Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DIKUALA LUMPUR. DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUANMALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-A52NCvC-947-11/2024 ANTARA LIM FANG WOEI (NO. K/P: 700709-08-5513) ...PLAINTIF
WA-A52NCvC-947-11/2024
Sessions Court of Malaysia30 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“glish terms, whether he has elected to get some advantage to which he should not otherwise have been entitled, so as to deny him a later election to the contrary (see Lord Shah in Pitman v Crum Ewing [1911] AC 217 at p 239. His knowledge is necessary or he cannot be said to have approbated or elected. In the instant ca”
“n diberikan secara sah kepada Plaintif untuk memulakan tindakan ini. [10] Mahkamah ini juga dirujuk sekali lagi kepada prinsip yang dinyatakan di dalam kes SIN KHENG HOOI v GOVINDARAJU S/O KUPPUSAMY [2024] MLJU 384, di mana Mahkamah memutuskan bahawa tindakan sivil tidak seharusnya dibatalkan sekiranya Plaintif telah m”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DIKUALA LUMPUR. DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUANMALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-A52NCvC-947-11/2024 ANTARA LIM FANG WOEI (NO. K/P: 700709-08-5513) ...PLAINTIF
1
WONG HUR SHIAW [Disaman sebagai bekas rakan kongsi bagi firma guaman Tetuan Thomas Lai & Rj Soo (sebelum ini dikenali sebagai sebagai Tetuan Thomas Lai & Wallace Wong)]
2
LAIKOK JUINN [Disaman sebagai rakan kongsi bagi firma guaman Tetuan Thomas Lai & Rj Soo (sebelum ini dikenali sebagai sebagai Tetuan Thomas Lai & Wallace Wong)]
3
SOO RUNJIN [Disaman sebagai rakan kongsi bagi firma guaman Tetuan Thomas Lai & Rj Soo (sebelum ini dikenali sebagai sebagai Tetuan Thomas Lai & Wallace Wong)]
4
TETUAN THOMAS LAI & RJ SOO [Disaman sebagai firma (sebelum ini dikenali sebagai sebagai Tetuan Thomas Lai & Wallace Wong)] ...DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN (Lampiran 46 — Permohonan Defendan-Defendan untuk membatalkan Tuntutan Plaintiff)
a
(A) PENDAHULUAN [1] Ini adalah Notis Permohonan Defendan-Defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif di bawah Aturan 18, Kaedah 19(1)(b) dan/atau (d), Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ("Permohonan Lampiran 46") [2] Secara ringkasnya, Defendan-Defendan telah membangkitkan isu dan/atau dakwaan-dakwaan yang berikut: -
2
1 Bahawa Plaintif tiada sebarang lokus standi untuk memulakan tuntutan ini kerana Plaintif tidak mempunyai sebarang kebenaran sanski di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Insolvensi 1967 memandangkan surat kebenaran sanski bertarikh 03.08.2023 tersebut adalah tidak sah;
2
2 Bahawa penukaran peguamcara Plaintif yang terkini, iaitu Tetuan Peru & Co. adalah tidak sah memandangkan mereka gagal untuk mendapatkan kebenaran sanksi di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Insolvensi 1967 untuk meneruskan tuntutan ini; dan
2
3 Bahawa pihak KPI gagal untuk mengesahkan kesahihan surat sanksi bertarikh 03.08.2023 dan maka, Plaintif tiada sebarang lokus standi dari permulaan lagi untuk memfailkan tuntutan sivil ini. [3] Mahkamah telah meneliti hujahan kedua-dua pihak atas Kandungan 46 dan memutuskan untuk menolak permohonan tersebut dengan kos RM3000. UNDANG-UNDANG DI BAWAH ATURAN 18 KAEDAH 19(1), KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012. [4] Prinsip undang-undang yang mantap, sesuatu tuntutan hanya boleh dibatalkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sekiranya ia merupakan suatu 'kes yang jelas' ("plain and obvious case"). [5] Sekiranya terdapat pertikaian fakta yang material yang hanya boleh diputuskan melalui perbicaraan penuh serta proses pemeriksaan balas terhadap saksi-saksi, maka kes tersebut bukanlah satu kes yang jelas untuk dibatalkan. [6] Prinsip ini jelas dinyatakan dalam kes BANDAR BUILDER SDN BHD & ORS v UNITED MALAYAN BANKING CORPORATION BHD [1993] 3 MLJ 36 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: -
6
1 Kuasa pembatalan hanya boleh dilaksanakan dalam kes yang jelas dan nyata ("plain and obvious"); dan
6
2.Sekiranya terdapat isu undang-undang atau fakta yang serius yang memerlukan hujah lanjut atau perbicaraan, maka kes tersebut tidak harus dibatalkan. DAPATAN MAHKAMAH [7] Mahkamah mendapati Plaintif telah mendapatkan kelulusan memfailkan serta memulakan Tuntutan Civil ini. Peguamcara Plaintif yang terdahulu telahpun membuat permohonan penuh dan lengkap untuk mendapatkan kebenaran sanski di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Insolvensi 1967 kepada pihak Insolvensi untuk mewakili Plaintif sebelum memulakan tuntutan ini terhadap Defendan-Defendan: -
