/akn/my/judgment/magistrates-court/2026/836db49e-107b-432b-8f53-1eab1e3dda92
Magistrates Court of Malaysia29 Jun 2026WA-A72NCC-24911-06/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“set off tidak wujud di Malaysia disebabkan ketiadaan perundangan spesifik; b. Hanya Equitable set off terpakai di Malaysia yang diambil (adopted) daripada Engish rules of equity di bawah Seksyen 3(1) Civil Law Act 1956;”
“45. Bagi isu ini, mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu Antara Vista Sdn Bhd v Rumaya Properties Sdn Bhd [2017] MLJU 1964 yang menyatakan bahawa, “the court ought not to look beyond what was contained within the four walls of the contract document. The contract document must contain within its four wall”
“When a party in giving his oral evidence in court deviates from his pleaded defence, then his account as narrated to the court must surely be suspect (see p 630D; PR Panickar v Chwee May Kwong & Anor [1958] MLJ 136 followed).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO: WA-A72NCC-24911-06/2025 ANTARA LIM CHUAN HO (NO.K/P: 691118-01-5589) …PLAINTIF DAN GLYKEN BIO PRODUCTS SDN BHD (NO. SYARIKAT: 201401036194 [1112332-K]) …DEFENDAN (DIDENGAR BERSAMA) DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO: WA-A72NCC-24931-06/2025 ANTARA YAP SIOW YEN (NO.K/P: 791119-14-5316) …PLAINTIF DAN GLYKEN BIO PRODUCTS SDN BHD (NO. SYARIKAT: 201401036194 [1112332-K]) …DEFENDAN 08/07/2026 20:49:11 WA-A72NCC-24911-06/2025 Kand. 60 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 ALASAN PENGHAKIMAN (Selepas Satu Perbicaraan Penuh)
section
1. Ini adalah satu alasan penghakiman yang disediakan oleh Mahkamah ini, bagi menerangkan alasan-alasan Mahkamah ini yang telah membenarkan tuntutan Plaintif-plaintif (di dalam kedua-dua kes nombor 24911 dan 24931) dengan faedah dan kos.
section
2. Kedua-dua kes ini telah dibicarakan bersama atas permohonan kedua-dua pihak disebabkan melibatkan pihak Defendan yang sama serta tuntutan yang sama. Dan hanya satu (1) alasan penghakiman disediakan bagi menerangkan alasan-alasan Mahkamah bagi kedua-dua kes tersebut.
section
3. Latar belakang pihak-pihak Plaintif-Plaintif di dalam kes 24911 dan 24931 masing-masing merupakan seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat penyampaian di No 24, Jalan Duku 21, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor.
section
4. Defendan yang dirujuk di dalam kedua-dua kes 24911 dan 24931 merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar di B-21-1, Level 21, Tower B, Northpoint Mid Valley City, No 1, Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan alamat perniagaan di No 24 & 26, Jalan SILC 2/4, Kawasan Perindustrian SILC, 79200 Iskandar Puteri, Johor.
section
5. Kes Plaintif-Plaintif Kedua-dua Plaintif di dalam kes 24911 dan 24931 telah memplidkan bahawa kedua-dua mereka telah memasuki satu Perjanjian Penyertaan (Perticipation Agreement) bertarikh 12.9.2019 dengan Defendan (selepas ini dirujuk sebagai “Participation Agreement tersebut”) di mana Defendan telah bersetuju untuk mempromosikan rancangan dan strategi pemasaran serta pelaburannya bagi produk bio sarang burung di Malaysia **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 dan/atau di negara lain di mana Defendan menjalankan perniagaan kepada pihak-pihak yang berminat.
section
6. Plaintif-Plaintif bersetuju menyertai rancangan dan strategi pemasaran serta pelaburan Defendan dan telah pun melabur dengan jumlah penyertaan yang dipersetujui bersama.
section
7. Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa terma-terma dan syarat-syarat material Participation Agreement tersebut adalah sepertimana berikut: a. Plaintif bersetuju untuk membayar jumlah penyertaan sebanyak USD 10,000 bersamaan dengan Ringit Malaysia RM 40,000.00 bagi memperoleh sejumlah 10,000-unit GLK di mana pembayaran tersebut hendaklah dibuat sepenuhnya pada hari Participation Agreement tersebut ditandatangani; b. Tempoh penyertaan adalah selama dua belas (12) bulan mulai dari tarikh Participation Agreement tersebut; c. Defendan memberi jaminan dan persetujuan untuk membayar: i. pulangan bulanan sebanyak 2.5% (bersamaan RM 1,000.00) dari jumlah pelaburan (RM 40,000.00) sepanjang tempoh 12 bulan Participation Agreement tersebut; ii. Pendapatan terjamin sebanyak 70% dari jumlah pelaburan (RM 40,000.00) bersamaan RM 28,000.00 setelah tamat tempoh Participation Agreement tersebut; dan iii. Jumlah penuh penyertaan serta pendapatan terjamin akan dibayar sepenuhnya selepas tamat tempoh Participation Agreement tersebut.
section
8. Plaintif-plaintif telah memplidkan bahawa pihak mereka telah membayar jumlah penyertaan sebanyak RM 40,000.00 masing-masing kepada Defendan semasa menandatangani Participation Agreement tersebut.
