Perayu menyatakan SP1 merupakan orang lama dalam bisnes tersebut dan SP1 tidak akan mudah mempercayai orang lain. Oleh itu, SP1 tidak akan mudah untuk memberikan wang sebanyak itu kepada perayu. KUASA MAHKAMAH UNTUK CAMPUR TANGAN [5] Undang-undang berkenaan kuasa mahkamah dalam bidang kuasa rayuannya untuk campur tangan berkenaan dapatan fakta Hakim Bicara adalah nyata dan matan. Mahkamah ini hanya boleh campur tangan sekiranya terdapat kekhilafan atau salah arah diri daripada Hakim Bicara dalam menilai dan menentukan keterangan yang material setelah melalui perbicaraan penuh. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang memutuskan:- "It is settled law that it is no part or function of an appellate Court in criminal case or indeed any case to make its own findings of fact. That is a function exclusively reserved by the law to the trial court. An appellate court is necessarily fettered because it lacks the audio-visual advantage enjoyed by the trial court S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg [6] Selanjutnya dalam kes Mahkamah Persekutuan, Public Prosecutor v. Wan Razali Kassim [1970] CLJU 121; [1970] 1 LNS 121; [1970] 2 MLJ pula diputuskan: "An appellate court should be slow to interfere with the finding of fact by a lower court as an appellate court does not have the advantage of seeing and hearing the witnesses and therefore of assessing their credibility. [7] Di dalam kes Mahkamah Rayuan, Sivalingam a/l Periasamy v Periasamy & Anor[1996]4 CLJ 545 telah memutuskan berkenaan peranan Mahkamah ini dalam menjalankan bidang kuasa rayuannya seperti berikut: findings of fact arrived at by the Court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. But we are under a duty to intervene in a case where, as here, the trial Court has so fundamentally misdirected itself, that one may safely say that no reasonable Court which had properly directed itself and asked the correct questions would [8] Berdasarkan kepada kes-kes yang telah diputuskan, dalam menjalankan bidang kuasa rayuannya, Mahkamah ini hendaklah bertindak perlahan dalam mengusik apa-apa dapatan fakta oleh S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg HMS kecuali ia merekodkan dapatan bahawa pandangan yang diambil oleh mahkamah perbicaraan bukan pandangan yang munasabah terhadap keterangan atas rekod. ISU-ISU YANG DITIMBULKAN OLEH PERAYU Ketiadaan bukti yang mengaitkan perayu dalam rampasan wang tunai lebih kurang RM33,000.00 dan meletakkan SP1 dalam keadaan ketakutan [9] Perayu menghujahkan HMS telah khilaf apabila beliau mempercayai keterangan SP1 sepenuhnya walaupun tiada barang kes iaitu wang tunai yang didakwa dirompak dan pisau yang digunakan untuk merompak. Perayu menghujahkan bahawa HMS telah bergantung kepada keterangan mengikut keadaan yang tidak kukuh dan tidak selamat bagi mensabitkan perayu [10] Apatah lagi lokasi kejadian adalah di Iorong hadapan pusat membeli belah iaitu Selayang Mall yang merupakan kawasan yang sibuk, terbuka dan dipenuhi dengan banyak kedai makanan dan orang ramai dan kejadian yang didakwa berlaku sekitar pukul 2 petang, iaitu waktu di mana kawasan tersebut biasanya penuh dengan banyak kenderaan dan kehadiran orang ramai yang seharusnya memudahkan saksi bebas untuk melihat dan mengesahkan S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg kejadian yang didakwa. Ketiadaan saksi bebas menurut perayu menimbulkan keraguan munasabah. [11] Kejadian rompakan didakwa berlaku dalam kereta milik SP1 yang mana kereta itu dalam kawalan SP1. Perayu mengatakan, sebagai pemilik dan pengawal utama kereta tersebut, adalah tidak munasabah untuk SPI tiba-tiba "kosong fikiran" tanpa mampu bertindak atau memberi arahan sewajarnya dalam situasi kecemasan. Perayu menghujahkan bahawa ia menjejaskan kredibiliti dan konsistensi keterangan