(iii) Pesuruhjaya Kehakiman gagal mengambilkira ubat yang diambil oleh perayu untuk menenangkan mentalnya. Isu Inferen Bertentangan [25] Dalam kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492, Mahkamah Agong menyatakan: It is essential to appreciate the scope of s114 (g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case.” [26] Peguam perayu menghujahkan perempuan cina yang memberitahu SP11 isterinya ditikam harus dipanggil oleh pendakwaan sebagai saksi untuk memberi keterangan kenapa pergaduhan boleh berlaku di antara perayu dan simati hingga menyebabkan simati ditikam. Akibat kegagalan pendakwaan memanggil perempuan cina itu, peguam perayu menghujahkan inferen bertentangan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terpakai terhadap pendakwaan. [27] Semasa disoal balas, SP11 menjelaskan beliau tidak kenal siapa perempuan cina yang memberitahu beliau isterinya ditikam: S: Ada seorang wanita cina beritahu kamu tentang kejadian, ada beritahu nama wanita cina ini pada pegawai penyiasat? J: Tidak, saya tak tahu nama dia. S: Wanita cina ini jumpa kamu, dia kenal kamu dan isteri kamu? J: Saya tak kenal wanita itu, saya tak ingat. [28] Jawapan SP11 itu menunjukkan perempuan cina itu adalah orang asing kepada SP11. Oleh itu, pendakwaan tidak boleh dikatakan menyembunyikan maklumat mengenai perempuan cina itu kerana memang tidak ada maklumat. [29] Perempuan cina itu juga bukanlah saksi yang material kerana SP11 sendiri adalah saksi mata yang melihat perayu memegang simati dengan menarik rambut simati dan menikam perut simati. Atas fakta kes ini, kami mendapati tidak timbul isu pendakwaan gagal memanggil saksi yang material dan inferen bertentangan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 tidak terpakai terhadap pendakwaan. Isu Provokasi [30] Fakta menunjukkan sebelum kejadian ini, perayu dan simati tinggal berjiran selama 7 - 8 tahun. Sepanjang tempoh masa tersebut, simati memang tidak sukakan perayu kerana perayu adalah seorang penagih dadah. Simati dikatakan selalu mengutuk perayu. [31] Pembelaan perayu ialah pada hari kejadian, berlaku “grave and sudden provocation” oleh simati. Simati dikatakan telah memaki dan menghina perayu sebagai penagih dadah. Caci maki simati dikatakan menyebabkan perayu naik angin, tidak boleh mengawal diri, mengambil pisau dari gerai chee cheong fun dan meluru ke arah simati. [32] Setelah membaca nota keterangan di dalam Rekod Rayuan, kami mendapati perayu yang memulakan pergaduhan. Dalam keterangannya, perayu bersetuju apabila beliau nampak simati, beliau (perayu) yang meluru ke arah simati. Beliau juga setuju simati tidak menghampiri perayu. Ini bermakna, perayu yang sengaja mencari gaduh dengan simati. [33] Kami juga mendapati dari fakta kes, tiada provokasi atau pergaduhan secara tiba-tiba. Keterangan SP9 ialah beliau nampak perayu menyerang simati. SP9 kenal simati kerana simati adalah pelanggannya. Menurut SP9, beliau tidak dengar perkataan provokasi keluar dari mulut simati atau sama ada simati memarahi perayu. Beliau hanya mendengar simati menjerit kepada perayu. Keterangan SP9 ketika disoal balas adalah seperti berikut: Dalam masa 5 minit mereka bergaduh kamu tak berapa dengar sebab sedang gunting “chee cheong fun”? Ya Dalam masa itu, kamu ada dengar perempuan cina iaitu simati memaki OKT? Tiada Ada kamu nampak atau dengar simati marah OKT? Tiada, dia cuma jerit. Setuju kamu tak dengar sebab kamu sedang bekerja? Betul Simati ada maki, marah OKT tapi kamu tak dengar sebab sedang buat kerja? Saya dengar mereka jerit sahaja. [34] Pembelaan “grave and sudden provocation” telah dibincangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Che Omar bin Mohd Akhir v PP [2007] 4 ML J 309. Untuk berjaya dalam pembelaan grave and sudden provocation, fakta-fakta berikut mesti dibuktikan: