Lampiran
Lampiran 1 adalah rayuan Perayu/Pemohon terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana pada 27.08.2021 yang telah menolak permohonan Perayu/Pemohon untuk memindahkan tindakan BA-A72NCvC-1865-10/2020 di Mahkamah Majistret di Shah Alam ke Mahkamah Sesyen di Shah Alam di bawah Aturan 57 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. S/N kq9S8FWz70u2CqmotURwLw b. Lampiran 35 adalah permohonan Responden untuk membatalkan notis rayuan dan rekod rayuan kerana Perayu gagal mematuhi Aturan 55 Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 2. Mahkamah telah menolak permohonan di kedua-dua Lampiran 1 dan 35. Pihak Responden tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan di Lampiran 35. Oleh itu alasan penghakiman ini hanyalah berhubung dengan Lampiran 1 atas rayuan yang difailkan oleh pihak Perayu/Pemohon. 3. Bagi tujuan memudahkan rujukan, pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana kedudukan mereka di Mahkamah Majistret sebelum ini iaitu Perayu sebagai Plaintif dan Responden sebagai Defendan. FAKTA KES 4. Pada 16.05.2013, Plaintif dan Defendan telah memasuki satu Perjanjian Jual Beli (Perjanjian) bagi pembelian sebidang tanah yang dipegang di bawah HS(M) 6591 No. PT 9203 Tempat Batu 11, Hulu Langat, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor (Hartanah) pada harga RM750,000. 5. Perjanjian tersebut hanya melibatkan 2/3 bahagian milik Defendan. 1/3 bahagian lagi dimiliki oleh seorang individu lain, Normah Binti Kasah. Lanjutan dari Perjanjian tersebut, Plaintif telah membayar RM75,000 kepada Defendan sebagai wang pendahuluan. Antara terma Perjanjian tersebut adalah Defendan hendaklah memohon untuk memecah bahagikan Hartanah tersebut bagi pengeluaran S/N kq9S8FWz70u2CqmotURwLw suratan hakmilik yang berasingan untuk bahagian tanah tersebut. Jika Defendan memungkiri mana-mana terma dalam Perjanjian, Plaintif berhak untuk mengambil tindakan pelaksanaan spesifik Perjanjian tersebut atau membatalkan Perjanjian tersebut, dan Defendan hendaklah memulangkan wang pendahuluan berserta dengan gantirugi bagi jumlah yang sama dengan wang pendahuluan itu. 6. Selanjutnya, Defendan telah memaklumkan Plaintif bahawa Defendan tidak dapat meneruskan dengan proses untuk memohon memecah bahagikan Hartanah tersebut kerana pelan akhir “final plan” masih belum dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). 7. Sehubungan dengan itu, Plaintif telah memilih untuk membatalkan Perjanjian tersebut dan telah menuntut Defendan memulangkan wang pendahuluan sebanyak RM75,000 dan gantirugi sebanyak RM75,000. 8. Apabila Defendan gagal membayar tuntutan Plaintif, pada 26.10.2020 Plaintif telah memfailkan guaman BA-A72NCvC-1865- 10/2020 di Mahkamah Majistret di Shah Alam terhadap Defendan untuk pemulangan wang pendahuluan sebanyak RM75,000 dan gantirugi sebanyak RM75,000 berserta faedah. 9. Pada 09.12.2020, Plaintif telah memfailkan permohonan di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (lampiran 7) bagi tuntutannya. Pada 22.04.2021, melalui e-review Mahkamah Majistret telah memberikan keputusan bagi permohonan Plaintif di S/N kq9S8FWz70u2CqmotURwLw bawah Aturan 14 dengan membenarkan permohonan di perenggan (1) lampiran 7 iaitu pemulangan wang deposit sebanyak RM75,000 dengan faedah. Pada ketika itu, Plaintif telah memohon supaya Mahkamah Majistret juga membenarkan permohonannya di perenggan (2) lampiran 7 iaitu untuk gantirugi sebanyak RM75,000 menurut terma Perjanjian tersebut. Namun, peguam pihak Defendan telah membangkitkan isu bahawa memandangkan bidang kuasa Mahkamah Majistret hanyalah sebanyak RM100,000 maka permohonan di perenggan (2) jika dibenarkan akan melebihi bidang kuasa Mahkamah Majistret. Mahkamah Majistret kemudiannya telah menetapkan tarikh 06.05.2021 sebagai tarikh klarifikasi. 