(iii) Bayaran kepada Betty Chew oleh EPMC untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan sebagai pengarah dan perunding undang-undang bagi syarikat tersebut. Hujahan Perayu-Perayu [20] Di dalam hujahan mereka, Perayu-Perayu menegaskan bahawa fakta-fakta mengenai pertuduhan dalam prosiding kedua ini telah berada di dalam pengetahuan pihak pendakwaan semenjak siasatan terhadap mereka oleh pihak SPRM bagi prosiding pertama dalam tahun 2016. [21] Fakta-fakta yang akan timbul dalam dalam prosiding kedua adalah fakta-fakta yang sama yang telah didedahkan di dalam perbicaraan semasa prosiding pertama. Perayu-Perayu menghujahkan bahawa ianya terbukti dari keterangan yang dikemukakan dalam prosiding pertama dan dokumen-dokumen yang diserahkan oleh pihak Pendakwaan di bawah seksyen 51A KTJ bagi prosiding kedua ini yang mana adalah hampir sama (almost identical) dengan dokumen-dokumen yang diserahkan di bawah seksyen yang sama di dalam prosiding pertama. [22] Juga dihujahkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan dalam prosiding kedua ini membentuk atau merupakan sebahagian daripada siri kesalahan yang sama atau bersifat serupa dengan kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan di dalam prosiding pertama. [23] Menurut perayu-perayu, pertuduhan-pertuduhan dalam prosiding kedua ini seharusnya telah boleh dipertuduhkan terhadap Perayu-Perayu di dalam prosiding pertama. Namun, pihak pendakwaan sengaja tidak berbuat demikian, dan sebaliknya, memilih untuk mengemukakan pertuduhan-pertuduhan secara bertahap terhadap Perayu-Perayu (by instalments) yang jelas adalah bersalahan dengan undang-undang. [24] Adalah dihujahkan bahawa memandangkan Perayu-Perayu telah dituduh, dibicarakan dan kemudiannya telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah dari pertuduhan-pertuduhan di dalam prosiding pertama, maka pendakwaan dalam prosiding kedua ini adalah terhalang oleh doktrin autrefois acquict/convict / double jeopardy. Pada masa yang sama, ia juga adalah melanggar dan bersalahan dengan Perkara 7 (2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seperti berikut : A persons who has been acquitted or convicted of an offence shall not be tried again for the same offence except where the conviction or acquittal has been quashed and a retrial ordered by court superior to that by which he was acquitted or convicted. [25] Oleh yang demikian, prosiding ke dua ini adalah tidak berpelembagaan dan harus dibatalkan serta Perayu-Perayu hendaklah dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan dalam prosiding ke dua terhadap mereka. Hujahan Responden [26] Berdasarkan perbandingan kepada pertuduhah-pertuduhan yang dikenakan terhadap Perayu-Perayu di dalam prosiding pertama dan prosiding kedua, adalah jelas bahawa kedua-duanya adalah berasaskan kepada fakta yang berbeza, dengan itu, ia tidak memenuhi syarat untuk membangkitkan pemakaian prinsip double jeopardy. [27] Walaupun pertuduhan-pertuduhan dalam prosiding pertama dan kedua bermula dari satu penyiasatan yang sama, namun, pertuduhan-pertuduhan dalam kedua-dua prosiding tersebut adalah berbeza. Di mana, pertuduhan yang dikemukakan dalam prosiding pertama adalah berdasarkan hasil siasatan setakat 2016. Selepas 2016, siasatan terhadap perayu-perayu masih lagi diteruskan oleh pihak SPRM dan pertuduhan dalam prosiding kedua ini adalah berdasarkan hasil siasatan lanjutan tersebut. [28] Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa budibicara mutlak kepada Pendakwa Raya untuk mengemukakan apa- apa pertuduhan jenayah dan pada bila-bila masa terhadap mana-mana saspek. Justeru, isu pertuduhan bertahap (charges by instalments) yang didakwa adalah tidak timbul. Dapatan/Keputusan Mahkamah [29] Berdasarkan penelitian kepada undang-undang yang relevan iaitu Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan itu sendiri dan berdasarkan otoriti-otoriti yang dikemukakan, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa untuk doktrin double jeopardy terpakai, pra-syarat yang perlu dipenuhi adalah; i) Tertuduh di dalam prosiding pertama dan kedua mestilah orang yang sama; ii) Kesalahan (offence) dalam prosiding terdahulu terhadap tertuduh itu adalah merupakan kesalahan yang sama dari segi fakta dan perundangan (same offence in fact and law) dengan kesalahan yang tertuduh dihadapkan di dalam prosiding berikutnya (subsequent proceeding). iii) Tertuduh telah dibicarakan oleh Mahkamah yang kompetan (competent) dan telah samada dilepaskan atau pun telah disabitkan oleh Mahkamah berkenaan dan perintah berkenaan masih berkuatkuasa. Isu Yang Perlu Diputuskan. [30] Justeru isu yang perlu diputuskan di dalam permohonan ini adalah samada kesemua pra-syarat bagi pemakaian doktrin double jeopardy ini telah dipenuhi. Adalah jelas bahawa pra syarat pertama tidak menjadi isu dan dengan itu tidak akan dibincangkan. Adakah Syarat Kedua Dipenuhi? [31] Bagi menjawab persoalan samada pertuduhan dalam prosiding pertama dan prosiding kedua terhadap perayu-perayu adalah sama in fact and in law, maka kedua-duanya haruslah dibandingkan. Bagi tujuan ini, Mahkamah ini mengunapakai perbandingan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap perayu-perayu di dalam kedua-dua prosiding tersebut yang telah ditunjukkan oleh pihak Responden di dalam hujahan bertulis mereka dengan memperturunkannya semula seperti berikut: First Proceeding - Charges against Second Proceeding-Charge against Phang Phang Li Koon: Li Koon: Bahawa, pada 28 Julai 2015, di No. 25,Jalan Pinhorn,Georgetown,di dalam daerah Timur Laut, di dalam negeri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang,telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan di mana dia telah mendapatkan untuk dirinya dan isterinya iaitu Betty Chew Gek Cheng (No. K/P: 640815-04-5388) suatu barang berharga dengan suatu balasan yang dia ketahui tidak mencukupi iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No. 25,Jalan Pinhorn, 11600 Georgetown, Pulau Pinang, dengan harga RM2.8juta sedangkan nilaian semasa hartanah tersebut adalah sebanyak RM4.27 juta, yang mana dia ketahui bahawa kamu mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya dan kamu pada tarikh dan tempat yang sama telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut di mana kesalahan Bahawa kamu di antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016,di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, di dalam daerah Georgetown, di dalam Negeri Pulau Pinang, telah bersubahat dalam pelakuan kesalahan oleh Lim Guan Eng (No. K/P:601208-01-5177), iaitu, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Penang Development Corporation (PDC), beliau telah menggunakan kedudukan beliau untuk suapan, iaitu, wang berjumlah RM372,009.00 bagi isteri beliau iaitu Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management&Consultancy Sdn.Bhd., dengan cara mengambil tindakan memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn. Bhd. ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan,Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang bernilai RM11,610,000.00,yang mengenainya isteri beliau secara tidak langsung mempunyai kepentingan,di mana kesalahan tersebut tersebut telah dilakukan hasil daripada persubahatan kamu dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan [Akta 574] dibaca bersama seksyen 165 Kanun yang sama. Hukuman: Hendaklah dihukum dengan penjara tidak melebihi tempoh dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya telah dilakukan hasil persubahatan kamu, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dibaca bersama seksyen 23(1) dan seksyen 24(1) Akta yang sama. Hukuman: Sek. 24(1)ASPRM 2009 [Akta 694]: Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 23 ASPRM apabila disabitkan boleh:(a) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan (b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang,atau sepuluh ribu ringgit,mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Prosiding Pertama Terhadap Lim Guan Eng Prosiding Kedua Terhadap Lim Guan Eng PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu pada 18 Julai 2014, di Bilik Gerakan,Tingkat 28,Bangunan KOMTAR,Georgetown,di dalam daerah Timur Laut, di dalam negeri Pulau Pinang, sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukan kamu untuk suapan bagi diri kamu dan isteri kamu, Betty Chew Gek Cheng (No. K/P: 640815-04-5388), dalam mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang Bil. 10/2014 dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am untuk Lot 436 & 437 Bahawa kamu di antara 19 Ogos 2013 dan 3Mac 2016, di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,Tingkat 28, KOMTAR, di dalam daerah Georgetown, di dalam Negeri Pulau Pinang, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Penang Development Corporation (PDC), telah menggunakan kedudukan kamu untuk suapan, iaitu, wang berjumlah RM372,009.00 bagi isteri kamu iaitu Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn.Bhd., dengan cara mengambil tindakan memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn. Bhd. ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot Mukim J,Daerah Barat Daya,Pulau Pinang kepada Magnificent Emblem Sdn. Bhd. dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah seksyen 24Akta yang sama. Hukuman: Boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. PERTUDUHAN KEDUA Bahawa kamu pada 28 Julai 2015, di No.25,Jalan Pinhorn, Georgetown, di dalam daerah Timur Laut, di dalam negeri Pulau Pinang, sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah mendapat untuk diri kamu dan isteri kamu, Betty Chew Gek Cheng (No.K/P:640815-04-5388), suatu barang berharga dengan suatu balasan yang kamu ketahui tidak mencukupi iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No.25, Jalan Pinhorn, 11600 Georgetown, Pulau Pinang, daripada Phang Li Koon dengan harga RM 2.8 juta sedangkan nilaian semasa hartanah tersebut adalah sebanyak RM 4.27 juta ,yang mana kamu mengetahui bahawa Phang Li Koon mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan [Akta 574]. Hukuman: Hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya 631, Mukim 13,Juru,Seberang Perai Tengah dan Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang bernilai RM11,610,000.00,yang mengenainya isteri kamu secara tidak langsung mempunyai kepentingan, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama. Hukuman Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 23 ASPRM 2009 apabila disabitkan boleh-Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun;dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau sepuluh ribu ringgit mengikut mana-mana yang lebih tinggi. [32] Setelah meneliti dan membandingkan pertuduhan-pertuduhan di dalam prosiding pertama dan kedua terhadap kedua-dua perayu masing-masing, saya bersetuju dengan hujahan Responden bahawa pra-syarat kedua iaitu pertuduhan-pertuduhan dalam kedua-dua prosiding berkenaan hendaklah sama dari sudut fakta dan juga dari sudut undang-undang (facts and law), tidak dipenuhi. [33] Ini kerana adalah jelas dari perbandingan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap kedua-dua perayu masing-masing seperti yang tertera di atas, bahawa terdapat perbezaan yang jelas dan ketara antara pertuduhan dalam kedua-dua prosiding tersebuat iaitu dari segi a; tarikh kesalahan yang dikatakan dilakukan b; kedudukan (position/jawatan Perayu) semasa kesalahan dikatakan dilakukan c; suapan yang dikatakan adalah bagi manafaat pihak yang berbeza, d; tindakan yang dikatakan dilakukan oleh perayu yang membentuk kesalahan adalah berbeza dan e; jenis kesalahan adalah berbeza. Disebabkan perbezaan-perbezaan ini, maka adalah jelas bahawa pertuduhan-pertuduhan berkenaan boleh dan perlu dibuktikan atas merit masing-masing walau pun mungkin kesemua pertuduhan yang dikenakan adalah terbit dari satu penyiasatan dan dokumen-dokumen yang sama. [34] Berkait dengan syarat pertama ini, Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Gan Boon Aun [2017] 3 MLJ telah menyatakan seperti berikut: “[56] The fourth ‘constitutional issue’ asked whether the continued prosecution of the alternative charge after acquittal of the principal charge violated art 7(2) of the Federal Constitution which reads ‘A person who has been acquitted or convicted of an offence shall not be tried again for the same offence except where the conviction or acquittal has been quashed and a retrial ordered by a court superior to that by which he was acquitted or convicted’. We could intuitively answer that the doctrine of autrefois acquit only applies where an accused is charged for the same offence for which he has been acquitted. ‘We are of the view that the scope and extent of protection enshrined under art 7(2) of the Federal Constitution only applies to criminal offences wherein a person who has been acquitted or convicted of an offence by the court shall not be tried again for the same offence’ (Palautah a/l Sinnappayan & Anor v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2010] 3 MLJ 295 per Zulkefli FCJ, as he then was, delivering the judgment of the court). ‘For the doctrine of autrefois to apply it is necessary that the accused should have been put in peril of conviction for the same offence as that with which he is then charged. The word ‘offence’ embraces both the facts which constitute the crime and the legal characteristics which make it an offence. For the doctrine to apply it must be the same offence both in fact and in law’ (Connelly v Director of Public Prosecutions [1964] AC 1254 at pp 1339-1340, per Lord Devlin; Lord Pearce in agreement).” (Penekanan ditambah) [35] Justeru wujudnya perbezaan-perbezaan dalam pertuduhan-pertuduhan dalam prosiding pertama dan kedua sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam perenggan 33 penghakiman ini, maka, adalah diputuskan bahawa syarat pertama bagi pengaktifan doktrin double jeopardy gagal dipenuhi. Adakah Syarat Kedua Dipenuhi? [36] Jika pun dihujahkan bahawa kes PP lwn Gan Boon Aun (supra) boleh dibezakan dan Mahkamah ini juga digesa untuk tidak mengambil pendekatan yang simplistik kerana adanya perkembangan perundangan yang meluas berkait dengan pemakaian doktrin ini yang dihujahkan turut mencangkupi issue estoppel dan res judicata, namun, pada hemat mahkamah ini, ia tidak juga membantu perayu-perayu di sini. Ini kerana berdasarkan senario kes ini, pemakaian prinsip autrois convict/acquit/double jeopardy/ issue estoppel/ res judicata tetap tidak dapat diaktifkan. [37] Senario atau latar pentas kes ini adalah, di dalam prosiding pertama, walaupun setelah 25 saksi pendakwaan dipanggil dan memberikan keterangan, namun, adalah jelas bahawa tiada sebarang dapatan kehakiman (legal determination) mengenai kebersalahan atau ketidakbersalahan perayu dibuat oleh Hakim yang membicarakan berdasarkan keterangan saksi-saksi tersebut dan / atau pun berdasarkan fakta-fakta yang terbukti melalui perbicaraan tersebut (there was no judicial determination by the trial court based on the evidence before it). [38] Sungguh pun di dalam prosiding pertama tersebut perayu-perayu telah dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan yang dikenakan, namun, adalah tidak dapat disangkal bahawa perintah pelepasan dan pembebasan perayu-perayu tersebut adalah bersusulan dari keputusan pihak pendakwaan menghentikan pendakwaan dengan cara menarik balik pertuduhan yang dikenakan terhadap perayu-perayu pada masa kes terhadap mereka masih di peringkat sambung bicara. Justeru adalah jelas bahawa the acquittal and discharge order was not upon a judicial adjudication by the court on the available evidence, thus, was not on merit of the case. [39] Dalam konteks ini, mahkamah membuat rujukan kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu Dorai Manickam Alias Davis v Rex [1936] 1 MLJ 209 yang mengariskan antara pra-syarat untuk pemakaian doktrin ini adalah “ (3) that the person was tried and acquitted” . Rujukan juga dibuat kepada perkataan yang digunakan di dalam Perkara 7 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu “… has been acquitted or convicted…”. Selain itu, Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Jagjit Singh v Regina [1962] 1 MLJ 326 yang telah merujuk satu kes klasik berkait dengan isu ini iaitu, Rex v Barron 10 Cr. App.R.81 at p.87 di mana, Lord Reading telah mengariskan prinsip-prinsip bagi pemakaian doktrin double jeopardy ini yang dipetik seperti berikut: “... The principle on which this plea depends has often been stated. It is this, that the law does not permit a man to be twice in peril of being convicted of the same offence (4 Hawkins P.C. 311; B. II c. 35). If, therefore, he has been acquitted i.e., found to be not guilty of the offence, by a court competent to try him, such acquittal is a bar to a second indictment for the same offence. …” Penekanan ditambah. [37] Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa perkataan-perkataan ‘that the person was tried and acquitted’, ‘has been acquitted or convicted’ dan ‘found to be not guilty of the offence, by a court competent to try him’, semuanya membayangkan dan membawa maksud bahawa keputusan tidak bersalah dan susulan itu perintah melepas dan membebaskan berkenaan hendaklah dibuat oleh Mahkamah yang kompeten untuk membicarakan seseorang tertuduh itu setelah hakim yang membicarakannya dengan menggunakan fikirannya sendiri membuat penilaian kehakimam (judicial evaluation) terhadap keterangan-keterangan yang dikemukakan di dalam perbicaraan berkenaan dan seterusnya mencapai keputusan kehakiman (legal determination) yang berasaskan kepada keterangan-keterangan berkenaan. [38] Sebagaimana yang telah dinyatakan, perintah pelepasan dan pembebasan perayu-perayu di dalam prosiding pertama adalah bukan dari hasil legal determination based on evidence oleh Hakim bicara (trial judge) berkenaan. Walau pun Mahkamah berkenaan adalah Mahkamah yang kompeten, namun, perintah pelepasan dan pembebasan perayu-perayu di dalam prosiding pertama itu adalah semata-mata susulan dari tindakan pihak Pendakwa Raya yang menarik balik pertuduhan di peringkat sambung bicara tanpa sebarang pertimbangan kehakiman ke atas keterangan-keterangan di dalam perbicaraan itu oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan. [39] Oleh yang demikian, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa syarat ketiga iaitu, tertuduh berkenaan mestilah samada telah dilepaskan atau pun telah disabitkan oleh Mahkamah yang kompeten berdasarkan merit kes di dalam prosiding pertama juga tidak dipenuhi. Pertuduhan Secara Bertahap (Charges In Installments) [40] Berkait dengan isu pengemukaan pertuduhan secara bertahap (Charges In Installments) yang dibangkit oleh perayu-perayu dan yang merka dakwa sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah, pada hemat saya, adalah memadai untuk Mahkamah ini merujuk kepada Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan juga seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Walaupun kedua-dua peruntukkan ini adalah tidak asing kepada pengamal undang-undang jenayah, namun, kedua-duanya diperturunkan semula dalam bahasa asalnya demi melengkapkan penghakiman ini seperti berikut: Perkara 145 (3): “(3) “The Attorney General shall have power, exercisable at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence, other than proceedings before Shariah court, a native court or a court-martial.”; dan Seksyen 376 KTJ; “(1) The Attorney General shall be the Public Prosecutor and shall have the control and direction of all criminal prosecution and proceedings under this code.” [41] Dari kedua-dua peruntukkan tersebut adalah jelas, bahawa perundangan tertinggi negara dan perundangan yang memperuntukkan prosedur bagi pengendalian kes jenayah di negara ini, memberikan budibicara mutlak kepada Peguam Negara yang juga adalah Pendakwa Raya di dalam pengendalian pendakwaan dan perjalanan kes-kes jenayah di semua mahkamah di negara ini kecuali Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Tentera. [42] Di samping itu tiada mana-mana perundangan yang menuntut atau mempertanggungjawabkan Pendakwa Raya untuk mengemukakan pertuduhan yang berbilang (multiple charges) terhadap mana-mana tertuduh secara serentak. [43] Dalam kes Samat & Ors. v PP [1974] 2 MLJ 152 Suffian LP (pada ketika itu) telah menyatakan mengenai perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang dipetik seperti berikut: “In our view, this clause from the supreme law clearly gives the Attorney-General very wide discretion over the control and direction of all criminal prosecutions. Not only may he institute and conduct any proceedings for an offence, he may also discontinue criminal proceedings that he has instituted, and the courts cannot compel him to institute any criminal proceedings which he does not wish to institute or to go on with any criminal proceedings which he has decided to discontinue. …… Anyone who is dissatisfied with the Attorney-General’s decision not to prosecute, or not to go on with a prosecution or his decision to prefer a charge for a less serious offence when there is evidence of a more serious offence which should be tried in a higher court, should seek his remedy elsewhere, but not in the courts.” [44] Jika pun kuasa budi bicara mutlak Peguam Negara/Pendakwa Raya ini dihujahkan sebagai tidak mutlak (absolute), namun bagi mencabar apa-apa keputusannya selaku badan awam, pada hemat mahkamah ini, haruslah dibuat melalui permohonan (judicial review) dan bukannya melalui notis usul di Mahkamah ini. [45] Oleh yang demikian, atas alasan-alasan yang telah dinyatakan, permohonan-permohonan perayu-perayu melalui kedua-dua notis usul yang didengar bersama ini adalah ditolak dan perbicaraan jenayah no. PA 45-1-03/23 (Pendakwa Raya lawan Phang Li Koon) dan PA-46-1-03/2023 (Pendakwa Raya lawan Lim Guan Eng) adalah untuk diteruskan dengan sewajarnya. Rofiah Binti Mohamad Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Pulau Pinang