7
1 Permohonan dan Kelulusan Rasmi: Peguamcara terdahulu Plaintif telah memohon kebenaran sanksi di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta 2 Insolvensi 1967 melalui permohonannya pada 02.08.2023. Pihak Insolvensi, pada 11.08.2023, telahpun meluluskan permohonan sanksi peguamcara terdahulu Plaintif dengan menyerahkan surat sanksi bertarikh 03.08.2023. Surat Sanksi bertarikh 03.08.2023 tersebut jelas berasaskan kepada permohonan sanski yang dibuat pada tarikh 02.08.2023 (iaitu tarikh permohonan sanksi oleh peguamcara terdahulu Plaintif) dan yang mana penyerahan surat sanksi bertarikh 03.08.2023 tersebut oleh pihak Insolvensi adalah sebagai maklum balas terhadap permohonan sanksi peguamcara terdahulu Plaintif tersebut;
7
2 Prosedur Pemfailan yang Teratur: Tuntutan Civil hanya difailkan pada 11.08.2023, iaitu selepas kelulusan sanksi diberikan kepada peguamcara terdahulu Plaintif. Pihak Insolvensi juga telah dimaklumkan mengenai pemfailan tersebut pada $ 17.08.2023^{\circ} $ dan telah menerima salinan kertas kausa tanpa sebarang bantahan dan/atau isu;
7
3 Pihak Insolvensi juga mempunyai pengetahuan penuh berkenaan pemfailan tuntutan sivil ini dan sentiasa dikemas kini mengenai perkembangan kes. Sepanjang prosiding berjalan, pihak Insolvensi tidak pernah membangkitkan sebarang isu mengenai kesahihan sanksi Plaintif tersebut . Pihak Insolvensi sendiri telah menyerahkan surat sanksi bertarikh 03.08.2023 tersebut kepada peguamcara terdahulu Plaintif sebagai maklum balas kepada permohonan sanski bertarikh 02.08.2023 tersebut serta telah menerima dan mengambil maklum terhadap pemfailan tindakan sivil di Mahkamah ini . [8]. Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa isu kewujudan nama firma guaman yang berbeza (Tetuan Indrani & Associates) dalam Surat Kebenaran Sanksi tidak menjejaskan kesahihan surat sanski bertarikh 03.08.2023 tersebut kerana:
8
1 Mahkamah mendapati terdapat Kesilapan Pentadbiran ("Administrative Error'): Perbezaan nama dalam surat sanksi bertarikh 03.08.2023 tersebut dipercayai hanyalah kesilapan perkeranian atau administratif oleh pihak Insolvensi dan tidak seharusnya membatalkan keseluruhan sanksi yang telah diberikan mengambil kira fakta-fakta yang dinyatakan di atas;
8
2 Maklum Balas Terus: Surat sanksi bertarikh 03.08.2023 tersebut telah diserahkan oleh pihak Insolvensi sebagai maklum balas terhadap permohonan peguamcara terdahulu Plaintif bertarikh 02.08.2023. Pihak Insolvensi juga telah selanjutnya menerima maklum pemfailan tindakan sivil ini tanpa sebarang bantahan, sekali gus mengesahkan kelulusan mereka terhadap pemfailan tindakan Plaintif di sini;
8
3 Kronologi Pemfailan: Sekiranya dakwaan Defendan-Defendan bahawa surat sansksi bertarikh 03.08.2023 telah digunakan oleh Tetuan Indrani & Associates bagi kes lain adalah benar, perkara ini adalah di luar pengetahuan peguamcara terdahulu Plaintif kerana peguamcara terdahulu Plaintif hanya bergantung kepada representasi yang diberikan oleh pihak Insolvensi bahawa kelulusan sanski diberikan untuk memulakan tuntutan sivil di sini. Peguamcara terdahulu Plaintif telah memfailkan tindakan sivil ini pada 11.08.2023 terlebih dahulu serta yang mana pemfailan tindakan sivil ini telah diambil maklum oleh pihak Insolvensi pada 17.08.2023 — kesemuanya berlaku sebelum Tetuan Indrani & Associates telah memfailkan Guaman Civil No.: BA-22NCVC-353-08/2023 pada 23.08.2023 (jika benar bahawa surat sanski bertarikh 03.08.2023 tersebut telah digunakan oleh Tetuan Indrani & Associates bagi kes lain);
8
4 Di Luar Kawalan Plaintif: Walau apa pun keadaannya, sebarang isu pertindihan atau kesilapan dalam penggunaan Surat Kebenaran Sanksi bertarikh 03.08.2023 adalah di bawah bidang kuasa nsolvensi semata-mata. Perkara kuasa ini jelas dan di pengurusan luar kawalan pihak Plaintif mahupun peguamcara terdahulu Plaintif kerana pihak Plaintif hanya bergantung kepada reprentasi yang diberikan oleh pihak Insolvensi. Oleh itu, peguamcara terdahulu tidak wajar dipertanggungjawabkan memandangkan pihak Insolvensi sendiri yang menyerahkan sanksi berkenaan sebagai maklum balas kepada permohonan yang telah dikemukakan sebelum ini oleh peguamcara terdahulu Plaintif.
