beli ini diajukan kepada plaintif”. Kamu faham apa yang saya baca tadi? : Tidak faham. : Ok saya ulang sekali lagi. Cuba baca dan fahamkan. : Akibat dari kegagal defendan-defendan menyerahkan baki harga jual beli kepada plaintif, plaintif telah mengalami tekanan dari segi mental dan juga mengalami kemurugnan, selain kerap bergaduh dengan isteri plaintif setiap kali persoalan berkenaan harga jual beli ini diajukan kepada plaintif. : Dalam tuntutan Mr Lim ada claim pasal kerap gaduh, kemurungan, tekanan mental. Ada medical report tak? : Tidak. : Ada apa-apa dokumen tak? : Tidak. [19] Plaintif hanya memplidkan gantirugi tersebut tetapi tidak dapat membawa bukti bagi menyokong tuntutan tersebut. Tambahan pula, dalam Notis Rayuan Plaintif di Lampiran 101, Plaintif tidak emrayu berhubung 2 perenggan ini. Oleh demikian, tuntutan ini ditolak. [20] Bagi perenggan 21 (e) untuk kos, kos dibenarkan RM10,000.00 bagi tuntutan Plaintif terhadap Defendan. TUNTUTAN BALAS DEFENDAN-DEFENDAN [21] Bagi tuntutan balas Defendan-Defendan, Mahkamah telah membenarkan perenggan 27 Tuntutan Balas Defendan-Defendan seperti berikut: a) 27 (a) Satu akujanji bahawa Plaintif tidak akan memburukkan nama firma guaman Defendan dan nama baik Defendan-Defendan b) 27 (c) Gantirugi RM50,000.00 untuk kehilangan reputasi firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan c) 27 (d) Gantirugi teladan RM50,000.00 atas tindakan Plaintif yang telah menjejaskan nama baik firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan d) 27 (e) – kos e) 27 (f) – faedah pada kadar 5% atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh dan muktamad [22] Mahkamah membuat dapatan bahawa Defendan-Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balas sebagaimana yang dibenarkan. Perkara ini telah dibincangkan antara pihak-pihak dan sepatutnya telah diselesaikan secara baik. [23] Walaupun begitu, adalah menjadi fakta yang tidak dipertikaikan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh SP2 (isteri Plaintif) berhubung perkara ini. [24] Mahkamah membuat dapatan bahawa tindakan Plaintif dan/atau isteri Plaintif dengan membuat laporan polis dan meyebarkan laporan polis kepada pihak ketiga termasuk pihak bank yang mana firma Defendan dan Defendan-Defendan berkepentingan dalam urusan professional mereka adalah satu tindakan yang tidak wajar. [25] Tindakan Plaintif atau isterinya atau ejennya (Oscar) tidak sepatutnya wujud memandangkan ada perbincangan antara kedua-dua pihak sebelum isu ini dipanjangkan oleh pihak Plaintif. Pihak Plaintif tidak berhenti setakat laporan polis sahaja tetapi juga kepada Majlis Peguam dan sehingga ke pengetahuan pihak bank. [26] Mahkamah merujuk kepada keterangan SP1 seperti di bawah berhubung isu ini: : Polis report dibuat pada 1.46 tengah hari, betul? : : Pada 15hb 7 2022, betul? : : Saya cadangkan sebenarnya tidak isu pun pasal payment lambat, tidak ada isu pasal lawyer tidak nak bayar, tidak ada isu pasal ditipu sebab antara jam 11 hingga 12 kamu telah hubungi Encik Hafiz dan Encik Hafiz telah bercerita dengan panjang lebar mengenai pembayaran dan Encik Hafiz juga ada menyatakan bahawa cek akan dibank in pada hari itu juga di Kuala Lumpur, setuju atau tidak? : Setuju. … : setuju atau tidak Oscar atau desakan Mr Lim atau isteri Mr Lim membuat aduan kepada pihak Maybank berkenaan Tetuan Asma Effendi, setuju atau tidak? : Setuju. … : Ada complain pada Majlis Peguam? Buat aduan pada Bar Council Malaysia? : … : Apa tujuan? : Pasal saya hendak jaga diri. Pasal saya punya payment tidak dapat-dapat. Jadi maknanya saya membuat laporan menjaga diri. : Ok, saya cadangkan Mr Lim buat laporan kepada Bar Council Malaysia untuk menjaga diri sebab payment tak dapat-dapat, betul ya? : : Saya cadangkan Mr Lim buat laporan kepada Bar