Content
1 DALAM PERKARA MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: AA-22NCVC-136-11/2018 ANTARA LIM HUI JIN (NO. K/P: 880201-08-5425) … PLAINTIF
AA-22NCvC-136-11/2018
High Court of Malaysia16 Feb 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30 dalam held (2) bahawa :- “(2) The general principle underlying s. 131 Evidence Act 1950 (‘the Act’) appears to be that a person, who is in possession of another’s document, cannot be compelled t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM PERKARA MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: AA-22NCVC-136-11/2018 ANTARA LIM HUI JIN (NO. K/P: 880201-08-5425) … PLAINTIF
1
INSPEKTOR MUHAMMAD NOORARIF SHAH (NO. K/P:G/19364)(Disaman atas kapasiti Peribadi dan Rasmi sebagai
2
INSPEKTOR SOPAWAN A/P KIN (NO. K/P:G/20249) )(Disaman atas kapasiti Peribadi dan Rasmi sebagai
3
3.
4
4.
5
KERAJAAN MALAYSIA …DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN 28/04/2022 08:36:34 AA-22NCvC-136-11/2018 Kand. 112 S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w PENGENALAN [1] Ini adalah suatu Permohonan oleh Plaintif di bawah Aturan 24 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai “KKM 2021”) dan/atau Aturan 24 Kaedah 7 KKM 2012 dan/atau di bawah kuasa sedia ada Mahkamah ini selepas pliding ditutup apabila pihak-pihak telah menfailkan kertas kausa masing-masing dan kes juga adalah di peringkat perbicaraan iaitu semasa pemeriksaan balas oleh peguamcara Plaintif terhadap Defendan Pertama. FAKTA RINGKAS [2] Defendan Pertama yang merupakan seorang Inspektor pada tahun 2014 adalah penerima aduan seorang individu bernama Lim Keck Eng dan atas arahan pihak atasan Defendan Pertama iaitu ACP Latt Madzura, Defendan Pertama selanjutnya menjadi pegawai penyiasat kes Lim Keck Eng. [3] Defendan Pertama dikatakan tidak menyiasat aduan emak Plaintiff (Tan Hoo Eng) terhadap Lim Keck Eng walaupun telah dirujuk kepada Defendan Pertama untuk disiasat bersama. Siasatan dan tindakan Defendan Pertama telah menyebabkan akaun Plaintif dibeku dan disita. S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w Selepas pengadu iaitu Lim Keck Eng disoal balas di Mahkamah Sesyen pada 28.09.2017, pengadu telah mengakui menerima wang sejumlah RM3,834,662.02 di mana emak Plaintiff (Tan Hoo Eng) dituduh. Tiada apa-apa tindakan dibuat terhadap pengadu manakala pihak pendakwaan telah memohon untuk perintah DNAA pada 06.10.2017 untuk kesemua tuduhan terhadap emak Plaintif (Tan Hoo Eng). [4] Ekoran daripada kedudukan di atas, peguamcara Plaintif telah menfailkan permohonan untuk penzahiran dokumen-dokumen daripada Defendan Pertama dengan menghantar 2 Notis Untuk Mengemukakan yang bertarikh 01.10.2021 (Kandungan 73) dan 10.11.2021 (kandungan 83) kepada peguamcara Defendan Pertama. Untuk kandungan 73, peguamcara Defendan Pertama tidak membalas kepada notis tersebut selepas penerimaan tetapi telah membawa perkara tersebut kepada perhatian Mahkamah ini dan beliau telah katakan bahawa satu permohonan perlu difailkan supaya Defendan Pertama boleh membalas. [5] Dalam prosiding bertarikh 12.11.2021, peguamcara Defendan Pertama telah sekali lagi membantah kepada kandungan 73 dan 83 dan Mahkamah ini menetapkan 20.12.2021 sebagai klarifikasi untuk Kandungan 73 dan 83. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah menolak Kandungan 73 dan 83. S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w [6] Notis Permohonan Plaintif ini telah difailkan setelah Mahkamah ini menolak kedua-dua Notis Untuk Mengemukakan yang telah difailkan oleh Plaintif di Kandungan 73 dan 83. Dokumen-dokumen yang dimohon oleh Plaintif dalam Lampiran A Notis Permohonan Plantif ini adalah sebagaimana yang telah dimohon oleh Plaintif dalam kedua-dua Notis Untuk Mengemukakan di Lampiran 73 dan 83. [7] Dokumen-dokumen yang dipohon oleh Plaintif sepertimana di dalam Lampiran A dalam Notis Permohonan Plaintif adalah seperti yang berikut:
a
butir-butir jumlah keseluruhan kes-kes yang diterima Defendan Pertama di mana Defendan Pertama merupakan penerima laporan polis dan dalam masa yang Defendan Pertama juga adalah Pegawai