section
9. Defendan telah membayar kepada Plaintif-plaintif pulangan bulanan sebanyak RM 1,000.00 mulai bulan Oktober hingga Disember 2019 dengan butir-butir berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 Tarikh
section
16. Pulangan Bulanan (RM)
section
10.2019 1,000.00 12.11.2019 1,000.00 13.12.2019 1,000.00 JUMLAH 3,000.00
section
10. Walaubagaimanapun, Plaintif-plaintif memplidkan bahawa Defendan telah gagal, enggan dan/atau abai untuk membayar Plaintif-plaintif: a. pulangan bulanan RM 1,000.00 selama 9 bulan dari sepanjang tempoh Januari 2020 hingga September 2020 (RM 9,000.00); b. Pendapatan terjamin sebanyak 70% dari jumlah pelaburan (RM 40,000.00) setelah tamat tempoh Participation Agreement tersebut (RM 28,000.00); dan c. Jumlah penuh penyertaan yang akan dibayar sepenuhnya selepas tamat tempoh Participation Agreement tersebut (RM 40,000.00).
section
11. Plaintif-plaintif melalui peguamcaranya Tetuan Tharma, PY Ng & Gooi telah menghantar satu Notis Tuntutan bertarikh 17.3.2025 kepada Defendan bagi menuntut wang-wang tersebut namun tiada menerima sebarang maklumbalas daripada pihak Defendan.
section
12. Kausa tindakan bagi tuntutan Plaintif-plaintif terhadap Defendan adalah berdasarkan perlangaran kepada Participation Agreement tersebut dan Plaintif-plaintif menuntut daripada Defendan masing-masing sebanyak RM 77,000.00 berserta faedah dan kos.
section
13. Kes Defendan Defendan mengesahkan bahawa kedua-dua Plaintif di dalam kes 24911 dan 24931 telah memasuki Participation Agreement tersebut dengan pihaknya (yang secara kolektif dirujuk sebagai kedua perjanjian tersebut) dengan butiran perjanjian tersebut adalah di dalam pengetahuan kedua-dua Plaintif. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
section
14. Defendan walaubagaimanapun menafikan bahawa Participation Agreement tersebut mengikatnya dari segi obligasi atas alasan-alasan berikut: a. Kedua-dua perjanjian tersebut dimasuki oleh Defendan dengan kedua-dua Plaintif atas persetujuan dan syarat utama “condition precedent” bahawa Plaintif-plaintif akan mendapatkan pelaburan RM 10,000,000.00 di dalam Defendan, yang mana gagal ditunaikan oleh Plaintif-plaintif; b. Kedua-dua Plaintif merupakan pengarah dan pemilik Cornerstone Global Sdn Bhd, yang telah membeli produk-produk dari Defendan dan telah berhutang sebanyak RM 250,210.00. Maka atas permintaan dan persetujuan Defendan dan syarikat tersebut serta dengan persetujuan Defendan dan Plaintif-plaintif tersebut, apa-apa jua jumlah hutang oleh Defendan kepada kedua-dua Plaintif tersebut akan ditolak (contra) dari hutang syarikat Cornerstone Global Sdn Bhd kepada Defendan. Penolakan (contra) ini telah dilaksanakan. c. Menurut kedua-dua Participation Agreement yang dimasuki Defendan dengan kedua-dua Plaintif tersebut, 10,000 unit GLK harus dikembalikan kepada Defendan yang mana sehingga kini masih gagal/lalai dan enggan dikembalikan oleh Plaintif-plaintif kepada Defendan; d. Defendan menyatakan bahawa Plaintif-plaintif sendiri tidak membayar harga sepenuhnya iaitu USD 10,000.00 kepada Defendan
section
15. Defendan menafikan tuntutan Plaintif dan memohon agar tuntutan Plaintif-plaintif di kedua-dua kes ditolak dengan kos.
