Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI GEORGETOWN PULAU PINANG PERBICARAAN JENAYAH NO. 45A-12-04/2016 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN ROSLI BIN YUSOF 2 ALASAN-ALASAN PENGHAKIMAN Kes Pendakwa Raya Awalan
45A-12-04/2016
High Court of Malaysia31 May 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the Court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“1982] 2 MLJ 231, Raja Azlan Shah KH (Malaya) (kemudian KHN) menyatakan: “The appellants were charged with trafficking 974 grammes of heroin, an offence under section 39B (1)(a) of the Dangerous 98 Drugs Act 1952 and punishable under section 39B (2) of the said Act. The evidence against them showed that they were involv”
“Abd Latif Sakimin v Public Prosecutor [2009] MLJU 1828, James Foong HMP menyatakan: “[12] It is trite that the prosecution has a discretion as to which witnesses should be called - see s. 134 of the Evidence Act 1950; Ghani bin Jonit v Regina (No. 2) 1959 MLJ 225; Abdullah Zawawi Omar v P.P(1985) CLJ (Rep) 19 at 23 and”
“l dari 4 Jun 2014 kepada 6 Disember 2014. Pindaan pertuduhan sedemikian telah di peruntukan dalam seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah dan dibincangkan dalam kes Public Prosecutor v Tan Kim Kang & Ors [1962] MLJ 388. Pihak pembelaan tiada bantahan dan SP2, SP3 dan SP4 dibenarkan untuk dipanggil semula mengikut seksyen 16”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263.””
“ission of learned counsel that the accused was prejudiced as a result of non-production of these witnesses.” Pada tahap Mahkamah Persekutuan kes yang sama iaitu Abd Latif Sakimin v Public Prosecutor [2009] MLJU 1828, James Foong HMP menyatakan: “[12] It is trite that the prosecution has a discretion as to which witness”
“n OKT dan juga intipati OKT 23 mengedar dadah tersebut. Mengenai intipati milikan dan pengedaran, Vernon Ong Lam Kiat PK (kini HMR) mengatakan seperti berikut dalam kes Pendakwa Raya v Kua Tiong Ann [2009] MLJU 169: ”In a charge under s 39B(1)(a) DDA to which s 2 also applied, the onus lies upon the prosecution to prov”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI GEORGETOWN PULAU PINANG PERBICARAAN JENAYAH NO. 45A-12-04/2016 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN ROSLI BIN YUSOF 2 ALASAN-ALASAN PENGHAKIMAN Kes Pendakwa Raya Awalan
1
Orang Kena Tuduh (“OKT”) menghadapi satu pertuduhan pengedaran dadah berbahaya terpinda di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (1952) seperti berikut: “Bahawa kamu pada 6 Disember 2014, jam lebih kurang 10.20 malam di Hentian Juru Selatan, Juru, di dalam Daerah Seberang Perai Tengah, dalam Negeri Pulau Pinang , telah mengedar dadah berbahaya jenis ‘Cannabis’ seberat 112,892 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
2
Perbicaraan kes Pendakwa Raya berjalan selama 12 hari pada 20, 21 dan 22 Februari 2017, 14, 15, 28 dan 29 Ogos 2017, 2 , 3, 4, 22 3 dan 23 Januari 2018. Semasa perbicaraan, eksibit P1 hingga P266 telah diterima masuk dalam keterangan dan pada ketika itu saya juga telah membuat pemeriksaan fizikal di atas kereta Toyota Avanza no. pendaftaran AFK 9310.
3
Pihak Pendakwa Raya juga telah memanggil saksi-saksi berikut: (i.) Lans Koperal Muhamad Kamarul Naim (“SP1”), anggota Polis Di Raja Malaysia (“PDRM”); (ii.) Mohd Ayub bin Barkatullah (“SP2”), saksi awam; (iii.) Aisah binti Zain (“SP3”), saksi awam; (iv.) Rabiahtul Adawiyah binti Mohd Ayub (“SP4”), saksi awam; (v.) Sarjan Abdullah bin Saaid (“SP5’), anggota PDRM; (vi.) Teoh Choon Ping (“SP6”), ahli kimia di Jabatan Kimia Malaysia; 4 (vii.) Inspektor Ihwan Hilmi Ismail (“SP7”), anggota PDRM; (viii.) Inspektor Rosilawati binti Jusoh (“SP8”), anggota PDRM dan pegawai penyiasat kes permulaan; dan (ix.) Inspektor Hazlina binti Hamzah (“SP9”), anggota PDRM dan pegawai penyiasat kes susulan.
4
Pada 28 Ogos 2017, saya telah membenarkan permohonan pihak Pendakwa Raya untuk meminda tarikh kejadian dalam pertuduhan asal dari 4 Jun 2014 kepada 6 Disember 2014. Pindaan pertuduhan sedemikian telah di peruntukan dalam seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah dan dibincangkan dalam kes Public Prosecutor v Tan Kim Kang & Ors [1962] MLJ 388. Pihak pembelaan tiada bantahan dan SP2, SP3 dan SP4 dibenarkan untuk dipanggil semula mengikut seksyen 162 Kanun Tatacara Jenayah. Selepas perbicaraan kes Pendakwa Raya dan membaca hujahan bertulis pihak-pihak, saya telah mendengar hujahan lisan peguam mereka pada 26 Mac 2018. 5
5
Pada 6 Disember 2014 di JSJN Bukit Aman, SP7 telah memperolehi maklumat pengedaran dadah yang akan berlaku. Maka pada jam lebih kurang 4.00 petang hari yang sama, SP7 mengetuai sepasukan Polis daripada JSJN Bukit Aman telah pergi ke Rest and Recreation Area (R&R) Juru arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan menaiki dua kenderaan pasukan.
6
Setibanya di R&R Juru tersebut pada 9.30 malam, SP7 dan pasukannya telah membuat permehatian selama lebih kurang 50 minit di sekitar perhentian R&R itu.
7
Pada jam 10.20 malam, SP7 telah nampak sebuah kereta Toyota Avanza no. pendaftaran AFK 9310 berwarna kelabu keemasan (“Kereta”) masuk ke dalam kawasan R&R Juru tersebut dan berhenti di petak parking berhadapan kenderaan SP7. Beliau dapati hanya seorang sahaja yang berada di dalam Kereta itu. 6
8
Maka, SP7 terus mengarahkan pasukan serbuannya untuk menyekat Kereta tersebut menggunakan kenderaan pasukan dan membuat serbuan ke atas Kereta itu. Beliau kemudiannya pergi ke Kereta tersebut mendapati enjin masih hidup dan pintu dalam keadaan berkunci dari dalam. SP7 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai Polis dan mengarahkan pemandu Kereta itu untuk membuka pintu.
9
Pemandu Kereta tersebut yang dalam keadaan tergamam telah membuka pintu Kereta itu. SP7 sambil memperkenalkan diri sekali lagi sebagai pegawai Polis membacakan kata-kata amaran di bawah seksyen 37B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada ketika itu dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami. SP7 juga telah membuat pemeriksaan tubuh badan pemandu dan menjumpai pengenalan dirinya sebagai OKT. Kawasan tersebut diterangi lampu jalan.
10
10.
Preamble
Menurut SP7, semasa pemeriksaan dijalankan, terdapat bau ganja di dalam Kereta tersebut. Pemeriksaan lanjut ke dalam Kereta itu dijalankan oleh SP7 dan beliau menjumpai 5 beg guni berwarna putih dan satu kotak berwarna coklat di dalam boot belakang Kereta 7 tersebut. Kemudiannya pemeriksaan isi kandungan 5 beg guni berwarna putih tersebut dijalankan oleh SP7 yang mana 4 beg guni masing-masing mengandungi 25 ketulan mampat balutan plastik luar dengan aluminium foil dan 1 guni mengandungi 19 ketulan mampat balutan plastik luar dengan aluminium foil. Kesemua 119 ketulan tersebut diperiksa dan didapati mengandungi daun-daun mampat disyaki dadah jenis ganja.
11
Setelah pemeriksaan dibuat, SP7 telah memasukkan semula kesemua ketulan mampat tersebut di dalam beg guni yang sama dan merampas kesemua barang rampasan dalam beg guni tersebut serta yang lain bersama OKT sambil memberitahu kesalahan yang dilakukan oleh OKT. Selepas itu, SP7 dan pasukan serbuannya telah membawa kesemua barang rampasan dan Kereta tersebut bersama-sama dengan OKT ke IPD Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
12
Di IPD Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, SP7 membuat pemeriksaan secara terperinci pada setiap barang rampasan dengan membuat timbangan dan tandaan pada setiap ketulan. Rampasan 8 barang dadah disahkan oleh OKT dalam borang bongkar (eksibit P268) yang ditandatangani OKT dan SP7 bersama.
13
SP7 juga pada 7 Disember 2014 jam 2.15 pagi membuat laporan Polis berkenaan tangkapan dan rampasan dadah dalam operasi serbuan itu sepertimana dicatat dalam Bukit Tengah Repot no. 12992/14 (eksibit P267). Selepas itu, SP7 pada jam 3.00 pagi menyerahkan barang rampasan kepada pegawai penyiasat SP8 dan akuan serahan barang rampasan dibuat (eksibit P269).
14
Setelah menerima barang rampasan tersebut daripada SP7, SP8 telah menyimpan kesemua barang kes di dalam biliknya yang berkunci. Bilik tersebut dalam kawalan SP8 dan hanya boleh diakses menggunakan kunci yang dipegang oleh SP8. Pada hari yang sama jam 12.00 tengahari, SP8 telah membuat tandaan pada barang rampasan dengan menggunakan pen marker berwarna merah bagi setiap barang rampasan yang dijumpai. SP8 selepas itu mengarahkan SP1 untuk merakamkan gambar barang kes iaitu 5 beg guni berwarna putih bersama kandungannya (eksibit P5 (1-21) dan P6 (1-5)) dan satu kotak berwarna coklat mengandungi alat ganti 9 kenderaan (eksibit P22). SP8 juga telah pada jam 1.00 petang mengarahkan forensik IPK Pulau Pinang yang diketuai oleh Kpl Osman bin Abdullah untuk membuat pengesanan cap jari ke atas barang kes dadah tetapi tiada kesan cap jari dapat ditimbulkan. Selepas itu barang kes dadah disimpan semula dalam bilik SP8 yang berkunci.
15
Juga pada 7 Disember 2014 pada jam lebih kurang 3.00 petang, SP8 telah mengarahkan forensic IPK Pulau Pinang untuk membuat pengesanan cap jari pada Kereta tersebut tetapi tiada kesan cap jari dapat ditimbulkan. Selepas itu pada jam 5.00 petang, SP8 bersama dengan SP7 telah membuat pemeriksaan dalam Kereta tersebut. Kunci yang dirampas oleh SP7 diacu pakai untuk menghidupkan Kereta tersebut dapati sepadan. SP1 telah merakamkan gambar barang kes Kereta (eksibit P4 (1-17)) sepertimana diarahkan oleh SP8. Kemudiannya pada hari yang sama, SP8 telah melawat tempat kejadian dan mengarahkan SP1 mengambil gambar di situ pada jam 6.00 petang (eksibit P3(1-3)) dan 9.00 malam (eksibit P3 (4-7)). 10
16
Pada 9 Disember 2014, SP8 telah memeriksa semula bahan kes dadah dan mengikat kesemua 5 beg guni putih dengan menggunakan tali dan memeterai pada tali itu dengan meterai PDRM-595. SP8 juga menyediakan borang Pol-31 (eksibit P21) bagi serahan barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia. Pada hari yang sama jam 11.00 pagi, SP8 telah menyerahkan barang kes dadah tersebut kepada ahli kimia SP6 di Jabatan Kimia Malaysia. Resit penerimaan barang kes iaitu 14-FR-P-08141 dikeluarkan oleh SP6 (eksibit P22).
17
Pada 9 Disember 2015 jam 2.30 petang, SP9 telah menerima semula barang kes dadah tersebut dalam 5 kotak Jabatan Kimia Malaysia berseal berserta laporan kimia no. makmal 14-FR-P-08141 (eksibit P23) daripada SP6. Dalam laporan kimia P23, SP6 mengesahkan bahawa kandungan 5 beg guni bahan kes dadah (iaitu bungkusan-bungkusan balutan plastik luar dengan aluminium foil ditanda A1- A25, B1-B25, C1-C19, D1-D25 dan E1-E25 masing-masing yang berisi daun-daun mampat) adalah dadah jenis Cannabis berjumlah 112,892 gram berat bersih. Cannabis merupakan dadah berbahaya yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. SP9 11 telah membawa barang kes dadah tersebut ke IPD Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam Pulau Pinang dan telah menyimpan barang kes dadah di dalam biliknya yang berkunci.
18
Kemudiannya pada 10 Disember 2015 jam lebih kurang 9.00 pagi, SP9 telah mengeluarkan semula barang kes dadah untuk disimpan di stor barang kes dan diterima oleh SP5. Serahan tersebut telah dicatat di dalam borang Pol-261 (eksibit P277) dan didaftarkan dengan no kes 11/15 di dalam buku daftar (eksibit P15). Bahan kes dadah telah disimpan di dalam stor tersebut sehingga dikemukakan dalam perbicaraan di Mahkamah ini. Semasa perbicaraan, SP5 telah mengemukakan 5 kotak berseal Jabatan Kimia Malayia yang sempurna. Kotak-kotak tersebut dibuka oleh SP6 dalam prosiding perbicaraan dan kandungannya dicamkan oleh SP6 dan juga SP7 dan SP8.
19
Maka pihak Pendakwa Raya berhujah kesemua intipati-intipati untuk menyabitkan OKT bagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 tersebut telah pun dibuktikan dengan sempurna. 12
20
Bagi intipati mengenai identiti dadah dan rantaian keterangan, pihak Pendakwa Raya berhujah bahawa berdasarkan keterangan SP6 dadah yang terlibat adalah jelas Cannabis yang merupakan dadah berbahaya sepertimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 tersebut. Rantaian keterangan juga tidak terputus berdasarkan kes Su Ah Ping v Public Prosecutor [1980] 1 MLJ 75 dan keterangan yang diberikan oleh SP7, SP8, SP9 dan SP5. Maka tiada timbulnya keraguan terhadap identiti dadah yang dikemukakan sebagai eksibit di Mahkamah. Pihak Pendakwa Raya juga mengatakan bahawa intipati ini telah tidak dicabar oleh pihak Pembelaan.
21
Beralih ke intipati milikan dadah, pihak Pendakwa Raya berhujah bahawa OKT mempunyai jagaan atau pengawalan menurut definasi yang di putuskan dalam kes Toh Ah Loh and Mak Thim v Rex [1948] 1 LNS 72, Leow Nghee Lim v Reg [1956] 22 MLJ 28 dan Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17. Ini adalah kerana OKT telah dijumpai oleh SP7 dan pasukan serbuannya berseorangan memandu Kereta yang disewa oleh OKT daripada SP3/SP4 bagi kegunaan untuk pergi memancing di Teluk Batik, Lumut, Perak. 13 Namun dadah Cannabis pula telah dijumpai di dalam boot belakang Kereta tersebut semasa OKT ditangkap oleh SP7 di R&R Juru Seberang Perai, Pulau Pinang. Oleh sebab demikian, pihak Pendakwa Raya berhujah OKT memang mempunyai jagaan atau kawalan serta berpengetahuan bahawa dadah Cannabis berada dalam Kereta itu, maka beliau memang memiliki dadah Cannabis tersebut mengikut kes Syed Ali bin Syed Abdul Hamid v Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 132.
22
Seterusnya pihak Pendakwa Raya berhujah bahawa intipati pengedaran dadah Cannabis itu juga telah dibuktikan melalui anggapan dalam seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang berbunyi: “37. Presumptions In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder- ... 14 (da) any person who is found in possession of- ...
VI
(vi) 200 grammes or more in weight of Cannabis; ... otherwise then in accordance with the authority of this Act or any other written law shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drugs.” Jumlah berat bersih dadah Cannabis yang terlibat adalah 112,892 gram setelah dianalisakan oleh SP6 dan jumlah ini jauh melebihi 200 gram yang diperuntukan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi mengaktifkan anggapan seksyen 37(da)(vi) Akta tersebut.
23
Akibatnya, pihak Pendakwa Raya berhujah bahawa suatu kes prima facie telah pun sempurna dibuktikan terhadap OKT. 15
24
Pihak Pembelaan pula berhujah bahawa OKT bukan berseorangan dalam Kereta itu semasa dijumpai dan ditangkap oleh SP7 dan pasukan serbuannya di R&R Juru Seberang Perai, Pulau Pinang pada 6 Disember 2014 jam 10.20 malam. Menurut pihak Pembelaan OKT hanya berdiri di luar Kereta tersebut dan ditangkap oleh SP7. Dadah Cannabis yang berada di dalam Kereta itu dikatakan dimiliki oleh Muhamad Kamarul Hisham bin Muhamad Jilani (“Kamarul Hisham”). Kamarul Hisham juga berada di R&R Juru semasa itu tetapi berjaya melarikan diri semasa OKT ditangkap oleh SP7. Walau bagaimanapun, Kamarul Hisham kemudiannya ditangkap oleh Polis di tol susur Changkat Jering 80 kilometer ke arah selatan. Tangkapan ini dicatit dalam Bukit Tengah Repot no. 12993/14 dan telah disahkan oleh SP8. Selepas itu Kamarul Hisham ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
25
Selebihnya, pihak Pembelaan berhujah bahawa dadah Cannabis yang terkandung dalam 5 beg guni di boot belakang Kereta tersebut 16 berasal dari Negara Thai. Di antara 5 beg guni itu, 3 beg guni mempunyai tulisan Thai Glutinuous Rice dan 1 lagi satu bertulisan Thai (eksibit P6(1-5)). SP8 mengesahkan bahawa seorang warganegara Thai bernama Yeap Tak San telah ditangkap oleh Polis pada hari itu juga.
26
Oleh yang demikian, pihak Pembelaan bergantung kepada kes Yee Wen Chin v PP [2008] 6 CLJ 773 dan mengatakan bahawa OKT bukanlah pengedar dadah yang sebenar.
27
Tambahan pula, pihak Pembelaan merujuk kepada kes Pang Chee Meng v PP [1992] 1 CLJ 265 serta See Kek Chuan v PP [2013] 6 CLJ 98 dan mengatakan bahawa siasatan kes ini oleh SP8 tidak memadai sebab beliau tidak menyiasat CCTV yang berada di R&R Juru untuk memastikan samada OKT berada di sana berseorangan atau pun dengan Kamarul Hisham pada malam tangkapan itu. Selebihnya, SP8 tidak menyiasat dan tidak mengembalikan 2 biji telefon bimbit yang telah dirampas daripada OKT. Maka pihak Pembelaan berhujah bahawa penyiasatan SP8 adalah suatu siasatan sambil lewa and akibatnya memudaratkan kes Pendakwa Raya 17 sepertimana diputuskan dalam kes Public Prosecutor v Mohd Farid bin Mohd Sukis [2002] 3 MLJ 401, Ti Chuee Hiang v Public Prosecutor [1995] 2 MLJ 433 dan Public Prosecutor v Rashid bin Ismail [2001] 1 AMR 1149 kerana Kamarul Hisham dan Yeap Tak San tidak dipanggil oleh pihak Pendakwa Raya sebagai saksi. SP8 juga tidak menyiasat dengan terperinci bahawa Kereta itu telah disewakan oleh SP4 dan bukannya SP3 kepada OKT sepertimana difahami oleh SP8.
28
Justeru, pihak Pembelaan berhujah bahawa identiti orang yang mengedar dadah Cannabis tersebut dalam kes ini adalah diragui. Maka kes terhadap OKT setakat ini patut dibuang berdasarkan kes Public Prosecutor v Mansor bin Mohd Rashid & Anor [1996] 3 MLJ 560 dan PP v Hanif Basree Abdul Rahman [2004] 3 CLJ 735. Keputusan Mahkamah pada akhir kes Pendakwa Raya
29
Tugas saya pada peringkat penutup kes Pendakwa Raya adalah terkandung dalam seksyen 180 Kanun Aturan Jenayah yang berbunyi: 18 "180. Procedure after conclusion of case for prosecution
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction." 19
30
Dalam kes Mahkamah Persekutuan Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 AMR 321, Augustine Paul HMR (kemudian HMP) mengatakan: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can only be overthrown by evidence in rebuttal...The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is 20 without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.” 21
31
Selebihnya dalam kes Mahkamah Persekutuan Public Prosecutor v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 AMR 203, Gopal Sri Ram HMR (kemudian HMP) mengatakan: “8. For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has 22 been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”
32
Maka kewajipan penganalisaan saya ialah untuk membuat penilaian maksima terhadap kesemua keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwa Raya samada intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT berjaya dibuktikan melampaui keraguan yang munasabah. Dalam kes sebegini, pihak Pendakwa Raya mesti membuktikan intipati bahawa dadah yang dijumpai melibatkan OKT adalah dadah berbahaya berdasarkan maksud Akta Dadah Berbahaya 1952. Tambahan lagi, pihak Pendakwa Raya mesti membuktikan intipati dadah tersebut adalah dalam milikan OKT dan juga intipati OKT 23 mengedar dadah tersebut. Mengenai intipati milikan dan pengedaran, Vernon Ong Lam Kiat PK (kini HMR) mengatakan seperti berikut dalam kes Pendakwa Raya v Kua Tiong Ann [2009] MLJU 169: ”In a charge under s 39B(1)(a) DDA to which s 2 also applied, the onus lies upon the prosecution to prove the following ingredients of the offence viz:
1
that the accused had possession of the dangerous drugs in question;
2
that the accused did traffic in the dangerous drugs in question. In proving the said ingredients the prosecution may elect to invoke the presumption of possession under s 37(d) or the presumption of trafficking under s 37(da). If the prosecution elects not to invoke the presumption of possession under s 37(d), then it is incumbent upon the prosecution to adduce evidence so as to establish that the accused had possession of 24 the dangerous drugs independent of the statutory presumption. If, on the other hand, the prosecution elects not to invoke the presumption of trafficking under s 37(da) then it is incumbent upon the prosecution to adduce evidence that the accused was trafficking in the dangerous drugs within the meaning as defined in s 2 DDA.”
33
Saya bercadang membuat penilaian keterangan yang dikemukakan termasuk keterangan lisan dan kredibiliti saksi, keterangan dokumentar dan keterangan ikut keadaan bagi setiap intipati pertuduhan satu demi satu berturutan.
34
Berkenaan intipati yang pertama mengenai identiti dadah, saya sedar pihak Pembelaan tidak mempertikaikannya. Namun, saya berpuas hati dan berpendapat berdasarkan keterangan SP6 khususnya laporan kimia beliau (eksibit P23) bahawa dadah yang membabitkan OKT adalah dadah jenis Cannabis berjumlah 112,892 gram berat bersih. Cannabis merupakan dadah berbahaya yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Selebihnya saya berpendapat bahawa rantaian keterangan dadah itu juga tidak 25 terputus berdasarkan keterangan yang diberikan oleh SP7, SP8, SP6, SP9 dan SP5 mulai rampasan daripada OKT hingga ianya dikemukakan di Mahkamah. Mereka semua telah memberikan keterangan yang kredible dan benar.
35
Maka saya berpendapat bahawa pihak Pendakwa Raya berjaya membuktikan intipati identiti dadah Cannabis tersebut setelah penilaian maksima.
36
Beralih kepada intipati yang kedua mengenai milikan dadah, saya berpuas hati dan berpendapat berdasarkan keterangan SP3 dan anaknya SP4 bahawa OKT telah pada 6 Disember 2014 menyewa Kereta Toyota Avanza tersebut kepunyaan SP2. OKT pernah menyewa kereta daripada SP3 pada masa yang lampau dan sewaan Kereta tersebut pada hari itu merupakan kali kedua. Pada mulanya OKT menghubungi SP3. Maka SP3 pada awal pagi hari itu jam lebih kurang 6.50 pagi telah memastikan tiada apa-apa barang dalam Kereta tersebut kecuali suatu kotak mengandungi radiator yang rosak dan barang aircond. Pada ketika itu, Kereta tersebut dikunci dan diletak luar pagar rumah SP3 di Kamunting, Taiping, Perak. OKT 26 datang sendirian menemui SP4 untuk mengambil Kereta tersebut pada jam 11.30 pagi. Dia memberikan kepada SP4 sekeping kertas salinan lesen memandu dirinya, duit sewa RM150.00 dan kunci serta motosikalnya untuk dipegang sebagai cagaran sewaan. SP4 memastikan bahawa Kereta itu masih dikunci sebelum OKT mengambilnya. OKT juga memberitahu SP4 bahawa dia akan menggunakan Kereta tersebut untuk pergi memancing di Teluk Batik, Lumut, Perak.
37
Saya juga berpendapat berdasarkan keterangan SP7 bahawa OKT berseorangan memandu Kereta itu masuk ke R&R Juru arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan pada 6 Disember 2014 jam 10.20 malam. Apabila Kereta dipandu OKT berhenti di petak parking, pasukan serbuan SP7 terus menyekat Kereta tersebut menggunakan kenderaan pasukan. Selepas itu, SP7 membuat serbuan dan memperkenalkan diri sebagai pegawai Polis serta mengarahkan OKT untuk membuka pintu Kereta itu. Setelah memperkenalkan diri sekali lagi sebagai pegawai Polis, SP7 membacakan kata-kata amaran dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami kepada OKT. SP7 juga telah membuat pemeriksaan tubuh OKT. Kemudiannya SP7 27 menjalankan pemeriksaan lanjut ke dalam Kereta tersebut dan di antara yang lain, telah menjumpai 5 beg guni berwarna putih di dalam boot belakang Kereta tersebut. Pemeriksaan isi kandungan 5 beg guni berwarna putih tersebut mendedahkan 4 beg guni masing-masing mengandungi 25 ketulan mampat daun-daun kering dalam balutan plastik luar dengan aluminium foil dan 1 beg guni mengandungi 19 ketulan mampat daun-daun kering dalam balutan plastik luar dengan aluminium foil. Pada penglihatan SP7, daun-daun kering itu disyaki dadah jenis Cannabis atau ganja dalam bahasa tempatan.
38
Dalam keadaan yang sedemikian, saya berpendapat bahawa OKT mempunyai jagaan dan/atau kawalan 5 beg guni yang mengandungi dadah Cannabis itu. Ini adalah kerana OKT sendiri boleh dengan mengecualikan orang lain, menguruskan 5 beg guni tersebut yang berada di dalam boot belakang Kereta itu yang tengah dipandu oleh OKT sendiri. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Mazlani Mansor & Ors v PP Rayuan Jenayah P-05-212-08/2012 di mana Clement Skinner HMR mengatakan seperti berikut dengan penekanaan dibuat oleh saya: 28 “[27] In Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237 Thomson J dealt with the issue of possession by quoting this passage from Stephen's Digest 9th Edition page 304 where the word "possession" as regards the criminal law is described as: "A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." Thomson J went on to say: "Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case." 29 [28] Reverting to the facts of this case, what were the circumstances surrounding the recovery of the cannabis in the house? As the learned Judge found, this was a case where at a very late hour of the night, behind the locked doors of the house which the police had to forcibly kick open to gain entry into, the 3 Appellants were found in the presence of a very large quantity of cannabis, some of which were in plastic bags and some of which were in sugar sacks. In our judgment the correct irresistible inference to be drawn from the circumstances just mentioned is that the 3 Appellants were so situated to the cannabis that they had the power to deal with the drugs as owners to the exclusion of all other persons and intended to do so in case of need. [29] As regards the Appellants denial of knowledge of what was in the plastic bags and the sacks, as the contents were not visible to the naked eye, we find this factor should not be given too much weight. As was said by the Singapore Court of Appeal in Zulfikar Bin Mustaffah v. PP [2001] 1 SLR 633 at p 639 (which was referred to with approval by our Federal Court in PP 30 v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337) such assertions should not be given too much weight. Otherwise drug peddlers could escape liability simply by ensuring that any drugs coming into their possession are first securely sealed in opaque wrappings. In our view the circumstances just mentioned by us show that the Appellants' claimed ignorance of the drugs in the plastic bags and sacks is not credible. [30] With regard to the absence of the Appellants' finger prints on the incriminating items, we find that not much weight can be attached to such evidence either because in criminal law, a person may still be in possession of a movable thing without actually being in physical contact with it. What is required is that he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons which, as we found earlier, is the case here.”
39
Tambahan lagi, saya berpendapat bahawa OKT memang berpengetahuan tentang kewujudan dadah Cananbis yang terkandung dalam 5 beg guni tersebut semasa dia ditahan oleh SP7. 31 Kuantiti dadah yang terlibat adalah banyak. Kesemua 5 beg guni itu boleh dilihat daripada tempat duduk pemandu sebab Kereta tersebut jenis hatchback yang mempunyai boot belakang terbuka. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Mazlani Mansor & Ors v PP, OKT tidak boleh menafikan pengetahuan sungguhpun dadah Cannabis tiada kelihatan dalam kesemua 5 beg guni yang legap, tertutup dan berjahit semasa SP7 menjumpai mereka. Selebihnya, OKT mempunyai akses eksklusif Kereta tersebut sepanjang hari sejak OKT mengambil Kereta itu daripada SP4. SP3 dan SP4 telah mengesahkan bahawa tiada apa-apa barang yang lain yang diletakkan dalam Kereta itu kecuali satu kotak mengandungi radiator yang rosak dan barang aircond. OKT juga telah berbohong kepada SP4 bahawa penggunaan Kereta tersebut adalah bagi tujuan memancing di Teluk Batik, Lumut, Perak. Ini adalah kerana tiada apa-apa alat memancing dijumpai di dalam Kereta tersebut.
40
Saya sedar pihak Pendakwa Raya juga bergantung pada keterangan SP7 bahawa beliau mengesan bau dadah ganja semasa OKT ditahan di dalam Kereta tersebut di R&R Juru. Walau bagaimanapun 32 saya mendapati bahawa keterangan SP7 bercangahan dalam aspek ini tanpa di jelaskan semasa disoal oleh pihak Pendakwa Raya. Petikan nota-nota prosiding keterangan SP7 yang relevan adalah seperti berikut: Lepas baca kata-kata amaran kemudian buat body search jumpa pengenalan diri namanya Rosli bin Yusof, ada bau apa-apa tak dekat Rosli itu? Tidak ada.” … Periksa semua dekat situ? Semua dekat situ. Cuma saya periksa semua ketulan dekat situ tetapi saya masukan balik dalam guni yang sama dan saya hanya tandakan guni sahaja A, B, C, D dan E. Saya tandakan sahaja guni sahaja. 33 Tadi buka satu sahaja yang ASP nampak ganja? Ya satu sahaja sebab yang lain pun dalam bentuk yang sama dan mempunyai baulah. … So apabila awak jumpa 5 guni itu bersusun, lepas itu awak periksa satu-satu sampai 5 guni ya? Betul Y.A. Ada apa-apa bau tak? Semasa mula-mula saya masuk dalam kereta itu membuat pemeriksaan saya memang ada bau dan berdasarkan pengalaman saya itu adalah bau dadah ganja, Y.A.” 34 Oleh yang demikian, saya menolak keterangan bau dadah ganja ini yang dikatakan oleh SP7 berdasarkan kes Public Prosecutor v Mohd Radzi Abu Bakar kerana versi yang lebih memihak kepada pihak Pembelaan patut diterima jika terdapatnya percangahan yang tidak dijelaskan.
41
Sungguhpun keterangan bau dadah tersebut dibuang, namun saya masih berpendapat bahawa OKT memang memiliki dadah Cannabis tersebut pada masa yang material apabila dia ditahan oleh SP7. Dalam erti kata yang lain, OKT mempunyai milikan sebenar (actual possession) dadah itu. Pada pendapat saya, keterangan yang sedia ada adalah mencukupi dan memadai sepertimana dirumuskan dalam perenggan 36 hingga 39 di atas tanpa pengiraan keterangan bau dadah yang dikemukakan. Penemuan yang sama boleh dilihat dalam kes Mahkamah Persekutuan Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 4 CLJ 337 yang mempunyai fakta-fakta yang agak sama di mana Arifin Zakaria HMP (kemudian KHN) mengatakan: “[22] Reverting to the present case, it is therefore incumbent upon the court to scrutinize the entire evidence before the court 35 to see whether an inference can be drawn against the respondent that he knew about the drug in the three packages found in the car. It is not in dispute that the three packages were found hidden in the car under the driver's seat and under the front passenger's seat. He was alone in the car at the material time. One other important factor of relevance is that the car had been in his possession for the past seven months prior to his arrest. … [24] Applying the observations set out in the authorities cited above to the facts in the present case, the irresistible inference that may be drawn in the circumstances is that the respondent all along knew about the drug found in the car. The fact that they were found hidden under the seats of the car and wrapped in Chinese newspaper would not assist him to negate such an inference. From the evidence of PW5 it is clear that little effort was required to uncover what was contained in the three packages. Therefore, we are of the view that on the facts and in 36 the circumstances of this case the learned trial judge, properly directed on the law, would have come to the finding that prima facie the respondent had possession of the drug independent of the statutory presumption under s 37(d) of the Act.” Tambahan lagi, penemuan yang sama juga boleh dilihat dalam kes Mahkamah Persekutuan Syed Ali Syed Abdul Hamid & Anor v Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 132 di mana Salleh Abbas HMP (kemudian KHN) mengatakan: “In conclusion the totality of these circumstances - i.e. the custody and control of the car, the opportunity of Appellant No.
2
who had custody and control of it during the material period to conceal the raw opium in question in the car, the lies which he told to PW4 about the purpose of borrowing the car for that period and lastly the purpose which could be drawn from the purchase of the chempedaks with such a strong odour - all these circumstances lead us to an irresistible conclusion that Appellant No. (2) knew that the raw opium in question was concealed in the car and so possession was proved against 37 him. Nothing said by him in his defence could alter this conclusion. We therefore hold that his conviction and sentence should be maintained.”
42
Saya sedar pihak Pembelaan telah cuba menyatakan bahawa dadah Cannabis itu dimiliki oleh orang lain yang bernama Kamarul Hisham yang berada di R&R Juru pada masa itu juga dan bukannya OKT. Ini merupakan cadangan pihak Pembelaan sahaja. Namun, keterangan pihak Pembelaan belum dikemukakan untuk penilaian lagi. Tambahan pula, cadangan ini bercanggah dengan versi SP7 yang jelas telah nampak OKT hanya berseorangan pada segala masa yang material. Buat masa ini, kes pihak Pendakwa Raya tidak tergugat kerana saya tiada apa–apa sebab untuk meragui dan menolak keterangan SP7. Sungguhpun Kamarul Hisham juga telah ditangkap pada malam hari itu di tol Changkat Jering oleh Polis sepertimana disetujui oleh SP8, saya berpendapat berdasarkan keterangan yang sedia ada, tiadanya apa-apa keterangan yang kukuh mengaitkan tangkapan Kamarul Hisham dengan kes ini tanpa penjelasan daripada OKT atau saksi 38 saksi lain termasuk Kamarul Hisham sendiri. Petikan nota-nota prosiding keterangan SP8 yang relevan adalah seperti berikut: Puan ada siasat tak terhadap empat-empat tangkapan selain daripada Rosli? Ada Y.A. Apakah hasil siasatan Puan terhadap tangkapan-tangkapan ini? Masih dalam siasatan mendapati empat-empat tangkapan lain tidak berhubung secara langsung dengan kes Bukit Tengah 12992/14 dan saya telah mendapatkan arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi empat tangkapan lain dibebaskan. Yang tak dibebaskan? 39 Yang tak dibebaskan ialah Rosli bin Yusof ialah OKT pada hari ini, Y.A. Macam mana Puan kata hasil siasatan 4 tangkapan lain ini tidak berhubung dengan kes Bukit Tengah 12992/14? Hasil siasatan menunjukkan pada masa kejadian hanya OKT bernama Rosli bin Yusof yang berada di tempat kejadian dan di mana barang kes telah dirampas dan lain-lain tangkapan selain daripada Rosli telah ditahan diluar daripada tempat kawasan kejadian.”
43
Justeru, saya berpendapat bahawa pihak Pendakwa Raya berjaya membuktikan intipati milikan dadah Cannabis tersebut oleh OKT setelah penilaian maksima.
44
Bagi intipati yang ketiga mengenai pengedaran dadah, dadah Cannabis yang dijumpai dan dirampas daripada OKT mempunyai berat bersih 112,892 gram berdasarkan pengesahan SP6. Oleh sebab itu, saya berpendapat anggapan seksyen 37(da) Akta Dadah 40 Berbahaya 1952 telah pun berbangkit dan diaktifkan. Maka OKT dianggap mengedar dadah Cannabis itu kecuali dibuktikan sebaliknya oleh OKT. Dalam kes PP v Mohd Farid Mohd Sukis & Anor [2002] 8 CLJ 814, Augustine Paul H (kemudian HMP) mengatakan: “The meaning of "trafficking" therefore remains the same. As s. 37(da) of the Act is concerned with the presumption of "trafficking" the offence created is one of trafficking and not any one of the acts enumerated in s. 2 of the Act. It follows that the offence must be understood in its ordinary meaning. Thus any evidence to show that the accused was not in any way involved in trading or dealing with the drugs is capable of rebutting the presumption. It was on this basis that the (then) Supreme Court held in Cohen Lorraine Philis & Anor v. PP[1989] 2 CLJ 956; [1989] 1 CLJ 18 (Rep); [1989] 3 MLJ 289 that the presumption of trafficking raised by s. 37(da) of the Act can be rebutted by evidence to show that it was kept for personal consumption. Similarly in Mohamad Radhi Yaakob v. PP[1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311 the (then) Supreme Court also held that 41 defence evidence to show that the accused was an innocent and momentary carrier of the drugs while another person was actually the trafficker is capable of rebutting the presumption. I would therefore hold that the presumption arising under s. 37(da) of the Act can be rebutted not only by evidence rebutting the basic facts but also by evidence to show that the accused was not actually trafficking in the drugs.”
45
Maka saya berpendapat bahawa pihak Pendakwa Raya juga berjaya membuktikan intipati pengedaran dadah Cannabis tersebut oleh OKT setelah penilaian maksima.
46
Akhirnya, saya juga telah mengkaji keterangan SP8 secara menyeluruh dan terperinci dan saya tidak mendapati apa-apa kekurangan dalam siasatan beliau yang telah memudaratkan OKT sepertimana dicabar dan dihujah oleh pihak Pembelaan. Siasatan yang telah dijalankan adalah memadai dan adil berdasarkan prinsip budi-bicara pendakwa raya atau “prosecutorial discretion”. SP8 juga tidak menindas atau menahan apa-apa keterangan daripada dikemukakan dalam perbicaraan ini. 42
47
Dalam keadaan yang sedemikian, saya berpendapat bahawa kes prima facie telah pun dibuktikan terhadap OKT dan saya seterusnya mengarahkan OKT untuk memasukkan pembelaan beliau.
48
Berikutan daripada keputusan saya bahawa pihak Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT pada 25 April 2018, perbicaraan kes Pembelaan telah diadakan pada hari tersebut dan juga pada 27 April 2018. Hanya OKT seorang sahaja yang dipanggil sebagai SD1 dan beliau memberikan keterangan bersumpah selepas 3 opsyen sama ada untuk memberikan keterangan bersumpah atau keterangan tidak bersumpah dari kandang ataupun berdiam diri telah diterangkan kepada OKT.
49
Setelah penutupan kes Pembelaan dan membaca hujahan bertulis pihak-pihak, saya telah mendengar hujahan lisan peguam mereka pada 17 Mei 2018. 43
50
Pihak Pembelaan khususnya berhujah bahawa pengedar dadah tersebut bukanlah OKT tetapi Kamarul Hisham atau seorang warganegara Thai bernama Yeap Tak San. Berpandu kepada kes Mohamad Radhi Yaakob v PP [1991] 3 CLJ 2073, Kamarul Hisham itu bukan suatu rekaan OKT tetapi seorang yang benar-benar wujud sepertimana diakui oleh SP8. Selebihnya SP8 juga telah mengakui bahawa Kamarul Hisham, Yeap Tak San dan lagi seorang Melayu telah ditahan oleh pihak Polis pada malam yang sama.
51
51.
Preamble
Menurut keterangan OKT, Kereta tersebut telah disewa oleh Kamarul Hisham daripada SP4 pada pagi 6 Disember 2014. Mereka pergi bersama dalam kereta Pesona Gen 2 miliki Kamarul Hisham tetapi OKT hanya berdiri melihat sewaan Kereta tersebut di antara SP4 dan Kamarul Hisham dari jarak jauh lebih kurang 2 buah kereta. OKT berkata beliau tidak mengenali SP2, SP3 dan SP4. Selepas itu mereka bertolak ke Kedah untuk berjumpa dengan Yeap Tak San. OKT memandu kereta Pesona Gen 2 sementara Kamarul Hisham memandu Kereta tersebut. Selepas menemui Yeap Tak San, mereka 44 bertolak pula ke stesyen minyak di Sungai Dua, Pulau Pinang. Pada ketika itu, Kamarul Hisham meninggalkan Kereta tersebut di sana dan pergi makan bersama OKT dalam kereta Pesona Gen 2. Selepas makan bersama, Kamarul Hisham mengambil Kereta tersebut semula di KFC Sungai Dua dan bertolak dengan OKT balik ke rumah ke arah Taiping, Perak. Kamarul Hisham sekali lagi memandu Kereta tersebut sementara OKT memandu Pesona Gen 2. Semasa perjalanan, mereka berhenti di R&R Juru. OKT tiba terlebih dahulu dan Kamarul Hisham tiba 5 minit kemudiannya. Semasa menunggu ketibaan Kamarul Hisham, OKT berdiri menunggu di luar kereta Pesona Gen 2. Apabila Kamarul Hisham sampai di R&R Juru, dia meletak kereta tersebut rapat dengan kereta Pesona Gen 2 dan meminta kunci keretanya daripada OKT. Selepas itu Kamarul Hisham terus pergi memandu kereta Pesona Gen 2 dalam keadaan cemas tanpa memberitahu OKT apa-apa. Kemudiannya, pihak Polis datang menghampiri OKT dalam kereta mereka dan terus menangkap OKT di luar Kereta tersebut. Pihak Polis tanya OKT sama ada beliau ada bawa barang salah dan OKT jawab tak tahu tetapi OKT memberitahu pihak Polis bahawa Kereta tersebut telah dibawa oleh Kamarul Hisham. Namun, OKT terus ditangkap dan pihak Polis telah 45 memeriksa Kereta tersebut. Beberapa beg guni berwarna putih dijumpai di belakang Kereta tersebut disyaki mengandungi dadah Cannabis. OKT memberitahu pihak Polis bahawa beliau bukan pemandu Kereta tersebut dan tidak tahu kandungan beg-beg guni itu. Pihak Pembelaan juga bergantung kepada dan menitik beratkan soalan dan jawapan permulaan pemeriksaan balas OKT oleh DPP Shafina bagi pihak Pendakwa Raya sedemikian yang mengesahkan OKT memang berada di luar Kereta tersebut apabila beliau di tangkap. Petikan nota-nota prosiding berbunyi berikut: Rosli setuju atau tak setuju dengan soalan saya. Dalam kes ini Rosli telah ditangkap di luar kereta Avanza setuju atau tak setuju? Setuju.”
52
Maka pihak Pembelaan mengatakan bahwa pengedar dadah yang sebenarnya adalah Kamarul Hisham atau Yeap Tak San. Hakikat ini disokong oleh dua biji telefon bimbit yang dijumpai dan dirampas oleh 46 pihak Polis daripada OKT tetapi tidak dikembalikan kepada OKT. Selebihnya, SP8 tidak membuat apa-apa siasatan ke atas siapakah pemilik telefon tersebut. OKT mempercayai bahawa telefon itu dimiliki oleh Kamarul Hisham. Dalam aspek ini, kes Bahram Nikkhouyabgram Nayeb v PP [2013] 6 CLJ 702 telah dirujuk. Tambahan juga, tiada kesan cap jari ataupun DNA OKT dijumpai di beg-beg guni tersebut.
53
Dalam keadaan sedemikian, pihak Pembelaan berhujah bahawa pihak Pendakwa Raya mesti memanggil Kamarul Hisham sebagai saksi ataupun ditawarkan kepada pihak Pembelaan bagi mengecualikan penglibatan Kamarul Hisham. Tambahan lagi, pernyataan Kamarul Hisham yang dibuat kepada Polis mengikut seksyen 112 Kanun Aturan Jenayah telah tidak diserahkan kepada pihak Pembelaan. Kes Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257, Yusoff Kassim v Public Prosecutor [1992] 2 MLJ 183, Ti Chuee Hiang v Public Prosecutor [1995] 2 MLJ 433, Public Prosecutor v Abdul Latif bin Sakimin [2005] 6 MLJ 351, Akliansyah v PP [2014] 6 CLJ 1 dan PP v AB Rashid Lazim & Anor [2018] 1 LNS 180 telah dirujuk. SP8 patut juga menyiasat 47 kamera CCTV di plaza tol PLUS dan juga stesyen minyak di R&R Juru untuk memastikan sama ada Kamarul Hisham benar-benar terlibat sebagaimana dinyatakan oleh OKT. Namun SP8 gagal berbuat demikian. Kes See Kek Chuan v PP [2013] 6 CLJ 98 di rujuk.
54
Oleh yang demikian OKT patutlah dibebaskan.
55
Semasa memberi keterangan OKT telah bersetuju bahawa beliau ditangkap oleh SP7 di R&R Juru pada 6 Disember 2014 jam lebih kurang 10.20 malam. SP7 dan pasukan serbuan Polis telah menyekat Kereta tersebut menggunakan kenderaan pasukan dan membuat serbuan ke atas Kereta tersebut. Hanya OKT sahaja yang berada di tempat kejadian semasa serbuan dijalankan. Kunci Kereta tersebut berada di dalam kereta pada masa itu. Dadah Cannabis telah dijumpai di dalam Kereta tersebut semasa serbuan dijalankan. 48 Namun OKT memberitahu satu versi yang berlainan bahawa OKT kononnya berada di luar Kereta tersebut semasa operasi serbuan dijalankan oleh pihak Polis. Kereta tersebut telah disewa dan dipandu oleh Kamarul Hisham dan bukannya OKT.
56
Pihak Pendakwa Raya berhujah bahawa versi berlainan OKT jelas dan ketara bercanggahan dengan keterangan saksi-saksi pihak Pendakwa Raya. Keterangan OKT bercanggah dengan keterangan SP3 dan SP4 mengenai sewaan Kereta tersebut. Selebihnya keterangan OKT juga bercanggah dengan keterangan SP7 mengenai identiti pemandu Kereta tersebut serta tangkapan OKT di R&R Juru terutamanya sama ada OKT dilihat berseorangan dalam Kereta tersebut.
57
Oleh yang demikian, keterangan OKT tidak boleh dipercayai dan diterima kerana beliau mempunyai kepentingan diri sendiri (“self serving interest”) berbanding dengan saksi-saksi pihak Pendakwa Raya yang tiada sebarang kepentingan. Kes PP v Dwi Supriyatno Mei & 3 Ors [2013] 1 LNS 1188 telah dirujuk. 49
58
Pihak Pendakwa Raya juga berhujah bahawa pembelaan OKT mesti dilihat secara keseluruhan dan ia mesti dinilai berdasar pada “reason and common sense” sepertimana diputuskan dalam kes Mahkamah Rayuan Lee Boon Siah & Ors v PP [2014] 3 CLJ 584.
59
Berdasarkan seksyen 103 dan 106 Akta Keterangan 1950, pihak Pembelaan patutlah memanggil Kamarul Hisham kerana OKT mengetahui penglibatan Kamarul Hisham semasa mereka berada bersama pada petang 6 Disember 2014 di Kedah dan Sungai Dua, Pulau Pinang dan juga bersama di dalam lokap selepas ditahan. Walaupun pihak Pembelaan tidak memikul beban bukti untuk membuktikan “innocence” OKT, dengan memanggil Kamarul Hisham akan membolehkan Mahkamah mempercayai versi OKT sepertimana diputuskan dalam kes PP v Tan Gong Wai [1984] 1 LNS 137.
60
Justeru, pihak Pembelaan telah gagal mematahkan kes prima facie yang telah dibuktikan oleh pihak Pendakwa Raya. 50 Keputusan Mahkamah pada akhir kes Pembelaan
61
Tugas saya pada peringkat ini adalah termaktub dalam seksyen 182 Kanun Tatacara Jenayah yang berbunyi: "182. Procedure at the conclusion of the trial
1
At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal." 51
62
Dalam kes Mahkamah Persekutuan Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2006] 1 CLJ 857 Arifin Zakaria HMP (kemudian KHN) menyatakan: “[13] In our criminal law at the close of the defence case what the court needs to decide is whether the defence had succeeded to raise any reasonable doubt on the prosecution case. If the answer is in the positive then the accused person is without more entitled to his acquittal. It has to be remembered always that at no time, except in special circumstances, the burden of proof is cast on the defence: the burden rest all throughout on the prosecution to prove its case beyond any reasonable doubt. (See Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311). … [21] It is against this background that the defence case ought to be tested, to see whether it has succeeded to cast any reasonable doubt on the prosecution case. The burden on the 52 defence throughout is a light one as stated by Mohaamed Azmi SCJ in Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor (supra) at p.171: To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established 'reasonable doubt' test, rather than to delve in the 'believable and convincing' test before applying the reasonable doubt test.” 53 Tambahan lagi dalam kes Mahkamah Persekutuan Olier Shekh Awoyal Shekh v. PP [2017] 2 CLJ 141, Azahar Mohamed HMP menyatakan: "[41] Mengikut s. 182A(1) Kanun pada penutup perbicaraan, mahkamah hendaklah menimbang keseluruhan keterangan (all the evidence) yang dikemukakan di hadapannya dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. Badan perundangan telah menggunakan terma 'keseluruhan keterangan'. Penekanan mestilah diberikan pada perkataan 'keseluruhan' (sila lihat Prasit Punyang v. PP [2014] 7 CLJ 392; [2014] 4 MLJ 282 dan Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85). Dalam keadaan kes ini, penjelasan perayu tentang kewujudan DNAnya di P25 dan P27 adalah merupakan keterangan sepertimana yang dimaksudkan oleh peruntukan s. 182A dan Mahkamah Tinggi hendaklah memberinya pertimbangan dalam membuat dapatan sama ada atau tidak pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. 54 [42] Matlamat peruntukan s. 182A Kanun ini jelas adalah untuk memastikan sebarang pembelaan yang dikemukakan oleh perayu diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh Mahkamah Tinggi demi untuk mencapai perbicaraan yang adil. Beban pembuktian am yang ditanggungkan sepanjang perbicaraan ke atas pihak pendakwaan adalah untuk membuktikan kesalahan perayu melampaui keraguan munasabah atas kesalahan yang baginya dia dipertuduh. Beban itu tidak berganjak. Sama ada pihak pendakwaan membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah bergantung pada sama ada wujud atau tidak keraguan munasabah dalam keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah. Ini merupakan persoalan fakta yang perlu diputuskan oleh mahkamah pada penutup perbicaraan dengan berhati-hati selepas mengambil kira kesemua keterangan termasuk juga apa-apa penjelasan serta pembelaan yang dikemukakan oleh perayu dan hal keadaan yang timbul dalam perbicaraan."
63
Pada amnya pembelaan OKT adalah bahawa dadah Cannabis yang terlibat adalah kepunyaan Kamarul Hisham dan pengedar sebenar 55 (actual trafficker) ialah Kamarul Hisham. OKT bergantung kepada kes Mahkamah Agung Mohamad Radhi Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 CLJ 2073. Dalam kes itu, Mohd Azmi HMA menyatakan: “The appellant gave evidence on oath and called eight other witnesses to prove firstly that Hashim was the owner of the bag containing the cannabis and that he was merely an innocent and momentary carrier of the bag, and secondly, it was Hashim and not he who was trafficking in the cannabis. … It is a well established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the 56 prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the Court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v. PP [1936] 1 LNS 32. If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt. To earn an acquittal, the Court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, 57 wrong for the Court to be convinced that the defence version is true, in which case the Court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the Court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the Court must not convict until it asks a further question that even if the Court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless, raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of Judges rightly prefer to adopt straight away the legally established "reasonable doubt" test, rather than to delve in the "believable and convincing" test before applying the "reasonable doubt" test. … On the issue of trafficking, we found the learned Judge had failed sufficiently to consider the evidence of defence witnesses, particularly that of DW9 which clearly indicated that on the night in question Hashim was in all probabilities the 58 trafficker of the cannabis. In our view, the learned Judge had acted on the wrong premise that once the appellant had failed to rebut the presumption under s. 37(d), the presumption under s. 37(da) became irrebuttable so as to relieve the Court from the duty to consider separately on balance whether the presumption under s. 37(da) had been rebutted. In our view, on the facts of this particular case, this error of law had occasioned a miscarriage of justice.”
64
Kes ini berbeza dengan kes Mohamad Radhi Yaakob v Public Prosecutor (supra). OKT memberikan keterangan bela diri tanpa memanggil saksi-saksi lain khususnya Yeap Tak San ataupun Kamarul Hisham bagi menyokong keterangannya. Sepertimana ditunjuk oleh pihak Pendakwa Raya keterangan OKT bercanggah dengan keterangan saksi-saksi Pendakwa Raya dalam beberapa aspek yang material.
65
Saya bermula dengan penilaian versi OKT bahawa Kereta tersebut milikan SP2 telah disewakan kepada Kamarul Hisham oleh SP4 pada pagi 6 Disember 2014. Allegasi sewaan tersebut hanya keterangan 59 lisan OKT. Keterangan beliau bercanggahan dengan keterangan lisan SP3 dan khususnya SP4 yang menegaskan berjumpa dengan OKT seorang diri sahaja pada pagi itu. OKT telah pun positif dicamkan oleh SP4. Beliau kata dia tidak mengenali Kamarul Hisham. Menurut SP4, OKT telah menyerahkan RM150.00 bagi bayaran sewaan kereta tersebut untuk 24 jam dan sesalinan lesen memandu atas nama OKT kepadanya. Apabila ditanya SP4, OKT menjawab bahawa tujuan beliau menyewa Kereta tersebut adalah untuk pergi memancing di Teluk Batik, Lumut, Perak. Keterangan SP4 disokong oleh keterangan dokumentar iaitu sekeping kertas salinan lesen memandu atas nama OKT yang diberikan kepada SP4 (eksibit P13) dimana Teluk Batik dan juga nombor telefon OKT 017- 4667037 dicatit oleh SP4 di dalam kertas tersebut. OKT tidak mencabar no. telefon itu bukan no. telefon beliau. Di samping itu, SP4 juga telah mengambil kunci motosikal OKT selepas OKT menolak motosikalnya ke halaman rumah SP4 sebagai cagaran sewaan Kereta tersebut. Keterangan mengenai cagaran tersebut turut tidak dicabar oleh OKT. Saya juga mengambil kira semasa kes Pendakwa Raya, pihak Pembelaan telah menanya soalan-soalan 60 berikut mengenai motosikal yang terbabit kepada SP8. Nota nota prosiding yang relevan berbunyi sedemikian: Ada sebuah motosikal dirampas oleh Insp. atas nama Rohizan bin Yusof? Tidak setuju, Y.A. Motosikal itu diambil dari rumah pemilik kereta AFK 9310, setuju atau tidak? A: Tidak setuju, Y.A.” Justeru dari cadangan pihak Pembelaan, motosikal memang telah diserahkan kepada SP4 sebagai cagaran sewaan Kereta tersebut dan hakikat ini tidak konsisten dengan versi OKT bahawa Kamarul Hisham telah pergi berjumpa SP4 dalam kereta Pesona Gen 2 bersama OKT tanpa motosikal. 61
66
Dalam kes Mahkamah Rayuan Lee Boon Siah & Ors v PP (supra), Mohamad Azahar HMR (kini HMP) mengatakan: “[44] In our judgment, the defence of all the five accused persons was incapable of raising a reasonable doubt on the prosecution's case. It is true that an accused person has no burden to prove his innocence. The cardinal principle in our administration of criminal justice system is that the prosecution must prove the guilt of the accused beyond reasonable doubt. The court's acceptance of the explanation offered by an accused person must be based upon reason and common sense, and cannot be illogical or irrational. The existence of reasonable doubt is dependent upon the totality of the evidence and on an examination of all the evidence in a fair and reasonable manner and not in isolation (see: Ali Tan Abdullah v. PP [2013] 4 CLJ 757; [2013] 2 MLJ 676).”
67
Pada penilaian saya, SP4, SP3 dan SP2 semua bercakap benar dari aspek kualiti jawapan dan sikap (demeanour) mereka di Mahkamah. Keterangan mereka juga konsisten di antara satu sama lain. Apa 62 yang lebih penting, keterangan SP4 disokong oleh keterangan dokumentar eksibit P13. Secara perbandingan, saya berpendapat bahawa keterangan OKT semata-mata suatu rekaan kerana bertentangan sebab dan akal (reason and common sense). Ini adalah kerana eksibit P13 mengandungi butiran OKT dan bukan Kamarul Hisham. Selain daripada itu, OKT juga telah bercakap bohong mengatakan tujuan sewaan Kereta tersebut bagi memancing di Teluk Batik, Lumut, Perak kerana aktiviti memancing ini memang tidak berlaku dan OKT langsung tidak memberi apa-apa alasan mengenainya. Alat-alat memancing juga langsung tidak dijumpai di dalam Kereta tersebut.