10. Pada 06.05.2021 melalui e-review Mahkamah Majistret telah menangguhkan keputusan lampiran 7 dan telah menetapkan 27.05.2021 sebagai tarikh pengurusan kes. Di samping itu, Mahkamah Majistret juga telah mengarahkan Plaintif untuk memfailkan permohonan untuk memindahkan tindakan ke Mahkamah Sesyen. Seterusnya melalui email bertarikh 10.05.2021 Mahkamah Majistret telah memaklumkan pihak-pihak bahawa keputusan lampiran 7 akan diberikan selepas pelupusan permohonan Plaintif untuk memindahkan tindakan ke Mahkamah Sesyen. 11. Pada 28.05.2021 Plaintif telah memfailkan Saman Pemula No. BA-A54-33-05/2021 memohon untuk memindahkan segala prosiding BA-A72NCVC-1865-10/2020 dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen. Pada 27.08.2021, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah menolak permohonan Plaintif atas alasan S/N kq9S8FWz70u2CqmotURwLw tindakan Plaintif telah res judicata kerana Mahkamah Majistret telah membuat keputusan bagi sebahagian permohonan di lampiran 7. 12. Pada 03.09.2021, melalui e-review Mahkamah Majistret mengesahkan bahawa Mahkamah tidak pernah memberi sebarang keputusan mengenai permohonan Plaintif di lampiran 7. Pengesahan melalui e-review ini adalah selepas Saman Pemula Plaintif ditolak oleh Mahkamah Sesyen. 13. Plaintif kemudian telah merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana itu. UNDANG-UNDANG 14. Undang-undang berhubung kuasa Mahkamah untuk memindahkan tindakan ke Mahkamah lain adalah undang-undang mantap. Aturan 57 Kaedah 1 telah memberikan Mahkamah kuasa budi bicara yang luas untuk memindahkan sesuatu tindakan ke Mahkamah yang lain jika Mahkamah berpuas hati bahawa apa-apa prosiding dalam Mahkamah tersebut boleh menjadi lebih mudah atau adil untuk dibicarakan di Mahkamah yang lain yang setara bidang kuasa. Dalam membuat keputusan itu Mahkamah menurut Aturan 57 Kaedah 1(4)(E) boleh memberikan pertimbangan, antara lain, bagi sebab-sebab lain yang wajar demi kepentingan keadilan bahawa prosiding itu patut dipindahkan. Beban untuk membuktikan bahawa perintah memindahkan tindakan ke Mahkamah yang lain adalah untuk tujuan lebih mudah atau adil untuk dibicarakan di Mahkamah yang lain untuk mencapai keadilan adalah terletak pada pihak yang membuat permohonan itu ( lihat: Ahmad Amryn Bin Abd Malek & S/N kq9S8FWz70u2CqmotURwLw Ors v Bursa Malaysia Securities Bhd [2021] 8 MLJ 948; Liziz Plantation v Liew Ah Yong [2021] 10 MLJ 360; R. Ramani a/l M Ramalingam (suing on behalf of the Recording Industry Association of Malaysia, a registered society) & Ors v Deluxe Exclusive Lounge Sdn. Bhd. and another suit [2016] MLJU 1332) DAPATAN MAHKAMAH 15. Setelah meneliti semua kertas kausa yang difailkan serta setelah membaca dan mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak rayuan Plaintif. Alasan saya adalah seperi yang dinyatakan di bawah. Mahkamah Majistret telah functus officio dan tindakan Plaintif telah res judicata 16. Setelah meneliti minit e-review Mahkamah Majistret, saya mendapati Mahkamah Majistret dengan jelas telah memberikan keputusan untuk membenarkan permohonan untuk Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di