section
16. Saksi-saksi Berikut merupakan saksi-saksi bagi kedua-dua pihak bagi kes no 24911: a. En Lim Chuan Ho (SP1); dan b. En Shak Pui Shong (SD1)
section
17. Berikut merupakan saksi-saksi bagi kedua-dua pihak bagi kes no 24931: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 a. Pn Yap Siow Yen (SP1); dan b. En Shak Pui Shong (SD1)
section
18. Fakta-fakta Dipersetujui Berikut merupakan fakta-fakta dipersetujui di dalam kedua-dua kes a. Latar belakang Plaintif; b. Latar belakang Defendan; c. Plaintif telah memasuki satu perjanjian penyertaan (‘Participation Agreement’) dengan Defendan
section
19. Isu-isu untuk dibicarakan Berikut merupakan isu-isu untuk dibicarakan bagi kedua-dua kes: a. Sama ada wujud satu perjanjian penyertaan yang sah dan mengikat di sisi undang-undang antara Plaintif dan Defendan? b. Sama ada Plaintif telah memenuhi obligasi perjanjian dengan membayar jumlah penyertaan kepada Defendan? c. Sama ada terdapat satu pra syarat (‘condition precedent’) sepertimana diplidkan di dalam pembelaan Defendan dan sama ada Plaintif gagal untuk memenuhi pra syarat tersebut? d. Sama ada Defendan telah memungkiri terma-terma perjanjian penyertaan dengan gagal membayar pulangan bulanan, pendapatan terjamin dan/atau jumlah penuh penyertaan kepada Plaintif selepas tamat tempoh perjanjian penyertaan? e. Sama ada terdapat persetujuan kontra sepertimana yang diplidkan oleh Defendan dan sama ada kontra telah dilakukan/ dilaksanakan dan oleh itu tiada apa-apa jua hutang kepada Plaintif? f. Sama ada Plaintif bayar USD 10,000.00 kepada Defendan? g. Adakah Plaintif mengembalikan 10,000 unit GLK kepada Defendan? **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 h. Adakah Plaintif memungkiri terma perjanjian penyertaan tersebut dengan tidak membayar USD 10,000.00 kepada Defendan dan tidak mengembalikan 10,000.00 unit GLK kepada Defendan? i. Sama ada Plaintif berhak menuntut jumlah keseluruhan RM 77,000.00 daripada Defendan di bawah perjanjian penyertaan tersebut? Isu (a): Sama ada wujud satu perjanjian penyertaan yang sah dan mengikat di sisi undang-undang antara Plaintif dan Defendan?
section
2. Bagi isu (a), mahkamah ini membuat dapatan bahawa wujud satu perjanjian penyertaan yang sah dan mengikat di sisi undang-undang antara Plaintif-Plaintif di dalam kes 24911 dan 24931 dengan Defendan, dan memenuhi kehendak-kehendak di bawah Seksyen 2 Akta Kontrak 1950 (Akta 136) sepertimana berikut: a. Tawaran (proposal); b. Penerimaan (Acceptance); c. Balasan (consideration); d. Keupayaan (capacity) e. Niat untuk untuk mewujudkan hubungan perundangan (intention to create legal relation); dan f. Kepastian/ketentuan (certainty) g. Kerelaan bebas (free will)
section
3. Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Defendan tidak sewajarnya pada tahap ini mempertikaikan kewujudan kontrak di antara Plaintif-plaintif dan Defendan semata-mata atas alasan ketiadaan kontrak tersebut dikemukakan kerana ianya telah melencong daripada Pembelaan yang telah diplidkan oleh Defendan.
section
4. Defendan di perenggan 3 Pernyataan Pembelaannya telah mengesahkan bahawa Plaintif telah memasuki perjanjian “participation agreement’ tersebut dengan pihak Defendan dengan butiran kedua perjanjian tersebut adalah di dalam pengetahuan Plaintif. Tiada sebarang penafian dibuat oleh Defendan bagi maksud perkara ini. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8
section
5. Fakta-fakta dipersetujui (Ikatan D) kedua-dua kes 24911 dan 24931 turut dirujuk di mana Defendan mengesahkan bahawa “Plaintif telah memasuki satu perjanjian penyertaan (‘Participation Agreement’) dengan Defendan. “
section
6. Defendan juga didapati telah memplidkan di dalam kedua-dua kes 24911 dan 24931 di perenggan 15 Pernyataan Pembelaan mereka (Ikatan A) bahawa “hanya terdapat satu sahaja Participation Agreement di antara Plaintif dan Defendan dan terma-terma didalamnya”, yang menunjukkan bahawa meskipun kontrak di antara Plaintif dan Defendan di dalam kes 24911 tidak didasari dengan satu perjanjian bertulis, ianya menunjukkan bahawa perjanjian tersebut tetap wujud dan terma-termanya adalah sama dengan Participation Agreement di dalam kes 24931 (muka surat 13 hingga 15 Ikatan B).
section
7. Ianya adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak-pihak adalah tertakluk kepada pliding mereka. Kes Abdul Rahman Bin Abdul Karim V Abdul Wahab Bin Abdul Hamid [1996] 4 MLJ 623 dirujuk di mana Abdul Malik Ishak, HMT Johor Bahru (ketika itu) memutuskan sepertimana berikut: “It is trite law that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts which they have not pleaded (see p 634E; Chartered Bank v Yong Chan [1974] 1 MLJ 157 followed). However, any party to a proceeding may raise other issues not pleaded in their pleadings provided they make an application to amend their pleadings to include the issues to be raised (see p 634H; Blay v Pollard & Morris [1930] 1 KB 628 followed). When a party in giving his oral evidence in court deviates from his pleaded defence, then his account as narrated to the court must surely be suspect (see p 630D; PR Panickar v Chwee May Kwong & Anor [1958] MLJ 136 followed).
section
8. Memandangkan tiada sebarang pindaan kepada pliding dibuat bagi menafikan kewujudan kontrak tersebut, maka mahkamah pada tahap ini menolak penghujahan Defendan yang menyatakan bahawa tidak wujud kontrak di antara Plaintif dan Defendan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9
section
9. Kontrak tetap sah dan wujud meskipun tiada dalam bentuk dokumen bertulis. Dalam keadaan tidak wujud kontrak bertulis, Mahkamah akan meneliti kepada keterangan dokumentar, tindak tanduk kelakuan (conduct) pihak-pihak, keterangan oral serta semua keadaan sekeliling (circumstantial facts) kes tersebut (rujuk kes Nagasari Unggul Sdn Bhd v Tee Chee Hong [2020] 8 MLJ 361 di perenggan 20)
section
10. Halsbury's Laws of Malaysia - Contract 120 dirujuk yang menyatakan sepertimana berikut: Contract (2) Process of an Agreement
subsection
(4) Construing an Agreement A. Introduction [120.057] Ascertaining whether there is a contract Sometimes disputes may arise between the parties as to whether in fact a legally binding contract had been concluded between them. The task of determining whether a contract is fully binding is then left to the courts. In arriving at its conclusion, the paramount factor that the court takes into consideration is the intention of the parties as evidenced in the written contract or from other relevant facts. The courts are also guided by other factors such as the language used by the parties, their conduct, the surrounding circumstances, the object of the contract and the whole of the correspondence between the parties. Further, the courts may have regard to the reasonable expectations of the parties to the purported contract3. The list of relevant factors for the court’s consideration is not exhaustive.
section
11. Dalam kes ini, setelah meneliti kepada keseluruhan fakta yang relevan, Mahkamah mendapati wujud kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang di antara Plaintif-plaintif dengan Defendan, apabila Defendan dilihat menunaikan obligasinya di bawah kontrak tersebut dengan membuat pembayaran sebanyak RM 1,000.00 sebulan bagi tempoh Oktober 2019 hingga Disember 2019 kepada Plaintif-plaintif di bawah kes 24911 dan 24931 Isu (b) : Sama ada Plaintif telah memenuhi obligasi perjanjian dengan membayar jumlah penyertaan kepada Defendan? **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 Isu (f) : Sama ada Plaintif bayar USD 10,000.00 kepada Defendan?
section
12. Defendan berpendirian bahawa terma Participation Agreement tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana Plaintif-plaintif tidak memenuhi syarat Klausa 1 Perjanjian tersebut, iaitu bagi membayar USD 10,000.00 kepada Defendan. Menurut Defendan, berdasarkan extract Bank Negara Malaysia, kadar tukaran USD kepada Ringgit Malaysia pada tarikh 12.9.2019 adalah sebanyak 4.1730. Maka, Plaintif-plaintif seharusnya membayar sebanyak RM 41,730.00. Dalam kes ini, Plaintif hanya membayar sebanyak RM 40,000.00.
section
13. Plaintif-plaintif berpendirian sebaliknya. Meskipun Perjanjian menyatakan pembayaran adalah sebanyak USD 10,000.00 namun pihak-pihak bersetuju bahawa pembayaran yang perlu dibuat adalah sebanyak RM 40,000.00 sahaja. Dan Defendan telah menerima pembayaran tersebut tanpa sebarang bantahan.
section
14. Mahkamah ini, atas imbangan kebarangkalian, mendapati bahawa terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meminda terma pembayaran USD 10,000 di bawah kontrak asal daripada Ringgit Malaysia 41,370.00 kepada RM40,000.00. Persetujuan tersebut merupakan suatu variasi kontrak (variation of contract), dan pada masa yang sama pihak penerima bayaran iaitu Defendan telah melepaskan (waive) haknya untuk menuntut baki sebanyak RM1,370.
section
15. Mahkamah ini mendapati wujud keterangan yang relevan di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 berkenaan kelakuan atau tindak tanduk (conduct) Defendan yang tidak pernah membangkitkan sebarang bantahan atau menuntut kembali sejumlah RM 1,370 yang terkurang dibayar tersebut.
section
16. Malah untuk menyatakan bahawa kontrak tersebut tidak dapat dilaksanakan akibat terkurang bayaran oleh Plaintif-plaintif juga merupakan satu pemikiran terkemudian apabila mahkamah ini mendapati bahawa Defendan sebenarnya telah mengambil tindakan untuk melaksanakan obligasinya di bawah Klausa 4 Perjanjian tersebut dengan membayar kepada Plaintif-plaintif bagi kedua-dua kes jaminan sebanyak 2.5% daripada jumlah pelaburan, setiap bulan di antara tempoh Oktober 2019 hingga Disember 2019 (rujuk muka surat 19 hingga 26 Ikatan B). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11
section
17. Dan 2.5% daripada jumlah pelaburan (RM 40,000.00) adalah bersamaan RM 1,000.00. Mahkamah berpendapat bahawa sekiranya Defendan mengambil pendirian bahawa ianya tidak dapat dilaksanakan, maka tiada keperluan wang ini dibayar kepada Plaintif-plaintif.
section
18. Untuk isu (b) dan (f), mahkamah ini membuat dapatan bahawa Plaintif-plaintif telah memenuhi obligasinya untuk membayar wang penyertaan kepada Defendan sebanyak RM 40,000.00. Defendan telah bersetuju menerima sebanyak RM 40,000.00 dan melepaskan (waived) haknya kepada baki sebanyak RM 1,370.00 tersebut. Isu (c): Sama ada terdapat satu pra syarat (‘condition precedent’) sepertimana diplidkan di dalam pembelaan Defendan dan sama ada Plaintif-plaintif gagal untuk memenuhi pra syarat tersebut?
section
19. Defendan berpendirian bahawa disebabkan Plaintif-plaintif gagal memenuhi syarat terdahulu (condition precedent) maka Plaintif-plaintif adalah terhalang daripada menuntut apa jua wang berdasarkan kepada Participation Agreement tersebut.
section
20. Plaintif-plaintif membantah pendirian ini dan menyatakan bahawa ianya merupakan satu pemikiran terkemudian dan direka bagi mengelakkan kebertanggungan pihak Defendan.
section
21. Mahkamah ini, setelah meneliti keseluruhan keterangan oral dan dokumentar mendapati bahawa bagi isu ini, tidak wujud condition precedent seperti yang didakwa Defendan untuk Palintif mengumpul pelaburan sebanyak RM 10,000,000.00 tersebut, sebelum Participation Agreement tersebut mengikat kedua-dua pihak.
section
22. Dapatan ini dibuat berdasarkan kepada beberapa alasan. Alasan pertama ialah syarat terdahulu (condition precedent) tersebut tidak diterjemahkan ke dalam Participation Agreement di antara kedua-dua pihak.
section
23. Keduanya, sekiranya benar wujud condition precedent dalam kontrak di antara Plaintif-plaintif dan Defendan, maka sudah pasti Defendan tidak akan melaksanakan obligasinya di bawah Participation Agreement selagimana condition precedent tersebut tidak dipenuhi oleh Plaintif.
section
24. Walaubagaimanapun di dalam kes ini, dapat dilihat bahawa Defendan telah melaksanakan obligasi di pihaknya dengan membayar kepada Plaintif RM 1,000.00 bagi **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 tempoh Oktober 2019 hingga Disember 2019. Selain itu juga, Defendan didapati telah membina rumah burung tersebut meskipun Plaintif belum berjaya mengumpul RM 10,000,000.00 tersebut. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa tidak wujud syarat terdahulu (condition precedent) bagi kontrak di antara Plaintif dan Defendan.
section
25. Ketiganya, mahkamah ini setelah meneliti surat di muka surat 65 Ikatan B (Ekshibit IDD2 yang dijadikan Ekshibit D2) mendapati bahawa surat tersebut tidak menyatakan secara jelas atau khusus bahawa Plaintif-plaintif mempunyai obligasi untuk mengumpul dana sebanyak RM10,000,000.00 sebagai suatu syarat terdahulu (condition precedent) sebelum Participation Agreement berkuat kuasa.
section
26. Kandungan surat berkenaan lebih menjurus kepada suatu terma atau klausa yang berasingan kepada Participation Agreement sedia ada, di mana sekiranya Plaintif berjaya mengumpulkan pelaburan RM 10,000,000.00, Plaintif akan mendapat ganjaran. Walaubagaimanapun sekiranya gagal, Plaintif hendaklah mengembalikan wang pelaburan tersebut.
section
27. Mahkamah ini membuat dapatan bahawa Ekshibit D2 tersebut bukanlah satu syarat terdahulu (condition precedent). Sebaliknya ianya lebih menjurus kepada suatu mekanisme pelaksanaan kontrak yang telah berkuat kuasa, di mana pengumpulan pelaburan merupakan objektif atau obligasi di bawah kontrak. Ganjaran hanya menjadi kena dibayar apabila objektif tersebut berjaya dicapai dan kegagalan mencapai objektif tersebut hanya mencetuskan kewajipan kepada Plaintif untuk memulangkan wang pelabur.
section
28. Mahkamah ini berpendapat bahawa sekiranya benar surat tersebut merupakan satu condition precedent kepada Participation Agreement tersebut, ianya haruslah menyatakan bahawa “Participation Agreement ini hanya akan berkuat kuasa sekiranya Plaintif berjaya mengumpul pelaburan sebanyak RM10,000,000.00” atau alternatifnya “tiada obligasi akan timbul di bawah perjanjian ini melainkan dan sehingga dana RM10,000,000.00 berjaya dikumpulkan”.
section
29. Keempat dan terakhir sekali, mahkamah ini mendapati bahawa Participation Agreement di muka surat 62 hingga 64 (bagi kes 24911) dan muka surat 55 hingga 57 (bagi kes 24931), **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 yang dirujuk sebagai Ekshibit IDD1 bagi kedua-dua kes (yang tandaannya IDD1 dikekalkan), tidak mempunyai keberatan keterangan untuk menyokong fakta mengenai kewujudan satu condition precedent kepada kontrak tersebut.
section
30. Dokumen tersebut dikatakan diperolehi daripada satu pihak ketiga bernama Madam Lai Wee Meng yang tidak dipanggil sebagai saksi. Dan ianya dikemukakan bertujuan membuktikan kebenaran fakta bahawa Plaintif telah mengumpul duit pelaburan menggunakan nama Defendan, yang mana maklumat tersebut diberitahu oleh penama Lai Wee Meng kepada Defendan.
section
31. Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan tersebut merupakan satu keterangan hearsay merujuk kepada Seksyen 60 Akta Keterangan 1950. Adalah tidak selamat untuk mahkamah ini bergantung kepada keterangan tersebut terutamanya jika penama Lai Wee Meng tidak dipanggil sebagai saksi bagi membuktikan kebenaran fakta tersebut.