SPI kerana ia bertentangan dengan tahap pengalaman dan tanggungjawab yang sepatutnya dimiliki oleh individu berpengetahuan dalam urusan berniaga emas. [12] Perayu juga menghujahkan sebagai individu yang berpengalaman dalam bidang membeli dan berniaga emas, SPI seharusnya mempunyai pengetahuan dan kebolehan untuk menguruskan transaksi dengan lebih berhati-hati dan teliti. Ia membolehkan segala butiran transaksi dijelaskan secara tepat dan lengkap, serta didokumenkan dengan dokumen sokongan yang kukuh. Namun demikian, dalam kes ini tiada dokumen, rekod transaksi, atau bukti lain yang menyokong keterangan SPI. Yang dikemukakan, hanyalah laporan polis dan gambar-gambar tempat letak kereta. Ini S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan keterangan yang diberikan. [13] Perayu juga menghujahkan bahawa SP1 hanya berjumpa dengan perayu sebanyak 2 kali sahaja tanpa hubungan akrab. Jika hubungan mereka hanya sekadar urus niaga dan tidak menunjukkan sebarang hubungan peribadi atau perasaan dendam, maka sukar untuk menjustifikasi bahawa perayu mempunyai motif untuk melakukan tindakan jenayah seperti menyakiti atau menakutkan SPI dalam kejadian tersebut. [14] Perayu juga menghujahkan terdapat percanggahan ketara antara keterangan SPI dan SP4 mengenai cara perayu "melarikan diri". SPI menyatakan bahawa perayu melarikan diri tanpa menghuraikan caranya. Manakala SP4 pula menyatakan bahawa perayu melarikan diri dengan menggunakan kenderaan milik perayu sendiri. Perbezaan ini menimbulkan ketidakpastian dan mengurangkan kredibiliti keterangan SPI. Tiada bukti fizikal seperti keterangan cap jari, rampasan kenderaan, rakaman CCTV atau keterangan saksi bebas yang menyokong dakwaan bahawa perayu melarikan diri dengan menaiki kenderaan miliknya, sekali gus melemahkan kes pendakwaan. Siasatan SP4 yang bergantung pada keterangan SPI sahaja S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg [15] Perayu menghujahkan bahawa HMS hanya bergantung kepada siasatan SP4 yang bergantung kepada keterangan SP1 sahaja tanpa apa-apa bukti sokongan. Penggunaan anggapan yang menyebabkan sabitan tidak selamat [16] HMS dihujahkan telah terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa perayu telah mencuri wang tunai RM33,000 berdasarkan anggapan bahawa wang tersebut telah dihabiskan oleh perayu berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh perayu kepada SP4. Dalam kes di ini, pendakwaan tidak dapat menunjukkan bukti bahawa wang tunai lebih kurang RM33,000 telah diambil oleh perayu memandangkan tiada dokumen transaksi, resit, atau bukti fizikal yang menunjukkan bahawa wang tersebut pernah berada dalam kawalan atau milik perayu. Tambahan pula, tiada saksi bebas yang mengesahkan bahawa wang tersebut telah digunakan oleh perayu. Ini menimbulkan keraguan munasabah. Hujahan Balas Responden [17] Responden berhujah bahawa keseluruhan intipati kesalahan telah dibuktikan terhadap perayu, bahawa perayu telah melakukan kesalahan curi dan pemerasan terhadap SP1 dan bahawa identiti lelaki yang telah merompak SP1 adalah perayu sendiri. Ini adalah kerana SP1 telah mengenali perayu sebelum kejadian rompakan S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg tersebut. SP1 telah mengecamkan perayu semasa sesi kawad cam dan juga telah mengecamkan perayu dalam keterangannya di mahkamah. [18] Terdapat keterangan yang kukuh bahawa tertuduh telah meletakkan ketakutan maut atau kecederaan serta merta terhadap SP1. Keterangan ini jelas apabila perayu telah mengeluarkan pisau sebelum melarikan wang milik SP1. Ia terjumlah kepada perbuatan menyebabkan ketakutan maut dan juga cedera yang serta merta kepada SP1. Di dalam kes ini, SP1 adalah seorang warga emas yang berumur 62 tahun semasa kejadian. Apabila perayu mengeluarkan pisau, respons SP1 adalah dengan menuruti kehendak