Lampiran
Lampiran - 1 pada 30.03.2023 adalah terhadap sebahagian keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) bertarikh 17.03.2023 berkaitan dengan isu kuantum iaitu mengenai gantirugi am (kecuali award untuk “cerebral concussion”) dan gantirugi khas (kos fisioterapi) sahaja yang telah diberikan atau diawardkan kepada Responden (Plaintif). ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 4 [3] Seterusnya, Responden (Plaintif) juga telah memfailkan Notis Rayuan Balas pada 28.03.2023 terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang bertarikh pada 17.03.2023 tersebut berkaitan dengan isu kuantum dan Notis Rayuan Plaintif tersebut telah didaftarkan dengan No. Kes Rayuan NA-12BNCvC-8-03/2023 dan kedua-dua kes Rayuan ini iaitu NA-12BNCvC-8-03/2023 dan NA-12BNCvC-10-04/2023 telah didengar secara bersama atau serentak kerana ianya melibatkan kemalangan yang sama dan pihak-pihak yang sama. [4] Setelah Mahkamah mendengar, membaca dan meneliti rekod rayuan, alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) berserta dengan penghujahan-penghujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak kepada Mahkamah, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk membenarkan sebahagian rayuan oleh Perayu (Defendan) dan sebahagian rayuan oleh Responden (Plaintif) tanpa sebarang perintah terhadap kos di mana pihak-pihak Perayu (Defendan) dan juga Responden (Plaintif) akan menanggung kos masing-masing. ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 5 [5] Berikut adalah keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini bertarikh pada 24.10.2023 tersebut iaitu setelah mendengar kedua-dua kes Rayuan tersebut (NA-12BNCvC-8-03/2023 dan NA-12BNCvC-10-04/2023). Gantirugi Am Kecederaan Award Mahkamah Sesyen Award Mahkamah Tinggi 1. Cerebral Concussion RM6,000.00 Dikekalkan RM6,000.00 2. Comminuted fracture body right scapula RM20,000.00 Dikekalkan RM20,000.00 3(a) Closed fracture proximal third right femur RM70,000.00 Dinaikkan RM45,000.00 3(b) Open comminuted fracture distal third righ tibia Dinaikkan RM30,000.00 3(c) Segmental fracture right fibula Dinaikkan RM25,000.00 3(d) Right thigh punctured wound Dinaikkan RM10,000.00 4. Soft tissue injury of neck RM7,000.00 Dikurangkan RM5,000.00 5. Deep laceration wound over the anteromedial aspect Dikekalkan RM8,000.00 6. Multiple abrasion wounds over the chest wall, left arm, abdomen Dikurangkan RM5,000.00 7. Scars Dinaikkan RM15,000.00 ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 6 8. Muscle wasting and reduced muscle power right knee Dikurangkan RM5,000.00 9. Hospital acquired pneumonia Tiada award Diawardkan RM2,666.00 (1/3 of RM8,000.00) Jumlah RM137,000.00 RM176,666.00 Gantirugi Khas Kecederaan Award Mahkamah Sesyen Award Mahkamah Tinggi i. Kos fisioterapi RM23,040.00 Dikurangkan RM7680.00 (1/3 of RM23,040.00) ii. Kos rawatan / pembedahan pada masa akan datang RM200.00 Dinaikkan RM9,166.00 (1/3 of 27,050.00) iii. Pain and suffering fo future surgery Tiada award Diawardkan RM5,000.00 Jumlah RM23,240.00 RM21,846.00 Dan akhirnya diperintahkan bahawa Perayu / Defendan dan Responden / Plaintif menanggung kos masing-masing. ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 7 [6] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini, selepas ini Mahkamah akan merujuk Perayu sebagai Defendan. Manakala, Responden pula akan dirujuk sebagai Plaintif. Latar Belakang Kes [7] Plaintif di dalam kes ini terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang berlaku pada 14.05.2020, pada jam lebih kurang pukul 1.22 tengahari, di persimpangan berlampu isyarat Jalan Tok Ungku, ketika Plaintif sedang menunggang sebuah motorsikal Yamaha 135LC yang bernombor pendaftaran NCB 1638, dengan sebuah motorkar Honda yang bernombor pendaftaran NAT 6126 yang dimiliki dan dipandu sendiri oleh Defendan. [8] Di dalam kes ini yang menjadi pertikaian di antara kedua-dua belah pihak Plaintif dan Defendan adalah mengenai isu kuantum. Manakala, isu liabiliti telah pun dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak semasa di peringkat perbicaraan di Mahkamah Sesyen, di mana Defendan adalah bertanggungan cuai sebanyak 90% dan Plaintif sumbang cuai sebanyak 10%. ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 8 Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) berkenaan isu kuantum [9] Setelah membaca penghujahan-penghujahan bertulis yang telah difailkan dan dikemukakan oleh kedua - dua belah pihak, Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) telah membenarkan gantirugi am dan gantirugi khas kepada Plaintif seperti mana berikut:- Gantirugi Am Kecederaan Award 1. Cerebral Concussion RM6,000.00 2. Comminuted fracture body right scapula RM20,000.00 3(a) Closed fracture proximal third right femur RM20,000.00 3(b) Open comminuted fracture distal third right tibia RM70,000.00 3(c) Segmental fracture right fibula 3(d) Right thigh punctured wound 4. Soft tissue injury of neck RM7,000.00 5. Deep laceration wound over the anteromedial aspect RM8,000.00 6. Multiple abrasion wounds over the chest wall, left arm, abdomen RM8,000.00 7. Scars ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 9 8. Muscle waiting and reduced muscle power left knee Jumlah RM137,000.00 Gantirugi Khas Kos-Kos Award i. Kos perjalanan RM2,000.00 ii. Kos ubat-ubatan RM545.00 iii. Kos kehilangan pendapatan RM9,900.00 iv. Kos rawatan / perbelanjaan perubatan / bil hospital RM532.00 v. Kos alat-alat besi ortopedik / implant RM500.00 vi. Kos fiberglass RM165.00 vii. Kos fisioterapi RM23,040.00 viii. Kos rawatan / pembedahan pada masa akan datang RM200.00 [10] Mahkamah Sesyen juga menetapkan kadar faedah seperti berikut: (i) Faedah pada kadar 5% setahun terhadap gantirugi am dari tarikh penyerahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan sehingga ke tarikh penghakiman pada 17 Mac 2023. ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 10 (ii) Faedah pada kadar 2.5% setahun terhadap gantirugi khas dari tarikh kemalangan pada 14 Mei 2020 sehingga ke tarikh penghakiman pada 17 Mac 2023. (iii) Faedah pada kadar 5% setahun terhadap keseluruhan jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman pada 17 Mac 2023 sehingga penyelesaian penuh. [11] Selanjutnya, Mahkamah Sesyen juga turut memerintahkan bahawa Defendan hendaklah membayar kos tindakan ini sebanyak RM9,612.00 kepada Plaintif. Pendengaran Rayuan ini [12] Mahkamah ini semasa di peringkat pendengaran rayuan ini telah mendengar dan membaca serta meneliti rekod rayuan, alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen berserta dengan penghujahan-penghujahan bertulis yang telah difailkan dan yang yang telah dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak kepada Mahkamah. Selain daripada itu, Mahkamah juga berpandukan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised setakat pada 16 Oktober 2018 serta kes-kes yang telah diputuskan di ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 11 dalam menentukan berapakah jumlah award yang paling sesuai untuk diberikan atau diawardkan kepada Plaintif di dalam kes ini. [13] Mahkamah ini juga telah mengambil kira prinsip yang dinyatakan dalam kes Ku Jia Shiuen (an infant suing through her mother and next friend, Tay Pei Hoon) & Anor v Government of Malaysia & Ors [2013] 4 MLJ 108 di mana Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: “It is settled law that damages in tort are not meant to be punitive; neither a reward. Damages are meant to be a form of compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act so far as money can compensate. It is not meant to enrich the injured party. Therefore, the compensation must by fair, reasonable and adequate but not excessive (Yang Salbiah & Anor v Jamil bin Harun [1981] 1 MLJ 292). The aim is to put the injured party back as it were, as far as possible to his original position prior to the tortuous act which caused the damage (Shanmugam a/l Gopal v Zinal Abidin bin Nazim & Anor [2003] 3 MLJ 76; Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324 (FC)). ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 12 Penemuan Mahkamah ini Gantirugi Am [14] Mahkamah ini mendapati bahawa keputusan HMS yang telah memberikan “global award” sebanyak RM70,000.00 untuk kecederaan-kecederaan kepada bahagian kaki kanan Plaintif seperti berikut:- (i) Closed fracture proximal 3rd of the right femur; (ii) Open comminuted fracture distal 3rd of the right tibia; (iii) Segmental fracture of the right fibula; (iv) Punctured wound over the right thigh; adalah tersilap memandangkan kecederaan-kecederaan tersebut adalah merupakan kecederaan-kecederaan yang berlainan, walaupun kecederaan tersebut adalah pada bahagian anggota kaki kanan Plaintif. Dalam lain perkataan, kecederaan-kecederaan tersebut bukannya daripada satu kecederaan yang sama. Oleh itu, “global award” tidak seharusnya atau tidak sewajarnya diberikan untuk kesemua kecederaan-kecederaan tersebut. Sebaliknya, award yang berasingan harus diberikan bagi kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 13 [15] Di dalam kes ini berdasarkan kepada Laporan Perubatan Pakar yang telah disediakan oleh Dr. Jeyaratnam T. Satkunasingam dari Klinik Ortopedik Mahkota, Seremban bertarikh 9.02.2021 di antara “disabilities” yang dialami oleh Plaintif untuk kecederaan “closed fracture proximal 3rd of the right femur” ini adalah seperti berikut:- (i) Unable to use a squating toilet; (ii) Unable to perform sport such as badminton; (iii) Unable to turn to the affected side during rest and sleep; (iv) Occasioanal pain at the right thigh; (v) Pain in cold weather at the right thigh; (vi) Weakness at the right thigh. [16] Seterusnya, di antara “disabilities” yang dialami oleh Plaintif untuk kecederaan “open comminuted fracture distal 3rd of the right tibia” adalah seperti berikut:- (i) Unable to perform sport such as badminton; (ii) Unable to turn to the affected side during rest and sleep; (iii) Occasional pain at the right leg; ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 14 (iv) Stiffness at the right leg. [17] Selanjutnya, di antara “disabilities” yang dialami oleh Plaintif untuk kecederaan “segmental fracture of the right fibula”, pula adalah seperti berikut: (i) Unable to use a squating toilet; (ii) Unable to perform sport such as badminton; (iii) Unable to turn to the affected side during rest and sleep; (iv) Occasional pain at the right leg; (v) Stiffness at the right leg; (vi) Malunited fracture of the right fibula. [18] Justeru itu, berdasarkan kepada kecederaan-kecederaan serius yang dialami oleh Plaintif pada bahagian kaki kanannya ini, maka Mahkamah ini telah memberikan award-award secara berasingan kepada Plaintif seperti berikut:- (i) Closed fracture proximal 3rd of the right femur, Mahkamah memberikan award sebanyak RM45,000.00. Mahkamah memberikan award sebanyak RM45,000.00. Ini berpandukan kepada ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 15 Revised Compendium of Personal Injury Awards bertarikh 16/10/2018 di mana award antara RM21,500.00 sehingga RM48,500.00 diberikan untuk kecederaan terhadap “femur”. Begitu juga, di dalam kes Muhamad Firdaus Adzmi lwn Tiu Tong Lu & Yang Lain [2016] MLRSU 2, di mana award sebanyak RM45,000.00 telah diberikan bagi kecederaan “closed comminuted fracture mid shaft of right femur”. Selain itu, dalam kes Mohamed Nazir Bakar & Anor lwn Wan Darulsalam Wan Zain & Ors [2017] 3 MLRH 599, di mana award sebanyak RM50,000.00 telah diberikan bagi kecederaan “close fracture of the right femur”. Oleh itu, Mahkamah berpendapat award sebanyak RM45,000.00 adalah munasabah dan berpatutan serta tidak berlebihan untuk diberikan bagai kecederaan “closed fracture proximal 3rd of the right femur” yang di alami oleh Plaintif di dalam kes ini; (ii) Open comminuted fracture distal 3rd of the right tibia, Mahkamah memberikan award sebanyak RM30,000.00. Mahkamah memberikan award sebanyak RM30,000.00 ini berpandukan kepada ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 16 Revised Compendium of Personal Injury Awards bertarikh 16/10/2018 di mana award antara RM18,000.00 sehingga RM30,000.00 diberikan untuk kecederaan terhadap “tibia (simple fracture)”. Begitu juga, di dalam kes Chin Quek Tong lwn Mohd Khairul Nizam Zainal Abidin & Anor [2008] PILRU 14, di mana award sebanyak RM30,000.00 telah diberikan bagi kecederaan “closed fracture of the right tibia”. Selain itu, di dalam kes Siti Rohemah Abas dan Yang Lain-Lain Lagi lwn Mohd Hizar Pin [2012] MLRSU 25, di mana award sebanyak RM30,000.00 telah diberikan untuk kecederaan “open fracture Grade 111a (communited) midshaft of left tibia”. Oleh itu, Mahkamah berpendapat award sebanyak RM30,000.00 adalah munasabah dan berpatutan serta tidak berlebihan untuk diberikan bagai kecederaan “open comminuted fracture distal 3rd of the right tibia” yang dialami oleh Plaintif di dalam kes ini. (iii) Segmental fracture of the right fibula, Mahkamah memberikan award sebanyak RM25,000.00. Mahkamah memberikan award sebanyak ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 17 RM25,000.00 ini berpandukan kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards bertarikh 16/10/2018 di mana award antara RM12,000.00 sehingga RM14,500.00 diberikan untuk kecederaan terhadap “fibula” ini. Begitu juga, di dalam kes Mari Rajan Subramaniam & Anor lwn Mohd Kamal Ishak [2009] PILRU 65, di mana award sebanyak RM25,000.00 telah diberikan bagi kecederaan “closed fracture of the distal end of the left fibula”. Selain itu, dalam kes Nurliza Amira Mat Isa lwn Wong Voon Loong [2012] MLRSU 25, di mana award sebanyak RM20,000.00 telah diberikan untuk kecederaan “closed fracture of left fibula”. Oleh itu, Mahkamah berpendapat award sebanyak RM20,000.00 adalah munasabah dan berpatutan serta tidak berlebihan untuk diberikan bagi kecederaan “segmental fracture of the right fibula” yang dialami oleh Plaintif di dalam kes ini. (iv) Right thigh punctured wound, Mahkamah memberikan award sebanyak RM10,000.00. Mahkamah memberikan award sebanyak ini berpandukan kepada Revised Compendium of ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 18 Personal Injury Awards bertarikh 16/10/2018 di mana award antara RM2,500.00 hingga RM9,500.00 diberikan untuk kecederaan “lacerations (single to multiple)”. Begitu juga, di dalam kes Pui Jun Kong lwn Wilson Gunong Anak Empeni [2014] PILRU 120, di mana award sebanyak RM8,000.00 telah diberikan bagi kecederaan “punctured wound”. Selain itu, di dalam kes Wan Kam Siang Sebagai Wakil Diri dan / atau Pentadbir Kepada Harta Pusaka Wan Mee Fong, Si Mati lwn Lim Chia Wee [2021] PILRU 44, di mana award sebanyak RM8,000.00 telah diberikan bagi kecederaan “right thigh punctured wound”. Oleh itu, Mahkamah berpendapat award sebanyak RM10,000.00 adalah munasabah dan berpatutan serta tidak berlebihan untuk diberikan bagi kecederaan “right thigh punctured wound” yang dialami oleh Plaintif di dalam kes ini. [19] Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan rayuan Plaintif di dalam Kes Rayuan No. NA-12BNCvC-8-03/2023 berkenaan dengan isu kuantum iaitu amuan gantirugi yang telah diberikan ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 19 oleh HMS terhadap kecederaan-kecederaan yang telah dialami oleh Plaintif yang tersebut di atas, dan menolak rayuan oleh Defendan di dalam Kes Rayuan No. NA-12BNCvC-10-04/2023. Gantirugi Khas Kos Fisioterapi [20] Di dalam Laporan Pakar Plaintif yang telah disediakan oleh Dr. Jeyaratnam T. Satkunasingam dari Klinik Ortopedik Mahkota, Seremban bertarikh 9.02.2021, Doktor Jeyaratnam ada