section
32. Tambahan pula, Ekshibit IDD1 tersebut amatlah dicabar oleh Plaintif. Tiada Salinan asal dikemukakan bagi menentukan keesahan (authenticity) dokumen tersebut.
section
33. Mahkamah ini turut meragui kebenaran dokumen tersebut di mana: a. perjanjian dikatakan dibuat di antara Plaintif dan Defendan, namun di muka surat akhir perjanjian tersebut mendapati ianya ditandatangani oleh Plaintif dan penama Lai Wee Meng tersebut. Tiada tandatangan wakil Defendan ditemui pada Perjanjian tersebut; b. Perjanjian bertarikh 24.11.2019, namun hanya ditandatangani oleh Plaintif dan Lai Wee Meng pada 7.2.2024. c. Jika benar wujud Perjanjian sedemikian (untuk Plaintif mengumpul dana sebanyak RM 10,000,000.00 bagi Defendan), ianya bukanlah satu condition precedent sebaliknya merupakan satu kontrak/perjanjian yang berasingan dengan Participation Agreement yang dipertikaikan di dalam kedua-dua kes di sini. Dan mahkamah ini boleh membuat anggapan bertentangan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap Defendan kerana menyembunyikan keterangan tersebut daripada Mahkamah dengan tujuan meyakinkan mahkamah bahawa ianya satu condition precedent. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14
section
34. Atas alasan-alasan tersebut, mahkamah ini membuat dapatan bahawa tidak wujud condition precedent seperti yang didakwa oleh Defendan. Isu (g) : Adakah Plaintif mengembalikan 10,000 unit GLK kepada Defendan?
section
35. Klausa 1 Participation Agreement tersebut menyatakan: “1. The Participation Sum agreed by the participant is USD 10,000.00 to be paid for a total of 10,000 GLK units upon signing of this agreement”
section
36. Tiada sebarang definisi diberikan berkenaan apakah yang dimaksudkan dengan GLK unit tersebut. Menurut Plaintif-plaintif, GLK unit ini merujuk kepada point yang diberikan melalui laman sesawang Defendan kepada Plaintif-plaintif. Defendan sebaliknya menyatakan bahawa GLK tersebut merujuk kepada produk sarang burung Defendan.
section
37. Sebelum timbul isu berkaitan pemulangan 10,000 GLK unit, adalah wajar untuk mahkamah ini terlebih dahulu meneliti satu persatu performance kedua-dua pihak di bawah Klausa 1 Participation Agreement tersebut yang menyatakan bahawa Plaintif membayar USD10,000.00 wang penyertaan bagi 10,000-unit GLK.
section
38. Adalah jelas di dalam kes ini Plaintif-plaintif telah membayar USD10,000.00 (bersamaan RM 40,000.00 masing-masing) kepada Defendan. Walaubagaimanapun, mahkamah ini mendapati tiada sebarang keterangan yang menunjukkan GLK unit ini telah diserahkan kepada Plaintif-plaintif.
section
39. Semakan mahkamah kepada Invois Cukai dan Notis Penghantaran Defendan (muka surat 33 hingga 53 Ikatan B) mendapati ianya berkenaan penghantaran produk kepada satu Syarikat Cornerstone Global Sdn Bhd.
section
40. Jika dirujuk kepada Penyata Akaun (muka surat 54 dan 55 Ikatan B), jumlah tuntutan bayaran yang dituntut melalui invois invois (muka surat 33 hingga 53) adalah berjumlah RM 297,255. Ini jauh melebihi pembayaran yang dibuat oleh Plaintif-plaintif di dalam kes 24911 dan 24931 (berjumlah RM 80,000.00 kesemuanya).
section
41. Adalah mustahil untuk Defendan menyatakan bahawa pihaknya telah menyerahkan kepada Plaintif-plaintif GLK tersebut. Tiada keterangan sedemikian yang menunjukkan ianya berlaku. Tambahan pula, Cornerstone Global Sdn Bhd dan Plaintif-plaintif merupakan entiti yang berbeza. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15
section
42. Maka berdasarkan Klausa 1 tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa wujud perlanggaran kepada terma yang mustahak (conditions) oleh Defendan apabila Defendan tidak membuat penyerahan GLK unit tersebut kepada Plaintif-plaintif.
section
43. Dalam apa jua keadaan, Klausa 6 Participation Agreement tersebut menyatakan: “6. Upon the expiration of this Participation Agreement and the full Participation Sum and guaranteed revenue being fully paid, the Participant agreed to return all the GLK units back to the Company at no cost to the
section
44. Company” Kedua-dua pihak berbeza pendapat dalam tafsiran klausa di atas.
section
45. Bagi isu ini, mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu Antara Vista Sdn Bhd v Rumaya Properties Sdn Bhd [2017] MLJU 1964 yang menyatakan bahawa, “the court ought not to look beyond what was contained within the four walls of the contract document. The contract document must contain within its four walls what the parties have agreed to be bound for, in the performance of the contract.”