Council dengan harapan untuk menekan Tetuan Asma Effendi releasekan duit trust tersebut, duit amanah, setuju atau tidak? : Sebenarnya agen Effendi pun ada beritahu saya, you pun boleh pergi membuat report. … : Ok saya cuma maklumkan bahawasanya Bar Council tidak ada kuasa untuk membuat arahan. Saya cuma hendak maklumkan sahaja, sekadar makluman. Saya cadangkan banyak masalah ini berpunca komunikasi yang melibatkan antara Mr Lim sebagai penjual, Tetuan Asma Effendi sebagai peguam dan juga Oscar yang dilantik oleh pihak Mr Lim sebagai agen, setuju? : [27] Isu yang timbul ini sebenarnya telah dibincangkan antara pihak-pihak. Ada jalan penyelesian telah dibuat. Kekeliruan telah diperjelaskan. Ini semua adalah salah faham sahaja. Walaupun begitu, tindakan tergesa-gesa Plaintif dan tindakan tidak wajar telah membawa kesan yang tidak sepatutnya. Penyataan ini disokong oleh keterangan Pemeriksaan Balas SP1 sebagaimana berikut: : Jadi Mr Lim sama dengan Mr Law ada pergi pejabat lawyer, betul? : Betul. : Dan Mr Law ini yang tetapkan yang fix, yang hubungi lawyer untuk fix appointment, betul? : : Saya cadangkan semasa perbincangan dimana Mr Lim dan Mr Law yang hadir ke pejabat lawyer, Mr Lim cakap “Ini semua ada salah faham dan saya tidak ada suruhpun saya punya isteri buat polis report”. Itu 2 statement yang dinyatakan oleh Mr Lim dihadapan peguam dan juga dihadapan Mr Law, setuju atau tidak? : Setuju. : Seterusnya Mr Lim dan Mr Law bertanyakan macam mana untuk settlekan salah faham ini, setuju? : Setuju. : Kemudian peguam kata di pejabat peguam, Mr Lim kena jumpa peguam yang dilantik untuk settlekan ini isu, setuju? Ada tak? : Ada. : Ok, soalan saya ada Mr Lim jumpa itu peguam? : Tidak. [28] Tindakan-tindakan Plaintif, isteri Plaintif atau ejen Plaintif telah memberikan kesan kepada pihak firma Defendan dan/atau Defendan-Defendan sendiri. Ia telah dibuktikan menjejaskan reputasi dan profesion Defendan-Defendan dan nama baik firma Defendan. Defendan-Defendan telah memberi keterangan bahawa pihak bank sendiri telah berhubung dengan firma Defendan berkait dengan fail lain apabila berita ini tersebar. [29] Walaupun keterangan pegawai bank tersebut tidak dipanggil ke Mahkamah memberi keterangan, Defendan telah mengemukakan keterangan Whatsapp sebagaimana di mukasurat 8 dan 9 Ikatan Dokumen Bersama (Tambahan) dan keterangan ini gagal dicabar oleh pihak Plaintif. Dokumen ini telah ditandakan sebagai D16. Mahkamah merujuk semula kepada keterangan tersebut: Pemeriksaan Utama SD1 : Apa yang terjadi dengan fail-fail Memorandum Pindahmilik melibatkan Maybank? : Kesemua fail-fail yang melibatkan Maybank, Memorandum Gadaiannya disempurnakan oleh Tetuan C Sukumaran & Co. : Apakah kaitan Tan Yinn Jeng di dalam kes ini? : Cik Tann Yinn Jeng adalah pegawai Maybank yang saya percaya mengendalikan pembiayaan Hartanah Plaintif. Beliau juga adalah pegawai Maybank yang mengendalikan beberapa pinjaman oleh Pembeli-Pembeli lain dimana Perjanjian Jual Beli disediakan oleh Tetuan Asma-Effendi. Pada 15/08/2022, saya telah menerima mesej secara whatsapp daripada Cik Tann (Jenn) berkenaan dengan seorang Peminjam bernama Mohd Noor Haffis yang Perjanjian Jual Beli tersebut dikendalikan oleh Tetuan Asma-Effendi. Tiba-tiba terdapat permintaan supaya wang baki penjualan Hartanah dikeluarkan atas nama Penjual iaitu bukan seperti yang tercatat di dalam Perjanjian Jual Beli. Nota : - Pohon dirujuk kepada Ikatan Dokumen Bersama (Tambahan) di m/s 8 dan 9. Pohon ditandakan sebagai EKSIBIT. Setelah saya menghubungi dan membuat semakan dengan Cik Tann, saya telah dimaklumkan bahawa satu aduan telah dibuat terhadap firma Asma-Effendi oleh agen plaintif, Oscar dan telah diceritakan wujudnya satu Laporan Polis berkaitan dengan penipuan wang baki penjualan hartanah yang dilepaskan oleh pihak Maybank kepada firma defendan. Pemeriksaan Balas SD1 : Baik. Saya rujuk kepada whatsapp conversation di antara Encik Khairul dan Cik Jenn Maybank. Rujuk mukasurat 8 dan 9 Ikatan Dokumen Tambahan. Baik Encik Khairul boleh kamu rujuk pada perenggan di bawah sana, kamu ada buat komen di sana “Meaning its not the owner…but the agent.” dan Jenn ada jawab “I am not sure”. Encik Khairul difahamkan oleh Jenn bahawa agen yang buat laporam, setuju? : Benar. : Tapi tak ada dalam sini. Tak ada perbualan tersebut di screenshot. : Seperti yang saya nyatakan tadi pada 15 Julai 2022 saya terima whatsapp daripada Maybank, Jenn. Kemudian bila bertukar beberapa whatsapp saya telefon Jenn bertanya apa yang sebenarnya berlaku menyebabkan tiba-tiba timbul isu mengenai fail Mohd Norhafiz dan Jenn (Maybank) menyatakan terdapat aduan bahawasanya saya tidak release duit baki penjualan dan terdapat aduan mengatakan seolah saya menipu dan timbulnya laporan polis terhadap saya. : Kalau saya tengok tarikh perbualan Jenn, Encik Khairul rujuk tadi, 12 Julai 2022 mukasurat 8 jam 2.49 secara spesifik bermula perbualan tersebut. Soalan saya, laporan polis telah dibuat pada tarikh yang sama oleh isteri plaintif pada jam lebih kurang 1 tengah hari, setuju? : Mungkin. : Tadi Encik Khairul cuba kta pada pukul lebih kurang sejam lepas itu Maybank terus siasat Encik Khairul? : Saya tidak pernah menyatakan saya telah disiasat. Pada lebih kurang 2.29 petang, staff saya telefon mengatakan ada inspektor mencari saya. Kemudian selepas daripada itu saya tidak pasti samada mungkin saya terima panggilan daripada Miss Jenn tapi saya tidak menjawab dan saya bertanyakan whatsapp. So saya sambung melalui whatsapp dan bila sudah berlarutan baru saya call dia. : So this conversation Encik Khairul, berdasarkan apa yang tertulis ianya hanyalah satu request daripada penjual kepada fail Norhafiz ini, owner untuk masukkan duit ke dalam akaun owner sendiri instead of akaun peguam. As far as this consent itu sahaja yang kita nampak, betul? : Kalau untuk whatsapp ini sahaja. [30] Isu siapakah yang membuat laporan polis tidak perlu dipertikaikan, ini kerana SP1 dan SP2 sendiri akui bahawa laporan polis tersebut di buat oleh SP2 iaitu isteri Plaintif. Ia dibuat pada 12/7/2022 jam lebihkurang 1 tengahari. Sejurus selepas itu, pihak Plaintif menerima arahan daripada pihak Maybank. [31] Walaupun tiada apa-apa tindakan diteruskan oleh pihak polis (Defendan-Defendan tidak dipanggil memberi keterangan, tiada tangkapan/pertuduhan), secara tidak langsung ia telah memberi kesan kepada Defendan-Defendan. Mahkamah percaya bagi pengamal undang-undang, adalah penting bagi menjaga nama baik firma dan menjamin kepercayaan anakguam/orang ramai tentang integrity mereka. [32] Begitu juga dengan isu aduan Plaintif kepada pihak Majlis Peguam. Plaintif telah dinasihati untuk merujuk kepada nasihat guaman berhubung isu yang terjadi. Sebaliknya Plaintif telah mengambil tindakan terburu-buru dengan membuat aduan ke Majlis Peguam sedangkan Majlis Peguam tiada kuasa untuk mengarahkan firma membuat bayaran kepada anakguam. Sebaliknya, apabila suatu aduan dibuat, nama sesebuah firma guaman telah direkodkan dan ia akan memberi kesan kepada nama baik firma. [33] Defendan-Defendan telah memberi kiraan tantang dakwaan bilangan fail yang terkesan, lantikan panel bank/pemaju projek terlepas, ia cuma anggaran Defendan-Defendan sahaja. Ia bukan satu jumlah yang tepat dan kiraan Defendan-Defendan adalah berdasarkan anggapan sahaja. [34] Walaupun begitu, Mahkamah bersetuju bahawa Defendan-Defendan telah menunjukkan ada alasan munasabah dan kukuh menunjukkan reputasi firma Defendan-Defendan telah terkesan akibat perbuatan Plaintif. [35] Atas dasar itu, Mahkamah telah membenarkan tuntutan Defendan-Defendan bagi perenggan (i)Plaintif memberi akujanji bahawa Plaintif tidak akan memburukkan nama firma guaman Defendan dan nama baik Defendan-Defendan. [36] Dalam pada itu, Mahkamah merujuk kepada hujahan Defendan-Defendan tentang isu samada tindakan Plaintif dan/atau ejennya adalah satu fitnah, defamatory atau satu perbuatan slander atau libel. Mahkamah menolak hujahan ini dan membuat dapatan bahawa ia adalah suatu yang tidak diplidkan dan tidak harus dipertimbangkan oleh Mahkamah. [37] Walupun begitu, Mahkamah membenarkan satu jumlah gantirugi bagi kehilangan reputasi dan juga sebagai gantirugi teladan terhadap Plaintif. [38] Bagi jumlah gantirugi, Mahkamah telah membenarkan Gantirugi RM50,000.00 untuk kehilangan reputasi firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan dan Gantirugi teladan RM50,000.00 atas tindakan Plaintif yang telah menjejaskan nama baik firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan. [39] Pada pandangan Mahkamah, jumlah berkenaan adalah adil dan munasabah dan juga tidak keterlaluan. Ini kerana, tujuan utama Mahkamah adalah bagi memberi pengajaran kepada pihak Plaintif dan juga memberi teladan kepada semua bahawa nama baik dan integrity bukan sesuatu perkara yang boleh dianggap ringan. [40] Dalam mempertimbangkan jumlah gantirugi berkenaan, Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Shah Alam K H LEE TIMBER SDN BHD V. WENG MING INDUSTRIES SDN BHD; TAN SON HUAT (INTERVENER) [2022] CLJU 3109; [2022] 1 LNS 3109 mengenai tuntutan ganti rugi teladan dirujuk seperti berikut: "[9] The Court of Appeal in Sambaga Vallia a/p KR Ponnusamy stated that "exemplary damages are not intended to compensate the plaintiff and are not recoverable as a matter of right". The Court of Appeal went on further to say as follows: "The amount of the exemplary damages award is left to the judge's discretion [emphasis added] and is determined by considering the character of the defendant's misconduct, the nature and extension of the plaintiff's injury and the means of the defendant. The quantum of exemplary damages to be awarded must be appropriate to the wrongdoing inflicted to the parties involved. Exemplary damages must not be uncontrolled or arbitrary; they must be of an amount that is minimum necessary to achieve their purpose in the context of the particular case." [10] Exemplary damages are not recoverable as a matter of right, and such damages should only be awarded in limited situations. There are only three established categories that an award for exemplary damages may be considered. The first category is oppressive, arbitrary or unconstitutional conduct by government servants. The second category is conduct calculated to result in profit. Both the first and second categories were established under the common law (see Rookes v. Barnard [1964] AC 1129; the judgment of Lord Devlin). The third category is where it is expressly authorised by statute.". [41] Dalam kes AMAR SINGH V. CHIN KIEW [1960] CLJU 5; [1960] 1 LNS 5; [1960] 26 MLJ 77, di mana Thompson CJ (pada masa itu) memutuskan – ".....The fixation of damages is so largely a matter of opinion or of impression that differences of calculation or assessment are to be expected. It is an exercise of judicial discretion. Merely disagree with the figure arrived at by the trial judge is no ground for interference unless it is wholly erroneous estimate ". [42] Manakala dalam kes SAMBAGA VALLI KR PONNUSAMY V. DATUK BANDAR KUALA LUMPUR & ORS AND ANOTHER APPEAL [2017] CLJU 500; [2017] 1 LNS 500, di mana Zawawi HMR (pada masa itu) menyatakan – “[33] The exemplary damages or punitive damages - the two terms now regarded as interchangeable - are additional damages awarded with reference to the conduct of the defendant, to signify