68
Beralih kepada penilaian versi OKT bahawa pemandu Kereta tersebut yang memandu ke dalam R&R Juru pada 6 Disember 2014 pada lebih kurang 10.20 malam adalah Kamarul Hisham, ini sekali lagi merupakan allegasi melalui keterangan lisan OKT sahaja. OKT menyatakan bahawa beliau sampai di sana memandu kereta Pesona Gen 2 dan menunggu ketibaan Kamarul Hisham yang memandu Kereta tersebut. Tetapi apabila Kamarul Hisham tiba, beliau turun menemui OKT yang sedang menunggu di luar Kereta tersebut dan 63 tergesa-gesa mengambil kunci kereta Pesona Gen 2 daripada OKT. Selepas itu, Kamarul Hisham terus memandu pergi kereta Pesona Gen 2 tanpa memberikan apa-apa alasan kepada OKT.
69
Namun menurut SP7, beliau dan rakan sepasukan serbuannya telah menunggu di R&R Juru sejak 9.30 malam dan SP7 jelas nampak OKT memandu Kereta tersebut masuk berseorangan ke tempat itu pada 10.20 malam. Saya berpuas hati bahawa suasana di tempat itu terang dan tiada bermungkinan SP7 telah salah cam OKT. Selepas itu, SP7 dengan pasukannya telah pun merapatkan kenderaan mereka mengepung Kereta tersebut dan terus menahan OKT yang masih berada di dalam Kereta itu. SP7 tidak menyebut langsung mengenai wujudnya Kamarul Hisham di sana dan menafikan cadangan pihak Pembelaan yang berkenaan.
70
Pada penilaian saya, keterangan SP7 adalah benar dan boleh dipercayai daripada aspek kualiti jawapan dan sikap beliau di Mahkamah. Saya sekali lagi berpendapat bahawa keterangan OKT semata mata suatu rekaan. Jawapan OKT semasa pemeriksaan utama juga bercanggahan dengan allegasinya bahawa bukan beliau 64 tetapi Kamarul Hisham yang memandu Kereta tersebut. Petikan nota-nota prosiding keterangan OKT yang relevant berbunyi sedemikian: Dan semasa ditangkap apa berlaku? Polis ada tanya kamu ada bawa barang salah atau tidak. Dan apa kamu jawab? Saya jawab tak tahu. S: Adakah kamu bawa barang salah? J: Ya. S: So bermakna barang salah dalam kereta apa? J: Kereta Avanza itu.” 65 Maka jika sebenarnya Kamarul Hisham yang memandu, macam mana OKT boleh membawa barang salah dalam Kereta tersebut? Ini tidak masuk akal melainkan OKT sendiri yang memandu Kereta itu.
71
Saya juga berpendapat bahawa tiadanya apa-apa sebab bagi SP7 untuk bercakap bohong untuk merancang tuduhan palsu terhadap OKT. Memang OKT telah mengakui bahawa beliau tidak pernah berkenalan dengan SP7 sebelum kejadian pada malam 6 Disember
2014
Dalam kes Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257, Thompson KHN menyatakan seperti berikut: “When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the 66 Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.” Tambahan lagi dalam kes PP v Dwi Supriyatno Mei & 3 Ors (supra), Zamani A Rahim H (kemudiannya HMR) menyatakan: “I have no cogent reasons to doubt and to reject the evidence of these police witnesses. They are witnesses of truth. I have accepted their evidence. There is no evidence to show that SP2 and SP7 bear any grudge against or attempt to frame up the accused persons by fabricating the evidence, or having any evil motive against them. In the Court of Appeal case of Syarifuddin v. PP [2011] 1 LNS 1484, Azhar bin Mohamed, JCA said : 67 [18] Further on this point, we note that a serious allegation by the appellant as to the manner and the circumstances in which the cannabis was actually recovered, according to his version, tantamount to a grave accusation of fabrication by the police to frame-up the appellant. However, there is no evidence at all to point to a reason or motive why the police witnesses would want to fabricate the evidence to frame-up the appellant. Again Azhar Mohamed J said in PP v. Abd. Latif bin Sukiman [2005] 1 LNS 265 said : "To my mind, such a serious allegation by the accused as to the manner and the circumstances in which the drugs were actually recovered from him tantamount to a grave accusation of fabrication by the police to frame-up the accused. However, there is no evidence at all to point to a reason or motive why PW4 and PW5 would want to fabricate the evidence to frame-up the accused. PW4 denied to a suggestion by learned counsel for the accused that he wanted to strengthen the case for the prosecution against the accused. There is no reason 68 why these witnesses should conspire to fabricate evidence against the accused to get the accused convicted, particularly in a case at hand, which involves capital punishment". SP2 and SP7 were both police or narcotic officers who merely carried out their duty. They were credible witnesses and their evidence was not inherently improbable.”
72
Pihak Pembelaan tidak mengemukakan secebis keterangan pun yang menunjukkan bahawa Polis khususnya SP7 berniat atau mempunyai motif untuk memberikan keterangan palsu di Mahkamah yang merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara.
73
Saya beralih pula kepada versi OKT bahawa beliau berada di luar Kereta tersebut semasa SP7 dan pasukan serbuannya menemui beliau. Sekali lagi, versi lisan OKT ini bercanggahan dengan keterangan SP7 dan saya mempercayai keterangan SP7 berdasarkan alasan-alasan di perenggan 69 hingga 72 di atas tadi. 69
74
Secara kesimpulan, saya berpendapat bahawa keterangan OKT yang bercanggahan dengan keterangan saksi-saksi pihak Pendakwa Raya adalah tidak benar dan tak boleh dipercayai. Sungguhpun Kamarul Hisham itu wujud yang disetujui oleh pihak Pendakwa Raya, saya juga berpendapat bahawa penglibatan Kamarul Hisham semasa menyewa Kereta tersebut dan di R&R Juru sepertimana dikatakan oleh OKT adalah cuma rekaannya sendiri. Cerita OKT adalah suatu helah dalam percubaan untuk membebaskan diri daripada pertuduhan yang dihadapi olehnya. Pada peringkat kes Pendakwa Raya, saya telah memutuskan dengan alasan-alasan terperinci bahawa OKT mempunyai milikan sebenar (actual possession) 112,892 gram dadah Cannabis yang terbabit dan saya berpendapat bahawa OKT gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap keputusan milikan itu melalui keterangan yang dikemukakan oleh
75
Saya juga telah memutuskan berdasarkan anggapan seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 bahawa OKT telah mengedar dadah Cannabis itu. Dari keterangan yang dikemukakan oleh OKT, saya berpendapat bahawa beliau gagal mematahkan anggapan tersebut 70
Preamble
mengikut imbangan kebarangkalian. Ini adalah kerana tiada bukti yang memuaskan menunjukkan bahawa Kamarul Hisham merupakan pengedar yang sebenarnya. Pada segala masa yang material, keterangan yang dikemukakan dan diterima hanya menunjukkan dadah Cannabis yang begitu banyak melebihi 100 kilogram itu berada di boot belakang Kereta tersebut yang terbuka dalam jagaan dengan pengetahuan OKT sendiri. Ini bermakna OKT tengah mengangkut dadah Cannabis tersebut dan definisi pengedaran dadah dalam seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 meliputi pengangkutan. Sesyen 2 tersebut berbunyi sedemikian: “"trafficking" includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act.” 71 Saya sedar Kamarul Hisham juga telah ditahan pada malam itu di tol Changkat Jering tetapi pihak Polis tidak menjumpai apa-apa dadah pun bersamanya yang boleh dikaitkan dengan kes ini. Dalam kes Mahkamah Rayuan PP v Kiong K’djoanh & Satu Lagi Rayuan [2016] 5 CLJ 533, Zakaria Sam HMR menyatakan berikut: “[33] Di bawah s. 39B(1), apa yang perlu dibuktikan ialah milikan dan kawalan dengan pengetahuan dan bukannya kepunyaan (ownership). Walaupun diandaikan dadah itu kepunyaan Brave, tetapi tertuduh dengan penuh pengetahuan membawanya ke Malaysia dari India, itu sudah cukup untuk memenuhi kehendak s. 39B(1) ADB. Isu sama ada Brave atau adik Brave adalah pemilik beg P24, tidak relevan sama sekali bagi pertuduhan di bawah s. 39B(1) ADB. [34] Bukanlah beban atas pendakwaan untuk menyiasat versi tertuduh mengenai Brave yang dikatakan pengedar sebenar kerana seorang pengedar masih memerlukan jaringan (networks) seperti tertuduh untuk menjalankan tugas pengedaran bagi pihaknya. 72 [35] Di sini pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas. [36] Isu yang sama telah dibincangkan dan diputuskan di dalam kes Soorya Kumar Narayanan & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 261. Mahkamah Rayuan telah memutuskan: [19] Additional to the above ground, as the appellants had cleverly submitted that Babuji's name had been implicitly mentioned at the prosecution's stage, by virtue of the police having recorded D30, they also canvassed that it was for the prosecution to call Babuji. This submission was based on the general principle that it was incumbent upon the prosecution to establish its case beyond reasonable doubt hence that duty to call him. We were unable to accede to this submission too in the circumstances of the case as the prosecution's case had already successfully established a prima facie case without the need to call Babuji. Notwithstanding the established general principle that it is incumbent upon the prosecution to establish its case, by no account is there any no legal requirement that 73 demands the prosecution to patch-up any flaws in the appellants' defence. With the legal burden on the shoulders of the appellants to rebut the presumption of s. 37(d) of the Act on a balance of probability no adverse inference thus may be held against the prosecution for the non-calling of Babuji here (Liew Slew & Anor v. PP [1969] 1 LNS 90; PP v. Mohd Farid Mohd Sukis & Anor [2002] 8 CLJ 814). In a nutshell as the appellants had put much blame on Babuji, their failure to call him and nullify the presumption of knowledge, left the prosecution's case as regards that ingredient unscathed. [37] Ini bertepatan dengan kehendak s. 106 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan:
106
Burden of proving fact especially within knowledge When any fact is especially within the knowledge of any person, the burden of proving that fact is upon him. 74
a
(a)...
b
A is charged with travelling on a railway without a ticket. The burden of proving that he had a ticket is on him.” Justeru jika Kamarul Hisham memang pengedar yang sebenar seperti dikata oleh OKT, pihak Pembelaan boleh dan patutlah mengemukakan keterangan menunjukkan kebarangkalian sedemikan; umpamanya memanggil Yeap Tak San atau saksi-saksi lain untuk memuaskan Mahkamah. Tetapi pihak Pembelaan tidak berbuat demikian. Saya melihat dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v PP (supra) yang telah dirujuk oleh pihak Pembelaan bahawa Radhi telah memanggil Norazam yang menyatakan bahawa Hashim bermungkinan pengedar dadah ganja dalam kes itu.