b
bil-bil tempat dan/atau tempat-tempat penginapan Defendan Pertama sepanjang menghadiri perbicaraan dan/atau prosiding pertuduhan-pertuduhan terhadap Tan Hoo Eng di Mahkamah Sesyen, Ipoh; S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w
c
bil-bil makanan dan/atau minuman Defendan Pertama sepanjang menghadiri perbicaraan dan/atau prosiding pertuduhan-pertuduhan terhadap Tan Hoo Eng di Mahkamah Sesyen, Ipoh;
d
tuntutan-tuntutan bagi kehadiran Defendan Pertama sepanjang menghadiri perbicaraan dan/atau prosiding pertuduhan-pertuduhan terhadap Tan Hoo Eng di Mahkamah Sesyen, Ipoh;
e
sesalinan Arahan Ketua Polis Negara (“standing order”) berkenaan dengan Laporan Pertama (“First Information Report”); dan
f
Station Diary berkenaan penerimaan laporan polis oleh Lim Keck Eng. S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w ISU [8] Sama ada Mahkamah boleh membenarkan penzahiran dokumen di bawah Aturan 24 Kaedah 3 dan/atau Aturan 24 Kaedah 7 KKM 2012 sebagaimana yang dimohon di Lampiran A. HUJAHAN PIHAK-PIHAK [9] Berkaitan dengan isu ini, peguamcara Plaintif berhujah bahawa perkara-perkara yang membawa kepada penzahiran dokumen-dokumen tersebut adalah bahawa Defendan Pertama, walaupun sebagai pegawai penyiasat dan bukannya mata-mata di balai polis telah secara langsung menerima aduan bertarikh 07.04.2014 daripada individu bernama Lim Keck Eng yang bukanlah perkara kebiasaan. Walaupun emak Plaintif (Tan Hoo Eng) telah membuat satu laporan polis bertarikh 13.05.2014 terhadap Lim Keck Eng dan kawan-kawan beliau, di mana laporan polis tersebut telah dirujuk kepada Defendan Pertama untuk disiasat bersama oleh Balai Polis Daerah Ipoh, Defendan Pertama tidak menyiasat laporan polis emak Plaintif dan asyik memberikan alasan “tidak sangkut” apabila Plaintif bertanya kepada beliau status siasatan. S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w [10] Pada 28.09.2017, pengadu Lim Keck Eng telah disoal balas di Mahkamah Sesyen di mana beliau telah mengakui bahawa beliau telah menerima jumlah RM3,834,662.02 di mana emak Plaintif dituduh. Pihak pendakwaan menjadikan alasan tuduhan untuk penyitaan akaun Plaintif secara berterusan. Selepas soalbalas tersebut, pihak pendakwaan telah memohon perintah DNAA terhadap semua tuduhan pada 06.10.2017. Perkara ini jelas menunjukkan Defendant Pertama tidak menjalankan siasatan yang teliti, adil dan lengkap. [11] Peguamcara Plaintif menegaskan bahawa siasatan Defendan pertama adalah “bias and prejudicial” dan menyebelahi Lim Keck Eng yang menyebabkan akaun Palintif dibekukan dan disita secara berterusan walaupun perintah penyitaan telah luput dan tidak berkuatkuasa lagi. Maka tindakan Defendan Pertama jelas berbau penyalahgunaan kuasa, pelanggaran kewajipan satutori, tort misfesans dalam jawatan awam dan mala fide (yang adalah kausa-kausa tindakan dalam pernyataan tuntutan). [12] Sehubungan dengan itu, seperti yang dirujuk dalam Lampiran A Notis Permohonan, dokumen-dokumen yang dipohon adalah relevan kerana Defendan Pertama merupakan pegawai penyiasat yang S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w seharusnya menjalankan siasatan yang lengkap dan adil dan Defendan Pertama merupakan pengadu yang menyebabkan akaun Plaintif dibeku dan disita serta selanjutnya terus disita walaupun perintah penyitaan telahpun luput dan tidak berkuatkuasa lagi. Dokumen-dokumen yang dipohon adalah dibawah “possession, custody or power” Defendan Pertama. [13] Dalam mempertikaikan hujahan Plaintif, peguamcara Defendan Pertama hingga Kelima menegaskan bahawa walaupun Defendan Pertama adalah pegawai penyiasat, namun Defendan Pertama boleh menerima apa-apa laporan polis yang dibuat oleh mana-mana individu termasuklah aduan daripada Lim Keck Eng pada 7.4.2014 dan Defendan Pertama juga boleh menerima laporan polis di mana-mana dan ianya tidak terhad hanya di balai polis sahaja. Laporan polis boleh dibuat di mana-mana dan laporan polis juga boleh diterima oleh mana-mana pegawai polis. Manakala Defendan Pertama tidak menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Tan Hoo Eng kerana tiada elemen jenayah komersil di dalam laporan polis bertarikh 13.04.2014 tersebut. [14] Peguamcara Defendan Pertama hingga Kelima turut berhujah bahawa dokumen-dokumen yang dimohon dalam perenggan 1,2, 3 dan 4
Lampiran
Lampiran A Notis Permohonan Plaintif adalah dokumen dokumen yang S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w sangat am dan tidak dinyatakan secara spesifik oleh Plaintif serta menyukarkan Defendan Pertama hingga Defendan Kelima mengenalpasti dokumen dokumen tersebut. Perkara ini adalah terjumlah kepada tindakan “fishin expedition” kerana Plaintif tidak pasti secara spesifik dokumen yang ingin dimohon. Dokumen dokumen yang dimohon dalam perenggan 1, 2, 3 dan 4 Lampiran A Notis Permohonan Plaintif adalah dokumen yang tidak relevan dengan tindakan Plaintif di hadapan Mahkamah ini. DAPATAN MAHKAMAH [15] Permohonan Plaintif adalah untuk penzahiran dokumen di bawah Aturan 24 Kaedah 3 dan/atau Aturan 24 Kaedah 7 KKM 2012. Mahkamah merujuk kepada Aturan 24 Kaedah 3 dan Kaedah 7 KKM 2012 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “Order for discovery (O. 24, r. 3) 3. (1) Subject to the provisions of this rule and of rules 4 and 8, the Court may at any time order any party to a cause or matter (whether begun by writ, originating S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w summons or otherwise) to give discovery by making and serving on any other party a list of the documents which are or have been in his possession, custody or power and may at the same time or subsequently also order him to make and file an affidavit verifying such a list and to serve a copy thereof on the other party. (2) (There is no paragraph (2)) (3) (There is no paragraph (3)) (4) The documents which a party to a cause or matter may be ordered to discover under paragraph (1) are as follows: (a) the documents on which the party relies or will rely; and (b) the documents which could— (i) adversely affect his own case; (ii) adversely affect another party’s case; or (iii) support another party’s case. … … S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w Order for discovery of particular documents (O. 24, r. 7) 7. (1) Subject to rule 8, the Court may at any time, on the application of any party to a cause or matter, make an order requiring any other party to make an affidavit stating whether any document specified or described in the application or any class of document so specified or described is, or has at any time been, in his possession, custody or power, and if not then in his possession, custody or power when he parted with it and what has become of it. (2) An order may be made against a party under this rule notwithstanding that he may already have made or been required to make a list of documents or affidavit under rule 3. (3) An application for an order under this rule shall be supported by an affidavit stating the belief of the deponent that the party from whom discovery is sought under this S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w rule has, or at some time had, in his possession, custody or power the document, or class of document, specified or described in the application, and that it falls within one of the following descriptions: (a) a document on which the party relies or will rely; (b) a document which could— (i) adversely affect his own case; (ii) adversely affect another party’s case; or (iii) support another party’s case; and (c) a document which may lead the party seeking discovery of it to a series of inquiry resulting in his obtaining information which may— (i) adversely affect his own case; (ii) adversely affect another party’s case; or (iii) support another party’s case. (4) An order under this rule shall not be made in any cause or matter in respect of any party before an order under rule 3 has first been obtained in respect of that party, unless, in the opinion of the Court, the order is necessary or desirable.”. S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w [16] Prinsip undang-undang bagi permohonan penzahiran telah dinyatakan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Yekambaran s/o Marimuthu v Malayawata Steel Berhad [1994] 2 CLJ 581 di muka surat 585 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “The essential elements for an order for discovery are threefold; namely, first there must be a “document”, secondly, the document must be “relevant” and thirdly, the document must be or have been in the “possession, custody or power” of the party against whom the order for discovery is sought. It is indisputable, that the items of which discovery is sought are documents and that they are in the possession, custody or power of the defendant and nothing more need be said about this. As to “relevance”, our Rules of the High Court limit discovery to documents which are “relevant to” or “relate” to the factual issues in dispute.”. (penekanan ditambah) [17] Selanjutnya, dalam kes Huang Ai-O & Anor v. Yoon Sang Ki & Anor [2008] 1 LNS 268 untuk penzahiran dokumen di dalam kes ini telah S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w dibenarkan oleh Mahkamah. Walau bagaimanapun, Y.A Pesuruhjaya Kehakiman di mukasurat 3 dan 4 telah menyatakan berkenaan penzahiran (discovery) dan elemen-elemen yang mesti dipatuhi seperti berikut: “Discovery (penzahiran) seperti dirungkai oleh Abdul Malik Ishak J (sekarang Hakim Mahkamah Rayuan) di dalam kes RHB Bank Bhd v. Dong Haeng Industries Sdn Bhd [2001] 1 CLJ 417 membawa maksud seperti berikut:- ‘An important pre-trial process would be by way of a discovery as set out in O.24 of the RHC. It is a process whereby the parties would immensely gain from it if it is adopted with the greatest circumspection. Discovery would be two fold. One entails discovery of document which relates to matters in dispute and that document is in possession of the opposite party. The other would relate to discovery by way of an interrogatory of the facts that is relevant to the issue at hand and within the knowledge of the party that is being interrogated. Under O.24 r.1 of the RHC, in an action begun by S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w writ, discovery of documents would be automatic and it is normally done within 14 days after the pleadings are deemed to be closed…’ ” [18] Selanjutnya, Mahkamah juga menyatakan: “Untuk membolehkan sesuatu penzahiran dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, terdapat beberapa elemen yang mesti dipenuhi sebelum permohonan tersebut dapat dibenarkan oleh Mahkamah. Elemen-elemen tersebut telah dijelaskan oleh Edgar Joseph Jr SCJ di dalam kes Yekambaran Marimuthu v. Malayawata Steel Berhad [1994] 2 CLJ 581 sebagaimana berikut:- ‘The essential elements for an order for discovery are threefold: namely, first there must be a ‘document’, secondly, the document must be ‘relevant’ and thirdly, the document must be or have been in the ‘possession, custody or power’ of the party against whom the order for discovery is sought. S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w It is indisputable, that the items of which discovery is sought are documents and that they are in the possession, custody or power of the defendants and nothing more need to be said about this.”. [19] Manakala dalam kes Suruhanjaya Pilihan Raya & Ors v Kerajaan Negeri Selangor and another appeal [2018] 1 CLJ 258 Mahkamah Rayuan menegaskan seperti berikut: “[65] As for the elements required to be shown for the grant of an order for discovery, the then Supreme Court in Yekambaran Marimuthu v. Melayawata Steel Berhad [1994] 2 CLJ 581 through Edgar Joseph Jr SCJ had this to say: The essential elements for an order for discovery are threefold; namely, first there must be a "document", secondly, the document must be "relevant" and thirdly, the document must be or have been in the "possession, custody or power" of the party against whom the order for discovery is sought. S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w It is indisputable, that the items of which discovery is sought are documents and they are in the possession, custody or power of the defendant and nothing more need be said about this. As to "relevance", our Rules of the High Court limit discovery to documents which are "relevant to" or "relate" to the factual issues in dispute. More particularly, the discovery obligation applies to documents "relating to matters in question in the action" (Rules of the High Court, O. 24, r. 1(1) or "relating to any matter in question in the cause or matter" (O. 24 r. 3(1)). In practice, the relevance is primarily determined by reference to the pleadings but there need not be a pleading for a matter to be said to be in issue. (See Phillips v. Phillips [1879] 40 LT 815, 821).(emphasis added)..”. [20] Berlandaskan prinsip dalam kes-kes di atas, adalah jelas bahawa suatu perintah penzahiran hanya dibenarkan sekiranya kesemua elemen-elemen seperti berikut dipenuhi: S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w (a) dokumen yang diminta adalah dikenalpasti; (b) dokumen yang diminta adalah relevan dengan tindakan; dan (c) dokumen yang diminta berada dalam milikan atau jagaan pihak yang diminta. [21] Manakala Seksyen 3 Akta Keterangan 1950 memberikan tafsiran “dokumen” seperti yang berikut: “dokumen” ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan— (a) huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain; (b) apa-apa rakaman visual (sama ada imej kaku atau bergerak); S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w (c) apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa jua pun data lain; (d) suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa kombinasi, cara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;”. [22] Oleh yang demikian, Plaintif dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat seperti di bawah sebelum Notis Permohonan Plaintif boleh dibenarkan oleh Mahkamah: S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w (a) dokumen yang dipohon hendaklah relevan. “Relevancy” hendaklah ditentukan berdasarkan fakta yang dipertikaikan dan rujukan kepada pliding. Penegasan bahawa dokumen tersebut adalah relevan tidak mencukupi kerana ujian sebenar (the true test) adalah sama ada penzahiran dokumen tersebut adalah diperlukan untuk melupuskan prosiding ini secara adil dan menjimatkan kos. Plaintif perlu membuktikan bahawa sesuatu dokumen itu bukan sahaja relevan tetapi diperlukan di sesuatu peringkat tersebut; (b) dokumen yang dipohon hendaklah dikenal pasti secara spesifik untuk mengelakkan permohonan ini sebagai “fishing expedition”. Apabila dokumen yang dipohon adalah secara am dan tidak dikenal pasti secara spesifik, ia amat sukar untuk membuktikan bahawa penzahiran tersebut adalah diperlukan untuk melupuskan prosiding secara adil dan menjimatkan kos; dan S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w (c) dokumen yang dipohon berada dalam milikan atau jagaan pihak yang diminta. Sesuatu dokumen yang dimohon oleh pemohon hendaklah wujud dan berada dalam milikan dan jagaan pihak yang lain. Adalah tidak wajar untuk pemohon mendesak pihak yang lain untuk membekalkan dokumen yang tidak wujud / tiada dalam milikan atau jagaan pihak tersebut. [23] Mahkamah boleh menolak permohonan penzahiran jika Mahkamah berpuas hati bahawa permohonan tersebut tidak diperlukan sama ada untuk menyelesaikan secara adil atau menjimatkan kos dengan membuat rujukan kepada Aturan 24 Kaedah 8 KKM 2012. Selain daripada itu, di dalam membuat keputusan keperluan penzahiran sesuatu dokumen, Mahkamah perlu melihat pada aspek keperluan (necessity) penzahiran dokumen tersebut dilakukan. Dalam kes Abx Logistics (Malaysia) Sdn Bhd v. Overseas Bechtel (Malaysia) Sdn Bhd [2003] 7 CLJ 357 telah diputuskan seperti berikut: “In light of the fact that the defendant had not to date tendered any credible, cogent or even plausible evidence to support their allegations of the plaintiff overcharging, this court is inclined to the irresistible conclusion that the S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w defendant had embarked on a fishing expedition with the view to formulate their counterclaim. The law on discovery is well settled; that in the absence of proper basis for an order for discovery, disclosure should not be allowed.”. [24] Mahkamah juga membuat rujukan kepada kes Nguang Chan aka Nguang Chan Liquor Traders v Hai-O Enterprise Bhd & Ors [2009] 5 MLJ 40 di mana Mahkamah Rayuan membuat keputusan seperti berikut: “Under O. 24 r. 13(1) of the RHC, an order for the production of documents for inspection is not to be made unless the court is of opinion that such order is necessary either for disposing fairly of the case or matter or for saving costs. It is for the party seeking production to satisfy the court that such production is necessary for the purpose specified in r. 13(1). The court would dismiss a plaintiff’s application for discovery if the plaintiff is merely fishing for evidence to prop up his case and to allow him discovery would be unduly oppressive to the party giving discovery.”. S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w [25] Berdasarkan kepada kes-kes tersebut Mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah perlu melihat kepada keperluan penzahiran tersebut iaitu ujian “necessity” dalam mempertimbangkan permohonan penzahiran oleh Plaintif. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan 1 hingga Defendan 5 bahawa dokumen-dokumen di perenggan 1, 2, 3 dan 4 Lampiran A dalam Notis Permohonan Plaintif adalah dokumen-dokumen yang sangat am dan tidak dinyatakan secara spesifik serta amat menyukarkan Defendan 1 hingga Defendan 5 untuk mengenalpasti dokumen-dokumen tersebut. Perkara ini sekaligus terjumlah kepada “fishing expedition” kerana gagal mengenalpasti secara spesifik dokumen-dokumen yang ingin dipohon. Justeru penzahiran dokumen-dokumen tersebut tidak harus dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. [26] Selain daripada itu, ianya adalah tidak memenuhi ujian “necessity”, dokumen-dokumen yang dipohon oleh Plaintif juga adalah tidak sesuai, tidak relevan dan tidak wajar untuk dikemukakan pada peringkat ini apatah lagi kes ini adalah di peringkat pemeriksaan balas oleh peguamcara Plaintif terhadap Defendan 1. Justeru, tindakan Plaintif untuk menfailkan Notis Permohonan Plaintif ini adalah tindakan selepas berfikir (afterthought) oleh pihak Plaintif setelah pliding ditutup dan S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w setelah Mahkamah ini menolak kedua-dua Notis Untuk Mengemukakan 1 dan Notis Untuk Mengemukakan 2 pada 20.12.2021. [27] Permohonan Plaintif ini adalah merupakan satu “fishing expedition” memandangkan dokumen-dokumen di perenggan 1, 2, 3 dan 4 dalam Lampiran A sepertimana yang dinyatakan dalam Notis Permohonan Plaintif adalah tidak spesifik dan tidak relevan terhadap tuntutan Plaintif terhadap Defendan 1 hingga Defendan 5 memandangkan kes di hadapan Mahkamah ini adalah berkaitan Plaintif dan bukannya berkaitan Tan Hoo Eng. Dokumen-dokumen di perenggan 1, 2, 3 dan 4 dalam Lampiran A Notis Permohonan Plaintif semuanya berkaitan Tan Hoo Eng yang tidak dinamakan sebagai Plaintif dalam kes ini, maka dokumen-dokumen tersebut tidak relevan dan tidak berkaitan dalam kes Plaintif. Hanya Lim Hui Jin sahaja yang dinamakan sebagai Plaintif dalam kes ini dan Tan Hoo Eng tiada kaitan dalam kes dihadapan Mahkamah ini. [28] Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan peguamcara Defendan 1 hingga Defendan 5 dokumen-dokumen yang dipohon di Lampiran A Notis Permohonan Plaintif adalah tidak relevan dan tidak diperlukan bagi kausa tindakan ini. Dalam kes Rotta Research Laboratorium Spa & Anor V. Ho Tack Sien & Ors [2010] 10 CLJ 491 S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w Mahkamah Rayuan telah membuat rujukan pada kes Davies v. Eli Lilly & Co and Ors [1987] 1 WLR 428 yang menyatakan seperti berikut:- ”The right (to discovery) is peculiar to the common law jurisdiction. In plain language, litigation in this country is conducted 'cards face up on the table'. Some people from other lands regard this as incomprehensible. 'Why', they ask, 'should I be expected to provide my opponent with the means of defeating me?' The answer, of course, is that litigation is not a war or even a game. It is designed to do real justice between opposing parties, and, if the court does not have all the relevant information, it cannot achieve this object. But that said, there have to be safeguards. The party who is required to place all or most of his cards face up on the table is entitled to say. "Some of these cards are highly confidential. You may see them for the purpose of this litigation but, unless their contents are disclosed to all the world as part of the evidence given in open court, their contents must be used for no other purpose." This is only fair, because as has been well said, discovery of documents involves a serious invasion of privacy which can be justified only in so far as it is S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w absolutely necessary for the achievement of justice between the parties.”. [29] Hasil daripada penelitian Mahkamah kepada Afidavit Sokongan Plaintif menunjukkan bahawa dokumen-dokumen yang dimohon dalam Lampiran A Notis Permohonan Plaintif adalah berkaitan Tan Hoo Eng dan bukannya berkaitan Plaintif dalam kes ini. Jelas di sini, Plaintif gagal membuktikan kepada Mahkamah kepentingan dokumen-dokumen dalam Lampiran A Notis Permohonan Plaintif tersebut kepada Plaintif dan kes Plaintif. Plaintif telah gagal di dalam Afidavit Sokongannya menyatakan bahagian yang menunjukkan kepentingan dokumen tersebut melainkan hanya mewujudkan berbagai alegasi yang tidak berasas. [30] Mahkamah perhatikan bahawa Plaintif telah gagal menunjukkan kepada Mahkamah permohonan penzahiran dokumen di peringkat ini adalah relevan sebagaimana isu yang diplidkan dan Plaintif tidak menunjukkan bahawa perintah penzahiran menjadi keperluan bagi maksud penyelesaian tuntutan ataupun penjimatan kos kes ini. Dalam kes Yekambaran s/o Marimuthu v Malayawata Steel Berhad (supra) telah diputuskan seperti berikut: S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w “As to “relevance”, our Rules of the High Court limit discovery to documents which are “relevant to” or “relate” to the factual issues in dispute. More particularly, the discovery obligation applies to documents “relating to matters in question in the action” [Rules of the High Court, O.24, r.1(1)] or “relating to any matter in question in the cause or matter”[O.24,r.3(1)]. In practice, relevance is primarily determined by reference to the pleadings but there need not be a pleading for a matter to be said to be in issue. (See Phillips v. Phillips[1879] 40 LT 815,821.”. [31] Selain apa yang diperkatakan di atas, peguamcara Defendan 1 hingga Defendan 5 menegaskan bahawa Dokumen yang dipohon di Lampiran A Notis Permohonan Plaintif iaitu Arahan Ketua Polis Negara (“standing order”) berkenaan dengan Laporan Pertama (“First Information Report”) telah diklasifikasikan sebagai dokumen “Terhad” yang tidak boleh dikemukakan salinannnya kepada mana-mana pihak. Arahan Ketua Polis Negara (“standing order”) berkenaan dengan Laporan Pertama (“First Information Report”) adalah suatu maklumat S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w terperingkat yang telah diklasifikasikan sebagai “Terhad” sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]. [32] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif hanya berhak untuk mempunyai akses bagi memeriksa dokumen-dokumen di bawah kategori dokumen awam (“public documents”) sahaja dan dokumen-dokumen yang dipohon untuk penzahiran dalam perenggan 5 Lampiran A Notis Permohonan Plaintif tidak boleh didedahkan kerana ianya adalah merupakan dokumen-dokumen terperingkat dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]. Seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] yang menafsirkan maksud "official secret” sebagai – "official secret” means any document specified in the Schedule and any information and material relating thereto and includes any other official document, information and material as may be classified as "Top Secret”, "Secret”, "Confidential” or "Restricted” as the case may be, by a Minister, the Menteri Besar or Chief Minister of a State or such public officer appointed under section 2B”. S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w [33] Dalam kes Datuk Haji Dzulkifli Bin Datuk Abdul Hamid V PP [1981] 1 MLJ 112 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “If the originator or the owner of the document treats it and the information contained in it as a secret and clearly marks it and keeps it as such, we do not think that it is open to anyone to regard it as otherwise. The law must give protection to such document information even though it contains information generally known to the public.”. [34] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa segala dokumen terhad yang jika didedahkan akan memprejudiskan sesuatu pihak adalah tidak boleh didedahkan sebagaimana yang dinyatakan secara jelas di dalam seksyen 131, Akta Keterangan 1950 [Akta 56]. [35] Di dalam kes Dibena Enterprise Sdn. Bhd v. Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd [2012] 8 CLJ 221 di muka surat 222, Mohamad Ariff Yusof H di Mahkamah Tinggi (pada ketika itu) memutuskan berdasarkan semangat S. 131 Akta Keterangan di atas di S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w dalam held (2) bahawa :- “(2) The general principle underlying s. 131 Evidence Act 1950 (‘the Act’) appears to be that a person, who is in possession of another’s document, cannot be compelled to produce a document if the other person refuses to do so. Hence, the first defendant could not be compelled to disclose the contents of any documents which might result in the disclosure of confidential, secret or privileged information in which Huawei Hong Kong might be in a position to raise an objection………..”. [36] Berdasarkan Affidavit Jawapan Defendan 1 hingga Defendan 5, dokumen yang dipohon di Lampiran A Notis Permohonan Plaintif iaitu Station Diary berkenaan penerimaan laporan polis oleh Lim Keck Eng tidak wujud atau tiada dalam milikan dan jagaan Defendan 1 hingga Defendan 5. Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, salah satu elemen utama yang perlu dipenuhi oleh Plaintif dalam permohonan penzahiran dokumen adalah dokumen-dokumen yang dipohon tersebut hendaklah wujud dan berada dalam milikan dan jagaan Defendan 1 hingga Defendan 5. S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w [37] Perkara ini juga telah diperjelaskan dalam Afidavit 1 Defendan 1 hingga Defendan 5. Adalah mustahil untuk Defendan 1 hingga Defendan 5 dalam kes ini untuk membekalkan sesuatu dokumen yang tidak wujud atau tidak berada dalam jagaan Defendan 1 hingga Defendan 5. KESIMPULAN [38] Setelah memberi pertimbangan ke atas Permohonan Plaintif di bawah Aturan 24 Kaedah 3 dan/atau Aturan 24 Kaedah 7 KKM 2012 KKM 2012 melalui Lampiran 92, semua afidavit yang difailkan oleh Plaintif dan Defendan 1 hingga Defendan 5 serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah membuat keputusan bahawa Permohonan Plaintif ini adalah tidak bermerit dan ditolak dengan kos dalam kausa. Tarikh: 27.04.2022 t.t (ABDUL WAHAB BIN MOHAMED) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH, PERAK S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w Peguamcara: Tetuan AmirFaliq & Syahidah bagi pihak Plaintiff Peguambela dan Peguamcara No. 13B, Jalan Teh Hwa 30000 Ipoh Perak Tel: 05.2558465 Faks: 05.2558465 Emel: conveyancing@afslegal.com.my office@afslegal.com.my (Peguamcara: Encik Gurbachan Singh) Peguam Kanan Persekutuan bagi pihak Defendan 1 hingga Defendan 5. Jabatan Peguam Negara No. 45, Persiaran Perdana Presint 4 62100 Putrajaya Ruj: PN/PK/HQ/17/01/2019 Emel: zetty.zurina@agc.gov.my S/N zhbD5cIBh02uwV2VJ9u78w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.