lampiran 7 pada 22.04.2021 dengan memerintahkan: “Perintah seperti di pohon dalam Lampiran 7 di prayer 1. Faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh dengan kos RM1,000.00” 17. Jelas Mahkamah Majistret telah functus officio berhubung lampiran 7 dan lampiran 7 tidak boleh dibicarakan semula kecuali melalui S/N kq9S8FWz70u2CqmotURwLw rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret tersebut. Sehubungan itu tindakan Plaintiff juga adalah res judicata di hadapan Mahkamah Sesyen (lihat: Asia Commercial Finance (M) Bhd v Kawal Teliti Sdn. Bhd. [1995] 3 MLJ 189). 18. Minit e-review juga menunjukan isu berhubung perenggan (2) lampiran 7 hanya ditimbulkan selepas Mahkamah Majistret memberikan keputusan lampiran 7. Selanjutnya Plaintif hanya membuat keputusan untuk memindahkan tindakan ke Mahkamah Sesyen selepas keputusan lampiran 7 dibuat dan setelah Mahkamah Majistret mengarahkannya. 19. Pengesahan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret semasa pengurusan kes pada 03.09.2021 bahawa keputusan belum diberikan adalah dibuat selepas Mahkamah Majistret telah functus officio kerana minit Mahkamah Majistret pada 22.04.2021 adalah jelas, walaupun Puan Majistret telah memberikan pengesahan tersebut, hakikatnya adalah beliau telah memberikan keputusan dengan membenarkan sebahagian perintah di lampiran 7, yang berada di bawah bidang kuasanya. Perintah tersebut masih kekal. 20. Adalah undang-undang mantap apabila sesuatu perintah diberikan, Mahkamah telah menjadi functus officio. Mahkamah Majistret tidak mempunyai kuasa untuk mendengar perkara tersebut semula. Dalam hal ini, Mahkamah Majistret telah khilaf apabila menetapkan perkara tersebut untuk klarifikasi setelah memberikan keputusannya dan setelah functus officio. S/N kq9S8FWz70u2CqmotURwLw Plaintif telah akur kepada bidang kuasa Mahkamah Majistret 21. Plaintif telah akur (submitted to the jurisdiction) kepada bidang kuasa Mahkamah Majistret apabila memfailkan tindakannya di Mahkamah Majistret walaupun Plaintif maklum tentang jumlah tuntutan yang dituntut adalah melebihi bidang kuasa Mahkamah Majistret. Saya tidak bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa disebabkan jumlah tuntutan adalah melebihi RM100,000 maka Mahkamah Majistret tidak kompeten untuk mendengar dan memutuskan tindakan ini kerana bidang kuasa kewangan Mahkamah Majistret (monetary jurisdiction) adalah RM100,000. Mahkamah berpendapat kausa tindakan Plaintif adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret walaupun jumlah tuntutan adalah melebihi bidang kuasa kewangan Mahkamah tersebut. Oleh itu, di dalam kes ini, Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kausa tindakan Plaintif, tetapi jumlah tuntutan yang boleh dibenarkan oleh Mahkamah Majistret itu tidak boleh melebihi jumlah RM100,000 mengikut peruntukan Seksyen 90 Akta Mahkamah Rendah 1948. Dalam kes ini, Mahkamah Majistret telah pun mendengar dan membenarkan sebahagian tuntutan sebanyak RM75,000 yang mana adalah di bawah bidang kuasanya. 22. Perlu diambil maklum bahawa Plaintif adalah seorang peguam bela dan peguam cara dan amat arif tentang bidang kuasa Mahkamah. Oleh itu, alasan Plaintif bahawa tindakan telah salah difailkan di Mahkamah Majistret oleh Pelatih Dalam Kamar Plaintif bukanlah alasan yang munasabah yang boleh diterima. Walau bagaimanapun, apabila keputusan telah diberikan, Mahkamah S/N kq9S8FWz70u2CqmotURwLw Majistret adalah functus officio, kecuali Plaintif merayu terhadap keputusan tersebut, dan dalam kes ini, Plaintif tidak memfailkan rayuan. 23. Mahkamah bersetuju tiada ketetapan masa yang dinyatakan dalam Aturan 57 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (lihat Vincent Danial (yang berniaga di bawah nama Dan’s Agency) v Rani a/p M Doraisamy (yang berniaga di bawah nama Victor Agency) [2010] 7 MLJ 116). Walau bagaimanapun suatu permohonan itu hendaklah dibuat seberapa cepat dan jika ada kelewatan, hendaklah dijelaskan sebab kelewatannya. Namun dalam kes ini, permohonan untuk memindahkan tindakan hanya telah dibuat setelah keputusan lampiran 7 diberikan dan setelah Mahkamah Majistret mengarahkan Plaintif untuk berbuat demikian. Permohonan Plaintif di sini bukan sahaja merupakan kelewatan yang tidak munasabah (inordinate delay) malah pemfailan permohonan Plaintif adalah setelah Mahkamah Majistret membuat keputusan dan Mahkamah Majistret telah functus officio serta tindakan Plaintif telah menjadi res judicata untuk didengar semula di hadapan Mahkamah Sesyen. Oleh itu, Mahkamah bersetuju dengan alasan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana bahawa Plaintif seharusnya telah membuat permohonan untuk memindahkan tindakan ini sebelum Mahkamah Majistret membuat keputusan lampiran 7. 24. Memandangkan permohonan untuk memindahkan tindakan hanya dibuat setelah sebahagian tuntutan dibenarkan, Mahkamah berpendapat ini adalah satu pemikiran semula (after thought) oleh S/N kq9S8FWz70u2CqmotURwLw Plaintif dan permohonan sedemikian akan memprejudiskan Defendan. 25. Saya juga berpendapat Mahkamah Majistret tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggantung keputusan di lampiran 7 kerana telah functus officio. 26. Alasan Plaintif bahawa Plaintif akan diprejudis jika permohonan memindahkan tindakan tidak dibenarkan kerana Plaintif tidak boleh menarik balik dan memfailkan semula tindakan ini kerana kausa tindakan telah melebihi had masa 6 tahun yang telah berakhir pada 28.04.2020 tetapi disebabkan Akta Covid-19 2020, lanjutan masa untuk memfailkan tindakan telah dilanjutkan hingga 31.12.2020, dalam hal keadaan kes ini, bukanlah perkara yang perlu Mahkamah pertimbangkan untuk membenarkan rayuan ini. Sebagaimana yang telah dinyatakan, Plaintif terutamanya selaku seorang peguam bela dan peguam cara sedia maklum tentang jumlah tuntutannya dan bidang kuasa mahkamah telah memilih untuk memfailkan tindakan di Mahkamah Majistret maka dengan itu Plaintif telah akur kepada bidang kuasa Mahkamah itu. Tambahan lagi, sudah terlewat untuk Plaintif memindahkan kes kerana tindakan Plaintif telah diputuskan oleh Mahkamah Majistret. 27. Walaupun Mahkamah ini mempunyai kuasa budi bicara untuk memindahkan sesuatu tindakan dari suatu Mahkamah ke Mahkamah lain, namun setelah meneliti keseluruhan fakta kes ini saya mendapati Permohonan Plaintif untuk memindahkan tindakan ini ke Mahkamah Sesyen adalah tidak bermerit dan Plaintif tidak mematuhi keperluan Aturan 57 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. S/N kq9S8FWz70u2CqmotURwLw 28. Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, saya dengan itu telah memerintahkan untuk rayuan Plaintif di Lampiran 1 ditolak dengan kos RM5,000.00. Bertarikh: 27 Mac 2023 t.t. JAMHIRAH ALI PESURUHJAYA KEHAKIMAN Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Kepada peguam pihak-pihak: Pihak Perayu : Lim Kien Huat (Mewakili Diri Sendiri) Pihak Responden : Nor Azlina Azhari (Tetuan Jec Siose & Co) S/N kq9S8FWz70u2CqmotURwLw