76
Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa pihak Pendakwa Raya tiada tugas atau beban untuk memperkuatkan kes pihak Pembelaan dengan memanggil Kamarul Hisham bagi mengecualikan 75 penglibatan beliau sepertimana dihujahkan oleh pihak Pembelaan. Saya telah menelitikan nas-nas kes Yusoff Kassim v Public Prosecutor (supra), Ti Chuee Hiang v Public Prosecutor (supra), Akliansyah v PP (supra) dan PP v AB Rashid Lazim & Anor (supra) yang dirujuk oleh pihak Pembelaan tetapi saya berpendapat bahawa fakta-fakta mereka jauh berlainan. Kes Public Prosecutor v Abdul Latif bin Sakimin (supra) yang juga dirujuk oleh pihak Pembelaan sebenarnya merosakkan kes pihak Pembelaan. Dalam kes itu, Azahar Mohamed PK (kini HMP) menyatakan: “15. Finally, I must now deal with the submission of learned counsel that the accused was prejudiced, as he could not call Islam Mahmood and the two Myanmar women to be his witnesses, as the prosecution did not produce them. The significant point that should be noted here is that the non-production of these witnesses by the prosecution is on account of the failure to subpoena them and it is not as a result of withholding or suppression of evidence. I do not detect any oblique motive on the part of the prosecution in not producing these witnesses. As I have said earlier, I accepted the evidence 76 of PW4 and PW5 with regard to the manner and circumstances the drugs were recovered from the accused and that the evidence of the accused in this respect is an after-thought and a concocted story to shore up his defence. In the result, I am unable to accept with the submission of learned counsel that the accused was prejudiced as a result of non-production of these witnesses.” Pada tahap Mahkamah Persekutuan kes yang sama iaitu Abd Latif Sakimin v Public Prosecutor [2009] MLJU 1828, James Foong HMP menyatakan: “[12] It is trite that the prosecution has a discretion as to which witnesses should be called - see s. 134 of the Evidence Act 1950; Ghani bin Jonit v Regina (No. 2) 1959 MLJ 225; Abdullah Zawawi Omar v P.P(1985) CLJ (Rep) 19 at 23 and the court will not interfere unless it is shown that the prosecution has been influenced by some oblique motive - Adel Md v Att-Gen of Palestine (1944) 2 All ER 139; Malak v R, A(1946) PC 16 or" If witnesses are not deliberately or unfairly held back and 77 reasonable explanation is given by the prosecution for the non examination of material witnesses no doubt is thrown to the prosecution case" - Dalbir v S, A (1977) SC 472, Kandak Nami Babu v State of Orissa (1982) Cri LJ NOC 135; Abdullah Zawawi Omar v P.P (supra). So the real test for this is: whether there was any conscious attempt to suppress facte from the court by not tendering a particular piece of evidence. In support of this is the Indian case of Dasan v State of Kerala (1987) Cri U 180.” Dari keterangan SP8 saya tidak mendapati apa-apa niat serong menyalahkan OKT. SP8 telah menjelaskan bahawa Kamarull Hisham tidak dijumpai di tempat kejadian dan tiada dadah dijumpai bersama beliau apabila ditahan di tol Changkat Jering, Perak. Berikutan daripada ini, saya juga berpendapat bahawa SP8 tiada tugas untuk menyiasat kamera CCTV termasuk di plaza tol PLUS sama ada Kamarul Hisham memandu Kereta tersebut sepertimana di cadangkan oleh pihak Pembelaan. Fakta kes See Kek Chuan v PP (supra) bolehlah dibezakan. Sama juga, SP8 tiada tugas semestinya 78 untuk membuktikan kesan cap jari atau DNA OKT didapati dalam beg-beg guni yang mengandungi dadah Cannabis yang terbabit. Bukti cap jari atau DNA hanya berkualiti koroboratif jika ada. Sebenarnya SP8 telahpun cuba mengesan cap jari ke atas beg-beg tersebut tetapi kesan cap jari tidak dapat ditimbulkan. Dari keterangan SP8, saya tidak mendapati apa-apa niat serang menyalahkan OKT. SP8 telah menjelaskan bahawa Kamarul Hisham tidak dijumpai di tempat kejadian dan tiada dadah dijumpai bersama beliau apabila ditahan di tol Changkat Jering, Perak.
77
Seterusnya saya berpendapat bahawa pihak Pendakwa Raya juga tidak berobligasi untuk memberi pernyataan tulis Kamarul Hisham mengikut seksyen 112 Kanun Aturan Jenayah kepada pihak Pembelaan sepertimana dihujahkan. Kewajipan pihak Pendakwa Raya hanya termaktub dalam seksyen 51A Kanun Aturan Jenayah tetapi peruntukan itu tidak meliputi pernyataan tersebut kerana memang pihak Pendakwa Raya tiada hasrat untuk memanggil Kamarul Hisham sebagai saksi. Jika pihak Pembelaan menghendaki pernyataan itu, suatu permohonan sepatutnya dibuat oleh pihak 79 Pembelaan sendiri berdasarkan seksyen 51 Kanun Aturan Jenayah tetapi ini pun tidak dilakukan.
78
Mengenai allegasi kekurangan siasatan oleh SP8 sepertimana dibangkitkan oleh Pihak Pembelaan, saya berpendapat bahawa allegasi tersebut adalah remeh dan tidak relevan. Pertamanya, SP8 dikatakan tidak menyiasat 2 telefon bimbit yang dirampas dan tidak dikembalikan kepada OKT. Pada pandangan saya, tiada apa-apa yang material akan muncul akibat ketiadaan penyiasatan telefon itu kerana OKT sendiri tidak tahu identiti pemilik telefon-telefon itu. Dia juga telah tidak ingat nombor telefonnya sendiri. Erti kata, OKT tidak pasti siapa pemilik telefon sama sekali. Berkenaan kes Bahram Nikkhouyabgram Nayeb v PP (supra) yang dirujuk oleh pihak Pembelaan, Aziah Ali HMR (kini HMP) mengatakan: “[22] In the present case there is ample evidence that Hossein was also stopped by SP6 approximately five minutes after the appellant was stopped by SP3. SP6 explained that he stopped Hossein because Hossein was behaving suspiciously, the same reason that SP3 gave for stopping the appellant. But 80 upon inspection nothing incriminating was found on Hossein. Despite this there is evidence in the form of exh. D18 which shows that Hossein's handphones were seized and according to SP6 the police from Bukit Aman took over the investigations of Hossein. The learned judge disbelieved the appellant and rejected his defence as being full of inconsistencies which are not logical and not probable. Having considered the evidence we agree with learned counsel that the learned judge has not considered credible evidence and give proper consideration to the facts which show a nexus between the appellant and Hossein and that Hossein could have been the real trafficker. In our considered view the learned judge has not exercised the mandated maximum evaluation of the whole evidence to the effect that it is probable that Hossein was the real culprit as contended by the appellant.” Saya telah meneliti fakta-fakta kes tersebut dan berpendapat bahawa ianya jauh berbeza daripada kes ini. Dalam kes itu, tertuduh dan Hossein, pengedar sebenar dikatakan tidak berkenalan. Pembelaan tertuduh adalah pengangkut tidak bersalah (innocent carrier). 81 Tertuduh mengatakan dia memegang jaket yang mengandungi dadah buat seketika sepertimana disuruh oleh Hossein di KLIA. Penyiasatan telefon-telefon bimbit Hossein mungkin mengait bahawa mereka berkenalan dan maka Hossein adalah pengedar sebenar. Secara perbandingan, OKT di sini memang sudah kenal Kamarul Hisham dan hakikat ini tidak akan menyokong fakta perkenalan di antara mereka. Kes ini bukan kes melibatkan pengangkut tidak bersalah (innocent carriage) kerana OKT tidak dikatakan memilik dadah Cannabis buat seketika sahaja (momentarily) oleh sebab suruhan pengedar sebenar sepertimana dalam kes Bahram Nikkhouyabgram Nayeb v PP (supra) dan juga Mohamad Radhi Yaakob v PP (supra). Ini adalah kerana OKT memang mempunyai jagaan serta pengetahuan dadah Cannabis di dalam boot Kereta tersebut lebih lama daripada seketika sahaja konsisten dengan aktiviti pengedaran sepertimana dilihat dalam kes PP v Kiong K’djoanh & Satu Lagi Rayuan (supra). Pada segala masa yang material, tiada bukti bahawa OKT hanya mengangkut dadah Cannabis tersebut buat sementara atas suruhan atau arahan Kamarul Hisham. Selebihnya isu sama ada Kamarul Hisham adalah tuan punya dadah tersebut adalah juga tidak relevan. 82
79
Akhirnya, pihak Pembelaan telah cuba mengambil kesempatan untuk mengatakan bahawa pihak Pendakwa Raya telah mengakui bahawa OKT memang berada di luar Kereta tersebut di R&R Juru berdasarkan soalan DPP Shafina yang berbunyi: Rosli setuju atau tak setuju dengan soalan saya. Dalam kes ini Rosli telah ditangkap di luar kereta Avanza setuju atau tak setuju? Setuju.” Soalan ini merupakan soalan pemeriksaan balas pihak Pendakwa Raya yang pertama terhadap OKT yang serta merta disusuli oleh soalan yang berikut daripada DPP Lim: “S: Maksud DPP tadi di Mahkamah adalah keterangan kamu di Mahkamah adalah kamu ditangkap di luar Avanza, setuju? Setuju.” 83 Pada pendapat saya, kesemua soalan dan jawapan mestilah dilihat dalam konteks yang betul dan wajar. Saya menggangap soalan pertama DPP Shafina tidak tepat dan telah diperbetulkan oleh DPP Lim. Maka, tiada apa-apa pengakuan oleh pihak Pendakwa Raya telah pun diberikan kepada OKT.
80
Berdasarkan alasan-alasan di atas setelah menilaikan kesemua keterangan yang dikemukakan, saya berpendapat bahawa pihak Pembelaan telah gagal mematahkan atau menolak anggapan berikutan seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952. Dalam apa jua keadaan, saya juga berpendapat bahawa pihak Pembelaan telah gagal menimbulkan apa apa keraguan munasabah dalam kes Pendakwa Raya.
81
Oleh yang demikian, saya memutuskan bahawa OKT didapati salah disabit sepertimana dituduh. 84
82
Mengenai hukuman, pihak Pembelaan merujuk kepada seksyen 39B(2), (2A) dan (2B) Akta Dadah Berbahaya yang baru-baru ini dipinda yang berbunyi: “(2) Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall be guilty of an offence against this Act and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, be punished with whipping of not less than fifteen strokes.
2A
In exercising the power conferred by subsection (2), the Court in imposing the sentence of imprisonment for life and whipping of not less than fifteen strokes, may have regard only to the following circumstances:
a
there was no evidence of buying and selling of a dangerous drug at the time when the person convicted was arrested;
b
there was no involvement of agent provocateur; or 85
c
the involvement of the person convicted is restricted to transporting, carrying, sending or delivering a dangerous drug; and
d
that the person convicted has assisted an enforcement agency in disrupting drug trafficking activities within or outside Malaysia.
2B
For the purposes of subsection (2A), "enforcement agency" means-
a
the Royal Malaysia Police;
b
the National Anti-Drugs Agency;
c
the Royal Malaysian Customs Department;
d
the Malaysian Maritime Enforcement Agency; or
e
any other enforcement agency as may be determined by the Minister.” 86
83
Pihak Pembelaan berhujah bahawa OKT setelah ditangkap oleh SP7 telah semasa ditahan di lokap telah menyumbangkan bantuan kepada PDRM dengan cara mengesahkan identiti Kamarul Hisham yang kemudiannya disabit mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langlah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Petikan keterangan beliau dalam nota-nota prosiding berbunyi sedemikian: Dan semasa di dalam balai polis En. Rosli ada tak bila-bila diberi peluang untuk mengecam gambar Kamarul Hisham? Semasa tangkap saya diberi peluang untuk mengecam. Pihak Polis ada tunjuk dalam handphone ada gambar kad pengenalan Kamarul Hisham.”