menyatakan di dalam Laporan Pakarnya seperti berikut:- (i) Weakness of the right shoulder On examination, the patient has weakness of the right shoulder with muscle power of 4/5. This is secondary to the injury sustained and post injury immobilization. The patient will require intensive physiotherapy (RM80 per session at 3 sessions a week for a period of 3 - 4 months) for this condition but residual weakness is likely to remain. (Jumlah kos fisioterapi yang dicadangkan sebanyak ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 20 (ii) Weakness of the right hip On examination, the patient has weakness of the right hip with muscle power of 3/5. This is secondary to the injury sustained and post injury immobilization. The patient will require intensive physiotherapy (RM80 per session at 3 sessions a week for a period of 3 - 4 months) for this condition but residual weakness is likely to remain. (Jumlah kos fisioterapi yang dicadangkan sebanyak (iii) Weakness of the right knee On examination, the patient has weakness of the right thigh and weakness of the right knee with muscle power 3/5. This is secondary to the injury sustained and post injury immobilization. The patient will require intensive physiotherapy (RM80 per session at 3 sessions a week for a period of 3 - 4 months) for this condition but residual weakness is likely to remain. (Jumlah kos fisioterapi yang dicadangkan sebanyak ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 21 (iv) Stiffness and weakness of the right ankle On examination, the patient has wasting of the right calf with weakness and stiffness of the right ankle. The range of motion (ROM) of the right ankle is restricted with muscle power 3/5. This is secondary to the injury sustained and post injury immobilization. The patient will require intensive physiotherapy (RM80 per session at 3 sessions a week for a period of 3 - 4 months) for this condition but residual weakness is likely to remain. This will effect the patient’s ability to squat, run, jump and climb. (Jumlah kos fisioterapi yang dicadangkan sebanyak (v) Weakness of the right subtular joint On eaxamination, the patient has weakness of the right subtular joint with muscle power of 3/5. This is secondary to the injury sustained and post injury immobilization. The patient will require intensive physiotherapy (RM80 per session at 3 sessions a week for a period of 3 - 4 months) for this condition but residual weakness is likely to remain. ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 22 (Jumlah kos fisioterapi yang dicadangkan sebanyak (vi) Weakness of the the toes of the right foot On examination, the patient has weakness of the toes of the right foot with muscle power 3/5. This is secondary to the injury sustained and post injury immobilization. The patient will require intensive physiotherapy (RM80 per session at 3 sessions a week for a period of 3 - 4 months) for this condition but residual weakness is likely to remain. (Jumlah kos fisioterapi yang dicadangkan sebanyak [21] Oleh itu, berdasarkan kepada Laporan Pakar yang telah disediakan oleh Dr. Jeyaratnam ini adalah jelas bahawa Plaintif sememangnya memerlukan rawatan fisioterapi ini bagi tujuan untuk merawati segala kecederaan-kecederaan dan “disabilities” yang dialami olehnya. Jumlah keseluruhan kos fisioterapi ini yang perlu ditanggung oleh Plaintif sebagaimana yang dicadangkan oleh pakar Plaintif iaitu Dr. Jeyaratnam di dalam Laporan Pakarnya yang bertarikh pada 9.02.2021 tersebut ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 23 adalah sebanyak RM3,840.00 + RM3,840.00 + RM3,840.00 + RM3,840.00 + RM3,840.00 + RM3,840.00 = RM23,040.00. [22] Walaubagaimanapun, Mahkamah hanya membenarkan sebanyak satu pertiga (1/3) sahaja dari jumlah kos sebanyak RM23,040.00 tersebut iaitu sebanyak RM7,680.00 (tanpa faedah). Ini adalah kerana prinsip “one third rule” adalah terpakai sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Chai Yee Chong lwn Lew Thai (2004) 2 MLJ 465 dan kes Muhammad Yassein Zuliskandar (A child Suing Through His Father and Next Friend; Zuliskandar Md Pechor) lwn Kerajaan Malaysia & Ors (2019) 4 CLJ 289. [23] Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan sebahagian rayuan Defendan di dalam Kes Rayuan No. NA-12BNCvC-10- 04/2023 berkenaan dengan jumlah kos fisioterapi yang telah diberikan atau diawardkan oleh HMS kepada Plaintif dalam kes ini. ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 24 Kos Pembedahan Masa Hadapan [24] Di dalam Laporan Pakar Plaintif yang telah disediakan oleh Dr. Jeyaratnam T. Satkunasingam dari Klinik Ortopedik Mahkota, Seremban bertarikh 9.02.2021, Doktor Jeyaratnam telah menyatakan seperti berikut:- (i) Revision Surgery The patient sustained fractures to the right tibia and fibula which were treated surgically. It has been 9 months since the accident and radiograph shows the fracture site of the right tibia has not fully consolidated yet. He will require observation and follow-up with serial X-rays and avoidance of high impact activities for the next 6 months. If the patient remains symptomatic with pain over the fractured site whilst weight bearing and X-rays shows no consiladation, then a surgical procedure such as open reduction and internal fixation can be done which will cost about RM20,000.00 if done in a private medical centre (ii) Implants in situ The fracture of the right femur has healed and the implant serves no further function. The patient should be given an ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 25 option of implant removal. Retained impalnts have the following potential risks among others; causation of pain, implant prominence, weight shielding, acting as stress riser, risk of infection, loosening and migration of implants, adhesion of soft tissue and restriction of motion, pain during cold weather. Implant removal is generally safe with minimum risks. Improvement in pain and function can be expected is symtomatic patients. Patient have a high rate of post implant removal satisfaction. Removal of the implant at the right femur will cost around RM7,500 in a private medical centre. [25] Oleh itu, bersandarkan kepada laporan Pakar Plaintif ini, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif sememangnya perlu menjalani kedua-dua pembedahan pada masa hadapan tersebut dan jumlah kos untuk kedua-dua pembedahan masa hadapan yang terpaksa ditanggung oleh Plaintif tersebut sebagaimana yang disarankan oleh pakar Plaintif iaitu Dr. Jeyaratnam adalah sebanyak RM27,500.00 (RM20,000.00 + RM7,500.00). Walaubagaimanapun, Mahkamah hanya membenarkan sebanyak satu pertiga (1/3) sahaja daripada jumlah ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 26 RM27,500.00 tersebut iaitu sebanyak RM9,166.00 (tanpa faedah). Ini adalah kerana tidak ada terdapat sebarang bukti yang menunjukkan dan membuktikan bahawa Plaintif tidak boleh mendapatkan rawatan atau pembedahan tersebut di hospital kerajaan. Oleh itu, prinsip “one third rule” adalah terpakai sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Chai Yee Chong lwn Lew Thai (2004) 2 MLJ 465 dan kes Muhammad Yassein Zuliskandar (A child Suing Through His Father and Next Friend; Zuliskandar Md Pechor) lwn Kerajaan Malaysia & Ors (2019) 4 CLJ 289. [26] Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan rayuan Plaintif di dalam Kes Rayuan No. NA-12BNCvC-8-03/2023 berkenaan dengan jumlah kos pembedahan masa hadapan (“cost of future surgeries”) yang perlu ditanggung oleh pihak Plaintif dalam kes ini. Kos Kesakitan dan Penderitaan bagi Pembedahan Masa Hadapan (“Pain and Suffering for Future Surgery”) [27] Selanjutnya, di dalam kes ini, HMS telah memberikan award sebanyak RM200.00 bagi tuntutan Plaintif untuk kos kesakitan ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 