section
46. Mahkamah ini setelah meneliti keseluruhan Klausa 6 tersebut mendapati bahawa obligasi Plaintif-plaintif untuk memulangkan GLK unit tersebut hanya akan timbul setelah Participation Agreement tersebut tamat dan Defendan telah memulangkan kembali wang penyertaan berserta keuntungan penuh yang dijamin kepada Plaintif-plaintif.
section
47. Ini adalah tafsiran mahkamah terhadap terma di Kalusa 6 Participation Agreement di mana kedua-dua pihak bersetuju berkontrak untuk patuh dan tertakluk.
section
48. Bagi isu (g), mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif tidak tertakluk untuk memulangkan 10,000 GLK Unit tersebut atas alasan: a. Tiada keterangan menunjukkan 10,000 GLK unit ini ada diserahkan kepada Plaintif-plaintif; dan b. Pemulangan 10,000 GLK unit hanya boleh dilakukan selepas tamatnya Participation Agreement dan setelah Defendan memulangkan kembali wang penyertaan berserta keuntungan penuh yang dijamin kepada Plaintif-plaintif. Di dalam kes ini, memandangkan Defendan gagal memulangkan kembali wang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 penyertaan berserta keuntungan penuh yang dijamin, obligasi Plaintif-plaintif untuk memulangkan 10,000 GLK unit tidak timbul. Isu (d): Sama ada Defendan telah memungkiri terma-terma perjanjian penyertaan dengan gagal membayar pulangan bulanan, pendapatan terjamin dan/atau jumlah penuh penyertaan kepada Plaintif selepas tamat tempoh perjanjian penyertaan? Isu (h): Adakah Plaintif memungkiri terma perjanjian penyertaan tersebut dengan tidak membayar USD 10,000.00 kepada Defendan dan tidak mengembalikan 10,000.00 unit GLK kepada Defendan?
section
49. Mahkamah ini membuat dapatan bagi isu (d) bahawa Defendan telah melanggar terma-terma Participation Agreement tersebut apabila: a. Defendan gagal menyerahkan 10,000-unit GLK selepas Plaintif membayar jumlah penyertaan sebanyak USD 10,000 (bersamaan RM 40,000.00) dan telah melanggar Klausa 1 Participation Agreement tersebut; b. Defendan gagal membuat pembayaran baki 9 bulan (daripada 12 bulan) pulangan bulanan bagi tempoh Januari 2020 hingga September 2020 serta keuntungan terjamin sebanyak 70 % daripada wang jumlah penyertaan dan telah melanggar Klausa 4 Participation Agreement tersebut; c. Dafendan gagal membuat pembayaran penuh wang jumlah penyertaan tersebut dan telah melanggar Klausa 6 Participation Agreement tersebut;
section
50. Klausa 1, 4 dan 6 ini merupakan terma utama yang asas dan mustahak (conditions) yang mana perlanggarannya melayakkan pihak Plaintif-plaintif kepada hak untuk menamatkan kontrak tersebut dan boleh menganggap dirinya dilepaskan daripada obligasi di bawahnya serta menuntut ganti rugi akibat pelanggaran kontrak tersebut.
section
51. Manakala bagi isu (h), mahkamah ini membuat dapatan bahawa tidak berlaku perlanggaran terhadap terma-terma perjanjian tersebut oleh Plaintif atas alasan: a. Plaintif-plaintif telah memenuhi obligasinya untuk membayar wang penyertaan kepada Defendan sebanyak RM 40,000.00. Defendan telah bersetuju menerima **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 sebanyak RM 40,000.00 dan melepaskan (waived) haknya kepada baki sebanyak RM 1,370.00 tersebut. b. Tiada keterangan menunjukkan 10,000 GLK unit ini ada diserahkan kepada Plaintif-plaintif; dan c. Pemulangan 10,000.00 GLK unit hanya boleh dilakukan selepas tamatnya Participation Agreement dan setelah Defendan memulangkan kembali wang penyertaan berserta keuntungan penuh yang dijamin kepada Plaintif-plaintif. Isu (e): Sama ada terdapat persetujuan kontra sepertimana yang diplidkan oleh Defendan dan sama ada kontra telah dilakukan/ dilaksanakan dan oleh itu tiada apa-apa jua hutang kepada Plaintif?
section
52. Bagi isu ini, mahkamah ini mendapati bahawa tidak wujud sebarang persetujuan di pihak Plaintif-plaintif untuk tuntutan Plaintif-plaintif dikontrakan atau di set off dengan hutang Syarikat Cornerstone Global Sdn Bhd.
section
53. Bagi menyokong perkara ini, Defendan merujuk kepada Penyata Akaun miliknya di muka surat 54 Ikatan B kes 24911 di mana di ruangan tarikh 5/1/2021 terdapat catatan ‘being offset of Cornerstone Global & GLK Voucher A/c (Dato Kenny)’.
section
54. Plaintif-plaintif menafikan perkara ini dan menyatakan tidak pernah memberikan persetujuan secara oral atau bertulis untuk tuntutan Plaintif-plaintif dikontrakan atau di set off dengan hutang syarikat Cornerstone Global.
section
55. Tiada sebarang klausa berkenaan kontra atau set off di dalam Participation Agreement tersebut. Mahkamah juga mendapati bahawa Defendan telah gagal membuktikan bahawa Penyata Akaun tersebut ada diserahkan kepada Plaintif-plaintif.
section
56. Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan Defendan untuk kontra atau set off tuntutan Plaintif-plaintif dengan hutang Syarikat Cornerstone Global kepada Defendan adalah dibuat secara sebelah pihak dan tanpa persetujuan oleh Plaintif-plaintif.
section
57. Mahkamah ini seterusnya membuat dapatan bahawa tindakan Defendan untuk kontra tuntutan Plaintif-plaintif terhadapnya dengan hutang Syarikat Cornerstone Global terhadapnya adalah bertentangan dengan prinsip undang-undang equitable set off. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18
section
58. Defendan di dalam kes ini telah memplidkan cross-claim set off tersebut sebagai satu pembelaan kepada tuntutan Plaintif.
section
59. Tiada sebarang klausa atau terma berkaitan set off dinyatakan di dalam Participation Agreement antara kedua-dua pihak (contractual set off). Set off dari segi perundangan (legal set off) juga tiada dinyatakan di bawah Akta Kontrak 1950 atau manaperundangan bertulis lain di Malaysia.
section
60. Kes perundangan Mahkamah Persekutuan Permodalan Plantations Sdn Bhd V Rachuta Sdn Bhd [1985] 1 MLJ 157 dirujuk di mana Mahkamah Persekutuan membuat pemerhatian bahawa: a. legal set off tidak wujud di Malaysia disebabkan ketiadaan perundangan spesifik; b. Hanya Equitable set off terpakai di Malaysia yang diambil (adopted) daripada Engish rules of equity di bawah Seksyen 3(1) Civil Law Act 1956;
section
61. Ianya turut diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes tersebut bahawa untuk melayakkan sesuatu cross-claim sebagai satu pembelaan equitable set off, ianya haruslah berkaitan atau menjadi sebahagian daripada perkara asas tuntutan Plaintif: “Being a defence to a plaintiff's action, the matter sought to be set-off must essentially be connected with or form part of the matter upon which the plaintiff's action is founded.”
section
62. Maka, mahkamah ini berpendapat bahawa pembelaan set off atau kontra oleh Defendan ini hanya boleh berjaya sekiranya cross-claim tersebut berpunca secara langsung daripada transaksi yang sama atau berkait rapat dengan tuntutan plaintif-plaintif sehinggakan ia mencabar hak plaintif-plaintif untuk dibayar.
section
63. Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan Defendan ini tidak seharusnya berjaya kerana ianya melibatkan pihak-pihak yang berbeza dengan kotrak-kontrak yang berbeza. Tuntutan Plaintif-plaintif di sini adalah terhadap obligasi Defendan yang timbul di bawah Participation Agreement. Maka ianya tidak boleh ditolak (set off) atau kontra dengan hutang Syarikat Cornerstone terhadap Defendan yang timbul di bawah kontrak yang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 berasingan. Undang-undang adalah jelas membezakan entiti Plaintif dan Syarikat Cornerstone Global.
section
64. Atas alasan-alasan tersebut, mahkamah ini mendapati bahawa tindakan Defendan untuk kontra tuntutan Plaintif adalah tidak teratur di bawah undang-undang equitable set-off. Isu (i) Sama ada Plaintif berhak menuntut jumlah keseluruhan RM 77,000.00 daripada Defendan di bawah perjanjian penyertaan tersebut?
section
65. Plaintif-plaintif adalah berhak untuk menuntut jumlah keseluruhan RM 77,000.00 daripada Defendan di bawah perjanjian penyertaan tersebut.
section
66. Berdasarkan kepada second limb Seksyen 74 Akta Kontrak 1950, Mahkamah ini mendapati bahawa perkara ini adalah di dalam pengetahuan kedua-dua pihak semasa berkontrak sebagai kesan kerugian yang akan dialami sekiranya berlaku perlanggaran kontrak.
section
67. Keputusan Mahkamah Bagi kes 24911, setelah meneliti keseluruhan keterangan oral dan dokumentar, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya ke atas Defendan. Mahkamah ini membuat penghakiman sepertimana berikut: a. Defendan membayar Plaintif RM 77,000.00 kepada Plaintif; b. Defendan membayar kos guaman dan kos tindakan berdasarkan kepada skala kos; c. Faedah pada kadar 5% setahun bagi jumlah di perenggan (a) dan (b) di atas bermula dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.
section
68. Manakala bagi kes 24931, setelah meneliti keseluruhan keterangan oral dan dokumentar, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya ke atas Defendan. Mahkamah ini membuat penghakiman sepertimana berikut: a. Defendan membayar Plaintif RM 77,000.00 kepada Plaintif; b. Defendan membayar kos guaman dan kos tindakan berdasarkan kepada skala kos; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 c. Faedah pada kadar 5% setahun bagi jumlah di perenggan (a) dan (b) di atas bermula dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. Bertarikh 8 Julai 2026 …t…t… MUHAMAD TAUFIK BIN SABERI Majistret Mahkamah Majistret Sivil 1 Kuala Lumpur **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.