84
Maka pihak Pembelaan berhujah bahawa OKT telah memenuhi keperluan seksyen 39B(2A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan maka boleh serta patut dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup bersama sebatan sepertimana diperuntukkan dalam Akta tersebut. 87
85
Pihak Pendakwa Raya pula berhujah bahawa bantuan yang dimaksudkan dalam seksyen 39(2A) mestilah dalam bentuk memberi maklumat kepada pihak agensi penguat-kuasaan. Petikan daripada Hansard Dewan Rakyat Parlimen Ketiga belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga pada 30 November 2017 yang berbunyi berikut dirujuk: “Tujuan Akta 293 (A293) dibuat antara lain adalah untuk menangani peningkatan aktiviti pengedaran dan perdagangan dadah berbahaya dengan memperkenalkan hukuman mati atau hukuman penjara seumur hidup dan sebatan untuk jenayah tersebut memandangkan hukuman yang diperuntukkan dalam Akta 234 sebelum itu didapati tidak berkesan. … Cadangan pindaan ini digubal dengan teliti dengan mengambil kira niat utama kerajaan untuk melindungi kepentingan awam, public interest dengan memberikan mesej pencegahan yang serius dan meningkatkan keberkesanan operasi bagi agensi 88 penguat kuasa termasuk PDRM, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia dalam membanteras masalah pengedaran dadah dalam negara Malaysia. Cadangan pindaan ini memberi peluang kepada orang yang disabitkan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memberi maklumat yang mereka memiliki, khususnya berkaitan dengan pihak-pihak terlibat dalam sindiket pengedaran dadah. Maklumat berkenaan boleh membantu agensi penguat kuasa, dalam usaha-usaha untuk membawa kepada penangkapan, penahanan atau pendakwaan mana-mana orang yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah. … Cadangan pindaan ini merupakan satu inisiatif pihak kerajaan bagi memastikan keadilan sewajarnya kepada mereka yang tidak sepatutnya diberi hukuman mati mandatori. Sesungguhnya kerajaan tidak pernah dan tidak akan berlembut 89 dalam menguatkuasakan undang-undang pencegahan dadah demi menjamin kententeraman awam. Kerajaan Malaysia tidak akan sama sekali berkompromi dengan penjenayah jenayah dada, yang merupakan ancaman kepada masyarakat umum dan Negara. … Persoalan akhir, sejauh manakah pindaan ini akan membantu pihak kerajaan khususnya agensi penguat kuasa dalam menangani dan membanteras durjanah dadah yang semakin menular di kalangan masyarakat. Sememangnya cadangan pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan pada hari ini untuk memberi ruang budi bicara kepada mahkamah. Pada masa yang sama, adalah syarat mandatori kepada orang yang disabit untuk membantu agensi penguat kuasa dalam mengendalikan aktiviti pengedaran dadah di dalam atau di luar Malaysia. Justeru itu, ini membuktikan kerajaan serius dalam memperkasakan lagi agensi penguatkuasaan dalam 90 membanteras gejala ini secara habis-habisan sehingga mencari dan menangkap bukan sahaja dengan izin drug muse atau innocent carrier tetapi tokan-tokan dadah di dalam dan di luar Negara. Pendek kata hasrat kerajaan adalah sentiasa untuk tegakkan keadilan meskipun langit akan runtuh seperti kata-kata Latin, fiat justitia ruat caelum. … Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Ipoh Barat menimbulkan isu berkenaan kenapa pindaan ini tidak memberi budi bicara kepada mahkamah secara mutlak. Keputusan telah dibuat untuk tidak memberi budi bicara mutlak kepada mahkamah kerana dikhuatiri berlakunya keadaan seperti sebelum Akta 234 pada tahun 1983. … Sehubungan dengan itu, syarat-syarat tertentu ditetapkan untuk dipertimbangkan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman 91 terhadap tertuduh yang disabitkan di bawah seksyen 39B. Ini adalah selari dengan niat di sebalik rang undang-undang pindaan ini yang ingin memperkasakan agensi penguatkuasaan dalam memerangi pengedaran dadah. …”
86
Oleh sebab yang demikian, pihak Pendakwa Raya menegaskan bahawa OKT telah tidak memenuhi kehendak peruntukan seksyen 39B(2A)(d) Akta Dadah Berbahaya 1952, justeru Mahkamah tiada budi-bicara untuk menghukum OKT sebagaimana dicadangkan oleh pihak Pembelaan.
87
Walau bagaimanapun, jika OKT memenuhi peruntukan seksyen 39B(2A) tersebut, Mahkamah masih patut menjatuhkan hukuman mati oleh kerana kuantiti dadah yang terlibat amat banyak dan OKT mempunyai dua sabitan yang lepas berkenaan dengan dadah berbahaya jenis Caanabis juga iaitu sabitan berdasarkan seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret Taiping kes no. 83D-188-04/2014 pada 24 Julai 2014 dan kes no. 83D-260-05/2014 92 pada 22 Julai 2014 berikutan Polis repot no. Kamunting/001816/14 dan Kamunting/00303714 masing-masing.
88
Saya telah meneliti hujahan-hujahan kedua-dua pihak dan berpendapat bahawa liputan seksyen 39B(2A)(d) Akta Dadah Berbahaya tidak dihadkan kepada pemberian maklumat kepada pihak agensi penguat-kuasaan sahaja kerana ini tidak dinyatakan secara khusus dalam akta. Pada pandangan saya, ia adalah memadai jika apa jua bantuan telah pun diberikan oleh orang kena tuduh, walaupun secubis, yang telah menyebabkan gangguan aktiviti dadah bila dilihati secara objektif pada keseluruhannya.
89
Namun berdasarkan fakta-fakta dalam kes ini, saya berpendapat bahawa keterangan yang dikemukakan oleh OKT tidak memadai untuk membuktikan bantuan yang dikehendaki telah pun diberikan. Erti kata, OKT gagal memenuhi kerperluan seksyen 39(B)(2A)(d) Akta tersebut. Keterangan yang sedia ada hanya menunjukkan bahawa OKT telah mengesahkan identiti Kamarul Hisham. Ini adalah suatu fakta yang neutral. Tiada keterangan sama ada pengesahan tersebut telah diminta oleh Polis susulan siasatan bagi menyabitkan 93 Kamarul Hisham berikutan Akta Dadah Berbahaya 1952 atau Akta Dadah Berbahaya (Langlah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Pengesahan Kamarul Hisham itu mungkin hanya untuk tujuan siasatan kes ini sahaja samada Kamarul Hisham benar-benar wujud sepertimana dikatakan oleh OKT.
90
Oleh sebab yang demikian, saya tiada budi-bicara untuk menjatuhkan hukuman alternatif penjara seumur hidup serta sebatan. Dalam apa jua keadaan dan sepertimana dihujahkan oleh pihak Pendakwa Raya mengenai kuantiti dadah yang terlibat, rekod sabitan OKT yang lampau dan juga mengambil kira hakikat gejala dadah yang masih kini berleluasa di Malaysia, saya juga tiada pilihan melainkan menjatuhkan hukuman mati. Dalam kes Mahkamah Persekutuan Loh Hock Seng & Anor v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 13, Raja Azlan Shah KH (Malaya) (kemudian KHN) menyatakan: “Sentencing in a criminal case must of course bear relation to the particular circumstances of the offender as well as the particular circumstances of the offence. The legislature has in 94 its wisdom and in the implementation of its plenary powers in this respect enacted the imposition of the alternative penalties of death or imprisonment for life under section 39B of the Ordinance with the option and discretion in this regard to be no doubt judicially and judiciously exercised according to the facts and circumstances of a particular case, and we can see no reason whatsoever why the statutory enactment of the option for punishment by death cannot and should not be made functionally operative and exercised and applied proprio vigore if the circumstances and facts of the case so warrant, justify, require and perhaps even demand. Notwithstanding the several convictions for trafficking in drugs that have been secured, the rampancy of this type of offence still continues unabated with sequential impetus to related offences under the Ordinance, and in view of the current and continuing upsurgence of indulgence in dangerous and deleterious drugs and offences relating to and connected therewith, we feel the time has now come for some more vigorous element of deterrence to be brought to bear upon 95 those trafficking in drugs, both active and potential, who are no less than engineers of evil and pedlars of death, to the intent and extent that intending offenders should be made to desist and be deterred, that those one step ahead and in the course of promoting or participating in such heinous activity should realise the extremely grave consequences they face, stop dead in their tracks, repent and resile, and that those who, notwithstanding still pertinaciously persist and have the misfortune of being apprehended, should know they are in for the punishment prescribed by law to fit the crime. As was said by Abdoolcader J., inTan Boon Liat v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Ors [1976] 2 MLJ 83 trafficking in drugs strikes at the very core of public order, and he went on to add (at page 88): "Trafficking in drugs is a crime which also affects public health and public safety and can indeed be the spawn or nidus of crimes that ultimately result in violence or at least have a shattering effect on public tranquillity and society generally." 96 Turning to the 2nd appellant's case, he was convicted on clear evidence quite apart from his own statement taken on a caution properly administered and which was admitted at his trial. The amount of heroin involved is very substantial, 1550.1 grammes to be exact, and he also has several previous convictions for armed robbery, house-breaking and theft and one for possession of heroin under section 12 of the Ordinance. There would appear to be no redeeming features but the learned judge states in his grounds of judgment that after some hesitation in considering the sentence to be imposed he decided he would give the 2nd appellant one more chance, presumably in the stock phrase to turn over a new leaf. In our view the learned judge had the percipience to see the special malignancy of the offence and the antecedents of the offender but not the courage to reflect it in the sentence. We are of the view that he was clearly in error which entitles this court to interfere. We would like to take this occasion to reaffirm expressly, unequivocably and unanimously that where the case justifies it, judges should not develop a phobia against inflicting the death penalty. In our view, the prescribing of a maximum 97 penalty in respect of an offence not only marks the limits of the court's discretionary power as to sentence, it also ordinarily prescribes what the penalty should be in the more serious type of cases falling within the relevant class of the offence meriting the maximum punishment prescribed. We are of the view that in the circumstances of the 2nd appellant's case, the imposition of a term of imprisonment for life is wholly inadequate as it does not reflect the gravity of the offence and the circumstances of the case against him, his record of previous convictions, the public interest involved in respect of crimes of this nature and a sufficient factor of deterrence to others of his ilk.” Di dalam kes Mahkamah Persekutuan Chang Liang Sang & Ors v Public Prosecutor [1982] 2 MLJ 231, Raja Azlan Shah KH (Malaya) (kemudian KHN) menyatakan: “The appellants were charged with trafficking 974 grammes of heroin, an offence under section 39B (1)(a) of the Dangerous 98 Drugs Act 1952 and punishable under section 39B (2) of the said Act. The evidence against them showed that they were involved in the sale of heroin and that they were part of an organized syndicate trafficking in dangerous drugs. They were convicted and sentenced to death. We dismissed their appeal against conviction as we were satisfied that there was sufficient evidence to justify their conviction. We considered the appeal against sentence. In that respect we would like to stress that in drug trafficking cases very little allowance can be made for the circumstances of individual offenders. We had said enough in Loh Hock Seng & Anor v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 13 and similar cases. A study of these cases indicates the strong concern of this court that as far as possible in this difficult area of sentencing there should be reasonable conformity in the sentences imposed in similar 99 cases. Other than in the most exceptional circumstances, a sentence of death should be imposed following a conviction for trafficking, in order to mark the gravity of the offence, to emphasize public disapproval, to serve as a warning to others, to punish the offenders and most of all to protect the public. We dismissed their appeal against sentence.”
91
Maka, saya mengeluarkan perintah bahawa OKT dijatuhkan hukuman gantung di leher sampai mati. Bertarikh 31 Mei 2018 t.t LIM CHONG FONG HAKIM MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANG 100 PEGUAMBELA PIHAK PENDAKWA RAYA: LIM CHEAH YIT (HAMZAH BIN AZHAN BERSAMANYA) PEGUAMCARA PIHAK PENDAKWA RAYA: PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI PULAU PINANG PEGUAMBELA PIHAK PEMBELAAN: MANVEER SINGH PEGUAMCARA PIHAK PEMBELAAN: MANVEER SINGH DHILLON &
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.