disapproval, condemnation or denunciation of the defendant's tortious act, and to punish the defendant. Exemplary damages may be awarded where the defendant has acted with vindictiveness or malice, or where he has acted with a "contumelious disregard" for the right to the plaintiff. The primary purpose of an award of exemplary damages may be deterrent, or punitive and retributory, and the award may also have an important function in vindicating the rights of the plaintiff. (See Rookes v. Barnard [1964] 1 All E R 347; A B v. Southwest Water Services [1993] All E R 609 Broome v. Cassell & Co [1971] 2 Q B 354, Laksamana Realty Sdn. Bhd. v. Goh Eng Hwa and Another Appeal [2005] 4 CLJ 871; [2006] 1 MLJ 675). [23] Dalam hal rayuan di hadapan saya ini, sebagaimana dinyatakan dalam naratif sebelum ini halangan keras yang dilakukan oleh Defendan bukan sahaja berlaku kepada pelawat, tetamu atau penyewa Plaintif-Plaintif, tetapi juga melibatkan kontraktor perkhidmatan yang dilantik oleh Plaintif-Plaintif. Kesemua insiden berkenaan menunjukkan betapa kerasnya tindakan Defendan terhadap Plaintif-Plaintif di samping bukan sahaja menyusahkan Plaintif-Plaintif tetapi juga memberi impak kepada penderitaan mental serta sudah pasti menjejaskan reputasi inap desa milik Plaintif-Plaintif di kalangan orang ramai yang mengetahui perkara ini. Oleh yang demikian, saya bersetuju dengan HMS untuk memberikan award dalam jumlah berkenaan, selain sebagai penghalang agar kejadian serupa tidak berulang di masa hadapan. [43] Oleh demikian, berdasarkan otoriti-otoriti di atas, Mahkamah berpuashati bahawa jumlah award yang dibenarkan dan justifikasi bagi membenarkan gantirugi-gantirugi tersebut adalah berasas dan munasabah. [44] Bagi Tuntutan Balas Defendan-Defendan diperenggan 27(b) – satu permohonan maaf secara rasmi dibuat kepada Defendan-Defendan; Mahkamah berpendapat bahawa isu ini telah selesai apabila tuntutan Plaintif dan Tuntutan Balas Defendan diputuskan pada 12/3/2025. Tiada keperluan untuk memanjangkan isu ini ke pengetahuan umum. Oleh itu, perenggan ini ditolak dan tidak dibenarkan. KESIMPULAN [45] Mahkamah telah mempertimbangkan secara keseluruhan keterangan dan eksibit yang ada sebelum membuat keputusan. Setelah meneliti Ikatan Pliding, keterangan saksi-saksi, eksibit- eksibit, hujahan dan otoriti kesemua pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah: 1. Membenarkan tuntutan Plaintif sebagaimana perenggan: a) 21 (a) Baki bagi harga jualbeli hartanah tersebut berjumlah RM509,120.00 dilepaskan oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah b) 21 (b) Faedah pada kadar 5% setahun dikira daripada tarikh 14/7/2022 sehingga penyelesaian penuh 2. Mahkamah membenarkan perenggan 27 Tuntutan Balas Defendan-Defendan seperti berikut: a) 27 (a) Satu akujanji bahawa Plaintif tidak akan memburukkan nama firma guaman Defendan dan nama baik Defendan-Defendan b) 27 (c) Gantirugi RM50,000.00 untuk kehilangan reputasi firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan c) 27 (d) Gantirugi teladan RM50,000.00 atas tindakan Plaintif yang telah menjejaskan nama baik firma guaman Defendan dan Defendan-Defendan e) 27 (f) – faedah pada kadar 5% atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh dan muktamad Kos dibenarkan RM10,000.00 bagi tuntutan Plaintif terhadap Defendan dan RM10,000.00 bagi tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: Sazlina Safie …………………………. Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 2 Kuantan, Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang Tarikh :7/5/2025 PEGUAMCARA PLAINTIF: PN. SYARIFAH NUR AIN NAJWA BINTI SYED MOHD NAZERI [TETUAN MOHD MOHTAR & CO.] PEGUAMCARA DEFENDAN: EN. KHAIRUL EFFENDI BIN HAMZAH [TETUAN ASMA - EFFENDI]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.