8
5 Kelulusan sanksi dalam pelbagai format: Merujuk kepada prinsip dalam kes NORDIN BIN MOHD ZAIN v GLOMAC ALLIANCE SDN BHD [2021] 7 MLJ 574, Mahkamah Tinggi telah menetapkan bahawa kriteria utama bagi sanksi yang sah adalah kewujudan permohonan kepada pihak Insolvensi (sepertimana dalam kes di sini). Paling utama, Mahkamah turut menegaskan bahawa kelulusan sanksi tidak terikat kepada sesuatu format yang tetap yang mana ianya boleh diberikan dalam pelbagai bentuk ataupun format. [9] Maka, berdasarkan bukti-bukti dokumen yang dikemukakan, adalah jelas dan nyata bahawa kelulusan sanksi di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Insolvensi 1967 telah pun diberikan secara sah kepada Plaintif untuk memulakan tindakan ini. [10] Mahkamah ini juga dirujuk sekali lagi kepada prinsip yang dinyatakan di dalam kes SIN KHENG HOOI v GOVINDARAJU S/O KUPPUSAMY [2024] MLJU 384, di mana Mahkamah memutuskan bahawa tindakan sivil tidak seharusnya dibatalkan sekiranya Plaintif telah memohon sanksi sebelum pemfailan dibuat, walaupun kebenaran rasmi hanya diperolehi kemudiannya. Berlandaskan kepada prinsip tersebut, kedudukan Plaintif adalah jauh lebih kukuh di sini kerana: [11] Mahkamah juga mendapati kes-kes yang dirujuk oleh pihak Defendan-defendan berhubung pembatalan tindakan akibat ketiadaan sanksi dapat dibezakan ("distinquished") daripada fakta kes di sini. Dalam kes-kes tersebut, pihak Plaintif gagal sama sekali untuk mengemukakan sebarang permohonan sanksi di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Insolvensi 1967 sebelum memulakan tindakan masing-masing.
11
1 Kegagalan Plaintif dalam kes-kes tersebut untuk membuat sebarang permohonan sanksi juga bermakna tiada sebarang kelulusan yang diberikan oleh pihak Insolvensi untuk Plaintif memulakan tuntutan masing-masing; dan
11
2 Maka Mahkamah di dalam kes-kes yang dirujuk telah memutuskan untuk membatalkan tersebut kerana ketiadaan lokus standi memandangkan ketiadaan sebarang kelulusan sanksi oleh pihak Insolvensi terlebih dahulu sebelum memulakan tindakan sivil. [12] Berbeza dengan kes semasa, Plaintif telah bertindak secara proaktif dengan membuat permohonan lengkap untuk kebenaran sanski secara bona fide dan telahpun selanjutnya, memperolehi kelulusan sanksi daripada pihak Insolvensi sebelum tuntutan sivil ini difailkan. Maka, Mahkamah bersetuju dan sependapat bahawa tindakan ini jelas dimulakan berdasarkan representasi sah daripada pihak Insolvensi bahawa sanksi telah pun diberikan. [13] Mahkamah juga mendapati Tetuan Peru & Co juga telah memperolehi kelulusan sanski daripada pihak KPI untuk meneruskan Tuntutan Civil ini. Firma guaman terkini Plaintif, Tetuan Peru & Co., telahpun memperoleh kebenaran sanksi rasmi daripada pihak Insolvensi melalui surat bertarikh 19.01.2026 untuk meneruskan tindakan ini. Oleh itu, sebarang prejudis terhadap Defendan-Defendan adalah tidak wujud sama sekali. [14] Sekiranya ada dakwaan kecacatan pada sanksi melalui awal, sanksi sekiranya bertarikh ada, telah dipulihkan (ratified) sepenuhnya melalui sanksi bertarikh19.01.2026°. Hak untuk membantah ketiadaan sanksi terletak secara eksklusif kepada pihak Insolvensi. Pihak Insolvensi jelas tidak mempunyai sebarang halangan untuk Plaintif meneruskan tuntutan sivil ini. Mahkamah dirujuk kepada kes CHEW THAI KAY & ANOR V. TENAGA NASIONAL BHD [2020] 1 CLJ 97, di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa sanksi yang membenarkan Plaintif 'memulakan dan meneruskan' tindakan mempunyai kesan retrospektif sehingga tarikh pemfailan saman. Maka, surat sanksi 19.01.2026 dalam kes ini secara automatik memberikan lokus standi yang sah kepada Plaintif sejak awal pemfailan lagi. [15] Mahkamah juga mendapati Pihak Defendan-Defendan sendiri tidak membantah terhadap kesahihan surat sanksi bertarikh 03.08.2023 tersebut. Surat sanksi bertarikh 03.08.2023 telahpun diserahkan seawal bulan Februari 2024 lagi bagi tujuan pengesahan pada ketika pihak Plaintif ingin meminda Pernyataan Tuntutannya. Melalui surat peguamcara Defendan-Defendan bertarikh 22.03.2024, mereka sendiri telah memaklumkan bahawa mereka tiada bantahan langsung dengan cadangan Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut untuk menambahkan fakta yang mana Plaintif diisytiharkan sebagai bankrup pada 01.09.2022 serta fakta yang mana Plaintif telahpun memperolehi kebenaran sanski untuk memulakan kes ini melalui Surat Sanski bertarikh 03.08.2023. Maka dan berdasarkan di atas, Defendan-Defendan telah sekaligus mengabaikan ("waived") isu berkenaan kesahihan sanksi ini. Tindakan Defendan-Defendan untuk kini membangkitkan kesahihan surat sanski bertarikh 03.08.2023 tersebut adalah ("afterthought") reprobate. [16] Mahkamah dirujuk kepada kes MOHAMMAD IDRES S/O MOHD SULAIMAN SHAH v MALAYAN BANKING BHD [2001] 5§ MLJ 1115, di mana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: - "Waiver' is a doctrine of some arbitrariness introduced by the law to prevent a man in certain circumstances from taking up two inconsistent positions. It is a conclusion of the law when the necessary facts are established. It looks, however, chiefly to the conduct and the position of the person who is said to have waived, in order to see whether he has approached so as to prevent reprobating — in English terms, whether he has elected to get some advantage to which he should not otherwise have been entitled, so as to deny him a later election to the contrary (see Lord Shah in Pitman v Crum Ewing [1911] AC 217 at p 239. His knowledge is necessary or he cannot be said to have approbated or elected. In the instant case, when the appellant filed the summons in chambers there were exchanges of affidavits regarding the subject matter, and by these actions the respondent had clearly indicated that it had waived its right to raise an objection. It was intentional or within its knowledge that he had waived its right. The appellant had believed and acted in the knowledge that the respondent had by its conduct waived its rights. So when the respondent filed his preliminary objection, he was precluded by the doctrine of waiver as he cannot approbate and reprobate at the same time." KESIMPULAN [17] Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif telah memperolehi sanksi yang sah di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Insolvensi 1967 untuk memulakan tindakan ini terhadap Defendan-Defendan .Tiada sebarang prejudis terhadap Defendan-Defendan kerana mereka telah mengetahui status sanksi ini sejak Februari 2024 . Tiada bantahan dibangkitkan sebelum ini, maka, adalah tidak wajar untuk membatalkan tuntutan ini tanpa mempertimbangkan bukti-bukti kontemporari yang sedia ada. Pihak-pihak sudahpun bersedia untuk perbicaraan penuh yang mana kesemua kertas kausa perbicaran (kecuali penyataan saksi) telahpun difailkan. OLEH YANG DEMIKIAN, atas imbangan kebarangkalian Mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan Defendan-defendan di kandungan 46 dengan kos RM3000. Bertarikh 1 JULAI 2026
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.