27 dan penderitaan bagi pembedahan masa hadapan ini. Mahkamah mendapati amaun gantirugi sebanyak RM200.00 yang diawardkan oleh HMS untuk kos kesakitan dan penderitaan ini adalah tidak munasabah dan tidak berasas. Oleh itu, di dalam rayuan ini, Mahkamah memberikan award sebanyak RM5,000.00 (tanpa faedah) untuk kesakitan dan penderitaan yang Plaintif akan alami bagi pembedahan masa hadapan ini. Sila rujuk kes Shanmugam a/l Gopal lwn Zinal Abidin bin Nazim & Anor (2003) 3 MLJ 76. [28] Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan rayuan Plaintif di dalam Kes Rayuan No. NA-12BNCvC-8-03/2023 berkenaan dengan jumlah kos kesakitan dan penderitaan bagi pembedahan masa hadapan yang akan ditanggung oleh Plaintif di dalam kes ini. Kesimpulan [29] Mahkamah ini mendapati bahawa jumlah atau amaun award yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) kepada Plaintif di dalam kes ini adalah tidak berpandukan atau ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 28 tidak bersandarkan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised setakat 16 Oktober 2018 dan kes-kes serta nas-nas duluan yang telah diputuskan berserta laporan perubatan dan juga laporan pakar yang telah dikemukakan kepada Mahkamah. [30] Di samping itu, Mahkamah juga mendapati bahawa jumlah award atau kuantum yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) kepada Plaintif di dalam kes ini adalah tidak munasabah, tidak berpadanan dan juga terlalu rendah berbanding dengan kecederaan-kecederaan serius dan “disabilities” yang telah dialami oleh Plaintif serta ianya adalah tidak mengikut trend semasa. [31] Begitu juga, jumlah amaun gantirugi yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) ini adalah tidak disokong dengan keterangan-keterangan dan juga bukti-bukti serta ekshibit-ekshibit terutamanya laporan perubatan dan laporan pakar yang telah dikemukakan di hadapan HMS sewaktu pendengaran kes ini. ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 29 [32] Di dalam kes Fabulous Range Sdn Bhd lwn Helena K Gnanamuthu [2021] 4 MLRA 447, Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- “[12] It is trite law that the function of an appellate court is one of review only. However, where the discretion has not been exercised judicially, that is to say, when the judge has committed an error of law or misconceived the facts or has not given sufficient weight to the relevant considerations or the decisions would result in injustice, the court can interfere….” [33] Seterusnya, di dalam kes Sivalingam Periasamy lwn Periasamy & Anor [1995] 2 MLRA 432, Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- “It is trite law that this court will not readily interfere with the finding facts arrived at by any Court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. But we are undera duty to intervene in a case where, as here, the trial Court has so fundamentally misdirected itself, that one may safely say that no reasonable Court which had properlu directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same conclusion.” ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 30 [34] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah dengan ini membenarkan sebahagian Rayuan yang telah difailkan oleh Perayu (Defendan) dan sebahagian Rayuan Balas yang telah difailkan oleh Responden (Plaintif) di dalam kes ini. Selanjutnya, Mahkamah ini juga telah memutuskan bahawa tiada sebarang perintah terhadap kos berkenaan dengan rayuan-rayuan ini. Disediakan oleh: t.t Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 31 haribulan Mac 2024. ALASAN PENGHAKIMAN: NA-12BNCVC-10-04/2023 31 PEGUAMCARA PERAYU/DEFENDAN: TETUAN SEKAR GILL & C. SUREN No. 507 & 507-A Jalan Melaka Raya 12 Taman Melaka Raya 75000 Melaka PEGUAMCARA RESPONDEN/PLAINTIF: TETUAN V. GOBI & ASSOCIATES No. 130A, 1st Floor Jalan Gurney (Mewah) 72100 Bahau Negeri Sembilan