BA-45-37-12/2021 – bagi 2 pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis 3,4-Methlynedioxymethamphetamine (MDMA) masing-masing seberat 2.01 gram [Pertuduhan 2] dan 0.42 gram di bawah seksyen 12(2) ADB [Pertuduhan 3] serta 1 lagi pertuduhan memiliki racun jenis Flubromazolam seberat 25.4 gram yang secara strukturnya diterbitkan dari 1,4-bendzodiazepine [Pertuduhan 4], di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 [Akta 366]. [2] Pertuduhan-pertuduhan ke atas Tertuduh adalah seperti berikut: Pertuduhan 1 [ekshibit P4] “Bahawa kamu pada 18 November 2020 jam lebih kurang antara 8.45 hingga 9.45 malam bertempat di tepi Jalan Dagang SD 2/1G, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya, iaitu Methamphetamine seberat 243 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Pertuduhan 2 [ekshibit P5] “Bahawa kamu pada 18 November 2020 jam lebih kurang antara 8.45 hingga 9.45 malam bertempat di tepi Jalan Dagang SD 2/1G, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memiliki dadah berbahaya, iaitu 3,4- Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 2.01 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” Pertuduhan 3 [ekshibit P6] “Bahawa kamu pada 18 November 2020 jam lebih kurang antara 8.45 hingga 9.45 malam bertempat di tepi Jalan Dagang SD 2/1G, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memiliki dadah berbahaya, iaitu 3,4- Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 0.42 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” Pertuduhan 4 [ekshibit P8] “Bahawa kamu pada 18 November 2020 jam lebih kurang antara 8.45 hingga 9.45 malam bertempat di tepi Jalan Dagang SD 2/1G, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati dalam milikan kamu racun, iaitu Flubromazolam seberat 25.4 gram yang secara strukturnya diterbitkan dari 1,4-bendzodiazepine dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama.” [3] Pada 11.8.2023, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh bagi pertuduhan-pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB dan kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Justeru, Mahkamah ini memerintahkan supaya Tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri ke atas Pertuduhan 1, Pertuduhan 2 dan Pertuduhan 4 tersebut. [4] Namun begitu, Mahkamah ini merumuskan pada akhir kes pendakwaan ini bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan sepenuhnya elemen-elemen kesalahan bagi Pertuduhan 3 iaitu bagi kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis 3,4- Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) tersebut. Justeru, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh bagi pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan memerintahkan supaya Tertuduh dipanggil untuk membela diri ke atas Pertuduhan 3 tersebut. Tertuduh telah mengaku salah ke atas Pertuduhan 3 tersebut yang mana telah disabitkan kesalahan serta dihukum dengan pemenjaraan 5 tahun dan denda RM10,000.00 (jika tidak bayar 3 bulan penjara). [5] Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini melalui 2 notis rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia masing-masing bertarikh 24.8.2023 berkaitan dengan keputusan melepas dan membebaskan Tertuduh daripada Pertuduhan 1, Pertuduhan 2 dan Pertuduhan 4. Alasan Penghakiman ini adalah berkaitan dengan notis-notis rayuan tersebut sahaja. Ringkasan Kes Pendakwaan [6] Perbicaraan kes ini telah bermula pada 12.6.2023 dan pihak pendakwaan telah menutup kes pendakwaan pada 16.6.2023 setelah memanggil seramai 5 orang saksi pendakwaan seperti berikut: SP1: Dr. Nur Nazihah binti Md Shahari (Ahli Kimia Narkotik); SP2: Insp. Nurul Hadi bin Haron Mansor (Jurufoto dan Pegawai Penyiasat); SP3: Insp. Darwis bin Aripin (Pegawai Serbuan); SP4: Chin Kek Hiong (Pemilik asal kereta); dan SP5: Chaw Hee Mun (Kawan Tertuduh di kedai makan). [7] Pada 18.11.2020 jam lebih kurang 5 petang, Insp. Darwis bin Aripin (SP3) telah memperoleh maklumat jabatan mengenai aktiviti pengedaran dadah yang dijalankan oleh seorang saspek lelaki cina dengan menggunakan sebuah kereta Peugeot berwarna putih No. W6341N di kawasan Jalan Dagang SD2/1G, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor (“Lokasi Serbuan’). [8] Bertindak atas maklumat tersebut, SP3 telah mengadakan taklimat ringkas kepada pasukan serbuan yang terdiri daripada 3 pasukan serbuan pada 18.11.2020 jam lebih kurang 8 malam. [9] Pada jam lebih kurang 8.15 malam, pasukan serbuan telah berlepas daripada pejabat BSJN IPD Petaling Jaya dengan menaiki kereta pasukan yang tidak berlambang. Pasukan serbuan telah sampai di Lokasi Serbuan pada jam lebih kurang 8.45 malam dan membuat pemerhatian. Lebih kurang 15 minit kemudian, SP3 telah nampak sebuah kereta jenis Peugeot berwarna putih dengan nombor pendaftaran W6341N (“Kereta Peugeot”) telah berhenti dalam petak parkir berhadapan Restoran 33 dan seterusnya telah keluar seorang lelaki cina pemandu Kereta Peugeot tersebut (yang kemudiannya dicamkan sebagai Tertuduh) serta seorang perempuan cina iaitu penumpang hadapan Kereta Peugeot tersebut. Kedua-duanya telah menuju masuk ke dalam Restoran 33. [10] SP3 bersama dengan pasukan serbuan 1 dan 2 telah masuk ke dalam Restoran 33 tersebut dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis. Hasil pemeriksaan badan oleh SP3 ke atas Tertuduh telah menjumpai daripada dalam poket sebelah kiri hadapan seluar yang dipakai oleh Tertuduh dan seterusnya merampas-