ZURAINI BT ABDUL HAMEED NAPISAH NARIKKODAN MAMMOO …RESPONDEN-RESPONDEN S/N ov0G/pfbDEOl7MKUaYgehw ALASAN PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Ini adalah Saman Pemula yang difailkan oleh Perayu yang merayu terhadap keputusan Lembaga Tatatertib Majlis Peguam (“LTMP”) bertarikh 8.12.2022 yang menolak aduan tatatertib Perayu terhadap Responden-responden dan mendapati tiada liabiliti yang dilakukan oleh Responden-responden. [2] Sebagai latar belakang ringkas, Perayu bercadang untuk menjual dua lot kedai masing-masing di Taman Impian Emas dan Taman Perling. Untuk itu beliau telah melantik Wong Kam Keong @ Bill Wong, seorang ejen hartanah dari firma ejen hartanah iaitu City Appraisal Consultant untuk mencari bakal pembeli bagi penjualan kedua-dua hartanah tersebut secara bersama dan/ atau secara en bloc. [3] Bill Wong kemudian telah memperkenalkan Tia Poh Loong kepada Perayu yang bersetuju untuk membeli kedua-dua hartanah tersebut secara transaksi tunggal sebanyak RM1.3 juta. Bagaimanapun, bagi tujuan mendapatkan pinjaman, Tia Poh Loong telah meminta agar lot kedai Taman Impian Emas ditetapkan dengan harga RM750,000.00 manakala lot kedai Taman Perling sebanyak RM550,000.00 dalam bentuk tawaran yang berasingan. Perlu dinyatakan bahawa selain menjadi peguam di firma guaman miliknya iaitu Tetuan Tia & Noordin, Tia Poh Loong juga adalah pengarah urusan dalam City Appraisal Consultant. [4] Ekoran itu, Bill Wong telah merujuk transaksi berkenaan kepada Tetuan Hafez & Partners, firma guaman Responden-responden bagi S/N ov0G/pfbDEOl7MKUaYgehw tujuan penyediaan perjanjian jual beli. Selain itu, Bill Wong juga telah mengemukakan kepada Tetuan Hafez & Partners dua surat persetujuan (eksibit N1 & N2 Lampiran 6) sebagaimana berikut: S/N ov0G/pfbDEOl7MKUaYgehw [5] Berdasarkan kepada eksibit N1 & N2 di atas, Tetuan Hafez & Partners telah menyediakan draf perjanjian jual beli dan mengemukakannya kepada Tetuan Tia & Noordin yang mewakili Tia S/N ov0G/pfbDEOl7MKUaYgehw Poh Loong. Bagaimanapun, Perayu mendakwa bahawa dalam draf perjanjian jual beli berkenaan terma penting bahawa kedua-dua hartanah tersebut hendaklah dijual bersama dan/atau secara en bloc tidak dimasukkan oleh Tetuan Hafez & Partners. [6] Pada 3.4.2013 Tetuan Hafez & Partners telah menerima daripada Tetuan Tia & Noordin salinan perjanjian jual beli yang telah ditandatangani oleh Tia Poh Loong beserta dengan bayaran deposit sebanyak 10% daripada harga jualan lot kedai Taman Perling. Namun, jual beli ini hanya melibatkan lot kedai Taman Perling sahaja dan tidak termasuk lot kedai Taman Impian Emas. [7] Sebaik sahaja Perayu mengetahui mengenai perjanjian jual beli tersebut yang hanya melibatkan lot kedai Taman Perling sahaja, beliau telah mengarahkan Tetuan Hafez & Partners menghantar surat kepada Tetuan Tia & Noordin bagi memaklumkan bahawa penjualan kedua-dua hartanah sepatutnya dibuat secara en bloc. [8] Ekoran itu, pada 22.5.2013, Tetuan Hafez & Partners telah memulangkan perjanjian jual beli beserta deposit pembelian lot kedai Taman Perling kepada Tetuan Tia & Noordin disebabkan perjanjian tersebut bercanggah dengan niat Perayu yang ingin menjual kedua-dua hartanah tersebut secara en bloc. [9] Pada bulan Jun 2013, Tia Poh Loong telah memfailkan tuntutan terhadap Perayu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi mendapatkan perintah pelaksanaan spesifik (specific performance) untuk penjualan lot kedai Taman Perling dan gantirugi bagi lot kedai Taman Impian Emas. Pada 26.8.2015 Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak S/N ov0G/pfbDEOl7MKUaYgehw kepada Perayu dan Tia Poh Loong diarahkan membayar kos sebanyak RM15,000.00 kepada Perayu. [10] Perayu kemudian membuat aduan salah laku di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 (“APU”) kepada LTMP terhadap Tia Poh Loong dan Responden-responden. [11] Pada 8.12.2022 LTMP, setelah menimbang teliti laporan Jawatankuasa Siasatan yang dianggotai S. Vijaya Retnam @ Veizay (pengerusi), Chan Fei Loong dan Tuan Haji Meraj @ Mohammed Haji Abd Jalal bertarikh 9.6.2022, telah memutuskan bahawa Tia Poh Loong bertanggungan sepenuhnya atas salah laku dan didenda RM1,000.00 manakala aduan salah laku terhadap Responden-responden ditolak. [12] Tidak berpuas hati terhadap keputusan LTMP tersebut, Perayu telah memfailkan rayuan di mahkamah ini. [13] Secara ringkas, Perayu memohon perintah yang berikut, antaranya: