Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (3) DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERBICARAAN JENAYAH NO: WA – 62K – 220 – 11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN LING LAE FEEI ALASAN KEPUTUSAN A.
WA-62K-220-11/2021
Sessions Court of Malaysia25 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“w; and the appellate Judge has recognised this elsewhere in his judgment; that the offence of criminal breach of trust is not an offence of strict liability. It is only an offence, under s.405 of the Penal Code, to convert, dispose or to appropriate property done with a dishonest intention. To emphasise this most impor”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (3) DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERBICARAAN JENAYAH NO: WA – 62K – 220 – 11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN LING LAE FEEI ALASAN KEPUTUSAN A.
1
Di dalam kes ini, OKT telah dituduh dengan 3 pertuduhan sebagai mana berikut: Pertuduhan Pertama: “Bahawa kamu pada tarikh 05.11.2015 beralamat di Suite 12.18, 12th Floor, Wisma Zelan, No 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, di dalam daerah Cheras, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai seorang peguam di syarikat guaman Feei Faisal & Partners, di atas kapasiti tersebut di amanahkan dengan suatu harta iaitu wang milik Mrinalini Ponambalam No. PP: N3528365, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut iaitu wang tunai berjumlah RM20,300-00 dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua: “Bahawa kamu pada tarikh 14.04.2016 beralamat di Suite 12.18, 12th Floor, Wisma Zelan, No 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, di dalam daerah Cheras, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai seorang peguam di syarikat guaman Feei Faisal & Partners, di atas kapasiti tersebut di amanahkan dengan suatu harta iaitu wang milik Mrinalini Ponambalam No. PP: N3528365, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut iaitu wang tunai berjumlah RM33,750-00 dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Ketiga: “Bahawa kamu pada tarikh 28.06.2016 beralamat di Suite 12.18, 12th Floor, Wisma Zelan, No 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, di dalam daerah Cheras, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai seorang peguam di syarikat guaman Feei Faisal & Partners, di atas kapasiti tersebut di amanahkan dengan suatu harta iaitu wang milik Mrinalini Ponambalam No. PP: N3528365, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut iaitu wang tunai berjumlah RM573,750-00 dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 Kanun
2
Terhadap kesemua pertuduhan tersebut, OKT telah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
3
Kes telah pun dibicarakan dan di akhir kes pendakwaan, mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap OKT dan OKT dipanggil untuk membela diri terhadap kesemua pertuduhan tersebut.
4
Di akhir kes pembelaan, mahkamah dapati bahawa OKT telah berjaya menimbulkan suatu keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan tersebut dan oleh yang demikian maka diakhir kes bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan oleh itu OKT telah dilepas dan dibebaskan dari ketiga-tiga pertuduhan.
5
Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, pihak pendakwaan telah membuat rayuan ini. B. FAKTA KES PENDAKWAAN. Kes pendakwaan 6. Pihak pendakwaan di dalam kes ini telah memanggil seramai 9 orang saksi bagi membuktikan kesnya iaitu;- SP1 – Mrinalini Ponnambalam – pengadu, SP2 – Azhana Binti Mahbar – peguam, SP3 – Mohammad Hafizul Feisal B Abd Latip – peguam, SP4 – Samreet Singh Sagoo – peguam, SP5 – Zalifah Bt Asnan – pegawai bank, SP6 – Tey Cheng Fong – pegawai bank, SP7 – Alex Lim Boon Lung – pegawai bank, SP8 – Sharifah Sal Wana binti Syed Abu Bakar – pegawai bank, SP9 – Insp Mohd Norhafizi bin Azhar – pegawai penyiasat.
7
SP1 adalah seorang warganegara Sri Lanka namun sewaktu kejadian beliau bekerja di Malaysia sebagai seorang Doktor. Menurut SP1, beliau mempunyai sebuah apartment di Petaling jaya yang telah dibelinya pada tahun 2001 yang beralamat di A-13A-8, Istara Kondo, Lorong Utara B, Petaling Jaya dan kemudian menjualkannya pada tahun
2016
Walau bagaimana pun sehingga kini beliau tidak menerima wang hasil jualan apartmentnya itu.
8
Di dalam transaksi jualbeli itu, awalnya, pembelian apartment itu adalah diuruskan oleh Tetuan Sazita & Feei. Pegawai yang mengendalikan failnya adalah Eugene Lee. Jadi, ketika beliau ingin menjualkan apartmentnya itu, bagi urusan Penjualan ini, beliau juga ingin menggunakan khidmat peguam yang sama. Beliau telah menghubungi semula Eugene namun dimaklumkan bahawa syarikat peguam itu telah bertukar nama dan Eugene memaklumkan juga bahawa beliau tidak lagi bekerja difirma itu dan telah memberikan maklumat mengenai firma yang baru tersebut. Beliau telah memasuki Perjanjian Jualan itu menerusi ekhibit P2 pada tarikh 28/1/2016. Disepanjang transaksi Penjualan rumahnya itu, beliau menggunakan khidmat Ejen Hartanah dan peguam bernama Azana dan Eira dan juga OKT. Apabila tidak mendapat wang hasil jualan yang menurutnya adalah sebanyak RM606,682-73, pada tarikh 13/1/2020, beliau telah membuat 1 laporan polis (ekhibit P10). Beliau hanya membuat laporan polis setelah 4 tahun perjanjian jualbeli dimasukkan kerana terdapat cubaan perbincangan diantaranya.
9
SP2 adalah merupakan peguam yang mengendalikan fail penjualan SP1 di dalam firma OKT. Beliau mula bertugas di firma OKT semenjak dari tahun 2008 sehingga tahun 2016. Beliau mengatakan bahawa di firma OKT terdapat 2 orang rakan kongsi iaitu pertamanya OKT dan kedua ialah Hafizul Faisal. OKT mengendalikan kes-kes conveyancing dan korporat manakala Faisal mengendalikan kes-kes Litigasi.
10
Beliau mengatakan bahawa semasa beliau berkhidmat di firma itu, beliau menerima arahan dari OKT.
11
Beliau mengesahkan bahawa kes penjualan harta SP1 adalah dikendalikan oleh beliau. Arahan awal diberikan oleh OKT kepadanya untuk mengendalikan proses penjualan tersebut.
12
Pada masa proses penjualan itu berlaku, SP1 berada di Australia jadi segala perhubungan adalah secara email dan panggilan telefon. Beliau mengesahkan telah membayar RM20,300 baki deposit dari penjual dan dimasukkan ke dalam akaun Feei Faisal & Partners dan beliau tidak ada menerima apa-apa arahan mengenainya untuk menyerahkannya kepada penjual. Orang yang mempunyai aksess kepada akaun firma ialah OKT sahaja. Segala cek untuk pembayaran akan ditandatangani oleh OKT. Beliau juga mengesahkan bahawa harga belian rumah itu ialah sebanyak RM675,000. Seterusnya peguam pembeli juga ada menyerahkan cek berjumlah RM33,750 kepada beliau pada 14.4.2016 untuk di masukkan ke dalam akaun Feei Faisal & Partners. Selepas itu beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada fail ini kerana beliau telah berhenti kerja dari firma tersebut pada 9.6.2016.
13
SP3 pula adalah bekas rakan kongsi OKT. Beliau telah diisytiharkan Bankrap sejak 3.11.2021. Sebelum itu beliau adalah merupakan seorang peguam. Beliau pernah bertugas di firma Feei Faisal & Partners semenjak dari tahun 2005 sehinggalah ke tahun 2017. Hanya beliau dan OKT sahaja rakan kongsi di firma tersebut. Beliau hanya mengendalikan kes litigasi dan jenayah manakala OKT mengendalikan kes Conveyancing dan Korporat. Beliau mengesahkan penandatangan cek adalah OKT dan beliau tidak ada kuasa menadatangani cek. Beliau tidak tahu menahu mengenai kes ini.
14
SP4 pula adalah Peguam Pembeli yang mengendalikan kes SP1 dan mengesahkan sejumlah 2% dari jumlah RM675,000-00 adalah dibayar kepada property agent.
15
SP5 hingga SP8 adalah pegawai bank yang mengesahkan mengenai transaksi kewangan berkaitan pertuduhan yang dikenakan terhadap OKT.
16
SP9 adalah merupakan pegawai penyiasat kes ini. Beliau mengesahkan pada arikh 13.1.2020 beliau telah menerima aduan dari SP1 menerusi ekhibit laporan polis P10. Beliau telah menjalankan siasatan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu kategori pecah amanah oleh peguam. Beliau mengesahkan pembayaran wang sebanyak RM573,750 telah dimasukkan ke dalam akaun Feei Faisal & Partners pada 28.6.2016. pada tarikh yang sama wang sebanyak RM550,000 telah dikeluarkan oleh firma Feei Faisal & Partners kepada Cabaran Premium Sdn Bhd. Ini jelas menunjukkan bahawa segala wang deposit dan baki pembelian oleh pembeli telah tidak dibayar kepada pengadu (SP1) oleh OKT. Beliau selanjutnya telah mendapatkan arahan dari Timbalan PendakwaRaya untuk meneruskan tuduhan ke atas OKT.
17
Setelah mahkamah mendengar kesemua keterangan bersumpah daripada saksi-saksi pihak pendakwaan, dan setelah membaca hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksima atas kesemua bukti dan keterangan yang ada, maka mahkamah telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes Prima Facie ke atas pertuduhan dan OKT di panggil membela diri. C. PEMBELAAN OKT. Kes pembelaan 18. 3 pilihan telah diterangkan kepada OKT iaitu OKT boleh memilih untuk membuat pembelaan dengan cara Pertamanya memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi, Keduanya; memberi keterangan dari kandang tertuduh, dan Ketiganya; berdiam diri. OKT telah memilih untuk pilihan yang pertama iaitu memberi keterangan secara bersumpah. Pihak pembelaan telah membawa seramai 4 orang saksi iaitu; SD1 – OKT sendiri, SD2 – Ling Lea Chu – pengurus firma OKT, SD3 – Zakiah Binti Mohamad Amri – bekas kerani firma, SD4 – Fatimah Binti Mohd Diah – bekas kerani firma.
19
Pembelaan yang diberikan oleh OKT ialah sebagaimana berikut.
20
OKT mengatakan bahawa beliau telah dijadikan seorang bankrap pada tahun 2019. Sebelum ini beliau merupakan seorang peguam yang telah beramal semenjak dari tahun 1992 dan telah menubuhkan firma sendiri pada tahun 2001 dibawah nama Sazita & Feei. Beliau telah mengendalikan kes-kes conveyancing semenjak mula beramal melebihi 20 tahun. Beliau telah mengendalikan beribu-ribu fail conveyancing.
21
Tugas utama beliau adalah mendapatkan kerja. Beliau yang membuat kerja-kerja marketing. Beliau akan berjumpa dengan Pemaju-Pemaju perumahan dan juga pegawai-pegawai bank bagi tujuan menguruskan pinjaman kepada klientnya dan mendapatkan kerja-kerja untuk firmanya itu. Beliau bukanlah orang yang “hands on” kepada fail-fail kerja yang telah diperolehinya dimana kesemua kerja-kerja akan dikendalikan oleh peguam lain dan kerani-keraninya. Bagi tempoh tahun 2015 sehingga 2019, kesemua tugasan urusan conveyancing adalah diuruskan oleh peguam Azhana (SP2). Dia adalah peguam yang berpengalaman di dalam bidang conveyancing dan yang menguruskan kesemua fail-fail convey. Beliau sangat mempercayai Azhana dan telah memberikan arahan yang jelas bahawa Azhana diberikan kebebasan dan kuasa penuh untuk mengendalikan fail-fail kes convey tanpa campurtangan dari beliau dan membuat segala keputusan bagi fail-fail tersebut dan Azhana akan mendapat komisyen ke atas setiap fail yang dikendalikannya iaitu sebanyak 15 ke 30% dari fee guaman untuk setiap fail. Azhana juga dibayar gaji bulanan tetap sebanyak RM4,000 sebulan. Kerani-kerani lain adalah ditugaskan membantu SP2. SP2 yang tahu akan setiap peringkat perrgerakan bagi setiap fail tersebut dari mula fail dibuka sehinggalah fail ditutup dan ini termasuk membuat keputusan mengenai segala hal pembayaran yang berkaitan dengan fail tersebut.
22
Oleh yang demikian OKT tidak mempunyai pengetahuan peribadi ke atas setiap fail yang dikendalikan oleh SP2. Proses pembayaran adalah terlebih dahulu diluluskan oleh peguam yang menguruskan fail kerana OKT tidak akan dapat tahu status fail dan hujung pangkal fail. OKT mengesahkan bahawa beliau adalah rakan kongsi di firma tersebut dan adalah menjadi tugas utamanya untuk memastikan firma bergerak dan berjalan. Beliau akan memastikan akan ada kes-kes baru dibawa masuk ke dalam firma untuk dikendalikan bagi memastikan firma dapat beroperasi sewajarnya. OKT juga menegaskan bahawa di dalam firmanya itu, orang yang memastikan fail-fail sepatutunya bergerak dengan lancar adalah SP2 kerana dia yang mengendalikan setiap fail dibantu dengan kerani-kerani sokongan bermula dari A sehingga Z iaitu dari awal sehingga akhir. SP2 yang akan tahu bila wang-wang akan masuk dibayar ke dalam akaun firma kerana dia yang mempunyai aksess kepada fail fail tersebut dan OKT sendiri tidak mempunyai aksess kepada fail-fail itu melainkan kesemuanya diuruskan sepenuhnya oleh SP2 dan kerani sokongannnya yang terdiri dari 4 orang yang sangat senior dan berpengalaman penuh di dalam hal convey. OKT menekankan bahawa disepanjang 26 tahun melakukan kerja-kerja convey, tidak pernah masalah seperti ini berlaku terhadapnya namun beliau mengakui bahawa berlaku kecuaian dan kelalaian dipihaknya sendiri kerana terlalu mempercayai kerani dan peguamnya 100%. Berkenaan dengan setiap cek yang ditandatanganinya, beliau mengetahui bagi tujuan apa cek-cek tersebut ditandatangani berdasarkan voucher-voucher yang telah disediakan oleh peguam dan keraninya itu. Beliau sangat yakin bahawa sewaktu menandatangani cek untuk kes ini terdapat voucher yang mempunyai nombor fail turut disertakan sekali bersama, maka beliau yakin bahawa bahagian kewangan telah sahkan voucher itu dan tujuannya yang sebenar. Beliau menafikan tahu mengenai akan kesemua kemasukan duit-duit yang berkaitan dengan kes ini kerana sebagaimana keterangannya bahawa kesemua tindakan ke atas sesuatu fail itu adalah diuruskan sepenuhnya oleh SP2 dan kerani-keraninya dan beliau telah meletakkkan 100% kepercayaan kepada mereka dan tidak mengetahui bahawa beliau sendiri telah tertipu oleh mereka dan menjadi mangsa di atas tindakan mereka samada ianya suatu tindakan atau ketinggalan (act or omission). OKT juga mengatakan bahawa beliau berasa bertanggungjawab ke atas kelalaian dan kecuainnya itu dan berharap pihak “insurance”nya akan menanggungrugi wang tersebut kepada pengadu (SP1). Menurut beliau, pembayaran besar kepada syarikat Cabaran Premium itu tidak menimbulkan apa-apa syak kepadanya kerana ianya adalah proses biasa bagi fail convey yang mana syarikat Cabaran Premium itu adalah sebuah syarikat Pemaju Perumahan dan perkara ini adalah biasa kerana sememangnya urusan firmanya melibatkan pelbagai pembayaran kepada Pemaju-Pemaju Perumahan. Beliau juga menekankan bahawa disepanjang tahun 2017 hingga 2018, beliau tidak pernah dihubungi oleh SP1 dan beliau hanya mengetahui mengenai permasalahan ini setelah menerima notis tuntutan sivil dari pihak SP1. Beliau tidak pernah mengenali SP1 dan mengetahui perkara ini sebelum menerima Notis Tuntutan darinya. Beliau telah memberitahu pihak insurance berkenaan tuntutan ini dan perkara ini telah diambil alih oleh peguam bagi pihak insurance. Pada masa itu beliau telah meminta keraninya Ira untuk menyediakan segala dokumen dan email-email bagi menyediakan pembelaan dan pada masa ini semua barulah beliau tahu mengenai fail SP1 ini. Ira juga menurutnya walaupun seorang kerani tetapi telah diberikan kuasa olehnya untuk membuat segala keputusan dan Ira boleh membuat keputusan ketika menguruskan fail-fail Azhana. OKT juga menafikan tidak mahu membayar malahan telah melalui proses timbangtara menerusi peguam insurance membuat tawaran untuk membayar dan menyelesaikan perkara ini. OKT juga mengatakan bahawa beliau telah melakukan suatu siasatan dalaman dan membuat forensic akaunnya namun malangnya akibat dari suatu Notis Kebankrapan yang telah dikenakan ke atasnya untuk suatu kes lain maka beliau tidak dapat meneruskan siasatannya itu kerana beliau tidak lagi mempunyai akses kepada dokumen-dokumen dan fail-fail berkenaan dan beliau telah menjadi bankrap dan lanjutan dari itu juga beliau tidak dapat mengemukakan apa-apa voucher kerana pejabatnya itu telah lama ditutup dan pihak landlord pejabatnya telah membuang segala dokumen-dokumen mereka.
23
SD2 pula adalah pengurus pejabat OKT pada masa kejadian. Beliaulah yang menjaga urusan pentadbiran dan kewangan syarikat OKT. Beliau mengesahkan akan segala proses kewangan firma itu sebagaimana dikatakan oleh OKT begitu juga Ira dan kerani lain yang akan memeriksa fail-fail berkaitan dan mengesahkannya sebelum apa-apa pembayaran pengeluaran dibuat. Bagi tujuan perlepasan jumlah baki, Azhana yang akan menyediakan cek dan voucher untuk ditandatangani oleh OKT. Beliau hanya memastikan bahawa akaun di dalam bank mempunyai wang sebelum cek untuk pembayaran dikeluarkan. Beliau juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Peguam dan kerani yang mengendalikan fail kes tersebut. Setelah memastikan ada wang di dalam akaun bank maka beliau akan melepaskan untuk cek ditandatangani oleh OKT. Beliau juga bersetuju bahawa tindakan audit kewangan ke atas firma ada dibuat setiap tahun dan lengkap. Beliau bekerja di firma itu sehingga tahun 2016 dan telah keluar dari firma kerana berasa sedih di atas kecuaiannya di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya mengakibatkan perkara seperti ini berlaku.
24
SD3 pula adalah merupakan seorang kerani conveyancing di firma tersebut. Beliau mengesahkan bahawa untuk kes-kes “subsale”, fail-fail dikendalikan oleh Azhana, Ira dan Shila. Beliau tidak terlibat dengan subsale dan hanya mengendalikan kes Pemaju. Beliau juga mengesahkan proses kewangan dan pembayaran firma sebagaimana keterangan OKT dan SD2 yang mana peguam yang mengendalikan fail yang akan menyediakan cek dan voucher dan menyatakan bahawa duit telah diterima dan pihak bank dan tugas OKT hanya menandatangani cek tersebut. Beliau turut mengesahkan bahawa fail untuk kes ini adalah dikendalikan oleh SP2.
25
SD4 juga adalah merupakan bekas kerani dipejabat firma tersebut. Beliau turut mengesahkan keterangan dari OKT dan saksi pembelaan lain bahawa untuk fail kes ini ianya adalah dikendalikan oleh SP2 yang mengendalikan fail dari awal hingga akhir. Mengesahkan bahawa OKT tidak mengambiltahu dan melaksanakan tugasnya di dalam hal convey dan menyerahkan bulat-bulat tugas kepada SP2 kerana OKT merupakan majikan yang mencari kerja diluar dan banyak menghabiskan masa diluar pejabat dan hanya masuk kepejabat sebentar sahaja dan segala urusan convey bagi subsale adalah diuruskan oleh SP2. D.
26
Daripada keterangan yang ada dimahkamah, maka dapatlah disimpulkan bahawa tuduhan ke atas OKT adalah melibatkan seksyen 405 dan seksyen 409 Kanun Keseksaan. Seksyen 409 Kanun Keseksaan mengatakan; Section 409. Criminal breach of trust by public servant, or by banker, merchant or agent. Whoever, being in any manner entrusted with property, or with any dominion over property, in his capacity of a public servant or an agent, commits criminal breach of trust in respect of that property, shall be punished with imprisonment for a term which shall not be less than two years and not more than twenty years and with whipping, and shall also be liable to fine.
27
Ini jelas menunjukkan bahawa pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa OKT adalah merupakan seorang ejen, telah diamanahkan dengan suatu harta atau penguasaan ke atas suatu harta dan OKT telah dengan niat curang melakukan pecah amanah tersebut.
28
Di peringkat kes Pendakwaan, mahkamah telah berpuashati bahawa OKT adalah merupakan seorang ejen sebagaimana ditakrifkan di bawah seksyen 402A Kanun Keseksaan yang jelas memasukkan peguam sebagai salah satu pihak yang dimaksudkan sebagai ejen dan ini tidak pernah dipertikaikan oleh pihak pembelaan.
29
Bagi elemen kedua, sememangnya OKT telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SP1 yang telah dipindahkan oleh SP4 yang bertindak sebagai peguam pembeli melalui akaun firmanya dipindahkan wang itu kepada akaun firma milik OKT yang dikendalikan sepenuhnya oleh OKT.
30
Jelas dari keterangan SP2 mengatakan bahawa sejumlah wang sebanyak RM20,300 dan RM33,750 telah diterima masuk ke dalam akaun firma dan beliau tidak menerima apa-apa arahan lanjut dari OKT berkenaan dengan wang tersebut untuk diserahkan kepada SP1. Sejumlah RM573,750 selanjutnya telah dimasukkan ke dalam akaun firma milik OKT oleh SP4 sebagai pembayaran penuh transaksi jualbeli itu namun masih lagi tiada pembayaran dibuat oleh OKT kepada SP1.
31
Kegagalan OKT menyerahkan wang milik SP1 kepada SP1 sehingga laporan polis dibuat oleh SP1 ini jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga elemen telah dibuktikan secara maksima bahawa suatu kesalahan telah dilakukan oleh OKT. Maka itu OKT telah dipanggil untuk membela diri.
32
Pembelaan OKT sebagaimana telah dinyatakan diatas sebelum ini adalah sepertimana di dalam alasan penghakiman ini. Ini adalah kerana mahkamah perlu dan wajib menilai pembelaan yang dimasukkan oleh OKT biarpun selemah apa pun jua kiranya. Kes Alcontara a/l Ambrose Anthony v PP (1996) 1 MLJ 209; (1996) 1 CLJ 705; yang mana YA Edgar Joseph Jr Hakim Mahkamah Persekutuan mengatakan:- “Held: [4] The Judge was clearly wrong when he held that “the defence by its failure to put such question to the prosecution witnesses ought not to be allowed to raise such issues at defence stage”. It is settled law that although a Court may view with suspicion a defence which has not been put to the appropriate prosecution witnesses who might have personal knowledge of the points at issue, the Court still bound to consider the defence, however weak, and to acquit, it not satisfied that the prosecution has discharged the burden of proof which rest upon it.”
33
Berlandaskan prinsip undang-undang ini maka mahkamah ini mengambil langkah dengan menganalisa dan mengenalpasti setiap satu dari butiran yang dikemukakan oleh pihak pembelaan sewaktu kes pembelaan dibentangkan.
34
Kes Sia Soon Suan v PP (1965) 1 LNS 165: 1 MLJ 116 Ong Hock Thye (Malaya) AGCJ pada waktu itu mengatakan; Nevertheless, the requirements of strict proof in a criminal case cannot be relaxed to bridge any material gap in the prosecution evidence. Irrespective of whether this Court is otherwise convinced in its own mind of the guilt or innocence of an accused, its decision must be based on the evidence adduced and nothing else. This is axiomatic.”
35
OKT telah mengemukakan pembelaannya. Hujahan terperinci juga telah dibuat oleh pihak pembelaan dan mahkamah telah mengambilkira kesemua hujahan terhadap fakta yang ada tersebut. Keterangan dan Hujahan bertulis dari pihak pendakwaan juga telah mahkamah timbal balaskan serta diambilkira untuk setiap isu yang menjadi pertikaian.
36
Pertamanya pihak pembelaan menimbulkan isu niat (mens rea) OKT. Jelas dari pembelaan OKT mengatakan bahawa beliau tidak pernah mempunyai niat untuk melakukan suatu perbuatan yang tidak jujur dan curang di dalam mengendalikan transaksi SP1. Kes Perriasamy Sinnappan v PP (1996) 1 MLRA 277 jelas mengatakan; It is elementary law; and the appellate Judge has recognised this elsewhere in his judgment; that the offence of criminal breach of trust is not an offence of strict liability. It is only an offence, under s.405 of the Penal Code, to convert, dispose or to appropriate property done with a dishonest intention. To emphasise this most important ingredient which forms the mens rea of the offence, we need do no more than to quote from Sir Hari Singh Gour's Penal Law of India 10th edition, vol. 4, page 3503 which reads as follows: The mere violation of law or a legal contract is, however, only one element for consideration. The essential element is dishonesty. It is settled law that negligence, even gross negligence, is not to be equated with the definition of dishonesty under the Penal Code.
37
Oleh itu adalah jelas bahawa niat adalah sangat penting untuk dibuktikan di dalam pertuduhan seperti ini. Begitu juga di dalam kes Adnan Bin Khamis (1972) 1 LNS 2 di mana mahkamah persekutuan kl mengatakan kecuaian tidak dianggap sebagai suatu niat. Begitu juga kes PP v Dato Sri Mohd Najib Hj Abd Razak (2020) 5 MLRH 232 yang mengatakan; Dishonesty requires proof of intention. Carelessness or negligence will not be able to convict an accused for a CBT offence.
38
Di dalam kes ini keterangan pengesahan dari SD2 akan kelalaian dan kecuaiannya di dalam menjalankan tugas kawalan kewangan firma itu dan ditimbal bersama dengan kesemua keterangan termasuk keterangan dari OKT dan juga keterangan-keterangan dari saksi-saksi kes pendakwaan telah mewajarkan mahkamah memutuskan bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan suatu keraguan yang munsabah terhadap kes pendakwaan. Pembuktian kepada niat OKT hendaklah dibuktikan dengan kukuh melampaui keraguan yang munasabah oleh pihak pendakwaan dan apa-apa keterangan yang hanya membawa kepada suatu syak atau prasangka adalah tidak mencukupi bagi maksud membuktikan suatu kesalahan. Siasatan dan keterangan SP9 juga tidak dapat menyimpulkan secara konklusif dan jelas bahawa OKT dibuktikan mempunyai niat jelas untuk melakukan kesalahan pecah amanah itu.
39
Mahkamah juga melihat dari fakta kes bahawa tiada apa-apa pembuktian jelas dan nyata bahawa harta yang diamanahkan itu telah disalahgunakan oleh OKT bagi kepentingannya dan kegunaannya sendiri. Tiada apa-apa pembuktian dari pihak pendakwaan bahawa wang-wang sebagaimana pertuduhan pertama dan kedua mahupun yang ketiga itu telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi OKT atau digunakan oleh OKT secara peribadi atau ditemui di pejabat atau mana-mana di dalam milikan OKT. Begitu juga dengan wang bagi pertuduhan ketiga dimana wang itu telah dikeluarkan kepada syarikat Cabaran Premium Sdn Bhd dan disepanjang kes tidak ada dibuktikan kaitannya secara peribadi dan kepentingannya dengan OKT. Pihak SP9 juga gagal membutki atau memperjelaskan akan kaitannya dengan OKT. E.
40
Mahkamah ini telah meneliti, menguji dan menilai kesemua keterangan dan bukti yang ada yang dibawa oleh pihak pembelaan termasuk segala isu yang dihujahkan di dalam hujahan bertulis dan diakhir kes pembelaan mahkamah mengunapakai prinsip yang mengatakan bahawa walau betapa besarnya sesuatu syak itu adalah tidak boleh digantikan dengan bukti yang ada (however great a suspicion was, it could never be substituted for evidence) sebagaimana diputuskan oleh beberapa nas antaranya seperti kes Ahmad Bin Ibrahim v pp
2012
6 MLJ 305, PP v Mohd Azam Raja Abdullah (2012), PP v Sim Keng Tee (2008) 9 CLJ 755, PP v Sim Ah Ba & Anor (1995) 1 LNS 330 dan lain-lain. Begitu juga kes Mohamed Yatin bin Abu Bakar v PP
1950
MLJ 57 yang merumuskan; “ That it is not the correct approach in a criminal case to approach the question of guilt or innocence of the accused on the basis of deciding which of two stories the court should believe, but the court should consider whether the story of the accused has thrown a reasonable doubt on the truth of the prosecution’s case and if so, the accused is entitled to an acquittal.”
41
Begitu juga kes PP v Datuk tan Cheng Swee (1980) 2 MLJ 276 yang mengatakan; “…that the trial court should reasonably properly, and judicially consider the defence in the light of the prosecution case and come on the totality of the evidence before it to a correct decision without fear or favour in the proper exercise of its judicial function…”
42
Oleh yang demikian, maka atas perbincangan yang telah dihuraikan di atas sebelum ini, maka mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan suatu keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan dan oleh yang demikian mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan oleh itu mahkamah telah melepas dan membebaskan OKT daripada kesemua pertuduhan. Sekian. t.t KAMARUDIN BIN KAMSUN, Hakim, Mahkamah Sesyen Jenayah 3, Kuala Lumpur. Bertarikh: 26 Mei 2024 Pendakwa Raya: Tuan Amir Hanif Bin Ahijman, Timbalan Pendakwa Raya, Kuala Lumpur. OKT diwakili oleh: Engku Aminuddin Bin Engku Ibrahim, Peguambela dan Peguamcara, Selangor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.