perayu dengan menyerahkan wang tersebut kerana ketakutan serta-merta terhadap perayu . [19] Adalah dihujahkan juga bahawa undang-undang tidak mensyaratkan perlunya jumlah saksi yang spesifik bagi membuktikan suatu kes. Malah, undang-undang juga tidak mensyaratkan keterangan SP1 memerlukan keterangan sokongan. Justeru, sabitan perayu yang bersandarkan keterangan SP1 adalah selamat. Apatah lagi kredibiliti kesemua saksi pendakwaan adalah kredibel dan tidak pernah dicabar. S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg [20] Responden menghujahkan bahawa ketiadaan barang kes adalah tidak material dan tidak menjejaskan kes pendakwaan. Apatah lagi perayu hanya ditangkap hampir 7 bulan setelah kejadian berlaku. Dalam tempoh tersebut, sudah pastinya pisau yang digunakan dan wang tunai yang dilarikan telah dilupuskan [21] Responden juga menghujahkan bahawa dapatan HMS adalah betul apabila membuat dapatan bahawa pembelaan perayu bersifat penafian kosong semata-mata. Naratif perayu bahawa SP1 telah berbohong mengenai kejadian yang berlaku tidak disokong dengan mana-mana keterangan. DAPATAN HMS DAN ANALISA [22] Isu berkenaan penggantungan HMS terhadap keterangan SP1 Saya telah meneliti alasan penghakiman HMS terpelajar. Saya mendapati beliau telah meneliti keterangan SP1 berkenaan kejadian rompakan yang berlaku dan pengecaman SP1 secara positif terhadap perayu sebagai orang yang telah merompaknya. HMS juga telah memberikan alasan-alasannya berkenaan penggantungannya terhadap keterangan SP1. HMS terpelajar telah menyatakan seperti berikut:- [24] Pihak Pendakwaan berhujah bahawa Tertuduh ialah individu yang melakukan perbuatan merompak terhadap SP1. S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg Tertuduh juga telah mendatangkan ketakutan kepada SP1 sehingga SP1 terpaksa menyerahkan wang tunai berjumlah RM33,000.00 yang dipegang oleh SP1 tanpa kerelaan. Mahkamah merujuk kepada keterangan SP1 yang mengatakan bahawa SP1 pernah berurusan dengan Tertuduh sebelum ini dan SP1 dan Tertuduh mengenali antara satu sama lain melalui urusan jual beli resit pajak gadai. Mahkamah mendapati fakta tersebut juga turut diakui oleh Tertuduh semasa memberikan keterangan di Mahkamah. Keterangan SP1 menunjukkan bahawa SP1 dan Tertuduh berada di dalam kereta semasa urusan jual beli resit pajak gadai dilakukan iaitu cara yang sama SP1 dan Tertuduh telah berurusan sebelum ini. SP1 juga mengenali Tertuduh dan mengesahkan identiti Tertuduh kerana Tertuduh tidak memakai pelitup muka semasa berurusan dengan SP1. SP1 telah membuat pengecaman terhadap Tertuduh di Mahkamah Terbuka. Tambahan lagi SP1 juga telah membuat pengecaman Tertuduh melalui kawad cam yang dilakukan pada 10.02.2024 dan SP1 masih mengecam dengan baik Tertuduh di kandang Tertuduh semasa perbicaraan. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Dorai Pandian a/l Munian & Anor v Public Prosecutor [20212] 10 S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg CLJ 22, apabila Ahmad Maarop JCA (pada ketika itu) telah menjelaskan seperti berikut: is held, the court can rely on the evidence of the dock identification as sufficient basis for conviction if it is satisfied with the credibility and reliability of the witness [25] Dalam kes di Mahkamah ini, proses kawad cam telah dijalankan oleh SP3 seperti di Eksibit P6. Keterangan SP3 berkenaan dengan kawad cam yang telah dijalankan juga telah disahkan oleh keterangan SP1 dan pengecaman SP1 terhadap Tertuduh di Mahkamah ini. [23] Saya mendapati, tiada kekhilafan apabila HMS terpelajar bergantung kepada keterangan SP1 berkenaan kejadian rompakan yang berlaku. Saya juga telah meneliti rekod rayuan dan mendapati, keterangan SP1 adalah kekal utuh. Di dalam kes ini, walaupun perayu tidak diwakili oleh peguambela, setelah HMS menerangkan kepadanya berkenaan keterangan dan prosiding perbicaraan, perayu telah bertanyakan soalan-soalan kepada SP1. Namun begitu keterangan SP1 kekal utuh. [24] Selain dari itu, setelah dirompak, SP1 telah terus membuat laporan polis pada hari yang sama iaitu 45 minit selepas kejadian berlaku. S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg Laporan polis tersebut adalah eksibit P1. Laporan polis adalah keterangan sokongan yang konsisten dengan keterangan SP1 bahawa dia telah dirompak. SP1 telah juga menyatakan nama perayu bersama nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon perayu dimana mengikut keterangan SP1, beliau memang mengenali perayu. Laporan polis P1 itu boleh diterima di bawah seksyen 157 Akta Keterangan 1950 bagi menunjukkan ia konsisten dengan keterangan SP1 di mahkamah. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Lim Guan Eng v PP (2000) 2 CLJ 241 dimana Hakim Zakaria Yatim memutuskan: It is our view that under s. 157, a former statement made by a witness is admissible in order to corroborate his testimony. The weight of such a statement for the purpose of corroboration depends on the facts of a particular case. This view is supported by a long line of decided cases. In Liew Wah Ming v. Public Prosecutor [1963] 29 MLJ 82. Thomson CJ, said: Section 157 is clear and unambiguous and there can be no doubt that in the circumstances laid down in that section a former statement made by a witness is admissible to corroborate his testimony and with the object of showing consistency. S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg But the weight or value of such a statement as corroboration must always be a question of fact ... While, therefore, the former statement of an accomplice or ... of a child is admissible to corroborate his testimony and to indicate consistency the weight to be attached to it must vary with the facts of each case. [25] Tiada jumlah saksi yang telah ditetapkan oleh undang-undang untuk membuktikan sesuatu kes. Ini diperuntukkan dalam s.134 Akta Keterangan 1950 dan maxim yang menyatakan bahawa penting yang telah dipanggil adalah SP1. Keterangan SP1 adalah kredibel dan utuh. Laporan polis yang dibuat oleh SP1 sebaik sahaja beliau dirompak menunjukkan konsistennya keterangan SP1 berkenaan identiti orang yang telah merompak SP1. [26] Tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan keterangan SP1 disokong oleh keterangan lain. Apatah lagi, ini adalah kes rompakan yang dilakukan oleh orang yang dikenali oleh SP1. HMS yang bijaksana telah mendengar dan melihat saksi ini dan membuat dapatan bahawa keterangan SP1 adalah munasabah dan diterima. Mahkamah ini tidak akan mengusik dapatan fakta ini. Apatah lagi adalah munasabah tiada keterangan saksi lain yang melihat kejadian itu memandangkan ia berlaku di dalam kereta SP1. S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg Ketiadaan resit pajak gadai telah dijelaskan oleh SP1. Menurut SP1, beliau telah memulangkan kembali resit pajak gadai yang dilihatnya kepada perayu sebelum perayu merompaknya. [27] Tiada rampasan RM33,000 dan rampasan pisau Perayu mengatakan, oleh kerana tiada rampasan wang RM33,000 dan pisau yang digunakan semasa melakukan rompakan menyebabkan sabitan perayu adalah tidak selamat. Saya telah meneliti dapatan HMS terpelajar dalam alasan penghakimannya. Beliau menyatakan seperti berikut:- [26] SP1 juga memberikan keterangan bahawa SP1 telah dirompak oleh Tertuduh iaitu Tertuduh telah melarikan wang tunai berjumlah RM33,000.00 milik SP1 yang diletak di dalam plastik. SP1 juga memberikan keterangan bahawa Tertuduh telah melarikan wang tunai tersebut sejurus selepas SP1 melepaskan pegangan plastik wang tersebut. SP4 sebagai Pegawai Penyiasat mengesahkan bahawa wang tunai RM33,000.00 tidak dijumpai kerana semasa siasatan dibuat oleh SP4, Tertuduh