Pendakwaan terhadap perayu bermula di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah Darul Aman melibatkan tiga (3) pertuduhan seperti yang berikut: Pertuduhuhan Pertama “Bahawa kamu pada 3/3/2019, jam lebih kurang 5.15 petang, di kawasan Jeti Point, Mukim Kuah, di dalam daerah Langkawi di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 21.8gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 3/3/2019, jam lebih kurang 5.15 petang, di kawasan Jeti Point, Mukim Kuah, di dalam daerah Langkawi di S/N L24nVxb3B0uGuojrP82ncw dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 222.7gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Pertuduhan Ketiga “Bahawa kamu pada 3/3/2019, jam lebih kurang 5.15 petang, di kawasan Jeti Point, Mukim Kuah, di dalam daerah Langkawi di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Monoacetylmorphines seberat 15.0gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah 8erbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama."