(iii) permohonan untuk mengetepikan satu penghakiman ingkar yang dibenarkan oleh mahkamah. Cadangan pindaan ini telah pun dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah-kaedah sejak tahun 2019 lagi. Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah dibentuk di bawah seksyen 17 [Akta 91], dan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara. Manakala ahlinya terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi, wakil Peguam Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Presiden Persatuan Peguam Bela Sabah dan Presiden Peguam Bela Sarawak. Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah-kaedah antara lainnya, pada tahun 2019 dan tahun 2020 bersetuju supaya Akta 91 ini dipinda bagi memperuntukkan mengenai had untuk merayu bagi kes-kes interlokutori sivil seperti yang dinyatakan di atas dan cadangan itu tidaklah akan melupuskan hak pihak-pihak yang merayu dan didengar. Hal ini kerana pihak masih lagi mempunyai ruang untuk menghujahkan kes dalam perbicaraan penuh dan mahkamah akan memberikan penghakiman bagi berdasarkan merit sesuatu kes dengan asas ataupun fundamentals iaitu akses kepada keadilan masih kekal dan tidak terjejas. Di samping itu, pindaan ini juga merupakan dihasratkan supaya judicial time dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya iaitu dengan memfokuskan kepada perkara-perkara yang lebih substantif, sebagai contoh penulisan alasan penghakiman. Oleh yang demikian adalah high time, dengan izin, cadangan pindaan ini direalisasikan dengan meminda Akta 91, bagi mengehadkan rayuan bagi kes-kes interlokutori sivil daripada Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi dan daripada Mahkamah Tinggi kepada Mahkamah Rayuan. ■1840 Kesan kepada pindaan ini akan memperlihatkan, hanya kes yang mempunyai merit sahaja yang akan didengarkan di Mahkamah Rayuan, dan menjadikan pentadbiran kehakiman lebih efektif dan masa serta kos pihak-pihak yang terlibat kini dapat dijimatkan tanpa menjejaskan keadilan dan hak mana-mana pihak.” [14] Seterusnya semasa penggulungan perbahasan dinyatakan seperti yang berikut: “ Terima kasih juga untuk soalan daripada Yang Berhormat Sepang berkaitan dengan seksyen 28, dan juga seksyen 68, yang mana pindaan ini ada isu yang boleh dibangkitkan untuk dipertimbangkan. ■1930 Yang Berhormat Sepang menyatakan, kita beranggapan semua penghakiman adalah betul, tidak ada pihak semak perintah tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan ini masih ada proses untuk semakan dan juga check kerana jika keputusan merupakan satu keputusan yang muktamad dan juga mengikat pihak-pihak, keputusan tidak boleh dirayu merupakan keputusan interlocutory-dalam fasal yang telah pun kita nyatakan. Persoalan kedua berkenaan dengan permohonan pembatalan pliding boleh dibuat oleh kedua-dua pihak, jadi ada timbul kegawatan apabila permohonan defendan itu dibenarkan. Maka jawapannya permohonan untuk striking out jika dibuat oleh defendan merupakan satu keputusan yang boleh dirayu kerana defendan telah pun mendapat keputusan muktamad. Berkenaan dengan setting aside JID iaitu penghakiman ingkar, daripada segi teori boleh bersetuju, plaintif boleh teruskan tindakan jika JID itu ditolak tetapi JID ini terbahagi kepada dua kategori, yang pertama ditolak kerana masalah teknikal dan ia tidak mempunyai merit. Jika JID dibenarkan kerana irregular dan bukan merit, adakah wajar hendak plaintif diketepikan? Di sini Yang Berhormat, jika JID melibatkan teknikaliti secara amnya, pihak-pihak boleh memfailkan semula, without liberty to file afresh maksudnya boleh failkan semula. Yang Berhormat Tebrau bertanya tentang sudahkah sesi libat urus diadakan dengan semua pihak berkepentingan? Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan ini telah pun dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kaedah-kaedah sebagaimana yang saya nyatakan awal tadi yang dipengerusikan oleh Yang Arif Ketua Hakim Negara. Manakala ahli-ahlinya terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi, wakil Peguam Negara, hakim kanan Mahkamah Sesyen, Presiden Bar Council Malaysia, Presiden Persatuan Peguam Bela Sabah dan Presiden Peguam Bela Sarawak sejak tahun 2019. Polisi ini telah pun dibincangkan, diperhalusi selama bertahun-tahun dan dipersetujui beberapa kali melalui Jawatankuasa Kaedah-kaedah ini...” [15] Seterusnya dinyatakan: “ Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya juga iaitu, adakah alasan pindaan seksyen 28, dan seksyen 68, adakah disebabkan oleh backlog cases. Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan yang dicadangkan tidak dibuat kerana backlog cases tetapi ia merupakan polisi badan kehakiman untuk menjadi dan juga meningkatkan kecekapan dan juga produktiviti berkaitan dengan tugas kehakiman. Jadi soal untuk backlog cases itu tidak timbul...” [16] Adalah jelas dan nyata bahawa pindaan tersebut menunjukkan bahawa keputusan pembatalan writ dan pliding tidak boleh dirayu. Mahkamah berpendapat tiada tafsiran yang lain boleh dibuat berkenaan dengan seksyen 28 Akta tersebut melainkan Perayu dalam kes ini adalah terhalang daripada memfailkan rayuan bagi keputusan Hakim Mahkamah Sesyen disebabkan peruntukan di bawah seksyen 28 (1) (c) Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Oleh itu bantahan awal yang dikemukakan oleh Responden adalah dibenarkan. Malahan Mahkamah Rayuan di dalam kes