memaklumkan bahawa wang tunai tersebut telah digunakan untuk kegunaan sendiri Tertuduh. [27] Berkenaan ketiadaan barang kes iaitu wang tunai yang didakwa dirompak oleh Tertuduh, Mahkamah merujuk kepada S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg kes Mahkamah Rayuan, Anuar Mohamad v PP [2020] CLJU 559 yang memutuskan seperti berikut: fakta bahawa semasa Perayu ditangkap, tiada wang tunai atau senjata api ada ditemui bersama Perayu bagi menguatkan hujahan beliau bahawa Perayu tidak terlibat dalam kejadian di tempat kejadian. Dengan hirmat kepada peguam bela terpelajar, kami dapati fakta bahawa tiada wang tunai atau senjata api ditemui bersama Perayu semasa Perayu ditangkap tidak boleh dijadikan asas bagi [28] Merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan di atas, situasi yang sama juga terpakai kerana Tertuduh hanya dapat ditangkap selepas disenarai hitam tujuh (7) bulan selepas kejadian yang berlaku terhadap SP1. Dalam tempoh tujuh (7) bulan tersebut, sudah semestinya wang tunai yang dirompak daripada SP1 tidak dapat dijumpai untuk dibawa ke Mahkamah sebagai keterangan. Keterangan SP1 juga mengukuhkan dakwaan kewujudan wang tunai RM33,000.00 tersebut kerana SP1 mengatakan dia berada dalam ketakutan kerana Tertuduh telah mengacukan pisau di leher SP1 S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg sehingga menyebabkan SP1 melepaskan genggaman plastik yang berisi RM33,000.00 kepada Tertuduh. [28] Bagi aduan perayu bahawa tiada rampasan pisau yang dibuat, HMS menyatakan dalam alasan penghakimannya seperti berikut:- [30] Bagi isu tiada rampasan barang kes iaitu pisau yang dibangkitkan oleh Tertuduh, Mahkamah merujuk kepada seksyen 392 Kanun Keseksaan yang tidak memperuntukkan membuktikan kes di bawah seksyen tersebut. Mahkamah mendapati bahawa elemen-elemen yang perlu dibuktikan di bawah seksyen 390 dan seksyen 392 Kanun Keseksaan telah dihujahkan dan dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Keterangan SP1 mengatakan bahawa SP1 yang merupakan mangsa dalam kes ini telah diacukan pisau oleh Tertuduh dengan jelas menunjukkan perlakuan dan tindakan Tertuduh yang cuba mencederakan SP1 jika SP1 tidak melepaskan pegangan wang RM33,000.00 tersebut. Walaupun tiada saksi lain yang menyaksikan kejadian dan walaupun pisau yang digunakan oleh Tertuduh tidak dirampas, ketiadaan barang kes bukan menjadi suatu isu yang besar. Mahkamah telah menilai keterangan kesemua saksi Pendakwaan secara keseluruhan S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg Prakash AIR 1983 SC 431: 1983 Scc (Cri) 475; 1983 Cri LJ 831 (SC): (1983) 2 SCC 358: (1983) 1 Crimes 804: between the accused and the victims, the husband was killed and the wife sustained injuries, the offence was commited during midnight and there was sufficient moon light and latern light to enable the victims to identify the accused, and first information report was lodged without delay, it was held that the mere fact that none of the looted property could be recovered was not considered material whilst adjudging the accused [31] Selain itu, Mahkamah juga merujuk kepada kes Sunny Ang v PP [1966] 2 MLJ 195 di mana Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan bahawa on the cumulative effect of such eviden number of grounds were relied on and it was alleged S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg in failing adequately to direct the jury on the danger of convicting an accused person upon circumstantial evidence. Held: (5) the direction of the learned trial judge on the effect and in particular the cumulative effect of circumstantial evidence were perfectly adequate; (6) Although the body of the deceased has never been found, there was overwhelming evidence on the record that [29] Jelas dari alasan penghakiman HMS, beliau telah meneliti isu ketiadaan barang kes RM33,000 dan ketiadaan rampasan pisau yang digunakan semasa rompakan. Dapatan HMS adalah betul dan selaras dengan undang-undang. Adalah munasabah untuk kedua barangan tersebut gagal dirampas oleh SP4 memandangkan perayu hanya ditangkap lebih kurang 7 bulan selepas kejadian. Tidak mungkin untuk perayu menyimpan hasil jenayahnya itu selama 7 bulan untuk dirampas oleh pihak polis. Keterangan juga menunjukkan bahawa perayu gagal dihubungi oleh SP1 selepas kejadian rompakan tersebut, meski pun dia adalah rakan niaga SP1. Walaupun tanpa rampasan kedua-dua barang kes tersebut, ia tidak menyebabkan keterangan SP1 tercalar memandangkan S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg keterangan SP1 adalah keredibel, boleh dipercayai dan telah diterima oleh HMS yang bijaksana. [30] Percanggahan keterangan antara SP1 dan SP4 Berkenaan aduan perayu yang mengatakan terdapat percanggahan keterangan antara SP1 dan SP4 berkenaan cara perayu melarikan diri, HMS telah memberikan alasannya. Beliau menyatakan seperti berikut:- [33] Pihak pendakwaan berhujah bahawa jika terdapat percanggahan dalam keterangan-keterangan saksi Pendakwaan yang tidak material, percanggahan-percanggahan tersebut tidak menyebabkan keterangan mangsa dalam kes ini iaitu SP1 boleh ditolak secara keseluruhannya. [34] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan dan merujuk kepada kes Pie Bin Chin V PP [1985] 1 MLJ 234, 235 apabila Wan Yahya J menekankan seperti berikut: they do astensibly appear in most cases in evidence of witness for the prosecution as well as the defence. The transcripts of most evidence, when thoroughly tooth-combed by any able lawyer, never failed to yield some S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg form of inconsistencies, discrepancies or contradictions on material and obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole [36] Mahkamah mendapati sepanjang SP1 memberikan keterangan, SP1 telah menjawab kesemua soalan yang telah diajukan secara tidak teragak-agak. Tambahan lagi, kredibiliti SP1 tidak dicabar oleh Tertuduh semasa Pemeriksaan Balas. Mahkamah mendapati keterangan SP1 sangat menyakinkan berkenaan dengan kejadian rompakan tersebut dan SP1 mengecam Tertuduh semasa SP1 memberikan keterangan di Mahkamah ini. [37] Berdasarkan keterangan SP1 dan disokong oleh keterangan SP2 (jurufoto), SP3 (pegawai kawd cam) dan SP4 (pegawai penyiasat), Mahkamah mendapati bahawa Tertuduh memang telah melakukan kesalahan rompakan terhadap SP1. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa kesemua elemen di bawah seksyen 390 Kanun Keseksaan ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg Pendakwaan dan Tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan. [31] Jelas, dari alasan penghakiman HMS, beliau telah meneliti percanggahan keterangan yang dikatakan timbul. Saya mendapati HMS telah menanganinya dengan betul apabila membuat dapatan bahawa percanggahan tersebut adalah tidak material. [32] Saya telah meneliti aduan yang ditimbulkan oleh pihak perayu itu. Saya mendapati ia bukanlah percanggahan yang menyebabkan keterangan SP1 dan SP4 diragui atau ditolak. SP1 tidak menyatakan cara bagaimana perayu melarikan diri selepas merompak, manakala SP4 iaitu pegawai penyiasat mengatakan perayu melarikan diri dengan menggunakan kenderaannya sendiri. Keterangan sebegini bukanlah percanggahan. Perlu diingat bahawa SP1 adalah mangsa yang telah dirompak dan diletakkan dalam ketakutan. Beliau memberikan keterangan berdasarkan apa yang dialaminya. Ketiadaan keterangan beliau, berkenaan cara bagaimana perayu melarikan diri tidak melemahkan keterangan beliau. SP4 pula adalah pegawai penyiasat yang menyiasat kes ini yang mempunyai akses terhadap keterangan saksi-saksi termasuklah siasatan terhadap perayu. S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg [33] Cara perompak itu melarikan diri selepas merompak adalah tidak penting dalam pembuktian intipati pertuduhan. Apa yang penting adalah, perbuatan perayu merompak iaitu terdapat barangan yang telah dicuri iaitu wang RM33,000 dan perayu telah mendatangkan ketakutan kecederaan kepada SP1. Identiti perayu sebagai orang yang merompak itu, adalah penting untuk dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan mereka telah melepaskan beban pembuktian kesemua intipati ini. [34] Perayu menghujahkan, oleh kerana kejadian rompakan berlaku pada waktu siang dan di tempat yang ramai orang, sepatutnya mestilah terdapat saksi mata yang melihat kejadian tersebut. Saya mendapati hujahan ini adalah tanpa merit. Begitu juga hujahan bahawa SP1 sepatutnya berhati-hati kerana mempunyai pengalaman dalam urusniaga emas, juga tidak dapat mengubah fakta keadaan yang telah dialami oleh SP1. Apabila diteliti keterangan SP1, keterangannya adalah munasabah. Beliau telah memberikan keterangan tentang apa yang telah dialaminya dan keterangan ini telah diterima oleh HMS terpelajar. [35] Saya juga mendapati HMS yang bijaksana telah meneliti pembelaan perayu dan enggan mempercayai keterangan perayu dengan mengatakan ia adalah penafian semata-mata tanpa menimbulkan apa apa keraguan munasabah. S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg [36] Tiada sebab untuk saya mengusik dapatan HMS terpelajar ini memandangkan dapatan beliau adalah berdasarkan keterangan atas rekod. Apatah lagi HMS telah memberikan alasan-alasan yang tuntas dalam beliau mencapai kepada dapatan tersebut. Saya enggan untuk campur tangan dalam dapatan HMS, kerana dapatan-dapatan tersebut, secara jelas tidak bercanggah dengan bukti-bukti yang dikemukakan. Ini adalah penemuan fakta tertentu oleh HMS terpelajar yang melibatkan penilaian bukti seseorang saksi berdasarkan kredibiliti saksi tersebut yang telah dilihat dan didengar oleh HMS sendiri. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Lai Kim Hon & Ors v. PP [1980] CLJU 197; [1980] 1 LNS 197; [1981] 1 MLJ 84, yang memutuskan seperti berikut: - The principle of law governing appeals in criminal cases on questions of fact is well established, in that the Appeal Court will not interfere unless the balance of evidence is grossly against the conviction especially upon a finding of a specific fact involving the evaluation of the evidence of a witness founded on the credibility of such witness. In the instant case the learned trial judge very carefully analysed all the available evidence before him and made specific finding of fact founded upon that which he believed to be the truth. He also drew certain inferences from facts S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg specifically found. In this respect we may form our independent view but we should only do so where the fact upon which the inference was drawn was either unwarranted or manifestly against the weight of evidence. That was not the case here." KESIMPULAN [37] Atas alasan-alasan yang telah saya nyatakan, sabitan terhadap Perayu adalah selamat dan dikekalkan. Mahkamah juga mendapati hukuman dan perintah yang diberikan oleh HMS adalah munasabah, setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh Perayu. Justeru, mahkamah ini mengekalkan hukuman dan perintah yang telah diputuskan oleh HMS. Bertarikh pada 8 Disember 2025 ROSZIANAYATI AHMAD Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan S/N Kz3etB38Ckq0XwSi4y9Pfg Peguam Perayu / Tertuduh Lee Ee San Tetuan Lee Chew & Co. Peguambela & Peguamcara No. 13-1, Jalan Cetak 16/3, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor [Ruj: LCCO/CRl/0213/25] Responden / Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Aras 5, No 45,Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya